Friday, October 31, 2008

addy cradle - divine

Mengsupporting local rock melayu time again ...ROCK ok? bukan lagu rakyat hehe.
errr...aku orang pertama beli kat muzika. Dapat poster autographed.
Nanti ah aku full review with photos next week k..
Skarang kasi gezek sikit dulu satu dua gambo..




Errr..ngah dengar ni.. Errrr..apsal lagi best dari aku expect? hehe.
Exciting dan r u enjoy..
lagi satu, aku nak kena bongkar balik KISS ELDER aku..pasal...cam pernah nampak pintu terbukak gitu..




nanti ah senang next week k aku kasi review aku...

err... mak inang?....instrumental?? errr...
aku dah cakap, aku kalo beli cd tu, mesti best nye.. \m/

Thursday, October 30, 2008

peet stop

( lama tak post, somethings wrong kot ngan tampal photos? aku kena adjust width height lak sampai tak balance. click all photos to fully view photos )


sesi foto ngah takde keja sambil tunggu donuts.

korang nengok katun pixar cars?
aku suka Guido, yang assistant bengkel cakap italian tu. Kelakar siak dia, aku paling suka dia buat pit stop laju lepas tu dia jeling kat musuh dorang lepas tu dia cakap " peeet stop " ,

sampai terlondeh2 kereta lain tengok dia. Then last part kereta Ferrari datang, terus dia terbalik pengsan. Then yang dia jadi pom pom girl tu pun hilarious.

Actually ni post tu hari, musim deepavali tu, aku was at lucky garden yong peng, dan aku tak pernah tengok sebanyak bas cam gitu padahal dah 2 pagi kot.
satu hujung sampai satu hujung..




ni lak another kind of pit stop.. tapi apa aku perhatikan harganye nye memang mahal sikit ler, tapi adat ler, lagipun cam buah2an gitu nengok cam fresh dan tak bonyo. BO'NYO? betul tak?
tapi aku nengok drivers semua free je ke? siap air tin lagik..?




Tapi aku paling bingit nengok ada pax, lepas makan ke minum ke buang sampah merata2.
#&%#(&%!&%#@&$ betul. Padahal mr. tong banyak sey. Selenger bacin sey dorang.

Wednesday, October 22, 2008

bukan pasal rock, aku tak tahu nak taruk title apa pasal sensitip sangat

( click all photos to enlarge )

Kelmarin Ustaz Embek Ali meninggal dunia. Aku tak pernah attend belajar or directly mintak tolong ngan Ustaz ni, tapi dia memang respected especially dia kerja keras membasmi kegiatan salah bawak agama, agama songsang dan sesat, terutama among Malay Muslim community.
Jadi kita orang islam dah hilang lagi satu guru agama terror, dan terutama Melayu Islam hilang seorang yang prihatin mana2 salah bawak agama terutama kita yang hidup dalam masyarakat majmuk.





Anyway, dalam cerita lain,

kat Singapura, Onan Road.. ada this so called "Masjid Taha".






Sama ada Ahmadiyyah atau Ahmadiyya atau Qadiani atau apa pun, hal2 gini sensitif especially kita hidup masyarakat majmuk campur2 ngan kepercayaan masing2 berbagai agama.
So baik tanya ler ngan guru guru agama tempat korang yang bertauliah apa korang nak tahu pasal kumpulan ni.
- korang kena gi seek out sendiri dari qualified, certified, muslim religious teachers.







Apa aku stress sini, CEK IT OUT ngan ustaz ustazah tempat korang yang qualified atau dari authorised badan majlis agama islam kat negeri or negara tempat korang.

Maybe korang interested baca ni.. kat luar tu didisplayed kan.




Aku actually dah type panjang2 hahaha..aku delete smua dah.
Sensitip sangat haha dan ni pun memang bukan the right channel untuk discuss pasal ni, setakat pemberitahuan untuk kita mulakan belajar pasal sesuatu je.

Monday, October 20, 2008

Februari 2009?

Mungkin ada satu date tu..
Aku dah standby dah...aku dah sound my love ones!!!
Tak yah gi keja, tak yah gi sekolah..
I want my love ones to share my happiness with me..

So kalo nak datang, please announce cepat2.. Nak kena disiplin abis dah ni budget huhu.
Ada satu mamat tu dah start saving up, penuh confident dah...the rumours are going like crazy.

Tapi takde takpe.. tapi deep inside me....wishing ler.

Saturday, October 18, 2008

Journey - Revelation


My review and photospread of the US market triple disc version of Revelation, the new 2008 Journey album featuring that filipina singer discovered in youtube. The version found at the local stores in Malaysia & Singapore are the European double disc versions I guess.

Beberapa big names band rock keluar album baru untuk 2008 -
-Metallica ( dah dengar samples, BELUM justified untuk aku spent aku nye hard earned money huhu ),
Motorhead ( kena tunggu giliran huhu, budget beb. English Rose oo la la ),
-Blackmore's Night ( not bad kot tapi aku kureng sikit cover version Rainbow Eyes dia walau cover dia cun giler ), dan saya mengambil kesempatan ni ucapkan Selamat Pengantin Baru kat Ritchie Blackmore dan Candice Night ngan ucapan bila nak reunion Rainbow. Selagi Dio tu masih bleh nyanyi please pwetty please with sugar on top.
-AC/DC ( Black Ice, ah ni aku nak ngecek better half aku belikan bila dia dapat gaji haha, korang dah nengok 1st video rock'n'roll train? bila dua loco berlanggar tu, kebaboom! dahsyat. )
-Ross The Boss - mana aku nak carik ni? mana??? huhuhu. Priority ni.
-akan datang..GNR ( should be good kot? ), Kreator ( aku paling takut nanti keluar versi Revisited lagik. Kecuali untuk Maiden, lain2 ni semua aku budget tight, nak beli kena fikir 1000 kali haha ).

Tapi teka apa yang aku tangkap? Tak lain tak bukan. Journey baru - Revelation.





Journey. Sapa tak kenal Journey? bedekkk ah. Masa korang kecik2 dulu, mesti dengar lagu rock, mesti ada lagu Seperate Ways kat kaset dalam tape rekoder beg grandsport abang2 lobang yang korang campur tu.

Dah tu untuk all the boys and girls jenis jiwang out there, mesti lagu2 cam Faithfully gitu, sampai skarang radio asyik main je. Song dedications masih pop wei lagu ni, aku gi nengok blog orang multiply orang masih guna lagu ni haha.
Even sapa2 dengar Mariah Carey pun, Open Arms pun original lagu Journey jugak.

So Journey jumpa penyanyi baru kat youtube, orang filipina. Suara dia sama ngan style Steve Perry. Jadi ni review aku k.

Triple disc.



First disc - lagu baru 11 lagu untuk album Revelations.
Smua lagu Jonathan Cain ngan Neal Schon. Ni dua memang kepala Journey dan makes Journey what it is walau dulu memang suara Steve Perry pun contribute banyak.

1) Never Walk Away - lagu paling laju pada aku dan catchy abis. Agak2 Journey datang sini tak buat konsert? ni konpem aku pegi. Anyway masuk paper Motley Crue 4,500 attendance? ramai ye? tapi 80minit je? haha. Ni aku baca kat paper ler review.

2) Like A Sunshower - Slow rock jiwang abis. Suara si filipina tu merdu siak.
Journey ni kan, dorang ni special pasal lagu2 dorang memang melodic rock tapi lyrically macam those husben wifey relationship themes. Ni macam those lagu laki bini gaduh, then si laki cam apologetic. " we cant take for granted how far we come" bla bla.
Serious bebual, this is THE song kat dalam album ni.
Kalo lagu ni main kat radio..Aku gerenti lagu ni akan jadi classic macam lagu2 Journey lain2 yang lama2 dulu.


3) Change For The Better - lagu rocker balik. Straightforward pasal lagu orang nak jadi baik dan perbaiki diri, lagu self improvement, lagu positif huhu.

4) Wildest Dreams - lagi rocker dari lagu sebelumnye. I wish I wish, one day I will see Journey live before dorang break up. Nasib baik dapat nengok TOTO tu hari huhu.

5) Faith In The Heartlands - Ni lagu rakam semula dari album sebelum ngan vokalis Steve Augeleri ke hapa tu. Aku suka lagu ni.. catchy, melodic, semacam lagu Livin On A Prayer gitu, tapi lagi sesuai untuk orang2 dewasa dan dah tua haha.





6) After All These Years -
Lagu ni, akan jadi lagu evergreen, akan jadi lagu famous untuk pasangan2 bila dorang sambut wedding anniversary dorang. Aku rasa la, kat Amerika, dimana Journey ni very popular ngan orang2 dewasa dan rocker2 tua.
Konpem ni lagu jadi lagu meleleh dorang haha.
Serious bebual, ni lagu sambungan Faithfully gitu. Korang just imegin, lagu Faithfully tu bila masa ngan dewasa2 gitu, tapi lepas 20 tahun lebih makin lagi tua, then lagu ni lak.
Video promo dia kat youtube korang gi cek it out.
Serious bebual, ni la buat Journey tak hilang magic dia all these years. They still can deliver the goods.

7) Where Did I Lose Your Love -
O la la. Takde lagu yang weak dalam cd Revelation ni. Melodic rock abis. Rock tapi melodic. Melodic tapi bising! BISINGGG!!!!

8) What I needed - slow lagu ni, very the dramatic... very the emo.

9) What It Takes To Win
aku suka aku suka aku suka. Sapa2 yang in one way or another suka dengar lagu2 Journey waktu korang membesar, dan sampai sekarang. Cek out this album.
Double disc untuk price of one kat kedai. Tak rugi.. Serious aku cakap best buy of the year!!..

10) Turn Down The World Tonight - ballad. Lagu ni kalo sapa2 yang asyik kerja je, asyik busy memanjang je, dengar lagu ni mesti terasa.
Lagi satu lagu, nak kena dengar baru percaya nye..
Caught up in living
Getting through each day
When all the tomorrows become faded yesterdays
Are you slipping away

Lighted by our schedules
Rushing here and there
Become strangers to each other
Miss you everywhere
How did we get this way

When the loneliness becomes too much to bear
Girl, this merry-go-round
Tell each other we still care
Help me turn down the world tonight
Take a quiet moment, somewhere we can unwind
Losing touch, we forget to take time
To share what's in our hearts
Speak what's on our minds
In the silence, hear your heart beat next to mine
Baby, help me turn down the world tonight


11 ) The Journey ( Revelation ) - instrumental Neal Schon )





Dah best? Ok masih tak best?...

Seken disc..2nd disc, 11, yes SEBELAS lagu2 top hits Journey dulu2 dinyanyi balik si Arnel Pinada tu dan lagi important semua muzik rakam baru. So kira a modern touch gitu.
Best Best Best...walau kalo aku of course ada lagu lain aku prefer tapi still best.
- Only The Young, Dont Stop Believing! SERIOUS LAGU NI IALAH THE MILLENIUM SONG OF THE LAST AND THE PRESENT HUHU !! , Wheel In The Sky, Faithfully dan semua lain2...


OK kalo korang cam aku gi carik yang US version, third disc dia ialah DVD. Yep, DVD pun ada beb, tapi untuk pasaran US aje k.
Ni tak salah aku rakaman 1st time si filipina tu nyanyi live kat USA depan peminat2 hardcore Journey kat Las Vegas gitu.
Memang nengok dvd boleh rasa dia punye suspens. Peminat2 mesti heran pe, dalam banyak2 mat salleh berjuta2, apsal Journey panggil si mamat filipina ni? jumpa kat youtube lak tu mamat ni.
tapi dia memang terror...Hightlight dia banyak..
tapi superhighlight dia ialah lagu Wheels In The Sky...best wooo.. dan jugak, aku heran si Jonathan Cain tu dah tua bangka dah kot? tapi he looks so healthy and happy. Aku pun nak try keep fit la nak jadi cam dia hahaha.
Dah tua bangka pun masih looks so good dan cara pakaian dia very sesuai ngan umur dia dan image lagu2 Journey.



Aku rasa kat kedai less then 20 boleh dapat ler untuk double cd version ngan rakam balik lagu2 lama tu. Worth it tapi kalo dapat yang US nye lagi worth it.

Monday, October 13, 2008

rekod melayu (pt 8)- lagu pasal 13 Mei 1969 kumpulan Revolusi - restricted by SBC kat sampul dia.

anyway, on the hunt for Maiden 3 hinggit lps, jumpa this rekod. Revolusi Bayangan Misteri. Early 90s gitu.




Very good condition, mungkin pasal ni simpanan dan kegunaan dj radio SBC ( sebelum TCS, radio dan tv broadcasting saluran sg ialah SBC dan before that RTS ). Korang bleh cek out the catalog no. sbc tertulis kat belakang dan on the vinyl.


top right hand corner tu ada code dj sbc kot?




Apa yang menarik selain jumpa ni band? yang penyanyi dia pompuan dan lagu2 slow rock gitu ialah kat album ni ada lagu pasal 13 May 1969.
Ini antara date paling penting dalam sejarah Malaysia dan Singapore for specific reasons.


this is the liriks...

Jadi korang bleh tengok kat sebelah lagu tu dah ada marking 'restricted'. Mungkin pihak radio siang2 dah tanda kat situ mungkin peringatan jangan main lagu ni? Mungkin ini cara SBC gam lagu tu jam.

Anyway, ni lagu pompuan nyanyi..plus Bayangan Misteri memang lagu slow rock best pun. Nanti next time bleh proper review.




Anyway, Maiden tak jumpa, tapi jumpa ni ni dan ni dan ni..White Lion pes album tu memang old feberet dari zaman kaset, start sampai abis smua best. aku nengok inlet original so sambar ler
Van Halen Balance tu is the last of the last Sammy Hagar kan? Aku suka ni album. I got the cd, tapi ngan harga rekod ni semua roughly cuma 2.50 aje. Ambik je la hehe.
Ada orang clear Uriah Heep tu hari lama2, aku tunggu ada tak clearance Rainbow or Scorpions lama2 in bulk, kalo tawar sampai satu $2-$3 berbaloi ler untuk collectors ikat perut cam aku. Selalunye masih very good condition bla bla bla...Nanti ah ceta bila aku senangggggg...

ooo yang ramai2 tu ialah some union songs written specially by Pak Zubir Said. So aku ingat seems useful for the future kot, so aku ambik je la skali. Nak kira pun senang round up sikit lebih kurang. 2 dollar lebih je satu lp dan mostly very good condition. tempat lain mau berapa puluh dah padahal dah lunyai dan missing original inlets sheets.

p.s - aku jumpa Alphaville Big In Japan single extended and instrumental...takpelah maybe next time hahahaha. Alphaville beb Alphaville \m/
big in japan, alrite, big in japan, tonite. victory...ewah.

Thursday, October 9, 2008

Zakiah & rekod melayu (pt. 7) - Sweet Charity's Pelarian

Alunan gerak gerimu membuat aku terpaku
Zakiah tidur ku , Zakiah bangun ku
Zakiah! Zakiah! Zakiah! Zakiah!


Acahhh je.. \m/



yang enjoy lagu Jinbara & Ahli Fiqir ni, take note -
This is where the original ZAKIAH came from boys and girls. Track no 5 from Sweet Charity's album Pelarian.
click all photos to enlarge.


cek dis foto out -



THE LP, THE piring hitam, near to mint condition, together with the cover of the cd version which I got the six surviving members of Sweet Charity to autograph after the Sweet Charity gig at PWTC for Father's Day.
Aku pernah cerita ni kat review konsert Sweet Charity tu kat page blakang2.


Aku tak dengar radio, tapi menerusi love ones aku, aku got the idea lagu apa ngah jadi kesukaan ramai. Aku rasa Zakiah versi Jinbara dan Ahli Fiqir ni one of them. Aku tak berkenan sangat ngan rap2 Ahli Fiqir ni mula2, tapi asyik dengar je, ( yep i got the song on m... ), and asyik dengar peminat nyanyi je ngan liriks aku tolong tuliskan, maka aku pun dah teraddict.



original wea
anyway aku nanti senang aku snap gambo perbezaan dan perbandingan Al Mizan nye piring hitam, satu original, satu nampak macam pirate aje? nanti ah bila senang.


Untuk aku, lagu Zakiah original is still the best, dari kecik2 sampai sekarang. So saje share piring hitam Pelarian Sweet Charity. Zakiah datang dari ni album ler.
Macam aku cakap dulu2 kat post2 lain. Pelarian is the best Sweet Charity album ever. kat buku Souvenir Sweet Charity konsert PWTC tu hari pun ada members Sweet Charity sebut Pelarian sebagai his/their favourite.
Sapa takde, pegi beli k cd dia. Semua lagu best.



Click to enlarge. The backcover is one of the most beautiful I'd ever seen on any sleeves. You got to see it yourselves to admire it properly.

ooo
akuterpesonalirikanmatagoyangpingguldansenyumannya
sayang
hanyasesepintaszakiah
lalumenghilang
kinihanyatinggalkenangan...





cuba click enlarge sikit, fancy abis ngan gambo2 dan badges, lawa kan..?


maybe one day aku buat review setiap lagu Sweet Charity one by one yang aku tahu wujud?
haha.. nanti ah kalo aku senang eh....dan bila aku cakap bila aku senang tu...selalunye makan masa dua bulan atau lebih haha.
Nak post lp flybaits pun aku belum buat lagik..sorry bro if you're reading this. I'll do it soon.

Wednesday, October 8, 2008

'punk khianats' dan synthpop - dm/camouflage/paradise lost

Kenangan mengusik jiwa dan memori lama kali ini dimotivatedkan ngan perjumpaan good condition rekod lp Camouflage siap ngan original inlet liriks bahasa German untuk hanya $3 huhu. Korang yang sama umur sikit lebih kurang ngan aku mesti ingat balik nye especially budak2 tea dance haha. And nope wa bukan budak tea dance.



flashback, masa aku masuk secondary, pencampuran aku bertukar....dari sekolah kampung, campur cuma orang melayu ngan rock mampos, aku terpaksa integrate ngan budak2 cina dan melayu " PUNK KHIANAT ".
Dengan style rambut dorang ala Simon Le Bon, Nik Kershaw etc, aku realise dorang tak tahu apa tu Twisted Sister, yang memang tahun 1985-1986 adalah top hits untuk rock mampos, dan aku jugak curious ngan style dan selera dorang.




Anyway that time is aku belajar defend apa aku suka, waktu tu ramai orang masih kelompok katak bawah tempurung, so memang susah nak fight bila Iron Maiden, Dio etc dituduh satanist muahahaha. Tapi herannye bila ambik nombor jersey untuk team sekolah, jersey no 6 pun demand jugak semua nak 666 je. Aku low profile, ambik no 14 haha. Kalau aku tak silap aku ambik ni pasal ni ler original jersey no Fandi Ahmad haha. Malaysia Cup beb.. Malaysia Cup..anyway tu jam kalo team negri2 Msia wa memang sokong KL, tu jam Malek Awab, Fandi semua sana...ooo tak lupa K Kanan haha. oppss melalut.

1987, I will never forget aku was at Peninsular then aku first time dengar lagu Great Commandment. Serious bebual pada aku, sampai skarang ni la antara lagu paling best aku pernah dengar. Lagu pop with all the synthesizers tapi lyrically pasal politiks dan salah guna kuasa yang sentiasa relevan especially skarang dunia dah tunggang terbalik.
Some people suppress you
they partch you
and reap a disaster
Reeducation for the infants
who demanded for an innocent instance







1990 gitu, Depeche Mode keluarkan lagu Enjoy The Silence..kawan sekolah aku dj party joget2 part time dia suka humming lagu ni..lagi sekali aku curious dengar pasal DM memang kadang2 lagu gerek... sampai kini, pada aku Enjoy The Silence masih the best of the best dalam banyak2 lagu pop khianat. Aku suka sampai aku beli cd single dia nak dengar different remix muahahaha. ( Aku masih nak carik Great Commandment remix singles kalo boleh dapat murah2 huhu ).
All I ever wanted
All I ever needed
Is here in my arms
Words are very unnecessary
They can only do harm

jiwang meleleh lirik dia, dan lagu dia memang awesomely fabulous.

Then aku ingat sampai situ je la aku dengar2 lagu2 elektronik gini..bukan budak2 lagik haha.
then...aku beli Paradise Lost " One Second " bila keluar tanpa test try dengar, solely pasal aku suka giler ngan Draconian Times yang aku tahu si Eddie Naga pun suka..
Surprise...dalam sejarah aku dengar rock, Paradise Lost One Second bila first time aku dengar ialah antara album2 rock yang buat aku terkejut beruk tapi in a pleasant way.



First song start je.. One Second...Aku sudah ingat aku sudah dengar Depeche Mode nye lagu baru ler huhu.. Synthpop huhu. Maybe one day aku nak try experiment Sisters Of Mercy ke hapa tu haha. Dulu aku experiment New World Army kerana pengaruh Sepultura, wooo best jugak. Poison Street ewah.

So ni ler, aku teringat balik cerita2 lama.. so smalam gi bongkar koleksi aku ambik gambo untuk blog ni..





p.s
- aku nye dreams selain tengok berlinda carlise live bawak the complete Runaway Horses nye album, ialah tengok Depeche Mode live hahaha. Mesti chaos nye bila masuk lagu Enjoy The Silence, korang masuk youtube tengok DM live bawak lagu ni, dorang tak yah nyanyi pun takpe, audience nyanyikan..
Ooo dah of course...Lost Paradise live pun..setlist bagi dua , 1st half One Second, 2nd half Draconian Times huhu.


ni aku belum ceta pasal Bananarama lagik sey..haha..blasphemy siot.

and the judge and the jury..they all put..the blame on me...they wouldnt go for my story..they wanna hear me plead....only you can set me free..
siot wa bleh ingat lak, siap hapal lagik... oh no!! cuci otak cuci otak!! haha.

Monday, October 6, 2008

laser disc ( LD )

laser disc. LD. Ingat tak? besar giler cam piring hitam , tebal..berkilat.
ni some LDs ada pada aku huhuhu...dari zaman jahilliah dulu aku jumpa balik bawah gerobok


click all photos to enlarge

Kiss Unplugged, ACDC Live At Donnington, Maiden's Live After Death ngan paling kecoh giler...the full concert Freddie Mercury Tribute kat Wembley Stadium yang Metallica jadi opener tu..




Anyway, walau LD dah memang takde orang pakai sekarang, aku just simpan, for sentimental value, tapi rata2 rare giler pada aku bukan Maiden LAD, Kiss Unplugged atau ACDC Donnington LDs,

tapi pada aku ialah The Freddie Mercury Tribute Concert pasal LD version ialah rakaman penuh apa terjadi hari tu kat Wembley Stadium dan bukan dvd yang didapati sekarang pasal DVD tu dah banyak edit, dan cuma feature sebelah malam je...persembahan Queen ngan artis2 lain macam Paul William, James Hetfield, George Michael, Axl Rose, Seal, Robert Plant, Annie Lennox, dan semua ler cam senarai korang boleh nampak kat gambo2 aku tampal ni..



tapi siang nye gempak, pasal opener ialah Metallica dan memang ribut walau tiga lagu je tapi imegin tu jam, dorang baru jadi popular dalam muzik pop pasal Black Album, dan dorang 1st artist main hari tu depan Wembley Stadium lama yang full house packed giler....
Dah tu of course ada Guns N Roses, Extreme...ooo la la, Extreme nye Queen medley i like.

Nanti aku ada duit poket spare, aku nak hantar LD ni gi kedai nengok masih boleh main dan transfer dvd tak, pasal aku nak try maintain quality dia...ada kat luar sana tapi aku rasa semua quality dah abis dah....dan official dvd tu takde siang harinye rock groups perform sebagai warm up untuk malam Queen perform ramai2.

dalam banyak2 concert video aku pernah nengok, LD Freddie Mercury ni still one of the best...dari opening Metallica masa siang hari, sampai malam...aku rasa full concert dalam 4 jam lebih...
Pasal variety style artis...pop, rock, dan old timers.

Ni dia full content sebenar kat LD version.





( click all to enlarge )

raya aku

1) petang raya sampai bukit jalil bas terminal, believe it or not, sound sistem kat situ main lagu "sepasang kurungan biru" dua kali berturut2.
2) Perfect timing, petang raya, HP line SG aku down..worse still, semua contacts kat dalam hp bukan kat dalam Sim kad. Sapa hantar aku sms raya, thanks a lot tapi aku tak dapat membalas, and in most cases aku tak tahu sapa hantar pun.
3) kat kl raya aku simple, tapi aku enjoy nengok sana budak2 masih house to house collection ramai2 on 1st day. STRAIGHTFORWARD nye datang nak duit. Semoga cita2 dorang nak sambar PS2 dengan duit koleksyen berjaya huhu.
- In most places, kalo gi rumah ke rumah is perbezaan jenis kuih atau jenis lauk, tapi thrilling kalo gi rumah ke rumah lauk sama, tapi berbeza, pasal masakan Negri Sembilan ke, masakan Melaka ke.. if you get what i mean.
kubor.. i wish some people are more tactful in their dressing.
4) raya kat sg, lagi simple..cuma aku nengok kuih muih makin fancy2 haha.



Aku teringat dulu2.. raya bagi aku ialah pagi2 pegi semayang raya. Kalo aku tak pakai tshirt ngan jeans koyak dah cukup bagus ler.
Aku akan carik kelompok bangla dan pekerja dari india, aku duduk ngan dorang.. Aku selesa sangat raya ngan dorang dari duk ngan melayu pakai cantik2 kain samping semua.
aku dengar takbir, senang aku nak nangis bila sama2 duk ngan bangla semua.
Lepas tu balik, sikit lebih kurang beraya, aku pack up, terus pegi kerja...

so ni la kehidupan...cam roda..
apa pun yang penting, kita hargai apa kita ada, dan kita hargai orang lain yang menghargai kita sebagai love ones, famili, sedara, kawan baik kat dunia betul atau internet di mana2 saje.

so..

its been a long time since i rock n roll \m/