Tuesday, December 12, 2006

review dvd - MANOWAR: The Day The Earth Shook: The Absolute Power ( bah. 1 )

OK, ni dia review untuk salah satu release yang paling2 penting tahun ni dan kira release yang bersejarah. DVD Manowar terbaru " The Day The Earth Shook ".
Aku rasa kena bagi tiga part la nak review ni DVD. Its that good.

23 Julai 2005, kat Gelselwind, German, Manowar headline Earthshaker Fest 2005.
Tempat ni kira satu tempat privet sekeluarga orang German yang kaya raya, dorang suka muzik jadi dorang nak buat satu festival muzik kat tanah dorang. Actually padang ni kira belakang rumah dorang, dorang memang betul2 kaya giler.
25,000 peminat Manowar dari seluruh dunia turun, ( yang berduit dan mampu la hahahaha , cam aku hanya DVD ni je la tempat aku nengok dan syok sendiri ).
Selain tu, selama tiga hari sebelum konsert ni, Manowar adakan convention untuk peminat2 mereka yang mampu datang untuk convention ni.
Apa yang buat ni konsert paling best pada aku?
Pasal....Bukan je 4 anggota Manowar skarang ada, tapi....gitarist2 dorang yang lama Ross The Boss ngan David Shankle , dan jugak drummer ori dorang dari 1st album, dan jugak Rhino ( triumph of steel nye drummer ) pun ada. Jadi dorang join in main.
Dan jugak DVD ni dirakam aku rasa pakai 20 lebih kamera, semua High Defination nye kamera jadi gambar macam2, dan jugak gambar crystal clear.
Sound tak yah cakap la eh, ni Kings of Metal pe hehehe.

Apa dalam DVD ni? slip case ngan digipak style packing, dua dvd ( satu konsert with bonus features dalam masa tiga jam gitu , lagi satu ialah convention Manowar ngan rehearsals dan extra footages la , dalam masa tiga jam gitu jugak )

DVD ni masa dia 6 jam 30 minit...so berbaloi la.
DVD one -
1. Manowar 2. Brothers Of Metal 3. Call To Arms 4. Sun Of Death 5. Kings Of Metal 6. Sign Of The Hammer 7. Blood Of My Enemies 8. Kill With Power 9. Metal Warriors 10. The Glory Of Achilles 11. Metal Daze 12. Dark Avenger 13. Outlaw 14. House Of Death
15. Herz Aus Stahl 16. Prelude To Act III (Lohengrin) 17. King Of Kings 18. Warriors Of The World United 19. Hail And Kill 20. Black Wind, Fire And Steel 21. Battle Hymn
22. The Crown And The Ring
Bonus - Bass solo, Rainer's Award, soundcheck, dan lagi dan lagi dan lagi.....dan lagi.
DVD two -
Konvensyen peminat ( ni je dah nak 2 jam lebih , macam2 kat konvensyen dia )
Persiapan buat concert ni ( rehearsal, bina stage, ujian sana sini, pasang video kamera, siap rakaman dan lagi dan lagi ... )
Battle Hymns Rehearsal. Korang kena tengok ni, dorang prektis lagu ni lapan2 orang. BESSTTTTT.
ni dalam booklet tu empat ahli lama Manowar tulis perasaan mereka perform sama2 ngan Manowar depan peminat dorang lagi sekali..


bersambung

review cd+dvd - KREATOR Enemy Of God REVISITED


Aku selalu tertinggal bas la. Tapi cam omputeh cakap 'sometimes better late than never'.
Aku baru jugak tahu 2005, ada satu album metal yang tersangat best giler. KREATOR-Enemy of God. Tapi nasib baik jugak aku lambat, pasal 2006 ni, Kreator reissued ngan keluar packaging - KREATOR - ENEMY OF THE GOD REVISITED ( CD with 2 bonus tracks and a bonus DVD )
ok kita ceta packaging dia, siap ngan kadbod casing, cd booklet dia full color siap ada liriks dan banyak gambo.

kandungan CD
"Enemy of God" – 5:43
"Impossible Brutality" – 4:30
"Suicide Terrorist" – 3:28
"World Anarchy" – 3:55
"Dystopia" – 3:41
"Voices of the Dead" – 4:33
"Murder Fantasies" – 4:50
"When Death Takes Its Dominion" – 5:38
"One Evil Comes - A Million Follow" – 3:19
"Dying Race Apocalypse" – 4:40
"Under a Total Blackened Sky" – 4:28
"The Ancient Plague" – 9:29
"Toxic Trace (Live in Busan, Korea)" (Enemy of God: Revisited bonus track)
"Coma Of Souls (Live in Busan, Korea)" (Enemy of God: Revisited bonus track)

kandungan DVD
Live Wacken 2005:
"Intro"
"Enemy Of God"
"Impossible Brutality"
"Pleasure To Kill"
"Phobia"
"Violent Revolution"
"Suicide Terrorist"
"Extreme Aggression"
"People Of The Lie"
"Voices Of The Dead"
"Terrible Certanity"
"Betrayer"
"Flag Of Hate"
"Tormentor"

Bonus - Bootleg "Live At The Rockpalast":
"Reconquering the Throne"
"Renewal"
"Servant in Heaven"
"King in Hell"

Video Clips:
"Making of Enemy of God"
"Enemy of God"
"Dystopia"
"Impossible Brutality"
"Dying Race Apocalypse"

Cakap pasal CD dulu la ek..
Sapa2 yang tak dengar lagi album ni, pegi dengar weiii tak pedulik la Kreator tu Thrash ke, German nye band ke hapa ke, korang tak pernah dengar ke hapa ke.
Aku rasa, ni album kalo korang minat metal ke heavy rock ke, korang mesti suka ni album. Start sampai abis konsisten.
ok, skarang pegi kat DVD dia, kalo korang beli packaging ni khas untuk DVD dia pun memang berbaloi abis.
Live In Wacken - full concert dorang aku rasa sejam ( ni bukan Kreator headline la kot ). Tapi aku nengok berpuluh2 ribu penonton cam peminat dorang je, mungkin jugak Wacken tu dalam Germany kot hehe, tapi bila kameraman zoom kat audience, dorang tengah singalong sey, bukan korus tapi verse. Dahsyat hehehe.
Rockpalast tu dorang main live kat dalam kelab kecik. All rite la walau berapa lagu je.
Video clip2 ada la beberapa dan paling best ada Making of Enemy of God video clip. I likeee. Smua cakap German la, interview band, interview director, pelakon budak pompuan tu yang nampak very seram dan brutal kat video clip tu. Kat bawah ada subtitle so bleh paham la apa dorang bebual. Very interesting la nengok band2 thrash gini mampu buat video clip yang aku suka tengok. Lagi best dari MTV2 nye video clip ngan bling bling tu semua.
Tak lupa jugak dalam DVD ni ada album ni remixed dalam bentuk DVD-Audio 5.1 channel surround. Aku takde la alat2 canggih ni semua, tapi kalo korang ada, lagi best la mesti sound best.

Last words, korang gi cek out this packaging la. Aku pun secara tak sengaja terjumpa lepas surf2 internet pasal album ni dan packaging ni. Memang outstanding. Skarang aku fikir jugak " apsal la aku tak perasan Kreator ni best cam gini? " hehehe.
Mintak2 dorang datang lagi la KL ke hapa ke, aku nak gi aku nak gi...Cammana agaknye kalo intro Violent Revolution yang lagu The Patriach tu dorang main eh kalo aku tengok dorang live? mesti happy siak aku. Aku suka sey instrumental tu very the sesuai. Ok dah. Lepas ni Manowar nye latest dvd review lak hehehe.

Saturday, December 9, 2006

berita - Malex

masuk sokkabar melayu nari





Santai : 9 Disember 2006
Mudah cetak | E-mel
MALEX KE EROPAH

Oleh
Jo Santai
Penulis Sambilan

LAGU berjudul Arah yang terdapat dalam album terbaru kumpulan rok tempatan, Malex, ternyata bukan lirik kosong semata-mata.

Setelah menempa nama di Thailand, Malex memanjangkan langkahnya ke Eropah!

Jika semua perancangan berjalan dengan lancar dan segala persetujuan tercapai, Singapura bakal menyaksikan kumpulan rok tanah air muncul bersama kumpulan Metal Steel dari Slovakia untuk sebuah album Inggeris.

Bahkan kumpulan ini mendapat liputan majalah rok popular di Eropah, Metal Maniac.

Apa yang lebih membangga kan, album terbaru Malex, Wira Cosmo, telah pun mendapat permintaan pemasaran ke beberapa negara Eropah seperti di Sweden, Belanda, Denmark, Jerman, Slovakia, Amerika dan Turkey.

Album Malex kali ini lebih menonjolkan vokal penyanyi kumpulan, Rahmat, dengan lagu-lagu mereka yang lebih berpengaruh kepada unsur-unsur klasikal Eropah yang digarap dengan sentuhan yang condong kepada irama kemelayuan dan tidak tertumpu pada permainan gitar dan secara instrumental sahaja.

'Kami harap penerapan elemen sebegini dapat diterima dan memikat hati para pendengar nusantara secara amnya yang lebih terdedah dan senang dengan muzik ala Indon dan emo-rock pada masa kini,' jelas Malik pemain gitar utama kumpulan ini.

Penulis difahamkan proses rakaman album Wira Cosmo ini bermula pada Disember 2005 dan mengambil masa enam bulan untuk disiapkan.

Kesemua lagu yang termuat adalah ciptaan mereka sendiri.

'Lagu-lagu untuk album ini banyak memerlukan saya menggunakan double paddle kerana konsep yang condong kepada rentak speedmetal untuk disesuaikan dengan trend rok masa kini,' kata Raffie, yang dulunya asal dari kumpulan Inspirasi.

Dalam menempa nama di Eropah, Malik berkata Thailand tetap menjadi destinasi persembahan mereka tahun depan memandangkan peminat mereka di sana semakin berkembang. Selain itu, mereka juga akan meneroka pasaran Indonesia.

'Kami berharap apa yang kami lakukan sedikit sebanyak akan mengharumkan nama bakat-bakat pemuzik Singapura,' tambah beliau.

Kepada mereka yang masih belum mengenali Malex, kumpulan ini dianggotai oleh Malik sendiri yang bermain gitar juga selaku ketua kumpulan, Rafie (dram), Ajak (bass), Wan (kibod) dan vo kalis mereka, Rahmat.

Peminat berpeluang melihat Malex beraksi apabila mereka mengadakan persembahan di East Square Pavillion, pada 24 Disember.

Muzik mereka juga boleh dinikmati menerusi Internet di lelaman www.muzikboxproduction.cjb.net atau lelaman mereka di myspace.com/malexrock dan boleh juga ke www.merbukplatoon.com.sg.

berita - Lovehunters

" Mendung dalam sinar mata mu , kenangan duka masa lalu, kepasrahan "
lagu melayu peberet Lovehunters bagi aku hehehe.. Sambutlah Kasih huwahuwahuwa
tapi kan, pada aku Shed No Tears still the best la, antara lagu tempatan Inggeris yang paling best aku pernah dengar.
Anyway, ni some latest info kat sokkabar melayu pasal Lovehunters dan apa2 la jugak.

Maybe kalo free, harga tiket affordable bleh gi nengok dorang perform la, mintak2 ada lagu Shed No Tears la hehehe.



Santai : 9 Disember 2006
Mudah cetak | E-mel
LOVEHUNTERS 'JELAJAH KELAB'
Oleh
Jo Santai

WALAPUN sudah beberapa kali berganti pemain gitar utamanya, kumpulan Lovehunters yang ditubuhkan dalam 1987 akan membuktikan mereka tetap bertahan apabila mereka semakin rancak mengatur persembahan dari 16 Disember ini hingga ke pertengahan tahun depan.

Untuk permulaan, mereka mengadakan 'club tour' atau persembahan bergerak dengan mengadakan persembahan esklusif di tiga lokasi berlainan.

Pada 16 Disember, Lovehunters beraksi di Gashaus Cafe di Middle Road, diikuti di Celebration, NTUC di Hougang Mall, pada 5 Januari depan dan mengakhiri persembahan ini di Hard Rock Cafe pada 19 Januari depan dengan kesemua persembahan bermula 10 malam.

Penulis difahamkan bahawa persembahan bergerak ke kelab-kelab anjuran Diva Jams ini adalah untuk mengimbaskan kembali ingatan para peminat Lovehunters yang setia mengikuti perkembangan mereka sejak kemunculan album pertama hingga ke album kelapan mereka.

Persembahan kembara mereka akan disusuli dengan satu konsert besar-besaran pada 1 Jun apabila Lovehunters mengadakan konsert Demam Loverhunters 2007 sebagai menyambut ulang tahun ke-20 penubuhan mereka.

Gerakan Lovehunters di kelab-kelab itu nanti juga akan menampilkan muka baru dalam kumpulan ini, Najif, pemain gitar utama kumpulan Gersang, menggantikan anggota asalnya, Moliano.

Get Fuzzy: "scrum bums" collection


Sekali2 mesti ada intermission kan?
Dan sekali2 dalam hidup yang kadang2 tu kesedihan, kebimbangan, kerisauan pasal ntah hapa2 kebenda la, mesti ada some things yang akan kasi korang senyum, ketawa sorang2, sampai orang ingat korang giler.

Untuk aku, comic strip Get Fuzzy ni salah satu yang buat aku senyum tersengih from ear to ear. Tak tahu lak korang smua tahu tak pasal komik strip ni. Tapi korang please cek it out, kalo sokkabar harian korang tak bawak ni strip, korang bleh cek out online version kat sini .. http://www.comics.com/comics/getfuzzy/




Aku baru beli ni kompilasi latest semalam, senyum je baca, ada part ketawa sorang2, tapi ada part tak kelakar langsung la, sedih je cam contoh pasal ada berapa strip pasal sepupu salah satu karakter dalam strip ni baru balik dari perang Iraq, kaki kudung sebelah. Karakter tu query jugak apsal flight balik 2am hehehe.
Skali2 out of topic, ceta pasal benda lain best jugak eh..

Movingggg on....

Friday, December 8, 2006

berita - Helloween nye live DVD/ live album akan datang

Sapa lagi masih follow Helloween ni?
Skarang cam dah kurenggg sikit ek.. Anyway ni dorang nak release DVD/Live album baru February 2007. Cover dia cam gini.



DVD dia cam gini -
Keeper Of The Seven Keys - The Legacy World Tour 2005/2006 - Live On 3 Continents DVD (artwork pictured)

Tracklisting: DVD 1 - 'Intro' (Sao Paulo), 'The King For A 1000 Years' (Sao Paulo), 'Eagle Fly Free' (Sao Paulo), 'Hell Was Made In Heaven' (Sao Paulo), 'Keeper Of The Seven Keys' (Sao Paulo - alternative view Sofia), 'A Tale That Wasn't Right' (Sao Paulo - alternative view Sofia), Drum Solo (Edit from Sao Paulo, Sofia and Tokyo), 'Mr. Torture' (Sao Paulo - alternative view Tokyo), 'If I Could Fly' (Sao Paulo), Guitar Solo (Edit from Sao Paulo, Sofia and Tokyo), 'Power' (Sao Paulo), 'Future World' (Sao Paulo), 'The Invisible Man' (Sao Paulo), 'Mrs. God' (Sao Paulo), 'I Want Out' (Sao Paulo - alternative view Sofia), 'Dr. Stein' (Sao Paulo - alternative view Tokyo), 'Outro' (Sao Paulo).

DVD 2 - 'Occasion Avenue' (Tokyo), 'Halloween' (Masters Of Rock, Vicovice CZ), Roadmovie, Interviews, 'Mrs. God' (Video Clip), 'Light The Universe' (Video Clip).



CD dia lak cam gini -
Keeper Of The Seven Keys - The Legacy World Tour 2005/2006 - Live In Sao Paulo CD

Tracklisting: CD 1 - 'Intro', 'The King For A 1000 Years', 'Eagle Fly Free', 'Hell Was Made In Heaven', 'Keeper Of The Seven Keys', 'A Tale That Wasn't Right', 'Mr. Torture', 'If I Could Fly', 'Power'.

CD 2 - 'Future World', 'The Invisible Man', 'Mrs. God', 'I Want Out', 'Dr. Stein', 'Occasion Avenue', 'Halloween'