Showing posts with label Arsenal FC. Show all posts
Showing posts with label Arsenal FC. Show all posts

Saturday, July 11, 2015

Tiga perkara - Perjalanan untuk RAYA, senarai pemain Arsenal untuk ke Singapore, Srebrenica Massacre 20th years

Tiga Perkara... Pergerakkan di musim raya ni, Arsenal nye senarai pemain yang akan ke Singapura dan pembunuhan ramai2 8000 orang hanya kerana mereka orang Islam di Srebrenica dah masuk 20 tahun.

1) Sapa2 nak bergerak ke sana ke sini untuk Hari Raya ni..
Apa cara pun.
Berhati2 la ok...

Tak kira la kat mana pun raya disambut untuk tahun ni..., merata Malaysia, Singapore atau rumah Steve Harris.. cewahhh..

NI TBS, kul 10 lebih malam dah.
Masih belum kecoh lagi...Next few days mesti ribut.




2) Arsenal nye list untuk main kat Singapore hari Rabu ni dan hari raya kedua. Aku tak pedulik, kalah 10-0 pun takpe. Pre-season je pun.




Missing
ALEXIS & OSSSSSSSSPINA!!!!! - Rehat lepas South American nye piala.
ROSICKY - Cedera. Cam siot Czech Republic tak tahu jaga players ke?
GNARBY - Cedera. Aku suka dekni!!! siot!
JENKINSON - Loan to West Ham United lagi. UP STEVE HARRIS!!!
Podolski, Diaby - Goodbye!!! Takkan dilupakan.

Apa pun yang datang...
Peter Cech, Szczesny, Martinez, Gabriel PAULISSSSTAAAA!!!, BIG FREAKING GERMAN, Kos, Monreal, Gibbs, Debuchy, Bellerin, Chambers (Aku rasa lah dekni akan tukar position jadi Defensive Midfielder la), Arteta, Coequlin, Ramsey!!, Wishere, Flamini, Ohh Santi Cazola..Ohhh Santi Cazola, OX, Zelalem, Ozil, Walcott, Girould..........., AKPOM (aku termiss nama dia aku cut and paste kat atas tu), Adelaide tu baru beli dari Lens France youngster, dan a few youth players...

I AM SO HAPPY!!! I hope to be at the stadium LOL!!!

MOST IMPORTANT HAVE FUN
AND PLEASE NO INJURIES!!!



3) Media massa contoh CNN sedang tumpukan perhatian kat 20 tahun pembunuhan beramai2 kaum Muslimin di Srebrenica tanah Bosnia.



Peristiwa di tempat ni about 8000 orang Islam dibunuh hanya kerana mereka Islam.
Dengan sebelum pembunuhan tu candy diedarkan untuk tunjukkan takkan ada apa akan berlaku.
Ni adalah antara peristiwa yang seluruhnya berapa ramai orang Islam kena bunuh? Ratusan Ribu?

Ni peristiwa yang jadi titik permulaan satu dunia ambik tahu dan mula ambik tindakan...

Aku dah lupa, kat tempat mana entah dalam pergolakan ini, dorang jumpa mayat2 orang Islam yang kena seksa pakai Blow-Torch. Blow Torch ok.

Tapi well, sekarang kita dah tak perlu oran2 ni semua kan? sekarang pun orang mengaku Islam ngan orang mengaku Islam dah sembelih2 leher masing2, suruh budak2 tembak kepala orang, lemaskan orang dalam sangkar dan sebagainya...

Siap rakam lagi.. Aku tak tertengok ok, aku dah tak tertengok lagi dah....

Dah tak perlu orang bukan Islam untuk siksa orang Islam dah.

Anyway balik kepada perpecahan Yugoslavia ni,
Aku tak tahu apa aku nak cakap, pasal aku dah backpack sampai Serbia untuk seriously tujuan utama ialah menengok Iron Maiden main, tapi bila aku pergi Museum Perang mereka, ngan aku tengok bangunan mereka yang kena bomb, dan bila aku tengok keychain2 yang dijual untuk jadi souvenir, dengan PETA yang sangat berbeza dan ungkapan2 kat PETA yang sangat aku tak tahu apa nak cakap tu semua.., ngan terus terang cakap mana2 negara ialah kawan2 akrab mereka... Aku rasa Iron Maiden tak penting la.


Wednesday, May 20, 2015

Arsenal, Everton, Stoke, Singapore XI - Barclay Asia Cup. 4 Games in 2 Nights.

Kita tinggalkan kejap pasal makan2 dan rock2 ni semua untuk cerita pasal bola..

DISCLAIMER, mungkin ada korang jenis "holier than thou" I suggest korang buat bodoh sua jangan baca...tapi kalau nak baca jugak dan tetiba rasa bangga "self-righteous " tu datang kat hati korang, kalau nak lahar aku, Lahar aku dalam hati korang je la..


Macam sejak beberapa tahun lepas, Off season/Pre-Season Liga Inggeris khasnya dan Liga2 Eropah lain amnya, bertembung ngan kalender Islam bulan puasa dan awal Syawal.. Mungkin ni akan berterusan hingga berapa musim lagi... kecuali dunia kiamat, perang dunia ketiga, ada epidemik satu dunia, atau MATI dan sebagainya..

Contoh tahun lepas raya kedua ke raya ketiga? dah lupa.. Barcelona...
It was ridiculous kan? Last minute tak mau main kat Bukit Jalil pasal condition padang dorang tak berkenan waktu training depan penonton.
Either swap stadium or Barca wont play.
Hah kau, dah macam pelarian ok besoknye tiba2 nak kena naik komuter pergi Shah Alam, seberang highway kereta banyak, seberang rel keretapi kat pagar yang dipotong.. Very Bahaya for Public Transport Users. SERIOUSLY. Anyway seminit pun Messi dorang tak turunkan. 
At least kita masih bayar tiket Komuter, ramai orang tak bayar dah,... semua main panjat gantry je pasal dah last train.

Aku suka tengok bola kat Bukit Jalil, pasal LRT selalu dorang akan arrange kalau game abis lambat ada train LRT masih in service...
Tapi this Weekend final Lion XII lawan Kelantan, tak gi la..
Aku pernah dulu baca, dengar cerita, all those legendary Kapak Siam stories when predecessors of both these teams meet long long ago....... amazing scenes it must be zaman tu with all those Kapak Siam...

It should be a crazy final. I hope.
Lion XII will basically be mostly or all budak2 Melayu local tanpa sebarang pemain import, coached by Fandi versus The Red Warriors, who I have an affection for.

Anyway, just got these...
Lupa lak nak beli awal...3rd night dah start jual baru terhegeh2 beli online..
Abis la...nak dapat seat best

EVERY SEAT IS NOW NUMBERED IN THE NEW KALLANG STADIUM.
GOOD. VERY GOOD.



Arsenal main first game 8 lebih la kot..
Hmmmmnnnn...Takpe seat dah numbered so boleh keluar masuk haha.....
Tak yah bimbang seats orang lain ambik...


So this year takdeperal, kita plan raya Singapore pulak...

and kebetulan... Arsenal is coming Singapura pulak..WAHH MACAM DAH JANJI!!
Untuk piala yang, satu2nye piala yang diiktiraf Liga Inggeris diluar England kalau tak silap aku.

Barclays Asia Cup. Selalu setiap tahun diadakan di Hong Kong, tapi tahun ni pindah pergi Singapore.
Tunggu la giliran kat KL kot lain kali?

OK, so tahun ni...yang ambil bahagian
Arsenal - No Ospina, No Alexis - Copa America just finish by then... Please Please Brazil dont select Paulista... LOL!!!
Everton
Stoke City a.k.a The Orcs From Mount Doom
Singapore XI - yang aku harap dorang panggil balik semua2 tu kat JDT 1 and JDT 2 sekali.

Tiga Hari sebelum Raya...
Everton lawan Stoke - first game
Arsenal lawan Singapore XI - second game

Sapa menang masuk final, sapa kalah lawan 3rd 4th placing..
Final dan 3rd/4th placing ialah Hari Kedua Raya Puasa...

Aku nye harapan, padang aku harap tiptop... tu hari Juventus main, Teves satu minit pun coach Juventus tak berani nak kasi..... satu minit pun Teves tak dapat beraksi...
Takut injury...

tapi aku rasa sekarang dah ok la....   Stadium kadang2 canggih ngan boleh tutup bumbing semua la, hujan tak kena la apa, with roof la, abis tu rumput tu nak tumbuh cammana kalau dah tak cam mana satu sinaran matahari ye tak?
Mahal weii aku baca beli floodlights cam stadium Emirates pakai tu nak kasi rumput tumbuh cantik dan sihat.. Floodlights tu simulate sunlight, jadi rumput ingat ada cahaya matahari so dia tumbuh cantik dan sihat la... cehhh aku macam betul je, tapi its one of the concerns la...

OK...

Aku most harap..
-Arsenal takde injuries... tu je.... AKU TAK MAU DORANG JUMPA STOKE... ENTAH SAPA NYE KAKI LAK KENA PATAH NI KALI!!!!!  !#(^$ #!@%*(#(@!!!!!!!!!!!
-Budak2 melayu Singapore enjoy dan dapat benefit main ngan dua club Inggeris yang tengah pre-season. Salah satu dah confirm ialah Arsenal.
-satu malam bukak roof, satu malam tutup roof. Baru thrill.





So COYG..

And please don't fuckin screw up against Aston Villa in the F.A Cup Final..

I will be at work when you play the final next week, my body is at work that night, but my spirit is at Wembley..

CEHWAH!!!





p.s

ok ok...

Spurs pun nak datang kan? Shah Alam ye....

HAHAHA... ooohh takkan la nak terkejar2 seberang jalan kaki kat highway, masuk lobang kat pagar seberang rel komuter malam2 gelap2..untuk team paling tongong ni kan?
hahahaha....

OK OK... Liverpool kat Bukit Jalil pun kan?

hmmnnn thats a thought...

tapi.. Wings kat Istana Budaya...hmmmmmnnnn
XPDC Merdeka Stadium aku confirm tak pergi la, aku kerja la tu malam tu weekend, tak mau la ambik annual leave..rugi.
UVIANHELL/Portdy please tape the XPDC show please.
Aku tahu dorang rakam malam tu, tapi aku nak Unedited/Uncensored/Completely Pure Fan Audio of what happened. Thank you.

ok ok ni semua lain kali sambung k....

Wednesday, March 4, 2015

Bandar Portsmouth, kawasan East London Upton Park, dan... Ashburton Grove

Sudah abis borak pasal Oxford yang aku harap korang enjoy, so ni kali aku borak tiga benda lain ok...

Memula Portsmouth, Portsmouth ni tepi laut, dia kira jiran2 dia Southampton, Brighton gitu la, seangkatan gitu..
So layan gambar satu.. Air Pasang, dan Air Surut..... HMS WARRIOR la ni, sapa Tanya tu hari, Saudara Faizal kot? Hah.. HMS Warrior ni... Ni ambik dari stesen keretapi..


Above was taken on train arrival
Below was taken on the way back by train to London in the evening...



KECOH JUGAK PASANG SURUT DIA SAMPAI BEGITU....

Aku nampak ni bawah bila keluar dari keretapi.. ISLE of WIGHT la rupanya dah dekat dah, Cuma nak naik ferry je gi sana. Isle Of Wight ni... tempat festival2 gitu... Famous la tempat ni. OK now I know cammana nak gi dah. Dari dulu tertanya2 apa ke benda ni Isle Of Wight ni.. Pulau dekat ngan Portsmouth rupanya.






kita gi sana dua tujuan... Tengok keadaan sana cammanana, dan jugak yang keduanya - rupanya kat sana ada tempat beli2 barang gitu... OK la so nak gi Portsmouth kita orang naik keretapi dari stesen Waterloo, di London.




Ni kira pergi pagi lepas tu balik malam la, So perjalanan sejam lebih satu arah.. biasalah enjoy la naik keretapi gini kan, tiket gi balik.. satu orang dalam 40 pounds la kot. Dah lupa la...

Again kat sana, kalau korang beli tiket pandai2 sendiri kat mesin automatic tu, korang pakai credit card cocok je, takde mintak pin nombor ke hapa ke, cocok je, nanti kejap dah... Selamat la billing dia, Insyallah. Tapi jangan hilang la, hilang kalau orang curik buat beli tiket ni semua.. Pengsan la.



OK so memang korang keluar je dari stesen keretapi korang Nampak bus terminal ni, SEJUK GILER......then korang Nampak shopping mall besar giler.



Alrite la kalau korang nak beli apa2... macam semua tempat jugak la, bukan semua murah, bukan semua mahal.. ada yang offer murah giler, tapi of course kena tengok saiz la kan..
Macam kita pergi mana2 sama, korang tengok contoh sesuatu barang tu harga murah giler, tapi takde size la. Tapi ni bukan tempat macam luxury goods gitu, ni tempat2 biasa je...cuma mungkin korang nasib baik, korang dapat harga lagiii murah...

Aku layankan love ones aku aje.. tapi aku beli ni untuk aku sendiri... apa lagi aku nak beli kan buat diri sendiri?  Selipar Jepun takde.



... BEST BUY OF THE DAY.. Aku beli kat HMV Portsmouth. Haha...



Nampak kan? Semua kapal...ni memang tempat perlabuhan, sama macam Southampton tu, tapi ni lebih kepada tempat tentera laut, suatu masa dahulu....

Tu la ada kapal perang lama beratus tahun dahulu tu kat atas tu aku tampal foto air pasang air surut tu.

Pameran Ukiran2 pun banyak berunsur kapal...



OK Fratton Park nama Stadium Portsmouth kan? OK, kita lalu stesen keretapi Fratton tapi aku tak Nampak stadium tu...

,
,
OK tukar tempat lak....

,

Masa duduk kat East London, tinggal kat tempat apartment selesa dan murah pakai airbnb, satu pengalaman menarik ialah waktu kita nak singgah Upton Park kejap... ni masa kat London la kan, so harus diingat ni musim Sejuk, musim Winter jadi kul 4.30petang dah Maghrib ok,

so bila kita sampai stesen Underground Upton Park (jangan keliru ngan stesen West Ham), memang terkejut pasal bila tengok jalanraya dia, aku ingat aku kat INDIA. Aku tak tipu... rata2.. boleh Nampak lebih orang Asia kulit gelap, mungkin orang2 dari benua Afrika, dan kurang sikit orang mat salleh. Sila tengok2 foto ni semua....







Pasal korang ingat kita bukan nak tumpu kat tengah bandar raya yang ramai pelancong tu semua tempat orang luar semua mahal giler... So explore London lain, memang best la...nanti la pelan2 aku cerita pasal Hackney nye area... 

Tentu la kita pergi Central London, tengok persembahan theater kat West End, gi la apa2 menarik tu semua , tapi dalam masa yang sama... pada aku la, explore luar dari Central London terbaik...  

Memang aura dia lain, tapi rasanya Selamat la takde hal, dan seronok, cuma ni semua tempat orang2 tempatan gitu, so hati2 la sikit, dan hormat tempat area orang, tak mau berlagak star-karat.









Menarik ok, jalan kat sini pasal aku tak rasa aku ni orang ASING. Pasal ramai orang Asia berkulit gelap gitu. Kedai2 jangan cakap la, banyak berunsur pakaian2 India gitu.. Dan kedai makanan halal semua banyak.. OK, aku ada bilang sana London semua setiap KFC aku Nampak semua ada sijil halal, tak tahu la pasal kita bukan duduk kat tengah2 bandar London tempat ramai tourist pasal kita duduk kat kawasan penduduk tempatan pasal kita jimat gunakan Airbnb, jadi kita duduk rumah la gitu..
Tapi memang semua KFC aku Nampak semua halal...
Anyway, gerai, kedai jualan daging semua ada la yang halal. Dan murah.... apa tu? 9 ketul drumstick hanya 2 pound sahaja and all that. So korang beli, korang bawak balik korang masak, goreng korang makan la...

PASAR QUEENS MARKET, macam pasar kita jugak...







Aku kasi gezek sikit la eh...
contoh, 
keutamaan ok untuk love ones aku, ok nak prepare apa pun, prepare la kan, untuk keselesaaan mereka, tapi contoh macam aku, walaupun musim sejuk giler, winter, suhu 3 darjah, 4 darjah, aku Cuma bawak jaket jeans aku, dan jugak aku cuma pinjam jaket winter orang. Cukupkan syarat. Pinjam orang punye. Aku takde la pergi kedai beli2 ni semua.....

Pasal aku tunggu aku jumpa kedai murah kat sana aku beli la.. aku beli apa orang local sana pakai sebagai basahan kat kedai2 biasa kat tempat2 kawasan perumahan sana. Bukan tempat2 orang2 luar orang2 asing beli...ah tu mahal la kan..
So aku dapat beli winter jacket yang aku anggap terbaik hanya 13 pound sahaja. So aku happy la aku dah save duit... dan duit tu aku boleh rolling dan rolling duit tu la untuk travels ni...
Kira cam gitu la...  nanti la sambung..

Ni aku cakap ni korang jangan marah la ok.. Ni aku post ni semua untuk Korang yang mentality macam aku. Kalau korang jenis step atas angin.. Mintak maaf la, tak sesuai tulisan warna kuning ni untuk korang...  



OK sambung balik, so kita singgah makan kedai Halal ni, kebab nye style lagi la kedai ni.. Korang tengok wall dia... Semua West Ham United ok..... Hebat... Peminat la ye tak? terang2 kawasan tu semua mesti orang West Ham United ok...








Terus jalan lagi jumpa.... Upton Park,




tak sempat ronda Stadium, tapi nak kat sejam la kat dia punye tempat jual2 segala tok nenek barangan West Ham United. Apa pengsi West Ham ni kan, tshirt2 dia semua tak Nampak macam tshirt ada kena mengena bola tapi macam tshirt rock, pasal dorang nye nickname kan Irons, dan Up The Irons tu kan sebenarnya asalnya cogankata West Ham pasal Steve Harris kan peminat dan jugak schoolboy team bola West Ham budak2 dulu, so bila kita peminat Iron Maiden sebut Up The Irons tu untuk West Ham jugak gitu la.

Macam aku cakap, sana korang kena hati2 la kan, contoh nak gi Upton Park nanti kat stesen keretapi underground/overground tu ada stesen nama Upton Park dan jugak ada West Ham, so jangan salah turun...




OK, ASHBURTON GROVE.
KORANG TAHU TAK NI TEMPAT APA???
Ni la nama sebenar stadium Arsenal tu ok... sebelum Emirates sign kontrek pakai nama dorang...

AS ABOVE



SO BELOW



Ada a few cogankata bahasa Melayu ok, fans Malaysia punya banners la jadi permanent signs kat stadium Emirates ni....


TH14 nye statue

aku dah gi Emirates dua kali tapi aku belum sempat gi tapak lama Highbury.. apa yang tinggal la kawasan tu...
Game tak pernah lagi... kecuali kalau kat Bukit Jalil ahaha...
Takpe, bulan 7 ni dorang main kat Singapore. Rumput baik repair ye Stadium Baru, mampos Alexis cedera main atas pasir hahaa.
Dah la minggu depan One Direction nak main sana, tiket dah 30,000 jual wooo... Ada dua main stage, ada ramp lagi. Giler ah One Direction.




Nanti sambung....

NEON KOTA... ni kawasan Picadilly Circus la, West End semua...

Korang tahu lagu Pet Shop Boys? West End Girls??

Hah.. kan liriks dia kan "East End Boys meet West End Girls"..

Pasal East End tu kira macam slums la, orang2 biasa, West End ni kira cam orang2 atas angin gitu....





actually semua kat sini je kalau korang betul2 strategi tactics.... 

Aku pernah cerita kan? dulu 2013 yang aku backpack sorang2 tengok Maiden main Eropah, aku jalan kaki sorang2 je, pakai selipar jepun ngan bawak satu kamera kecik, aku pusing jalan kaki segala landmark2 popular central London ni semua dalam 4 jam gitu. Aku ada cerita la kat topik backpack aku untuk 2013 nye.... Ni kali aku pakai kasut sport la, selipar jepun tak boleh, sejuk giler..BEKU!!

Jalan je...mesti jumpa.. big ben, eye of london, river thames, parliment house, buckingham palace, trafalgar square, picadilly, west end dan segala tok nenek theaters pementasan kat celah2 lorong, Hyde Park, semua pusing2 sini je....dan lebih dari tu...

. dan PERCUMA... satu sen pun tak keluar. Its possible ok... korang santai je jalan2 lambat sikit la sampai tapi tetap sampai..., MOBILITY by walking aku rasa sesuai la for all ages.

 Again, aku cakap ni ialah dari sudut pandangan mata aku untuk sesetengah pembaca...

Bukan untuk semua pembaca ada sesetengah komen kat sini aku beri, aku harap korang terima positif ye. Ada komen aku beri sebagai perangsang dan sebagai build up confidence untuk orang cam aku....

tapi macam aku cakap...... walaupun kota London memang mahal, tapi its possible to really really enjoy it dan EXPLORE dan TRAVEL tanpa fikir pasal belanja sangat.







NANTI SAMBUNG

..

Monday, February 10, 2014

Bulgaria,...,... dan ketenangan.

Dua benda nak cakap...
Perasaan Terkejut diikuti perasan gembira, diikuti perasaan sedih, hampa, naik darah!!, tak kuasa lantak la korang (ni semua sekali jalan) dan kemudian kembali ketenangan.. ok cerita pertama dulu.
1. Bungkusan dari bandaraya Sofia, Bulgaria. BULGARIA??? biar betik.
Tak pernah aku dapat bungkusan dari Bulgaria ni..
Posman baca ni paham ke? haha

Sekali aku bukak, aiseybedah... senyum dari telinga ke telinga ler aku.. 
TERBAIK DARI LADANG OK!!!
Korang bayangkan, Rakaman kat Tokyo Jepun pada tarikh Julai 2000, oleh band rock Jepun yang pada zaman setahun dua waktu tu pakai penyanyi mat salleh dari England, dan rakaman diciplak di Bulgaria. Lepas lebih sedozen tahun, baru aku dapat.

Graham Bonnet - Ritchie Blackmore pilih dia ambik tempat Ronnie James Dio ok, giler ah nak ambik tempat posisi RJD, walaupun tugas dia kena tolong ubah Rainbow dari zaman Medieval, Dungeon & Dragon Rainbow kepada zaman lagu lebih pop pasal Ritchie Blackmore tu jam gatal nak tukar angin. Selain Rainbow dia pun dah nyanyi untuk Michael Schenker Group, Alcatrazz, dan Impellitteri.

Lepas buat satu album ngan Graham Bonnet zaman 2000 dulu, dan aku sampai sekarang masih tak boleh dapat secopy album original Heavy Metal Anthem tu (Anthem tukar liriks lagu2 dorang masa dulu jadi bahasa Inggeris, dan Graham Bonnet tukang nyanyi). 
Anthem panggil balik EIZO Sakamoto.
.
Next topic..
.
2. Sedang lidah lagi tergigit, apa lagi main bolasepak 20 minit pertama ke laut kan??
Aku paham...Air ada pasang surut, langit kadang2 cerah kadang2 mendung, kadang2 menang, kadang2 kalah, dan kadang2 kalah dengan macam puaka gitu. Apa pun luahan perasaan kejap. "MAKAN GAJI BUTA!! TAK BOLEH HARAP!! JANTAN KABERET!! JOGGING?? kepala hotak jogging lawan ngan pasukan pemain laju cam gitu, Lari la oi!!!."

 ok dah...Marah dahbis, sayang tetap sayang...
I will love you guys forever and ever, but please don't do this 'first 20 minutes and 5-1' too often guys, if once in a while, I can take it with a painful smile....so all I can do now is ....


p.s

Apa pun..
MAIDEN BULGARIA... Just before Hellfest.. 16th June Monday... Hmmmnnnnn.....

Saturday, August 17, 2013

Raya bersama Barcelona FC

ok, raya kedua raya ketiga.
Training session raya kedua.
Senang je kan Bukit Jalil naik lrt.

Malaysia XI prektis dulu, then Barcelona.
Peminat2 semua recce letak goal post kat tengah padang tu. Mengadap ke mana.
Boleh nampak MASS MIGRATION semua pindah tempat duduk beribu2 penonton. Kelakar abis.

Barcelona
- warm up,
- bagi Tiga group. Golkeeper tiga orang prektis sendiri, lain bahagi dua group main bola monyet.
- lepas tu bagi dua group lagik. Prektis shooting satu group, belah sana tactical sikit kot.
- Then bagi tiga, warna bib merah, kuning, hijau. Messi sorang warna bib biru.
Main 7 aside, sapa kena gol, keluar. Messi main semua gitu tapi dia banyak tukang spread bola dari bawah.
Then abis.
Padang memang boleh nampak ada patches gitu. Tak nampak la muka satu2 jauh kan, so tak tahu rupanya Barcelona memang dah concern pasal kualiti padang sebelum pun dorang mula training.
Abis, takde la pergi dekat2 ngan peminat semua, dari jauh je.
kat youtube channel aku aku ada taruk la 2minit clip dorang main, tiga gol, cammana prektis dorang...boleh la enjoyable tengok dorang.







Paling best malam tu, 
ADA DUA PEMINAT start dulu, satu panjat tapi dia tak pegi kutip bola Neymar tendang tapi tak sampai kat peminat.
Dia lari je peluk Neymar punya lama dia peluk Neymar, Respect giler, dia ngan backpack lagik, dapat lepas tu longkang parit security pit bukit jalil tu.
Member dia pun lepas tapi member dia ambik bola Neymar tendang tu.
So ada huru hara sikit la tu jam... pasal dah ada loophole kan cammana nak cross over parit keselamatan tu kan
Cuma satu kulit hitam ni, dia cedera...kesian. Mula2 ingat kaki patah, dia salah landing,


 tapi rasanya salah urat je kot, tak pun terkehel. Tapi dia selamat keluar, medic attend kat dia.


Hari game, pagi2 aku masuk porum, hah kau, apsal ada sesi kutuk mengutuk ni? kan raya. haha.
La...biawak komodo betul. Game tukar Shah Alam Stadium.
Bingit sey, so kena keluar awal la kan, naik komuter gi sana.
Siap google " how to go to shah alam stadium by public transport?", tak puas hati, google melayu " cammana nak pergi naik pengangkutan awam? " haha. Aku tak biasa naik komuter ktm kan.

So, berhenti stesen Batu Tiga ok? dan menapak la korang lenggang kangkong 30minit la kot, ok la cuma ada naik jembatan, dan korang kena redah sikit jalan besar. Petang tu, sampai awal, teksi 15RM ok, lambat aku dengar dah naik 30RM.
Balik paling lawak, separuh jalan tanya apek tu berapa? dia cakap 40RM. bayangkan separuh jalan dah.
Orang carik kesempatan carik makan lebih.. aku komen satu je la " you can shove that money up your ass je ". Tapi ramai2 la orang2 guna publik transport kejar komuter last train so nasib baik sempat la.
kita dah beli pergi balik nye tiket, tapi rasanya ramai jugak la lompat pagar haha.

so ok la, pandai2 la korang nak intersection ngan rail sistem lain dalam kawasan kl. Sentral sibuk kan? so avoid la, basically semua pun turun sentral, so korang turun tempat lain la.... Sogo tu alrite la.
Tapi by that time, semua rel lain pun dah abis. Tapi at least sampai balik kawasan kl la kan, kalo tak tido tepi jalan la kat shah alam haha.

ok, game, alrite la.... Aku suka Malaysia nye right back. Yang player tahun lepas Arsene Wenger puji yang kasi Jenkinson lengit tu, masuk reserve je 2nd half.

Fabregas ada, Song masuk reserve, puaka Fabregas injured. Messi tak main terus. Dia dah kena main ngan padang bukit jalil semalamnya.

Highlights
- rasanya fans arsenal ramai masih rindu Fabregas, sila lihat contoh banner. Definitely much effort had been made to create and bring along this.



- game start terus, takde hegeh2..... so takde la booooooooooooooooooooooooooooo. haha.
- messi 2nd half tu laungan untuk dia memang bergema la.
- scorebod masa Barcelona second gol, is taruk Malayia XI 2 Barca 1, tapi dibetulkan.


- Barcelona tak buat pusingan satu stadium lepas game, dan tak applause pun peminat seluruh stadium walau tengah padangke hapa ke.
Which is fuckin dissapointing especially for their younger fans.

This is so completely different from the way Arsenal treat their fans, especially during the training sesssion siap kasi souvenir, tak cukup gi ambik lagi, Arsene Wenger siap diri tengah padang kasi speech lagi kat peminat.

Barcelona, I think lack class or maybe the stadium's field quality issue really pissed them off.
-
-


Tuesday, August 6, 2013

FC BARCE"hari raya"LONA

(If there is a soundtrack for this post, then its Van Halen's "I cant stop loving you".)

First reason I thought of that song and humming it while typing this post is that, ya I know its Hari Raya, but just like the first line of this song " There's a time and place for everything, for everyone".. So got to try to make it for FC BARCELONA , need  to find the time to go Bukit Jalil Stadium on this Saturday night, and ooohh training session on Friday too.
Secondly yap, the chorus, its for ex- EL CAPTAIN Fabregas, and Song. Never forgetten them, especially Fab4.

So its a rare chance to see Barcelona plays live. 





To see close-ups of Messi, Neymar, Valdes, Alves, Pique, Xavi, Iniesta, Song, Fabregas etc etc etc basically the whole team.
I am not really a fan of this club, but I think they play the best and most entertaining football besides ARSENAL FC. The only difference is Barca plays well and win trophies. HAHAHAHA!! ( thats a painful laughter may I add ).

Ooo another thing, check out the stored-value card for travelling on Kuala Lumpur's subway with this design. Fancy.
The usual stored value card is worth about 12RM with a 10RM value, but this fancy design cost 20RM with the same 10RM value.
.




.
.
.
.
.
.
.
.
.
Finally,
.
.

TO ALL MUSLIMS EVERYWHERE, 
in Singapore, Malaysia, Indonesia 
and the Rest Of The World -

Happy Eid Fitr, Aidil Fitri, Hari Raya Puasa, Lebaran, or whatever you called it.

p.s. 

World Peace, Arsene Knows and Up The Irons \m/