Muzium Louvre.
Macam aku pernah cakap, kalau ikutkan rentak aku secara peribadi, tiga hari tiga malam pun aku tak boleh habis menghayati segala isi kandungan yang dipamerkan dalam bangunan2 besar dan bertingkat2 ni.
Lukisan2 klassik dia je, ni satu contoh....BESAR GILER KAN?? berapa lama sey artis2 zaman dulu nak hasilkan ye tak? dah la detail giler...
Cammana nak angkat nak transport kan hasil2 seni beratus2 tahun dan penuh berhaga ni, insurans dia je dah berapa ye tak???
Nak kena tengok dari jauh dah berapa minit....nak kena datang tengok dekat2 in detail lagi berapa minit...
baru satu... kalau ada ratus2 cam gini....
dekat bahagian lukisan klassik je silap2 satu hari... ni aku cakap ni ikut cita rasa peribadi aku sebagai penggemar pergi muzium.... Apa2 muzium la, aku hidup bila masuk dalam.
OK Apa pun, aku pun nak join in meraikan ulang tahun ketiga puluh album Powerslave cam korang dan cam ramai orang sekeliling dunia....
Ni bag aku bawak masa aku pergi Louvre, Backpack aku yang besar gedabak berat giler tu aku dah simpan kat tempat simpan bag kat basement....
Jangan bimbang, korang kalau pergi Louvre semua korang letak sana sua, masuk Louvre jalan lenggang kangkong, pakai selipar.....
Anyway, nampak sebelah Sphinx tu , apa melayu panggil eh? Patung gergasi purba Mesir Jahiliah berkepala Singa? haha.
Kat sebelah tu ada notis PENCOPET!. Hati2 woooo banyak wooo Pencopet Professional. Tak rasa punye la aku rasa.. tahu2 habis semua...
Aku passport letak kat dalam seluar jeans, kejap2 tangan pegang bontot, cek wallet aku kat poket belakang ada ke tak...
Benda2 penting, tiket tengok Maiden, tiket masuk Hellfest semua aku taruk dalam beg sling, beg sling aku jalan letak depan... Kongajar kalau sapa curik tiket nak gi tengok Maiden aku, GADUH ah!! hahahaa.
Anyway ni tag dia bila tukar bag...
Nombor macam Setan lagi.....
Selalu aku dapat nombor 66 ni tau...dari zaman sekolah dulu ambik periksa apa....nanti dapat 66/100. Ni untuk subjek2 aku minat la.... kalau tak minat.....memang la fail. Literature, aku minat...aku masih ingat...aku dapat 66/100.
BANGGA!!!!... Pasal serupa nombor macam Setan kan??
OK dah cerita pasal Mesir Purba...ni lagi sikit...
Ni Ramses II ni kat bawah ni dia punya zaman pasal dia, tapi awet mayat Ramses II aku rasa masih kat Mesir ke? atau London??, Ramses kedua ni, kalau tak silap aku la.... adalah FIRAUN yang kita kenal. Ni salah satu peninggalan sejarah dari Firaun yang kita kenal sangat ni....
OK, Firaun ni memang tenggelam kat Lautan Merah tu kan masa dia ngan dikatakan sejuta tentera dia kejar Nabi Musa..
tapi tak mustahil Allah jadikan mayat dia timbul semula dan dapat diawet oleh kaum nya, jadi last2 jadi pamparan kita hari ni..
Sorry eh kalau aku salah, tapi apa aku tahu, dari segi kajian Firaun yang kita kenal tu ialah Ramses II.
Kalau salah, aku mintak maaf.
Ni pulak gambar pertama kat bawah ni ialah tempat simpan mayat yang diawet untuk RAMSES ketiga (RAMSES III).
Sarcophagus la ye Omputeh panggil...
Banyak la kat Louvre ni semua, ni kira kalau dalam ada isi, ni semua ialah Mayat Manusia tau....
Walaupun dah berpuluh2 ribu tahun sekalipun, tetap mayat manusia jugak.. Kira tak boleh main2...
Waktu Muzium kat Singapura bawak masuk pameran Mesir Purba dari pinjaman arkib negara Austria,
Tok Sami dipanggil ok untuk buat sembahyang dulu pasal nak bawak mayat.. ye la orang pun mesti saspens kan... walau pun dah beribu2 tahun tapi tetap mayat.
Tapi untuk aku cukup la sopan santun cara hormat je la kan, tak mau kutuk2 ke hapa ke kan,, bila berhampiran ngan pameran2 pasal dorang pun semua pun macam kita manusia, cuma mayat dorang diawet, dah tu jadi la pameran beribu2 tahun lamanya....
Aku pergi ni aku dapat pusing selama 4 jam - 5 jam gitu.... pasal lepas tu aku nak balik airport aku nak mengembara gi Serbia Belgrade sambil menengok Iron Maiden dan Ghost main kat SUASANA KAUM SERB ngan bendera semua berkibar dah betul2 punya semangat nasionalisme sangat tinggi walaupun dalam suasana menengok Iron Maiden main.
Jadi 4 - 5 jam ni, aku cuma pusing tempat lukisan klassik, cam aku dah buat posting potret monalisa tu hari kan?
dan tempat Mesir Purba punya arkib dan pameran...dan jugak tempat arkib pameran purba kaum Greek, dan aku sempat turun paling bawah sekali bawah tanah tu tengok Foundation bangunan Louvre ni yang ada tempat dibuka kepada umum...
Jadi bawah ni...sebagian lagi Ancient Egypt Artifacts...
dorang pun ada string instrument jugak, dorang pun dah buat album cover patung berkepala Kambing jugak, dan macam2 la tengok je la...ni aku rumuskan ringkas je la dari mungkin 100-200 gambar aku snap hanya untuk Louvre sahaja...
Dan jugak backcover album Powerslave pun ada jugak kat Louvre ni... haha.
OK OK,
Pergi Louvre ni kan...
Tiket tak yah beli advance ke online ke, kalau korang pakai credit card paling mudah, banyak mesin automatik, korang cocok je kad korang terus tiket keluar... takde hegeh2 nak pin nombor bagai...
tapi kalau korang nak bayar pakai cash, hah sila beratur....
tapi kalau korang beli tiket online sebelum korang pergi pun,rasanya leceh la jugak korang kena tukar tiket la apa la...
OK, Siling kat sini memang jadi tarikan....siling2 kat bangunan2 yang bersambung2 menjadikan Louvre ni...sangat cantik dan penuh sejarah.....jadi siling2 ni pun secara sendiri ialah satu lagi tarikan yang buat muzium Louvre ni terang2 la antara terbaik dalam dunia...
SAKIT LEHER!!!!!!!!!!
OK, Venus... She got it...yeah Baby, She Got it....
I'm Your Venus, I'm Your Fire
At your Desire...
BANANARAMA RULES!!!....
Korang gi Louvre ni kurangkan sikit la, " Eiii, TAK PAKAI BAJU!!!!", "Eiii, TAK MALU!!!"..
ye la lukisan2, patung2 tu semua dari beratus2, mungkin ribu2 tahun dahulu... paham2 je la...
Ni kira angle Venus paling sopan la kan? haha
OK ni lain2 la bahagian Roman, Greek purba ni semua...
aku tapis2 je la foto2 kat sini,, takkan nak tampal banyak sangat gambo kan??
Mungkin lain kali aku upload semua gambo kat blog aku yang memang aku load-up semua foto2 aku suka dan aku ambik yang DEAFENING.BLOGSPOT.COM tu tapi masalah nye aku rasa aku pun dah lupa password hahha..
Anyway pergi Louvre ni senang je, naik subway dorang dah...... konfem sampai nye.... cam aku, aku siap jalan kaki sikit, pasal nak explore kan...
INGAT KITA MENGEMBARA, bukan melancong....
Perkataan Mengembara...is so much better.... dari segi mentaliti, ILMU, disiplin, dan apa kita raih dari segala usaha kita yang penuh panca-roba, dan jugak kos belanja.
OK, bangunan Louvre pulak, ni ialah sehagian aku ambik je la.... susah la nak ambik cantik...
satu foto kat bawah tu ialah tingkat paling bawah tanah, tempat structure Louvre tu sendiri...
Tu la aku cakap, kalau tiga hari tiga malam pun aku maybe tak boleh game... Ni untuk aku la...
OK, ermmm apa lagi???
OK, ni koridor2...dan sebagian lagi pandangan dari tempat lukisan2 klassik zaman dulu tu ye....
Actually, kat tepi lukisan ada la info2 menarik...
tapi rata2 semua tulis cakap French,
tapi memang menarik la,
Actually kan, aku kat Paris ni, ermmm, 10 gitu jam aku stopover nak gi Serbia, aku naik tren dari airport pergi Louvre, Lepas tu gi Airport balik,
masa datang lagik aku nak gi Hellfest kat Nantes Clisson pulak, aku pergi luar Notre Dome, aku naik boat pusing sungei Paris tu, dah...aku gi tengok Street Scenes Paris kejap, buskering dorang la apa la...
terus aku tidur... pasal masa kat Belgrade Serbia aku enjoy sangat aku tak tidur, dah tu konfem Hellfest aku tak tido sangat tiga hari tiga malam, jadi lagi sekali aku sampai Paris, aku gunakan untuk tidur... petang ngan malam tu sebelum besok paginya aku naik keretapi pergi bandar Nantes pulak.
aku tak minat sangat tau Paris.. Nantes gerek... nanti aku cerita...
OK, apa ni Louvre ni kan, kalau betul2 korang hayati, banyak benda2 yang... akan tarik perhatian kita, walaupun dari segi pandangan sudut agama mungkin ada bercanggah ke hapa ke,
tapi dari segi kita nak dapat ilmu aku rasa tak salah kan...
So cam contoh art ni... aku tengok wahhhh lawa la...
then aku gi dekat2... Ohhh ni cammana dorang gambarkan David and Goliath...
Dan kalau kita minat Panini stiker gitu kan, OOOO aku baru tahu ni pun seorang pelukis classic zaman dulu...gambo bawah..
dan foto paling bawah tu...
tak silap aku Derek Riggs nak ambik idea dari lukisan ni, dia nak buat artwork Iron Maiden tengah main live, lepas tu segala orang2 ternama dalam sejarah yang beratus2 tahun pemimpin2 dunia dan personaliti dunia semua jadi hadirin.. tapi tak jadi la apa cita2 dia nak buat artwork tu...
Again kalau salah sorry...
Ni macam... actually kalau korang tak kira la korang sapa, terutama korang kalau minat muzik heavy metal ke hapa ke, aku rasa korang mesti happy giler gi tempat ni, pasal... its so relevant...
tu la aku cakap, aku belum masuk macam biasa aku Dumb And Dumber, bila masuk Louvre, aku rasa aku dalam dunia lain, tiba2 aku jadi rasa macam pandai gitu....rasa :macam" aje, bukan betul2, tiba2 aku rasa diri aku...Sophisticated gitu....
pasal dikelilingi benda2 ni semua....
Ni kira kalau dalam Louvre ni kan, tiba2 hilang la bahasa English berbual berterabur gitu, nak cuba cakap English cam BBC gitu haha.
tapi keluar balik je, cam biasa la, "Selenger bacin" balik la...haha...
Ni la antara gambo2 aku alihkan, harap korang terhibur.....
no one can live life in loneliness, only stars in the sky far away... [WELCOME everyone from everywhere, with intention or by accident - THIS BLOG IS BEST VIEWED IN WEB VERSION FORMAT as its how I envision it to be with the text and photos but still any layout format will work just fine.]
Showing posts with label louvre museum. Show all posts
Showing posts with label louvre museum. Show all posts
Thursday, September 4, 2014
Wednesday, August 13, 2014
potret MONALISA ...... ( (my Maiden Europe 2014 backpacking to Serbia, France, & Hellfest 2014 PART 10)
Nak cakap pasal Potret Monalisa ni sikit - satu yang kat Louvre dan jugak
Potret Monalisa Wings first time keluar zaman dulu tu versi live sebelum kaset
studio teori domino keluar.
(hah...tengok!! tengok!!!)
Secara peribadi untuk diri aku sendiri, aku suka pergi muzium. Satu
aktiviti yang menghiburkan aku dan masa yang sama aku dapat ilmu. Muzium Louvre
kat Paris ni memang istimewa sangat.
Sebelum masuk aku memang "dumb and
dumber", tapi bila masuk muzium ni selama lebih kurang 5 jam gitu, aku
terasa diri aku ni jadi "sophisticated" gitu.. tapi bila aku keluar
je, abis jadi "dumb and dumber" balik haha.
Ikut hati, muzium Louvre ni mungkin kalau betul2 la aku sorang nak tengok
ye, tanpa "pressure" dan ikut kelajuan aku, aku rasa tiga hari pun
aku tak boleh abiskan pusing musium ni.
Anyway, waktu lawatan aku ke Louvre ni ialah aku gunakan masa tukar flight,
pasal aku naik MAS (support ok!!) pergi airport Paris CDG sampai kul 6 lebih
pagi kan? So flight aku nak backpack Belgrade Serbia ialah kul 7 malam, jadi
aku naik train gi bandar Paris, aku pergi Louvre la, then lekas2 aku balik
airport naik flight gi Serbia. Tu memang kena datang cepat airport, aku speku
akan cekik darah naik kapalterbang gi Serbia, tapi ok la tak banyak kerenah, tapi ada la jugak sikit2. Nanti lain aku cerita apa kerenah2 jadi k masuk keluar tempat ni yang aku kena tempuhi. Dah la berbual ayam ngan itik gitu, dah aku sorang2...
HARI AKU PERGI Louvre NI AHAD IALAH HARI MOGOK PARA PEKERJA KERETAPI PARIS. Macam
siot betul, aku nasib ada la sikit2 tu macam ubi kentang hari tu.... panik memang panik la jugak
keadaan huru-hara, dah la aku tak paham apa2, dan buat lagi dramatik lagi, dah la aku ada sekali tu
tukar2 tren aku naik salah tren, ye la aku bukan reti French apa! keliru la kan tak biasa cara papantanda dorang, abis tu aku
rasa makin GHETTO je aura dan penumpang2 dalam tren tu... Seram siot!!...alamak!!! aku
salah tren la ni, aku bisik dalam hati haha, Doa ok, terukumat-kamit baca ayat2.
mampos ni tren masuk ghetto mana ni? Sudah jadi Bronx ni, bahaya ni
hahaha!!, hahah. Lekas2 keluar, lekas2 patah balik....dah la backpack aku berat
giler,
tapi pakai selipar jepun je kan, cam aku nye selipar jepun dah sampai dichop "selipar jamban" hahahaha, so selesa la jugak, jalan meleser....memang semua orang tengok la, korang pakai Selipar Jepun kat Eropah, jalan seret2, jalan meleser, ni rasa tersangat GLAMOUR OK!!! Semua orang tengok cam..."biar betik !!" haha. Dorang semua jenis pakai kasut haha.
Tapi Lantak la janji aku selesa ye tak?
tapi...ada sekali tu, aku pakai tshirt Maiden kan? aku belum pun sampai tingkap pegawai immigresen kat CDG kan?? Pegawai passport tu dari jauh dah buat "Dio" sign sama aku...
Baik la kan?? So aku dah tahu, tak banyak colok nye, sila chop dan aku boleh beredar hahahaa....
"Up The Irons!!", indeed!!!
beg berat pasal
boot pun aku sumbat, gi tengok konsert rock je aku pakai boots selain tu
selipar jepun, thorbaik. Nasib baik la aku dapat mengharungi Mogok Keretapi
yang dilancarkan tu.
(memang la aku lagi teruja tengok orang yang menengok Monalisa dari Monalisa tu sendiri)
Nanti la ni semua aku cerita la lain kali.. korang tahu, pencuci toilet
kulit hitam yang ajar peranchis2 ni macam mana nak tukar2 tren pergi balik
airport pasal semua banyak gangguan, aku memang tak reti apa2, aku just follow
the crowd, orang peranchis yang bawak beg2 besar gitu aku rasa dorang nak gi
airport, aku ikut belakang dorang masa aku kat tren station yang interchange tu
apa nama dia dah lupa hahha....
OK.. Monalisa. Apasal ramai orang kagum ngan Monalisa ni? Padahal Louvre
museum ni beratus2 ribu kot artefact menarik...malah bangunan2 yang
bergabungkan jadi museum ni pun dah menarik, tapi Monalisa jugak traffic-jam.
Ambik gambar lain, pakai kamera, pakai henpon, selfie lain, memang huru
hara betul.
Nanti la aku senang nanti aku buat travellogue adventure huru-hara aku sorang2, nak2 kat Belgrade dan Nantes.
ok, korang tengok aku ni boleh ngan backpack gitu masuk tempat2 gini....
hah...
Louvre ada tempat simpan beg ok, so aku memang dah siang2 dah humban dah semua kat sana....
So cam gi kedai la gitu, berlenggang kangkung pakai selipar jepun masuk Louvre HAHA!!
Siot betul, aku jalan berleser2 orang tengok2...ye la.....museum siot, aku buat bunyi2....
Civilised Mode please, click!!!
cehhhhh......
Korang rasa tu betul nye ke? Atau tu yang kena fotostat nye?
Original dorang simpan tempat lain??
Kalau dorang taruk yang photostat pun bukan kita tahu ye tak???
OK, aku pernah cerita dulu aku cerita lagi sekali ok...
Pertama kali la aku masa zaman dulu budak sekolah gitu dengar lagu Potret Monalisa kumpulan Wings tu bukan dari kaset Teori Domino. Wings dah main lagu tu live, kalau aku ingat betul, berbulan2 sebelum kaset Teori Domino keluar. Wings main lagu tu kat Singapore untuk satu show aku tak ingat, dan aku tak pergi pasal aku tahu ialah DJ Arwah Adnan Maswan dari the most legendary of all Malay radio programme "Pop-Rock" kira dah bootleg lagu tu dan mainkan kat program dia.
Tu la pertama kali Potret Monalisa dimainkan secara live dan rakaman live
tu dah berkumandang kat Radio Singapura, dan tu jam langsung belum ada cerita
pasal album ketiga Wings.
Aku masih ingat la, kira kalau ikut versi Fear Of The Dark,
lagu Potret Monalisa cam gini
Engkau Tersenyum Di Jendela... (audience ramai2 -
WOOOAAAAAHHHHHHH!!!!!!!!!)
Memukau Mata terpesona - (audience ramai2 - WOOOAAAAAAAHHHHH!!!!!!!!)
ialah pasal tak pernah dengar, terus tengok live version, mesti cam teruja
la gitu kan....dengar sebijik2 lirik tiap2 baris, so mesti la ada sempat buat
respons "WooooaaaaaahhhhhhH!!!!"".
anyway, thats why I am not surprised that Potret Monalisa is a trilogi tiga
lagu rakam terus kan as reflected kat kaset Teori Domino dulu tu. Awal2 dorang
dah main live dah testing kot haha. Tapi haus la kan ni lagu pasal kena fight
ngan Sejati dan Harapan kat radio permintaan masa ni kaset keluar dulu.
Best eh ingat2 balik... tu pasal, I think one regret aku ialah aku tak
bootleg konsert rock melayu zaman dulu, lagipun mana ada equipment eh? giler
bawak tape rekoder bapak besar tu? haha.
Aku tahu ada satu budak Perak pergi fun-fair bawak tape rekoder tape band2
main kat kat Fun Fair. Mana dia mamat ni? haha.
Orang melayu jarang la suka dan hargai bootlegs, dan even setlist setlist
setiap show berlainan, I mean, rata2 orang melayu excited tunggu Isabella masa
konsert Search, of course la ramai korang yang tahu semua lagu dan excited
semua lagu, tapi berapa ramai pun korang bukan majoriti besar. I dont want to comment
a lot la, korang paham apa aku cakap... Biar aku hidup dalam dunia aku sendiri
kalau bootlegs ni semua haha. Because these are real treasures...
Hah..Berteromber nanti aku senarai la eh tempat2 aku gi korek rakaman2 live omputeh yang senang access dan mudah2 nye, yang those pro-giler2 nye perfectionist2 losslessfanatics dan strict giler nye tak yah la websites dorang semua sakitkan hati je..
hah...tenungggg,tenung lama2...
To be continued...
Subscribe to:
Posts (Atom)











































