Showing posts with label review personal perfect albums. Show all posts
Showing posts with label review personal perfect albums. Show all posts

Tuesday, April 5, 2016

LOUDNESS DISILLUSION (English Version) & DISILLUSION (original Japanese version)- Loudness 35th Anniversary Columbia Reissue. (Bulan April ni dah jadi bulan borak pasal rock Jepun part 1)

Salam
Moshi-Moshi
and Rock You All Around The World.

As usual I'll talk-cock and elaborate first in my disrespectful vulgar bazaar market Malay Language and then switched to my broken incoherent English Language.






Cammana nak mula? aku taip ni semua, senyum dan ketawa sorang2 depan laptop semua pakai memory kepala otak je, jadi kalau info salah. Mintak maaf.

okay.. Aku rasa berulang kali aku cakap DISILLUSION (English Version) ialah antara album yang paling aku minat sekali dalam hidup aku dan aku pernah buat post pasal album ni berapa tahun lepas sudah.

Tahun ni kumpulan Loudness sedang menyambut 35 Tahun lebih kurang sama macam kumpulan Search gitu (dan jugak kumpulan Anthem jugak tahun lepas sambut 30 Tahun sama jugak macam kumpulan Wings). Blue-Ray disc sambutan Anthem yang dalam disc tu ada konsert video dan interviews lebih 240 minit gitu lain kali aku review dan tunjukkan packaging untuk sapa yang peminat kumpulan Anthem.

Memang sesuai la tu Anthem main show panjang2 sambut 30 tahun, dan Wings memang champion la kan kat Stadium Merdeka, dari kul 10.40 malam sampai 2.45 pagi. Full audio bootleg kat youtube channel aku, aku rakam. haha. Aku gembira la untuk Anthem dan Wings ye tak? haha.


Jadi antara acara sambutan 35 Tahun kumpulan Loudness ialah syarikat label COLUMBIA di Jepun telah cetak-semula jumlah semuanya 11 albums kena mengena dengan Loudness yang memang aslinya diedarkan label Columbia.
Jumlah nye 11 album iaitu 4 album pertama Loudness masa zaman dorang masih jadi artis pasaran Jepun iaitu - Devil Soldier, Birthday Eve, Law Of Devil's Land, Disillusion, Disillusion (English Version), kemudian album Thunder In The East di mana mereka mendapat perhatian seluruh dunia, SPIRITUAL CANOE (ni ialah album awal 2000 di mana semua anggota asli Loudness bergabung kembali), Pandemonium dan tiga album solo gitaris Loudness Akira Takasaki.
Jadi jumlah semua 11.

Album-album reissue ni semua dengan remasters yang "disupervised" oleh ahli-ahli Loudness sendiri.



Jadi ni ialah satu alasan untuk aku 'úpgrade' koleksi Loudness aku.
Dan tentunya aku bermulakan dengan DISILLUSION (English Version) dan versi asli DISILLUSION.

Perbezaan DISILLUSION dan DISSILUSION (English Version) ialah, Disillusion ialah album pasaran Jepun yang kempat Loudness pada awal 1984. Seperti lagu rock Jepun yang kita ketahui selalunya liriks kebanyakkan dalam bahasa Jepun dan ada bahagian seperti chorus guna Inggeris. Dalam album Disillusion asli Jepun, cuma Satisfaction Guranteed je tak silap aku semua Minoru Nihara nyanyi dalam bahasa Inggeris.

Tetapi oleh kerana waktu tu mungkin nama Loudness dah mula pelan2 dikenali oleh peminat rock di tempat lain selain Jepun, maka Loudness pun dapatkan khidmat XXXXXXXXXXXXX (sorry aku lupa nama) untuk gantikan liriks Jepun dengan bahasa Inggeris dan rakam lagi sekali vocals album ni dengan seluruh liriks dalam bahasa English. Jadi album ni dipasarkan untuk pasaran International.
Rakaman album ni dibuat kat London.


Tapi kalau sapa masih simpan kaset2 Loudness cetakan ROADRUNNER. Yang kat dalam sampul ada taruk "Drugs are no fun" nye madah pujangga tu...

Kalau korang perasan sampul dia ialah artwork album Disillusion asli Jepun, tapi isi lagu nye ialah English Version. Ni aku cakap dari ingatan, kalau salah sorry... kaset aku semua dah abis dah buang atau hilang dah semua.

Perbezaan lagi satu ialah English Version ada satu lagu lebih. Iaitu instrumental Anthem Loudness Overture.



Ulasan dan pendapat aku untuk DISILLUSION (asli versi Jepun), dan DISSILLUSION (English Version) ialah tetap utuh tetap teguh ni album sebaik album muzik dari mula sampai abis.

- Untuk aku zaman terbaik Loudness ialah empat album pertama Jepun mereka, dan Disillusion ialah penghabisan yang paling unggul dan terhebat sekali untuk zaman Jepun mereka tu sebelum mereka menjadi kumpulan yang terkenal satu dunia dengan kehadiran Thunder In The East.
- Untuk aku Thunder In The East tu kira ok la, bagus la tapi lebih kepada ok dari nak cakap best giler.
- Untuk aku zaman label Atlantic Years nye album2 Loudness yang selepas album Thunder In The East, apabila dorang jadi famous terkenal satu dunia, ok la, sedap la jugak tapi lebih kepada rock yang maksud aku lebih kepada rock radio.
- Untuk aku So Lonely ok ok je tapi lagu asal So Lonely iaitu Ares Lament ialah terbaik dalam sejarah lagu jiwang. HOHOHOHO!!!!
- Untuk aku.. zaman Minoru Nihara keluar dan ganti dengan Mike Vescera aku suka jugak album Soldier Of Fortune , dan aku suka lagu Never Again.
- Untuk aku zaman Masaki Yamada (E.Z.O) nyanyi, zaman Masayoshi Yamashita keluar dan diganti dengan Taiji (X-JAPAN) dan kemudian Naota "Japanese Steve Harris" Shibata (founder, leader, songwriter, bassist ANTHEM), aku tersangatlah kurang. Ini serentak lebih kurang zaman mendiang Munetaka Higuchi keluar dan Homma (ANTHEM) masuk sebagai drummer.
- Untuk aku zaman 2000 keatas reunion semua empat anggota asli Loudness, aku suka Spiritual Canoe dan tak dilupai Biosphere. Ada beberapa lagu dalam ni dua album yang sangat terbaik pada aku.
- Sekarang ni Munetaka Higuchi dah mati sakit barah cancer, dan masa yang sama aku terus makin kureng dengan arah Loudness yang terbaru.

Tapi apa pun, beberapa album mereka tetap jadi pujaan aku terutama Disillusion dan pasangan nye Disillusion English Version.

Setiap lagu yang terbaik..., terutama aku pernah baca Minoru Nihara pernah cerita pasal Disillusion ialah album paling heavy yang dorang pernah rakam.
Album ni memang heavy, memang bukan rock la tapi heavy metal nak mampos nye heavy metal dan kebanyakkan nye laju dan sangat thrill dari mula sampai abis. Gitar solo giler2 dari Akira Takasaki merata2, bass dia cemerlang dan memang ada segmen memang terserlah contoh Butterfly nye mengejut2 nye part tengah lagu dan drumming Munetaka Higuchi penuh dan aneka ragam sangat la pada telinga aku. Suara Minoru Nihara memang terbaik la kan, dan ni zaman 1984 nye Minoru Nihara nyanyi dalam bahasa English. So bayangkan betapa indah.
Tapi tentu nya paling penting ialah kualiti setiap lagu dalam album ni.

Dari Overture sebagai instrumental pembukaan yang memang tak tahu apa nak jadi, terus masuk Crazy Doctor lagu live yang sangat popular, terus masuk ESPER, dan ESPER ni sangat hebat dan laju, lagu Butterfly yang macam bersahaja je tapi terus masuk instrumental terus terkejut2, lagu Revelations, solo Exploder yang mendebarkan dan sampai sekarang jadi acuan solo gitar Akira main live, Dream Fantasy lagu rock laju yang ada lirik keramat "UNDER THE SPELL OF A FOX GIRL", Milky Way satu2nye lagu aku sangat suka sangat, Satisfaction Guranteed juga sedap boleh goyang2 badan, dan terakhir dengan ARES LAMENT yang sedap, dan lirik pun cantik, dan ending yang paling terhebat.

Takde cacat cela langsung album ni la pada aku...




Above is the lyrics sheets of both Disillusion albums from the Columbia label re-issue "remastered with Loudness members supervision" of total 11 albums under Columbia label (8 from Loudness, and 3 from Akira Takasaki solo) to celebrate Loudness 35th Years Anniversary.

As above, One is in original Japanese version and the other the English Version.

An album that for me possibly one of my top 5 non-Iron Maiden or Belinda Carlisle albums that I like in my whole life. 

Traditional Heavy Metal with lots of crazy exciting solos, thrilling, amazing songs from start to finish, awesome music by each band member, the singer dramatic voice and something magical with how Minoru singing in English for the full album back then when Loudness are still a Japanese band.

Excluding Overture as its a short instrumental.
I would rate each song
Crazy Doctor 10/10
Esper 11/10
Butterfly 10/10 and 11/10 for the instrumental section.
Revelations 10/10
Exploder 11/10 and Akira can do what he like with his hair LOL!!!
Dream Fantasy 10/10 for the song and 20/10 for the English version lyrics.
Milky Way 100/10. Yes ONE HUNDRED OVER TEN.
Satisfaction Guranteed 10/10.
Ares Lament 1000/10. Yes a thousand.

Overall score for Disillusion English Version a perfect 666/666

Disillusion original Japanese version I would give 664/666 the neighbour of the beast because I dont understand the Japanese parts of the songs LOL!!


So thats about it...

Next... maybe I will talk about the new Anthem Blue Ray? If I can complete watching it. Its like over 4 hours long of the concert and some interviews.

LOL!!



Last photo CUTE OBI STRIPS .....  TO BE CONTINUED!!!!!







Tuesday, February 16, 2016

Dio - Dream Evil (Japanese SHMCD Deluxe 2CD Cardboard Sleeves Mini Lp Version)

Hello and Salam Sejahtera Shiny Happy People.
As usual, a bit of introduction in my Disrespectful Market Bazaar Malay language,
before moving on and on.. on and on.... in my Broken English language.

Firstly its sad to reflect that TWO members from this Dream Evil lineup are now no more. 
But their music lives on and on.. on and on...both heaven and hell times in our lives.




Album Dream Evil dari kumpulan Dio ni, ialah dari segi sentimental value - album kegemaran aku dari Dio.

Segala nye terbaik. Setiap lagu, ada lagu yang menusuk jiwa, ada lagu yang aku simpan dalam hati untuk aku gunakan hadapi cabaran setiap hari sebagai inspirasi, dari dulu sampai sekarang aku suka tengok dan carik2 apa2 lagi aku boleh intepretasi dari lukisan album cover untuk Dream Evil ni jugak haha.

Apapun,

Kalau dari segi ALBUM TERBAIK sepanjang zaman kumpulan Dio, aku akan pilih Dream Evil dan Last In Line.
Aku tak boleh pilih antara ni dua dari segi Album Terbaik kumpulan Dio. Ni dah bagus aku kurangkan jadi dua. Kadang2 aku fikir Lock Up The Wolves pun terbaik jugak. haha.. 

Serious berbual, untuk aku album Holy Diver macam...  best la jugak, tapi tak sebest beberapa album Dio yang lain. Tapi ni masing2, kan. Untuk aku album Holy Diver serupa hit & miss gitu, ada beberapa lagu gerek nak mampos, tetapi tak konsisten la satu album pada halwa telinga dan selera aku.

Jadi ni ialah remastering album Dream Evil tahun 2012/2013 gitu dan untuk pasaran Jepun, sama jugak pasaran barat ada versi 2cd, tapi rilisan Jepun yang aku ada ni sangat istimewa bungkusan dan segala isi dalam dia.

OK.. 

Akhir sekali, aku pernah tunjuk kat blog ni.. Tour Book untuk Dio Dream Evil World Tour.
Kat dalam tu, dah cetak nama MALAYSIA besar2. Atau Kuala Lumpur? nanti aku gi carik kat blog belakang2.
Maknanya masa planning untuk buat World Tour Dream Evil, Dio macam dah confirm gitu sebab tu dah cetak dalam Program Book Dream Evil World Tour.

OK la..  aku nak tukar cenel speaking london pulak.







So this is the CUTE, AWESOME, FABULOUS, BEAUTIFUL Japanese Pressing Version of the Remastered Dream Evil Deluxe 2cd version that comes as a SHM-CD format,
- both cds have their separate Cardboard Sleeves in the style of a Mini-Lp.
Also among all the inlets, and a stylish Mini Lp jacket that supposely replicate the original lp sleeve and lots of other cute things...
The complete full lyrics of every song from Dream Evil album is also attached.
And as usual, a nice obi strip and other stuffs.

Yes, the SHM-CD Hi-fidelity CD is transparent to me as I treat as a normal CD (LOL!!!), but as usual Japanese Pressings and Japanese Versions Packagings of cds are always a feast for the eyes.






THIS packaging is a beauty.

Anyway to the album itself.

DREAM EVIL album - what can I say of the nine songs in this album from these gentlemen of the Dream Evil lineup. - (Ronnie James Dio/ Craig Goldy(Goldie in some prints)/ Jimmy Bain/ Vinny Appice/ Claude Schnell)

- Every song is stupendous. 
- Every song is full of great memories. 
- Every song is an inspiration.
- And certainly this album has some of the most beautiful lyrics by Ronnie James Dio.

Sunset Superman could probably the biggest popular song ever by Dio, unfortunately it just remain an album song, and also a B-side.
All The Fools Sail Away - what a spine-tingling delivery by RJD, Brings so much sadness and emotions to me.
Naked In The Rain - I always love this song for whatever reasons? LOL!!! It has everything. Dramatic song.
Faces In The Window - this song grows on me even after so many many years.

and not forgetting other songs like -  Night People, Dream Evil, Overlove etc etc..
but... there is one special song...
I Could Have Been A Dreamer which will forever be my dream song.

This song is like my inner voice rescuing me because I always say in my life, I dedicate 99.9% of my life for how life responsibilities and priorities is supposed to be run...
but just 0.1%, I am in own little world...  a dream land that only exist in my mind, and I try to make it happen LOL!!! (for example - cue Maiden!! Maiden!! Maiden!!!! ) LOL!!!

and this song is like a motto for how I personally want my life to be...

because as the lyrics says "I ALWAYS COULD HAVE BEEN A DREAMER CAUSE DREAMERS NEVER DIE."

The world can put me as much challenges in life, and as long as I could dream. I know I can make things better for whos and whats important for me in life. 


Anyway, Vivian Campbell is on this deluxe version,
as the song HIDE IN THE RAINBOW is included. Vivian Campbell plays on that song.

The second cd also features the incredible performance of DIO AT DONINGTON PARK Monsters Of Rock 1987. It must have been amazing to be there with the songs played, and some medley surprises that includes Temple Of The King.

Dio was 2nd from top before Headliners - Bon Jovi.

Metallica, WASP, Anthrax and CINDERELLA were below Dio.

This was the show when during Bon Jovi performance Bruce Dickinson and I think Paul Stanley join in and Bruce saying something like Maiden going to play Donington 1988.

And basically, another of the lots of reasons why Donington is to me a special place and its a life-long mission really. LOL!!!

And I want to try to make it there it again this year. I hope. LOL!!


OK, enjoy the rest of the packaging.

This is the inlets.. Not in sequence.

The inlet has some amazing stories by Craig Goldy.

A really honest view from Craig Goldy.

Seldom you have inlet texts like this.











This is a very nice deluxe double cd to have, irregardless which pressings or packaging versions you can find.

lastly.. remember.

WE ARE EVIL AND WE ARE ALL DIVINE

\m/    \m/

LOL!!


Till next time...

the rears...






Tuesday, November 24, 2015

Rainbow - The Polydor Years Boxset (180 Gram Heavyweight Vinyl)

Antara band yang paling aku minat sekali la dalam hidup aku - RAINBOW. 
Berdebar2 jantung ok. First Love gitu...Cinta Pertama  haha.
-Tak kira la apa era pun dari zaman Rainbow buat muzik 1975-1984 walaupun 1976 era anggota RISING adalah MAGIC, adalah tersangat dahsyat, baik studio atau live.
-Tak kira la sapa penyanyi dan pemuzik yang mengiringi Ritchie Blackmore. 
Era 90an dengan Rainbow Strangers In Us All aku minat tapi tak segiler aku minat era 70an dan 80an dorang dengan line up paling WORLD, line up paling macam fikir cam... best nye eh sapa dapat tengok Rainbow zaman tu beraksi, dapat tengok Cozy Powell beraksi, Tony Carey dan sebagainye...cammana agaknye...
AKU KADANG2 BERANGAN ALANGKAH BESTNYE KALAU DAPAT RASA APA TU KEHEBATAN RAINBOW ZAMAN TU.. terutama zaman Rainbow Rising 1976 bermain live yang paling menggerunkan aku dengan kehebatan pemuzik2 dan Ronnie James Dio zaman Rising tu. haha.
Sebab tu, kena paham la kalau aku dah bilang better half aku yang of course beliau TAHU dan kenal APA TU RAINBOW DAN SAPA TU RITCHIE BLACKMORE, COME ON NI HOUSEHOLD NAMES UNTUK SEBAHAGIAN UMMAH MELAYU OK!!!  HAHAHAHAHAHA, bahawasanye , aku akan cuba sedaya upaya nak save up, aku akan berusaha, berusaha tahap giler babi punye berusaha, nak backpacking sorang2 gi Loreley, Jerman, satu tempat yang aku langsung tak reti dan tak paham dan memang rasa cuak sikit cammana nak pergi untuk tengok Ritchie Blackmore ngan gabungan pemuzik dan penyanyi pilihannye yang akan menjadi Rainbow 2016 tahun depan.

So sambil dengar Alphaville live, A-Ha live, Roxette dan of course Rainbow 1976 live.. aku buat blog ini...





When I bought this like in last year? I remember I show the box exterior in this blog. Today I will talk cock a bit about this specific boxset. Not exactly a review, just a short talk cock.

As the box says, POLYDOR YEARS, so no Strangers In Us All album from 1995 as that is certainly another era and another music label.
UNFORTUNATELY, NO FINYL VINYL double LP. If FINYL VINYL was included as part of this boxset, it would have been simply out of this world awesomeness.

The vinyls are in the BACK TO BLACK 180 gram heavyweight celebrations. And Difficult To Cure inner sleeves are simply my favourite LOL!!




The packaging try to copy the similar designs from the originals releases back then, I believe.
- So Ritchie Blackmore's Rainbow, RISING, Long Live Rock And Roll, and ON STAGE are all GATEFOLDS.
- On Stage is a double LP.
- Down To Earth has no lyric sheets.
- Rising as usual, only Stargazer lyrics are included.




So yes, no Bad Girl, No Weiss Heim and no Jealous Lover on this boxset but something nice, inside this boxset there is a password that allows to download the MP3 versions of this boxset,

and surprise.... I did try to download and I realise...

WEISS HEIM (which is maybe one of the saddest haunting guitar instrumental ever and with the talked about classical JS Bach's Well Tempered Clavier) and Bad Girl are tagged along at the end of DOWN TO EARTH album.
Nope, I cannot locate Jealous Lover mp3 on that special download anywhere. LOL!!!!




As we remain in the Ritchie Blackmore TERRITORY and to some extend Roger Glover (JEFF WALKER FROM CARCASS on stage while Carcass performed called Roger Glover a SAD BASTARD, as they are both mates from the same village in Liverpool if I remember correctly when Jeff Walker was talking cock on stage even chasing the Carcass fans to go to main stage as Avenged Sevenfold was playing at the same time LOL!!, he was talking about Roger Glover as  both Carcass and Deep Purple played in Hellfest 2014 which I was there ) involvement in both bands, RAINBOW AND DEEP PURPLE, so.... a quick diversion to Deep Purple side of things -
I am kind of interested in what is a new boxset that is coming out call Vinyl Collection, as it allows me a much cheaper access to building up their vinyl collection that accomodate the Ritchie Blackmore (and Tomi Bolin) years with Deep Purple,
UNFORTUNATELY AGAIN, the label difference makes it a bit of headache as it will starts with Machine Head and ends with House Of Blue Light,
So NO IN ROCK, NO FIREBALL.

Back to Rainbow The Polydor Years Boxset...

one last pic...



anyway, I was kind of entering youtube these few days and listening to different live versions of Child In Time, and I really marvel at what Jon Lord is...

Thats all...

I see a rainbow rising, look out on the horizon..
and I'm coming home
My eyes are bleedinggggg and my heart is leaving here..

Maybe one day I will talk cock about Stargazer, wikipedia has a even a nice discussion about this specific single bloody "morality tale" song LOL!!!






Tuesday, July 7, 2015

continue - SAVATAGE The Ultimate Boxset in photos (album 4 & 5) - LIMITED EDITION NO. 1412

*** Happy Ramadhan *** and Continuation From the previous post - of the Savatage boxset content photos. Just in case anyone is interested to see the page by page details of this release..... but allow me to ramble in my unpure, rude version of Malay Language first.

*********
*******
****
**

Selamat Berpuasa semua, 
aku sambung lagi la apa aku mulakan dalam post sebelum ini. 
OK anyway post lepas, kadang2 ni dah buat blog dah type dah post, Rasa Malu Sendiri. Paiseh gitu. abis tu rasa macam "patut ke aku luahkan tu semua?". So harap korang kalau baca ke hapa ke kat blog ni, jangan ambik hati.. Mulut aku memang PUAKA & bastard, terutama kat sesuatu yang aku rasa aku ada pendirian tegas dan prinsip aku sendiri.


(as you can see, the arrangement of the cds in the boxset is not in sequence)


OK, kita sambung pasal kumpulan rock dari Amerika ni, Ni kali aku tunjuk foto2 packaging bagi album Hall Of The Mountain King (tahun 1987) dan Gutter Ballet (1989). Gutter Ballet ni ialah kaset pertama aku dengar Savatage. Aku masih ingat bila aku dengar kaset ni aku bandingkan ngan lagi satu band rock dari Amerika iaitu Manowar. Pasal tu jam lagi satu kaset aku saing dengar Gutter Ballet ialah Kings Of Metal. (serious ok, benda2 aku minat, walau dah lama, aku masih boleh recalled banyak). Pasal tu la, dah M..I..N..A..T.

Sekarang... Manowar zaman ni dah kelaut, kalau rindu nak apa2 BAU-BAU BACANG Manowar baru, sila carik berita pasal aktiviti2 Ross The Boss dan suka nye aku, DEATH DEALER (dimana Ross The Boss ada pasangan gitaris bukan one-man-show) NAK KELUAR ALBUM KEDUA SOON!!! WOO HOOO!!!!!! 
Tapi Savatage, dah tahap LEGEND. Aku rasa takkan tercemar la legenda Savatage sampai bila2... 
Joey De Maio entah hapa dia dah buat kat Manowar aku pun tak tahu.


(one of the most beautiful album covers ever in my opinion.. that ghost ballet dancer with other ghosts looking on)




OK sedikit pasal Gutter Ballet (terbit 1989) dulu,  - Terbaik la segalanye pada halwa telinga dan minda aku.. 
paling penting semua Lagu2 dan instrumental2 pendek yang terbaik, 
Criss Oliva punye guitar dalam setiap lagu yang mengkagumkan, suara Jon Oliva yang dramatik dalam setiap lagu, dari lagu2 heavy metal, rancak, lagu perlahan, lagu2 yang ada bahagian gunakan Piano, album ni yang mungkin permulaan Savatage tukar haluan pelan2 main Progressive yang makin ketara lain kali, John O'neill ke sapa cakap? "Savatage is first progressive metal band" . ke hapa ntah dorang punye matlamat gitu..dengan lirik2 yang indah la untuk aku sebagai seorang pelajar yang sangat curious nak tahu pasal tulisan bahasa English dan belajar gunakan bahasa English - seperti "kill the unicorn, just to have its horn, soon its just a fantasy", dari lirik pasal kehidupan, kesunyian, ke kemasyarakatan (Libya masih musuh ketat Amerika waktu tu...), jugak instrumental2 pendek yang bagi ruang untuk Criss Oliva nye gitars, melodi2 lagu yang terbaik, kat album ni jugak aku belajar apa tu Thorazine dan impak dia..

Dari start sampai abis...semua lagu hebat..kalau zaman kaset dulu side A dengar dah dahsyat, side B ialah lagi terperanjat beruk... She's In Love, Hounds, Unholy, Mentally Yours, Thorazine Shuffle dan lagu slow rock yang memang betul2 punya rock abis la, Summers Rain terselit antara lagu2 tadi... dan jugak ni edisi packaging digipak untuk boxset ni pun siap ada bonus tracks la apa la.

Terus terang cakap la...  Dalam hidup aku, ada berapa album yang aku kagumi SANGAT...
Satu tentu la Loudness Disillusion (English Version), Queensryche Operation Mindcrime, Judas Priest Defenders of the Faith...dan jugak Gutter Ballet ni.

Kalau Melayu punya, semestinya cd pertama kumpulan nasyid SAUJANA. Terbakar ok! Panassss!! Rasa kulit macam terkoyak2!! Tapi sangat best seluruh album Saujana pertama.. yang setiap lagu gerek dan diakhiri ngan lagu "Sepohon kayu daun nye rimbun...lebat bunganya serta buahnya..walaupun hidup seribu tahun.....", Giler lagu ni kedahsyattannye....memang...panas giler lagu dan album ni.., aku tak bedek!!, .tapi aku serious cakap Saujana nye album pertama antara album melayu pada aku antara paling Terbaik dalam sejarah aku mengikuti perkembangan muzik melayu. 
Bukan sahaja kategori berunsur dakwah tapi overall. Ada segmen ada zikir yang betul sampai ke lubuk hati ku.... dan semoga tak dilupakan... HAHA. Siot korang jangan gelak kan aku ok. 
Pergi carik cd Saujana yang pertama. Carik first pressing. Cehhhhh...
Tapi warning... korang mungkin ada yang tak boleh duduk diam nanti.... dah macam cacing kena panggang pelan2 atas api. OK enough Saujana. Ni posting Savatage. 

(Macam Rainbow, BELINDA CARLISLE, Iron Maiden tu semua sua terang lagi bersuluh la, setiap album pun aku cakap best in the world kan.)

Dari pertengahan lagu When The Crowds Are Gone, bila Criss Oliva start solo sampai abis, bila suara Jon Oliva mendayu2 merintih hiba tu...
Aku rasa adalah babak2 lagu paling hebat la dalam aku dengar lagu rock.
Lagu When The Crowds Are Gone, kadang2 kalau dengar bila semua dah senyap, tengah moody, dalam gelap gelita... memang semacam. Ngan lirik dia pun semacam...
Sangat sayu lagu When The Crowds Are Gone ini.. ., ending dia nye lyrics tu akan direpeated kan kat lagu Believe album selepas ni.

Savatage ni lagi tangkap kalau baca dan cuba pahami liriks2 mereka...

Memang betul dikatakan Paul O'Neill kerjasama ngan Savatage sebagai Producer terus ubah kerjaya dan hasil produk Savatage ke suatu tahap yang sangat gemilang.

Serious berbual... Sila dengar Gutter Ballet. Tengok cover album je dah tahu, ni adalah antara album rock yang dimana " semua planets align together " gitu untuk hasilkan sesuatu yang sangat istimewa pada pendapat aku laTAK LAPOK DEK HUJAN ALBUM NI WALAUPUN tahun 1989 nye album. SERIOUS BERBUAL, sila dengar album2 Savatage kesemuanya... zaman Criss Oliva, zaman Criss Oliva dah mati, zaman Jon Oliva penyanyi utama lepas tu jadi keyboardist, zaman Zachary Stevens jadi penyanyi..  





OK OK, ni satu video yang aku amat suka..ni dari 1998 gitu. Criss Oliva dah lama takde dah, dah Savatage modern gitu.....ni tu jam Al Pitrelli (Megadeth pun dia la dekni lepas tu,), Chris Caffery dah rejoin balik Savatage (dan dia ada menyesal2 gitu kan, dia tak stay ngan Savatage lepas Gutter Ballet nye album pasal walau peminat tahu dia part of Savatage tapi dia sendiri miss zaman Criss Oliva mati masa dalam Savatage dan rindu kat Criss gitu la), vokalis Jon Oliva dan Zachary Stevens..., Jon Oliva dah start relak kat tepi main keyboards dan support2 vokal untuk Zachary aje.
Sebenarnye kalau korang minat Manowar, dan ada satu video live Manowar kat Brazil apa entah nama video tu, kat konsert ni jugak la, Savatage main awal la, Manowar waktu malam Headliners.


Zaman dulu, Youtube ni semua belum ada, kalau nak carik video tape rock, setakat Iron Maiden tu Holiday Plaza JB ada lah, tapi nak carik bootlegs dan nak carik bootlegs SAVATAGE??

Komputer semua pasang program Direct Connect DC++. Aku paksa diri belajar program ni supaya dan pasal nak SEDUT BOOTLEGS PEMINAT KUMPUL DARI SATU DUNIA.
Best zaman dulu.. zaman sekarang best pasal mudah. Semua youtube je.

Unholy. (bukan Kiss nye Unholy ok, wahhh satu hari nanti nak borak pasal Kiss Revenge la, tu album dorang main heavy nak mampos, Eric Carr pun baru mati tu jam kan.. Sakit Cancer. 
Pada aku dalam banyak2 anggota KISS - Eric Carr paling handsome dan paling aku suka...haha. Forever ok Forever!!!. sampai sekarang kadang2 aku masuk Youtube, tengok video clip Forever..Wahhh Eric Carr...Wahhhh haha)



Sebab tu sekarang, aku jadi habit, mesti aku nak bootleg apa2 band aku suka, pasal aku hargai dan tahu nilai betapa tingginye setiap band yang aku minat buat persembahan. Kecuali Iron Maiden, aku pergi konsert Iron Maiden aku takkan bootleg. Pasal aku akan basically having a sense of  high sangat.


OK Next... Album studio sebelum Gutter Ballet.
HALL OF THE MOUNTAIN KING dari 1987.




Popular la album ni kalau untuk Savatage.
Kalau baca majalah2 Rock, ada disebut tentang kebagusan album ni.
Ni album memang gerek..
Setiap lagu gerek... Terutama dah lagu dahsyat2 tiba2 masuk lagu Strange Ways. 

Apa pun, kat bonus tracks Savatage ni ada versi Castles Burning versi secara Acoustic.
Ni lagu Majistret Italy seorang tu kena bunuh ngan Mafia kan? ke aku dah keliru..
tapi gerek lagu ni..

Apa pun album Hall Of The Mountain King ni untuk peminat rock Amerika aku rasa ni album legend, pasal memang ni album naik dan dapat liputan MTV.

Rasanya zaman2 mid to late 80s, pasaran dan pendengar muzik Amerika hargai lagu2 rock gini.. 

Ni album pun klassik gitu kan.. 24hrs, Legion, title track.... ni yang popular2, tapi of course macam album2 Savatage lain, lagu2 yang album tracks lain tu la yang sedap2 belaka dan sangat menghiburkan, walaupun berbau tragis dan emotional.




Memang kesilapan berulang atau disengajakan pasal berulang dalam Ultimate Boxset ni....-  versi akaustik Somewhere In Time/Alone You Breath.

Ni versi Jon Oliva dengan piano dia aje. Takde Zachary Stevens takde sapa lain. Jon Oliva sorang apa aku tahu untuk rakaman ni.
Alone You Breath tu lagu Jon Oliva tulis untuk Criss Oliva punye kematian. Liriks dia sedih.





(lineup classic Savatage - Steve Doc Walchoz, Jon Oliva, Johnny Lee Middleton, Criss Oliva, Chris Caffery).

Touching ok lagu ni... Impak kehilangan Criss Oliva sangat besar, bukan sahaja kat isteri dia dan keluarga dia tapi rasanya kat semua peminat Savatage, walaupun kalau baru dengar dan minat Savatage hari ni pun.

Savatage dah jadi hantu gitu.

Aku rasa reunion dorang headline Wacken 2015 confirm keluar dvd pengsi punye.
Tapi Zachary Stevens pun takde kot.
Tapi Al Pitrelli dan lain2 semua ada la kan..


******************************************************
*******************************************
**********************************
*************************
****************
*********
****
*

OK ENOUGH RAMBLING.. THIS IS EVERY PAGE ESPECIALLY THE JON OLIVA NOTES FROM THIS TWO ALBUMS...

Enjoy.... I hope you guys can read it and most of the lyrics too... (Berteromber aku rasa kau tentu minat nak baca...)

And also.... I realised the photos I posted last time is too poor, so I had repasted again the text from the first 3 albums too....

Just click it and enlarge or save it and enlarge. I hope it works this time... (sorry if it gets a bit mixed-up but these are from the 5 first albums)


Ahhhh.... The notes from Gutter Ballet song by song meanings is the best...
Its all yess... "MAGICAL""




















TO BE CONTINUED...... (but I dont know when LOL!!)


.... And the lights

Turn them off my friend


.. And the ghosts

Well just let them in

Cause in the dark...


Its easier... to see.......