Sunday, September 28, 2008

mrs blaze


nari agaknye maiden fans satu dunia rata2 not in the mood. Forum macam gloomy hehe mostly condolences je pouring in.

Debbie, isteri Blaze Bailey ( bekas penyanyi Maiden untuk album X Factor/Virtual XI ) passed away. mula2 pendarahan otak ( brain hamermorrgae sorry tak tahu spelling ) lepas tu koma lepas tu ingat boleh recover lepas tu kena stroke kelmarin so smalam passed away.

Blaze ni memang rasanya paling teruk kena kutuk dengan Maiden fans satu dunia, termasuk aku, - he did his best, but just not good enough for Maiden haha. Tapi aku rasa semua orang termasuk aku, nak dia berjaya dalam hidup dan career dia. Dia memang ada problems, financially, takde kontrek, takde sokongan, bila dia jumpa isteri dia ni, dia suka, terus kahwin, isteri dia jadi manager band dia..dan Blaze nak start up career dia balik.

rata2 sekarang tribute ngah pour in kat maiden nye forum semua simpati amat sangat untuk Blaze, dan sapa yang dah jumpa isteri dia semua cakap isteri dia best. Dan members kumpulan Blaze pun cakap jugak betapa best Debbie ni.

tu ah hidup, baik sapa pun kita, anytime pun bleh abis.

Saturday, September 27, 2008

rekod melayu (pt 6) - lagu raya & GG,Ujang Raya editions aku masih simpan

stop press - ok korang yang makan2 or suka lepak kat Pusat Penjaja Beach Road Hawker Centre tu tau nenek/makcik tua yang dah bongkok tu tolak trolley jual keropok untuk sara hidup dia kan? so aku baru lalu sana so jumpa dia borak2 kejap. Ntah apsal aku very comfortable ngan dia hehe.
so dia cakap kat aku, beg dia yang dia gantung kat leher dia tu, dalam ada hasil titik peluh dia carik rezeki dan orang kasi duit sedekah kat dia, ada satu MELAYU datang ambik bawak lari.

So, korang kalo nampak dia ke hapa ke, korang ingat2kan dia tu suruh jaga diri jaga barang semua, nak2 duit dia. Aku tahu ada korang beli keropok dari dia semua main keep the change je. Dia tu lak memang naturally friendly.
Aku suka kat dia, tu ah dia punye bahagian kat dunia ni eh, tapi tu ah, dah tua abis cam gitu pun independent limited jugak, tapi kalo kadang2 dia sound korang suruh belikan itu ini, korang layankan je la. Tadi baru sound, kalo ada kueh raya, kasilah dia sikit merasa hehe.
So tadi dia ada sound aku cakap dia kalo masuk waktu semayang, kalo ada radio kecik ke hapa ke dengar azan, lagi bagus. Nanti ah next time aku jumpa dia kalo takde sapa2 belikan transistor radio nanti nengok cammana. Also dia sound pasal payung, so aku kasi dia payung dalam beg aku huhu. So korang jumpa dia layan2 dia sikit k. Dia suka minum air bunga, so kalo dia mintak korang belikan, korang beli la satu dua tin taruk kat dalam trolley dia tu. End of Stop press.




( click all photos to enlarge )
tengok foto ni, berapa artis korang kenal?.. hail amir, uji rashid, ahmad nawab pun..ooo jamal abdillah muda2, kak pah muahaha. Ni baru front cover, kalo back cover lagi ribut.

hmmnn lagu raya..off the top of my head right now, most feberets aku Sepasang Kurungan Biru ( khairul johar johari or something? ), meleleh siak lagu kurungan biru ni, menyentuh sanubari huhu, also Al Jawaher, Ahmad Jais, Sweet Charity dan of course lain2 ler haha.



Selain dua Hari Raya lps yang aku ada.. Wea and EMI labels.. dan beberapa edisi bumper dan supertembam majalah GilaGila dan Ujang yang aku masih simpan.
I think Supertembam is coined by Batu Api..

tu ah aku dulu masa buang ,dah masuk ratusan kot, majalah2 Gila2, Batu Api, Ujang, Batu Api dan Lanun pasal tak cukup tempat kat rumah parent aku tu jam, aku sepatutnye simpan Batu Api raya Supertembam pasal dalam dia ada Sudirman drawing untuk raya.. dan Lanun, tak lama tapi tu ah buat dia best. Collectible.



( I should have find a way to try and keep all the mid 80s to late 90s GG, Batu Api and later the Ujangs, Lanuns that I have kept for years, every single edition,..or at least save some of the special editions, now all I have are these huhu ), but like most of us, finding space to keep things is always a problem.




ni lak, pada aku antara gambo suasana raya paling best ler... Sweet Charity ngan abang2 rockers nye image, ada Othman Hamzah pakai cam baju budak2 kompang dulu muahaha..,
budak pompuan tu yang famous kot time dulu tu..aku tak tahu sangat pasal dia walau lp2 dia ada kot merata2 huhu.
Those were the days eh..


lirik seri hari raya sweet charity.. ( salah satu kenangan full time NS aku, aku ada satu kawan hafal lirik lagu ni, siap part laju giler tu boleh nyanyi word by word..very impressive haha,
anyway korang baca sokkabar nari? amacam budak full time PNS tu bleh terlepas tembak machinegun dia? siak ah..kena perut member dia, nasib baik tak mati..siak ah..aku dulu kena ajar " gun got ghost, gun got ghost, dont play play! ).
Last year Lovehunters bawak lagu ni kat pasar Geylang Serai nye konsert raya huhu. ribut. Ada kot kat youtube? aku ada rekod masih dalam hp aku kalo aku tak delete yet.


Mentari bersinar.. Cerah dan indah
Menyambut tibanya.. Hari gembira
Hari ini hari raya yang mulia
Ku akan rayakan bersamanya..

Kau berbaju biru.. Bertambah ayu
Dan bersongket ungu.. Berseri wajah mu
Menambah cerah suasana raya
Gembira sungguh melihat kau bergaya

Di hari raya ku pohon ampun maaf dari mu
Segala kesalahan ku yang telah ku lakukan pada mu
Marilah pergi sama.. Bersuka suka ria..
Sambut hari raya

Hari raya ini.. Sungguh meriah
Kerna kau dan aku.. Dapat bersama
Bunga bunga kembang dan mewangi
Burung burung turut sama menyanyi

Uh..Uh..Uh..Uh..Uh..Uh..Uh..Uh..
Kau senyum di pagi raya
Uh..Uh..Uh..Uh..Uh..Uh..Uh..Uh..
Hati ku gembira ria
Uh..Uh..Uh..Uh..Uh..Uh..Uh..Uh..


lagu dan lirik dia meaningful terutama buat mereka yang jauh dari satu sama lain...

Friday, September 26, 2008

hari raya multiple choice question

sila pilih yang sesuai -

a) ada yang akan sambut meriah ngan love ones, sanak saudara, sahabat handai. Berseri2 dan penuh warna warni. Dah macam fun-fair.
b) ada yang sambut ngan love ones/ sedara mara/ frens , tapi dengan cara simple dan ala kadar, tapi hati gembira.
c) ada yang sambut sorang jauh dari sapa2, tapi hati gembira.
c) ada yang sambut tapi ngan seribu kebimbangan dan kerisauan tentang 1001 perkara.
d) ada yang anggap hari raya ni macam cuti awam cuma ada sesi semayang raya. Dengar takbir, kesat airmata. Lepa tu raya abis dah.
e) ada yang sambut sorang2, hati sunyi sepi, termenung tunggu masuk keja balik.
f) ada yang tak mau langsung jumpa raya... tapi muka terpaksa senyum..
g) none of the above.

Doesn't matter which group you belong to,
- For the happier ones, do remember the rest.
- For the not so eager ones, been there, seen it, done it & swallowed it whole.

Anyway, life is like a wheel kan.. kau buat ku berpusing berpusing2 macam gasing2'..atai bunyikan loceng..' ingat tak show Sudirman keluarga singer tu haha? tu jam top hits lagu raya ialah Raja Ema & Jamal Abdillah ler, EON. tu jam kalo nak masuk berita rtm nanti ada iklan 'hitam itu menawan', aku memang dah melopong depan tv tu jam opps sorry melalut.

Untuk semua,

Selamat Hari Raya..
Maaf Zahir Batin \m/
Kita semua start balik zero-zero ok!!

Thursday, September 25, 2008

upcoming rock omputeh shows

ni yang konpem tiket dah start jual dah nye.

1) motley crue @ fort canning - not going becos tikets too expensive.

2) avenged sevenfold @ expo - aku curious jugak nak tau apsal Maiden select dorang jadi opener SBIT Europe, dan apsal dorang kena boo, kena rejam botol ngan peminat2 Maiden tiap2 show haha.. interesting dorang pun featured untuk Maiden Heaven tribute walaupun macam %&@*@$&(%!!!! sikit2 walaupun best jugak, flash of the blade nye korus lirik salah.. tapi tu je la..curious....tiket expensive jugak...so skip lagik haha.

3) satu yang maybe aku nak pegi kalo ada budget is Rockstar Taste Of Chaos 8/11/08 kat Fort Canning. 4 band. Smua cam band remaja orang2 muda gitu suka ler, tapi nampak cam interesting je... pasal ada As I Lay Dying...
Ada Atreyu.. ni pun cam best je aku sample2..
ni dua kira sikit2 heavy rock ler huhu.
MUCC tu Jepun, rock2 orang sekarang suka gitu, tapi definitely not heavy rock la.
Story of The Year ? - ni rock2 happy2 gitu kot..
tapi tu ah aku curious As I Lay Dying ngan Atreyu.
$95. Duit dapo untuk berapa lama tu? haha.
so....? lama lagi.....nanti fikir lagi...haha.

p.s - aku ada satu kawan pun cam step konfiden je Metallica nak datang buat konsert, siap dah janji nak gi sama2 hahahahahaa...aku cakap ok la, tapi tiket paling murah eh? huhu.

Wednesday, September 24, 2008

scene pose & pre-raya 2008 ( pt 5 )

belen2 yg aku belum tampal gambo dari sg, jb, kl hehe..
( click all photos to enlarge )

first few pixs..Arab Street nye decorations..


..kalo malam lawa kot? tapi ni untuk pelancongan la ye? Buat cammana pun tempat lain, orang melayu tetap pegi Geylang Serai area jugak. Raya Magnetic ler geylang serai.


all these ramadhan and raya greetings in strange languages...


tersimpul lidah nak sebut..



one nite in the city...one nite looking pretty..



ni kat pasar larkin, hehe..



decorations kat puduraya...



kalo turun lrt bukit jalil, terus nampak ni..,



temporary stand untuk penumpang pegi ke dan dari SELATAN untuk musim raya ni..
konpem meriah dan kecoh.



konpem bas banyak...abis ler, cammana nak carik nanti haha.




ni lak reset zakat untuk wilayah perseketuan.. m...e...r...a.n...g..k..a....k.. sey wa baca jawi, sigh.



apa ni? ni m...e...r...c..u....n.
harga mercun dah daylight robbery.
Kat Singapore jangan mimpi ler nak main.





tiket2raya.naksambut.untukdua2.negeri.sg.my.com
( cek out the 30% surcharge huhuhu ).

Monday, September 22, 2008

majalah MH - Metallica & Thrash Metal collectors special

so ni kali review lagi satu magazine worth keeping, aku sambar tu hari..
Metal Hammer Collectors Special - Metallica & Thrash Metal
Dah release maybe a month back kot? aku yang delay.


click all photos to enlarge
My review and photospread of the Metal Hammer magazine's Metallica & Thrash Metal Collectors Special 2008


Ni dia punye foreward, korang try click dan enlarge, kot boleh baca




The next two photos are the content pages..this magazine has nothing but a mountain high pile of thrash, hundred over pages of them - some old, some new, some from the jurassic period. But this thrash is different, its not smelly, but they all have a nice smell.




Like previous special collectors editions by both Metal Hammer & Kerrang, there are some previously released old articles and materials re-used, but that doesnt damper my reading mood. (wakakaka prektis english beb. hentam je la.)

something nice...the metal hammer's thrash top 50. I always prefer and trust British and European rock journalists because I think they know what they are talking about.
The last American rock magazine I really read was maybe R.I.P back in the early 90s? muahahaha.

siot ah, frolic in the park nombor tinggi. ni kaset kuno zaman jahiliah ni. 'selamatdatangketingkattiga' huhu.
I always remember reading Mark Day's review of this cassette, and it was so convincing that I searched for the cassette tape. "check-out girl! check this out!".








click all to enlarge huhu

ok la majalah ni...sample topiks dia...cerita2 kuno dan informatif.






ni a bit of jenaka..rambut james hetfield style katun tahun demi tahun..





cerita lama eh...haha. Apa pun, some of these bands aku masih follow up sampai sekarang sikit2, cuma..... cuma..... aku tak beli dah haha. Tapi maybe Kreator baru kot? pasal aku suka giler sama Enemy Of God.