Saturday, December 18, 2010

Brisbane 'bunyian ombak' 2011



Dapat lagi satu tiket dari the peminat legend yang rakam seluruh konsert Maiden di Belgrade Yugoslavia 24 tahun yang dahulu (malam lagu TLOTLDR dimainkan ). Tak tahu apa aku nak cakap pasal dia tak kenal aku pun tapi sanggup tolong aku waktu aku ngah nak tiket tapi aku tak sedia nak beli waktu tiket mula start jual beberapa bulan lepas. Mungkin aku belikan dia hadiah kot, fridge magnet la senang haha.


Dengan ni makin dekat kot DUA cita2 aku sejak aku sekolah menengah dulu dan zaman muda2 dulu,
1) nak backpack kat Negeri Omputeh dan mengembara ikut jadual tour Iron Maiden dan tengok persembahan dorang kat at least dua atau tiga berlainan tempat dan soak in the atmosphere berlainan.
Cita2 MAT JENIN was actually somewhere in Europe, tapi... financially backpack kat Australia je aku rasa aku mampu cuba nak usaha.

2) Tengok Maiden headline satu festival siang ke malam. Aku nak rasa sekali dalam hidup cammana suasana festival gitu ngan berpuluh2 ribu peminat dan bands dan Maiden ialah The Main Event, dorang main paling last, paling gempak.
Cita2 aku was like something macam Donington 1988 atau 1992 kalo korang tahu, dan aku sangat nak pergi Castle Donington tengok festival kat situ kalo Maiden headline , (skarang tukar nama Download Festival yang dah jadi dua tiga hari nye event) tapi cost involve aku tak mampu, dan trend festivals skarang dah tak justify, selalunye tengok festival2 skarang ni, aku cuma tahu dan minat Maiden dan dua tiga band aje untuk jadual satu hari contohnye, dan band2 lain banyak2 tu aku tak minat nak ambik tahu pun pasal aku tak paham. I wont pretend to be a rock or metal fan just for the sake of it.

So Soundwave Festival ni, ngan jadual satu hari suntuk ngan puluh2 band, ngan lapan stage dari paling besar sampai paling kecik, aku rasa boleh kasi aku chance untuk realise this ambition nak tengok Maiden headline a festival. Nasib baik jugak ada rock dan metal bands yang aku ada la jugak minat sikit2 haha. So bila aku was planning this backpack trip, aku decide to include Brisbane sekali. Pasal mungkin seumur hidup ni je peluang aku cuba nak realisasikan DUA impian aku cakap tadi.

So ni Brisbane nye jadual waktu, kalo korang minat korang boleh klik kasi besar.

70 bands ( dari macam2 stail muzik rock ) kongsi lapan stage dari 11 pagi sampai Maiden headline waktu malam kat Stage 1.



Bands yang aku nak tengok... Aku risau jugak ada clash ke tak untuk mana2 bands aku suka.. tapi takde clash sangatlah.. aku nak tengok Rob Zombie tau, tapi aku pun nak tengok Queen of the Stone Age. So mungkin aku pegi dua2 stage la haha.

Saxon - BINAWEI betul. 12 tengah hari slot dorang, takde hormat langsung la tukang buat jadual ni haha. Aku rasa aku skip la, awal sangat. Sorry Saxon the Maxson.
Aku tak tahu apa nak expect, aku rasa crowd mungkin 30,ooo so aku harap aku tak diapa-apakan haha.
Seriously, kalo aku tahu aku nak pergi konsert Maiden aje, macam Sydney Hisense dan Melbourne arena , cuma satu band aje, aku tahu crowd, fans mesti semua disiplin, aku rasa nak carik mabuk pun takdelah... semua fokus and ready to show their love for their favourite band.
Tapi kalo festival2 gini, ala...ngan band2 emo punye peminat la, ngan yang mabuk2 la...
so of course aku pun tak tahu cammana. Aku pun, pergi negri omputeh pun sekali je sebelum ni masa kita tengok Maiden tahun 2008 dulu, kat Msia, Spore ok la kalo benda2 gini aku rasa aku tahu la survive, ni negri omputeh jangan aku kena buli atau kena keroyok dah haha.
Selain tu..
Slayer - aku nak tengok pasal dua lagu baru dorang yang dorang slalu main live tu dua2 sedap aku suka haha. Apa tu ala..lupa lak title dua2 lagu tu skarang.
Dimmu Borgir - Aku dari dulu curious pasal ni band kalo live, walaupun sapa tu yang bassist suara sedap tu tak sama ngan dorang lagi, tapi aku nak tengok apa yang special nye band ni.
Queen Of Stone Age - ah ni aku nak tengok... aku curious pasal ada lagu2 dorang memang sedap.
Dan lain2 ni aku try la tengok pasal either memang aku minat jugak satu dua tiga lagu2 dorang atau pun pasal aku rasa-rasa dorang gerek
BulletForMyValentine, 30secondsToMars, Slash, RobZombie,Murderdolls, Sword(kalo aku datang tengok Saxon aku tunggu la sekali),Coheed Cambria dan kalo rajin any other bands.

Anyway, setahu aku Sum41 tu band ada nama kan? maksud aku band yang keluar kat radio dan majalah dan tv kan, tapi pun main siang hari awal. Bagus la... band2 yang konpem aku tak minat semua kasi clear cepat2. So kalo rajin aku boleh cek out bands2 lain, kalo rajin la.

Paling lawak ialah Avenged Sevenfold ,dorang tak mau main siang, dorang nak main malam, so promoter tukar dorang malam, tapi clash ngan Maiden nye waktu. Lepas tu dorang complain lagik. Kira nak main malam aje, tapi tak mau clash ngan Maiden. Jadi last2 promoter pun bingit. Aku baca twitter promoter was like lawak abis. Ni Avenged Sevenfold dah out, mungkin dorang nak crowd banyak tu pasal nak malam, tapi tak mau clash ngan headliner lak. Aku harap CINDERELLA ganti la haha. Kalo Cinderella, adakah aku sanggup tinggalkan Maiden untuk Tom Keifer? haha. Mungkin aku lari kejap la 10 minit ke hapa ke. Or Maybe Europe, huhuhu.. singalong la aku ngan Carrie ke Final Countdown ke.


Siot aku yo-yo-oh tinggi, entah pergi ke entah tidak... apa pun, takpelah, aku cuba je la plan sebaik mungkin pasal dah memang impian aku pun.
its about two months away...



ooo aku pun dapat dvdr ni, dalam semua FLAC rakaman2 bootlegs yang mamat tolong aku ni buat sepanjang dia pergi tengok Maiden dari tahun 80an sampai SBIT.
Ah, nanti aku pergi kalo jumpa dia, aku nak belajar dari dia dan mintak dia kasi komen dan tunjuk ajar kat aku yang suka jugak bootleg konsert2 rock bands yang aku minat masa aku pergi tengok.

Thursday, December 16, 2010

universal studio sentosa - part 3

Sambung, aku ingat nak cram semua kat satu post tapi tak boleh la. So part 3.
- post part 3 ni takde apa2 SPOILER aku nak describe so tak yah nak skip skip perenggan untuk yang tak mau tahu SPOILER.

Apa pun lepas kelakar2 Far Far Away , basah kuyup Jurassic Park, action packed Waterworld dan lagi sikit aku nak pitam terkejutberuk Ancient Egypt, kita makan dan minum dulu -

kena respek peraturan, korang jangan terang2 bawak beg plastik dalam isi epok-epok sardin ke,nasik bungkus ke, atau bawak mangkuk tingkat bagai, konpem security mesti tak kasi kan.
So korang letak je dalam beg.
Tu hari aku cakap tiket2 kita orang, setiap tiket dapat $5 food voucher kan? So korang bleh gunakan jugak kat dalam sana.

Also, ni bukan aku cakap ok, tapi korang masuk sendiri website USS dan tengok mana2 tempat makan/restoran yang provide Halal food, jadi korang dah tahu, tak la korang dah sampai nanti rasa was2 sana sini kan.

For vouchers $5 tu kalo dah mata-mata , bleh dapat meals bleh share, setakat isi perut je la.
Takkan nak melantak ye tak, nak makan2 lepas keluar dan seberang jembatan masuk balik Vivocity, korang boleh terus pergi Pusat Penjaja ( nanti aku tampal gambo2 makan kat sini k ) seberang jalan dari vivocity makan2 ye tak. Nak makan tempat ada up sikit, korang pergi makan kat Banquet la which is present kat mall dekat situ. Or any other halal certified aircon environment eating places. Tapi still aku rekemen makan kat hawker center across the road dah.

Kita take a break have a kit kat kat Goldilocks.

Very comfy environment Goldilocks ni. Mungkin tu jam tak ramai customer.




And speaking of Goldilocks ni, this newspaper dispensing machine featuring her court case makes a good laugh dan good photo opportunity. Ni pasal dia pergi makan bubur beruang2 tu smua kan? Aku dah lupa la.


minum -
Dont worry, korang bawak air dari luar, lepas minum abis, korang top-up pakai Water Cooler dah. Aku tengok sana sini seperti ada a few water coolers so tak jadi hal.
Kalo korang nak beli kat sana ok la air jarang ke, air soft drinks ke, tapi mim alip hah alip lam la. Betul tak aku eja? Senang pun aku teraba2. Rabak sey.

Coke je dah tiga ketul ok. I mean S$3.
Tapi cantik2 refreshments stands. For example -

Aku tengok ni aku dah rasa kelakar, agak nanti Madagascar nye Crate ride cam mana eh?
Apa aku tahu nanti, crate ride ialah ride atas air. mesti lawak giler nye kalo dah opening nanti ni ride. Nak2 ada penguin2 terlepas dari tanjong rambutan ni. Ni aku type ni, aku teringat cammana satu2 kasi salute kat kapten dorang je aku dah gelihati. Konfiden level dorang tinggi, tapi asyik buat blunder je, nasib cam kentang.





Then HOLLYWOOD lak


Pantages Hollywood Theatre
Ada show kul 6, by the time kita sampai, dah full house. So tak dapat tengok this live Monster Rock Musical. Tak tahu cammana ni show.




Tapi this stretch memang banyak kedai2 souvenir dan makan2 pasal dah memang kat entry/exit especially dah nak malam kan. Bila korang nak exit tu nanti ada besar nye signboard "Hollywood" gitu. A great photo opportunity jugak untuk korang snap.



Dah Hollywood kan, so ada la kot jumpa karakter kat sana..
This Charlie Chaplin guy memang pandai buat posing ngan visitors. Tiap2 visitor dia buat lain2 posing. Tapi korang kena beratur Q ler pasal ramai nak snap ngan dia.




Aku carik madagascar penguin2 giler2 tu jalan2 takde lak... tapi ada ni mr and mrs woody woodpecker ke hapa ntah nama dia so korang Q ler kalo nak snap foto ngan ni dua character.




ok Universal Studio ni kan... korang take note dia punye rides and shows abis kul 7pm tak salah aku tapi.. makan2 dan especially shopping2 Merchandise and souvenirs masih bukak. Nanti aku ceta nanti.
Tapi kalo korang datang Fridays and Saturdays evening ada fireworks ke hapa ntah, ada Hollywood Special masuk bayar lagi S$5 or something like that.



Nanti sambung besok lusa.

majalah IMFC bentuk baru size A4 dan lebih 40++ m/surat. Seribu kali best dari majalah2 dulu2 yang kecik2 tu

rasa macam banyak gitu aku nak cerita kat blog ni, nanti la satu2. Pengalaman Universal Studio pun belum abis lagi. Besok la aku upload gambo2 last kopek.

Ni lagi satu benda aku nak cerita dah lama , tapi ni malam aku rembat aje apa boleh snap2 gambo dan upload.
Aku nak cerita ni pun pasal berkait ngan benda lain.
Tu hari aku belek2 cd greatest hits Bon Jovi terbaru kat kedai.
Aku was kind of terkejut, " DRY COUNTRY " takde.
Pada aku ni la antara lagu paling super dalam sejarah aku minat Bon Jovi hehe. Suka banget satu ketika dahulu, skarang ni more to a faithful sympathiser hehe. Memang lagu2 dorang best2 tapi Dry Country is something extra special. "And the money's gone, all the jobs are gone, still we're hanging on.." . Mungkin panjang sangat kot 9 minit.
Lagi satu aku perasan, Superman Tonite takde, padahal ni lagu paling best kat latest cd dorang.

Check out apa LAZ tulis apabila ditanya 3 lagu dia nak Maiden cover.
( LAZ ni skarang jadi pengendali Iron Maiden Fan Club, dia kenal Steve Harris sejak umur 11 tahun, dalam kelas duk sama2 waktu sekolah, lepas Keith Wilfort pindah Amerika, dia takeover kendali Fan Club dan LAZ jugak abang kepada bekas isteri Steve Harris yang pertama ).


Sejak Maiden Fan Club buat majalah versi baru ni sejak edition 83, aku was like deciding this is the best thing ever.
Ni macam korang beli majalah Kerrang, atau Metal Hammer, atau Terroriser, dan seluruh majalah tu ialah Maiden aje.. apa2 Maiden related. Warna warni semua, kertas tebal, dan takde iklan. Best giler kan.

Killer Krew segmen.... aku suka yang Michael Kenney (keyboardist Maiden dan bass tech Steve ) ngah testing bass Steve Harris nye foto tu. LAWA giler foto ni.

dan bits of pieces of info yang aku suka la nak tahu walaupun aku tak paham, haha, tapi aku suka nak ambik tahu..cam pedal board Janick nye cerita.


Bersempena Maiden pun nak datang, aku rasa korang mesti enjoy baca jawapan2 Steve Harris kat soalan2 menarik ni semua. Aku tahu dia hold UFO dan Jethro Tull in high esteem, tapi cara dia jawab tu memang macam tak dinafikan la terutama ni semua cerita2 dan interview2 terbaru, bukan belek balik interview2 80an dan 90an.







Dan korang dapat detailed interesting interviews ngan Andy Taylor , Dickie Bell etc etc etc dan untuk aku la, aku suka sangat baca benda2 serius all the behind the scenes tentang Maiden ni, walaupun topik dan cara tulisan dia mungkin ada bahagian interviews tu dianggap kompleks untuk minda aku dan aku tak paham sangat.





Dan jugak outsiders macam Chris Ingham yang skarang publisher/writer dua majalah rok best Classic Rock dan Metal Hammer. Dan dia punye pengalaman sendiri sejak budak2 jadi fan club member.



Superfans section memang dari dulu memang best, tapi versi majalah baru ni aku was like suka giler pasal gambo2 semua jadi makin banyak dan besar2 dan memang classy la majalah ni sejak kena ubah suai.




dan of course, gambo2 menarik dan exklusif.
Faberet photo aku was this dari Final Frontier North American Tour. Lawa kan?



random photos dari majalah2 fan club maiden sejak jadi A4 size ni. Cantik2.




Aku sebenarnye tunggu latest magazine sampai ( aku harap sampai la, ngan aku rasa puluh2 ribu nak kena post out satu dunia, aku tak terkejut ada yang tak sampai , dan memang ada jugak tak dapat, komplen2 dalam forum, tapi apa nak buat, kesian je la haha )



- Since the Iron Maiden fan club change the layout and also more importantly the physical size of the magazine I am very impressed.
Its like buying a copy of Kerrang, Metal Hammer, Terroriser, URTV :-) and finding only its filled with fascinating Maiden related stories, interviews and exclusive photos on high quality paper, and no advertisements. Thats how its like.
I really love it since issue 83 and I hope to continue getting them albeit about 3 times a year.

From what I read and understand, the best fanclubs of rock bands belongs to Metallica , and also Linkin Park. And I am freaking jealous reading about how the band members of both these bands really gets hand-ons involvement with the fan club and ensuring the members get the best deal and lets not forget Michael Schenker fanclub which I always marvel with having special recorded cds only for the fan-club members, which is not unusual as Linkin Park does it too but on the cd sleeve you have the names of every single fanclub member. Thats nice.
But overall I think Maiden's one is not that bad and worth the fan's hard-earned money spent.

Monday, December 13, 2010

universal studio sentosa - pt 2

(clcik all photos to enlarge)

sambungan..
so next kita gi ialah kawasan bertema " ancient egypt ". Dah kecoh dah " Iron Maiden! " " Iron Maiden! ". Aku tengok memang banyak similarities zaman Powerslave dan dan memang pengsi, cantik, magnificient, gigantic dan lawa giler.

SPOILERS WARNING 'revenge of the mummy ride'- in small text and blue color. Jangan baca la kalo tak mau tau.



tengok bawah ni,
dAH macam avenue kat cover powerslave



If Iron Maiden Holdings ever decide to make a theme park, this is how Powerslave section should be.





there is another ride here called treasure hunt.. macam style indiana jones gitu.. simple la compared to the havoc of 'revenge of the mummy '



banyak cantik2, tapi pasal ramai orang, jadi macam rasa kelamkabut lak jadi tak sempat snap lagi banyak fotos..



tapi kalo korang sabar, memang bleh snap gambar cantik2 dan jugak boleh snap photos ngan all the characters and props.

Since Battlestar Gallactica belum start pasal nak pastikan keselamatan terjamin untuk penumpang, so kita tak pegi Sci-Fi City nye area which is kalo korang jalan lagi ke depan.
Macam aku cakap, pergi sini kena ada strategi dan susun timing...untuk get the best deal..





SPOILER - Revenge of the Mummy - Mula2 budak2 naik dulu, feedback, ala...tak takut pun, kedepan ngan gostan aje...
So we all decide to take the ride... ok beg ke hapa ke tak boleh bawak masuk ok untuk ni ride, korang kalo takde orang stay back pegangkan, korang kena letak dalam locker. Very user friendly electronic lockers available.. so no worries.

hah ko, Q je dah dalam gelap, tu takpe...anticipation tinggi, ye la...dah kena pukul canang " banyak Iron Maiden keluar nanti ", so aku pun happy la..
hah ko...starting dia ok ok je...lepas tu bila lipas2 kecik tu keluar je kan, vehicle kita reverse..kuat lak tu.. Aku ingat tu je... Ala...memang tak takut pun.
skalitukan, skalitukan..skalitukan
MAMPOS! giler babi aku cakap...jantung dah nak tercabut pun ada, nak pitam pun ada, punye la laju...dah tu giler babi koner semua, atas naik turun, curve sana sini, kira Dead Man's Curve la.. Aku mana la ada pengalaman ni semua, kawan aku kat kerja cakap ni ride tak seram, ye la dia dah all over the world roller coaster dia dah main..
aku dah panik...lawak pun ada....Bila nak abis? Bila nak abis?
Paling stylo ialah pasal ia dalam gelap gelita...sesekali memang Eddie oppss Mummy keluar.
Memang physchology nye ride la ni, tapi it was fun la...



Nanti sambung...

senyum telinga ke telinga - ultimate pet shop boys : cd + dvd

Gambo USS blum abis upload la, tapi nak share something I am so happy about.
Baru keluar jugak, aku tangkap last week, takde lain dah aku dengar...ni aje..
sambil tunggu Maiden United accoustic keluar :-)



Easily, the best buy of the year if you enjoy Pet Shop Boys since the last 25 years.
But be careful not to choose the cd version only. For about the same price, search for the one which includes the DVD. And the DVD is the reason why this is a must buy.




Dah 25 tahun eh Pet Shop Boys , pertama dengar West End Girls, berapa umur tu jam aku? so konpem aku tua dah. Ni lagi satu group Legend. Cengkih. Banyak persamaan ngan Iron Maiden, BRITISH, LONG LIFE, STILL GOING STRONG, dan paling penting BEAUTIFUL MELODIC SONGS. Liriks dorang pun intelligent jugak, tak seterror Maiden la tapi alrite dan cunning. Kalo korang tahu I'm With Stupid tu sapa..




CD dia, mest lagu2 ni banyak korang tahu nye dan enjoy sepanjang hidup korang, tapi pasal satu cd je jadi banyak dorang nye pop hits takde.. opportunities takde, rent takde..
Latest pop single dorang Together - Best giler!! Maintain abis sey PSB ni.
Aku dengar dalam bas, tren, jalan kaki, takde skip2 lagu, start sampai abis...start sampai abis...start sampai abis...start sampai..u get the idea.



Macam aku cakap - Ni sebab korang kena grab. DVD dia best giler.
184 minits.
27 persembahan dari Top Of The Pops dari zaman 1985 sampai skarang.
Dengan cara pakaian dorang dan penonton, musical equipments dorang, dan jugak macam tunjukkan dunia perubahan, dari green screen nye komputer zaman dulu sampai skarang pakai laptop atas stage... semua la..dan PSB pun dari muda dah jadi tua.

lepas tu lak, 2010 Glastonbury dvd, dorang perform 21 lagu
Aku tak pernah tengok PSB live , tapi exciting sey... wooo crowd festival gitu happy2 semua tua muda.

So get it get it get it...


Thursday, December 9, 2010

universal studio sentosa - pt 1

Warning Spoilers in tiny text and blue in colour.

(click all photos to enlarge)

Mungkin korang boleh gunakan ni post sebagai panduan kalo nak.
SPOILERS aku akan type ngan huruf Kecik, dan jugak kaler biru. Kalo tak mau tahu SPOILERS, jangan baca bahagian tu ok.


kita pergi - naik MRT sampai Harbour Front, then masuk Vivocity gi tingkat tiga, naik Monorail masuk Sentosa. Bayaran Monorail $3. Boleh pakai EZ Link Card pun kat gate. Exit kat Waterfront station.



tiket - waktu kita pergi, hari kerja tapi cuti sekolah - harga untuk tarikh tersebut - Dewasa S$66, Budak2 S$48, Express tiket S$48.
Express tiket tu maknanya sapa pegang tiket ni boleh main mana2 game atau masuk apa2 persembahan tanpa perlu beratur. Dan beratur tu aku cakap kadang2 sampai 90minit kalo tengah timing ramai orang. Nanti aku kasi contoh kenapa Express Tiket tu mungkin sesuai untuk sesetengah orang, terutama budak2.
tiket - baik korang beli advanced booking, pakai internet or whatever, pasal mungkin korang gi sana tanpa tiket, kot2 takde tiket, atau ada tiket tapi korang kena Q untuk beli tiket dan masuk lambat.
express tiket - kena collect bila sampai sana, tapi dont worry, korang pergi kaunter guest untuk ambil, takde orang lain, tak payah Q.



Ni yang kapal Madagascar tu...aku tengok kapal ni aku dah happy dah..


Bila Masuk - Kita dapat tiap2 orang satu kupon voucher Meal $5, dan jugak tiap2 orang satu kupon Merchandise/Souvenir $5.
Aku tak tahu semua orang dapat ke tak, tapi tiket2 yang aku beli tu, layak dapat voucher2 ini. Untung la pasal bleh tolong2 bila belanja makan2 dan shopping.



Madagascar




ni merry go around budak2 nye.


ni show belum bukak lagik, in fact kalau korang perasan, USS ni masih macam tengah trial period - apa tu? soft opening period, tapi dah kira ok la jugak, kalo fully open, aku tak tahu cammana. Anyway, untuk Madagascar ni, aku tak boleh bayangkan betapa giler2 nye ni show nanti kalo dah bukak.. Mesti lots of fun punye.


SHREK Far Far Away Land





Beratur orang nak snap foto ngan Shrek.. Toilet Shrek mesti ada nye.


Regular Q ngan Express Q lanes.
Ni contoh kenapa Express Ticket comes in handy, ni yang roller coaster kecik untuk Far Far Away Land, kalau nak kena Q dah berapa lama kan? 40, 50, 60 minit, so kalo Express tiket .. sappp!! terus naik.
So mungkin korang boleh suruh budak2 pakai express tiket semua main dulu , korang tunggu kat luar, dah nanti petang sikit orang tak ramai, then korang ramai2 boleh masuk together, bila Q dah surut.
Kira tactical la gitu jadi korang jimat masa dan semua orang pun enjoy..



Surprisingly, tak ramai orang kat bahagian ni, banyak photo opportunities cantik2 kat lorong bahagian sini, dan banyak jokes kalau korang tau carik dan paham.
Goldilock keluar newspaper front page pasal buat jenayah was lawak abis.

Aku rasa ada dua attractions belum bukak, salah satunye ialah Donkey nye show. Mesti giler2 nye kelakar.



SHREK 4-D punye show...
Ni korang mesti nak tengok... KONFEM!!!
SPOILER - Aku gelak besar sey.. Its about 25 minits , campur ngan before masuk ada 'ceramah' haha.So korang masukkan, kena dengar talk dulu, lawak abis...three little piggies tu ngan pinochio kena tangkap ngan Lord Farquhad.
Then korang lepas tu masuk dalam dewan, dia macam panggung wayang. So kebanyakkan seat ialah seat 4D, tapi ada satu dua row tu seat biasa, tak bergerak - ni untuk orang pregnant atau apa la kalau tak mau kena duduk seat goyang2
.

SPOILER - So Shrek 4D ni memang lawak, bila ngah naik kuda, ngan korang sekali tergoyang2 kat seat tu,
then bila Princess Fiona bersin - AChiio!! Then korang kena tempias dia kat muka korang haha, serious..lawak giler..Aku mula2 dongak carik mana air datang dari siling? rupanya kat seat depan ada lobang kecik gitu keluar air sprray korang. Then bila ada labah2 banyak muncul kat screen, nanti kaki korang kena geletek, aku ketawa kuat siol ni part, then nanti everytime hantu Lord Farquhar tu keluar kan, nanti kat belakang leher korang nanti ada angin tiup2, kira macam nak kasi bulu roma ternaik la. Ribut siol cerita ni, really lots of fun. last tu kan si magic fairy tu terbabas kat screen terus dia langgar cermin kat belah kiri dewan.. lawak
.






Jurassic Park





Canopy Flyers - Yang terbang2 glider kat atas ni macam best kan? ni aku tak main...aku tengokkan aje..putus kang aku naik haha, one thing bagus, pakai express pass ni kita tak yah mendangok tunggu lama2.




Ni lak, Dino-Saurin ke hapa ntah...yang ni pun aku tak naik la...silap2 aku naik, roboh lak haha.




Rapids Adventure - Ni memang real... Naik cam boat bulat gitu ikut sungei laju gitu..

SPOILERS - Mula2 aku nengok orang lain ramai siap pakai poncho (tengok foto ada budak2 cina tu pakai poncho kan? ), siap ada beli poncho $2 lagik, ala...APA NAK TAKUT KAN? Basah sikit2 je...cam tak biasa je.. Kalau sikit pun tak boleh kena basah ,pakai skirt la kan?? haha.
Skalitukan, skalitukan...
masa naik tu kan? masa starting tu aku ingat ala... chicken-feed aje la ni ride...sekali tu masuk terowong blackout pun, ala...no problem la...skali tu nampak dongak TREX pun ala...tak takut, sekali hah ko, terus menjunam masuk dalam air, so aku lak nearest to the front at that time, abis basah kuyup part kepala sampai pinggang, tapi ok la, bila dah keluar tshirt terus kering pasal hari pun panas...
Tapi best la, kelakar pun kelakar...enjoyable...so paling best, pasal dia nine seater, then split into 3 sections, so as long korang duk tengah, is ok, tak basah.. kalo tepi2, ah risiko tinggi bila menjunam tu...I like it la, cuma part menjunam tu, aku nye jantung was like dap dup jugak la haha.


Waterworld




Ni Show tak mau miss... Ada tiga show hari kita pergi..
12pm, 3.15pm ngan 5pm..
Dont worry ada banyak seat, dia macam stadium gitu..
Aku suka geng jahat... asyik kena boo je, bersungguh2 lak tu audience boo geng jahat, hilarious.






SPOILERS
- Masa memulakan, nanti dorang warm up the crowd by doing funny acts and getting some of the audience wet. The more you try to stay dry by opening your umbrella etc, the more you get into trouble. The seats itself is divided into 3 areas, sort of wet, a bit wet and also dry area, the most fun is by seating at the wet and sort of wet areas, furthermore its nearer to the action and its action galore.



Nanti aku sambung...