Wednesday, April 8, 2015

UFO - A Conspiracy Of Stars - Double Vinyl + cd in Gatefold LP

Dari pasal Kiko Angra join Megadeth ke album terbaru UFO. Cam biasa cakap omputeh tonggang langgang kejap then borak guna bahasa pasar melayu aku yang sama jugak tonggang langgang...
.
.
.


I just bought the new UFO album which came out recently. 
My personal opinion and a short review of a few words -

- Its fabulous. It Rocks. It thrills especially the Vinnie Moore moments, and of course the rest of the band. The eleven songs entertains me enough and so much enjoyable.
Its 2015, and after 45 years UFO can still create new magic moments.

So enjoy the photos of the packaging of UFO's Conspiracy Of The Stars Double Blue Vinyl LP with Gatefold which also comes with the CD and both formats includes the bonus track King Of The Hill. Its a very good deal.




Salam Sejahtera semua...

Jadi cammana aku nak start blog kali ni? ooo kay bak kata Gru ceta Despicable Me.. ""lightbulb...""

Waktu aku budak sekolah dulu, ada satu kaset yang aku ulang dengar ialah Vinnie Moore - Time Odyssey. Suka giler aku.. nak2 last song yang dia main J.S Bach nye classical tu.. Air On A G String and apa minor piano concerto entah dah lupa sekarang masa buat blog. 

Jadi bila Vinnie Moore masuk U.F.O memang teruja la aku. Dia masuk lepas Michael Schenker keluar lagi sekali selepas masuk balik kali kedua.






Jadi UFO ni 
- penyanyi dia Phil Mogg umur dah berapa? EnamPuluh lebih dah. Tapi masih maintain. SUARA SAMA...
- Drummer Andy Parker pun sama. Ni dua memang asli UFO la kan...
- Pete Way kena cancer tapi dia dahbis treatment chemo ye? so far nampak nye laporan ok kot dia dah nak release album solo ye?. 
Tapi tentu harapan peminat nak Pete Way rejoin UFO semula. Buat masa ni sejak berapa tahun lepas, - Ada satu budak muda Rob De Luca main bass sekarang. Muda ke? ha ah la dari pengamatan aku...
Tapi still Rob De Luca pun contribute beberapa lagu untuk album ni jugak. Tu yang best.

- Paul Raymond bukan asli nye member tapi dia lama dari 1970an dulu dah jadi orang kelima kumpulan UFO. Dia ni tukang main keyboards dan 2nd gitar.
- Dah mereka berempat diatas campur dengan Vinnie Moore maka ni la UFO sekarang.

Sememangnye... Vinnie Moore memang tersangat cocok untuk acuan muzik UFO.



Ulasan dan pendapat aku.... aku baru dengar berapa kali je ulang2 satu album.

 - Jadi ni album memang dengar memang dah tau la UFO. Sangat terbaik dan tak lari dari apa kita kenal UFO.

- Pening aku tengok album cover. Ada kapal selam terbang atas bandaraya la, dalam ada orang tengok menyelam dalam lautan la, ada kapal la kat cover belakang. Aku tak paham, tapi cantik...

 - Vinnie Moore solo banyak kat album ni, keluar masuk keluar masuk keluar masuk setiap lagu ada je dia solo meyolo sana sini merata. Style UFO gitu...  Memang seronok dengar..

- Semua best la muzik dia pada telinga aku....  Aku pasang headphones kan so bila dalam train, dalam bas, jalan kaki memang terserlah setiap musician kat album ni. Sound bagus ni album.

 - Lagi satu pada pendapat aku, aku suka pasal selain dari drummer, lain2 anggota semua cipta lagu. Liriks aku rasa semua mestilah Phil Mogg.

 - Takdelah lagu cinta meleleh2 gitu, cuma of course ada lagu dorang slow downkan sikit, best giler.. contoh The Real Deal.

- Messiah Of Love pun a bit dorang perlahankan sikit, Rolling Rolling pun... sedap la... semua lagu   tetap alrite.
So aku suka sangat pembelian aku kali ni... Review rata2 pun semua suka album ni, jarang nak dapatkan review2 ulasan2 advance dari berbagai peminat dan pengulas yang rata2 cakap sesuatu album tu best, dan album ni aku rasakan semua ADVANCE nye laporan semua cakap best.
Berapa hari pertama keluar pun aku baca kat tenet, peminat2 pun cakap best... dan dorang semua tak sabar nak tengok UFO tour untuk support album ni, tapi aku rasa UFO takkan sampai kot rantau ni.

- Sugar Cane pun gerek pasal lepas tiga lagu pertama yang rock terus UFO perlahankan sedikit je untuk lagu Sugar Cane ni, dan jugak lagu macam Devil In The Detail si Vinnie Moore memang banyak gentel la, Lagu Run Boy Run ialah lagu pertama dorang promo dari album ni, Lagu Messiah Of Love pun best lirik pun best...

- Sugar Cane & Precious Cargo ni bukan cerita pasal tebu dan kargo barangan tapi lebih pasal cinta. Pelik2 judul lagu tapi liriks memang seronok...

Memang la semua lagu la aku berpuas hati.. Nanti ada chance ada rezeki aku nak sambar Seven Deadly versi original pulak.

Ooo lupa, korang baik2 kalau masuk Youtube nak dengar album ni, pasal copyright ke hapa kan, yang ada uploaded tu samada diperlahankan sedikit atau dilajukan sedikit dan bukan speed sebenar setiap lagu so hati2. Kira senang cakap - The uploaded songs are not at the correct speed.

- OK ni album aku beli versi LP pasal memang berbaloi la dari segi kualiti lagu, packaging semua dan apa ada kat dalam....-  Double vinyl warna biru. Gatefold of course, dan siap dalam ada CD album ni dan semua ada lagu King Of The Hill yang dikhabarkan bonus track.

- Untuk aku, memang meriah la lagu2 dalam album ni, kira seronok aku dengar. Tukar2 angin gitu layan lagu macam2 jenis selera... dan aku suka band2 yang aku suka, tak bergantung kat lagu2 lama, aku suka band2 aku suka buat album2 baru... jadi sentiasa FRESH dan  bukan jenis kaberet.







.
.
.
.




Cerita sikit, aku mula minat kat UFO zaman modern ni (selain dari dengar lagu2 dorang dari zaman Michael Schenker yang best2 dulu tu),
pasal album Seven Deadly yang keluar dalam tahun 2012 dulu. 
Ada lagu Burn Your House Down aku dengar kat mana ntah... then terus aku dengar lebih lagu2 dari album tu dan aku suka..

So masa Donington Download Festival 2013 tu, UFO ada ambil bahagian, aku macam.. tolong la main Burn Your House Down...Tolong la...

Giler korang bayangkan betapa happy aku bila dorang start lagu ni...
Aku siap ambik video ok masa Vinnie Moore solo giler2...
Check this out. GEREK lagu ni.. melekat ok aku kat lagu ni...segalanya pasal lagu ini... penuh makna sangat. Korang gi carik youtube full version studio version dia.

(Sila tengok lightning rigs atas pentas tu semua sapa punya dah standby... huhuhu..pagi2 dah excited ok tak sabar tunggu malam tengok semua dah in position tunggu waktu nak bukak belakang tu semua kain hitam).



UFO dorang punya crowd memang semua lapisan umur...DAN PALING PENTING NI SEMUA YANG BANGUN PAGI. Giler ke hapa pukul 11 pagi UFO dah kena main. 
Tapi tonggang tetap tonggang Phil Mogg in between songs.. Biasalah dorang kan? kul 11 pagi tu.


Aku tidur kat Derby ok, pasal aku tak mau camping cam orang lain kat Donington Park, aku dah sorang2, gigih ok.. GIGIH!!! Bangun pagi2 buta padahal semalamnye dah penat (walau aku masih ingat aku tengok band Finland yang "H I M"tu main kat pentas nombor 3 ke empat, lepas tu aku pegi main stage, tengok Slipknot sikit dari jauh.. aku rasa sangat B-O-R-I-N-G... terus blah pergi Derby naik bas tapi untung la tak ramai orang sangat kan aku awal..)
 nak kena naik bas dari Derby gi Donington Park pagi2 buta (bas ni lalu Pride Park, lawa sey ni stadium dari luar) pasal aku nak sangat tengok UFO main.

Kul 10 bila gate bukak untuk kawasan festival muzik tu pasal kawasan festival musik memang diasingkan dari kawasan camping dan apa2 je la.., 
aku tahu ada orang dah start lari dah pergi depan Main Stage, dan peluk besi depan tu, tak makan tak minum tak kencing tak berak SEMUA TAHAN walau kalau dorang kencing dalam seluar pun no one bothers kan?, pasal kul 8 malam Iron Maiden akan headline. Kena ingat once kau tinggalkan tempat kau berdiri je, terus orang yang dari belakang semua tolak2 ke depan, dan jangan mimpi kau dapat selit balik ke depan so nak ambik tempat, sila dari paling pagi, main gate bukak je kau lari la sekuat hati pergi railing depan peluk, tengok stage apa la...

(AKU TAHU kat festival tersebut, ada satu budak pompuan minat 3 Doors Down, dia buat gitu kat 2nd Stage... "Here without you baby...") haha. Tapi ni band main dalam kul 2 petang gitu.. No hal..

Dan aku terpaksa mengaku nothing beats the thrill untuk paling depan tengok Maiden headline Donington dengan belakang kau 100,000 tengah cuba mara sedepan mungkin kat padang berlumpur dan slopping dan suasana sangat suspens dan untuk aku la memang mengerikan jugak kadang2.. walhal aku yang aku anggap aku dah kira tempat selamat, tak depan sangat, tak tengah sangat (silap aku jugak, hegeh2 pergi makan2 minum2 masa Queen Of Stone Age main sebelum Maiden) Takut aku, pasal tekanan ramai2 tu buat aku tak boleh bernafas. AKU INGAT MATI OK waktu Maiden main. Rasa takut... nak nak memang dah sejarah orang dah mati dah tempat tu pasal rempuhan. Aku tengok  Lelaki pun cuba beredar carik jalan keluar pasal mungkin rasa trauma. 
Memang menakutkan untuk aku. Yang aku tengok Maiden main kat Frankfurt, budak pompuan sebelah aku meraung terpekik cam hysteria bila Maiden start main first song pasal tiba2 rempuhan dan pressure giler datang dari belakang dan kiri kanan.. Terus kena tarik keluar ngan security. Aku pernah cerita kan? dorang memang experts security dorang kat depan tu... jangan memain, dorang point jari je kat sapa2 baik disiplin..kalau tak mampos la.

OK back to UFO pagi2 buta, Aku pergi beli breakfast dulu la makan Fish & Chips pagi2 buta sorang2 tengah2 padang rumput, giler aku nak rebut2 gi depan pengsan kebulur kang? haha... Aku rasa semua pun datang semua ngantuk je kan, tapi gigih... UFO nye pasal.

Yang aku cerita orang lari masuk kul 10 pagi terus peluk tiang barrier depan main stage tu, Aku tahu satu orang Canada buat tu. Dia cerita kat aku kat bus stop aku jumpa dia besok borak2 pasal dia pun sorang dan memang boleh agak la sapa2 yang Stranger In A Strange Land kan so senyum buat kawan gitu.., 
 -dia cakap kat aku bahawa Security Staff berapa kali nak tarik dia keluar, mati2 dia tak mau walau rempuhan dan pressure tekanan sangat kuat dari belakang, Dia nak paling depan kat railing masa Iron Maiden main Donington Park.
Donington Park ni, kalau baca sejarah Metallica pun, zaman Cliff Burton, main Donington Park ialah impian dorang.. Ni yang cerita botol2 penuh air kencing dan KEPALA BABI tu kena lempar kat pentas kan masa Metallica tengah main pertama kali kat sana zaman Cliff Burton dulu2.  dan tu la cita2 ramai orang semua nak gi sana tengok favourite bands dorang main kat sana walau sekarang dah jadi Download, dah campur aduk dah semua.

Sampai sekarang, antara video clip yang paling nak naik kan adrenalin aku ialah Sepultura Orgamastron Donington 1994. Hebat!!!!


So...

Mula2 aku fikir, apasal siak UFO awal sangat? Tapi bagus jugak la.. orang semua tengah tidur kan?

Dan paling legend, UFO main pentas pertama, dan ni hari Sabtu, ada band2 best lain pun akan susul main kat pentas pertama ni, macam ALICE IN CHAINS, MOTORHEAD... dan of course headliner Iron Maiden main pentas yang sama.
Korang tengok video atas ni korang tengok lighting rigs atas pentas dan kain hitam kat belakang tu tutup stage setup yang semua Iron Maiden nak pakai malam semua nya dah siap pasang. Cuma nak bukak je tirai belakang tu untuk Iron Maiden nye pentas besar bila waktu dorang main sampai.

Dan bila Doctor Doctor mula, macam...  siak ah, Maiden main malam headlining, opening band kul 11 pagi ialah UFO dan kira Intro Tape Doctor Doctor versi Strangers In The Night yang digunakan Iron Maiden dimainkan secara live oleh band original sembilan jam lebih awal.

Pro dan hormat giler kan Phil Mogg nye ucapan... Class!!  Ini band yang dah 40 tahun lebih beraksi dan lagu2 dorang memang tak banyak, sikit pun mempengaruhi.... memang legend.




tapi tak salah aku dorang tak main Lights Out, biasalah dorang support acts je..

Tak patutlah.. Patut main lama sikit la ye... Tapi festivals gini selalu Headliners je main full show 2 jam. Yang satu jam gitu... Kalau pagi2 awal2 nye lagi la...30 minit, 50 minit...
ok thats about it, belen2 foto..cantik packaging dia... ENJOY.








Monday, April 6, 2015

Oh Kiko

Hai Hai Hai semua.. Semoga semua sihat sejahtera...

Terkejut beruk aku, masuk internet ..nk baca news pasal perkembangan muzik rock omputeh,
eh?? si Kiko Loureiro masuk Megadeth? Biar betik... dah basi ke berita ni??

Apasal? Kenapa??? April Fool ke?? Aku akan paling curious nak dengar cammana Kiko ni ngan Megadeth... 
Kiko ngan Dave Mustaine??!!! bukak pintu bukak pintu.. ada anjing gonggong kami yeahhh.. tak sabarrrr....
Aku rasa bukan aku je berharap Andre Matos masuk balik Angra.. tapi makin parah nampaknya si Kiko pulak dah join band lain. So dia dah tak ngan Angra lagi kot? Oh dear me...

Dulu2 late 90s gitu kot? Aku ada penpal dari Argentina. Walaupun dia Argentina, tapi dia minat Angra haha.... sampai hantar aku CD Angra ok. Tak pernah pulak dia hantar aku cd band Argentina. hmmm...
Siap dia cakap kat aku nanti pergi rumah dia kat Argentina. Baik budak tu... Aku sampai sekarang masih simpan foto2 mamat Argentina ni dia hantar aku, dia pergi bandar besar Buenos Aires gitu, tengok Iron Maiden. Lama dah lost contact. Tapi aku tetap hargai dia punye hantar2 CD kat aku.

So dari mamat ni la aku tahu apa tu Angra. Dan memang waktu tu pun gossip internet cakap Andre Matos antara mereka yang shortlisted untuk ganti Bruce Dickinson dalam Iron Maiden waktu Bruce buat hal dulu2, walau dia takkan dapat punya pasal Steve Harris dah umumkan pengganti Bruce mesti seorang British.

So lepas Andre Matos keluar dari Angra, aku terus kureng dan kureng dan terus dah tak follow Angra. Pasal tu jam Shaman nye lagu2 sedap. So aku lagi minat Shaman.

Tapi akhirnya, masa Hellfest 2014 kebetulan Angra ada. Tak silap aku dorang main Sunday.  Happy la aku dapat akhirnya menengok band ni walaupun dah takde Andre Matos.

Memang kira rare la ada peluang tengok Angra buat persembahan ye tak?

Sudah tentu aku dah berstandby ikut jadual waktu.  Memang clash hebat ngan band2 lain aku nak tengok kat pentas2 lain,  tapi aku tetap nak tengok Angra pasal aku tahu susah nak tengok ni band la kan.
Tapi aku kureng la penyanyi Angra hari tu. Ye la, sapa boleh ambik tempat Andre Matos ye tak?
Panas giler ok masa Angra main. Dahsyat... Bomba kena spray air kat penonton. Aku pun distracted la dah kena air bomba...

Ni foto aku ambik, cewahhhhhhh, ...
satu Angra nye formation main hari itu, dan lagi satu Kiko ngan Rafael, Rafael baju putih.. Ni dua tunggak Angra la kira.


Above and below photos by yours truly....~~

THe new Megadeth guitarist is on the left to the left to the left...





Ni video hari tu, Pro-Shot Angra @ Hellfest 2014,
kira terbaru jugak la kan kalau korang peminat Megadeth nak tengok Kiko main live...
Angra main 2nd Stage hari tu,  Masih awal jugak, panas giler betul2 Hell gitu, pentas2 lain pun band2 hebat main, tapi Angra tetap ramai penyokong dan peminat... Dorang kalau live album ke, b-sides live ke, kalau Europe nanti rekoding macam selalu kat France je. Dorang memang popular jugak kat Peranchis gitu.



(logo Angra tu lepas kejap nanti hilang, so biarkan)

Aku harap kejap je la si Kiko main ngan Megadeth. Aku harap lepas ni dia ngan Andre Matos kembali semula, dan semua duduk diam2 dalam Angra....

Sapa tak pernah dengar Andre Matos nye band lain, ni contoh... Shaman - Fairy Tale. Relakkk je lagu ni...   Piano dia memang memorable. Handsome barger Andre Matos ni..

Aku rasa ramai tahu lagu ni, cuma tak tahu ni sebenarnya Andre Matos nye band lepas Angra. Shaman. Lupa lak band2 pun ada jugak. Entah la dekni buat apa sekarang, ada kat youtube dia nyanyi lagu2 Iron Maiden kat club ke hapa ntah... Ntah la dah lupa......

Drama Korea pun pakai lagu Fairy Tale ni kot...?





OK dah tu je......  Viva Le Brazil....

Cehhhh aku macam betul je...hahah.


p.s - Aku kalau band Angra ni, ada satu lagu unik sangat aku suka..

Lagu STAND AWAY..  Andre Matos nye zaman.





tahun lepas or what, ANGRA sambut berapa tahun nye anniversary,
dorang main lagu ni..

TARJA ex NIGHTWISH yang nyanyi lagu Stand Away ngan Edu. Edu kot? Aku tak tahu sangat la haha.

Ada DVD dia...  Tarja ok nyanyi lagu Stand Away ni..  Sesuai la kan. Sapa lagi boleh nyanyi kan? haha.




all the fields...the dying ember soils...


ok ok, aku cuma nak luahkan perasan terkejut beruk aku KIKO masuk Megadeth, tapi dah melalut borak pasal Angra lak. haha.

Tapi ok la... Kiko (dan Rafael) is Angra pe..






Friday, April 3, 2015

6.30pagi kat TBS, aku dah muntahkedarah nasik briyani panas baru sampai kat kedai, sambil tunggu bas ekpress aku

~ ~ Aloha ~ ~ ~ ....

Ermm.. Aku nak cerita pasal makan2 kat England tu hari, KIV dulu la..


Tapi...ni aku nak cerita pasal aku makan nasik beryani/briyani (whatever la kan spelling dia) kat TBS (Terminal Bersepadu Selatan kat stesen Bandar Tasik Selatan untuk non-public-transport people) kul 6.30 pagi. Yep pagi2 buta.



So aku memang nak tunggu naik bas ekpress pergi ke Selatan. Aku rasa lapar ni, dah tu aku tahu aku nak naik bas je aku mesti nak tidur all the way, nak masuk kerja petang ni.. So kalau dah makan agak tentu rasa ngantuk... so boleh membuta.

So aku gi KK Mart, kan semua sedia maklum TBS ni kira 24 jam, walaupun mungkin lepas kul 1 pagi mungkin dah takde bas keluar, mungkin kul 3, 4 pagi cuma bas masuk je, tapi TBS ni still alive so macam aku cakap its a SANCTUARY gitu, terutama untuk sapa tak tahu mana nak pergi, (macam Larkin, korang nasib baik kul 1.30 pagi pun masih ada bas gi KL ok, tapi... semua turun kat luar Puduraya) atau mungkin tak boleh bergerak keluar dari situ pasal nak tunggu train LRT semua kul 6 pagi start. (Aku first LRT aku memang dah nak kena naik la kan...kalau tak kelamkabut kat TBS, anyway, TBS semua memang facilities semua cukup for your personal obligations so no hal la kan).
 Komuter start lagi awal kot? or 6am jugak. Aku tak pernah naik Komuter pagi2 buta so aku tak tahu.(TAPI, kalau korang tengok bola kat Stadium Shah Alam, hah, cepat2 la korang gi kejar tu last Komuter, dah macam pelarian Mynmar ok seberang landasan track ngan hiway nak kejar last train) Tapi 5 plus gitu dari Bandar Tasik Selatan dah boleh naik train hi-speed arah KLIA/Sentral dah.
24 jam Kedai2 semua bukak so no worries kat TBS ni lampu semua bercahaya macam kat stadium gitu...

Ni lagi dari tu hari cam aku cerita,bas ekpress ke Pantai Timur semua dah pindah dari Putra semua dah operasi dari TBS, memang makin meriah la sekarang.. sentiasa ada orang, kalau weekends ngan eve of Public Holiday atau lepas Public Holiday, giler ramai orang.

Aku fikir2 hari raya puasa tahun ni, TBS is going to be like malam raya kat Jalan Tar. Kecoh gitu.
Tapi kudos tu the operations and the cleaners ok, tetap aku rasa TBS ni masih maintain kebersihan. Walaupun kadang2 memang merata sudut semua orang carik spot lepak baik punye.

OK, so aku gi KK, wahhh pagi2 buta nasik briyani baru sampai la... So aku pun beli la.
So aku pun makan la.... sambil tunggu bas aku...

Enjoy the pics...




Nasik dia sikit...tapi ayam dia banyak jugak...ok la...kalau dah kebulur 6.30pagi. Of course ada macam2 makan lain kat TBS pagi2 cuma aku makan ni je la tu hari.

Sekian.
COYG.


p.s Aku tengah tunggu pasal harga tiket bas ekpress dilaporkan nak naik...
I mean, on one side, aku bergantung kat bas ekpress, so basically aku pun kena prihatin dan have a sense of compassion kat driver2 bas ekpress, penjual2 tiket bas ekpress, I mean semua orang la yang kerja terbabit ngan ada kena mengena bas ekpress ni...
Dorang pun nak kena naik gaji jugak kan, sama macam kita semua la yang kerja makan gaji..

tapi of course the impact on the passengers also nak kena dipertimbangkan.
So again, its all about BALANCE.
So lets wait and see the outcome.

Tuesday, March 31, 2015

boxset Yngwie J Malmsteen & Rising Force - Now Your Ships Are Burned (the Polydor Years 1984-1990)

A brief note in English, and then as usual I will talk cock in my Bastardized Malay language.




I got this the other day. I had always intended to properly collect each of the early Yngwie J Malmsteen’s Rising Force albums on cds but this is a good opportunity to collect them all in a form of 64 songs SQUEEZED into 4 cds boxset, and it means good value for money. Anyway the songs are remastered for this boxset release too. Depends on how you look at it then.

If I had my way, I would prefer each album has its own CD, and add into the boxset a double CD version of the Japan 1985 show which was on videotape back then.

But still as most of the time I only got the opportunity to listen to these boxset contents while on the move in the buses, trains and while walking, so I just ripped them up. But if I had to listen to the CD, I would surely find it weird changing the cds with the splits to fit about 300 minutes of music into 4 cds.

So this is not really a review in English language, but more on sharing the photos of how this boxset looks like. Enjoy...








From Channel 5 so lets switch to Channel 3.

Apa khabar anda semua walau dimana pun anda berada..... ermmm aku fikir2, apa sey nak berbual kon ni kali.. Then macam2 idea datang so terimalah berbual kons dari aku ok..


1) Korang perasan tak?? Boleh dikatakan semua penyanyi RAINBOW yang si Yngwie J Malmsteen ni dah gunakan -  Joe Lynn Turner untuk zaman Odyssey, Doogie White pun dia pakai (Doogie White ni zaman Ritchie Blackmore reform Rainbow untuk Strangers In Us All), lagi... Graham Bonnet – hah ni untuk Alcatrazz, dan Ronnie James Dio at least dua kali kan? Pertama untuk Hear N Aid kan Malmsteen ada ambik bahagian  part solo kan? Hah... lagi satu lagu Aerosmith dorang dua cover version sama2.

Tapi heran nye Yngwie Malmsteen macam tak pernah buat apa2 ngan Ritchie Blackmore eh? Ni mesti Ritchie Blackmore la kan, cukup2 la main lagu medieval Robin Hood ngan bini dia please.. Dia nak tunggu apa lagi?? COZY POWELL DAH MATI, RONNIE JAMES DIO DAH MATI..
ni pun Korang perasan DAVID COVERDALE/Whitesnake dah buat The PURPLE Album kan?
Apsal Whitesnake buat ni album?
Aku rasa pasal David Coverdale tahu Man In Black takkan nak reform Deep Purple Mk III buat kali terakhir, jadi sebelum terlambat baik David Coverdale buat balik sendiri.

2) Kalau korang dah memang ada CD CD dari lima album pertama Yngwie Malmsteen / Rising Force dimasa zaman Polydor ni, aku rasa tak yah la beli boxset ni walaupun ni boxset sound dia remastered khas untuk boxset ni (yang tak bermakna sound akan lebih sedap kat halwa telinga masing2 ye tak?)... Lagipun sakitkan hati...dia sumbat semua jadikan 4 CD, jadi semua CD adalah 77 minit lagu gitu.. tapi kan, ada la dua lagu tambahan I Am A Viking live dan Far Beyond The Sun. Aku tak silap ni sound Live In Japan nye videotape kot? Ntah.. aku tak dengar betul... Aku agak je.......

3) Yngwie J Malmsteen’s Rising Force Kaki Buih/Kaki Bubble a.k.a PENIPU PALING BESAR DALAM DUNIA ROCK MAMPOS!!!
Cerita dia cam gini...
Masa pertama kali encik Yngwie J Malmsteen dan kumpulan Rising Force si encik Malmsteen ni main kat Singapore. Tu jam dorang main kat Pavillion, ni yang korang sapa tengok Metallica kat Singapore, ni yang bangunan dekat ngan Expo Singapore yang korang kumpul untuk naik bas gi Changi tengok Metallica main tepi laut tu la.....  Pavillion ni dulu2 tu sama tempat ngan Slayer main masa Slayer datang Singapore..

So bila pertama kali Rising Force datang... meriah giler....
Penuh la satu tempat tu kan?...aku ingat tu jam aku beli tiket harga sederhana, pasal tiket depan mahal sangat, tapi ada satu benda tak guna... Sapa beli tiket paling murah (paling murah kena duduk kat belakang), panjat2 semua pergi depan... Kongajar!! Tahu2 toleh “Eh?? Bukan ke ko nye tiket murah duduk kat atas?” “ ah –ah, aku panjat pagar...!!” KONGAJAR!! Haha... Ingat balik that was fun la...

Abis tu... si Doogie White ni , tu jam dia jadi vokalis Yngwie Malmsteen nye Rising Force kan... OK OK, cerita sikit.., korang tahu Doogie White ni apa legend dia tak?? Apa aku tahu....Bila Steve Harris dah shortlist dua nama paling terakhir untuk ganti tempat Bruce Dickinson tahun 1994 dulu sebagai penyanyi kumpulan techno/trance/electronicpop Iron Maiden... dua orang terakhir audition ialah BLAZE BAILEY dan DOOGIE WHITE ok, biasalah mati2 si Steve Harris cuma nak orang British je kan kat band dia!, so lagi sikit Doogie White dah jadi penyanyi iron Maiden dan aku pernah baca kat mana ntah tu jam Steve Harris pernah cakap pesaing Blaze mirip suara kearah Bruce dan dia nak suara yang berlainan dan dia memang suka suara lemak si Blaze.
Lepas tu Ritchie Blackmore buat balik Rainbow lepas dia keluar Deep Purple buat kali yang ke ntah keberapa kalinya, dan rakam satu album baru Strangers in Us All, dia panggil dekni si Doogie ni jadi tukang nyanyi...
Sekarang mamat ni nyanyi untuk Michael Schenker punya band Temple Of Rock la kan... (Rarebell/Bulczhxoozz sorry tak tahu spelling huhuhu ).
OK OK
Balik ke cerita Yngwie Malmsteen Rising Force ni penipu besar.. malam tu Doogie White ulang2.

-“Come on Singapore, We are Doing a live recording tonight for a live album!”
-“Louder! Louder....!!!  We are doing a live album tonight!!!!!!!”

Seluruh show tu dia cakap.... Ko tak percaya kalau asyik ulang2 gitu... ngan serius? Aku rasa semua orang percaya....
So nak2 sewaktu lagu2 berunsur nyanyi ramai2 macam choir contoh Dreaming... wah bersemangat la semua orang nyanyi....  tapi non-ado live album yang dijanjikan. Tunggu2 takde pun live album?? KONGAJAR!! KNN betul!!!  Ahahaha...
Tu la kenangan... Kena bubble kena buih ngan Yngwie J Malmsteen’s Rising Force...  Live Rekoding kebabai. Kira ni disappointed la kan... dah la I Am A Viking pun setengah masak, last verse takde...SUAR!!! DASAR CA*^UT!!

Lepas tu dah, lain kali Malmsteen datang aku dah tak pergi... ni kira macam Dream Theater la, first time datang je semangat....siap beli tshirt kat merchandise stand hahah yang Dream Theater merchandise salah print tu nama2 negara kat belakang tshirt “Hong Kong jadi Honk Kong” siot je Dream Theater merchandise... Kira Honky Tong Kosong gitu kot haha.. tapi tu la pertama kali je dorang datang aku semangat.. Lain kali... tak mau la, gi kerja lagi baik haha..
Lagi apa? Ermmmm...  Tak yah cakap la kan lagu2 kat boxset ni, korang semua tentu sampai dah lunyai agaknye kaset2 kat koleksi korang ye tak......



4) Nyanyi sikit la korang, come on.....
“Hidup mu bebas berkeli...yaran.....!!”
“Bukan teman istimewaaahhhh!!!!!”
“Cuma tamu sekedarrr”  (SEKEDAR OK!!! SEKEDAR!!! Stupendous!!)
“Kerinduannn memaksaaaa”
“Kau layani penuh hamppppaaaaAAAAAAAAAA!!!!!!...”...
Apasal aku selalu teringat lagu ni ngan lagu Dont Let It End.


Kalau ada satu band rock melayu, aku boleh pilih la untuk reform dan main bawah kolong blok (void deck) dan aku je la satu2nye hadirin...... Korang boleh agaklah kan aku nak tengok sapa main... Scandals of course.  (opener sapa korang agak? Mestilah Last Minute).. jangan memain!! Lejen ni semua.
What went wrong eh??? Tapi nanti takde other Rock bands lak kan seperti yang kita tahu?

"Kini ku masih...menantikan...jawapan yang tak pastiii..."
See?? I  like Scandals.....Their songs are still alive in my head... I always love them most as a 5 men, tapi tu la.....  at least we got some other memorable Malay rock bands...
Boleh ke laut lak aku cerita pasal Yngwie J Malmsteen terus jadi pasal Last Minute ngan Scandals hahaha... Tapi tak dinafikan berapa best pun band orang putih, band orang melayu tetap ada tempat dalam hati.





Saturday, March 28, 2015

(updated 0930hrs) AHAD aku pakai hitam. (THIS SUNDAY - I WILL WEAR BLACK)


Kadang2, Jarang2, aku akan buat blog yang aku cuba serius kalau aku rasa aku perlu serious. Seumpama iras kata Bucky Katt "Serious, Serious macam kucing mandi".
Kita hidup ni tak lari dari dipengaruhi sekeliling kita. Of course kita nye best contoh is Rasul kita, Nabi Muhammad s.a.w.

Tu hari, I mean few days back, sistem keretapi gerak cepat Singapura semua berjalan 24 jam tanpa henti kerana untuk kemudahan sapa nak melawat kematiaannye LKY. Pukul 2 pagi, pukul 2 pagi ok, aku naik train la, dalam hati cakap.. Hari kerja, hari sekolah, train mesti kosong pasal semua orang tengah tidur pe....
'
Bayangkan aku masuk je train, tak penuh berhimpit cam sardin,  la tapi bahagian kerusi semua memang penuh jugak,
Macam semua orang, tua muda, lelaki pompuan, berbagai lapisan, majoriti in black.
Macam ramai2 nak pergi tengok Metallica main, Tapi aku tahu, ni lebih dari tu.
Sanggup ok 10 jam beratur tengah panas buta untuk tunggi giliran... Aku?? ok la aku sanggup untuk Iron Maiden aku sanggup. 

- Azan berkumandang 5 kali sehari kat radio nasional. Program2 agama Islam kat radio nasional, untuk sebuah negara yang hanya 15% sahaja penganut Islam, bukan sesuatu yang kita boleh anggap remeh-temeh dan taken for granted.

Apa aku tahu, ini adalah idea dia, kalau salah tolong betulkan. Terimakaseh kerana memahami.

- Potongan gaji setiap pekerja Islam terus menerus untuk pastikan pembinaan masjid2 yang modern dan canggih penuh kemudahan ialah sesuatu yang membanggakan.
Bayangkan selagi kau Islam, KAU LAGI DAJJAL DARI SETAN PUN PERANGAI, tapi memang build-in pahala, pasal sedari atau tak sedari, janji kau kerja dan tak opt out, tak kira gomen atau swasta, gaji kena potong automatik untuk buat masjid baik sekarang ataupun masjid2 akan datang. Dan masjid2 tu boleh dicakap dibuat titik peluh semua orang Islam yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang... dan kau chief setan, doesnt matter. Kau tetap ada dalam share buat suatu amal dalam hidup walau sekecil2nya habuk. So there is still hope, dan aku tujukan ayat ni untuk aku sendiri.

Apa aku tahu, ini adalah idea dia, kalau salah tolong betulkan. Terimakaseh kerana privilege ini.

- Korupsi. Corruption. 5 sen pun takut ok nak masuk poket.
Kita tahu ni semua agama Islam dah emphasis pasal rasuah dari dulu. So nothing new.
THANK YOU SO MUCH.

- Air. Aku tahu, setakat kena ejekan Minum Air Kencing, Minum Air Tahik, Minum Air Longkang... Well... tapi of course aku tengok sapa/nickname apa yang cakap...  So again.. well.
Please learn about molecule air, please learn about modern technology penyulingan air dan please learn apa tu suci dan tak suci dalam Islam.
I mean, its ok tu ejek atau Menghina just because you think you are superior in all sense, but remember, kita menghina dan mengkeji sesuatu yang dah suci lagi mensuci kan. Please be very careful when it comes to this.
Again THANK YOU.
Or else, aku tak tahu betapa bernilai nye air. Air sangat berharga. Sapa masih ambik wuduk ngan bukak paip macam mengalirnya Niagara Falls, maybe one day you will realise.
Korang bayangkan lautan berapa besar, sampai sekarang MH370 pun masih tak boleh jumpa, kalau kau ambik air semayang kat lautan besar gitu pun tetap maximum tiga kali kan setiap step? so its something to ponder and think about pembaziran dan penjimatan.

- Fair and square.
Adil baik sekolah dan baik pekerjaan.
Religous obligations sebagai umat Islam?
That is the beauty, kau tak payah nak pastikan semua orang tahu pasal kau pandai2 sendiri buat obligation kau waktu tiba masanya. Setiap masalah ada jalan keluar.

The key words, Find Alternative ways and find a solution yourself or in consultation. Insyallah.

Thats the key word. Fikir sendiri. No sugar daddy overlord protection or unfair privileges please. I want to stand on my two own feet. Because its an achievement when you realise you can compete fair and square and backs against the wall.
For that THANK YOU.

Cleanliness, Kebersihan, Kehijauan, Greenery.

EQUALITY, I dont have to kneel and sembah to anyone.

Mungkin aku ni ialah orang cepat happy, duduk rumah kecik, jalan kaki sana sini, pakai selipar jepun, Aku bahagia. Tapi tentulah love ones aku, aku nak terbaik.,
Tapi untuk aku sendiri, aku gembira dengan the simple pleasures in life.
Aku tak perlukan Gedung Neon Indah,
Aku happy apa aku ada.... asal aku tak malas, aku kerja, apa kerja pun aku buat, untuk love ones aku of course, dan belen2... untuk Iron Maiden aku....
So basically my mentality tak sama ngan orang lain...
So for that thank you...

Aku tahu rezeki tangan Allah, tapi ngan pemimpin yang jujur dan  bersih dan takde banyak colok, takde banyak songeh. Adalah hidup mudah sikit.

Last sekali...

Sebagai manusia yang harus banyak belajar kehidupan sopan , aku sanjung perangai, contoh terutama betapa rendah diri, kesederhanaannya Nik Aziz dan seterusnya Sultan Muhammad V.

Sebagai seorang neutral dari segi Ideologi,  aku rasa ni dua ialah contoh yang kita boleh ikuti, walau siapapun kita.

OK, Nik Aziz aku tahu ada good relationship ngan LKY. LKY pun pergi visiting Arwah masa dia hidup, all the way gi kat Kelantan.
I find it something incredible, masa isteri LKY mati, Nik Aziz pergi Singapore ok, melawat menziarahi gitu kematian isterinya LKY a few years back. Amazing info la pada aku, I think aku still ada foto hari tu....

So ni masa LKY mati lak, Sultan Muhammad V pergi Singapore menziarahi hari pertama tak silap aku.

So it makes me start thinking about these two things..

and makes me try to wonder more about these three humans.... thats all they are three humans just like you and me.

and betapa dalam hidup ni, kita kena fikir sendiri, nilai sendiri, pasal hidup ni kadang2 perlu tolak ansur, give and take, dan apa pun terjadi, tentu ada sebab nya.

Janji, nawaitu, kalau niat tu elok... itu yang penting.

And its something I can learn in life.







Thank you sir for everything. The good and the excellent and if any not so good. As long as the intention is good, its ok.




So hari Ahad , aku pakai baju hitam.

Bukan nak pergi tengok Metallica main, tapi pasal lebih lebih dari itu.


p.s - personally untuk diri aku sendiri, waktu zaman full time National Service dulu, waktu tiap2 tahun kena sumpit panggil balik Reservist, ada tu la dua tiga kali buat duty ada kena mengena ngan dekni.
Aura dia kuat ok... walaupun dari jauh...... walaupun dari sejauh mungkin yang aku boleh..if you get what I mean... oppss...



Thursday, March 26, 2015

finally the full review - QUEEN (with ADAM LAMBERT) 18 Jan 2015 - London O2 (A bit of self-indulgence during Exploring England)

akhirnya aku abiskan pasal blog post ni... cerita pasal rock tak basi la kan? rock maintain.

**** The Long ********* somewhere in the middle of this post in Yellow is where it continues from last time.

I dont think I ever talk cock about how I feel and what I think about Queen,
so a bit of my opinion in the Malay language, and then I do my review and opinion of this show in English.
But first a photo of the Queen (with Adam Lambert) merchandise at London O2 in January.


I bought this..


ok lets talk cock first in Malay....

Bicara hati sikit pasal Queen rasanya aku tak pernah borak pasal ni band.

- album pertama aku dengar secara menyeluruh dari kumpulan Queen masa aku budak2 dulu ialah kaset “The Works”. Aku kagum ngan semua lagu. I dont want my freeeeeeeeeeedommmmmm...Theres no reaasssonn for liiiivinnggggg... with a broken heart.
Freddie Mercury nyanyi intro lagu ni macam lagu Opera. Sangat terpengaruh la kan dengar kaset ni semua lagu. 

- Antara filem movie yang aku paling suka dalam hidup aku ialah filem “Highlander”. Yang pertama tu. Lagu2 dari filem ni semua Queen punya lagu yang kebanyakkan dari album “A Kind Of Magic”. Korang tahu adegan yang hero dah kena warning ngan Sean Connery kan? “Jangan jatuh cinta pasal nanti kau akan merana pasal kau Immortal!!”, 
Tapi.. Hero bongok, tetap gatal merenyam gi jatuh cinta ngan awek ni beratus2 tahun dahulu tu kat satu PASAR TANI kat Scotland, then hero tak boleh mati sampai bila2 dia muda, then bini dia makin tua, then ada part tunjuk bini dia pergi ambik air kat sungei muda, then balik then jadi tua krepot, Then hero maintain je. 
Giler touching part tu, Everytime aku tengok Highlander masa zaman budak2 dulu tu, part ni aku mesti sedih sangat masa bini dia dah tua sangat then bini dia mati, abis tu si hero awet muda, especially background muzik lagu "Who Wants To Live Forever". Aku rasa sekarang aku kalau tengok adegan tu, aku mesti sedih cam dulu jugak. 
Ada satu part filem ni, kat satu club, then hero borak ngan awek baru dia kat zaman modern,(ye la, Hero kan IMMORTAL, kalau nak bunuh hero, kena pancung kepala dia) then background lagu “One Year Of Love”. Wooo gerek giler lagu tu then aku terus suka la ni dua love songs Queen. "One Year Of Love", betul sangat lagu ni, aku setuju sangat lirik lagu ni.. 

pasal hidup kita ni laju, besok lusa, dah mati. So hargai la hidup ini dan semua sekeliling kita. Bila dah takde...dah terlambat.. dan kalau kita ada benih pokok kat tangan kita ni, dan nak kiamat kejap lagi, tetap kita tanam...
Apa lagi saja suka2 nak tumpahkan darah sesiapa.

Apa pun, Queen nye lagu2 slow, lagu2 cinta, semua sedap2...


Crowd starting to pack up the o2...

- Album paling kesukaan feberet aku dalam katalog Queen ialah “Innuendo”. Best giler babi la pada aku ni album. Very the pop rock yang diselang-selingi kan banyak surprises muzik nye.

- Feberet LIVE album Queen atau sapa2 anggota persorangan Queen untuk aku ialah Brian May punye band "Live At Brixton". 
Untuk posisi Drummer, si Brian May pakai mendiang Cozy Powell, dan Brian May bawak lagu Rainbow satu "Since You've Been Gone". Dia la Graham Bonnet dan dia la Ritchie Blackmore huhuhu...

Dan aku lagi suka Brian May nyanyi lagu Too Much Love Will Kill You secara live dari album ni dari versi studio Freddie Mercury. Macam lemau sikit la version Freddie kat album Queen Made In Heaven tu. Paham2 je la kot tu jam...
"I used to bring you sunshine...now all I ever do is bring you down..." sob sob sob... 
Antara lagu cinta paling sedap dalam sejarah...Sangat sangat mencengkam jiwa aku versi Brian May nye nyanyi. 
Mungkin lagu Too Much Love Will Kill You ialah lagu ANTI - MAKSIAT paling terbaik dalam sejarah, tapi kena read between the lines kot hahaha.

- Kreografi tepukan tangan dilakukan peminat ramai2 ikut rentak lagu pada aku yang aku paling suka ialah of course lagu Bon Jovi “Raised Your Hands” dan of course “Radio GA GA”. Best giler audience masa Radio Ga Ga. Sebab tu aku kejong dapat seat duduk. Aku dari kecik berangan nak gi tengok Queen main dan aku mesti enjoy lagu ni ngan style tepok tangan gitu. Tapi ni duduk terus jam la, tengok je la orang lain buat haha. Takpe, yang Bon Jovi nye aku dapat buat, tengok dorang main live berdiri, dan dorang bawak lagu Raise Your Hands. LOL!! Aku apa lagi tangan gerak2 la hahah, ...Happening.



Jadi aku bukan peminat yang meraikan pasal Queen kerana muzik yang dibawa mereka pada zaman 70an dorang pasal based on semua contoh dan pandangan di atas, aku mula2 minat dorang dan discover muzik yang zaman mid mula nak pertengahan 80an/90an (zaman pop-rock dorang) sampai album terakhir sebelum aku explore earlier music style dorang.
Lepas tu semua, baru aku experiment dengar muzik 70an dorang dengan lebih menyeluruh. Memang best 70an dorang, tapi aku poseur, aku minat Queen 80an/90an dulu baru aku discover what the fuck is muzik Queen 70an is all about.

The crowd at full strength.... and Queen plays two nights here in o2.


- Dan Queen PENIPU BESAR. Masa zaman album Miracle. Brian May cakap kat radio Singapore, Queen nanti barharap nak main kat Singapore tu jam dia tengah borak pasal pelancaran album Miracle. 

Padahal... Dia mesti dah tahu apa Freddie Mercury tengah hidap HIV/Aids. Dan tak mungkin terjadi. KNN betul.

- Last sekali aku nak cakap pasal John Deacon, aku pun dari dulu macam rasa apa sey jadi, tapi aku rasa aku boleh confirm la yang segala apa benda Brian May dan Roger Taylor nak buat, dorang mesti nak kena mintak izin dan dapat kata sepakat dari John Deacon. Dan John Deacon dah bersara sepenuhnya dan dia dah hilang dari radar muzik industry. Tapi tentu apa yang Queen dan Adam Lambert nye keuntungan tentu John Deacon dan keluarga Freddie Mercury dapat bahagian dorang la kan. Apa pun, lagu2 tulisan John Deacon semua masih dalam setlist, walau tentu aku lagi seronok kalau Another Bites The Dust tu John Deacon main, dan setiap kali gambar atau video John Deacon keluar kat big screen, tepukan gemuruh dan sorakan kuat diberikan audience full house ni.
Apa perasaan hiba sedih yang mereka sebagai kumpulan Queen lalui melalui saat2 dari Freddie mula2 sakit sampai rakaman video2 klip album Innuendo, dan seterusnya rakaman suara Freddie menyanyi yang muncul Made In Heaven nye lagu2 dan sampai kematiannya memang aku rasa sangat penuh dugaan. Dan paling last sekali dia dirakam video, ialah words "I still love you" lagu These Are The Days Of Our Lives" tu..




NOW THE REVIEW OF THE SHOW...

So the thing with Queen is that, no matter what people talk about Queen, the last time Queen plays live with Freddie Mercury with a full show and an all Queen set is in 1986. So all the discussions in the internet about the good and bad of Adam Lambert fronting Queen is difficult to digest and understand.
I got the opportunity to catch Queen in London o2. I knew then its going to be a two nights affair, and I was shocked when I realised a month before the shows that all the standing tickets are sold-out and there are limited seats available. And we are talking about London o2 which is so amazingly huge dome.
So the setlist...
Now, its a spectacular mind blowing greatest hits setlist, and they can even drop Hammer To Fall & Show Must Go On, two songs that I thought would definitely be played. Anyway the current setlist in Europe seems A Kind Of Magic is now played, and seems for every night Show Must Go On is played, These Are The Days are not. I think Show Must Go On near the end of the set every night is a very very difficult song for Adam Lambert live. But the best can do it and I think he is very good.

1. ONE VISION
2. STONE COLD CRAZY - Metallica!!!! LOL!!!!
3. ANOTHER ONE BITES THE DUST - boogie!
4. FAT BOTTOMED GIRLS - or as Adam Lambert instigates the crowd -
Come On You BIG ASSED BITCHES!!!
5. IN THE LAPS OF THE GODS... REVISITED
6. SEVEN SEAS OF RHYES
7. KILLER QUEEN - Adam Lambert frolicking on a sofa. LOL!! Did I got the pink colour right? LOL!!
.
.
.
*********************************
.
CONTINUATION...

I guess with Adam Lambert they can do this Killer Queen song.

8. I WANT TO BREAK FREE - Adam Lambert took a swig of champagne and mouth-sprays it to the fans near the barriers and says "excuse me Sir, did I get you wet? Its Rock N Roll, thats my job." Then he continues on about Freddie Mercury and on and on...  then I got it on video during this part and also the start of the beautiful Dont Stop Me Now....



9. DON'T STOP ME NOW - Love the intro so much.....
10. SOMEBODY TO LOVE -
For the intro , Adam Lambert stage banter with the crowd is hilarious -
"Alright London I got a question for you.
Whose in Love?"
"Not bad, thats only like FIVE of you".
"Whose in Love with themselves?"
"Thats good, it starts there right? right?"
"Whose horny?"
"Me too. Can somebody find me somebody to love?"
11. LOVE OF MY LIFE - Now the moment when Brian May takes over lead vocals. His speech before the song is poignant. Sorry I keep trying to zoom in with my handphone but it got so blurry LOL!! and I am trying to bootleg the audio at the same time. I got to get the necklace dual microphones like how some tapers do it.
This sad sad song is always amazing. Always especially on live versions when everyone joins in and basically Brian May stops singing.
I got this part on video, the video of Brian May introducing Love Of My Life, the audience sings it, then Brian May introduce the next song '39 about Space...Exploration.. and he introduced the musicians who are setting up and then joining him on the small stage.



12 - '39 - Like the video above, he talked about Albert Einstein. A superb live version this song.
13 - THESE ARE THE DAYS OF OUR LIVES - Roger Taylor sings this song live. I was lucky, becuase between a setlist of TATDOUL and Show Must Go On on the other shows, I would pick this song. I really love this song. Everything about this song...
Got the video of the moment starting Brian May's solo part onwards...
Oh.. Roger Taylor was roaming around for this beautiful song, and his son plays the drums for this one...



14. BASS SOLO by NEIL FAIRCLOUGH - wonderful solos. 
Anyway their keyboards was played by Spike Edney. I think he supports Queen for a long time.

15. DRUM BATTLE - This are the drum solos between Roger Taylor on a temporary drum set in the ego-ramp in the audience and his son Rufus, who is using Roger Taylor's main drum kit on main stage.

NOT SIDE BY SIDE, NOT ON SAME STAGE.. BUT ONE WAY UPFRONT AND NOT FACING ONE ANOTHER

16. UNDER PRESSURE - Adam Lambert joins back on stage and he nails the song perfectly.
17. SAVE ME - By this song, I am so impressed with this American Idol - Adam Lambert performance in doing the singing for Queen, doing his best to make Queen songs work. He is not here trying to be Freddie. Its really a celebration.
If Queen had stopped their show here I would have been very happy because its been amazing, but theres a lot more.
18. WHO WANTS TO LIVE FOREVER - Like I say one of my favourite songs. I remember hearing SEAL sang it. I don't think many singers can really sing this song. Again I enjoyed Adam Lambert on this song.
Got a bit of it on video here..


19. LAST HORIZON - Brian May Instrumental
20. BRIAN MAY SOLOS.
Brian May took centrestage again for his solos and his instrumental "Last Horizon" from his solo album which he slows down and did alone.
21. TIE YOUR MOTHER DOWN - Lots of older favourites played tonight..
22. I WANT IT ALL - The Freedom Song.
I got the Brian May's Solo part on video here...


23. RADIO GA GA. Everything is perfection with this song. The Radio part and the GA GA part LOL!!. Long Live The Radio.
Like I said, me being in the seats, makes me unfortunately cannot do the hand-synchronised clapping parts during the chorus LOL!. But I got the video a bit, I posted it somewhere above in this blog post.

24. CRAZY LITTLE THING CALLED LOVE - Saw Extreme at La Bataclan Paris, and they played this song. An amazing experience watching the French love their Extrme, and meanwhile Extreme love their Queen songs..
25. BOHEMIAN RHAPSODY - Adam Lambert is so alright in my opinion fronting Queen. Anyway as usual the middle choral parts is as usual using the "original studio version".
As far as I know, in all history of Queen since the 70s, that is how this song is always played live, with the choral parts using the studio version and the band leaves the stage a while.
Sheer Heart Enjoyment..

Encore -
26. WE WILL ROCK YOU - of course....
27. WE ARE THE CHAMPIONS - indeed.......
28. GOD SAVE THE QUEEN - At last I got to experience this part, and its in England, where its really the anthem. So the fans were singing along. I REALLY LOVE IT.
Here's the video of the God Save The Queen, my handphone battery was running low, but I make sure I have enough to record this part LOL!!!

So thats it...




I got the whole show on audio bootleg, but its not that good LOL but as usual it sound delicious to my ears...!!. Been listening back to it while doing this blog and I kind of think this is one really bloody good show. It has been amazing experience and I wonder how it must be like when the Four Queens played together...

Myself, I discovered Queen albums by listening to The Works first..
so using The Works as a benchmark...
the songs distribution for the night is roughly something like this.

Pre The Works - 16 songs
The Works & after - 6 songs.

plus a Brian May solo song, and all the solos by the musicians...



p.s - Aku setuju ngan Portdy.
Queen ngan Paul Rodgers aku ada kureng sikit dan sememangnye dengan Paul Rodgers pun dorang campur lagu2 Free ngan Bad Company.
Adam Lambert memang mula2 aku pun suspens jugak tapi nampak dia memang alrite la kena ngan Queen.