Thursday, January 22, 2015

Led Zeppelin IV (the UNTITLED and no band name on the cover fourth album) - (2014 remastered version with companion disc packaging)

Macam aku cerita aku tak pernah ada album ni, so macam biasa aku sebelum beli sesuatu aku minat, aku tunggu dan carik versi apa yang paling bebaloi. Jadi kebetulan ni series dah mula keluar tahun lepas so aku beli la. Kalau korang dah ada, jangan beli pasal companion cd dia tak best walau packaging cantik.
Korang lagi baik pergi dengar segala tok nenek Led Zep main live lagi best. Dan pastikan tu semua bootlegs rakaman peminat2 yang rakam tahun 70an tu semua dan bukan yang dah melalui ""Sabotaj"" di tangan Jimmy Page sendiri seperti SRTS nye live album.










Agaknye kalau sapa2 tanya aku kalau nak dengar studio album Led Zeppelin, album mana nak dengar dulu, aku rasa aku akan cakap cuba dengar album ni.

Ni album ada beberapa lagu yang popular dan dikenali ramai, dan boleh di kata kesemua lapan2 lagu kat album ni semua gerek.

Ada lagu Black Dog – dulu2 aku tercarik2 apa nye yang Anjing Hitam ni lagu? Then dah dewasa aku baca buku rupanya dorang tak tahu apa nak beri judul kat lagu ni, abis tu kebetulan kat studio ada anjing hitam keluar masuk, so dorang namakan ikut anjing tu la, ohh rupanya takde la ada unsur2 sumbang ye kat lagu ni? haha...., 

ada lagu Rock N Roll, best kan lagu ni. Legend la lagu ni.



Dan jugak, album ni yang ada lagu Stairway To Heaven,
Dalam banyak2 Stairway To Heaven Led Zep aku paling suka yang versi Songs Remain The Same live tu, tapi tu pun lagu versi kat Songs Remain The Same Live album tu pun tak wujud sebenarnye, Jimmy Page campur2 lain2 show live Led Zep dia cantum2 edit untuk dapatkan versi kat SRTS nye album tu. Nak dengar Led Zep main live, ialah menerusi bootlegs peminat2.
Contoh seperti SRTS nye album tu, dah kena vandalisma oleh Jimmy Page sendiri. Tapi kita sebagai pendengar ok je la, suka.. tapi kalau yang “pendantic” gitu, tentu tak boleh terima Jimmy Page dah suka tok nenek dia mengedit segala permainan live mereka sendiri ikut selera dia.

Aku sangat kagum zaman tu tapers semua rakam live shows Led Zeppelin, dan sampai sekarang bootlegs Led Zep masih tersebar. Bila tersebar maknanya masih ‘in demand” ye tak? Tentu tak sangka ye tapers tu semua, apa jadi kat rakaman2 bootlegs mereka. 

Sebab tu aku rasa rugi sangat kita melayu tak bootlegs kan segala persembahan band rock melayu.

Serious aku cakap. Aku cuba la tape, dan taruk dalam youtube. Dulu aku ada tape Amuk main live semua full show, ntah mana hilang haha... Aku harap kita orang melayu pergi la bootlegs segala tok nenek persembahan band rock melayu tak kira famous tak famous.

Tengok ni sekarang, semua rakaman2 band2 legenda semua dicarik dan dianalis setiap persembahan mereka setiap persembahan, kerana terutama Led Zep setiap show dorang tak sama. Sebjijik macam Deep Purple. Contoh la korang dengar tiga2 malam Made In Japan... Berlainan sangat...walau setlist sama.





Ok, sambung,

Dan jugak, album ni ada lagu Battle Of Evermore yang cerita ada kait mengait ngan Lord Of The Rings jugak lagu ada pompuan nyanyi duet tu,Sandy Denny. Ada lirik pasal Wraith semua tapi aku tak tahu la gambaran Wraith yang dinyanyikan kat lagu ni sewaktu yang sedang naik kuda hitam atau sewaktu yang naik dragon hitam tu.... haha..
Anyway, ni album yang ada orang panggil “Four Symbols” pasal setiap anggota Led Zep ada simbol unik masing2 kan? Sebenarnye Sandy Denny pun ada kecik kat bawah tu...

Actually kat album Unledded, yang Jimmy Page ngan Robert Plant main ngan tradisional musicians Morocco tu semua, yang dorang bastard la kan tak ajak John Paul Jones, pun ada versi Battle Of Evermore yang dramatik giler.

ada lagu Four Sticks yang John Bonham main lagu ni ngan 4 batang kayu drum, jadi title lagu la 4 kayu? 4 batang? 4 batang kayu? haha.

Then ada lagu Going To California. Suka giler aku kat lagu ni. Sedap dan lembut. Kalau la kata satu hari aku dapat pergi California mesti aku ingat lagu ni ngan lagu California Dreaming. Lirik lagu ni siap ada pakai bunga kat rambut. Very the zaman dulu2 gitu.

Lagi... Misty Mountain Hop. Lagu ni gerek. Henjut henjut gitu.




OK tapi last song album ni aku sangat suka.. When The Levee Breaks. Ni kira macam lagu rakyat gitu, Led Zeppelin modify kot jadi style dorang. Leve tu Empangan kan? Bila Empangan pecah, air pun masuk, jadi air bah.. Aku suka lagu ni..

Alrite la eh, album Led Zeppelin IV ni, kalau ikut original album cover memang takde nama band pun, dan ni album memang takde nama pun. Tapi selalu kena panggil “IV” la. Empat, Four.
Kalau aku dengar lagu2 dari album ni aku paling teringat kumpulan Heart. Dorang bawak2 lagu2 Led Zep memang bulu roma ternaik. Best giler dan dramatik. Even masa Led Zeppelin dapat award apa ntah Heart bawak lagu Stairway To Heaven ngan anak John Bonham main drum, Barrack Obama ada ok tengok kat majlis tu.

Companion Disc dia takde sangat la yang menarik, lain2 mixing, tapi yang Battle Of Evermore tu ngan Going To California ada mix Mandolin / Guitar ni aku suka...





I always wonder how its like for people to go out and buy this album in 1971. 

This album dont have a title, and dont even have the band’s name on the cover originally. 

Great songs, and of course Stairway To Heaven. I love this album, so for the time being, I had completed unboxing, unwrapping the first FIVE remastered deluxe 2cd edition. Till the next time, to be continued... Its a wonder to finally listen to Led Zep album by album, and by the Jimmy Page box 1 and box 2 arrangements of the 90s boxsets.

Anyway, the companion cd is a bit dissapoinment, so if you have already this album, there is no need I guess. But if you never had one, or want a new upgraded copy, then this is very good to get.



For the rest of the first five albums that have been re-released, remastered and repackaged like the above, go here -
 http://deaf-angel.blogspot.sg/search/label/led%20zeppelin



Anyway Physical Grafitti has been announced. And yes, it will be another toy to play with, the cover I mean.. LOL!!!




the beautiful fonts of Stairway To Heaven is on here..



^Sandy Denny got her own logo design

Sunday, January 18, 2015

Terminal Bersepadu Selatan makin meriah dengan kehadiran bas2 dan penumpang Pantai Timur - cehhhhh tajuk

Ni posting luahan hati..

So judul posting pun ada sikit hormat sikit haha.


cerita panjang, gambar2 semua kat bawah.

Sebenarnya cerita ni dah basi,
tapi aku tak cerita dulu, AKU PERAM DULU, terutama pasal Pantai Timur tu hari dilanda banjir yang sangat teruk yang memang aku takde words nak cakap perasaan aku.

OK, aku ni kan, TBS ni dah kira macam regular la kan... HAHAHA. Syok la kan tempat ni aircond, ok la tapi aku kureng sikit toilets dia very the lecak bila ramai orang pakai..., and its like so "uncool" la toilets dia gitu haha... tapi still more than enough toilet facilities...

Tempat ni facilities semua cukup, makan2 semua KFC, Subway, Kenny Rogers, Mamaksss, kedai2 runcit 24 jam dalam TBS, KK, 7-11, so... setakat kalau sampai malam, then lepas tu korang tak mau naik teksi ke apa ke tunggu LRT pertama ke, tak jadi hal... kalau kata korang nak perlukan solat facilities pun its comfy la cuma kalau ada orang make use of surau untuk main game atau tidur , then waktu peak hr then a bit simpang siuh sikit, kalau korang nak private sikit, hotel pun ada. hehe. MPH pun ada complete la... Guardian semua.

Kalau kata korang carik tiket, contoh eve public holiday semua dah habis, kul 12 malam bas semua pun dah takde,  bertenang, korang boleh relak2 kat tempat ni sambil tunggu bas paling pagi launch...

OK, lagi sekali, TBS sebelah stesen Bandar Tasik Selatan, memang terbaik la kan, semua sistem pengangkutan ada kat sini, LRT, Kommuter, bas awam, KLIA high speed train, bas express....

The designers got it right la kan, sistem Interchange segala tok nenek pengangkutan awam, yang quite efficient untuk rakyat marhaen yang perlukan pengangkutan awam untuk bergerak dan bersambung2 antara pergerakkan dari satu tempat ke satu tempat ke satu tempat...


Dulu Puduraya regular la, tapi Puduraya tinggal kenangan. Bagus jugak la kan dah tak pakai Puduraya untuk bas2 Selatan. Nak masuk kawasan bandar kat situ je traffic jam dah boleh makan 1 jam ok.

OK OK. TBS - Terminal Bersepadu Selatan. Dulu2 cuma untuk pengangkutan bas ekpress ke Selatan je kan.. JB, lain2 parts of Johor, Singapore, Melaka..

tapi then dorang bukak untuk Pantai Timur sekarang.  Dari PUTRA nye la kan....  

Satu tak bagus nye, dulu tempat ni kosong, so aku suka la kan kosong, 
Sekarang dah penuh...kira ramai orang, nak cakap sesak takdelah, tempat ni besar macam airport.

Tapi aku happy la untuk pekedai2 kat situ, terutama kedai2 makan kat tingkat atas, pasal ramai orang tentu ramai customers la kan.

ABIS LA... FUEL SHACK KAT TBS MAKIN PENUH SESAK SEKARANG!! hehehe.

OK, 

tengok foto ni, ni la bas2 dari rantau pantai timur nye routes semua dah set-up dorang nye kaunter kat TBS.

First 4 kaunters dari kiri je la, yang sebelah sana dari Zenwan kuda tu semua dari dulu memang bas2 gi Selatan.

Ni semua pada aku dorang REBEL!!!...   Degil!!! haha. Pada pendapat aku je la... 

Dan aku akan support dan sokong kat mana2 la syarikat2 yang degil yang kat row ini..

Nanti aku cerita...



Syarikat bas Adik Beradik tu... tu paling legend ok...

Aku naik bas gi Kuala Terengganu dulu, bas berenti kat masjid mana ntah along the way...

DRIVER KEJUT OK - Kira Driver Suruh
..
..
...

Sembayang Subuh.

haha...

OK, so aku turun bas la kan driver dah cakap gitu..... turun bas je? Eh??? 

kikikikikiki... Those were the days... eh? Bak kata Judas Priest - Wild Nights, Hot & Crazy Days.

Cehhhhh.....


OK korang tengok gambar atas tu....... Sebenarnya dari syarikat Darul Naim to syarikat Adik Beradik tu counter or kaunter tiket dorang semua sebelum dorang masuk semua ialah bekas kaunter syarikat2 bas yang pergi Selatan , masuk Larkin dan atau sampai masuk Singapura terus.


Tapi pelan2 makin banyak syarikat bas yang sekarang dah suruh Terminal Bersepadu Selatan nye staff jualkan tiket untuk dorang.

Dulu, Transnasional pun tiket jual sendiri kat TBS, pun sekarang dah suruh TBS jualkan kat TBS nye ticket bas counters macam gambar gini...

Ni semua kat depan la kan, so ramai tak perasan kat belakang tu ada the kaunter2 syarikat yang jual tiket mereka sendiri yang terasing dari syarikat2 lain yang TBS jualkan tiket....




Nak beli tiket bas apa, Masing2 la kan?? Macam aku, aku cerewet ok, ADA SYARIKAT BAS YANG AKU TAK MAU SUPPORT!!
Kecuali kalau terpaksa la... bila bas lain dahbis, atau timing waktu tu dorang je ada...


Tapi jugak, bila nak naik bas kat TBS , aku tetap secara peribadi akan sokong syarikat2 REBEL yang masih jual tiket sendiri kat belakang tu.
Walau aku suka naik bas Konsortium, tapi dari TBS ke Larkin atau masuk Singapore terus, aku tetap akan SOKONG bas yang syarikat dorang jual tiket sendiri.

Pasal...ok, beli kat syarikat2 jual sendiri ni kat TBS, kita dapat customer touch, pasal dorang jual tiket bas dorang sendiri.
Pekerja2 TBS dorang jual tiket, dorang takde apa feeling pun kat syarikat bas tiket yang dorang jual tu?

BETUL???

Dah tu, aku nak tanya apa2 soalan, atau katalah bas lambat ke hapa ke, Korang rasa TBS nye staff boleh kasi korang "perincian" dan berita yang tepat??

Kalau korang beli kata la tiket bas Syarikat2 yang jual sendiri tu contoh City Express ke, Sri Maju ke, KKKL ( BAS GAGAP... KKKKK...KKKKK , hahaha), atau Adik Beradik ke,

hah, korang dengar sendiri dari staff kaunter, ooo bas ni ada masalah ada jam kat jalan ni, ada tengah tukar driver, lagi 10 minit sampai...

Pasal tu semua staff dorang sendiri....

Korang paham kan apa aku cakap???

Ni masing2 la kan....

Of course la nanti ada cakap OOO beli kat kaunter TBS banyak bas,  Ye la...tentu banyak bas, berlambak2 bas kau boleh pilih atau suruh TBS staff pilihkan..

tapi ni masing2 la kan...

Anyway,  ni kul 6.45 pagi gitu aku snap foto ni... Korang bayangkan, kalau satu kaunter je bukak, abis tu korang dah lambat dah...nak naik bas kul 7 pagi...
kalau tak sempat cammana???




So jangan lupa pergi belakang tempat jual tiket Rebel tu hahaha......

Aku harap, syarikat2 rebel ni yang masih jual tiket sendiri akan terus begini,

mungkin pasal dorang ada computerised ticketing system sendiri, atau dorang sayang kat pekerja2 dorang, pasal nanti kalau TBS dah start jual tiket dorang, macammana ngan staff dorang kan??

OK dah...nanti sambung..




Thursday, January 15, 2015

Dokken Beast From The East (1988) - Japanese 2CD Version. Remastered 2014.



Last November 2014, at long last after many years the Japanese released the remastered version of the Dokken's Beast From The East on double cd. 

Previously the full version can be found only on cassette tapes, double LP or "the crazy price on Ebay" Japanese double CD original release from 1988. 
The Rest Of The World cd versions of this live album is the one cd edited version. 
This is my short review and photos. As can be seen, its remastered and the cds are made in Japan obviously. 


Whether the rest of the world CD versions is going to be re-released as a full 2cd version is a question mark.





Beast From The East is a rather short duration live album of Dokken playing Live in Japan around April 1988 , running at 88 minutes and this includes one new studio song "Walk Away". 

But what it lacked in duration, it excels in the exciting songs from all the first four albums of Dokken. The versions of all songs found here is much more Rocking than the studio albums versions with the guitars simply awesome and a stand out on each song. 
Even their love ballad song "Alone Again", completely transformed due to an additional verse added at the start of the song.

I wished more songs were included, I think on different nights in Japan 1988, they play different songs. Also I wish Paris Is Burning is played and recorded too. But still this is a great live album. 
Unfortunately after this live album, Dokken's internal problems got worse and the line up changes cause me to have minimum interest in their music from the 90s onwards.

The only Dokken album that I bother purchase from the Dokken of 90s onwards is "One Night Only", its an accoustic of Dokken songs played live by the classic line up of Don Dokken, Mick Brown, Jeff Pilson and George Lynch when they reunite for a while. "One Night Live" is wonderful live album by Dokken with a different feel. Together with Beast From The East, the two live albums make a great pair to interest anyone.





OK Berbual Kons cakap Melayu sikit...

Bayangkan ni album ialah rakaman dari tahun 1988.Masih hebat sampai sekarang. Masih tetap diperkatakan kat internet. Masih tetap kasi bulu roma kat tengkok aku ternaik2 haha.

 Kulit album ni, kalau yang bentuk kaset lagi lawa, pasal ada Figure gitu. Nampak bentuk macammana tattoo ni terletak kat belakang badan. Kalau versi CD atau Piring Hitam tak nampak sangat. YAKUZA JEPUN NYE GENGSTER gitu kan... cantik tattoo...

Ni album, dia punye gitars oleh si George Lynch memang timbul, menonjol, tak boleh lari dari jadi tarikan. Thorbaik gitu. 
Aku rasa korang semua pun tahu la kan cammana lagu2 Dokken. Pada aku ni album live yang sangat terbaik dan menghiburkan dari mula sampai akhir. Lagu2 macam Unchain The Night, Tooth And Nail, Into The Fire... INTO THE FIRE!! Aku suka lagu Into The Fire, nak2 sapa korang ada chance dengar album One Night Only, yang klassik lineup Dokken reunion main live accoustic sama2. Thorbaik, ada berapa lagu baru tapi pun semua terbaik.





Lagi apa lagu sedap??? Semua lagu la... 

Dream Warriors.. lagu Nightmare On Elm Street 4 yang Dream Warrior tu, video clip untuk lagu ni pengsi giler la kan...Freddie Kruger semua ada, dan Freddie Kruger bingit ngan lagu Dokken...live Beast From The East lagu ni pun sama George Lynch tranform giler2...., jugak lagu Mr Scary, hah...ni LAPAN minute ah si George Lynch gentel (4 minit dia solo sebelum masuk instrumental). THORBAIK la. KISS OF DEATH, hah..rock abis la kan lagu ni, dan jugak lagu2 Dokken yang malar segar, In My Dreams, Breaking The Chains yang aku suka lagu ni dari dulu, Just Got Lucky dan jugak dorangnye lagu meleleh dorang Alone Again ada satu nasik tambah rangkap kat permulaan. Terus lagu ni dah gerek kan? Makin gerek....
.
Senang cakap seluruh album Beast From The East ni memang bagus. Aku tunggu lama ok, dari dulu aku tak pernah beli cd album ni pasal cd satu dunia semua dah kena edit jadi satu cd je, mesti rasa rugi la, kalau zaman dulu aku dengar kaset je kan, tapi nak cd jugak, kalau LP memang cukup korum la semua lagu, tapi sebelum ni versi CD ada lagu takde kecuali ada cetakan Jepun yang pertama tahun 1988 punya. Tapi nak beli yang cetakan pertama Jepun dulu yang 2 cd tu harga giler melambong kat Ebay. Lepas tu cetakan Jepun pun jadi satu cd jugak tak silap aku. 

Abis tu tiba2 akhir tahun lepas 2014 ni, eh... kat Jepun keluar ni double cd balik, remastered ngan harga ok la, cuma kena research dulu la mana paling murah. 

Aku terus apa lagi kan.... Dah memang dari dulu tunggu dan harap....


Tapi satu korang perasan ye, kalau kata satu dunia penjualan CD, Kaset, Piring Hitam semua dah kurang pasal banyak orang download secara sah atau illegal, beli muzik secara digital,
cuma masih ada la mereka yang NAK PEGANG MUZIK TU KAT TANGAN...

Tapi kat Jepun, macam tak terusik la, korang perhatikan kat packaging ni nye OBI Strip pun ada logo Tower Records. Mungkin exklusif kot. Pasal CD ni kat website CdJepun pun tak dijual. Atau mungkin ni Limited Edition.






Monday, January 12, 2015

Cute Russian Fake SCORPIONS' BLACKOUT Gatefold Mini-Lp cd with poster and obi strip - following the Japanese-Style Pressings




Continuation of some Fabulous Russian Fakes Mini-Lps of Scorpions CDs which are basically following the Japanese style pressings but with a creativity that results in a very nice packaging. 
I dont think there is ever a Scorpions "Gatefold" in any format for the Blackout album except for this collectible. Correct me if I am wrong.

This is a real beauty this one.

- Well made mini-lp design with a Gatefold.
- Quality printings on all the papers which made the small artworks of all the Japanese style cartoons of the Scorpions stand out.
- plus a very nice mini POSTER
- Obi Strip
- And whatever else on these photos in this posting.






OK, ni kasi aku kejap jawab soalan2 kat blog post lepas..

Berteromber - Ni semua aku beli online dari Russia. Tu jam aku nak "upgrade" atau kumpul CD Scorpions. Jadi aku nak pastikan aku beli CD yang packaging paling best, sound wise terpulang kat telinga masing2 kan. Remasters tak semestinya terbaik - Contoh - Iron Maiden nye horrible remasters tu. 
Dan packaging ni of course yang paling best. Satu kurang dari $20US tu jam or is it kurang dari Sing$20 dah lupa tapi tak mahal la harga cd biasa gitu. Kau tahu yang Iron Maiden nye packaging macam gini? Dah tak boleh dapat dah. Aku rasa sold out. Kadang2 kat Ebay ada tapi harga dah giler melambung tinggi.


Faizal - Ni bukan LP, ni bungkusan mini-LP aje cara kreativiti orang Russia.


Speedrider - Kalau kau nak beli Savage Amusement LP, aku tak rasa WUJUD mana2 pressing album vinyl ni dalam bentuk Gatefold. Scorpions Gatefold vinyl cuma apa aku tahu Tokyo Tapes yang dorang jalan kat jalanraya tu, World Wide Live, ada la lama2 nye. Tapi tu pun kau kena hati2.

Kalau kau nak yang contoh ada poster, ada extra2 ni semua, mungkin kau kena carik cetakan paling pertama Jepun nye, tapi aku rasa la kalau kau jumpa pun harga dah melambong. Kau gi tengok Iron Maiden Japan LP first pressing yang dalam ada poster tu harga dah berapa sekarang. Giler dorang tarik harga. 


MM - China nye pressing is dorang betul2 tiru Jepun nye pressing siap dengan OBI Strip. Tapi dorang tiru tepat sangat DAN TAK KAN ADA SAPA NAK MENGAKU TU TIRUAN. Tu yang tak best pasal penjual baik ONLINE atau kat kedai, atau kat flea market, kalau secara sengaja atau tak sengaja, ikut harga Original dah kira tipu pembeli.

Pembeli ingat dorang beli original tapi pirated version. Kau tahu yang Led Zeppelin berapa tahun lepas ada versi Japanese Pressing with Obi Strip ke hapa, kotak hitam semua dalam bentuk mini-lp tu. Tu kat Ebay berlambak China punya. 
So kalau kata kita beli ngan harga murah giler, kita tahu tu pirated. Tapi kalau kita ingat kita beli ngan harga mahal tapi rupanya tu fake. Rugi la.

Macam Russia punya lain, terang2 dorang punya memang bukan original pasal Original tak wujud dan tak secantik design Russian packaging.
China ialah tiru bulat2, mengkonfiuskan orang.


Quality? Apa aku tahu China nye pirates pun boleh buat roda Led Zeppelin III berpusing. LOL!!
Soundwise, I think depends on preference individu la. Aku cakap ni semua packaging je.


Halus Giler OK, tapi still tengok dekat2 zoom, memang timbul ok huruf2 ni semua kat sampul belakang dia.

Pada aku memang terbaik la sapa yang buat benda ni.


Orang Melayu kalau sebut blackout - jadi "Ble Kaut".

Klaus Meine sebut - "BLACK"     "OUT".

haha.  

Apa pun macam album2 Scorpions yang lain sebelum dekad 90an bermula, semua lagu pun gerek dan enjoy dengar terutama Blackout, Cant Live Without You, NO ONE LIKE YOU!!!, YOU GIVE ME ALL I NEED!!, Dynamite!!, Arizona, China White,  When The Smoke Is Going Down..

EH?? Satu album tu hahaha.

Korang tahu kan?? Lagu WHEN THE SMOKE IS GOING DOWN ni, korang boleh pakai untuk persembahan Dikir Barat.

OK OK aku stop, JANGAN LAHAR AKU!!!!!!!!!




Blackout.. 
A famous album with some very famous songs, and some not so famous songs.

But it doesnt matter because every song is nice.

The album is short, about 36 minutes.

- I start listening to the rips on my headphones, 
- while walking to the bus stop. 
- I wait for the bus. 
- Then I took the bus. 
- And when I reach my destination. 
- The last song is over. LOL!!!!

ENJOY PHOTOS OF THIS PACKAGING.

THE ARTS are amazing. I believe it must have been some kind of contest in Japan in the early 80s, and the nicest artworks got into the packaging. Probably I think.







To be continued....








Wednesday, January 7, 2015

Cute Russian Fake SCORPIONS' SAVAGE AMUSEMENT Gatefold Mini-LP with poster and obi strip - Japanese-Style Pressing CD

The Russians create some really collectible fantastic special packaging of cds of bands that I like. BUT, as in the example of some of the Iron Maiden ones I share last year, its just a dream that the official ones can be something like this.
The best thing is, they make it clear its not the official thing.
They basically copy from the Japanese paper sleeves and make it into something amazing. Something for the fans really.



So the first one I want to share about is the Scorpions - Savage Amusement from 1988.

****************

Ini boleh dikira album terakhir yang aku dengar sebagai satu album menyeluruh dari Kumpulan Scorpions.
Lepas ni bermula dari zaman Scorpions - Crazy World tu semua aku dengar sebagai satu dua lagu, bukan lagi dengar seluruh album. Contoh - aku minat Send Me An Angel, tapi aku muntah hijau dengan lagu Wind Of Change. 
Boleh kira ngan jari la berapa lagu Scorpions aku minat dari Crazy World dan sampai sekarang. Cuma album yang ada lagu Under The Same Sun tu ok la jugak, Alienation kot? tu yang dorang datang promotion tu Fandi Ahmad masuk tv tanya Rudolph Schenker dia punya favourite team bola apa? haha.
Ala...tu edit tu pun kan cerita nye...

OK, aku suka yang Accoustica tu lagu2 baru kat album live tu, dan... ok la lagu terakhir Scorpions aku minat giler ialah Love Em Or Leave Em. Aku minat giler lagu ni ok. 

Oooo kayy...balik semula ke Savage Amusement.







Pendek je kan album2 Scorpions zaman dulu, ni tak sampai 40minit pun.
Mula dengar kat headphone masa jalan kaki, dalam tren, dalam bas, Dah...abis...  kejap je dengar album dulu2.
Tapi pasal lagu pertama Dont Stop At The Top aku minat, lepas tu Rhythm Of Love pun aku minat...
So dengar lagi ulang.... then aku mengelamun dengar lagu ketiga Passion Rules The Game, hah...terus dengar lagi sekali satu album.. haha.

Ni album ni suasana Pop-Rock la ye. Takdelah banyak lagu2 keras2 sangat. Sesuailah ngan zaman akhir 80an gitu.
Love On The Run kira paling rock dan paling laju la ye, lagi satu We Let It Rock You Let It Roll,
Lagu meleleh ada dua la Walking On The Edge, dan Believe In Love. Cehhhh cehhh cehh.
Walking On The Edge intro dia sedap eh...

Lagi dua lagu Media Overkill, dan Every Minute Every Day. 
Senang je album zaman dulu, cukupkan satu piring hitam. Macam sekarang nak cukupkan satu CD gitu kot.

Boleh la, terhibur la.. Scorpions masih ada Bucholz ngan Herman Rarebell ye tak..
Bila Herman Rarebell dah takde, lagu2 Scorpions pun banyak dah ke laut dah. Aku paling ngeri Scorpions tukar concept akhir 90an sampai awal 2000an gitu... Entahapahapa. Menakutkan OK!!
Nasib baik keluar album Unbreakable... tu baru aku minat balik Scorpions... tapi dah tak macam minat zaman 80an, 70an nye muzik dah. Tapi Love Em Or Leave Em... tu la lagu yang tarik aku balik minat Scorpions zaman ni.




So the content of this packaging, is 
- The Mini LP with the impressive well manufactured gatefold.
- You have the obi strip which you can check yourself from which release.
- Also all the additional Japanese contents on seperate paper.
- Also the lyrics in both Japanese and English with the English one well printed on the inner gatefold.
- Plus a very nice mini Poster of the Scorpions tour for Savage Amusement.

TO BE CONTINUED...

AND CONTINUED...

AND CONTINUED.












Monday, January 5, 2015

Belinda Carlisle - Runaway Horses (triple discs remastered & expanded edition)


(Cover sikit, ehehehehe)




It has been some time since I mentioned about Belinda Carlisle, the best ever.


IRON WHAT??!!! Never heard of them.

So this is a continuation of my ongoing opinions and reviews of the avalanche of releases from her remastered and deluxed studio albums with additional cds and dvds, new live album and dvds, also the huge 5 disc boxset Anthology that came out in 2013 & 2014.
I hope she will release a brand new studio album in 2015.

I always think her Live Your Live Be Free album has an amazing arrays of sweet pop songs, and I still think her Real album is probably her best album due to its collection of fabulous rocking and raw sounding songs.

But Runaway Horses is purrfection, a combination of the above two. Exciting songs, some memorable ballads too. Bryan Adams is somewhere in there doing a duet, Maria Vidal of Body Rock fame sings backup and co-wrote the huge Summer Rain, and of course the late George Harrison (Beatles) and Steve Lukather (TOTO - personally I consider them the second best band in the world for me behind Maiden of course) plays and solos on some of the songs.
(Anyway, Steve Lukather is playing in Singapore soon, unfortunately I cannot make it, but I hope TOTO will come to both Malaysia & Singapore this year once their new album is release, so I hope to see them twice!! LOL!!! The thrill!! 
Problem with TOTO is you do not know who to focus on when they perform live, so lets make it two shows then haha).






- So what can I say of Runaway Horses-the album? 
lets see....

- I memorise the whole album LOL!!. Superb songs, best dramatic soul-grabbing singing ever, memorable lyrics, enjoyable music....
- From the glorious first song of Leave A Light On complete with THAT George Harrison slide guitar solo up to the finishing last song of the slow Shades Of Michaelangelo. With blockbusters after blockbusters in between - Summer Rain, Valentine, Vision of You, la Luna with the Spanish Guitars and Gypsy Violins etc etc 

So here on this release,






we have three disc which includes the double cd remastered deluxe edition of Runaway Horses album plus the different singles edit versions, plus the remixes - the extended versions, the dub mixes, the haunting La Luna acapella version, and other mixes plus even a Kamikaze mix LOL!!


My only dislike is the edit remix of Valentine.
I always feel Valentine is a slow tempo miserable heartbreaking song, not an uptempo version and worse, that is the version that appeared on the 5 disc Anthology boxset. I skipped it!! A special song being butchered..sigh.
On the 3rd disc is the dvd featuring interviews regarding the Runaway Horses years and the videos from that period.






So, I hope to continue next time... still a few more to go... then after that.. lets switch to Madonna. LOL!!!


For the other Edsel Remastered Triple Disc studio albums, the Live In Metropolis cd/dvd, the five disc Anthology boxset and other things Belinda that I have talk-cock... go here- http://www.deaf-angel.blogspot.com/search/label/belindacarlisle













"Time Moves A Summer Wind, 
I Can See Your Face Again"
"Was It Such A Tragedy, 
Being You .... Being Me?"


IRON WHAT??!! .... (LOL!!!)