aku suka karakter tsunami singh, lawak giler masa dalam bas " KILLER???!! "
k serious...
.
Aku dah siap tau cuma nak post je rausyanfikir revolution double disc (sorry aku lambat setahun ha ). terus nari TSUNAMI 2004 nye hari tu kan,
so aku nak ceta 3 benda.
ok la,
- mungkin ada korang sendiri secara direk ada kat kawasan waktu tsunami tu melanda kat mana2 je la, atau sedara, kawan korang.
- tentu korang banyak ke sikit ke bantu bantuan terutama kat Aceh, Sumatra tu semua..
( funny thing is aku tak terpikir tau, kalau darurat skala cam gini - dah lebih suku juta manusia meninggal, hilang kira meninggal la, dah tu sejuta orang lagi hilang rumah hilang apa segala,- apa2 material yang perlu kita supplykan, ok la selalu kasi duit, makan minum tapi its like necessary items untuk orang pompuan contoh nye... aku tak terfikir sampai Tsunami ni jadi then aku realise ooo bukan makan minum, medicine, pakaian, khemah, sahaja, tapi items untuk orang pompuan pun necessary jugak.. )
- tak pun, tu jam hari jemaat korang semayang jemaat, tok/pak/brader/adik imam ada doa qunut special tu, pun dah kira korang dah doa pe. Doa pun kira sumbangan jugak pe. Aku cakap adik, pasal skarang imam semayang jemaat orang2 muda handle la, muda2 belia gitu aku nengok.. Aku yang dah pathetic tua bangka pasal agama hancor bocai. Fail rabak sia.
Jadi macam2 cerita la.cerita manusia, dan..termasuk cerita2 haiwan pasal Ular Sawa kat Aceh, Anjing kat India, gajah2 kat Sri Lanka... waktu terjadi dan sebelum Tsunami ni melanda.
OK jadi kawan aku kat kerja, dah lama wei kenal dia ni, dia ni cakap omputeh boleh tahan so takde la ayam itik berbual ngan dia, sama la kita kuli batak, so kadang2 tu sempat la borak2.
Dia dari India, kampung dan sanak saudara dia tinggal kat tepi pantai atau masuk dalam sikit dari pantai tu, korang tahu la India negara dia besar giler.
Jadi hari tsunami tu, aku suruh dia cer ceta la apa jadi pengalaman dia. Dia cakap pagi tu, dia lagi naik ke arah pendalam makin jauh dari pantai la gi rumah sedara dia lain pasal krismas kan. Ntah betul ntah tidak tapi ni dia cerita kat aku la.. So dia lagi cakap, dia masih boleh tengok tv, berita siaran langsung ada laporan Tsunami dah melanda Aceh. Dia tahu tau ada tsunami tapi waktu tu manusia mungkin kurang paham betapa Tsunami tu, kalo ikut lautan boleh spread satu dunia, tu la sampai Somalia pun kena kan. Giler berapa jauh tu Somalia tu afrika tu. Kena tunggu ombak tu sampai je la, nak travel tu kan.
Dia lepas tu nak balik ke rumah dia , dia perasan eh, apasal jem ni nak menuju arah laut. So dia sampai rumah....tapi dia tak tahu , pantai semua dah habis kena hentam ombak dah, kira kot kalo dia gi pantai tengok kawan2 dia sedara dia krismas pun dia terbabit kot. Ada la dia cakap sedara dia ada hilang dibawak ombak, kira dah meninggal la tu dah tak boleh jumpa.
So dia cerita kat aku pasal nelayan2 yang duk kat kampung tepi pantai tu dan kawasan rumah dia la. Sebelum Tsunami tu kan, nelayan2 tu semua keluar naik bot ramai2 semua gi laut dalam. Jadi laut dalam, mana ada form of communication ke, dorang pun tak rasa ada apa2 pelik.
Jadi satu dua hari lepas tu bila dorang dah tangkap ikan nak balik pantai kan, dorang bot2 nelayan ni cam biasa la, sekali tu dari jauh dorang nampak kampung kat pantai dorang.. dorang ingat semua bot dah sesat, pasal nampak pantai tapi mana semua rumah? Jadi semua nelayan sibuk cek la kompass ke hapa ke benda la.. pasal dorang tak tahu, kampung kat tepi pantai dorang dah abis semua... Tu la dorang tak kenal.
Aku pun masa gi Bamboo Island kat Krabi nye area tu kan, ada satu tiang tunjuk paras hentaman ombak , mak ai, tinggi nye air ombak tu hentam bamboo island tu. Abis tu aku tangkap tak tangkap kefahaman, yang boat guide tu cakap sebenarnye pulau tu bamboo island pasal banyak buluh, tapi lepas tsunami, terus dia diam. Thailand kan kena rabak tsunami tu berapa ramai abis... so dia tak mau la ceta banyak kot dia dan family dan kawan2 dia semua terbabit. Dah memang kerja carik makan kat industri pelancongan dan holiday pantai apa.
ok lastly selalu benda2 penting korang mesti ingat kat mana dan apa korang buat bila korang dapat tahu benda atau kejadian tu terjadi..masa tsunami tu aku tahu berita bila aku tengah buat benda merapek ni haha...contoh la kan...
photo bawah ni, Ni semua Sebahagian bootlegs Maiden tau (ada la kot band lain sikit2, aku masih ingat ada satu mamat amerika ntah cammana dia tape Death Angel main dua malam kat satu kelab kat pelusuk Amerika, rare giler, pro abis dia audience taping Death Angel lepas tu share lossless size besar gedabak FLAC)., kalo cd semua bentuk FLAC, kalo dvd semua memang exact big sized copy dari videotape atau laser disc.
Kira senang cakap bootlegs ni semua LOSSLESS. Jadi, aku ada satu laptop, aku jarang sangat aku off, pasal aku sambung kat satu hard drive ada la dalam 100GB/200GB gitu Maiden fans-bootlegs recordings LOSSLESS untuk collectors satu dunia nak kalo dorang berkenan. Ni kira kalo bootlegs zaman dulu pun nak kena convert betul2 dari lp atau kaset untuk pastikan lossless gitu.
Tapi selalunye aku yang berkenan dan ambik dari orang nye komputer la haha. Hari tsunami tu aku depan laptop la ngah godey2 lossless ni, tu jam dah lewat pagi la kot, then masuk surf2 internet, then realise Aceh kena kot, then cam, especially pasal dekat je pun, dah tu seagama, so aku terus shut down, plug out hard disk external tu yang 100/200 gb semua lossless. Terus aku tak log in lagi la masuk that community, abis2 gitu je....ntah apa buat hati aku terus surrender gitu je. And aku biarkan gitu je koleksi lossless aku. Kira kalo sapa nak carik LOSSLESS source bootlegs Maiden main live, dari awal permulaan dorang sampai mungkin awal 2000an, aku ada banyak jugak kot...audio dan video. Tapi tu la aku terbengkalaikan, tapi tak buang.
(Community ni, Lossless nye benda ni kira mp3 ke apa ke , kena ban, diharamkan, siap korang nak join, korang kena belajar cam2 software untuk verify, detect pasal tak mau campur antara lossless ngan lossy, mungkin orang2 kerja kat studio tau la kot betapa kualiti source tu penting untuk follow up,
untuk kita orang biasa sekadar hiburan, pakai biasa2 nye player atau earphone, mungkin tak tahu beza, tapi untuk peminat2 hardcore yang jenis audiophile ni semua, atau dorang yang kat rumah dah macam sound system dan alat2 kat studio ,perbezaan LOSSLESS ngan LOSSY penting.
Aku terpaksa tau dan tunjuk minat pasal aku kan gelojoh kalo apa2 hal tentang Maiden jadi aku join la komuniti ni haha. So interesting la dapat belajar benda2 gini semua waktu tu ngan kena paksa guna software dan progrem pelik2 untuk verify quality tiap2 recording dan source. Tapi skarang dah takde la kot benda2 gini, tu la aku cakap skarang jadi fans dah tak fun, dulu orang tak main ebay, youtube kureng sangat, dan orang tak main download2 sebarang...).
k, besok, ada rezeki panjang umur boleh post pasal rausyanfikir la la la la la la la dikir pikir.
5 comments:
sadly to say...ebay membuatkan kira senang sangat nak dapatkan stuff rare
pergh...banyak giler bootleg ko tu...agak2 semua tu ko sempat dengar/tengok tak?
btw...aku baru google apa tu tsunami singh...ni baru tau...hahaha...
English researchers found that aging brain cells (in mice) produce substances that can damage nearby brain cells. ghd outlet Recommended for ages 5 and up. http://www.lateuggboots.com For me, my girlfriend may be the finest, well, i hope the thanksgiving gift I send to her will manifest her originality throughout my eyes. ugg boots uk Each article was written specifically for our Global Templates audience - so that you can rest assured you're getting the best, most targeted advice available. ugg boots canada Vary the basic look by making different styles of knots.
From sketchpads to photo shoots, stylus-friendly design workshops, and colorful mini-games allow players to follow the career of an up-and-coming designer about to make it big in the big city. ghd hair Use the internet and look for various offers open to make an educated purchase.. http://www.softuggboots.com The ALRC is proposing reform that can be phased in to allow time for industry and the community to adapt to the new scheme. ugg So as it turned out, Mr. north face backpacks Master gator hunters Troy Landry and Junior Edwards return for a second season of survival Cajun-style deep in the bayous of the Louisiana wilderness.
Post a Comment