Showing posts with label prime domestic. Show all posts
Showing posts with label prime domestic. Show all posts

Monday, December 18, 2017

prime domestic - prima domestika (ulasan) dan foto2 merchandise masa Public Distortion 2017

Prime Domestic, possibly the hottest and best Malaysian rock band at the moment finally release their long-awaited first full studio album. 
So my personal best studio album of 2017 & end of 2016 will be
1st - Prime Domestic - Prima Domestika
2nd - Bon Jovi - This House Is Not For Sale (Japanese version extra tracks)
3rd - Kreator - Gods Of Violence (Japanese version extra track).
This is my review in Bahasa Melayu Malay Language.





Macam aku cakap kat atas, Prima Domestika ialah album studio yang aku pilih terbaik dalam cd2 dan itunes album2 yang dirilis tahun 2017 dan akhir 2016, baik cakap Melayu atau cakap Omputeh.
(Aku belum beli Anthem terbaru so aku tak boleh include cakap Jepun punye la...)

Kelakar nya, Lagu2 dalam Prima Domestika ni aku hadam dahulu versi live sebelum betul2 dengar dalam album studio.
- Masa persembahan PD di G Hotel April lepas, mereka bawakan tiga lagu aku tak pernah dengar Tekno Dewata, Sedingin Pluto, dan Satukan Impian.
- Masa persembahan PD di Public Distortion minggu lepas mereka bawakan tiga lagi lagu aku baru dengar berapa kali round iaitu Malam Berasap , Kurnia dan MMLXXXVII.

Campur dengan Ilusi Intonasi yang rasanya semua familiar sangat dari dulu,
maka TUJUH lagu dah dimainkan live dari album Prima Domestika.
Semua pun GEREK - GEREK BELAKA...  ye la dah terang aku nobat album ni album terbaik 2017 kan yang aku beli atau download.

Tinggal tiga lagi lagu yang belum dimainkan live (atau at least belum aku dengar lagi dimainkan Live iaitu Lu Baca Sendiri, Takkan Aku Begitu, dan Ritma Irama Kita. 
Boleh tak aku cakap Tiga Lagu ni sangat atau mungkin lebih hebat dari lagu2 yang dah dimainkan live.

Ritma Irama Kita - Pada aku la, imaginasi aku cakap - Kalau Eddie Van Halen dengar lagu ni, dia akan terus pergi rumah Sammy Hagar dan Michael Anthony,
dia akan sembah peluk cium ni dua orang, dan pujuk mereka reunion semula Van Halen era 1985-1996.
Dahsyat giler lagu ni. Aku macam "makdatok!!" first time dengar.
Dan aku happy sangat lagu ni dicipta oleh Joe dan Hillary sendiri..



Sikit ulasan dan pendapat aku nasik tambah

- album cover rasmi yang iringi album ni pada aku la, pada aku la memaparkan seseorang sedang berdiri di atas sampah sarap, dah sedang tembak burung gagak.

- album ni secara terang lagi clear letakkan dimana album ni dirakam dan dimaster.
Aku suka baca mastering tu... clear sangat sapa yang master, di studio mana, di bandar mana, dan di negara mana.
Dan herannya, aku ni tidak aktif sosial media, tapi nampaknya Prime Domestic takde pukul canang nak bilang satu dunia album ni master kat mana pun...
Padahal dah hantar gi Sydney, siap letak semua maklumat dalam sampul buku lirik.

Takde la nak pukul canang bilang master kat UGANDA ke, NORTH KOREA ke, tapi...  well... (cakap "well..." sambil angkat bahu). Tapi takde lak informasi sapa master, kat studio mana? bandaraya mana? ye la, peminat beli album nak baca segala toknenek informasi kan. 

" You can fool everyone some of the time, You can fool some people all the time, but you cannot fool everyone all the time " ada ke omputeh nye peribahasa cakap cam gini??

Album ni kalau tengok susunan lagu, Prime Domestic bukan nak gi untuk pasaran lagu meleleh sangat. Faham maksud aku tak?
Sedang album2 band rock lain selalunya la, kalau dari segi trend, by 2nd atau 3rd song dah lagu meleleh cintan cintun...
tapi... album ni, kena tunggu giliran lagu keempat Kurnia untuk masuk sebuah lagu love song.

Sedangkan kalau band2 lain, agaknya kalau ada lagu hebat macam Kurnia ni silap2 letak 1st atau 2nd song dalam album untuk umpan peminat dan pendengar.

Lagi apa eh? album ni memang terbaik semua lagu, boleh dengar la semua instrument seronok, sapa minat Joe dan Hillary tentu tak hampa, tapi rhythm section pun hebat jugak.
Aweera dalam studio album, tak disangkal lagi, hebat dan sedap suara nya.

Tapi jatuh bangun band rock ialah bermain live, di hadapan peminat muzik yang bayar tiket, penat2 dan susah payah travel dekat dan jauh dalam apa keadaan pun nak tengok mereka main.

Dan aku tak tipu, Prime Domestic tak menghampakan live dalam dua show full mereka yang aku tengok Joe, Hillary, Ainol, Ainol, Ainol (aku cakap 3x pasal drummer memang superb live) dan Fauzi dan keyboardist mereka (aku suka dia punye piano solo sebelum Ilusi Impian kat Public Distortion tu hari..).
Cuma Aweera, please brush up your English ok!!
Tentu tak mudah nyanyi dua jam tiga jam kan, tapi ni dah band Champions League , jadi Aweera kena terima segala lahar dan improve improve.

Tapi kalau studio album 10 lagu ni Prima Domestika. Sila Beli kalau belum beli. Lagu2 semua sedap untuk semua lapisan masyarakat dan halwa telinga lain2 citarasa.
Dan packaging pun hebat.
Dan untuk dijual dengan harga yang sangat berpatutan. Aku rasa Prime Domestic deserves more.

Last sekali, mohon Prime Domestic akur dengan permintaan peminat dan letakkan lagu2 ni dalam Itunes.
Aku berani speku, peminat2 takkan beli satu satu lagu, mereka akan donlod seluruh album. Percayalah!!

Anyway untuk lagi satu review syok sendiri album ni tapi penuh hikmah, ilmiah dan informatif sila ke - http://tokancd.blogspot.sg/2017/12/prima-domestika-prime-domestic-2017-aku.html
(dia cakap orang kat cover tu tengah teropong? biar betik ye ke??
teropong anak bulan ke beb??)


Untuk review aku Prime Domestic main live di Public Distortion 2017 sila ke - http://deaf-angel.blogspot.sg/2017/12/prime-domestic-xpdc-live-review-9-dec.html

Untuk review aku Prime Domestic main di G Hotel bulan April lepas sila ke - http://deaf-angel.blogspot.sg/2017/04/prime-domestic-live-review-2nd-april.html

Anyway cakap pasal Public Distortion 2017...

ni ialah antara merchandise dan foto2 stall2 yang jual produk Prime Domestic dan XPDC.



cd Prima Domestika yang dijual hari tu, RM23 je saje untuk sebuah album rock melayu yang sangat terbaik dan sehebat mana2 rilisan band omputeh....


atas ni ialah tshirt2 " event" untuk hari tu..... belakang ada date dan lokasi.


ni XPDC nye dorang gi Europe kot tu hari.... belakang nye design.



MONGGOL DAH PULANG nye design...atas...  aku dah lupa lak belakang tulis apa.. "monggol dah pulang" kot?
SAMURAI nye tak salah aku belakang tulis " militia".


Ni belakang nye design2 tshirt yang aku letak kat atas yang aku cakap " event " tshirts tu..


yang Prime Domestic atas tu belakang dia sangat simple logo kecil...

Popular jugak aku tengok hari show Public Distortion tu peminat2 pakai..

Yang PD logo kaler hitam tu belakang tulis nama2 lagu pun popular jugak....





Ni yang Hearty to Europe tu yang tadi atas belakang tu ada dates di Eropah...

Samurai pun lawa jugak kan....

K tu je la kot.....       Bye.




Sunday, December 10, 2017

Prime Domestic & XPDC "Live" review - 9 Dec 2017 @Public Distortion 2017

*******************************
Updated 13/12/2017

link at bottom





*******************************



Salam and Greetings, two premier Malaysian rock bands Prime Domestic and XPDC share the stage for an awesome double bill 210 minutes of live performance. This is my review in Bahasa Melayu Malay Language.

Sebelum aku lupa dan malas,
baik aku ulasan dan bual kons pasal konsert Public Distortion 2017 yang melibatkan dua kumpulan terulung dan terunggul, iaitu PRIME DOMESTIC dan XPDC.

lokasi - Tempat Jin Bertendang (Oasis Square Ara Damansara)
Tarikh - Sabtu 9hb December 2017
Waktu - Mula nak kat kul 9 malam (total time 3hr 30min lebih)

Sapa tak mau baca aku merapu, ni setlist lagu2 dipersembahkan tadi.

1. Ku Cuba (Prime Domestic + XPDC)

2. Ntahapahapantah (XPDC)
3. Talam Dua Muka (XPDC)
4. Sakinah (XPDC)
5. Kita Peng-Yu (XPDC)
6. Doa (new song- XPDC)
7. Enter Sandman/ Orion (XPDC)
8. Selendang Merdeka (XPDC)
9. Teman (XPDC)
10. Kata Pepatah (new song- XPDC)
11. Semangat Perjuangan Harmoni (XPDC)
12. Semangat Yang Hilang (XPDC)

13. Intro (PD)
14. Hallowed Be Thy Name (PD)
15. Kau Masih Berdegil (PD)
16. Malam Berasap (PD)
17. Fenomena (PD)
18. Nasib Kita (PD)
19. MMLXXXVII (PD)
20. Tekno Dewata (PD)
21. Kurnia (PD) 
22. Meniti Titian Usang (PD)
23. Lena Diulit Intan (PD)
24. Mentari Merah Diufuk Timur (PD)
Medley 25-28
- 25. Biru Mata Hitamku (PD)
- 26. Rozana (PD)
- 27. Ranjang Mawar (PD)
- 28. Isabella (PD + Amy)

29. Langit Dan Bumi (PD + Amy) 
30. Kau Pergi (PD + Amy)

31. Drum Solos (Lola + Ainol, with Arif)

32. Ilusi Intonasi (PD)
33. Ameringo (PD)
34. Sedingin Pluto (PD)
35. Alam Barzakh (PD)
36. Sejati (PD)
37. Smoke On The Water/ Pasti (PD + XPDC + Amy)


Seperti show Prime Domestic yang lepas, lagi sekali malam ni dorang buat persembahan aku kerja shift malam kat Singapore pulak.
So Prime Domestic nye pasal memang kena ambik leave.

So lincah balik KL naik bas ekpress, gedebak gedebuk, ingat nak naik LRT gi tempat Jin Bertendang ni, last tukar, naik GRAB sua.
So memang Jakun la kan sampai tempat persembahan ni, tapi ok la facilities keperluan jasmani dan rohani semua ada, dan actually sampai malam lebih kul 1 pagi pun tak yah risau la kan tempat ni semua masih boleh access toilets dan sebagainya. Balik pun aku naik GRAB.
Aku dah standby dah nak kena duduk tempat jin bertendang ni sampai pagi kalau memang takde transport nak balik tadi...

Kehadiran penonton.... well... estimate aku maximum pun seribu lebih la kot. Mungkin boleh kot jejak 2000 tapi entah eh aku agak2 je.
Merchandise2 yang disajikan menarik2 design2 dia. Ni semua nanti lain kali la kan aku tunjuk...
Foto2 ke , bootleg full ke ni semua lain kali k.

Aku tengok siap ada camera crane. Dalam hati aku fikir rakam dvd kot?

Show bermula dengan seorang demi seorang anggota Prime Domestic dan XPDC iaitu Lola, lepas tu Hillary, then Arif, then keyboardist, kemudian Ainol, then dua-dua bassists Fauzi dan Eddie, kemudian Izo, dan baru Joe dan akhir sekali dua-dua penyanyi Ali dan Aweera. 
Mereka build up intro kepada lagu Clique Fantastique Ku Cuba.

Lagu ni jugak ialah Search pernah cover untuk album Double Trouble 2. Ingat2 lupa.

Kemudian Prime Domestic nye anggota tinggalkan stage dan XPDC buat persembahan seperti setlist atas. Seperti biasa XPDC line up Izo, Arif, Ali dan Lola memang hebat main live. Cuma ni kali pertama aku tengok line up ni dengan Eddie, dan bukan Yan.

Aku nak cakap dua dua lagu baru iaitu DOA dan KATA PEPATAH memang sedap dan terbaik dari ladang. Kata Pepatah terutama sangat catchy 60an gitu.
Walaupun kali pertama aku dengar ni dua lagu, tapi sangat hebat dan vocal Ali sangat clear jadi siap boleh hayati lirik dua dua lagu ni.
XPDC bila keluar album terbaru mereka tahun depan, album ni aku rasa hebat dan aku tak sabar menunggu.

Kejutan ialah lagu Teman ada, Ali siap tanya ada orang Perak sebelum main lagu ni.
Jugak Enter Sandman sampai sebelum "doa nak tido" tu, terus masuk Orion bahagian bass solo.
Semua solos "Kirk Hammett" diterajui Arif. Dan Ali tu, kalau aku tutup mata, ada rasa James Hetfield yang nyanyi.

Tengok Live, dari dulu aku memang teruja dengan line up XPDC ini. Macam band omputeh.


Moving On... XPDC tamat lepas ambik gambar dengan fans, change over dan giliran Prime Domestic.

Dimulakan dengan intro tape siap ada bacaan puisi? kata hikmah? something like that...
Dan Prime Domestic gunakan satu?dua? backing vokalis awek.
Dan Prime Domestic pun memang bassist mereka boleh nyanyi jugak pe.
Dan Fauzi yang mulakan nyanyian seperti biasa dengan verse pertama Hallowed Be Thy Name, lagu Iron Maiden.
Seperti biasa jugak, Aweera- mintak maaf la eh, tapi English pecah, ok la senang cakap English hancur. Fauzi should sing the whole song.
Heran aku kalau gi tengok konsert la mana2 pun, aku cam kadang2 kritikal la kalau ada apa2 aku kureng, tapi untuk Aweera, aku macam semua ok je, so aku tak tahu "is this good? or is this bad? mentality".
Tapi support tetap support 666%, suka sangat suara dia kat album Prima Domestika, he is a very good singer, and he has Champions League nye band members behind him.

Joe - aku tak pernah nampak dia Shape-Throwing macam dia dengan Prime Domestic sekarang.
Macam bebas gitu kan.. nak buat apa pun dia boleh buat atas stage.
Dah macam Steve Clark dia nya posing2 dan shape throwing dengan gitar dia. Aku suka sangat.

Hillary - aku tak pernah nampak dia banyak jalan atas pentas seperti dalam band ni. Kejap2 gi tempat Joe.
Adakah pasal pentas besar, atau lagi sekali macam Joe, dia happy dalam Prime Domestic?

Fauzi - low profile kat belakang tapi boleh dengar permainan dia, boleh nampak keterror'an dia, dan boleh dengar suara dia.

Ainol - ni last ayat nanti aku cakap.

PRIMA DOMESTIKA - Aku berharap sangat Prime Domestic main seluruh album.
In fact aku nak setlist dorang main seluruh album DUA KALI!!!!
Pasal aku suka sangat...ooohhh aku belum review... Album of the year aku baik omputeh atau melayu. Nanti lain kali.
Tapi dorang main 6 lagu baru.. actually 3 lagu baru la Kurnia, Malam Berasap, Tahun Dua Ribu Lapan Puluh Tujuh yang tulis Roman Numerics tu...
Pasal lagi tiga lagu baru dah main kan tu hari bulan April kat G Hotel tu..  actually empat la, illusi intonasi tu dah biasa zaman Wings kan.
Aku harap lain kali Prime Domestic main semua 10 lagu dari album mereka pasal semua lagu gerek.

Fenomena - wahhh tak sangka kan. Ending ada NASIK TAMBAH. aku suka....
banyak improvisations when it comes to lagu2 Search. aku suka.... Even hisapbella.

OK cakap pasal lagu tu, Amy.. ok Amy ada...
Amy dan Hillary... side by side... Langit dan Bumi... dan Kau Pergi.
Apa lagi nak kan?
Last aku tengok Amy dan Hillary side by side zaman GME kan, yang Joe also takeover tempat Nordin untuk Search main live.
Dua kali kot ni line up main live? Stadium Tertutup JB dan Planet Hollywood. I was at both shows. Legendary shows. Ada cd dan dvd kot yang Planet Hollywood nye... entah dah lupa.

Drum solos tu Lola start dulu, Arif solos on guitar, Ainol join in dan All Hell Breaks Loose.

Ending... Pasti... tak boleh game weiii ni lagu...
dah la ulang ulang ulang ending korus....
Ali pun nyanyi k lagu ni hahaha...take turn la kan verse korus semua...
kelakar abis tu, sampai semua musicians toleh belakang kat drummers Lola dan Ainol macam bila nak game ni?
Aku rasa dalam 10 minit kot Pasti nye lagu tadi hahahaha. Aku tengok Izo senyum meleret seluruh lagu diri sebelah Hillary...

Ending pun sama, lama dua dua band atas pentas ambik gambar dan layan penonton.
Masa ending tu lagu dimainkan kat sound system ialah dua lagu Iron Maiden...
Blood Brothers dan Where The Wild Wind Blows.
Sapa pilih Blood Brothers nye lagu eh masa Prime Domestic dan XPDC tengah interact dengan penonton atas pentas?
Aku salute...
what a choice of a song. Perfect ending to a perfect show.

Aku takde komplen apa2 semua alrite ni malam walau aku ada cuak sikit nak gi tempat jin bertendang ni tapi semua ok...

Last sekali...

MAN OF THE MATCH aku untuk show ni...

share la kan...

Ainol dengan Lola.

Dahsyat dua dua. Terhibur dan teruja tengok gelagat dan aksi mereka seluruh konsert.


p.s foto, boots semua lain kali k. bye..



Fan Bootleg



link or dengar kat sini pun ok...
https://www.youtube.com/watch?v=-SaumAOGJ5I



Friday, November 17, 2017

midnite and Live Chapters is on Itunes/Prime Domestic / merapu meraban.

Salam and greetings. A short post first in English then in Bahasa Melayu Malay Language.

A Very Happy Midnight just now.
Its 17th November and just after midnight Singapore time, Iron Maiden new live album "The Live Chapters" of the Book of Soul World Tour is released and its the "Mastered For Itunes" version.



This is what I like about modern technology.. Even in the "ass of the world" as far as heavy metal and hard rock is concerned, you can still support the band you like by paying for their music, and you got it at the struck of midnight of the launch day.

I use this to convert to mp3 and store it on my Sony Walkman to listen to while walking, waiting for and taking the public transportation of buses and trains.
This is basically the only way I am listening to music now. 
I do hope to get a physical cd version just for keepsake also.



I will review this album once I got the cd version. 
I immediately listen to The Red And The Black, and the instrumental section was amazing on the Tokyo recordings.
(I never notice the keyboards was so loud when I hear this live).
Now I am listening to The Great Unknown, and this is simply fantastic version.
Though I love Tears Of A Clown and enjoy the song on the live shows I attend in 2016, but I do agree it slows down the momentum and Great Unknown is a nice replacement for 2017 part of the tour. On this recording the song simply sound amazing. Its the Newcastle show, I was not there, I start my backpacking on the next show after that, Glasgow onwards.

Of course this being a audio version with constraints on CD and LP space,
so lots of Bruce chatter is cut.
Bring back great memories of backpacking alone to see them play all over in 2016 and 2017.
Ohhh I am listening to Book Of Soul title song now, Donington!! It was raining, it was flooding...
and as Bruce says.. " Welcome to DOWNPOUR Festival"...
OK stop here for time being...
I am just listening to this " itunes remasters" version for this new live Maiden, and I think its amazing recordings and performances...
Argentina singalong for the song Iron Maiden is something I have never heard before and this is going to be a new audience participation song LOL!!!

Anyway, the Legacy of the Beast 2018 dates are out, I guess I have to find a way, discipline myself to try to backpack for one or two shows.
its going to be tough as I just done the backpacking for the 2017 Scotland, Wales, England Book Of Soul Tour, and 2016 I was in Donington, plus catching Rainbow plays Germany,
but lets see how it goes...
Advance tickets for the Maiden European 2018 shows will come out on Monday, and if I can get my hands on some advance tickets, then I will see how it goes.

Ohh... Something to anticipate..

Probably The best Malay Language album of the year 2017 is coming out soon.
I am sure I will like the album a lot.
Its by a band called PRIME DOMESTIC, and they are from Malaysia.

I hope to get the cd soonest, and I already got a ticket to see them play in December with another rock band that I like, XPDC.




Hope I can make it though I am supposed to work that weekend. LOL!!!
And as can be seen, the ticket I obtained was not print properly.. it looks funny.

More to come....


Hi Semua..   tetiba je kan aku rajin buat blog... haha.

OK OK, macam aku cakap kat atas...

GIGIH ok tunggu tengah malam, pasal hari ni 17hb kan Live Chapters keluar...
So aku memang suka dengar lagu2 Iron Maiden versi "Itunes Remasters" kerana pada aku dia sedikit lembut untuk pendengaran aku 

Pasal aku kan sekarang cuma dengar muzik kebanyakkan nya hanya waktu jalan kaki, naik bas, naik tren je
jadi keselesaan dan kemudahan mendengar muzik waktu jalan kaki dan naik turun bas dan keretapi adalah penting. Macam2 foto2 atas tu la aku pakai sekarang aku rasa aku pernah cerita dulu.

Jadi.. Book Of Souls tour, apa aku boleh cakap... terbaik dari ladang...
mungkin terbaik dalam sejarah Iron Maiden dari segi sambutan peminat satu dunia.
Dia cakap 2 juta orang tengok konsert dorang pada 2016-1017?
So dari 2 juta boleh kira aku tujuh kali dalam 2 juta tu. hahaha....

Ohhh dates Legacy of the Beast.. Aku ada plan giler.. plan giler nak backpack lagi...
Tengok cammana...
Aku dah pernah backpacking masa bulan Ramadhan tahun 2016 tengok Maiden dan Sabbath kat Donington, ACDC kat Manchester dan Ritchie Blackmore kat Loreley Jerman,
Puasa dari kul 2.30 pagi sampai 9.30 malam , dan buka puasa masa tengok rock band main, kurma standby dalam seluar jeans haha. 
Kalau korang nak lahar aku, ni bukan blog untuk korang...
dan korang sila rasa besar diri dan megah sombong kerana fikir korang lebih mulia dari aku yang ntahapahapani.

so anyway aku rasa kemungkinan aku nak backpacking bulan Puasa lagi.... haha. Tapi tengok la sempat kot aku saving duit tiket konsert dan flight.
Kalau tak berjaya, takpelah, tapi aku akan cuba. Bak Cina cakap " JIA YU!!!!".

Hidup ni, kadang2 kita kena bermula dengan ANGAN ANGAN MAT JENIN!!!! 
Orang panggil " Yoh Yoh Oh!! ". takpe... kita ketawa sama sama.


Ooohh kumpulan PRIME DOMESTIC nye album penuh nak keluar.
tak disangkal lagi, album Prime Domestic nye album ni aku speku akan jadi album terbaik Melayu untuk tahun ini.
Dan konsert mereka pada 9 Disember ni, aku speku akan jadi konsert Melayu terbaik jugak tahun ni.
Aku dah standby tiket. Print huru hara siak kedai... korang tengoklah kat atas tu...
kang Security kat pagar mesti tengok berkali2 tau nanti haha... 
Tapi ok la kan, memang original pe.
Aku dah "laporkan" kat " duta" cawangan kedai tersebut. HAHAHAHA.

Tapi aku kerja siak hujung minggu tu.. kerja malam lagik.
So kena plan cammana.

Tapi aku harap aku dapat hadir....












Wednesday, April 12, 2017

Gary Moore Montreux 2010 Japanese Version 2cd & Prime Domestic KL 02Apr2017 bootleg penuh aku dah upload dalam youtube dan aku merapek meraban depan laptop lepaskan frust!!



Lets begin with an extended version in Bahasa Melayu and then a short one in English.
Photos spread all over the post.

Seperti banyak kali aku Mat Jenin berangan di blog ini, lepas berapa tahun akhirnya aku berjaya memiliki cetakan Jepun yang complete bentuk 2 cd bagi Gary Moore Live In Montreux 2010.
Pasaran lain untuk cd nya hanya sekeping maknanya tak complete semua lagu dipersembahkan.
Video persembahan ni dikeluarkan bentuk DVD dan BLUE RAY dan sangat popular video2 rakaman untnk show ni dalam YouTube dengar viewers ramai giler.

(** nota, aku tulis blog ni dua kali, separuh jalan , terus aku sambung ni balik, so mesti huru hara, tapi sapa kalau nak baca tu, paham2 je la,
sapa tak mau baca, nak tengok gambo je tak kesah la).


Anyway Montreux ni setiap tahun ialah wujud nama Montreux Jazz Festival, tapi sebenarnya macam2 jenis muzik ada selain jazz.
Dan untuk peminat2 rock tak boleh lari pasal sapa minat Gary Moore dan TOTO tahu dorang selalu main kat festival ni,
dan jugak, pengasas festival ni ialah zaman dulu masa DEEP PURPLE tu yang ada lagu Smoke On The Water yang bangunan tengah terbakar "FUNKY CLAUDE" tengah selamatkan orang kan?
Claude tu juga pengasas Montreux Jazz Festival ni.

Memang rasa ni tempat untuk music lovers kot festival ni.. ok satu hari boleh backpack gi sana kalau Iron Maiden headline HAHAHA.. tak mungkin la kan haha.

Setlist persembahan ni memang dahsyat, Gary Moore drop blues dia, 
DIA MEMANG CADANG TAK MAU MAIN LAGU2 BLUES UNTUK TOUR 2010 DAN FOKUS MAIN LAGU2 ROCK DIA ZAMAN SOLO DAN ZAMAN PHIL LYNOTT, TAPI ADA LA SIKIT DIA MAIN LAGU BLUES DIA SATU DUA haha.
YE LA CARIK MAKAN. hahaha.
Still Got The Blues kan popular giler, lagu2 yang radio akan putarkan.
Jadi apa yang peminat cam aku dapat bila Gary Moore main persembahan dengan condong ke arah lagu2 rock dia? Heaven la siak!!

Tapi penggunaan tepat dalam nota dalam ni ialah "celtic rock". 

dia combine balik dengan Neil Carters si botak tu, lagu2 dari Wild Frontiers dan After The War yang kalau korang tahu ialah album2 solo dia yang sangat rock, lagu2 zaman Phil Lynott, dan lagu2 slow dia yang terbaik seperti So Far Away/Empty Room yang serious berbual lagu Empty Room sedih giler siot, tiga lagu baru yang tersangat hebat dan rock walau salah satu nya slow rock sedih giler, dan of course lagu2 top dia macam Parisienne Walkway dan tentunya Still Got The Blues yang aku skip hahaha.
Dan tak lupa Gary Moore bermainkan satu lagu dia Nightwish cover version. Yang memang lagu dia tapi terimakaseh kat Nightwish, Gary Moore dapat peminat2 baru yang expose kat lagu2 dia.
(Ni serupa dulu aku kat sekolah, lawak pasal ada budak Cina cakap Scorpions tiru lagu Wind Of Change dari penyanyi Cina. Nasib baik takde budak Melayu buat lawak cakap Scorpions tiru Still Loving You dari Jatt Ali). 

OK, divert sikit, untuk sapa tak tahu, aku nak bilang aku dah UPLOAD seluruh audio persembahan Prime Domestic selama 2 jam pada 2nd April 2017 lepas kat House G Tower, Kuala Lumpur.
Terimakaseh banyak la kat kata semangat pasal aku takut masyarakat melayu ni, jarang hargai rakaman bootlegs band2 tak macam masyarakat barat dimana setiap show banyak tapers, lepas show semua tukar rakaman dan rakaman terbaik dikongsi untuk peminat satu dunia sebagai koleksi peribadi dan harta dunia.
So ni rakaman aku, macam biasa pecah rumah nye taping, tapi pasal takde orang lain upload full bootleg, maka aku upload la versi aku yang ok la jugak, tak la hancur sangat haha.
Full review kat dua posting lepas dalam blog aku.
Enjoy, dan tolong jangan bastard aku...
aku kena ban lagi dengan Youtube selama setahun, aku tak mau upload lagi apa2 bootleg band rock melayu yang main kat Singapore atau Malaysia yang aku tape. haha.

Lama siot aku kena ban dengan youtube pasal aku upload full show Kembara Mark One dan Kembara Mark Two main kat Istana Budaya.

Dan yang aku tape tu ialah malam pertama dorang main extra song.
Teruk siak aku pasal setahun aku kena ban so aku pun malas nak upload bootlegs rakaman2 aku buat untuk show2 Melayu..

Aku upload is for fans ok, peminat2 yang sama minat cam aku.
Tak lebih tak kurang.
aku cuma tahu, ramai fans seluruh DUNIA MELAYU akan nak tahu apa jadi dan nak dengar seluruh kejadian malam tu.

SO AKU CUMA NAK CAKAP " SIOT LA , tak puas hati tak happy sila bilang aku, kau pergi paoto Youtube dan entah apa kau dah bastard, terus setahun siak aku kena"

Apa pun aku nak cakap sikit...
Korang tengok la adakah aku bebal dan tongong dan buat kerja bodoh? tapi hingga hari ni aku asyik tanya apa setlist Wings dan Superfrens?
Giler empat malam, tapi takde fans bilang apa setlist?
tak payah 4 malam.
satu malam je pun?

Korang paham tak? ni masalah aku... NI PROBLEM AKU.

Aku nye mindset, ok aku tak pergi I WANT TO KNOW!!! apa setlist? apa perform apa?
That kind of thing...
Sebab tu aku mati kejong siot benda ni...   
kalau omputeh sorry la, satu dunia tunggu twitter, tunggu song by song setlist, siap peminat buat periscope live broadcast.. pasal kepentingan setlist dan lagu2 dipersembahkan.

OK OK, ni masalah aku.. aku tahu Melayu tak penting ni semua, tapi untuk aku penting.

And please dont give me the crap " nak tahu, datanglah".. aku cuma boleh ambik annual leave satu hari pasal semua shows tu aku kena kerja la, haha, and of course Prime Domestic wins hands down is the show I want to go pasal Joe hanya seorang pemain gitar bergabung dengan musicians mature dan muda yang handalan. Bonus nya the 3 new songs are nice. Band Sendiri, lagu sendiri. 

Aku tak paham, kenapa dalam show2 aku pergi, aku jarang sangat jumpa tulisan atau apa2 yang ada kena mengena dengan setlist atau apa2 pun pasal lagu sendiri.
So nasib baik aku pergi, dan aku syok sendiri dalam blog aku..

So macam aku cakap, mungkin ni masalah aku. Orang Melayu tak penting sebenarnya untuk mendokumentasikan peristiwa malam tersebut tentang apa sebenarnya yang dipersembahkan.
Yang penting, SELFIE. Pakai cantik2 hanya untuk jadi tarikan. Dan tunggu lagu hits yang Jom Heboh selalu keluar untuk singalong.
Tapi takde dokumentasi atau rakaman untuk jadi reference masa depan, takde info untuk peminat2 setia yang tak mampu pergi atau tak dapat, takde butir2an yang patut dinotakan.
OK tak perlu semua,
aku paham.. tapi takkan dalam ribu2, berbelas ribu.. takde satu pun orang pedulik?
Mungkin aku speku, ada ramai tapers golongan Melayu, atau mereka yang buat nota dalam blog2 mereka, website2 mereka cuma aku tak tahu je.
Dan mungkin mereka tulis dalam FB. Hahahahahaha.

Siot la korang, jangan jadi secret society boleh tak? manjang cakap FB ada info tu la, FB ada maklumat ni la, tau kat FB la...

Meluat siak aku baca korang puji2 FB. haha.

Tapi aku rasa aku sorang la kot ada masalah ni, pasal kaum Melayu CANNOT BE BOTHERED, so nak puaskan hati aku...
aku akan kena pergi, aku akan enjoy myself sorang2 pasal aku malas nak cakap dengan orang yang aku takut tak komited macam aku.
Aku akan bootleg, aku akan dokumentasikan dalam blog aku untuk maklumat sapa yang berminat.
Aku akan dokumentasikan apa terjadi dalam bentuk inferior bootleg aku,
pasal macam aku cakap " kalau satu orang je, satu orang je paham apa aku buat, paham kenapa aku buat ni semua, aku gembira pasal at least ada satu orang MELAYU dalam berpuluh juta peminat seni melayu tahu apa aku nak sampaikan".

Anyway jangan lahar aku ye? 

Ni keyboard aku.
Dan wifi ni bukan pakai wifi korang.
So suka hati aku la nak cakap apa.





Nak jump ke page terus gi sini - https://www.youtube.com/watch?v=AQtK0JHBpSM&t=28s

Aku upload Sabtu malam kot?
Eh? ada orang dengar, 2 ribu view? wahh pendengar muzik melayu tahu dengar bootleg? haha. Kot pasal takde orang lain upload full show , so nak tak nak terpaksa layan.
Tak pun dengar sikit dah trauma. haha.
OK OK Enjoy untuk sapa berminat.




ok balik ke judul berbual syok sendiri kali ni..

Rasanya tentu ada peminat muzik rock melayu yang suka dengar lagu2 Gary Moore dari berbagai zaman terutama bila dia main lagu2 bercorak hard atau heavy rock.
Jadi album ni, yang ada versi video Blue Ray/DVD ni dirakam live Montreux 2010 , enam bulan sebulan Gary Moore mati kat Sepanyol.
Istimewa sangat dan kenapa aku suka giler rakaman live ni sampai aku beli cetakan Jepun pasal aku nak seluruh persembahan dalam 2 cd ni ialah kerana masa persembahan ni, Gary Moore sengaja rancang untuk kurangkan lagu2 Blues, dan main balik lagu2 bercorak Hard Rock dan Heavy Metal dia.
Ini terutama, ceritanya Gary Moore hantar anak2 dia ke sekolah, dan cikgu kat sekolah tu yang dia jumpa ialah si botak Neil Carters.
Neil Carters ni masa muda nya ialah Rhythm Guitarist dan keyboardist bagi kumpulan UFO, dan dia juga main dengan Gary Moore zaman Wild Frontiers.
Dan kita semua tahu, betapa dahsyatnya kerock mamposan sangat album Wild Frontiers.

Jadi mereka bergabung, dengan perjanjian akan main semula lagu2 rock dari album Wild Frontiers dan After The War, dan After The War tu kalau kita tengok pemuzik nya ialah Cozy Powell dan Bob Daisley.
Anyway, selain dari setlist condong ke arah rock, Gary Moore jugak waktu tu dah tiga lagu baru yang tersangat hebat (kalau ikut tulisan kat inlet buku cd ni dia cakap Celtic Rock ke hapa entah) dan perancangan ialah album studio selepas tu Gary Moore akan buat album Hard Rock.

Tapi apa nak buat, Gary Moore dah ajal.

Tapi kenangan album ni, dan video nya... aku rasa akan sangat disenangi dan disukai peminat Gary Moore.
Kalau korang tak minat atau tak tahu Gary Moore, aku rasa korang pun enjoy.

Anyway, aku minat Gary Moore kalau dia main rock, tak kesah la dengan zaman solo, atau zaman Phil Lynott ke hapa ke.
Kalau Gary Moore main blues.. aku ok tapi kureng.. Sebab tu aku giler ngan album live ni.

Kalau nak test dengar apa tu Gary Moore, seriously berbual aku suruh tengok youtube rakaman2 Live In Montreux 2010.

Kalau korang tengok Gary Moore ok la dia dah mati tak boleh jawab tuduhan, tapi dia cam banyak togok.
dia nampak tak sihat...
Yang dia mati kat Sepanyol tu pun rasanya dia minum banyak kot sebelum dia dijumpai mati.


OK borak Melayu abis kat sini tapi kat bawah banyak fotos, aku link youtube sebahagian rakaman video persembahan ni dan... aku baru dapat apa aku carik selama ni.... hehe..










Hi Everyone,

after an emotional , laptop breaking session in Bahasa Melayu,
this post is just to show the Japanese packaging for the audio cd version of Gary Moore Live In Montreux 2010.
Other versions worldwide carries only one cd which is incomplete show.

Of course the video versions are very popular and the footages on Youtube is going crazy till now,
but I love these recordings so much that I want a full original audio cds version.

In short, as the notes say, Gary Moore meet up again with his Rhythm Guitarist/Keyboards player Neil Carter at school which his children goes.
Neil Carter had stopped performing in rock bands but Gary Moore called him to join forces again, drop all the blues and play Hard and Heavy Rock again, but its referenced in the text and on Neil Carter's own writings in the internet as "CELTIC ROCK".
He wrote 3 new songs, retrieved the Wild Frontiers material.
And they tour and the Montreux 2010 shows was filmed and recorded.

The plan was for a "Celtic Rock" studio album next,
unfortunately Gary Moore died.
If nobody had seen Neil Carter's personal website do check it out. He also plays for UFO.

I think on this album and video, Neil Carter does nearly steal the show.
But as he wrote on his website, after Gary Moore died, he will not play Rock again or something.

So those who have never heard or seen about this Montreux 2010 recordings please do so.
Especially those who love it when Gary Moore drop the blues and just ROCK.

These are some videos...

Thunder Rising from Wild Frontiers, I doubt this song is often played live.


Wild One , one of the 3 new Rock or they called it "Celtic Rock" Gary Moore had written and performed on this show, and supposed to record a full album.
CHECK OUT THE RHYTHM GUITARIST. I love it so...


Empty Room.  OK I LOVE THIS SAD SAD SONG.
I always think the "You Hope That She Will Change Her Mind" part is heartbreaking.


Some Phil Lynott era of course.
Of course I had never seen the chance of seeing Phil Lynott play.
but I managed to see the Thin Lizzy Tribute Band featuring BLACK STAR RIDERS members + AEROSMITH bassist + JUDAS PRIEST drummer opening for Ritchie Blackmore RAINBOW in Loreley Germany,
and the Thin Lizzy / Phil Lynott songs played was simply amazing amazing AMAZING!!





NOW LOOK WHAT I GOT..

At last the Japanese Pressing of the Remastered 1998 double cd of WASP The Crimson Idol.
Absolute CUTENESS PRETTINESS AWESOMENESS this Japanese version pressing.



LONG LIVE 
LONG LIVE
LONG LIVE THE KING OF MERCY!


Monday, April 3, 2017

Prime Domestic - live review 2nd April 2017 Kuala Lumpur




Ulasan/Pendapat/Opinion aku pasal

PRIME DOMESTIC
Live 2nd April 2017
House @ G Tower Hotel KL

Sapa tak mau baca pendapat dan ulasan dan apa aku tengok dan dengar dan apa yang aku nak merapek meraban panjang lebar pasal kumpulan sensasi dan supergroup all-star band Prime Domestic, maka ini ialah setlist dia, dan top 3 kejadian apa aku suka tadi, man of the match aku dan conclusion aku. OK Bye-Bye.

Setlist just now -
1. ILLUSI INTONASI (Wings)
2. HALLOWED BE THY NAME (Iron Maiden)
3. KAU MASIH BERDEGIL (Wings)
4. GEMURUH (Double Trouble)
5. LENA DIULIT INTAN (Wings)
6. MENITI TITIAN USANG  (Search)
7. TEKNO DEWATA (new song)
8. SATUKAN IMPIAN (new song)
9. SEDINGIN PLUTO (new song)
MEDLEY songs 10-16
10. BIRU MATA HITAMKU (Wings)
11. CINTA SEPI (Search)
12. TAMAN RASHIDAH UTAMA (Wings)
13. KAU PERGI (Search)
14. ANUGERAH (Wings)
15. SEBATANG TONGKAT UNTUK BERDIRI (Search)
16. RANJANG MAWAR (Wings)
17. DRUM SOLO
18. BASS SOLO
19. LANGIT DAN BUMI (Search)
20. ALAM BARZAKH (Wings)
21. INGATKAN DIA (Wings)
22. FANTASIA BULAN MADU (Search)
23. MENTARI MERAH DI UFUK TIMUR (Search)
24. SEJATI (Wings)
25. PASTI (Search)

Total Timing On Stage - 2 hours.
.
3rd placing apa aku suka tadi - Setiap lagu gerek, persembahan gerek dan dahsyat sangat. Sila tengok Prime Domestic untuk sapa belum tengok dorang main live.
2nd placing apa aku suka tadi - Setiap lagu Search, muka Hillary Ang berseri2 senyum manjang, happy sangat dia, dan bila dia solo2 lagu2 tu yang memang dia yang gitaris original lagu2 tersebut, macam menceritakan kegembiraan dan kenangan terpancar kat muka dia. Meniti Titian Usang dan Sebatang Tongkat Untuk Berdiri tadi... was like worth the price ticket alone.
1st placing apa suka tadi - Walau semua lagu gerek, tapi tiga lagu baru original Prime Domestic ialah paling best of the best. Aku suka band sentiasa main lagu baru. Lagu lama tak dilupakan tapi cam aku suka cakap kat blog aku, aku suka band2 yang aku minat sentiasa main lagu baru, dan stay relevant. Jangan lah asyik ulang ulang zaman kegemilangan zaman dulu. Ni pada aku la, masing2 nye citarasa.
Aku harap Prime Domestic akan banyak2 buat lagu baru dan keluar full album, dan harap semua lagu, ada sumbangan dari band members sendiri. All 3 new songs dalam single terbaru is by Joe Wings. Semua sedap dan macam rentak - fast , mid tempo, slow.

Man Of The Match untuk aku - Drummer. Nama dia Ainoll. Terbaik , Showmanship First Class dan powerhouse octopus.

Conclusion - Aku nak gi backpack tengok Iron Maiden main merata UK bulan 5 ni, dan lepas aku tengok Prime Domestic main tadi, aku cakap kat diri aku, Maiden baik main giler babi nye best of the best untuk 5 shows aku nak tengok dorang untuk tahun 2017,
pasal kalau tidak mungkin aku akan pilih PRIME DOMESTIC main tadi sebagai best live show aku tengok untuk 2017. Terutama kekuatan tiga lagu baru mereka yang mereka mainkan tadi.

Ni ayat atas ni compliment paling best aku boleh beri kat persembahan Prime Domestic tadi. 
Korang sendiri tahu aku kat blog ni Advocate band rock Melayu dan memang berat sebelah aku akan puji dan sokong band rock Melayu tak kesah dari Malaysia atau Singapore dan aku anggap mereka setanding band rock omputeh. Sila lahar aku but ni keyboard  dan wifi untuk tenet ni pun bukan korang punye aku pakai.
Aku harap line up ni tak ubah. What a show - Joe + Hillary Ang + Aweera + Fauzi bassist + drummer Ainoll plus keyboardist.
.
.
.
.
((( ULASAN NASIK TAMBAH UNTUK SAPA BERMINAT)))
.
OK, Siap sedia? Tarik nafas.. go.
Kalau aku buat silap ke hapa ke, maaf aku tak tidur dah lama, Hari Sabtu aku dah kerja malam, abis kerja, aku rush dari Singapore gi JB, kat Larkin carik tiket bas, rush balik KL naik bas ekpres, balik rumah Malaysia relak kejap, terus lepas Magrib naik LRT gi Ampang Park.
Ni aku tak mau tidur pasal aku kejap lagi nak naik bas ekpres pasal hari ni hari Isnin aku kerja petang pulak. So aku plan nak tidur dalam bas ekpres je.

Serious berbual, ni la salah satu cabang kehidupan aku, sebagai seorang peminat rock n roll band. Sapa baca blog ni memang tahu la kegilaan aku sanggup buat apa saje untuk band2 domestik Malaysia dan Singapore dan jugak backpack sorang2 untuk Iron Maiden dan band2 omputeh lain.

a) Post ni takde foto. Mungkin nanti kat tenet banyaklah foto2 kejadian tadi kat show tersebut. Kalau aku nak transfer foto dari henfon ke laptop, mungkin kirim salam pasal ambik masa dan aku tahu kalau aku tak taip blog ni sekarang, maka mungkin takkan buat langsung.

b) Penuh sesak. LEBIH DARI FULL HOUSE. MELIMPAH-LIMPAH RUAH penonton. OVERFLOW. Harap promoters/organisers/ sponsors dan band Prime Domestic sendiri akan dapat keyakinan tentang brand name Prime Domestic dengan kehadiran penonton tadi.

c) Hallowed Be Thy Name - ni kelakar... aku terkejut first verse yang nyanyi bassist Fauzi. Ye la, first song kan instrumental, abis HBTN kan second song, aku dah la tak perasan sapa on stage. So aku ingat Aweera takde so pada aku no problem la kan kalau band member lain boleh cover vocal...
OOOHH False Alarm la, terus Aweera masuk masa lagu speed up, walaupun ada sikit berkecah masa nak masuk tu. HAHAHA. Sorry la, ni lagu Iron Maiden siot..., I mean, terkucil sikit pun boleh detect kan? haha.

d) Aweera - Aku macam... eh? ni Rob Halford Judas Priest masuk melayu ke hapa? sudah pekik2 style Rob Halford sey... Dahsyat la Aweera ni. Sedap suara nya dan 2 jam ok dia kena nyanyi lagu2 yang legend semua nya. Bukan mudah.
Harap dia makin terror dan makin punya trademark dan style sendiri. Harap dia stay dalam band ni.

e) Pada aku, seorang gitaris asli/original yang main sesebuah lagu, dan terutama solo dalam lagu tu, dia hanya perlu dapatkan seorang penyanyi handal yang boleh bawa lagu tersebut.
Ni apa RITCHIE BLACKMORE buat bila dia buat persembahan tahun lepas dan June 2017 akan tour UK, dengan gunakan semula nama Rainbow selepas dia menjumpai kehebatan suara Ronnie Romero.
Macam aku cerita masa aku gi backpack tengok Ritchie Blackmore's Rainbow main di Jerman tahun lepas, (READ HERE - backpacking to see Ritchie Blackmore Rainbow first show in 20 years)
dimana peminat2 satu dunia sanggup travel datang, pasal nak tengok Ritchie Blackmore main balik lagu2 Deep Purple dan Rainbow.
Mintak maaf la sangat, tapi takkan ada orang dalam dunia yang boleh kasi bulu roma kat tengkok kat solo Highway Star, kecuali orang tu ialah Ritchie Blackmore sendiri.
Steve Morse dalam Deep Purple memang dahsyat, tapi takkan sama, bila aku tengok Deep Purple dengan Steve Morse, bila masuk solo2 Ritchie Blackmore..
Aku suka Steve Morse, tapi... betapa apa pun, tu semua solo Ritchie Blackmore kalau lagu2 sebelum tahun 90an dulu..

So harap korang paham la apa aku nak cakap sebagai seorang peminat. Tak payah nak pertikan benda ni semua hanya "Engineer" ke " pakar " ke boleh kasi komen ye?

Aku bayar tiket tengok band buat persembahan. Aku beli cd ori. Aku peminat. Aku luangkan masa, duit, susah payah, dan tanya la sapa2, ingat senang ke ambik cuti atau tak datang kerja pasal nak tengok band kegemaran kita? terutama dengan keadaan ekonomi sekarang? Orang ambik leave untuk famili tapi peminat rock n roll  band sanggup ambil leave bukan saje untuk famili matters tapi untuk band kegemaran? dan ikat perut susah payah, lepas duit tolak untuk famili, duit gi kat band kegemaran, tanyalah sapa2..
So aku berhak bersuara pendapat aku walau aku cuma Syok Sendiri sekalipun.

Never think you are too big, never insult fans intelligence.

Betapa sapa nak perkecilkan atau lupakan sumbangan Joe dan Hillary kat Wings dan Search, tak kesah pasal YANG PENTING SEKALI IALAH PEMINAT TAK LUPA.

Aku suka pilihan lagu2 Wings ialah dari tiga vokalis Awie, Mel, dan Mus.
Dan aku tak tahu, mana lagi pincang bagi peminat, Wings tanpa Joe? Atau Joe tanpa Wings?

Tak pedulik la kan apa mass media atau artis cakap, tapi tipulah peminat tak rasa kehilangan antara dua ni.


f) Ranjang Mawar tersangatlah terserlah versi heavy nak mampos. Thanks to the drummer. HAHA. Dahsyat dan paling best version ever.

g) Alam Barzakh - Joe nye intro solo tersangat best, dan Aweera "nail this song", Aweera pernah nyanyi lagu ni live sebagai opening act untuk Wings 30 Tahun yang show 4 jam kat Stadium Merdeka dulu.

h) Pasti - aku rasa boleh tanya sesiapa la, antara kenangan manis kalau tengok Search main live ialah kalau lagu terakhir ialah lagu "Pasti".
Salah satu kenangan ialah ini ialah lagu "perang botol air mineral". Berpuluh2? Beratus2 botol air mineral kena lambung dan kena campak dari berbagai arah. Paling teruk kalau ada yang lempar botol air mineral yang masih penuh. So baik letak tangan kat atas kepala kalau Search memainkan lagu "Pasti" sebagai last song. Meriah sungguh lagu ni... kenangan.

i) aku suka show ni jugak band ni having fun. Enjoy gitu. Bassist selalu tampil ke depan dan berganding dengan Joe dan Hillary.
Dan drum dan bass solo bila bergabung masa solo tadi memang awesome.

lagi??

j) aku nye pendapat la kan, mana2 konsert rock baik melayu atau omputeh, ada waktu bila penyanyi nak cakap sikit, memang kadang2 penyanyi suka berbual2 berceloteh macam Bruce Dickinson, tapi kadang2 tu memang dia dan seluruh band nak tarik nafas kejap.
giler ke hapa main non stop satu lepas satu lepas satu lagu.
mestilah ada pause kejap barang seminit dua, minum air atau tarik nafas kejap.
Kesian Aweera, baru nak celoteh sikit je, ada fans dah pekik2 suruh sambung next song. HAHAHA.

nanti la aku ingat aku tambah... haha.

Aku nye pilihan 3 apa aku paling suka , man of the match untuk aku, dan conclusion aku dah cerita kat atas tadi..

OK bye. Tadi Aweera cakap Rock Never Die. haha.

mestilah rock maintain, takkan melayu hilang di dunia sama macam rock never die.


p.s

lets tengok any bootlegs keluar tak untuk show ni. aku takde time actually nak upload full audio shows macam aku buat dulu. nanti aku try ok.. kasi cool dulu...
seperti biasa, masuk bakul angkat sendiri, aku dengar balik bootleg aku tape tadi... macam alrite je.








Friday, March 31, 2017

incoming- Savage Messiah "fateful dark"(Japan Ver.), Gary Moore"montreux 2010"(2cd Japan Ver.), Depeche Mode"spirit"(1 cd cheap version LOL!!!)

A short and sweet post. (I try). hahaha.
But first let me talk cock in Bahasa Melayu.

Oppss Its a FRIDAY. Hari jemaat ye tak? hahaha.



- Savage Messiah "The Fateful Dark" - band Rock England yang aku lambat sedar kewujudan mereka. 
Dorang  main style heavy metal miring ke thrash metal. Terbaik sangat pada aku segalanya pasal album ni dari segi lagu dan bungkusan, jadi aku terus sambar versi cetakan Jepun pasal cam biasa versi Jepun ada nasik tambah.
- Gary Moore Live At Montreux 2010. Rakaman rasmi live terakhir Gary Moore sebelum dia mati.
Kalau versi CD, hanya cetakan Jepun je yang penuh kena sumbat 2 cd, kalau versi biasa/Eropah hanya satu CD.
Kenapa aku sambar versi Jepun terus? kerana semua lagu dalam show tersebut ada dalam 2 cd versi Jepun. Pada aku ni antara live album / live video paling dahsyat aku pernah menghayati. - GARY MOORE BUAT SHOW CONDONG KE ARAH PILIHAN LAGU2 DIA YANG HEAVY METAL - Senang cakap.. tiga lagu baru tak pernah dimainkan sebelumnya, dan lagu2 dari album solo yang bernama Wild Frontiers yang memang heavy rock nak mampos.
- Depeche Mode "SPIRIT" - band paling unik dan gelap untuk aku dari aku sekolah sampai sekarang. 
Takkan ada band serupa Depeche Mode. Band2 Metal berlumba2 nak bersaing sapa lagi evil, tapi entah pada aku DM semula jadi dari zaman 80an lagi. Dan album ni condong ke arah politikus dan sentap jiwa aku, emosi aku tergugat dengar album SPIRIT ni. Mendayu dayu.

Nanti aku tunjuk dan borak merapek meraban satu2 ok lain kali. Kalau ada kesempatan la haha.


SOME INCOMING!! Recently..

Savage Messiah The Fateful Dark. (Japanese version)
Its a case of better late than never. Like I say, English Rock Bands have been invading my heart, mind and soul since I was a little boy, not even comprehending English language then.
Now, 666 years later, English Rock Bands, I mean, newer English Rock Bands continue to dominate me. Thats why I like to check out new young bands in Donington.
In this case, Savage Messiah is simply playing very good Heavy/Thrash Metal. Full showing of the awesome Japanese content and packaging soon.

Gary Moore Montreux 2010. (Japanese version)
I want an original audio version of the full show, unfortunately the normal version does not have that as it comes as one cd. Only the Japanese version has the full show as an audio 2cd format. I simply love Gary Moore when he plays Heavy Rock and this show's setlist and the 3 new songs are simply heavy like fuck.

Depeche Mode "Spirit". (1 cd cheap version)
The Masters. Non more black, non more evil. The Kings of all Masters and Servants. I like this album. Slow burner, burning in my heart!


I will try to show the packaging and talk cock more next time.

next -

OPTIMUS! 
PRIMUS! 
DOMESTICUS!!!!

aku akhir dengan ayat paling win, so far tahun 2017 ni

"Joe hanya seorang pemain gitar je" 

Friday, March 10, 2017

luahan aku pasal joe khabarnya dah tak main dengan wings dan 2nd april 2017 aku ingat aku nak kena ambik leave satu hari

Warning - Post yang panjang... karangan lebih 5 juta perkataan.


So,
Rasanya sampai sekarang ada korang termasuk aku masih hidup dalam nafikan / kemenafian / kemenafikan. (ada ke word ni? Living in Denial omputeh panggil).
Masih harap besok bangun tidur, Joe perform balik ngan Wings. Hahaha.
Tapi makin show Superfrens nak dekat masih senyap je. Tersangatlah "jom heboh tv3" hati ini.
Dukacita gitu.

Anway,
macam ramai korang yang aku rasa memang ramai la, masa zaman sekolah dulu, beli, atau dubbing atau "pinjam kawan punya tak kasi balik" kaset Belenggus Iramas waktu keluar kat kedai kaset.
Purely pembelian dan pendengaran hanya kerana kat sekolah budak2 melayu semua cakap """best" band baru nama Wings, kaset dorang baru keluar, ada empat orang.""
Dan tu la zaman Vandalisma merata2 dengan logo2 Wings kat meja dalam kelas kena conteng.

So,
memang tu jam Joe takde dalam Wings, so tak pernah menjadi soalan hingga hari ni peminat minat kumpulan Wings pasal Joe sahaje. Pasal Joe tak pernah wujud kaset pertama. Dan fans dah minat dari kaset pertama muncul kat kedai tanpa apa2 iklan, cam aku cakap purely , hanya kerana mulut ke mulut sahaja waktu tu.
Tu jam kena carik sokkabar Malaysia, yang Mama Juwie selalu tulis2 tu...
nanti ada la cerita2 sikit2 sekali2 Scandals, ahhh ada la hensem barger gitaris nye foto kat artikel Scandals.

Tapi,
sejak dia masuk, untuk aku ye, untuk aku, dialah segalanya.
Dialah heart and soul dan penyelamat, dan pada aku la dia main peranan "Onwards meng"catapult" kan Wings ke tahap hari ini".
Dia "drive" the band.
Hingga Wings jadi so exclusive dengan boleh cakap punyai hardcore fans yang ramai giler merata South East Asia. Ramai fans sanggup travel untuk Wings, baik tua muda lelaki pompuan.
Tak banyak band Melayu yang kita boleh cakap gitu.
Bila malam yang show 4 jam Wings 30 Tahun Stadium Merdeka , bila Awie sebut satu2 negeri, sebut satu2 negara,
dan bila dia sebut Bangladesh dan Myanmar, aku takkan terkejut kalau betul ada fans dari Bangladesh dan Myanmar yang betul2 datang untuk that sekali saje dalam hidup akan terjadi persembahan dan peristiwa dengan hujan lebat semua dan memang tak berganjak semua, a  very special once in a lifetime experience tu.
Maybe dorang punyai "travelling fans" paling ramai dalam sejarah muzik melayu aku rasa.
Seperti mana aku rasa dengan Iron Maiden kalau muzik omputeh.
(OK OK, aku tahu ada mamat melayu Singapore nak gi tengok Adele kena carik tiket kat Austrialia nye show hahaha and that ladies and gentleman is PASSION for MUSIC.)
So sedih kalau macam diremeh-temehkan dan seperti takde apa terjadi.
WALAU SUMPAH!! AKU HARAP REPORTER NEWSPAPER JE SEPERTI BIASA SUKA SENSASIKAN DAN NASIK TAMBAH!!!!
SILA ANALISI LIRIK LAGU SHIELA MAJID " LAGENDA ".

Anyway,
aku sebagai peminat ye tak? So tengok je la dan baca sokkabar.

So,
Irregardless sapa pun main gitar untuk Wings, asal brand name nya Wings, maka aku terpaksa telan dan terima.
Wings akan tetap diminati, they deserve it.

So
untuk aku sendiri, aku pernah tengok Wings on Stage, dengan guna moniker "Wings" tanpa Joe dan jugak Eddie.
Awie dan Black saje tapi brand name untuk persembahan guna nama Wings.
Awie cuma cakap "Joe dan Eddie kirim salam".
Kat Singapore suatu masa dahulu dahulu zaman purbakala.
Tapi..
Wings malam tu is like a Support Act je la. Seriously semua bertenggek pasal Gergasi2 Heavy Metal Muzik Melayu Singapore - Rusty Blade dan Rockers main lepas tu haha.
So nothing new untuk aku tengok Wings, iklan Wings tapi gitaris or gitaris2 lain.
Sayang tu jam, aku personally belum start "tape" "bootlegging" band2 aku minat yang main live.

So,
aku rasa ada jugak korang macam aku , paling minat dan rasa Wings terbaik bila sebagai PURE WINGS. Empat orang sahaja.
Keyboards pun takde.
Nothing beats that.
Aku ada rakam bootleg dorang main show sebagai PURE WINGS kat Singapore,
Aku masih ingat lepas tu, aku gi tengok dorang main kat Planet Hollywood KL, yang show ada lagu "Selamat Pengantin Baru" instrumental tu, Wings dah ada keyboards kan tu malam?
(Aku masih ingat tu show pasal tu la permulaan blog KU DI HALAMAN RINDU ini)
After that, Rokestra style start to come in,
and Taman Rashidah Utama is forever "destroyed" to me personally. To me je la. Aku gigil bahu kalau teringat intro2 lagu zaman2 Rokestra tu. Bukan kejap... lama..... BERTAHUN2.
Setiap show, everytime aku dapat tengok Wings main baik kat KL, Singapore, JB, dalam hati cakap, tolong la main style dalam kaset, tapi hampa.

So,
Memories banyak jugak kan zaman tengok Joe dengan Wings kalau live la untuk aku.
Kalau zaman kaset album studio, dan seterusnya cd2 album studio, cerita sampai besok pun tak abis.
"Alam Barzakh" masa JDT Double Trouble.
Soalan? Kenapa lagu ni dimainkan tapi takde dalam cd live atau vcd live?
Pasal Awie silap masa lagu ni. What a waste, Joe nye intro untuk lagu ni masa show malam tu was the bomb. Tak silap aku masa Awie "make that mistake", Joe was like looking at him haha.
"Ides of March" untuk tiga2 Double Trouble. Aku tahu pasal aku gi tiga2 show Double Trouble kat KL tempat kuda tu yang menyusahkan aku sebagai pengguna publik transport, kat Stadium Larkin dan kat Indoor Stadium Singapore.
So,
Aku takkan terkejut kalau show2 yang Joe perform dengan mana2 band lain lepas ni ada lagu Iron Maiden. Hahaha.

Lagi,
ahhhh MONOLOG. Aku happy gi show Istana Budaya untuk BONGKAR Takkan Melayu Hilang Di Dunia nye Wings show.
Aku tape show malam tu... Ada dalam youtube channel aku, full show nye sound bootleg.
Monolog Joe was simply the best among the four. Syahdu, bermakna, dan kat tengah tiba2 gitar solo.
Monolog Joe dua minit tu, was worth the show ticket, and terus masuk lagu Sayap Illusi.

Lagi??
Prime Domestic,
First time aku tengok Joe combine ngan Hillary bukan kat Rokestra 2013,
tapi kat Johor, stadium tertutup Johor Bahru.
Tu jam memang aku menyumpah, aku ada dua tiket show untuk Larkin dan Stadium Merdeka Search 25 Tahun kan? Dengan band Wak Kang, Slank.
Last2 entah apa jadi Larkin kensel, Johor pulak kena banjir besar, Search tak main Stadium Merdeka show anniversary dorang sendiri, dan sapa ganti? WINGS Jugak....  WINGS jugak cover.
Aku masih ingat, aku ada tiket kat tangan untuk 25 Years Anniversary Search + Slank yang Search last minit withdraw, aku ada kat A&W Mydin Puduraya tu, tapi aku tak gi Stadium Merdeka petang tu.. I got more important things to do come to think of it. Tapi I was there not far away that evening dengan tiket dalam poket. (Side track - Aku total 3 kali dah beli tiket show untuk Search yang semua kensel - satu Singapore , satu JB, satu KL. haha.. padan muka aku support Search in advance. Tapi tetap tak belajar, tetap in advance kalau beli tiket lepas tu baik tiga2 tempat ni, tapi ni blog pasal Wings not Search haha).

So
 tu jam once Search main show Selepas Banjir or something? kumpul dana mangsa banjir.
Hillary + Joe together perform after GME nye release.
Lepas tu diulang lagi sekali persembahan untuk KL pulak.
Ni show repeated kat KL Planet Hollywood yang ada lagu "Tanggal 31 Bulan 8 57". Yang keluar vcd dan cd tu.
I was there also haha. Mintak maaf la, aku ni kutuk2 Search tapi aku akan support by hook or by crook. I will be there!! Nak cakap always tak la. Tapi I try.
Mau kang dorang main Pembakar Perasaan aku takde, ooppss out of topic. haha.

Lagi.
Aku realise last two shows aku gi was 30 Years? Stadium Merdeka 4 jam yang abis nak kat kul 3 tu, ngan Plaza Angsana nye padang.
Sapa interested nak dengar the full bootlegs, aku tape dan dapat full recordings.
Simply amazing pakai digital rekoder, kalau zaman dulu pakai tape rekoder, mampos la kaset dah abis 2 jam haha. kena tukar side lagik...

Lagi??
entah la...
tapi kenangan la kan, cam korang semua sebagai peminat kumpulan Wings.
Aku suka tengok band main live.
Tak lebih tak kurang. Aku suka beli tiket, datang, enjoy the band, hati aku hurray hurray, tengok reaksi orang keliling enjoy ke tak, cuba tape pasal aku suka dengar bootlegs band main live yang aku rakam sendiri because its pure apa aku alami dan aku boleh re-live it.
And kalau band omputeh yang paling banyak kali aku tengok main live dan ketagih tahap kronik ialah Iron Maiden, maka band Melayu yang paling banyak kali aku tengok ialah Wings.
So korang boleh paham la ye betapa aku minat dan macam aku cakap, zaman jahiliah, hanya nak tido kat bangku2 simen kat Puduraya lama dengan mereka yang merempat, tak jadi hal pasal dah 1 pagi, 2 pagi, nak kena tunggu Subuh baru transport jalan semula.
Sebelum aku backpack merata ikat perut gi negri2 omputeh untuk Maiden, aku training dengan ikut Wings. Hahaha.
Cuma maybe regrets I never see them play at East Malaysia, aku selalu fikir aku nak tengok Wings main kat East Malaysia. MESTI HAPPENING fans rock bands sana ye tak? Tapi aku always tangguh dan nasib baik la jugak aku tangguh, kensel manjang.
Dua shows yang zaman dulu, yang aku terngangah je dengar cerita aku takde ialah...
dua2 kat Singapore aku tak pergi, tapi paham la tu jam zaman sekolah kan..
Wings open untuk Europe,
dan satu festival kat Sentosa, Bon Jovi main prime time, tapi lepas Bon Jovi main baru Wings main sebagai penutup.
Ini dua show aku dengar cerita dan macam.. ooohhh dear. haha. Tapi you cannot have everything in life ye tak?

Anyway
cakap pasal Iron Maiden ni..
Kalau band ada dua gitaris, dan satu gitaris keluar, impact dia tak sangat.
Dan unless band tu cam, main songwriters, tukang tulis lagu ialah bassist, singer, drummer, so tak terjejas.
Dan ingat eh!! Ni aku cakap pasal Iron Maiden eh....
Even waktu penyanyi Bruce keluar dulu,
yang kasi kata putus untuk band terus berkarya ialah kalau aku tak salah bukan Steve Harris pasal tu jam dia masalah rumahtangga,
tapi Dave Murray.
Dan yang jadi spokesman, cakap kat majalah, media ialah Steve dan Nicko McBrain sebagai utama.
Dan Janick makin kedepan sebagai penulis lagu.
Siap dorang siapkan 3 lagu terlebih untuk album seterusnya yang pada aku lagi sedap.
So, takde nampak macam, satu kepala je buat semua.
Ingat eh, ni aku cakap pasal Maiden.

Lagi
Ahhhhhh MENDIDIK? THATS A VERY STRONG WORD INDEED... Well.. lagi sekali...
Well, aku tahu aku gi show PRIME DOMESTIC bukan untuk pendidikan walau aku dont mind,
Cuma aku perlu dididik cammana lepas show aku nak balik rumah pasal tren LRT dahbis kan? haha.
tapi aku datang untuk kasi sokongan sebagai peminat berbayar.
Penting bagi aku, aku hargai orang yang berseni ni,
dan dorang pun macam kita, carik makan dengan makan gaji, cuma carik makan mereka dengan berseni untuk kommuniti yang minat seni yang mereka hidangkan.
So nothing is free.
Minta maaf banyak2, tapi kalau guru2 agama, ustaz ustazah, dorang memang la berkorban ke jalan Allah mengajar sana sini, terima jemputan sana sini,
tapi at end of day, mereka ni semua pun ada love ones kat rumah,
mereka pun nak kena pastikan esbok ada barang makan, dapo ada barang makan,
bil api air pun nak bayar
cost of living...
nothing is free kan? 


Tapi
 aku kerja hari Ahad 2nd April
Berapa hari tu aku kerja shift malam.
so nak kena ambik leave kerja, nak kena mintak tolong colleagues cover,
lepas tu siang hari Ahad baru aku abis kerja kat Singapore.
Nak kena rush naik bas gi JB Larkin, carik tiket bas ekpres rush balik KL
lepas tu Rush gi Ampang Park
Abis tido kejap lekas2 pergi kerja balik..
Tapi takpe... Sekali2...  seorang peminat rock n  roll band...muaahahaa

Tapi
kalau tak dapat pergi, gigit jari je la, dan simpan tiket ni buat kenangan...

So
OPTIMUS!!!! PRIMUS!!! DOMESTICUS!!!!
DAN LONG LIVE KUCING LONGKANG!!!!
VICTORIOUS TO THE END SEMUA KUCING LONGKANG
AGAINST THE HATERS
AND CRUEL SADISTIC ENEMIES OF KUCING LONGKANG!!!
Scratch them!!, scratch them hard!!... MUAHAHAHAHA!!
HAIL TO ALL MEOWS!!

hahahaha...  Sorry aku tengah biol sekarang. haha.

Layan satu dua gambo... Cehhhh... haahhaa..








So? yang tinggal sekarang hanyalah2 album2 Wings yang Joe main untuk aku dengar...

Basically every album except the first.

dan jugak, aku nasib baik aku bootleg seberapa banyak show possible aku mampu.

Walau ada show, celaka betul, recorder aku buat hal for different reasons.

So untuk korang yang nak dengar bootlegs Wings aku rakam thru the years, baik Singapore, JB dan KL, sila ke... https://www.youtube.com/user/tempehasuka666/videos

Scroll sampai bawah haha... banyak jugak la.. ENJOY!!!



p.s

tapi hati aku masih dalam hati masih imejin , Wings 4 malam tu, Joe return.
That will be glorious.
Dan aku akan menyesal aku tak gi, pasal empat2 malam tu pun aku kerja tiap2 hari dari khamis sampai ahad,

haha...

p.p.s

harap aku takde buat typo besar hingga ayat2 dalam post ni makna lain.
Kepala aku tengah berdengong je dari tadi..
tapi gigih buat blog...  kalau tak seminggu lebih takde post, SENDU sangat.