Friday, September 24, 2021

Warrior Path - The Mad King (March 2021) review/ulasan

 Salam and Aloha

The full album is uploaded on YOUTUBE herehttps://www.youtube.com/watch?v=mKowdt2eDI8  , but still its best to purchase a physical copy or download copy to support the band.


First in Bahasa Melayu Pasar and then in Broken English




Aku cuba ikuti perkembangan penyanyi dari Sweden bernama Daniel Heiman.

Aku minat dia jadi penyanyi tuk dua album Lost Horizon, dan satu album Heed.

Lepas tahun 2000 la ye, sebelum aku expose kat band Ghost dan Powerwolf aku rasa Lost Horizon adalah band aku akan " follow " selepas Iron Maiden bersara nanti. Tapi band ni ke laut. Tapi nasib ada Ghost dan Powerwolf la.

OK, so aku dapat tahu dia jadi penyanyi untuk album kedua untuk band negara Greece bernama Warrior Path ni. Warrior Path ni macam projek genius mereka nama Andreas Sinanoglou dan Bob Katsionis.

Jadi tak tahu apa nak cakap dah selain tunjuk packaging dan sikit latar belakang kenapa aku beli cd ni bila dilancarkan dulu. Aku beli kat website bandcamp band ni.

Korang dengar sendiri dan nilai. Untuk aku last song.. lagu penghabisan, bahagian penghabisan memang tak disangka... aku minat giler.

Actually review2 kat youtube tu dah boleh tahu la pendapat pendengar lain.

Cuma Daniel Heiman ni kurang sikit la " gimnastik vokal " dia tuk album ni. Lagi dia pekik giler2 lagi la aku minat macam dia ngan Lost Horizon yang sampai sekarang aku minat sangat. Lost Horizon ni kalau nak dengar satu dua lagu suara Daniel Heiman ni ialah contoh Highlander dan Pure.

Dah tu je bye. Take care.



So I was trying hard to check on Daniel Heiman participation in the music world. I think he is probably one of the best singers I ever heard. With Lost Horizon, that " Highlander " song will always be remembered for how his voice propel that song to an Epic Proportion.

I always think LOST HORIZON second album is so magical. And a HEED song lyrics decorates my page of this blog.

So anyway this Swedish singer combined with this Greece band for their second album. 

An album that I need a few listen and I realise how good it was as it build up and build up until the last moments of the last song." LAST TALE ".

The music is nice, a thriller thru out the whole album. This album should at least be given a chance by music lovers everywhere. 

So the full album is uploaded when the album was first released immediately on Youtube. Do support this band still.

The best reference I can give is the REVIEWS by listeners all over the world on the youtube upload of this album itself. Link is right on top.

Take Care.





Sunday, September 19, 2021

this is how i celebrate Metallica Black Deluxe 30 years

Salam Semua
Good Day !!
First as usual in my Bahasa Melayu Pasar and then in my broken English.

Seronok tengok sahabat2 tunjuk mereka nye Metallica Deluxe Black Album 30 Tahun yang versi 3cd tu kat wassap. Aku takde, aku kureng sikit Black Album ni, rasanya aku tak pernah memiliki cd studio nye pun, apa aku masih ingat dalam otak aku bila beli kaset tahun 1991 tu la dia...

Tapi tidak disangkal Metallica secara live aku paling minat zaman Black Album 1991-1994 gitu. Dengan Jason Newstead hebat sungguh, MENERAJUI BAND,  dari apa segi sekalipun, Dengan dia menyumbangkan suaranya sebagai " Backing Vocals " terhebat untuk aku, dan jugak vokals utama.
Aku suka Jason. Hahaha.

WALAUBAGAIMANA PUN 30 Tahun ni... Aku pun nak raikan jugak... So ni caranya aku rai.
Aku masuk Itunes dan aku beli ni enam lagu dari dalam full boxset Black Album yang ada 11 cd tu.



Aku bayar, beli ni enam lagu. Aku rasa ni 6 lagu meliputi apa terbaik dari Deluxe Black Album yang ada 11cd, 4dvd, berapa keping LP, buku2, buku tebal buku tipis dan sebagainya.....

Ooo lupa nak iklan sikit.. Kalau sapa belum tengok Besar Gedabak deluxe boxset .... And Justice For All, ah... meh tengok sini...  - http://deaf-angel.blogspot.com/2020/09/and-justice-for-all-metallica.html

Aku memilikinya, kerana... kerana ni adalah album kegemaran aku dalam sejarah Metallica dan memang hebat sejarah dan rakaman2 live zaman tersebut.

ok balik kepada berbual pasal Black album deluxe ni kenapa aku beli ini 6 lagu aje. dan bukan apa2 bentuk fizikal.

1. Enter Sandman Freddie Mercury nye show Wembley Stadium. Aku memang suka persembahan ini, bunyik Metallica untuk persembahan ini - dan kat intro tu ada suara Brian May, Roger Taylor dan John Deacon perkenalkan band.
2. Nothing Else Matters Freddie Mercury nye tribute jugak - again, aku suka sound kat rakaman ini. So aku bayar la sekali. 

Ni semua aku beli kat itunes, lepas tu aku convert jadi mp3. Jadi aku boleh dengar pakai Walkman aku masa jalan kaki or dalam pengangkutan awam.

3. Nothing Else Matters (James Hetfield RIFF TAPE) - ni kira James Hetfield sorang2 main Nothing Else Matters waktu dalam proses pembikinan lagu ni. EMPAT MINIT BELIAU SYOK SENDIRI. Aku pun rasa syok sangat... So again, aku membeli " lagu " ini.
Dia ada nyanyi sikit, lepas tu dia masuk solo. Dah boleh nampak la lagu ni dah nak siap gitu...

4. My Friend of Misery (Jason Newstead RIFF TAPE) - Tak tipu... ini satu rakaman ni adalah bernilai paling beharga la pada aku dalam beratus lagu kat Deluxe Boxset ni.  Sebab tu aku beli "pembikinan lagu" ni. Aku sanggup bayar. haha.
Jason sorang2 main bass intro dan bahagian lain My Friend of Misery ni. kalau korang dengar live bass solo Jason zaman ni, adalah dalam ni segmen2 ni.
UNTUK AKU, INI ADALAH SATU LAGU BY ITSELF, lagu Instrumental solo Jason...
tapi takpelah. at least live beliau boleh solo jugak lagu ni.
5. Thru the Never (Oakland, California 1991 October ) kenapa aku beli lagu ni? Pasal aku nak lagu ni versi live dimainkan Jason dalam bentuk rasmi. Aku takde... aku nak bentuk " official " release la kira.
6. Of Wolf and Man (May 1993 Manheim Germany) - sama jugak, aku nak versi live rasmi DIMAINKAN JASON pasal aku takde dalam bentuk lagu rasmi rilisan Metallica.

Selain tu...  aku meraikan ngan mendengar kembali rakaman2 rasmi Metallica ada kena mengena ngan zaman Black Album ni..
Ni semua aku beli dari Livemetallica. Rasanya sumber2 ni semua ialah dari soundboard Metallica sendiri dan diproses oleh HQ mereka sebelum dijual kembali bentuk mp3, flac lossless dan jugak cetakan cd.



 Sangat hebat Jason dari bunyik nya dan suara dia, sangat hebat Metallica zaman ini. Dan ni zaman Nothing Else Matters belum dimainkan lagi. Lagu2 Black Album masih fresh. Band sungguh bertenaga.
22 track dalam rakaman ini. Best kesemuanya.... Waktu mereka mula2 nak jadi rockstar betul2 punya. 



1994 Middlestown New York.
Keistimewaan rakaman ni, sangat senyap bunyik penonton padahal mereka main di event outdoors. Dan apa boleh diketahui dari rakaman ni James Hetfield sendiri cakap " you are fuckin crazy ", 
tapi bagusnya takde bunyik penonton, ialah... macam dengar Metallica main live dalam studio.


Korang bayangkan Harvester of Sorrow... SENYAP 16 SAAT masa kat tengah, pasal takde bunyi penonton. AKU SUKA GILER PERSEMBAHAN LAGU NI KAT RAKAMAN LIVE NI.

OK...
Metallica pun ada main Full Black Album ni secara live, dan rakaman2 rasmi nye pun ada dijual Metallica.
Tapi amaran - ni semua zaman Rob. 
Macam takde semangat lak permainan tuk Black Album zaman ni.
Metallica akan main terbalik.....lagu last dulu


Istimewanya live kalau seluruh album dimainkan (tanpa Jason, zaman Rob Ketam dah), ada satu track extra... IAITU BLACK ALBUM INTRO.
patut ni intro diletak kot sebelum intro Enter Sandman untuk versi rilisan 30 tahun ni. haha.

OK dah tu je... Take care bye.


Hi... Just a bit of Talk Cock to celebrate Metallica Black Album 30 Years version releases of different formats.
No... I didnt purchase any physical releases.
I just bought 6 songs off Itunes and convert it to Mp3 for my listening pleasure.

The Nothing else Matters (James Riff Tapes) and My Friend of Misery (JASON RIFF TAPES) are simple incredible recordings.
Its superb Metallica include those two for the hearing of people who listen to Metallica (selectively LOL !!!!!!).

Yes as can be seen above photos and whatever you can make out of it, 
I AM A BIG FAN OF METALLICA LIVE 1991-1994 when they are playing Live.
I am so thrilled and amused by Jason during this period.

Unfortunately, not all Black album songs are played by Metallica when Jason was around.
And when they really do play every song from it live, Jason is no more around.

Well..... Sad But True.

Anyway, if you havent seen the Deluxe version of ...And Justice For All.
take a look here, I got this one, cause I love the album and what ever the history, photos, writtings and live recordings of this period.




Friday, September 10, 2021

Senjutsu Arrived - show off 2cd book format dan pendapat dan hujah aku

 Salam.

As usual first in my Bahasa Melayu Pasar, followed by in my Broken English



Continue of packaging photos much lower.

immediate below are two screenshots of polls conducted by others in the forum to show as a guide on this posting...






OK dah dapat semalam aku punye. 

Cantik... rasanya semua packaging pun cantik la apa2 format pun pilihkan korang.

OK nak nasik tambah atas apa aku tulis minggu lepas masa malam rilisan aku dengar pertama kali.

Pasal ni album sangat konsisten jadi aku akan pilih album ni lagi hebat dari album Book of Soul. Dan pasal aku tak suka band rock aku minat suka " sandarkan pada kenangan" suka harapkan kegemilangan masa lepas je... 

ULANG2 recycle dan sebut cerita lama... Ni untuk aku la, aku tak suka orang asyik puji retis pasal cerita lama, aku suka retis aku minat sentiasa buat terbaru yang hebat2... gitu....

Maka... Aku nobatkan Senjutsu ni album terbaik Iron Maiden untuk diri aku dalam sejarah 17 album studio.

Aku makin perasan Darkest Hour ni, cerita pasal kewiwabaan dan kepimpinan dan kesabaran Winston Churchill ni, makin hebat. Macam aku cakap kat post lepas, lagu ni kalau main live... Semua mata akan fokus kat Adrian Smith, pasal tentunya beliau akan buat MAGIC untuk permainan gitarnya bagi lagu ni bila main live.

Selain itu takde beza, lagu paling Lost In A Lost World, lagunya, seluruh lagunya dan lirik nya menyentuh perasaan aku habis2an.

OK POLL atas tu, aku sangat teruja tunjuk betapa "diversify" dan betapa "luas" cara album Senjutsu ni memikat hati...

Bukan nak cakap semua lagu paling hebat ke apa ke, tapi bayangkan 200++ pendengar Iron Maiden di fanclub boleh buat pilihan yang sangat ketara perbezaan nye. Kecuali lagu Hell On Earth, yang ada jurang sikit, Tapi lagu2 lain pun dekat2 dan sama rata. Dan kalau tengok lagu paling atas pun takdelah jauh sangat ke depan.

Jadi inilah contoh aku cakap kenapa Konsisten giler album ni. Pendapat aku je lah.

OK yang merah tu ialah pilihan2 aku.  OK Bye.

Last aku nak cakap, aku tak terkejut ni album 82 minit akan dimainkan penuh live. Ataupun mungkin 7 lagu dari 10.






OK got my 2cd Book Version. The packaging is beyond asesome. The Credits and Thank You List is 4 pages. LOL!!

Like I say above, Lost In Lost World is still my favourite song but I slowly realised how amazing Darkest Hour still is. This song will be spectacular live once Adrian Smith improvised all his guitar parts.

The Polls that I shared, is I steal and copied from the fc. I just want to show the diversity in taste of voters. Except the runaway Hell On Earth, the rest is fairly balanced, And in fact the top song is not even getting that much polls.

So for me, I will interpret it as this album is so consistent that 200+ Maiden listeners is attracted to so much diversity.

Thats it.. I hope the whole album will be played live, and I really hope we can travel again safely and cheaply... I got to be there for some Senjutsu World Tour shows. HAHA.









Friday, September 3, 2021

SENJUTSU at 12AM 3rd September 2021

 As usual first in Bahasa Melayu Pasar and then in my broken English.

12 AM > ITUNES DOWNLOAD > CONVERT MP3 320kbps > SONY WALKMAN

Ulasan pendengaran pertama, pakai headphone 2 kali dan pakai speaker. Tanpa lirik so tak tahu sangat apa dinyanyikan Bruce.

MALAM MALAM BUTA !!!!
AKU SAMPAI AMBIK URGENT LEAVE. Pasal aku kerja malam hari ni. Kalau tak kat kerja aku bukan boleh fokus kat kerja pun kan?? HAHA.

Senjutsu - Mula ngan drum, so boleh berangan macam Jepun zaman dulu ketuk drum besar macam bedok tu. Perlahan, tentunya lagu pembukaan paling perlahan dalam sejarah 17 album. Kalau ni lagu perang, lagu perang pembukaan pertama sejak Tailgunner tahun 1990 album No Prayer For The Dying.

Mirip lagu pembukaan album lepas, If Eternity Fails, tiada gitar solo seperti biasa kita tahu Iron Maiden buat,... gitar solo nya di hujung penghabisan lagu.

Rasa kekok sikit kalau ni lagu pembukaan untuk Senjutsu World Tour untuk support album ni.

Stratego - lagu yang boleh dianggap semua orang dah tahu. Masih terbaik. Laju, rancak, catchy giler kalau boleh nyanyi ikut lirik, cuma kalau tuk aku kalau boleh lagi kasi lagi pendek lagu ni lagi best. Ada macam meleret lepas gitar solonya. Tapi walaubagaimana pun tetap 666/666 markah penuh!!

Kalau ni lagu kedua untuk Senjutsu World Tour.... Aku takut untuk drummer si Nicko tu. Beliau memang dah berumur. Tapi still hebat untuk permainan live 90 minit.

Writting On The Wall - lagu pertama diperdengarkan. Lagu ni aku dengar banyak kali aku makin suka. Kalau dah start hafal lirik nya nyanyi sama2 lagi best. 
Boleh bayangkan Adrian Smith goyang2 badan dia kiri kanan kiri kanan bila lagu ni dimainkan live nanti.

Lost In A Lost World - Starting dia macam sesuai tuk filem Quentin Tarantino part termenung2 gitu, Adegan Django teringat bini dia si Helder tu... HAH!!!!!!gitu... 
lepas tu dah "air guitar ", " air drum ". Seronok giler.
Aku dengar lagu ni abis, aku macam diri dan beri TEPUKAN BERDIRI!!! sorang2. Yes.. aku terus syok sendiri. Ni lagu paling mengejutkan aku.

Korang dah tahu betapa excited dan gembira nya aku bila dengarkan album ni pertama kali malam2 buta kan? hahaha.

Days of a Future Past - rancak la, bukan lagu terbaik tapi rancak dan best gitar2 nya pada aku. Kalau ni lagu live, boleh goyang2 kepala, happy2, kalau tahu lirik, boleh nyanyi2 sama.

The Time Machine - Permulaan dia tersangatlah lagu Talisman. Alahai...... Janick Gers/Steve Harris nye ciptaan. Sepatutnya terus masuk laju.
TAPI....... Bila lagu ni laju.... Indahnya... Gembiranya aku..... cuma patut mati kat laju...  suka betul Iron Maiden matikan lagu zaman sekarang ngan perlahan balik untuk saat2 terakhir.
Kalau main live lagu ni memang ok je.

Darkest Hour - Intro dan penghabisan cam kat tepi laut ada bunyik burung2 tepi pantai.. lagu perang, mungkin lagu ada kena mengena ngan Winston Churchill.
Mungkin Pantai Normandy... mungkin ini adalah lagu Son of Longest Day.
Macam lagu Coming Home... slow ngan gitar2 yang best...
So kalau betul tu Adrian, maka tunggukan improvisation giler2 nye tuk live... jika lagu ni main live la. haha.

Death of The Celts - macam sedara mara lagu Clansman gitu. Diri atas gunung ganang gitu 9 minit.
So SENJUTSU rasanya sesuai kot tema ni ngan lagu2 dalam album ni.
Banyak reference perang dan pentempuran.
Instrumental section hebat lagi sekali... 
Aku rasa bila aku dengar banyak kali aku akan lebih lebih teruja.

The Parchment - Mesir Masehi gitu....  Ada padang pasir gitu... Dune gitu.... Powerslave merangkak...
Macam kawan korang si Portdy yang sama2 ngan aku dengar album ni malam2 buta cakap...
mungkin ni lagu ada kena mengena ngan Raja Nebuchadnezzar. Tunggu lirik la nak konpem.
Cewahh

Hell On Earth - 3 minit lebih baru Bruce start nyanyi... sedap muzik nye..

OK dah... 82 minit.

Album ni sangat sangat konsisten setiap kandungan lagu2 nye. Markah aku kasi untuk album ni ialah 664/666.
Nak cakap Sempurna takkan la. Impossible. Dapat jadi jiran sebelah rumah pun jadilah kan?

Aku tak terkejut Iron Maiden akan main penuh album ni live serupa A Matter of Life and Death nye album dulu.
Pasal memang alright sangat la seluruh album, semua bahagian ok pada aku.
Nak dengar lagi dan lagi. Nak kena tahu liriknya. Nak kena konpem solo mana sapa solo.

Tiap2 hari aku fikir cammana la lepas covid19 ni nak gi tengok Iron Maiden main kat mana2. HAHA. giler. yes.
OK BYE

Now In English...  Something to be happy about in these tough testing times...

My first impressions of this album...

Senjutsu is surprisingly slow. Slowest opening song ever. Very weird if this is going to be the opening song for the tour to support this album. Again as in previous album opener, the guitars solo are at the end.

Stratego and Writting On The Wall - all is familiar now, first one is a bloody marvellous, the second is alright after a few listens.

I believe this will be the first 3 songs of the Senjutsu World Tour when it happens.
Once the Europe Legacy of the Beast final rounds is completed in June 2022 I believe.
Unless they change the idea for it to become Senjutsu World Tour instead.

THEN!! I want to be there... 

Lost In A Lost World - I give this song a STANDING OVATION on the first listen. Unexpectedly so good.

Days of A Future Past - a fast nice singalong 4 minute song if you going to know the lyrics..

Time Machine - So very Talisman Intro. Once it gets heavy and fast this song is so blistering and nice. Unfortunately the last few seconds it gets back to slow, when it could have terminated at the fast speed.

Darkest Hour - War song again. So Senjutsu is so appropriate title and Samurai Eddie them is so suitable....
We have Japanese War, English War, Scottish War, Some Desert Egyptian story in Parchment, and we have Donald Trump cartoon in the desert and we have Hell on Earth.

Anyway Darkest Hour is so Coming Home. It will be great with the guitars live.

Death of Celts - probably a Son of Clansman song? I dont know yet I have not read the lyrics.
Again great instrumental section.

Parchment - probably replace the Book of Soul song for the Senjutsu Tour. Will be a nice theme on stage.

Hell On Earth - Bruce starts singing on 3 minutes, great music to end up everything..


A consistent album from start to finish.  I can imagine Iron Maiden plays the whole album as they did for AMOLAD.

Happiness !!


















Thursday, August 19, 2021

Queen + Paul Rodgers & Queen + Adam Lambert live cds Ulasan/Review. Keperluan/Necessary !!

 As usual first in Bahasa Melayu Pasar then in my Broken English


QUEEN + Paul Rodgers - RETURN OF THE CHAMPIONS 2cd

QUEEN + Adam Lambert - LIVE AROUND THE WORLD cd + bluray




Untuk aku dua album live ni paling penting ada lagu2 yang Queen tak pernah main live pasal Queen berhenti main live tahun 1986. Sedangkan ada beberapa album studio selepas itu. Jadi ini lah peluang dengar lagu2 "terbaru" Queen dimainkan anggota2 Queen tinggal berdua tu secara live contoh macam I Want It All dan The Show Must Go On dan These Are The Days Of Our Lives. Seronok sungguh macam rasanya " ooooo macam gini la lagu ni kalau Queen mainkan live".

Jugak, lagu2 solo Freddie dipermainkan, kira rare la, jugak kalau album + Paul Rodgers tu ada lagu2 Free dan Bad Company jugak. Selain tu ada satu lagu yang aku tak tahu kewujudan langsung dan susah nak carik maklumat iaitu "Reaching Out".

Akhir sekali, muzik2 nye tentu sedap... dan terutama ada drums solo "Let There Be Drums". Dan jugak banyak jugak lagu vokals nye oleh dua2 anggota Queen iaitu Brian May dan Roger Taylor.

Kalau boleh yang Adam Lambert nye album tu aku nak setlist penuh macam yang aku tengok mereka main kat o2 London. Lama giler lebih 20+ lagu termasuk Killer Queen dan celotah kelakar giler atas pentas ngan penonton.

Dengan hujah2 begini, buat aku, ni dua album ni ialah KEPERLUAN BUKAN KEMAHUAN. sekian, terimakaseh. Cewahh!!.




Allow me to say why I think these two live releases are a necessity.

- Queen songs that were never performed live by Queen themselves from the last 3 albums.. MIRACLE, INNUENDO, MADE IN HEAVEN plus Freddie Mercury solo albums.

So this is a moment to think " this is how it sounds like live ".

- Brian May and Roger Taylor perform lead vocals for a fair share of the songs.

- The music is great plus the solos, and of course some of Free and Bad Company songs on the one featuring Paul Rodgers. Plus that rare song "Reaching Out".

I just wish the Adam Lambert one has the full o2 London setlist of winter 2014 or was it 2015 because thats the only time I saw them. My impression of Adam Lambert change tremendously after watching that show. Amazing frontman, amazing singer. A Killer Queen 20++ songs setlist of fans favourites.

Thats all till next time. Take Care and SENJUTSU !!!!!






Sunday, August 8, 2021

McAuley Schenker Group (MSG) - All/Semua Albums ulasan/review

 Salam semua/ Hello All.

As usual first in my Bahasa Melayu Pasar. Then in my Broken English.




Aku bukan peminat setia atau tegar Michael Schenker. Tahulah jugak yang lama2 MSG, termasuk zaman UFO dan sumbangan beliau kepada SCORPIONS. Yang baru2 banyak tengok dan dengar kat youtube aje. Tapi aku suka kadang2 beli live album yang ada Michael Schenker. Yang TEMPLE OF ROCK live 2cd tu hebat. Pasal live albums ni seronok dengar Michael Schenker gentel2 lebih dan lagi berdebar2. Pernah kot aku tayang dan ulas 2cd Temple of Rock tu dulu2 kat blog ni.

OK. Rasanya ramai tahu pasal MSG dengan katanama McAuley dan bukan Michael. Gabungan penyanyi suara merdu giler. Merdu bak buluh perindu. Robin McAuley. Beliau masih berkarya hingga kini, ada rilisan terbaru Supergroup BLACK SWAN beliau bersama dengan bassist Dokken pilson tu, gitaris si Whitesnake/Winger si Beach tu, ngan drummer yang main ngan Mr Big tu ganti mendiang tu. Matt Starr. Dan ada terbaru album solo Robin McAuley ni.

Jadi mungkin Michael Schenker dah temui tandingannya, maka dari tahun 1987-1992 gitu nama band ditukar jadi begini. Dan dapatlah kita semua tiga album studio, satu EP khas Jepun, dan satu album live rasmi. Last dua tu ialah versi akaustik semua...dan live tu jugak ada lagu2 zaman UFO, so sapa minat UFO boleh dengar interprestasi Michael gunakan dua pemain gitar akaustik sahaja tuk menyajikan lagu2 UFO bentuk akaustik.  

Pengakhiran jelmaan MSG ni pun bukan gaduh ke hapa ke... Dan kadang2 ni Robin McAuley masih bersama dengan projek Michael Schenker yang terbaru2 ni Michael Schenker FEST.

Jadi ni aku tayang koleksi McAuley Schenker aku. Semua cd. Dulu Perfect Timing tu aku ada kaset nya la zaman sekolah dulu, rilis je beli. Tu aku terus sangkut kombinasi Schenker dan McAuley ni.

So sapa tahu sikit2 jelmaan masuklah Youtube dan dengar semua album. Sapa tahu banyak... tentu ni datangkan kenangan. Sapa tak tahu, cubalah... konfem suka.

Rangkaian2 lagu2 mereka ni, aku kalau dengar aku akan pasang secara berantai mp3 mereka di rumah dengar sebagai Muzik Latar -  aku akan susun semua lagu dari lima album ni... berpuluh2 lagu ni. Takde lompat2, takde pilih2... pasal semua gerek....

Terutama bila masuk lagu2 slow... termenung kejap... teringat benda2 lama. 

OK tukar cenel omputeh, gambo2 dan review setiap album secara ringkas..



McAuley Schenker Group MSG - Perfect Timing (1987). 

What a debut combination from top notch famous guitarist and probably one of the best voices rock singer ever Robin McAuley.

Every song is a dream, Fast songs like the stop/go/stop/go of "No Time For Losers ", middle speed songs, slow ones like "Time" and " Follow The Night", but all songs are so very catchy and easy to singalong with simple lyrics. Remember 1987 is when most of us are teenagers.

I got this on cassette tape when it came out in 1987 and it has always been some sweet memories listening back to this album.




McAuley Schenker Group MSG - Save Yourself (1989). 


WEIRD is the songwriting credits, very minimum of Michael Schenker.

But it doesn't matter, as long as all the songs are awesome and rocking even the slow ones, due to the voice of Robin. Seems the songs nearer the start are the popular ones? But I like the ones near the end like " I am Your Radio", "This is my Heart" "Destiny".



McAuley Schenker Group MSG - M.S.G (1992). 


Probably the most popular in the early 1990s among my friends then. Fabulous songs from start to finish. There are about 4 slow songs... but don't let that demoralise you. Still superb album... This is the album where you can find the original " When I'm Gone", but for me there are three more superior slow numbers "What happens to me ", "This night is Gonna Last Forever " and the great "Never Ending Nitemare". 

(always confused about the spelling of this song nightmare and nitemare)

McAuley Schenker Group studio albums end here, and what a way to finish of with that song.

Dokken's Jeff Pilson and ex Scorpions Kottak play on this studio album.

Hugh Syme the designer for Youthanasia, Def Leppard's Retroactive, Iron Maiden's X Factor did the design for this album.




McAuley Schenker Group MSG - Nightmare  The Acoustic Japan Only EP (1992). 


This is where things really hot up, although its acoustic. MSG of this version gets more famous when their songs are played acoustically.

This is a marvelous EP of 6 songs, and the 7th is spoken words by Michael Schenker and Robin McAuley to their Japanese fans. Very inspiring short speech by Michael on this one.



McAuley Schenker Group MSG - Live Unplugged (1992). 

Sounds like Robin says Anaheim so it should be Anaheim California.

Just two acoustic guitars - Michael Schenker and Spencer Sercombe and Robin McAuley singing.

On my cd version. Three are UFO songs.. So its very interesting how it sounds with just two acoustic guitars. 

A brilliant way to end this lineup of McAuley Schenker Group.


I still listen to these collection of albums, not as individual songs. I would queue up these songs as album by album and play all of them continuously.

That is how much I love these songs till now many years later.

Take Care.