Showing posts with label universal studio sentosa. Show all posts
Showing posts with label universal studio sentosa. Show all posts

Monday, December 20, 2010

Universal Studio Sentosa - pt iv ( last part dah )



ok nak abiskan.. last kopek. Ni post contain spoilers - warna biru text kecik giler. Tak mau tahu, jangan baca tu part.
MERCHANDISE - atau korang nak panggil apa la, souvenir ke, tshirt2 ke hapa ke..
kalo korang dapat untuk setiap tiket masuk, sorang satu $5 shopping voucher memang tolong la jika nak beli apa2.
So take note ada beberapa merchandise shops all over the USS ni.
Korang kena ikut tema la, kalo kat Far Far Away tu jual mostly barang Shrek, Revenge Of The Mummy jual barang2 Mummy, macam2 la tshirts, buku2, souvenir2, lawa2..
Definitely for the guys and boys, mummy nye merchandise shop paling best.
Betty Boop pun ada, amboi tshirt2 Betty Boop ni tshirt la tapi gambo Betty Boop tu sexy2 haha.


Macam Betty Boop ni smua kat Hollywood gitu masa korang dah nak kat kat keluar masa balik gitu kan.
Harga tshirt ialah dalam $26-$29 la sikit lebih kurang.
So tu hari kita beli quite a number at different stores pasal lain2 theme kan, so setiap dua tshirt beli dapat satu tshirt FREE. Yang tshirt per ni not bad, kaler hitam ngan Universal Studio nye logo. So ok la dapat berapa helai free, so yang free tu korang boleh mintak apa2 size korang nak. A good deal, especially kalo dah pakai ngan $5 voucher tu.



Fridge Magnet Mummy was like $3 dan of course la macam2 la nanti korang gi tengok sendiri kat lain2 stores kat dalam USS. Aku tengok apa tu piala2 Academy Awards ke hapa ntah pun ada jual jugak.





NEW YORK NEW YORK




Cantik2 , yang bangunan putih ngan pillar besar2 tak salah aku macam librari kat New York was so very nice...banyak ambik foto kat sana, tapi sorry aku lupa nak ambil foto bangunan tu aje.

Selain tu memang cantik2 la pemandangan New York ni, maybe the best korang pergi lepas main games dan rides lain2 semua, petang2 relaks2 datang New York ambik2 gambo. Very Nice place.


oo sini ada lagi satu show yang memang best giler. Dan ni show patut tak bleh snap apa2 foto la, tapi aku dapat la sembunyik2 snap satu dua foto buat kenangan.

Lights Camera Action - Featuring Steven Spielberg.

Dia kat bangunan yang ini, macam tak perasan gitu kan..





So kalo dah pakai nama Steven Spielberg mesti ada nampak macam best kan?
Aku ingat ni apa sey? tapi memang lagi best dari aku sangka.

SPOILER -
Kalo boleh korang line up supaya dapat Front Row.
Bila masuk je ada satu studio nanti korang kena tengok video Steven Spielberg berbual pasal ni nye persembahan. Takde duduk2 diri aje.
Then korang kena masuk kat lagi satu studio, sama jugak diri.



Ada macam studio stage gitu, penuh air.. macam kat tepi laut ada port kecik gitu, then kira macam kat New York.
Jadi ni show simulates macam ANGIN RIBUT TAUFAN NGAN TORNADO ke hapa ntah...menyerang tiba2.

Real beb. Tiba2 hujan turun depan korang, air tu tenang terus bergelora, then ribut petir then ada la signboard besar semua kena tiup dari tempat lain terhempas depan korang, then ada la api menyambar2, rasa panas wooo, then of course la bila korang ingat smeua dah ok " KEBABOOOMM!!! " stage depan korang punye besi kat atas semua roboh, so korang kalo diri kat row depan akan basah, tapi tak basah banyak, tapi THRILL GILER! then of course la ada kapal besar tiba2 datang nak langgar korang...
Alrite la... I think ni sesuai for all ages, very fun, exciting and educational pasal kita tahu...oooo...Hollywood ni pandai temberang la.




Siap abis show, dorang tunjuk macammana benda ni semua retract balik to original position macam takde apa2 jadi gitu.
Like I say - Cuba dapatkan Barisan depan. Dia ada tiga barisan , kat lain2 level gitu, tapi kita semua kat front row, super exciting for a jakun like me and we got wet, not much just a bit, also there is a glass protection on the lower part of the body.






BATTLESTAR GALLACTICA
Jadi yang Human ( Manusia ) tu warna biru ke merah? Lagi satu untuk CYLONS la.
Masa aku kecik2, fullamak.. ni show memang best giler, ( zaman Starbuck tu lelaki, bukan versi skarang Starbuck ialah awek ) sampai terngangah mulut aku tengok cerita ni kat tv, tiap2 kali dia tunjuk jet fighter geng baik launching, dan tu docking, real beb.
Geng jahat lak, sampai termimpi2 nitemare tapi memang best giler kan mata dia gerak2 kira kanan..

Personally, aku harap jangan la Battlestar Gallactica ni ada buat masalah lagi di masa depan. Tutup la kalo nak tutup sampai semua ready..

Also coming next time..

TRANSFORMER - aku tak tahu apa punye ride ni benda, tapi konpem dah nama Transformer mesti kecoh abis.
MADAGASCAR CRATE
dan apa lagi eh? ada lagi lain kot in years to come dorang keep expanding...

ok dah tu je...
siang sampai malam pun..





In conclusion, personally I think it is way way better than I expect.

Everyone had a lot of fun.

Maybe next time we can return again hehe.









so seberang balik jembatan sampai Vivocity naik monorel, then terus keluar seberang jalan gi hawker center makan2..


Gezek dulu - Soto Ayam..



tapi , pasal dah kita tak makan sana sampai tak perasan gerai soto ayam/tahu goreng etc yang best tu dah tukar owner lak gerai slalu makan, so dah tak sama.. lain kali datang dah kena tukar gerai lain la... tapi lagipun tu jam dah malam, banyak gerai dah tutup..

nanti la aku tampal gambo2 makan eh...

Thursday, December 16, 2010

universal studio sentosa - part 3

Sambung, aku ingat nak cram semua kat satu post tapi tak boleh la. So part 3.
- post part 3 ni takde apa2 SPOILER aku nak describe so tak yah nak skip skip perenggan untuk yang tak mau tahu SPOILER.

Apa pun lepas kelakar2 Far Far Away , basah kuyup Jurassic Park, action packed Waterworld dan lagi sikit aku nak pitam terkejutberuk Ancient Egypt, kita makan dan minum dulu -

kena respek peraturan, korang jangan terang2 bawak beg plastik dalam isi epok-epok sardin ke,nasik bungkus ke, atau bawak mangkuk tingkat bagai, konpem security mesti tak kasi kan.
So korang letak je dalam beg.
Tu hari aku cakap tiket2 kita orang, setiap tiket dapat $5 food voucher kan? So korang bleh gunakan jugak kat dalam sana.

Also, ni bukan aku cakap ok, tapi korang masuk sendiri website USS dan tengok mana2 tempat makan/restoran yang provide Halal food, jadi korang dah tahu, tak la korang dah sampai nanti rasa was2 sana sini kan.

For vouchers $5 tu kalo dah mata-mata , bleh dapat meals bleh share, setakat isi perut je la.
Takkan nak melantak ye tak, nak makan2 lepas keluar dan seberang jembatan masuk balik Vivocity, korang boleh terus pergi Pusat Penjaja ( nanti aku tampal gambo2 makan kat sini k ) seberang jalan dari vivocity makan2 ye tak. Nak makan tempat ada up sikit, korang pergi makan kat Banquet la which is present kat mall dekat situ. Or any other halal certified aircon environment eating places. Tapi still aku rekemen makan kat hawker center across the road dah.

Kita take a break have a kit kat kat Goldilocks.

Very comfy environment Goldilocks ni. Mungkin tu jam tak ramai customer.




And speaking of Goldilocks ni, this newspaper dispensing machine featuring her court case makes a good laugh dan good photo opportunity. Ni pasal dia pergi makan bubur beruang2 tu smua kan? Aku dah lupa la.


minum -
Dont worry, korang bawak air dari luar, lepas minum abis, korang top-up pakai Water Cooler dah. Aku tengok sana sini seperti ada a few water coolers so tak jadi hal.
Kalo korang nak beli kat sana ok la air jarang ke, air soft drinks ke, tapi mim alip hah alip lam la. Betul tak aku eja? Senang pun aku teraba2. Rabak sey.

Coke je dah tiga ketul ok. I mean S$3.
Tapi cantik2 refreshments stands. For example -

Aku tengok ni aku dah rasa kelakar, agak nanti Madagascar nye Crate ride cam mana eh?
Apa aku tahu nanti, crate ride ialah ride atas air. mesti lawak giler nye kalo dah opening nanti ni ride. Nak2 ada penguin2 terlepas dari tanjong rambutan ni. Ni aku type ni, aku teringat cammana satu2 kasi salute kat kapten dorang je aku dah gelihati. Konfiden level dorang tinggi, tapi asyik buat blunder je, nasib cam kentang.





Then HOLLYWOOD lak


Pantages Hollywood Theatre
Ada show kul 6, by the time kita sampai, dah full house. So tak dapat tengok this live Monster Rock Musical. Tak tahu cammana ni show.




Tapi this stretch memang banyak kedai2 souvenir dan makan2 pasal dah memang kat entry/exit especially dah nak malam kan. Bila korang nak exit tu nanti ada besar nye signboard "Hollywood" gitu. A great photo opportunity jugak untuk korang snap.



Dah Hollywood kan, so ada la kot jumpa karakter kat sana..
This Charlie Chaplin guy memang pandai buat posing ngan visitors. Tiap2 visitor dia buat lain2 posing. Tapi korang kena beratur Q ler pasal ramai nak snap ngan dia.




Aku carik madagascar penguin2 giler2 tu jalan2 takde lak... tapi ada ni mr and mrs woody woodpecker ke hapa ntah nama dia so korang Q ler kalo nak snap foto ngan ni dua character.




ok Universal Studio ni kan... korang take note dia punye rides and shows abis kul 7pm tak salah aku tapi.. makan2 dan especially shopping2 Merchandise and souvenirs masih bukak. Nanti aku ceta nanti.
Tapi kalo korang datang Fridays and Saturdays evening ada fireworks ke hapa ntah, ada Hollywood Special masuk bayar lagi S$5 or something like that.



Nanti sambung besok lusa.

Monday, December 13, 2010

universal studio sentosa - pt 2

(clcik all photos to enlarge)

sambungan..
so next kita gi ialah kawasan bertema " ancient egypt ". Dah kecoh dah " Iron Maiden! " " Iron Maiden! ". Aku tengok memang banyak similarities zaman Powerslave dan dan memang pengsi, cantik, magnificient, gigantic dan lawa giler.

SPOILERS WARNING 'revenge of the mummy ride'- in small text and blue color. Jangan baca la kalo tak mau tau.



tengok bawah ni,
dAH macam avenue kat cover powerslave



If Iron Maiden Holdings ever decide to make a theme park, this is how Powerslave section should be.





there is another ride here called treasure hunt.. macam style indiana jones gitu.. simple la compared to the havoc of 'revenge of the mummy '



banyak cantik2, tapi pasal ramai orang, jadi macam rasa kelamkabut lak jadi tak sempat snap lagi banyak fotos..



tapi kalo korang sabar, memang bleh snap gambar cantik2 dan jugak boleh snap photos ngan all the characters and props.

Since Battlestar Gallactica belum start pasal nak pastikan keselamatan terjamin untuk penumpang, so kita tak pegi Sci-Fi City nye area which is kalo korang jalan lagi ke depan.
Macam aku cakap, pergi sini kena ada strategi dan susun timing...untuk get the best deal..





SPOILER - Revenge of the Mummy - Mula2 budak2 naik dulu, feedback, ala...tak takut pun, kedepan ngan gostan aje...
So we all decide to take the ride... ok beg ke hapa ke tak boleh bawak masuk ok untuk ni ride, korang kalo takde orang stay back pegangkan, korang kena letak dalam locker. Very user friendly electronic lockers available.. so no worries.

hah ko, Q je dah dalam gelap, tu takpe...anticipation tinggi, ye la...dah kena pukul canang " banyak Iron Maiden keluar nanti ", so aku pun happy la..
hah ko...starting dia ok ok je...lepas tu bila lipas2 kecik tu keluar je kan, vehicle kita reverse..kuat lak tu.. Aku ingat tu je... Ala...memang tak takut pun.
skalitukan, skalitukan..skalitukan
MAMPOS! giler babi aku cakap...jantung dah nak tercabut pun ada, nak pitam pun ada, punye la laju...dah tu giler babi koner semua, atas naik turun, curve sana sini, kira Dead Man's Curve la.. Aku mana la ada pengalaman ni semua, kawan aku kat kerja cakap ni ride tak seram, ye la dia dah all over the world roller coaster dia dah main..
aku dah panik...lawak pun ada....Bila nak abis? Bila nak abis?
Paling stylo ialah pasal ia dalam gelap gelita...sesekali memang Eddie oppss Mummy keluar.
Memang physchology nye ride la ni, tapi it was fun la...



Nanti sambung...

Thursday, December 9, 2010

universal studio sentosa - pt 1

Warning Spoilers in tiny text and blue in colour.

(click all photos to enlarge)

Mungkin korang boleh gunakan ni post sebagai panduan kalo nak.
SPOILERS aku akan type ngan huruf Kecik, dan jugak kaler biru. Kalo tak mau tahu SPOILERS, jangan baca bahagian tu ok.


kita pergi - naik MRT sampai Harbour Front, then masuk Vivocity gi tingkat tiga, naik Monorail masuk Sentosa. Bayaran Monorail $3. Boleh pakai EZ Link Card pun kat gate. Exit kat Waterfront station.



tiket - waktu kita pergi, hari kerja tapi cuti sekolah - harga untuk tarikh tersebut - Dewasa S$66, Budak2 S$48, Express tiket S$48.
Express tiket tu maknanya sapa pegang tiket ni boleh main mana2 game atau masuk apa2 persembahan tanpa perlu beratur. Dan beratur tu aku cakap kadang2 sampai 90minit kalo tengah timing ramai orang. Nanti aku kasi contoh kenapa Express Tiket tu mungkin sesuai untuk sesetengah orang, terutama budak2.
tiket - baik korang beli advanced booking, pakai internet or whatever, pasal mungkin korang gi sana tanpa tiket, kot2 takde tiket, atau ada tiket tapi korang kena Q untuk beli tiket dan masuk lambat.
express tiket - kena collect bila sampai sana, tapi dont worry, korang pergi kaunter guest untuk ambil, takde orang lain, tak payah Q.



Ni yang kapal Madagascar tu...aku tengok kapal ni aku dah happy dah..


Bila Masuk - Kita dapat tiap2 orang satu kupon voucher Meal $5, dan jugak tiap2 orang satu kupon Merchandise/Souvenir $5.
Aku tak tahu semua orang dapat ke tak, tapi tiket2 yang aku beli tu, layak dapat voucher2 ini. Untung la pasal bleh tolong2 bila belanja makan2 dan shopping.



Madagascar




ni merry go around budak2 nye.


ni show belum bukak lagik, in fact kalau korang perasan, USS ni masih macam tengah trial period - apa tu? soft opening period, tapi dah kira ok la jugak, kalo fully open, aku tak tahu cammana. Anyway, untuk Madagascar ni, aku tak boleh bayangkan betapa giler2 nye ni show nanti kalo dah bukak.. Mesti lots of fun punye.


SHREK Far Far Away Land





Beratur orang nak snap foto ngan Shrek.. Toilet Shrek mesti ada nye.


Regular Q ngan Express Q lanes.
Ni contoh kenapa Express Ticket comes in handy, ni yang roller coaster kecik untuk Far Far Away Land, kalau nak kena Q dah berapa lama kan? 40, 50, 60 minit, so kalo Express tiket .. sappp!! terus naik.
So mungkin korang boleh suruh budak2 pakai express tiket semua main dulu , korang tunggu kat luar, dah nanti petang sikit orang tak ramai, then korang ramai2 boleh masuk together, bila Q dah surut.
Kira tactical la gitu jadi korang jimat masa dan semua orang pun enjoy..



Surprisingly, tak ramai orang kat bahagian ni, banyak photo opportunities cantik2 kat lorong bahagian sini, dan banyak jokes kalau korang tau carik dan paham.
Goldilock keluar newspaper front page pasal buat jenayah was lawak abis.

Aku rasa ada dua attractions belum bukak, salah satunye ialah Donkey nye show. Mesti giler2 nye kelakar.



SHREK 4-D punye show...
Ni korang mesti nak tengok... KONFEM!!!
SPOILER - Aku gelak besar sey.. Its about 25 minits , campur ngan before masuk ada 'ceramah' haha.So korang masukkan, kena dengar talk dulu, lawak abis...three little piggies tu ngan pinochio kena tangkap ngan Lord Farquhad.
Then korang lepas tu masuk dalam dewan, dia macam panggung wayang. So kebanyakkan seat ialah seat 4D, tapi ada satu dua row tu seat biasa, tak bergerak - ni untuk orang pregnant atau apa la kalau tak mau kena duduk seat goyang2
.

SPOILER - So Shrek 4D ni memang lawak, bila ngah naik kuda, ngan korang sekali tergoyang2 kat seat tu,
then bila Princess Fiona bersin - AChiio!! Then korang kena tempias dia kat muka korang haha, serious..lawak giler..Aku mula2 dongak carik mana air datang dari siling? rupanya kat seat depan ada lobang kecik gitu keluar air sprray korang. Then bila ada labah2 banyak muncul kat screen, nanti kaki korang kena geletek, aku ketawa kuat siol ni part, then nanti everytime hantu Lord Farquhar tu keluar kan, nanti kat belakang leher korang nanti ada angin tiup2, kira macam nak kasi bulu roma ternaik la. Ribut siol cerita ni, really lots of fun. last tu kan si magic fairy tu terbabas kat screen terus dia langgar cermin kat belah kiri dewan.. lawak
.






Jurassic Park





Canopy Flyers - Yang terbang2 glider kat atas ni macam best kan? ni aku tak main...aku tengokkan aje..putus kang aku naik haha, one thing bagus, pakai express pass ni kita tak yah mendangok tunggu lama2.




Ni lak, Dino-Saurin ke hapa ntah...yang ni pun aku tak naik la...silap2 aku naik, roboh lak haha.




Rapids Adventure - Ni memang real... Naik cam boat bulat gitu ikut sungei laju gitu..

SPOILERS - Mula2 aku nengok orang lain ramai siap pakai poncho (tengok foto ada budak2 cina tu pakai poncho kan? ), siap ada beli poncho $2 lagik, ala...APA NAK TAKUT KAN? Basah sikit2 je...cam tak biasa je.. Kalau sikit pun tak boleh kena basah ,pakai skirt la kan?? haha.
Skalitukan, skalitukan...
masa naik tu kan? masa starting tu aku ingat ala... chicken-feed aje la ni ride...sekali tu masuk terowong blackout pun, ala...no problem la...skali tu nampak dongak TREX pun ala...tak takut, sekali hah ko, terus menjunam masuk dalam air, so aku lak nearest to the front at that time, abis basah kuyup part kepala sampai pinggang, tapi ok la, bila dah keluar tshirt terus kering pasal hari pun panas...
Tapi best la, kelakar pun kelakar...enjoyable...so paling best, pasal dia nine seater, then split into 3 sections, so as long korang duk tengah, is ok, tak basah.. kalo tepi2, ah risiko tinggi bila menjunam tu...I like it la, cuma part menjunam tu, aku nye jantung was like dap dup jugak la haha.


Waterworld




Ni Show tak mau miss... Ada tiga show hari kita pergi..
12pm, 3.15pm ngan 5pm..
Dont worry ada banyak seat, dia macam stadium gitu..
Aku suka geng jahat... asyik kena boo je, bersungguh2 lak tu audience boo geng jahat, hilarious.






SPOILERS
- Masa memulakan, nanti dorang warm up the crowd by doing funny acts and getting some of the audience wet. The more you try to stay dry by opening your umbrella etc, the more you get into trouble. The seats itself is divided into 3 areas, sort of wet, a bit wet and also dry area, the most fun is by seating at the wet and sort of wet areas, furthermore its nearer to the action and its action galore.



Nanti aku sambung...