Ramadhan 2013 / 1434h, , so lets talk a bit about this year's fasting month in both Singapore and Kuala Lumpur.
(1)
Epok-epok (karipap) paling legend sekali ialah Epok-Epok Sayur.
Entah apasal senang lak nak jumpa Epok-Epok Sayur ni bulan puasa ni...
ok ni dari dua gerai hawker center berlainan, salah satu ialah dari gerai "Epok-Epok Central".
Kadang2 bila epok2 tu tak cantik, atau pecah2, atau TERPELEOT gitu bentuk dia, pada aku lagi sedap pasal tu nak menunjukkan betapa hand-made epok2 tu, guna tangan.. so memang tak lawa.
(2)
Moving on...Kurma Madrasah Wak Tanjong... Cam biasa, kalau aku gi sembahyang Jumaat kat Singapore masa bulan puasa, aku look forward tengok budak2 Madrasah Wak Tanjong jual kurma amal dorang.
Cam biasa harga, sekotak ialah sebelas ketul. ($11)
So cam biasa , support especially your local and even a bit faraway mosques, madrasahs, and muslims organisations most importantly because if we are not supporting them, then who else?
(3)
Next...
Short review - Bazaar Hari Raya... both Geylang Serai (Singapura) dan Jalan TAR/kawasan Masjid India (Kuala Lumpur)
(3A)
Geylang Serai,
aku tengok makin lembap tiap2 tahun pada pandangan aku dan rasa ramai lain la,
tapi satu benda paling postif aku nak cakap ialah...
Betambahnya gerai/booth kat merata2 kawasan2 bazaar Geylang Serai tu yang disewa atau digunakan oleh Pertubuhan2 Islam , Madrasah2, Masjid2 dari merata Singapura yang ambik kesempatan orang datang Geylang Serai untuk shopping / marketing / soak in atmosphere Bulan Puasa ni untuk carik dan kumpul dana untuk projek atau penyenggelaraan masing2.
So korang kat Singapore boleh la nak support mana2 Madrasah/Masjid/Pertubuhan Islam korang suka ngan mudah pasal dorang semua banyak jugak yang bukak booth sepanjang Geylang Serai ke Haig Road tu terutama untuk Masjid2/Madrasah2/pertubuhan Islam yang tengah kumpul dana untuk projek2 upgradings/renovations etc etc.
ok..
(3B)
Kawasan Masjid India/ Jalan TAR (KL)
Aku turun LRT Masjid Jamek, aku tengok eh? Tak ramai orang je....kat Masjid India pun eh tak ramai orang je....hah kau makin dah nak sampai Jalan Tar tu nye lorong2 tu kan? aisey bedah, tak boleh jalan dah.....penuh sesak, dah la lorong2 tu sempit2 abis tu ramai nye manusia.. Ni baru hari apa sey??? Tapi rata orang semua recce dulu kot, malam raya baru serbu...harga turun dah haha..
Ni foto bawah ni snap nak naik LRT kat stesen Bandaraya...kena kawal lalu lintas dah, banyak sangat vehicles.
Tapi meriah la , cuma... penuh sesak... malam raya kalau pergi sana memang kecohrable abis.
(4)
ok... Bukak puasa dan jugak sahur,
ada kita makan kat rumah,
ada buka puasa sikit2 lebih kurang ala kadar,
ada bukak puasa kat masjid,
ada bukak puasa sorang2,
ada bukak puasa beramai2,
ada bukak puasa dalam bas express atau dalam perjalanan,
ada bukak puasa tepi jalan,
ada bukak puasa ngan time asar gi ambik bubur masjid ( ala...aku tak snap lagi gambo bubur lambuk masjid, aku tiap2 kali off days, mesti gi ambik petang haha ),
ada bukak puasa kat kerja
cam aku yang suka carik kerja shift gini, depending on shifts, buka dan sahur dalam suasana darurat dan kelam kabut dan "nak makan pun tak senang" aku memang dah biasa...I mean this is different for different people,
tapi aku kadang2 kesian tengok budak2 muda baru start kerja (dan orang2 dah dewasa tapi...) gitu yang mungkin seumur hidup buka puasa secara elok dan aman-damai dan sempurna, then kerja yang perlukan sacrifice a bit... Tapi hopefully, ni semua jadi pengajaran dalam hidup.
Kadang2 terpaksa cakap 'apa kata korang minum air dulu, lepas settle benda sekian2 pergilah makan", I mean benda gini susah nak tegur atau share, pasal kita kerja carik rezeki, dan tak semua kerja ada pilihan untuk berhentikan sementara kerja walau buat 10 minit hanya untuk bukak puasa je kan, pasal kalau benda tu harus berlaku time azan magrib, then terpaksa korang tahan sikit...
tapi hati aku kesian jugak, pasal mungkin aku tak heran la bukak puasa all that kalao hancor bocai nye bukak puasa. Like I say, different things for different people.
Tapi puasa ni kan ajar orang suruh sabar, kalau gabra sangat ingat makan, padahal kau gatal pilih kerja yang perlu kau kerja bila masa kau kena kerja pasal tu tanggungjawab kau pasal kau makan gaji, kita semua dibayar, apa yang nak dikejar pasal makan... Then? kerja opis hour je la kan??
Sahur, hah, ni lagi satu cerita lain pulak...
(5)
lastly, and the most important thing.. Zakat Fitrah.
I mean, memang kadang2 gerun, bila ada amil2, tengok kita lain macam, cam ada setan atas kepala, cam ada tanduk dua, haha..
tapi tu la masing2, aku suka orang2 masjid atau petugas badan Islam yang cool, cakap slow dan sanggup datang dekat ngan aku untuk tanya aku apa persoalan aku bila tengok aku cam tongong kat situ sedang colleague dia dah "woo haa woo" haa cakap kuat2 dari kerusi empok dia dalam bilik aircon tu waktu nampak aku diri cam tongong kat pintu pejabat tu , which I so salute padahal dia boleh duduk je tak yah nak gi kat aku tapi penuh kesopanan, terharu aku bila jumpa orang cam gini padahal dia tak yah buat pasal memang aku yang tongong, I mean people who present themselves as humble as possible, because being humble is virtue kalau kita tahu. And seriously, colleague dia tadi tu nye dressing lagi tersangat wow!! dari dressing orang ni yang simple and that colleague is much younger so I think that young man has a long way to go to learn sometimes you have to approach people with softness and being pleasant. .
To recap cerita2 pasal dah memang aku ngah banyak merapek ni kat posting ni,
aku pernah cerita tak aku tengok mak-nyah gi bayar zakat fitrah ngan drag dorang, amil tegur untuk beri nama original lelaki dan bukan nama glamour, tapi amil tak pegang tangan masa niat haha.
tapi tu la masing2....lain nilai kat manusia, kat Allah nilai dia kita tak tahu lagikan.
Seumur hidup aku, aku takkan lupa, bila aku zaman budak2 ngan tabung pergi mintak derma kat jalanraya merayau sana sini, memang orang melayu Islam semua tolong, tapi ada satu mak nyah ni... bila dia tahu untuk apa derma tu, keluar duit lagi kasi nasik tambah... for that aku respect and banyak benda positif kita boleh belajar, one, dorang kerja better haha, ok la nanti lain kali sambung...aku merapek tak stop...nak gi kerja ni..Ahad, mintak2 takde problem kat kerja haha..
OK, bukan aku nak backing dorang atau cakap apa dorang buat betul, cuma, bila kita masuk sendiri dalam longkang, baru kita tahu keadaan longkang tu cammana. Foto/Video boleh pakai tu memang betul, tapi foto video takde bilang kita bau nye cammana ok.
Ni two different receipts zakat fitrah at two different places.
Jadi ni resit Majlis Agama Islam Wilayah Perseketuan 7.00RM seorang
Resit Majlis Ugama Islam Singapura ialah dorang pakai printer cuma sepuluh hari terakhir baru pakai resit koyak2 pasal nanti ramai orang kan nak bayar, pakai printer gini, korang kasi nombor IC je, dan bilang berapa orang korang nak, split bayaran jadi resit jadi dua ke hapa ke, nanti dorang tahu la...
Singapura nye harga ada dua, ikut gred beras korang pilih $4.80 atau $6.80 seorang. So korang pilih la mana satu nye gred beras korang rasa lagi sesuai untuk korang bayar zakat.
Anyway peringatan untuk diri sendiri dan jugak untuk korang yang memang tak perasan benda2 gini,
kalau korang rasa perlu korang bayar zakat harta ( which basically for rakyat biasa yang tak punya apa2 harta, cuma mungkin ada wang simpanan kecemasan ), kalau rasa cukup nisab tu jangan lupa bayar and this applies to your love ones, so ingatkan dorang or you go settle it for them...Tak yah embarassed atau rasa pathetic la kalau jumlah dia sikit, bayar je la, mngkin sikit kat pandangan manusia tapi kat Allah sapa tahu kan?
,
,
,
,
,
,
STAY HEAVY!! \m/
...
no one can live life in loneliness, only stars in the sky far away... [WELCOME everyone from everywhere, with intention or by accident - THIS BLOG IS BEST VIEWED IN WEB VERSION FORMAT as its how I envision it to be with the text and photos but still any layout format will work just fine.]
Showing posts with label geylang serai. Show all posts
Showing posts with label geylang serai. Show all posts
Sunday, July 28, 2013
Tuesday, September 21, 2010
malam & seken raya & gezek krabi

tahun ni raya kat Singapura, dari malam raya lagi kita dah start raya kat Geylang..
so apa lagi kalo tak pegi ke kawasan Geylang Serai, jalan kaki je.
a few photos gambar2 suasana malam raya di geylang serai dalam pukul 10malam gitu..
but first, korang nampak tak daun kunyit? sedap sey..

Colourful but very crowded Night of Hari Raya Puasa at Geylang Serai Singapore, chewah.

joo chiat complex lawa sey design.

expected, trafik banyak... nasib baik kita jalan kaki je..

tak gi sampai haig road nye side ah, pack la..

ni baru kul 10 tau, kalo two minutes to midnight lagi happening...

dan...chikong/chng teng/laichikang or what ever the version that exist depending on where u are, jangan dilupa..

last aku nengok konsert free hari raya kat geylang serai was Lovehunters when they brought the house down with Seri Hari Raya nye cover version..
malam raya ni , was this more traditional performance...


2nd day raya was particularly interesting ( at least for us ) because of this...everytime kita tukar2 bas... kat bus stop Hougang, Ubi, Geylang...akan nampak ni, this bulan and bintang together...

lorong lorong ah soo
sampai siap diri kat jalan raya wei nak snap

kerepek ubi nye bus stop shot

naik bas turun bas...dongak kat langit lagi carik bulan bintang tu haha...
hapi lak bila asyik nampak je.. kelakar pun ada

Suasana semayang raya kat henpon la aku belum transfer lagik, nanti la kalo rajin aku tampal sini jugak...
Next....
Krabi..
Gezek dulu...

Aku was so excited that aku siap bawak kamera s90 tanpa any protection masuk gi laut tanpa fikir consequence dia huhu..
gerek sey...

nanti aku cerita k...
~ Labels ~
geylang serai,
krabi,
my photos
Tuesday, July 8, 2008
geylang serai - my memories (pt i)
nanti senang, aku nak carik balik smua photos geylang serai aku pernah snap especially masa pasar belum roboh dulu and tampal balik kat sini..
Anyway, some things never change..

ali? chan kim hock? ong lai chi? kawan lama kot
click to enlarge all handphone photos..
that pakcik is still around... sepanjang aku ingat, dah lama pakcik ni berkarya kat pavement pejalan kaki around geylang serai...kul 8am gitu huhu.

sekali tengok, memang lawak, everytime aku jalan kaki nampak karya pakcik ni, aku akan stop dan gelak sey baca karya dia,( sampai orang kat bus stop opposite smua tengok2 aku ketawa sorang2 ) tapi fikir balik rasa sorry pun ada, apa sey kat kepala hotak pakcik tu masa dia berkarya?Apa pun aku salute tulisan pakcik tu cantik..

ingat nyonya mana ntah..

siap taruk polis.. kang polis charge vandalism kang.

I love this one..ikan rebus 150sen
dan dia akan buat along the way... tulisan lama dia nanti pudar, nanti akan timbul yang baru...without fail..

these are the small2 things yang makes me love this place dari kecik sampai even now dah berubah..
aku balik sana tu hari then nampak becak ngan pax.. lama tak nampak.. dah berpuluh tahun pun tak pernah naik.. berpuluh tahun? aku dah tua sey.
Anyway, some things never change..
ali? chan kim hock? ong lai chi? kawan lama kot
click to enlarge all handphone photos..
that pakcik is still around... sepanjang aku ingat, dah lama pakcik ni berkarya kat pavement pejalan kaki around geylang serai...kul 8am gitu huhu.
sekali tengok, memang lawak, everytime aku jalan kaki nampak karya pakcik ni, aku akan stop dan gelak sey baca karya dia,( sampai orang kat bus stop opposite smua tengok2 aku ketawa sorang2 ) tapi fikir balik rasa sorry pun ada, apa sey kat kepala hotak pakcik tu masa dia berkarya?Apa pun aku salute tulisan pakcik tu cantik..
ingat nyonya mana ntah..
siap taruk polis.. kang polis charge vandalism kang.
I love this one..ikan rebus 150sen
dan dia akan buat along the way... tulisan lama dia nanti pudar, nanti akan timbul yang baru...without fail..
these are the small2 things yang makes me love this place dari kecik sampai even now dah berubah..
aku balik sana tu hari then nampak becak ngan pax.. lama tak nampak.. dah berpuluh tahun pun tak pernah naik.. berpuluh tahun? aku dah tua sey.
~ Labels ~
geylang serai,
my geylang serai memories,
my photos
Monday, January 21, 2008
asap
ni lak masuk forum sokkabar melayu hari rabu 16/1/08
Komentar : 16 Januari 2008
Mudah cetak | E-mel
FATWA HARAM MEROKOK SUDAH ADA SEABAD LALU
BERITA bertajuk Saudi timbang haramkan rokok dan tembakau (BH, 7 Januari) amat menarik perhatian saya.
Saya maklum bahawa ribuan orang Islam masih mengambil sikap enteng terhadap perkara ini walaupun ia telah dibahaskan sejak zaman khalifah Uthmaniyah (di Turkey).
Pada zaman itu, ulama Uthmaniyah di bawah pimpinan Haji Khalifa (Khatib Chelebi, meninggal dunia 1657) berpendapat tabiat merokok itu hukumnya makruh sahaja kerana tidak terdapat dalil tentang kemudaratan merokok.
Tidak ramai orang mengikuti perkembangan fikah Syafeiyyah.
Antara mujtahid terkenal mazhab tersebut, Sulaiman Bujarmi Al-Misri Al-Azhari, menerangkan tentang haramnya menanam, menjual dan menghisap tembakau (rujuk kepada Reliance of the Traveller oleh Nuh Hamim Keller).
Fatwa tersebut telah dikeluarkan lebih satu abad dahulu.
Hari ini sudah jelas bahawa tabiat merokok adalah bertentangan dengan prinsip 'halalan toyyiban' (halal dan baik).
Selain dapatan ahli sains perubatan dan kesihatan, tabiat merokok terbukti merosakkan kesihatan orang di sekeliling perokok, membazirkan wang dan ratusan ribu ekar ladang tembakau yang merosakkan sekitaran.
Saya amat berharap agar umat Islam di rantau ini memikirkan isu ini dengan insaf.
Tidak perlu kita mengikut-ikut sahaja sedang sudah ada banyak bukti nyata tentang haramnya merokok.
Lebih utama, kita harus mencari cara untuk menyampaikan fikiran kita tentang perkara ini kepada golongan pemuda dan pemudi Islam dengan cara hikmah dan elok supaya mereka tidak merasakan isu ini sengaja digembar-gemburkan sehingga mereka berasa lebih terasing.
Zainuddin Mohd Ismail
~ Labels ~
Books Comics Mags n News,
geylang serai
Sunday, October 21, 2007
lovehunters raya free show
Short report kumpulan lovehunters 20/10/2007
Malam tadi, lagi satu " notalotofpeopleknowthat " nye session.
Kat sebelah Geylang Serai nye pasar sementara ada free raya celebrations so korang nengok poster ni la...quite a number of rockers.
Aku balik keja singgah kejap pasal dekat je, aku datang ngah Hady Mirza ( Spore Idol 2 winner ), dia bawak lagu2 raya M Nasir, Sudirman gitu. Sekali tu terus host cakap, last artist? Ala!!! aku miss Malex, tapi rupanya last kopek is Lovehunters.
Dorang datang convoy naik motor..
So Lovehunters pakai baju raya, 1st two songs dorang perform ngan team Dikir Barat Eva Luna or something, Saha diri guna percussions.
1st song yang lagu - aku demam di jiwa ( apa title dia aku tak tahu )
2nd song - mari berpinda pinda
Style la jugak combine ngan dikir barat..
Lepas tu dikir barat tu leave the stage, Saha takeover drumset terus rock time..
( aku tak cukup tangan pasal nak try rakam video pakai henpon so sorry no gambo dorang rock time )
Aki ( sessionist Lovehunters ) style siak terus gitar solo, padahal setahu ni show untuk Member of Parliment dan organised by Kampung Ubi CC aku sua ingat dah nak jadi all out nye rock show... Lepas dia solo terus masuk lagu..
3rd song - Seri Hari Raya Sweet Charity..
Best best best, pasal lagu ni heavy, LOUD and clear. Sound bagus. MP mesti tekejut hahaha. Cammana agaknye time Malex perform eh.
4th song - Sambutlah Kasih... antara all time feberet lovesong aku huhuhu. What a blast lagu ni. Lovehunters masih one of the Monsters of Rock still.
Singalong wooo penonton, audience cam ramai suka Lovehunters je makcik2 hahaha.
Yazid ( bassist & singer ) siap cakap " Susah nak tengok Lovehunters, Free lagi!! " hahaha.
Best ah walaupun aku miss Cradle ngan Malex ngan whoever else yang rock2 nye guest.
Aku ada try rakam video Lovehunters, nanti aku try upload youtube ke hapa la kalo aku pandai. Aku pun confuse ni skarang MP4 cammana nak edit ke hapa ke. Nanti la aku see how dan also cek clear ke tak. Kalo rajin pun hahah. Search pun belum buat lagik. Anyway Hard Disk external aku crash so a few gigs Melayu aku rakam semua abis gone with the wind. Sedih ah jugak tapi what to do.
~ Labels ~
geylang serai,
live review,
rock melayu
Sunday, October 7, 2007
2007 pose & pre-raya pixs - spore, kl, jb ( part 4 )
lagi sambungan apa aku sempat snap untuk bulan ramadhan, suasana berpuasa dan pre-hari raya moods kat Singapore, KL, JB
( click to make them bigger )
Mesjid TV, orang ngah bayar zakat

Jalan Masjid India & Jalan TAR








Yokoso ( Tanjong Katong Complex ), Geylang Serai & City Plaza











Selamat Hari Raya Puasa, Kita semua zero zero k. \m/
( click to make them bigger )
Mesjid TV, orang ngah bayar zakat
Jalan Masjid India & Jalan TAR
Yokoso ( Tanjong Katong Complex ), Geylang Serai & City Plaza
Selamat Hari Raya Puasa, Kita semua zero zero k. \m/
~ Labels ~
bulan ramadhan,
geylang serai,
my photos
Subscribe to:
Posts (Atom)





