Showing posts with label juara juara rock. Show all posts
Showing posts with label juara juara rock. Show all posts

Wednesday, June 1, 2016

MAY Rahsia & Juara Juara Rock 3

Dari ulasan dan menampal foto2 aku menengok Iron Maiden main kat Perth Arena, dan jugak tampal tiket untuk 2016 Download Festival di Donington Park, Midlands UK,
Maka...  tulisan kali ini kita kembali kembali ke rock melayu,
yang pada aku sama hebat dan sama terbaik dengan rock omputeh ni semua.

So nari kita sambung pasal rilisan cetakan ke format cd album2 rock melayu yang kita semua minat  sampai berulang2 dengar kat kaset satu masa dahulu. Sampai kaset2 tu lunyai.



OK Lets start ngan album ketiga Kumpulan May - RAHSIA.
Berapa tahun sey aku tak dengar album ni, berbelas? berdozen? berpuluh? beratus tahun? cewaahhh..
tapi kan,

aku rasa macam ramai dari korang, tekan play button je kan cd ni (untuk aku, aku rip jadi mp3 320kbps dan masuk dalam player aku untuk dengar dalam bas, dalam tren, dan sewaktu berjalan kaki, dengar mesti pakai Headphone, volume MAX... tangkap ok... TANGKAP!!!!!!!!!)..
aku rasa macam ramai dari korang... yang lama pun tak dengar album ni..

serious berbual...  start je kan first song, boleh ingat lirik ok untuk lagu2 feberets.. mungkin susunan lagu lupa, tapi liriks boleh ingat. Mungkin tak semua, tapi once prompted je kan, dah boleh sing-along.

Seronok sangat. Aku boleh ingat ok, aku dalam bas zaman dulu, bas dua tingkat, duk atas, dengar kaset ni kat walkman. Its really a Rock Melayu moment you know?? Takkan Melayu Hilang Di Dunia Sama Macam Dengan Rock Never Die.

Anyway, May Rahsia, cover album yang seluar jeans tampal2 patch gitu. Tapi patch semua tampal luar la, nak kasi rock, buat lobang lepas tu patch tampal dari dalam la.... HAHA.

OK, ni album.. ada lagu sedap, DAN ADA LAGU BEST GILER..

Racun Bermadu , first song yang heavy nak mampos dan terbaik dari ladang la untuk aku.
Rahsia Kota..., BLACK AREA.. Aku suka sangat lagu Black Area ini, Pahlawan Mimpi.. "bang your head?" haha... rock mampos semampos nye la kan, SO BE PROUD OF ROCK MELAYU OK!!
Genggam Bara - Very unik lagu ini... relaks je lagu ini...

Tak dilupakan lagu2 slow, lagu2 meleleh...
Ada 4.
Korang tahu dulu kan? Aku mati2 ingat lagu Gadis Bertudung Putih tu ialah lagu hantu, lagu jembalang, lagu pontianak..
Macam Wahai Pontianak bawak la ku pergi bersama mu!!! Oh yeahhh gitu..
Cuma tahun demi tahun aku realise.. Oh kay.. lagu ni cakap pasal gadis bertudung putih as in gadis bertudung putih bukan Pontianak or something. HAHA.
So dah tak rock sangat la kan..
tak kuasa la aku lagu2 pasal suci mensuci ni putih2 ni semua....
Biasalah Melayu, nak putih, nak suci, nak murni... PADAHAL!!!

Terukir Janji pun ok, tapi sebenarnye, dua lagu cinta kat kaset side B album ni yang aku minat jugak la sesekali dengar...  Diari Cinta Pertama dan lagu terakhir yang judul lagu memang aku tak suka, lagu aku suka, tapi judul lagu macam judul lagu tak sedap, tapi lagu sebenarnya sedap... iaitu Pasrah Impian Siksa.

So.. kalau korang masih belum beli cd cd rock melayu ni yang dah dicetak dalam cd ni,
aku strongly suggest,
kira aku cakap tak bedek punya la, sila beli ketiga2 album studio May yang 1st sampai 3rd iaitu,
DILEMA, HAKIKAT dan RAHSIA.
Terbaik dari ladang segala kandungan lagu2 dalam album2 ni semua baik lagu slow, lagu cinta, lagu rancak atau lagu heavy nak mampos.
lepas ni tunggu je la Strategi. Kalau ada aku nak satu copy.


sebelum Dilema dan Hakikat aku dah review dan ulasan dan beri pendapat aku kat sini -

http://deaf-angel.blogspot.my/2016/04/may-dilema-hakikat.html

cam biasa ulasan dan pandangan berat sebelah pasal aku minat minat giler. Muahahahaha (ketawa jin...)

dan jugak apa2 je la pasal kumpulan MAY, live reviews, album lain reviews, bootleg dorang aku tape dorang main full show, buku anniversary dorang hardcover dan whatever semua kat sini...
under tag dan label bawah ni..
http://deaf-angel.blogspot.my/search/label/may



OKie DoKie...  next CD aku nak berbual ialah of course
  Juara Juara Rock 3.




TARIK NAFAS!!!! haha...

What a finish to the Trilogy Juara Juara Rock series.

Sebaik Star Wars Episode 4-6, Sebaik Lord Of The Rings Directors Cut yang double DVD untuk setiap filem dari part 1 sampai part 3. Korang tahu kan yang versi Directors Cut tambah lagi satu jam gitu kat pilem yang dah setiap pilem dah 3 jam. Tengok la puas2 in detail semua scene.


OK, cam biasa 10 lagu, satu band perform dua lagu.

JJR 3 tak sebaik JJR 2, I mean JJR 2 terbaik sepanjang zaman, tapi JJR 3 tetap best jugak..

SCANDALS - Gadis Kota & Penantian Tak Pasti.
Dua2 lagu aku paling suka, so basically JJR3 ni aku nye feberet is of course Scandals la kan.
What a waste ye band tak diteruskan.
JJR2 pun dorang marvellous jugak - Kuasa II. What a song!!


MAY - Gadis Misteri & Sketsa Sebuah Cinta.
Both ni songs nanti keluar lagi kat kaset pertama dorang Dilema.
Sketsa Sebuah Cinta, cam aku pernah cerita dulu, a bit lucah lagu ni HAHAHAHA.
OK OK, ampun ya, kalau Gadis Bertudung Putih aku dah ingat lagu Pontianak Harum Sundal Malam, apa lagi Sketsa Sebuah Cinta ada Dada Dada tu semua kan?

HAHA.

OK,

Metallian, serious aku tak tahu spell siak kadang2 band rock nama melayu ni.

Metallian kalau JJR2 ada lagu Segala Hanya Untuk Mu, antara lagu yang paling banyak kali ditulis oleh budak2 sekolah baik satu Malaysia dan satu Singapore waktu cikgu dalam kelas tengah mengajar, budak2 semua tulis lirik lagu ni dalam kertas hahha....

OK, kat JJR3 ni Metalian dengan dua lagu terbaik dan rancak...
Aku Dengan Cara Ku dan GERIMIS RINDU!!

Gerimis Rindu is a great song ok!!!! Feberet... Chorus dia Kecoh ok.

D'Febians - Bukan Untuk Selamanya & Kenangan Abadi..

D'Febians ni kkan untuk JJR ni kan, apa aku masih ingat dan apa aku nye impression, dorang memang heavy metal dengan cara lagu2 dorang nye time changes.

Ni la yang terbaik lagu Bukan Untuk Selamanya.

Kenangan Abadi pun ok jugak la kan...

OK last is Burnmarks - Snooker & Galeri Kasih..

Snooker aku tak minat masa zaman hurray hurray dulu, so aku memang tak paham budak2 lain asyik par billiard, sikit2 par billiard, baik melayu baik cina.

OK, and Galeri Kasih is a nice song also.


Thats all...

Selain dari beli first THREE cd MAY aku cakap tadi, sila beli Juara Juara Rock 1, 2, dan 3. Sila bermula dengan JJR2.. hehehe.

Aku pernah cerita pasal JJR1, JJR2 di sini
http://deaf-angel.blogspot.my/2016/01/jjr2-jjr-dan-kedai-muzika.html

Sorry Blog Aku ni makin cacamurba la haha..

OK thats about it..






Aku kelam kelibut buat blog ni kalau huru hara SOrryy....

takde cek takde apa...


Till next time, STAY HEAVY.





Sunday, January 24, 2016

JJR2, JJR dan kedai muzika

Wahh cita2 aku nak buat posting trilogy la kan...berturut2 gitu.
1st yang lepas - tunjuk aku baru beli.. dan sikit2 pasal aku kena panggil KRISTIAN.
2nd yang ni - JJR
3rd nanti la besok lusa...


Selepas abis saje kumpulan LOUDNESS (zaman Mike Vescera Soldier Of Fortune dulu) main kat Singapura zaman kegemilangan rok melayu dulu, Arwah Adnan Maswan poprock tanya kat Joe Rockers (penyanyi kumpulan Rockers zaman tersebut) pasal persembahan Loudness,
So Joe Rockers jawab antaranya aku rasa paling legend ialah something like this - kalau kumpulan2 rok Melayu pun diberi alat2 instrument , sound sistem dan equipment2 dan diberi peluang macam band International seperti Loudness gitu, tentu band2 rock Melayu boleh bersaing dan buat persembahan yang sama hebat atau lebih hebat di peringkat international.
Ni semua masa zaman kegemilangan rock melayu la.. sapa yang lalui, memang kena setuju la zaman tu memang thrill.

And aku tak paham orang nak label2 rock melayu 80an dan awal 90an ni sebagai macam2 gelaran rock.
Untuk aku ni semua rock. Full Stop.
Dorang as relevant then, and as relevant now... Dengan keluarnya versi cd2 ni untuk album2 rock zaman tu.., inilah buktinya...

Anyway balik kepada interview Arwah Adnan Maswan dan Joe Rockers pasal Loudness main kat Sentosa, Aku rasa memang betul sangat. Betapa aku minat rock omputeh dan aku sanggup buat apa sahaja untuk menreliasasikan minat mendalam aku kat rock omputeh,(JIMMY BAIN BARU MATI!!!!!.. aku ada sikit hiba tadi bila aku baca news ni...).. tapi, rock melayu tetap di hati dari dulu sampai sekarang.

Aku tak pernah dapat tengok band rock orang melayu beraksi kat mana2 tempat terutama festival2 barat or show2 satu band satu band beraksi yang aku pernah menengok backpack kat negara2 barat...

cuma sekali je, kumpulan IMPIETY, rock ke? mati la aku kena lahar pasal kadang2 orang marah ok kalau tersalah sebut genre2 gini.. haha.
Dorang main kat Hellfest. Tumpang gembira sangat tengok dorang main pasal aku kat barrier, and bila aku toleh belakang, ramai giler peminat nak tengok dorang beraksi kat pentas Altar/Temple.
Tapi serious sebelum last song aku squeeze out dan blah, pasal aku nak tengok kumpulan SATAN nak mula main kat pentas lain.

Rasanya IMPIETY ialah only band "MELAYU" la aku pernah tengok kat mana2 konsert2 dan festival2 rock kat mana2 aku gi backpacking layan rock omputeh kat negara2 barat.

Dan fuck it ok, kita melayu ni yang bertelagah.. rock la, metal la...
omputeh... dorang steady je... semua band pun dorang layan secara lazimnya lah untuk pandangan aku...
Ni macam ok band mainstream rock main, ok, hurray2...
kalau Iron Maiden main, ok bawak satu family tunjuk ni la cinta suci... ajak kawan2 yang tak pernah dengar tengok rock semua gi tengok apa tu rock band main live persembahan terbaik dalam dunia hiburan dan seni suara dan muzik.
tapi tengok band condong lebih keras, ok pergi ngan pakai baju hitam..
Get it?
Tapi rata2 sama orang sebenarnye..

Bak cerita Lemmy, orang depan dia kutuk2 Abba, kira macam Abba kan cam band setengah masak, geng lipat kain gitu kan?
kira mungkin nak tunjuk metal la, heavy la..

sekali tu kena sound ngan Lemmy, "bila kau last tulis lagu berjuta2 peminat muzik boleh nyanyi lagu tu sama2?"..


So melayu, tak payah la nak kutuk2 sesama sendiri, nak kutuk band rock melayu apa2 sekian...

tiru la style omputeh.... sama je orang dan peminat nye.. cuma, tshirt je tukar...tengok apa band kita nak gi beraksi. LOL!!

Pasaran Melayu dah la kecik... kalau tak suka diam, tak payah nak kutuk, nak perkecilkan orang lain.

Anyway balik kepada tadi, Sapa tahu lain kali ada banyak rock band melayu main kat festival2 gini kan?

OK layan satu gambar..


Nampak tak kaset Juara Juara Rock 2 tu?
ok... segala toknenek kaset semua aku dah buang... abis tu? mana siak aku nak simpan dalam gerobok.
Gerobok semua dah full...
tapi ada beberapa kaset aku simpan pasal ada istimewa pada aku, contoh Seach Di Pintu Sepi, Wings Best Of - korang tahu yang cetak kat atas kertas magik logo kecik2 tu, cute giler, lagi..? Aerosmith Permanent Vacation, pasal logo Aerosmith tu emboss kat casing kaset. Paham? dan of course JJR2 nye kaset ni.. lagi apa kaset aku simpan? haha...

Zaman dulu nye kaset Warnada, siap nombor telepon ok kat kaset.. haha...




Anyway kaset (dan sekarang CD) Juara Juara Rock 2, terbitan Warnada
Sangat istimewa... terbaik dari segala segi...
- Terbaik dari lagu rock laju - Kuasa II Scandals.
- Terbaik dari lagu rock bersifat kerohanian - Bayangan Hidup May
- Terbaik dari lagu rock meleleh yang zaman korang kat sekolah dulu korang semua waktu cikgu ajar tapi korang tak pay attention tapi tulis lirik lagu kat kertas so boleh nyanyi ramai2 - Segala Untuk Mu Metallian.
- Terbaik dari lagu ada sedutan sikit - Derita Bangsa May. LOL!!!
Aku dengar dulu Sentinel sebelum dengar kaset ni, so memang macam perasaan tu sama macam first time dengar lagu Debunga Wangi gitu.. hahaa.

Actually semua lagu pun boleh diterimalah halwa telinga aku walau ada terlampau meleleh tu.. haha..
Tapi D'Febians nye lagu laju Roda Penghidupan pun nice...

Tu jam kan? TV3 ada progrem Muzik-Muzik.

Tu jam, Scandals, ngan May.. bawak dua lagu seperti diatas...
tak menang la, tapi dah masuk tv..
Tu jam Scandals... Wahhhh Opie and Joe Wings... Wahhhhh Dahsyat.
Kuasa II. Tersangat hebat lagu ni pada aku..

Just imagine if Scandals has remained with both of them together...
Patut buat reunion eh.. wahhh imejin.. imejin.

So bila cd2 ni keluar, aku sangat rasa gembira pasal macam teringat kembali lah...
Memory ni.. yang ada dalam otak kita ni, memang istimewa sangat, boleh recall balik macam semua ni berlaku semalam....

OK next...



Aku dengar dulu Juara Juara Rock 2 sebelum aku dengar JJR.
Sebab tu cam aku cakap kat post lepas...
Battle Of The Band bukan pengaruh aku pasal tu bukan zaman aku, hahaha. ada dengar2 tapi bukan pengaruh tapi JJR2 , Yes...

Anyway Juara Juara Rock... Kalau dengar kan, macam ada dengar Creeping Death.. dan IKRARKU PADA ROZANA. haha.

OK, D'Febians was awesome la kan untuk aku for JJR.
Dan of course Burnmark nye lagu rancak Makan Hati Ulam Jantung.. haha.

Anyway.. Mana Juara Juara Rock 3?

Ala.. yang ada artwork lengan orang muscle2 gitu....?

Di dada ku... dan di dada mu.... lagu May kan? Skesta Cinta ke hapa ntah hahaha...

Kalau dulu2 budak2 sekolah dengar lagu ni macam part ni macam... eh Obscene siak..

Apa ni dada dada? hahaha...

Scandals ok JJR3 untuk aku adalah terbaik...

"kau hanya Gadis.. harus berwaspada, andai ternoda... PUNAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!"

rock mampos semampos nye...

dan of course lagu apa tu? Penantian tak pasti or something..

See? Aku boleh ingat ok kaset2 Juara Juara rock ni semua... pengaruh abis la kan?

Ooo ada lagu Snooker... Burnmark kan?

Hahahahaha... Kenangan la eh...

OK last but not least...


Portdy aku beli cd2 ni tiga bijik ni JJR2, JJR, dan BOTB kat JB.

Anyway, kau tanya pasal kedai kaset melayu Singapore kan?

hah... ni latest pasal Muzika Rekods.. Front page lagik ok.. Keluar kat surtatkhabar melayu Singapura entah last week kot? atau dua minggu lepas..

pasal Muzika Rekods nak survive kena jual tshirt or something...




To be concluded next few days...

Kenangan silam ni semua...


p.s

aku try to follow dunia hiburan yang aku minat..
So nari... memang sedih giler.. JIMMY BAIN mati. Dia ni la Rainbow Rising (selain Holy Diver, Last In Line, Sacred Heart, Dream Evil, Magica, Killing The Dragon pun dia kan?) jadi Rainbow Rising sekarang dah tiga mati (Cozy Powell, Ronnie James Dio, Jimmy Bain), tinggal dua je. Toni Carey aku pernah baca dia sakit2...
Ritchie Blackmore.... aku ada dating dengan dia dengan Rainbow... ooohh suspens ok.... aku tak plan lagi apa2 , tapi tiket show aku dah ada haha.


tapi... berita sedih, ada lak berita gembira.
Pet Shop Boys nak keluar album baru...

then aku gi website dia, ada lagu promo sikit je tak sampai seminit.. Inner Sanctum ke hapa ntah..
Terbaikk...
Hurray!!!!!!!!!!!!!

dah hafal lirik 
"Inner Sanctum you're a STAR!
Girls and boys know who you are"

giler ah...excited.