Showing posts with label masjid yang ada ceritanya sendiri. Show all posts
Showing posts with label masjid yang ada ceritanya sendiri. Show all posts

Friday, September 15, 2017

Masjid Al Rahma Mosque, Liverpool & more Iron Maiden live photos (Book of Soul UK Tour 2017)


Salam and Greetings (as usual first in English then in Bahasa Melayu Malay Language)
LOTS OF PHOTOS on this posting till the end of the post.

While backpacking alone for the Iron Maiden Book Of Soul UK Tour, travelling by long distance buses and trains,
I take the opportunity to walk around and explore the cities and places I went to.

So on one of the Friday, I was already in Liverpool and take the opportunity to attend Friday Prayers at the Central Liverpool Mosque called Al-Rahma Mosque.
I took a slow walk of about 30 minutes to absorb the surrounding and Liverpool environment walking to the mosque from the bustling city centre of Liverpool.

So here are some photos of the place...

Full of different colour skin and languages of peoples from all over the world, understandable as this is England, the UK. Coming from my part of the world, its easy to identify Muslims from Singapore, Malaysia and Indonesia.
The sermon of course was in English. The Khatib was not using any script, he got the positive messages across very well, it was near to Ramadhan then.

So here are the photos of the mosque building from outside, the inside, the ablution location, , the main prayer hall and all that.

To get a close up view of the pulpit, I waited till majority of the Friday Prayer Congregation had dispersed.















I hope to go again...




And now an Iron Maiden photo before the Malay Language text and then lots more photos till the end. There may be repetition from previous photos in previous blogs postings but I hope not.
The photos are from different shows. (I think) LOL!!



Hi semua...

ok apa aku nak cakap eh...

ok....

So masa tengok Iron Maiden main tu hari kat bebebeberapa tempat kat Britain... England, Wales, Scotland..

SO memang aku ronda la sorang2 lorong2 ke hapa ke, semua aku rembat je, insyallah takde apa2 la. haha. Macam aku cakap, pakai tshirt Iron Maiden adalah paspot kebaikan di negara2 barat.

Kalau kat sini, kau pakai tshirt Iron Maiden, memang kena chop kat dahi, macam kau dah fit a certain character profiling, macam mereka-mereka tahu je la kan sapa dia nak tahan mintak tengok IC.

So,
Masa Jumaat aku dah sampai Liverpool dari Aberdeen, aku masih ingat aku naik keretapi Tujuh jam tukar keretapi 3 kali kot, tapi ok la, sana sistem semua tersusun, tak yah bimbang, ikut jadual je, turun kat bandar mana pekan mana, gi platform berapa tunggu je ikut waktu nanti konfem keretapi kau nak akan sampai....
Permandangan pun cantik..

OK post ni aku tunjuk, aku nak gi semayang jemaat, solat jumaat kat Liverpool.

(OK, ni bukan nak menunjuk ok?? Atau nak bilang aku ni konon baik ke hapa k, aku bukan nye betul pun kan..), aku cuma nak kongsi je la informasi untuk sapa belum berpeluang lagi kan...

So aku jalan kaki, memang cantik pemandangan, bangunan2 klassik, memang best la kan... Liverpool memang terbaik dan special. Aku dapat rasa berapa tempat la kan..
Aku ada jugak la merasa berlainan tempat di UK sikit2 tu ada la, dan aku dah sampai dari atas tu Aberdeen tu dan paling bawah Portsmouth dan Isle Of Wight. 
Dan memang Liverpool sangat unik, 
tempat nya, dan orang nya... budak2 sekolah pakai dressing dan rambut macam James Dean.



OK so aku jalan jalan jalan tu gi masjid, aku hirup pemandangan dan udara, so aku pun sampai kawasan Masjid.
Nama Masjid ni Al-Rahma. Macam aku cakap kat atas aku hegeh hegeh ada la 30 minit, jalan stop jalan stop kan tengok tu ni.
So kat masjid ni, masuk je aku dah nampak orang orang Melayu.

Memang kelakar pun ada..

Kat Singapore, kat Malaysia tak sapa orang Melayu la kan, buat apa nak sapa Melayu, merata ye tak?

Tapi kat sana, nampak je Melayu pakai kain pelikat, nampak je muka Melayu hidung penyek.. Ye la Melayu hidung penyek apa...

Aku siap tegur " MELAYU EH?? " haha.. Serious, ada satu orang tua ni, aku tak tahu apa nak panggil dia, datok? Pakcik? Tuan? Encik? So aku pilih panggil Abang, kasi angkat sikit la kan hahaha...

Dahsyat dia dah duduk Liverpool dari tahun 1960 or 61. Siak ah dia kat sana masa zaman Beatles.
Terharu dia peluk aku dia tanya aku " MELAYU???"

Gitulah... Takkan Melayu Hilang Di Dunia, Sama Macam dengan ROCK NEVER DIE!!!

So dia cerita asal usul dia kat aku, Penang, KL, apa je la dia lahir kat mana semua,  dan pasal bang azan lambat lagi so ada la dia share story dia,, 
so then aku jumpa Melayu la... Dari Malaysia dari Singapore.. haha...
Biasalah semua dulu orang Navy kan, lepas tu merantau.. semua landing Liverpool tak balik la.
Balik Singapore, balik Malaysia pun jumpa sedara mara keluarga je.
Tapi kan... dorang tanya aku kat Liverpool buat apa?
takkan aku cakap aku backpack tengok Iron Maiden main kan?
so...

Aku cakap aku tengok persembahan budaya.. .. aku memang pakai tshirt Iron Maiden, tapi pasal masuk masjid aku zip up tutup dengan jaket aku. 

So seronok seronok sangat dan aku tahu dorang seronok berbual melayu dengan aku

Aku seperti biasa seorang bastard.. aku suka tanya " INGAT DAN TAHU CAKAP MELAYU LAGI KE?? " haha.

So ni la kat atas ni beberapa foto suasana solat Jumaat dan selepas solat. Ye la ramai orang takkan aku nak snap foto. tapi ada foto foto tempat ambil wuduk istinjak , sama jugak England ke, UK ke, apa ke sama jugak ngan konsep kita.. takde beza la...
Satu dunia orang Islam sama je, tak kira kulit dan bahasa.. kita semua sama... Itulah kekuatan Orang Islam, pasal kita semua sama je dari corok mana pun kau kat mana2..

Aku tak pernah percaya apa mass media cakap, bila aku tengok Rainbow main kat Jerman kat Loreley masa Ramadhan 2016 dan ada orang Jerman tu cakap cerita kat aku masa borak2 dia makan dinner lambat pasal kawan dia berpuasa dan nak tunggu 9.30 malam buka, 
bila dalam keadaan huru hara banjir lumpur hujan turun, 80,000 peminat tengok Iron Maiden main kat Donington 2016 , orang sebelah aku peluk2 aku cakap "Then I love you twice as much because Islam means Peace" masa Iron Maiden tengah main bila aku provoke dia masa kita pekik2 kat telinga satu sama lain pasal tengah gamat kecoh suasana Maiden tengah main, dalam keadaan tonggang terbalik dia tanya aku dari mana dan aku nasik tambah info yang aku orang Islam.. saja nak test market..  (NI SEMUA AKU PERNAH CERITA DONINGTON FESTIVAL 2016 NYE POSTINGS)

aku tak pedulik apa mass media cakap, siapa yang racun kan hubungan orang Islam dan bukan Islam, dan memang ramai dua dua pihak suka racun meracun masyarakat untuk benci membenci , tapi.. pasal untuk aku yang penting peminat2 heavy metal dan heavy rock dan band2 rock dan heavy metal semua takde  masalah dan takde tanggapan negatif kat agama Islam aku alright je pasal this is my kind of crowd la kan. Lain2 tu gi relak one corner sua.

Dan memang people on the street Insyallah tahu apa terjadi.. dorang pun macam kita jugak, tahu mass media dan hasutan internet sebar kebencian ni semua putar belit je.

SO sambung balik...
Khatib tak pakai skrip... berbual style Will Smith...
Tu jam nak masuk Ramadhan kan Iron Maiden nye UK Tour, so khatib ni sound la pasal Ramadhan, kalau sakit ke, travel ke, apa ke.. ada keistimewaan Allah dah beri...
macam2 la dia cakap..
Heran nya aku boleh paham... pasal dia gunakan bahasa mudah dan cara penyampain yang sangat mudah dihadam dan macam Will Smith siak dia nye bahasa haha.

Aku nak tergelak pun ada.
" TAKE IT EASY MAN, YOU ALL TAKE IT EASSZZYY...
RAMADHAN IS A MONTH OF RAHMAH (RAHMAT).
NOT A TORTURE.!!
IF YOU SEE PEOPLE TRAVELLING AND THEY ARE EATING..
DON'T YOU ROLL YOUR EYES AT THEM!!!!"
(Sambil dia sendiri pusing kan mata buat jelingan gitu)...
Dia cakap pasal solat jamak la apa la, .. anugerah Allah kenapa kita manusia elak padahal tu anugerah untuk sekian sekian peristiwa kita sedang lakukan.
semua nye sama, standard operating procedure SOP la kan umat Islam satu dunia.

So tu la... ni semua pengalaman dan pengajaran ye tak.... terutama untuk orang cam aku. (MUAHAAHAHA!!! - KETAWA JIN)

nanti aku cerita2 lagi... entah bila game nya...

OK layan foto foto kat bawah ni... ni semua merata tempat la, aku pun dah tak fikir mana show mana show..


Dave Murray, Janick Gers dan Adrian Smith... the 3 amigos..



Bruce Dickinson and Adrian Smith have a new hilarious action during the last two chorus of Wasted Years with Bruce monkeying around with Adrian's mic.
When Adrian is suppose to do backing vocals for this song....






Climb Like A Monkey... Bruce with his monkey mask presenting Dave Murray with a banana for Dave solo during this song...




Janick Gers with the amazing ending solo of Blood Brothers, when the whole world eyes will be on him...


Steve Harris face... haha.


TO be continued.... once completed I will retitle all these Maiden UK 2017 to proper labels..

Friday, January 13, 2017

contoh berfoto naik taraf masjid dgn bumbung kaca, kipas gergasi etc (Upgrading of Mosque example) & INCOMINGS Maiden #104 mag , Xmas card & Palladium Live version of This House is Not For Sale

A short one in English, and a full RAMBLING in Malay Language Bahasa Melayu.

Hi all, lets detour to something different, this is an example of a mosque upgrading in Singapore, where an open area space which though provides natural ventilation and sunlight, will expose the congregation to extreme weather conditions such as heavy rain is transform to something very comfortable with a sunroof and a monster fan.

But of course all these need money, but a strong united community will slowly get it done. Even if take years and of course there are lots of mosques to be upgraded and continued to be build across the island.

Rock N Roll will resume next post, I will show for those who have not seen the new Iron Maiden FC Mag #104 and the Xmas card design for 2016.
And also both the Japan pressing and live versions cds of This House Is Not For Sale next.

BYE - ALL PHOTOS IS BELOW.. Scroll downnnnn..



Salam Semua,  (satu post yang aku terpaksa mengaku, buat aku rasa panas dan kurang selesa, kulit rasa macam disiat-siat).

Walaupun ni blog takde perasaan, tapi dari pengamatan aku ramai di luar sana suka baca, carik info atau dengan apa tujuan pun, carik benda2 pelik contoh macam pasal kipas gergasi untuk masjid, dan sebagainya.
Sampai sekarang yang aku post berapa tahun lepas pasal kipas gergasi untuk dewan masjid tu orang masih masuk blog ni, dah 2 ribu lebih dah masuk terus ke posting tersebut. haha. 
Aku membebel pasal makan habib noh lagi, dah 3 ribu lebih orang terus ke posting tersebut.
OK la, harap aku takde la kasi info salah bila aku bebel tu.

Tak sangka pasal ni blog ialah untuk aku syok sendiri dan cuma korang sikit je yang tahu kewujudan dia, tapi timakaseylah haha.

So...
Hari ni aku sambung balik posting yang berkenaan dengan "masjid2 yang ada ceritanya sendiri". Yang aku ada link nanti kat bawah. 

OK, ni ialah contoh lagi satu di Masjid Al-Muttaqin di Ang Mo Kio Singapura, di mana, dari masjid ni dibangunkan, kat dalam bangunan masjid ni ada satu ruang besar yang design dia ada kawasan lapang, takde bumbung.
Memang nyaman, memang cantik, tapi jemaah exposed, terbuka kepada hujan lebat contohnya, bila mana time masjid penuh sesak contoh sembahyang jumaat.

Jadi masa masjid ni upgrading,dorang tutup atas, buat sunlight roof transparent jadi sinar matahari boleh masuk jadi terang secara semula jadi, jimat elektrik bil, siap ada tempat pasang lift jadi sapa yang uzur dan apa sebab pun boleh pakai lift naik tingkat2 atas.
Lepas tu letak satu kipas gergasi lagi.

Aku tahu dan konfiden, satu hari nanti, bila harga eskalator murah, aku rasa banyak masjid di rantau ni akan pasang eskalator pulak.

Korang jangan gelak ketawa, besok lusa korang pun akan jadi tua bangka kalau korang umur panjang tak mati2 lagi, so korang yang nanti nak kena naik eskalator2 kalau korang gi mesjid besok lusa.
MUAHAAHHAHAAHAHAHAHA (Ketawa Jin).

Ni semua perlukan berjuta-juta-juta juta wang. Tambah dengan banyak masjid dan madrasah semua nak kena upgrading sentiasa untuk ikut peredaran zaman, tambah dengan masjid baru..

Dan bila aku baca sokkabar madrasah2 nye makmal sains (science laboratories) semua sentiasa kena upgrading, then ni bukan satu benda remeh temeh untuk kekuatan komuniti Islam masa depan.

tapi bila komuniti, walaupun minoriti, walaupun semua orang biasa je, rakyat biasa je bersatu padu.

Positive things will happen. Dan ni sesuatu kita kena belajar.

Ingat, masjid untuk semua, dan korang geng tonggang terbalik, jangan pedulik kalau sapa2 berlagak pandang sinis, atau pandang korang atas bawah bila korang masuk masjid.

Masjid ni bukan mak bapak dorang punya. nak tegur tegur baik, jangan jeling atau pandang sinis hanya dari pakaian atau apa2 je la kat rambut atau kulit.

Pedulik la orang tengok badan kita ada apa cop dan design ke, pakaian kita apa ke..

Tu semua dorang nye hal, kita buat hal kita. 

Dorang mati, adakah semua geng baik je yang junjung mayat?

Geng jahat jugak yang tolong. So.... this is something to ponder for everyone.



PHOTOS of the finishing soon Upgrading of Al-Muttaqin Mosque in Ang Mo Kio, Singapore - focussing on the open outdoor area (huge foyer) that is now sun-roofed, a lift installed to go to higher levels for the disabled and old people, those huge monster fan installed, among others.

- Those who are not familiar, its not uncommon for congregations to sit on chairs for prayers for those with injuries, older folks who are not strong enough or for whatever reasons.

You can see the canvas greens on top so I guess lots more need to be done.














.
.
.
.
.


Even inside the Main Hall of the mosque, a new monster fan is installed.



The exterior is remained the way it was.


And this is how the open space looks like before. ( I googled this below picture).






So thats it...

UNTUK SAPA BERMINAT.. aku ada about 40 postings pasal "masjid2 yang ada tarikan sendiri".
gi link sini untuk sapa berminat
klik - Kalau boleh bila mati saya tak mau masuk oven selamanya

paling kecoh aku pernah buat post pasal Masjid kat Belgrade tu la..

aku ada cerita tak, kat situ, ada satu mamat ni, ooo kayyy, kita berbual Ayam Itik la, muahahaaha,

tapi dia sudah cerita kat aku dia dah jumpa Nabi Ibrahim dalam mimpi dia,

ye la, dia cakap takkan nak tipu kan? Korang tengok orang Serbia Islam nye cerita. Dahsyat2 ok. Dorang memang dah sikittt sangat kat kota Belgrade. Dari 300 masjid zaman Uthmaniyah terus jadi SATU.

Bila dia tanya aku apa aku buat sorang2 kat Serbia?

Aku cakap aku backpack gi tengok Iron Maiden main. DIA TAK PAHAM!!!

hahahaha. Dia mana tahu ni semua, dan aku ok je with that. Aku pun apa lagi "berlakon la" haha, PIJAK SEMUT TAK MATI TERUS. haha. Padahal rasa bahang tu ada la panas kan. haha.

ok ok bye.


INCOMING..




THINFS both Japanese pressing (yes Japanese are still pressing and I hate it when I ripped to mp3 formats its all Japanese text LOL!!!), and the spectacular live from Palladium version.


&
this really spectacular design of magazine 104.
I hope they will follow for this format of designing for each page for at least the next few issues.

ooo and the cute pretty xmas card.



(show-off session for those who have not seen the above items soon).


Tahun lepas bila aku tunjuk kad krismas Iron Maiden Fan Club hantar untuk tahun 2015,
aku dituduh aku ni Kristian oleh seorang pembaca. Aku harap dia masih baca blog sendu ni. haha.

Aku berterimakaseh kat dia, pasal adalah sentiasa aku dihina dikeji dipandang serong dan jadi sampah masyarakat mereka yang berlagak dan merasakan diri mereka berstatus tinggi, berpengaruh dan beragama,
maka sentiasa peringatan buat aku. So continue panggil aku kristian ok bro.

Nanti aku cakap sikit pasal orang Melayu ni suka panggil orang lain benda2 gini hanya kerana mereka fikir mereka ni dah bagus sangat.


Thursday, July 30, 2015

Kejadian Satu Peristiwa tentang Hal ehwal Makanan HALAL di peringkat International, tapi sebelum post ni aku realise sambil cerita pasal isu makanan halal, aku kutuk sesetengah Melayu cam terlebih lakkk

Hi Semua,

Aku tertengok artikel masa belek2 sokkabar omputeh Singapore iaitu Straits Times, tarikh 27 June 2015. Bulan puasa tu jam artikel ni keluar. 
Terus aku tertarik, baca, keluarkan henfon snap gambo dan nak niat nak share kat blog ini 








Essence artikel dan foto di atas ini ialah isu dan kempen yang ditimbulkan oleh sebahagian mereka di Australia yang ingin ditamatkan proses penyembelihan dan jualan daging halal. Selanjutnye artikel ni bincangkan hal bersangkut paut ngan lebih luas dan in detail.

Menarik artikel ni korang baca dan nilai sendiri kalau korang belum baca atau tak tahu wujud pasal ni.

**** K Dah tu je pun, lepas ni aku merapu merapek meraban *****

.
.
.
.
.
Jadi untuk ambik kesempatan ni untuk share berapa perkara yang libatkan permakanan dan perminuman Halal dalam kehidupan aku sendiri bila bercampur masyarakat.

1)  kerja, rezeki aku buat masa ni.. Ye la,,, kerja zaman sekarang ni sebarang masa boleh berubah-ubah turun naik pasang surut..
Aku kerja sekarang ngan kawan2 kerja yang ada datang dari luar Singapore dan Malaysia.
Jadi ada antara mereka kurang faham tentang dietary kita orang Islam.

OK OK, aku bukan cakap aku geng baik atau apalah, tapi semakin usia bertambah, kena la kan kita cuba baiki hidup sikit2. Especially kalau kat rumah. Kena la pastikan makanan, dan sumber makanan, dan sumber rezeki beli makanan tu kena la elok ye tak.

So kawan2 aku ni, baik hati... masak hot dog nak suruh aku makan, goreng ayam nak suruh aku makan, masak mee nak suruh aku makan..

Selalu nye bawak bekal pasal nak jimat duit belanja semua ni.

aku kena explain dan explain cara lemah lembut, sopan santun tanpa membuat mereka rasa segan atau tersinggung tentang cara permakanan yang sepatutnya kita orang Islam praktikkan.

"" FIRST - MUST BE HALAL SLAUGHTERED. SAFEST BET IS A CERTIFIED LOGO ON THE MEAT/CHICKEN or from a proper market stall that is undeniably sells only Muslim rites slaughtered chicken/cow/goat. SERIOUSLY OFFICIALLY RECOGNIZED LOGO FROM AN AUTHORISED BODY. Not just any three letter arabic word SPELLING OUT ''halal''.

SECOND - THE POTS AND PANS CANNOT BE CONTAMINATED WITH FORBIDDEN FOOD IN ISLAM SUCH AS PORK OR BACON. WASHING WITH SOAP AND DETERGENT CANNOT BE COUNTED. MUST BE CLEANSED ACCORDING TO ISLAMIC RITUAL.

THIRD - SAME GOES FOR THE UTENSILS AND THE PACKAGING TUPPERWARE.

So I suggest no need to bring extra food for me or other Muslims. Because if I turn it down, I will offend you."
""

Nasib baik, semua paham, walau ada nampak blur. Dan kita tetap kawan macam biasa.
KAWAN? YES. WALAU KADANG2 BERBUAL AYAM ITIK.

SUSAH NAK PAHAM OK KALAU AYAM DAN ITIK BERBUAL.

Awalnye Colleagues (Rakan Kerja), semua datang kerja carik makan, carik rezeki, tiap2 hari kerja.. maka jadilah kawan, ye tak?

Ni belum yang ada kalau ada celebrations istimewa ke hapa ke, nak belanja aku minum.
Aku cakap CANNOT... I CANNOT DRINK.
Never mind, we drink Carlsberg. Kira nak impress aku branded punye la...
Kan Ni Na bey!! Carlsberg or what all same la..

Ye la, mungkin dia kat negara dia sebelum merantau jauh lautan ketujuh carik rezeki dia takde atau tak campur masyarakat Islam.



2) PENCAMPURAN JUGAK AJAR AKU, BUKAN JE AKU PERLU PASTIKAN MEREKA YANG BUKAN MUSLIMS PAHAM  PERMAKAKAN KITA ORANG ISLAM,

TETAPI...

Kita jugak kena prihatin tentang mereka....

Untuk aku, kalau aku nak orang beri ruang kepada aku, aku nak orang hormat prinsip aku, hormat pegangan aku...

Begitu la jugak aku harus buat sama kat dorang....


Contoh, ada kawan2 kita yang berbangsa Cina contoh nye, dan mereka ada kepercayaan contoh Buddhist, Taoist, dan sebagainya...
Ada tak boleh makan Beef (daging lembu) kerana kepercayaan sesetengah dari mereka.
Jadi bila aku dah tahu, aku akan prihatin, contoh macam dorang nak makan apa2 kan, aku selalu bilang ni daging apa.

Dan tentu ada jugak yang VEGETARIAN.

So jenis gini, kalau kata korang nak buat makan2 ke hapa ke, pastikan order pizza Veggie Lover mudah.
Tapi jangan korang GELOJOH. ABISKAN Pizza sayur2 tu pulak nanti kesian budak2 Vegetarian. Tapi selalu nye tu pun cek ngan dorang dulu la...

Ni sama la ngan kawan2 aku yang pegangan Hindu bangsa India baik India Malaysia ke, India Singapore ke atau India Mari.
Kalau nak makan ke hapa ke, mesti kena cek... apa boleh apa tak boleh.


SERONOK OK!! Dapat bercampur asam di darat garam di laut ngan bermacam2 orang dari bermacam2 tempat ngan tahap kefasihan berbual ngan kita berlainan dari seorang ke seorang,

macam aku cakap, kadang2 cam itik berbual ngan ayam.. tapi SERONOK campur lain2 orang macam2 gelagat dari lain2 tempat.

Kalau nak cerita hal makanan je la ngan dorang, tak boleh abis...so kita move on..ke...




3) OK OK, last kopek la pasal actually cerita pasal makanan takkan game punye la...

Pasal artikel atas tu tentang peristiwa di Australia. So aku carik satu cerita hal bersangkut paut masa permakanan halal aku kat Australia la. Kat satu kedai Kebab kat Sydney.

Aku ceritakan hal aku kat Australia masa aku backpack tengok Iron Maiden main tu jam aku kat Sydney pasal aku nak tengok Maiden main Intimate Show kat Sydney Entertainment Center. (Becak ok becak indoor arena ni ok, bukan becak air, becak beer, ni show Maiden yang paling aku menyampah.. Peminat2 Iron Maiden kat Sydney kaya siot!! Beli beer, minum sikit, lambung!!! beli beer minum sikit lambung!!! Kira raining beer ok!!! Butto la!! Aku kalau kena hujan beer cammana aku nak kena travel terus gi tempat lain nak tengok Maiden main.. Baju tshirt kalau kena mandi beer mampos bau semacam... nak basuh tak kering. So avoid all these la...)

Korang tengok la blog aku 2011 dulu, aku sempat ok ronda2 Sydney, naik boat dia yang kat harbour tu best giler.. kagum aku kagummmmmmmm....tengok bridge tu. 

Jadi aku dah KEBULUR ni, taktik aku nak jimat duit backpacking makan roti dan minum orange Juice tak menjadi.
Aku nak nasik, takde nasik dapat kebab pun jadi...

So aku merayau2 Sydney aku jumpa kedai Kebab ni , ada la ayat2 suci, memang orang Islam dari Turkey ke Lebanon aku dah lupa..

So penjual tu borak2 ngan aku la, pasal aku nampaksah Rusa Masuk Kampung..

Dia tanya la apa aku suka makan? So aku cakap la... kita kat sini untung macam2 makanan ada...

Makanan Melayu, makanan India, makanan Cina, Makanan Jepun, Makanan Korea... Makanan Barat.

KORANG TAHU???

DIA TERUS """HARAM!!!!""", """HARAM!!!!!""...KOREA HARAM!! JAPAN HARAM!!!! NOT MUSLIM!!

SAKIT KEPALA AKU DENGAR ORANG NI CAKAP GINI.

Nasib baik la dia bukan Melayu... Kalau dia Melayu aku tak terkejut,pasal aku dah masak perangai sesetengah sebahagian Melayu berbual champion.



Dan again aku cakap aku pernah cerita ada satu blog tu cakap "Australia Tanah Kafir"" aku terjumpa blog ni pasal aku nak baca pasal Muslims in Australia sebelum aku backpack across Australia tengok Iron Maiden main.

Nak termuntah aku, typical some Malays favourite Words - KAFIR dan DAYUS.

Pasal macam pertandingan, berlumba2 sebahagian orang nak tunjuk dorang lagi mulia, jadi kena selalu2 la selitkan perkataan Kafir dan Dayus apabila cakap dan berinternet pasal orang lain atau tempat lain.

Melayu pulak senang kena CON, so sesuai la.



Setahu aku la, dunia ni dan semua tanah dia milik Allah. Cuma ada negara majoritinye non-Muslims, ada negara Majoriti Muslims.

Semoga negara2 yang Muslims nye sedikit, non-majority tetap unggul dan bersatu ummah, berusaha bersungguh2 ngan BACKS TO THE WALLS pun sekalipun, untuk meningkatkan syiar Islam. irregardless what others say.

Kalau kau panggil Australia tanah Kafir, maka tu la akan selamanya terpahat kat mentaliti bodoh kau.
Tapi tentu kau lebih tahu sebelum kau kafirkan sesuatu tempat itu, 
Benda pertama kau akan nampak keluar je immigresen Melbourne Airport ialah ARROW ke bilik sembahyang, siap ngan tempat wuduk, sejadah, kiblat, waktu solat seluruh Australia.

KAU TAK NAMPAK SIGNBOARD ""WELCOME TO TANAH KAFIR"" TAPI KAU NAMPAK PRAYER ROOM SIAP TEMPAT WUDUK SEJADAH ARAH KIBLAT WAKTU SOLAT SELURUH NEGARA.

Pilih la mana satu kau nak wahai Melayu. EGO OR EHSAN.

Aku kurang dari segala segi, tapi pengalaman ajar aku, memang betul ISLAM tu rahmat seluruh alam, dan Islam tu mana2 ada..

Kalau kita sibuk KAFIR MENGKAFIR, kafir mengkafirlah kita dapat.
Tapi kalau kita nak carik Islam, nak carik agama, nak cari redha Tuhan, maka insyallah kita akan jumpa Islam dalam keadaan apa sekalipun..

(bila aku kat Donington Park, Download Festival, ngan lebih 90ribu berkumpul tiga hari tiga malam dalam keadaan huru hara hujan berlumpur, dan khabarnye hari Sabtu hari Maiden headlining malam tu dah nak cecah 100,000 peminat rock omputeh dan seluruh dunia tengah happening giler babi nye happening, aku jalan2 la tengok2 gerai2 makanan, aku nampak satu gerai ada notis "all meats sold are slaughtered according to Islamic rituals" or something like that...
Aku kagum giler, aku terkedu... NI DONINGTON OK!!!!! Macam aku cakap, ni la untuk aku kalau orang tanya apa tu Syurga Duniawi aku cakap ni la tempat nye.... tapi kadang2 memang betul, tempat tak disangka2, orang2 tak disangka2 yang tahu pasal Islam...  Seriously kita orang Islam orang Melayu, aku tak terkejut ada campur daging Mutton ngan Daging Beef pasal nak cepat kaya.
Dan ni aku tak tipu pasal ada kes dah naik mahkamah memang ada.

And the same goes for Melayu yang pandang rendah kat kaum Muslimin di mana2 negara yang Muslims nye sikit. Dekat atau jauh.

"Ada masjid ke?", "Ada madrasah ke?", "ada sembahyang hari raya ke?"..

Seriously aku dumbfounded ok.


Anyway, Pasal untuk penjual KEBAB di Sydney yang aku makan kat kedai dia ni,... untuk permahaman dia, dia samakan sesebuah Kaum, sesebuah culture, sesebuah ethnic group atau nationality ngan AGAMA.
Dan mungkin dia kurang pencampuran, atau kurang buka minda. Tapi entah eh...

Jadi aku cuba terangkan...makanan tu apa pun, janji kita ikut persiapan dan ramuan nye ikut Sunnah dan ajaran Islam, tak jadi hal.  Dan aku try cakap kat dia berapa ramai la Jepun, Korea yang agama Islam pun dan sana pun umat Islam pun boleh beribadah semana mampunya mana2 pun mana2 orang Islam dalam dunia ni.

Entah dia paham ke tak??


OK la...

tu je la kot... Nanti panjang sangat lak...dah panjang punn..


Coming soon -

 aku nak borak pasal Nasi Ambeng, pasal Pisang Salai,  dan....




pasal Powerwolf baru AWWOOO!!!!!...








dan sambung2 pasal Savatage Boxset

Sekian...

Thursday, October 23, 2014

anjing, hormat, dan 1436

TIGA PERKARA...cehhh... SPM nak dekat. hehe.

1) Tu hari pasal kes pegang2 anjing tu ingatkan aku balik kat hukum agama.

Memang aku selenger bacin ok, cuba teringat balik apa tu Najis Berat. Apa tu Najis Mughallazah and all that.

Ada sekali tu masa aku buat Reservist. Memang aku dah tak boleh elak dah dari anjing. So apa aku buat? Aku jaga kolar baju aku jadi tak dijilat di cium leher aku, jadi aku bersedia untuk "surrender" jari2 aku, tapak tangan aku.... kalau dia berkenan.


Cium puas2 korang nak cium nak jilat tapi kat tempat yang aku kontrol!! Aku pun dah tak boleh buat apa dah aku dalam keadaan aku anggap darurat... Tapi nasib baik la sikit je pun...

Abis je aku blah je, kebetulan nampak bangla tengah cangkul2, wahhh, aku pun mintak tanah sikit. Merah2 la Bangla cangkul semua dalam2 pure punya... OK dah settle. Whatever you called it, samak or sertu ke hapa.

Aku ada standby stok readymade sabun sertu samak tu semua, nak kena restock kot? haha... ada expiry date ke benda2 gini, mana ada kan...

Anjing ni banyak tolong kita. Cium dadah, carik orang kena hempap bangunan, macam2 la...
Aku pun suka tengok anjing cute2, aku kecik2 suka baca Snoopy nye kelakar2, dah besar ni aku nye anjing favourite dalam komik semestinya Get Fuzzy's nye Satchel Pooch.

Tapi, kita kena tahu had kita.... kecuali macam aku cakap, dalam darurat, atau dalam tugas keselamatan dan pertolongan..


2) Korang tengok ni....



aku ambik foto ni pasal aku lalu kat Masjid Malabar tu hari... Masjid ni kat Singapura. Dekat Bugis, Arab Street jugak sana. Dekat jugak ngan Masjid Sultan. Dekat banyak la kira haha.





Aku tu hari tahu pasal pasal lobang Al-Houta. Dahsyat weii... ..
OK, tak tipu la, aku baca aku terus teringat cammana Boba-Fett jatuh dalam pit tu dalam tu Sarlaac ke sapa tu dah tunggu nak pelan2 sedut dia punya juice sampai ratus2 tahun dia tak mati kena seksa gitu...

OK OK, Serious balik, aku cam heran, dah la korang bunuh kejam sekejam nya, siap rakam2 lagik, dah tu korang hina mayat2 tu yang semestinya dah jenazah dan seagama. OK la, tolak pasal agama. Ngan semua pun kita kena hormat dan layan ngan baik.

tawanan pun kita kena jaga aurat dan maruah ok. Baik masih hidup atau mati.

ok ok aku berbual cam bagus aku tahu... tapi sometimes...


3) Selamat Menyambut Awal Muharram to all Muslims Worlwide.


Korang tahu tak? Apa stesen tv harapan aku?  Aku tak cakap kegemaran atau feberet pasal aku jarang tengok tv.  Serious berbual.

Aku tahu pasal wayang2 atau tv program cerita best2 pasal aku baca blog korang atau baca news atau dengar love ones aku borak, lepas tu aku masuk Wikipedia aku baca sinopsis. So aku dah tahu la....

Aku ni kira Posseur besar la kalau bidang tv dan wayang? Benda lain poseur kecik je haha. ! Eh ni supposed to be serious post ya ampun...back to topic.

Aku ni bila kat Msia kita tak pasang apa2 cable tv, Astro semua kirim salam je la....
Bila kat Spore kita tak pasang apa2 cable tv jugak, Mio ke hapa ke pun kirim salam jugak la....

Semua kena tengok tv PER. Tahu tv PER kan? TV Percuma la hahaha.... Dah banyak pun cenel per.

Bola kalau, hah.....When There is a Will, there is a way.....HAHAHAHA.

ok ok

Harapan TV stesen aku ialah RTM 1.

Dan Friday evening ni, aku mendangok la depan TV RTM1 nanti ye tak? Angkat tangan doa...


Aku ni jahil pasal agama, aku ni jenis clutching at straws gitu...
 kalau mana2 ada sapa2, ustaz2 ke imam2 ke angkat tangan doa, golden opportunity untuk orang jenis macam aku yang memang tak reti apa2 tapi nak jugak, so aku mesti nak join in Amin kan.
.
.
.
.
.
.
Semoga aku dan love ones aku dan semua la, termasuk sapa2 antara korang pembaca yang tonggang terbalik korang2 jugak yang jenis macam aku, dapat tempias nye....cam ustaz kat tv satu sebut tu hari, nabi suruh kita doa pagi dan petang or something like that la to a soalan regarding the betul tak betul nye doa awal akhir tahun. Ni progrem tepon2 tu... well.... aku benda2 gini janji bertauliah nye orang cakap or buat, aku ye kan je...

So thats it... dulu aku kecik selalau baca word jahiliah all that.
Aku rasa now then aku realise why.
Orang melayu kena wake up.... tapi melayu sekarang dah ok la... melayu dulu gan orang arab atau mengaku arab, gigil....






THIS POST WAS DONE WHEN LISTENING TO PARADISE LOST "IN REQUIEM"...


When I Missed You... Like The Desert Miss The Rain......








Monday, August 18, 2014

ziarah MASJID BAJRAKLI MOSQUE Belgrade SERBIA (my Maiden Europe 2014 backpacking to Serbia, France, & Hellfest 2014 PART 11)

This posting is about my visit to the only mosque left in Belgrade Serbia – Bajrakli Mosque. Its a photo-heavy posting. 

(CLICK ALL PHOTOS TO ENLARGE AS USUAL ON THIS BLOG).

Dari Hellfest Clisson ke Monalisa di Louvre Paris, dan kini kita ke satu2 Masjid berumur 400++ tahun yang masih wujud di kota Belgrade, Serbia. Padahal, masa empayar Islam Uthmaniyyah mentadbir ibu kota Serbia ni, Belgrade ada nak dekat 300 masjid.  




Intro sikit -
Sapa sini tak tahu apa jadi waktu perpecahan Yugoslavia dulu?  menjadi negara2 berlainan yang dari segi sapa minat bola memang memeriahkan lagi suasana kita tengok bolasepak, ye tak?

Rasanya tu hari masih jumpa lagi satu kubur ramai2 mayat ditanam lepas kena siksa kena bunuh ramai2 ok. Tapi dah diperelokkan dan disolatkan semua.

http://www.worldbulletin.net/balkans/141039/bosnian-bodies-found-in-mass-grave-laid-to-rest-updated

So, Kalau tak ingat, atau tak tahu, ada waktu, kalau senang, pergilah belajar carik ilmu, sama macam kita perlu belajar carik ilmu apa kenapa dari memula dulu masalah Palestin dan Israel dulu yang sampai sekarang ni..








Apa aku tahu, setiap negara bekas Yugoslavia tu, kalau korang pegang passport logo Malaysia kecuali Serbia je korang kena apply Visa. Lain negara2 bekas Yugoslavia semua takde hal kalau korang nak backpacking gi sana travel mentravel.

Aku gerenti korang la, aku rasa backpacking Sarajevo is ultimate la pada aku.

Tapi untuk aku sendiri, aku masuk Serbia aku ok je tak yah Visa, pasal aku nye passport logo Singapore.

Tapi actually korang pun tahu kan kenapa aku boleh masuk Serbia in the first place. Lepas aku dah decide nak tengok Iron Maiden headline Hellfest 2014 tiga hari tiga malam nye festival kat Clisson France ngan lineup band-band lain pun yang "tersangat dream come true untuk aku",
aku fikir, ala....takkan tengok Maiden main sekali je kan backpack kali ni, so aku antara dua pilihan nak tengok Maiden kat Bulgaria atau Serbia, pasal ni dua dates rapat ngan Hellfest, so aku pilih Serbia la OK la,

Anyway aku dah cerita tak? Masa Maiden main, bendera Serbia peminat2 kibarkan macam punye la dorang nye patriotik gitu, aku carik tau peminat2 bawak bendera2 lain dari bekas Yugoslavia, pasal confirm merata Yugoslavia turun tengok Maiden main malam tu,

tapi, aku cuma nampak peminat bawak bendera Macedonia je.. Dalam hati aku berani betul!! hahaha.
Aku tak tahu apa jadi kalau peminat2 Maiden dari Croatia dan Bosnia semua kibarkan bendera dorang. haha.

 ni semua lain kali cerita la, ni nak cerita pasal masjid ni.






tingkap2 tu semua tinggi2 pasal ni ialah design zaman uthmaniyyah dulu,

dorang suka tingkap tinggi2...

dah tu tingkat dua kayu gitu, lagipun pagar kayu tu tak tinggi ok, tak macam pagar kita....so kena hati2...
aku pun seram jugak kau tengok dari atas...

curam je gitu, nak jatuh bawah gitu....haha. Pada aku la. Sebenarnye ok kot, aku yang exxagerate.






Masjid Bajrakli ni... ok kita mulakan...

SEJARAH DAN INFO MENARIK!!!

- Dibina sekitar tahun 1575. Jadi 2014 tolak 1575 jadi masjid ni dah... 439 tahun dah.
- Masjid ni dibina waktu Turkey Islam nye Ottoman Empire, kita melayu panggil zaman empayar khalifah Islam Uthmaniyyah / Othmaniyyah (aku rasa kot sorry kalau salah) menjadi kerajaan kota Belgrade.
- Kota Belgrade ni, kalau korang belajar, antara kota paling tua dalam eropah. Ada satu sumber dekat Serbia aku cek was like kota ni dah 7000 tahun lamanya...

- Waktu zaman kerajaan Islam Uthmaniyyah dahulu, ada lebih kurang 273 masjid di kota Belgrade.
- NANTI aku harap aku tak lupa, peninggalan Islam , peninggalan kerajaan Islam, masih boleh nampak kat kota Belgrade.
- NANTI aku harap aku tak lupa, aku nak cerita pasal Muzium Perang Serbia Aku cakap la, aku tak pernah masuk Muzium yang sehebat, betul2 hebat macam Muzium Perang kaum Serb ni.....

- Masjid Bajrakli ni...pernah satu masa, diubah menjadi Gereja waktu Empayar Austria kuasai kota Belgrade ni tahun 1717 sampai 1739, tapi lepas tu tentera Uthmaniyyah dapat tawan balik kota ni.
- NANTI aku harap aku tak lupa, cerita pasal Kubu Perang Kalemegdan jugak....







- Nama Bajrakli ni dari perkataan Turkey, “bendera” atau “dengan bendera” gitu...
Apa aku cuba paham....kalau salah AMPUN KAN AKU OK!!!!...
Zaman tu, Masjid ni ada bendera kat menara masjid ni..... bila masjid2 lain kat kota Belgrade nampak bendera tu naik kat menara masjid ni...... maka.... dorang pun akan tahu jugak dah masuk waktu bang, waktu azan....waktu solat..

(ni kalau aku salah fakta sorry la, tapi that should be the purpose rasanya nya).




Ye la, zaman dulu mana ada radio, tv, internet bagaikan... So kena signal mungkin dorang guna signal bendera la kan?
Tu je la kot intro? haha...

Observation, macam mana nak sampai masjid ni dan aku dah mula merapu macam biasa kat blog ni..

Suasana nye sangat harmoni, bersih kawasan masjid ni, in fact, seluruh kawasan tempat masjid ni, rumah2 deret2 jalanraya kat situ semua bersih....
Aku takde masalah lalu lalang kat tempat ni, walau aku carik masjid ni nak dekat satu dua jam, pasal aku sesat pasal sangat "maze" dan aku keliru habis-habisan. Lagipun, best giler kalau explore, mengembara ni semua kita jangan tanya orang, kita just carik sendiri....best wooo kalau akhirnya jumpa.. Ni kira challenge la kat diri sendiri, kalau asyik semua nak senang je...aku rasa dah tak fun la.

Nanti aku senang aku cerita, aku jalan kaki, mengembara la kira ye, explore sekali corok Belgrade ni... apa aku makan!! hah...MAKAN!! Best backpacking bila part makan la... makan ikan salmon diri kat hujan renyai2 kat tepi jalan, lecak, orang Serbia semua lalu lalang tengok aku cam orang Pelarian gitu.....

(Belgrade tu kejap2 renyai2, kan masa tu aku pun nervous jugak pergi, pasal Serbia, Bosnia semua baru lepas kena banjir paling teruk dalam sejarah, lepas tu aku baca, Segala toknenek nye periuk api - Landmines - semua timbul balik, kena hanyut ngan banjir, tapi tak la, aku gi bandar utama dorang je, tapi ye la nervous la, ni baru bila je kan perang Yugoslavia berpecah tu.....)
Belgrade, Serbia, ialah negara yang taraf kehidupan mereka rendah la jugak banding kita. So harga boleh kita anggap murah berbanding tempat kita sendiri.
Hebat kota Belgrade ni....

OK nak pergi tempat ni, paling mudah la ye, dari bandar Belgrade, korang carik MACEDONIA EMBASSY dulu, dari situ korang jalan arah lorong masuk ke dalam kawasan rumah2...korang tembus je....kat area situ la nanti...



depan masjid ada kedai jual daging halal ye...




Aku rasa, tak mau la aku komen banyak2 hal2 konflik kat sana zaman Yugoslavia dulu tu semua, nanti aku tampal je la foto2 dari muzium perang dorang...


bicara hati..
- ermmm...timing aku sampai tu was like Zohor, korang tahu la Eropah nye waktu sembayang semua untuk kita kat sini memang sangat berlainan la kan, so dapat join semayang Asar jemaah. Tempat wuduk aku ambik kat bangunan tambahan tu...
- Bangunan tambahan tu ialah sumbangan Presiden Azerbaijan. Mungkin boleh jadi madrasah and all that.









Apa satu jemaah kat masjid tu cerita kat aku (AYAM berbual ngan ITIK ok!!!)

- Dorang jemaah kat sana gilir-gilir ok sesama dorang, take turn semua pun kena jadi IMAM solat, dan jadi bilal time bang. (time bang?? korang paham kan?? "dah masuk time bang belum?" hah...gitu..)

Korang, sapa yang baca ni kat Singapore, kalau yang huru-hara macam aku, jenis geng tonggang terbalik, kalau korang pun kena serve full-time National Service dulu kat Singapore aku rasa korang pun cam aku...

nak semayang sama2 ngan budak2 geng baik, dorang pun "hah, nak sembahyang sama2 ke??? gilir2!!" siot!!
kena take turn jadi imam, kena take turn jadi tukang qamat, hah...tak tahu kalau, baik korang tahu..
 tunggang terbalik aku qamat tu semua, siap kejap2 toleh kat budak2 lain "betul ke?? "

Aku tak malu nak cakap ni, sebab takde apa nak dimalukan haha.
malu bertanya sesat jalan.

HAHAA.. Korang paham la apa aku nak cakap, sebahagian dari korang pun sama jugak la kan?? haha..... tapi takpe biar manusia chop kita takpe...kita relak one corner sua, all will work out fine, insyallah.

tapi lagi sekali aku cakap, ni la antara pengajaran hidup bagi aku....

and remember when you are clutching at straws.... you are at your lowest, and being at the lowest has a lot of benefits that the "high and mighty" overlooked in their "assumed" supremacy and position.



(actually aku ada ambik videos la, nanti la aku upload kat youtube tanpa invasion sapa2 nye privacy sangat kan)

- lepas semayang pun dorang cam kita, ada doa amin ramai2 gitu...
- waktu aku kat sana, ada la orang dari negara2 Afrika datang, ziarah...mungkin dorang datang explore or something jugak, tapi aku spent some time la kat kawasan masjid ni..

- it would be nice la nak return masjid ni in the future, better half aku suruh aku bawak duit Serbia semua aku bawak balik, aku tak tukar balik. Nanti aku tunjuk bentuk duit Serbia. negara Serbia gunakan matawang DINAR.





- kalau aku dapat backpack gi sana lagi sekali, anyway, Serbia nye Iron Maiden fans gerek!
Korang tahu la dorang punye environment hidup macammana kan??? Bila kat konsert rock cara dorang memang happening la kan.

Tapi ada cam puaka sikit!!! Dah Mabuk2 datang pelok aku pasal aku kan lain dari dorang warna kulit semua rupa wajah!! cakap merapu2, tapi ok la aku tahu apa dorang berbual . hahaha. siot betul, ok la aku peluk balik haha tapi......... jangan beer kena aku sudah ok!! haha.....
baju kotor aku no sweat je asingkan plastik lain sumbat je semua dalam backpack aku...

tapi baju dah kena raining beer? hah!! tak stress aku???.. Nak basuh ke hapa ke kalau sempat???

Bau busuk tu yang problem tu...
Cehhhhhhhhhh macam la aku ni wangi!!??

HAHAHAHAHAA.. (Gelak besar)
- opppss out of topic...

- ok, kalau aku dapat datang masjid ni lagi sekali, aku nak explore pasal apa2 tu cam....mana tempat2 original wuduk masjid ni 400 tahun dahulu, all that time of thing...
get what I am saying.. carik history masjid ni kat celah2 masjid ni..






Sama macam tempat lain la dalam dunia.... Masjid ni takde beza...

tapi kalau korang perasan kalau apa2 aku dapat rasa naluri aku cakap sesuatu tu menarik pasal satu2 masjid tu yang sempat aku snap foto especially..


aku nanti cerita la kat sini pasal masjid tu.. kat label sebelah ni aku ada "masjid yang ada ceritanya sendiri" kalau minat, kat bawah posting ni pun ada link dia.





Penutup..
Apa aku nak cakap sikit ialah,

kita ni kan, sebagai orang Islam, ada kita tinggal di negara majoriti Islam, ada kita tinggal di negara minoriti Islam, dan kalau minoriti tu pun kena tengok... kalau minoriti tapi masih banyak dan kemudahan untuk mencari agama tu semua ada dan tersedia dan mudah, syukur la kan.

tapi ada tempat...kalau minoriti, tapi sikit sangat... cabaran dorang tu....memang la pada aku sangat tinggi,
cabaran dorang tu jauh beza la dengan kita.

dan memang teruja, dengar satu mamat Serbia ni cerita kat aku pasal agama, dia mimpi Nabi Ibrahim semua... well...tu dia cakap la.. tapi why not kan? Sangat suci la hati dia pada aku. Cehhhh ayat.

dan...........

....... jadi pengajaran untuk diri aku, kasi aku fikir dan fikir dan terkenang nasib, then fikir lagi...

Its a really a reflection of life, and it makes you wonder...


you get the idea what I am saying, I guess.


OK LAYAN GAMBAR PHOTO PHOTO masjid Bakrajli Mosque gospodar gevremova street belgrade serbia!











AKU SUKA FOTO BAWAH NI....





Semoga korang enjoy dan dapat manfaat dari posting ni

OK, updated 17/11/2014. Youtube footages kat sini aku dah upload -

https://www.youtube.com/user/tempehasuka666/videos

tapi footage orang nak start semayang jemaah ngan doa lepas semayang aku tak upload la...