Showing posts with label oxford. Show all posts
Showing posts with label oxford. Show all posts

Tuesday, February 24, 2015

OXFORD, England - (tempat yang cantik dan menarik) - Discovering it by day and night (Part 2)

WARNING – As usual lots of Photos. Also I will talk cock mostly in Malay language with a bit of English in between. 

Aku akan abiskan semua pasal OXFORD kat posting kali ni ok... Ni posting sangat panjang. Harap korang enjoy dan macam aku jugak, korang pun semoga dapat benda2 yang bermanfaat dan ilmu.

OK, kalau kita mulakan part 1 (http://deaf-angel.blogspot.sg/2015/02/oxford-england-tempat-yang-cantik-dan.html)  ngan peninggalan tapak dimana Ketua Paderi agama Kristian Protestant Archbishop of Canterbury dibakar hidup2 di Oxford oleh Queen Mary (Bloody Mary) yang agama Roman Katholik 500 tahun dahulu,

maka ni kali kita mula ngan bekas Presiden Amerika, Bill Clinton.
Korang tahu cerita tak masa Presiden Bill Clinton sekolah kat Oxford dia experimen ngan Marijuana / ganja. Dia tak nafikan cuma dia cakap dia “smoke but not inhale”. Korang intepret sendiri la apa dia maksudkan. Ni tempat dia buat benda tu - kat satu pub kat lorong ni. The Famous Turf Tavern di lorong St Helens Passage. Tagline dia kat sini “An Education In Intoxication”.


Dia bawah jambatan ni...lorong tu...




Di pub ni jugak... bekas Perdana Menteri Australia Bob Hawke pernah pegang rekod dunia menonggang beer arak untuk kategori berapa liter ntah dalam waktu tercepat. Aku rasa rekod ni dah pecah kot?

OK macam aku cakap kat part 1, jambatan kecik kat atas ni ada cerita, cerita nye, kawasan  Universiti Cambridge ada sungai2 mengalir, jadi dorang kena la buat jambatan2 untuk seberang sungai2 tu kan? Tetapi Universiti Oxford takde sungai,pasal dorang dua kan musuh ketat tak mau kalah gitu, so nak ada satu jambatan jugak, maka jadilah jambatan ni.. Kecoh ok, boleh si guide yang bawak kita ludah kat lantai bila sebut nama Cambridge. Dia memang ex pelajar Oxford guide kita tu. So memang all the details dia tahu la selok belok pelik2 apa2 gossip ke hapa ke.

Banyak jugak la Oxford guide yang kita ikut tu cerita pasal Perdana Menteri2, pemimpin2 semua,

OK, satu foto yang sedap mata memandang.. aku nampak ni - “Oxford Centre For Islamic Studies”.




OK, makanan, bila kita orang nak gi Lunch, memang la beberapa gerai dan kedai Halal kita orang jumpa. Tapi takde kedai melayu la. Tapi ada satu kedai arab ke hapa ntah, ada nasik minyak gitu.. Sedap giler. Dah la kebulur dan sejuk giler. Tapi biasalah korang tahu la kan kedai2 kat England semua sempit, so semua diri tunggu giliran dan duduk berderet makan atas bangku tinggi kat meja semua mengadap tembok. HAHA. Sorry tak ambik gambo makanan kat Oxford kot, terlupa dan kebulur.
Tapi kat gerai2 gini betul2 kat tempat bas ekpress kita orang naik punya perhentian pun ada makanan Muslim / Halal, kat sini tandas semua cukup...




Dan waktu kita explore2 tu, korang tengok notis sini kat salah satu librari/perpustakaan/khutubkhanah di sana
(cehhh melayu aku tiba2 menakjubkan!!! haha...aku dah bilang, aku gi Oxford ni tu hari aku ada rasa pandai sikit maklum tempat orang pandai2, jadi tentulah oxygen2 orang2 pandai ni sedut, aku pun tersedut sama gitu tak? haha......, tapi kejap je la, malam naik bas ekpress keluar je dari Oxford, terus dah dumb and dumber balik dah haha,

“Please Walk Quietly Here, People Are Studying” lol!!!. Ha ah eh, ni kan tempat orang tengah sekolah tinggi.



Schola Naturalis Philosophiae..  cehhhh terbelit lidah nak sebut..
Radeliffe tu penting tu, guide tu ada cakap tapi aku tak ingat la.




Librari ni memang beratus2 ratus2 ratus2 tahun dahulu kumpul setiap buku dalam dunia penulisan Inggeris. Aku cuba nak pahamkan dan masuk dalam kepala hotak aku, tempat ni dah beratus2 ratus2 tahun lamanya.


Anyway ni bangunan library yang bahagian ni, masa dibina ada EMPAT peringkat, ikut lain2 tema. Kan macam ratus2 tahun dahulu ada Renaissance la, Gothic la, apa la..
Tapi aku dah lupa lak....Makin tinggi empat bahagian ni makin complicated...seni dan pengaruh dia la.

Suka la aku pasal aku suka baca. So ni tempat dah beratus2 tahun nye librari gitu.
Mungkin satu hari nanti dapat pergi Egypt, so nak gi tengok Universiti tertua dunia kat sana pulak ye tak? Al Azhar gitu kan? Tentu macam2 menarik ye...

OK, korang jangan cakap aku Yo-Yo-Oh ke hapa ke macam perasan bagus gitu nak pergi kembara tengok2 universiti sana sini, tapi aku selalu fikir ILMU untuk semua siapa2 pun kita dalam dunia ni. SERIOUSLY.. Iqra'. Itu important concept ok kalau kita renungkan, Rasul kita tak tahu membaca kan? Tapi Malaikat cakap Bacalah dengan nama Tuhan mu. So... semua kita just try to follow the concept la sapa pun kita dalam dunia ni.
Apa nak malu, aku pernah kerja daily rated security guard je, tapi aku pergi library aku pinjam buku apa ntah omputeh nye tebal2, malam sambil jadi JAGA, aku baca buku tu. Aku jaga kat town satu bangunan ni la, so pekerja2 professional kat situ lalu semua tengok aku baca buku omputeh tebal2, memang aku security guard kerja 12 jam, terus gaji masuk untuk hari tu, dan dorang semua pekerja kolar putih, 
tapi aku tak membiarkan status aku di mata masyarakat sebagai tukang bukak gate kereta2 mewah continental untuk menjadi halangan untuk aku kejar ilmu. OK, bukan ilmu sekolah yang dapatkan aku sijil untuk carik kerja best, tapi ilmu tetap ilmu, rezeki lain, rezeki tangan Allah berapa gaji kita dapat. Tapi ilmu, takde sapa boleh curik ilmu, sebaik kita dah dapat tangkap ilmu itu.



OK Library tadi kan, sebenarnya ada terowong rahsia bawah tanah. Dikhabarkan, pasal Oxford ni dah beratus2 ratus2 ratus2 tahun lamanya... ada sistem terowong yang sangat canggih dibuat oleh pelajar2 dari zaman dahulu lagi bersambung2 satu bangunan ke satu bangunan.
Memang canggih budak2 sekolah kat sini la, sejak beratus2 tahun dahulu...
Ia berhubung kat bangunan ni yang sangat cantik. Macam nak tengok angkasa gitu nye bangunan...

One of the vast secret tunnels of Oxford is from this circular building which looks like an observatory that leads to the Bodleian Library.

OK rehatkan otak kejap, korang tengok padang2 sukan dorang...dah la cantik2 padang2 dia...besar2 lak tu.... Ni yang dekat ngan foto2 aku tampal Pt 1 yang banyak pokok2 tu dan ada pokok tumbuh sambil melekat melekap kat tembok bangunan2 sekolah2 Oxford ni...



OK pasal kita orang sampai dalam sebelum tengahari gitu, so kita memang nak join ni Free 2 hours
Tour.
Untuk macam kita yang tak tahu apa2 pasal Oxford, tempat ni istimewa ialah, kalau korang jalan sorang2 explore sendiri aku rasa susah pasal pertama sini semua banyak sekolah institusi tinggi yang semuanya University Oxford, jadi macam mana nak explore dan jugak tak tahu significants dia, jadi kena ikut guide so siang hari tu kita ikut ni la..



Tapi memang terbaik ok, Free, (PER. Korang tahu PER apa? Bukan sahaja Mertesacker ok. Tapi Percuma la) tapi yang guide kita ialah budak sekolah sana yang dah abis belajar. So memang dia tahu la kan, ni tempat dia. Abis 2 jam tu, kalau korang suka, atau nak sokong dia korang kasi dia la duit, tips gitu. Nak kasi kasi, tak nak kasi dah. Aku wakilkan love ones aku so aku kasi dia 20 pounds. Aku rasa dia deserve it la. Dia berikan aku dan love ones aku ILMU yang mungkin kita takkan tahu kalau dia tak kongsi sama.
(Anyway, ada yang lain pun buat tour tapi berbayar, tapi memang yang FREE ni ialah terbaik.. dan memang terbaik la aku tak bedek)

Apa pun, tour guide kita hari tu sebagai seorang bekas pelajar dari Oxford University, mamat ni bukan orang sebarangan ye tak? Mesti dia disegani apabila perlu untuk dia menunjukkan kebijaksanaan dan kepintaraan dia dan kepakarannya.


OK, ni dia bawak gi satu Pub ni nye luar dipanggil BEAR. Korang tahu, beratus tahun dahulu pub ni ada kandang untuk perlawanan antara beruang2 ganas dan anjing2 ganas. BRUTAL kan? Bears lawan dogs. Dan Bear ni tempat ni kecoh pasal nanti tuan punya dia akan gunting sapa2 pakai tie, tali leher dan dia gantikan ngan minuman beer segelas. Dan tie2 tu semua ditampal kat tembok. Sorry aku tak ambik gambar koleksi tie2 sini.

OK, ni pulak, korang tahu penulis CS Lewis? Yang tulis Narnia? Buku cerita budak2 dan jadi wayang tu semua...
OK diceritakan, waktu dia dan Tolkien, ok la ni kalau aku salah dengar aku mintak maaf, waktu ni CS Lewis dan Tolkien (penulis buku Lord OF The Rings) nak pergi minum kat pub ni... (pintu dia yang bawah ni, CL Lewis toleh kanan dan nampak lampu ni...



Maka tercetus idea untuk Chronicles of Narnia. Apa yang ada kat lampu ni, hanya pembaca2 Narnia je mungkin paham. Harap aku dengar betul la, kalau salah, Ampun.. haha. Tapi betul la...  buat apa aku nak temberang kat korang.

Tu la aku terkejut beruk bila kat Oxford ni, banyak2 dan macam2 benda ada kena-mengena ngan tempat ni. Alice In Wonderland paling aku kagum...ditulis pun oleh orang kat sekolah Oxford ni seratus lebih tahun yang lalu... dan terus Queen Victoria terbabit dan terus pasal buku Algebra dia buat Queen Victoria mengamuk....
.. Kumpulan Iron Maiden pun terbabit ok, sikit2.. SABAR ni nanti nak abis aku cerita...


tarik nafas...sambung...


OK yang ni pulak aku tak tahu apa nye institusi la pintu pagar ni kat belakang dia, tapi ni memang champion la, dorang kat dalam tukang Berfikir ke hapa ntah...
 tapi paling susah giler nak masuk... Tiap2 tahun orang2 paling pandai dalam dunia nak masuk kolej ni kehapa la...kena ambik periksa.... kalau dapat masuk, satu orang, dua orang je setiap tahun.
Tapi ada tahun, langsung takde orang dapat masuk. Aku masih ingat guide tu cakap, ada satu peperiksaan nak masuk institusi ni, topik dia ialah “WATER”.
Jadi korang tulislah apa pun korang nak pasal air (Ayer) air kita minum tu...., tulis la dari segi sudut apa pun korang terfikir pasal topik air (water). Nanti dari situ, tukang cek kertas tu akan tahu kepala hotak korang cam mana. Giler babi betul...




OK, pasal best sangat, dah petang pun kita tak balik London, stay je la lagi... so kita sambung join GHOST TOUR pulak, Tapi untuk aku, Ghost Tour sebagai Nasik Tambah kepada apa yang budak Oxford cerita siang tadi...
Pasal bukan sahaja dia banyak cerita dan bawak tempat2 berantu la kononnya, dan memang dah senja dan malam memang rasa AURA SERAM tu, tapi dia pun cakap jugak pasal banyak info2 yang terbaik la untuk kita semua. So memang berbaloi la..



Korang tengok...nanti streets takde orang tiba2 ada orang ni dari jauh datang macam gini..
Aku mati2 ingat dia prop untuk Ghost Tour ni haha.... Rupanya ntah dia nak balik mana ntah....
Silap2 sini dia pendidik atau orang bijak pandai Oxford kot. Sapa tahu kan?

macam aku cakap kat Part 1, kan sini kan orang kampung beratus tahun dahulu benci pelajar2 Oxford ni mungkin kan dulu yang boleh masuk OXFORD ni golongan bangsawan je, keluarga2 kerabat diraja, so orang2 kampung ni satu hari pasal ada sedikit selisih faham terus ramai2 serang dan bunuh ramai2 pelajar2 ni ngan alat2 pertanian mereka, tu la cerita perut2 budak pelajar2 tu semua terburai semua... Dahsyat la kan...63 pelajar mati... beratus2 tahun lepas nye cerita la.... Kat kawasan jalanraya street ni la...



Terang2 la pakai alat pertanian dan ladang semua tajam dan besi keras tu semua...

So then Raja England King ke sapa ntah, tak puas hati kan, pasal macam aku cakap zaman tu pelajar2 Oxford ramai semua anak2 pembesar, anak2 bangsawan dan orang2 kaya, so King ambik tindak balas. Ntah beratus tahun sampai baru2 ni jugak la, dah berhenti amalan, wakil Oxford nye penduduk kena baring mintak maaf setiap tahun depan sapa ntah...

Jadi, diceritakan banyak hantu la kan tempat ni, dah la paderi2 pun kena bakar hidup2.. hah, so ni kita ikut dekni...
OK la, tak ramai orang join, so enjoy la kan... Walaupun memang kadang2 tu rasa seram... Pasal street scenes dia bila dah masuk malam kat lorong2 ni senyap... tiba2 ada satu orang lalu, ala...kalau korang tengok cerita macam Exorcist gitu...street scenes dia haha.




Lorong ni pun berantu, ada satu awek ni zaman dulu la, tunggu boyfren dia dari Peranchis, seorang tentera, then boyfren dia mati masa perang, so awek dia tunggu dan tunggu, sampai sekarang..tu pintu rumah awek tu la...   Jadi kadang2 nanti nampak hantu awek tu merayau2 kat lorong ni tunggu mata-air dia...



OK ni salah satu dewan peperiksaan Oxford.




Bayangkan ukiran dia kat luar cam gini zaman2 dulu, yang tak pakai topi tu tengah ambik periksa, yang pakai topi tiga tu tengah uji dia la..  .

Ni masa Ghost Tour la, Guide kita banyak cerita2 termasuk pasal tempat ni. Menarik la kan



OK korang tengok dekat2 besi2 tu ada cam ular ke naga kan? OK, tu semua ialah pasal nanti kasut korang lumpur ke kotor ke so korang hentak2 tendang2 kat situ dulu buang kotoran. Stylo la kan.



OK ni pulak salah satu ukiran dekat salah satu bangunan.. Aku dah lupa, ni intepretasi Hari Kiamat untuk yang buat ukiran ni. Dah lupa la... setiap satu karakter tu wakilkan sapa.. Kalau dah lupa, nak cerita pun tak best la.


OK takpe..., ni pulak dewan besar dan kawasan untuk pelajar2 Oxford mulakan persekolahan kat sini, dan jugak bila Graduation..

Rasanya kalau korang atau love ones korang sekolah kat sini, sini la tempat hari pertama berkumpul dan bila korang abis sekolah dapat sijil pun kat sini la kot...




Semua ucapan dalam bahasa LATIN ok kat dewan ni. Giler ah... Terbaik kan tempat gini? 




Korang pernah tengok cerita filem Braveheart, hah filem ni ada cakap Latin kat berapa tempat contoh masa hero si Mel Gibson berbual ngan awek Scotland dia, tu dia cakap Latin la kot? haha. 
-Iron Maiden pernah pakai anything Latin tak? Hummrrrrmmm something to ponder. Otak aku tengah jam sekarang tak boleh fikir...
-Arsenal punye crest lama sebelum dorang terbalikkan cannon tu "Victoria Concordia Crescit" kan? hah... Tu ialah LATIN jugak. Victory Through Harmony.
Cehhhh....
Kat kawasan dewan ni jugak, korang peminat Harry Potter, atau mungkin Lord Of The Rings atau mungkin Narnia Chronicles boleh nampak la unsur2 reka bentuk bangunan2 ni pintu2 mereka, ukiran mereka...,






Dan macam Harry Potter nye filem nabshot memang tiru Oxford untuk menggambarkan filem mereka.. So memang guide tu cakap Bila musim Summer, peminat2 Harry Potter semua pergi Oxford explore dan explore dan explore tempat Oxford ni..




Dan macam aku cakap, dining hall dean Hogwarts ke Hardwicks didalam Harry Potter nye filem patut nak difilemkan kat dalam bangunan2 yang ini tapi pihak Universiti Oxford tak benarkan untuk pengfileman, jadi dorang kena buat sebijik sebesarnya dewan2 ni kat studio dorang.






Ni atas ni.. Gereja dah beratus2 tahun tau, hah, Gereja ni pun berhantu jugak dorang nampak satu pompuan zaman dulu mundar mandir pasal suami dia skandal dengan satu pompuan Royalty la, dorang pun memang orang2 bangsawan gitu...so wife dia bunuh diri ke hapa ntah...
Masa siang hari nye tour kita tak masuk, tapi masa malam nye tour Ghost Tour kita short cut masuk, kat dalam ada persembahan Mozart sey.. Dahsyat. Aku tahu pasal ada notis cakap "Mozart" kat pintu gitu.






OK, korang tahu William Shakespeare penulis sastera yang dikagumi tu kan, ok kat Pub ni (warna putih tu) la buat pertama kali dalam sejarah beratus2 tahun dahulu... ..
Pementasan cerita HAMLET dipersembahkan luar dari pentas dewan Shakespeare.



Dan korang sini yang minat IRON MAIDEN, kalau korang dengar/tengok dvd/ tengok live kalau dorang intro live version lagu Dance Of Death pakai intro tape iaitu

There are more things in heaven and earth, (Horatio), 
Than are dreamt of in your philosophy. 

- Hamlet (1.5.167-8), Hamlet to Horatio


Yes, itu adalah William Shakespeare's HAMLET nye quote.
Bayangkan beratus tahun dahulu pementasan dah guna quote tu, dan Iron Maiden masih pakai quote sama untuk pementasan mereka jugak.
- Kita boleh dapat ilmu dari mana2 sahaja.


(dulu aku sekolah menengah, Ada subject Literature so kita pakai Shakespeare jugak tapi buku "Julius Ceasar", so ada part Soothsayer warning Caesar kan "Beware the Ides Of March", so teacher berenti kejap tanya kelas la "what is Ides Of March".
Yang budak2 Melayu of course tahu jawapan la..."Iron Maiden...!!!".)

Jadi aku harap korang boleh pahamkan betapa aku happy pergi sini pasal aku betul2 dapat tengok semua main sejarah beratus ratus ratus tahun je semua.
Aku rasa aku rekemen la kalau korang nak explore England, korang gi Oxford.

Mungkin musim Summer mesti ramai orang pasal peminat2 Harry Potter mesti ramai datang punya nak explore tempat ni nak lihat segala reka bentuk bangunan2 ni semua..
Tapi tak kesahlah aku mula2 ingat Oxford ada apa sey? Universiti, Oxford United dan macam Berteromber cakap tu kotak tin dalam ada compass dan alat buat kira geometry set tu semua kan, aku dah lupa kotak besi tu tau baru teringat balik...
Macam aku cerita Mula2 aku dalam bas, bila dah nak masuk Oxford aku dalam bas terjengok2, aku tercarik2, mana satu satu sekolah ni yang orang asyik cakap University Oxford ni?? Rupanya satu bandar ni ada berpuluh2 kolej dan bangunan2 beratus2 tahun dan ni semua ialah University Oxford.

OK, ni dah malam buta ok, balik London dalam Bus. Cam aku cakap post lepas korang jangan bimbang, bas ni banyak service ni si Oxford Tube ni.


OK nanti sambung, aku cerita pasal macam2 lagi la, East London, Hackney, Upton Park, Portsmouth, dan jugak kesenangan dan kemudahan gunakan bas awam dorang untuk kita naik bas gi tengah2 kota London untuk jalan2 dan tengok Thriller..
Dan of course segala makan2 kat kedai masak2 sendiri etc etc etc..

ok last kopek, aku ambik foto banyak ok, tapi aku pilih sikit je la buat blog ni...
so ni lagi belen sikit2 aku dah edit so enjoy last few pics...








Pasal Winter kan

So pokok2 dia semua memang mengerikan gitu haha....








Dan no... 
aku tak nampak stadium bola Oxford United.



Monday, February 9, 2015

OXFORD, England - (tempat yang cantik dan menarik sangat) - Discovering it by day and night (Part 1)

(Warning Lots of Photos posting). I will talk cock mostly in Malay language with some talk cock in English in between....
Korang semua jangan jadi "selenger bacin" macam aku, aku dengar Oxford dari better half aku, aku cam Oxford? Ada apa kat Oxford? Aku tahu Oxford pasal dua benda je, Universiti terkenal tu ngan Oxford United nye team bola. haha.
Tapi pasal dah terpengaruh sikit2 pasal daerah Cotswold tu tengok drama2 zaman Queen Victoria dulu2 yang dibikin oleh BBC, ok ni yang ketiga la ye...

Hah, kau, memang aku tersilap...  OK kita mula ngan keganasan yang tak disangka2 la untuk aku..
Kat tempat cross tu ialah sekitar 500 tahun dahulu, paderi agama Kristian Protestant Archibishop of Cantenbury - paderi Protestant nombor satu di England dibakar hidup2 oleh QUEEN MARY. Tu jam ada perselisihan pendapat yang memang dramatik antara kepercayaan Prostestant dan Roman Catholic dan pasal tu jam Royalti yang berkuasa boleh buat apa dorang nak... So.........
Hah... Oxford dulu pun pernah jadi ibu-kota England... 
Dari cerita yang disampaikan, memang penuh suspens upaca pembakaran hidup2 pembesar2 paderi Protestant di tempat zaman dahulu tu...


The Cross or X marks the spot where the Archibishop of Cantenbury and his two assistants were burnt alive by Queen Mary. I better not delve on the two different religious aspects too much..

OK, mari kita kembali ke suasana aman damai... sopan santun dahulu....
Ni Winter...suhu dalam 3 darjah? 4 darjah? gitu la....
Aku rasa je la... memang sejuk giler...

Tapi pasal aku yang terover rasa seronok bila aku mendapati Oxford ni best, maka aku tak rasa sejuk sangat.



Tengok gitu macam, eh, budak2 tu empat orang tu budak2 pandai sekolah kat sini la ye? entah eh..haha.




Aku paling suka ni dua foto ni atas bawah, pokok2 tu tumbuh dan melekat gitu kat tembok bangunan ni.... Mungkin tak tahu dah berapa lama fenomena yang sangat cantik ni terjadi la ye....... (Fenomena siot..LOL!!)

The trees clasping against the walls...






OK Cammana kita sampai ke Oxford ni? OK, cam biasa, pandai2 sendiri...  nak paling mudah, paling cepat dan kalau boleh paling murah...

Maka kita naik bas ekpress dari London iaitu dari kawasan VICTORIA bus station.. naik dalam 90 minit gitu, terus sampai Oxford nye center gitu la....
Bayar kalau sorang pergi balik dalam....17 pound gitu. Satu orang pergi balik la.
Korang boleh bayar kat driver bas.
Driver bas tak mau ambik note 50pounds, so korang sediakan notes kecik sikit....

So memang seronok la buat benda sendiri pandai2 sendiri dan salah silap sendiri.. INGAT!! Kita cuba sedaya upaya jadi Pengembara bukan Pelancong. Kalau kau travels ngan niat mengembara, memang terbaik...



OXFORD TUBE IS THE NAME OF THE EXPRESS BUS THAT BRINGS YOU TO AND FRO LONDON TO OXFORD. IT RUNS EVERY 15 minutes or so... Very convenient as it finishes at Victoria Station in London.


So, dalam bas dah nak masuk kawasan Oxford, aku tercarik2...mana la University Oxford ni?? 
BODOH NYE AKU!!! Rupanya sebesar2 tempat ni semua merangkumi berbagai2 bangunan pelajaran yang ada dalam 30 lebih colleges, dan semua ni la yang rupanya Universiti Oxford.

OK, memang aku bodoh, tapi ingat tak aku cakap? Masa aku masuk muzium Louvre kat Paris, aku rasa aku jadi pandai kejap??
Hah, kat Oxford ni pun aku rasa aku jadi pandai kejap... maklum la, dikelilingi orang2 pandai...

HAHAHAHA!!

Hoi!! Aku serious ok, aku ketawa pasal aku tengah ketawa kat diri aku sendiri yang selenger bacin ni tercarik2 mana Universiti Oxford..

Lagipun ni kali trip ngan love ones aku, so aku kena ikut mode keharmonian dan kesopanan santunan la, pasal this is not an Iron Fuckin Maiden backpacking situation.


Ni dua foto masa dalam bas nak sampai pertengahan bandar Oxford gitu...Yang sungei tu very the Cotswold kan???


Photos from the Oxford Tube on the way to the city center, and me being an idiot was searching for a school building marked "Oxford University". LOL!!!!





OK ni kalau tak silap aku dulu kawasan rumah orang yang jumpa Haley's Comet. Kalau salah sorry la hahaha..

Jadi si Mr Haley tu duduk sini la dulu ye..

One of these is the home of the person who discovered Haley's Comet.

bridge atas tu pun ada story, pasal universiti Oxford ngan musuh ketat dunia akhirat dorang, universiti Cambridge gitu. Nanti lain kali ceta.
OK, ni foto malam pasal tu jam kita join HANTU nye tour, pergi explore tempat dikatakan berhantu.

Haah la kan,

tempat Oxford ni macam2 pembunuhan pelajar2 berpuluh2 orang kena bunuh oleh penduduk Oxford, dan paderi2 pun dah kena bakar hidup2...

mesti la banyak cerita hantu... OK nanti sambung pasal hantu,
banyak la...
cerita pasal Harry Potter nye film crew nak masuk tempat Oxford ni tak dapat, jadi dorang kena bina Oxford nye senibina sebijik kat studio,
pasal segala bentuk dewan dan pintu dalam filem2 HARRY POTTER gunakan bangunan2 lama Oxford sebagai panduan,
cerita pasal macam mana C S LEWIS - penulis chronicles Narnia tu dapat ilham mulakan buku cerita Narnia, tu jam dia dengan Tolkien yang tulis LORD OF THE RINGS nak masuk pub, nak minum..

cerita pasal mana tempat yang Bill Clinton dengan cerita Marijuana dia...

cerita macam2 la...

ok sebelum aku akhir ni, lagi sikit...

ALICE IN WONDERLAND.. tulisan LEWIS CAROLL..

hah, ni dimana pensyarah yang gunakan nick Lewis Caroll tu tinggal dan mengajar. Dia pakar Algebra or something...

Cerita nya... QUEEN VICTORIA suka sangat buka Alice In Wonderland, dia baca 5 kali.

So dia order Lewis Caroll hantar dia buku kedua tulisan dia.

Korang tahu? Lewis Caroll hantar buku Algebra yang dia tulis...

QUEEN VICTORIA MENGAMUK!!!

hahaha...

This is the place where Alice In Wonderland writer, using the writers name of Lewis Caroll, gives his lessons on mathematics to Oxford students many years ago.

Sorry we never go in. LOL!



OK ok nanti sambung hingga tu...

cuci mata lagi sikit... pemandangan streets kat Oxford..

sorry aku a bit busy sekarang.... ada chance buat OT berderet seminggu dua ni.. so buat la ada chance ni... Tapi tempat kerja aku tak berani la masuk internet, mau kang kena tangkap, mampos la aku...
strict giler.








TO BE CONTINUED....