no one can live life in loneliness, only stars in the sky far away... [WELCOME everyone from everywhere, with intention or by accident - THIS BLOG IS BEST VIEWED IN WEB VERSION FORMAT as its how I envision it to be with the text and photos but still any layout format will work just fine.]
Wednesday, June 1, 2016
MAY Rahsia & Juara Juara Rock 3
Maka... tulisan kali ini kita kembali kembali ke rock melayu,
yang pada aku sama hebat dan sama terbaik dengan rock omputeh ni semua.
So nari kita sambung pasal rilisan cetakan ke format cd album2 rock melayu yang kita semua minat sampai berulang2 dengar kat kaset satu masa dahulu. Sampai kaset2 tu lunyai.
OK Lets start ngan album ketiga Kumpulan May - RAHSIA.
Berapa tahun sey aku tak dengar album ni, berbelas? berdozen? berpuluh? beratus tahun? cewaahhh..
tapi kan,
aku rasa macam ramai dari korang, tekan play button je kan cd ni (untuk aku, aku rip jadi mp3 320kbps dan masuk dalam player aku untuk dengar dalam bas, dalam tren, dan sewaktu berjalan kaki, dengar mesti pakai Headphone, volume MAX... tangkap ok... TANGKAP!!!!!!!!!)..
aku rasa macam ramai dari korang... yang lama pun tak dengar album ni..
serious berbual... start je kan first song, boleh ingat lirik ok untuk lagu2 feberets.. mungkin susunan lagu lupa, tapi liriks boleh ingat. Mungkin tak semua, tapi once prompted je kan, dah boleh sing-along.
Seronok sangat. Aku boleh ingat ok, aku dalam bas zaman dulu, bas dua tingkat, duk atas, dengar kaset ni kat walkman. Its really a Rock Melayu moment you know?? Takkan Melayu Hilang Di Dunia Sama Macam Dengan Rock Never Die.
Anyway, May Rahsia, cover album yang seluar jeans tampal2 patch gitu. Tapi patch semua tampal luar la, nak kasi rock, buat lobang lepas tu patch tampal dari dalam la.... HAHA.
OK, ni album.. ada lagu sedap, DAN ADA LAGU BEST GILER..
Racun Bermadu , first song yang heavy nak mampos dan terbaik dari ladang la untuk aku.
Rahsia Kota..., BLACK AREA.. Aku suka sangat lagu Black Area ini, Pahlawan Mimpi.. "bang your head?" haha... rock mampos semampos nye la kan, SO BE PROUD OF ROCK MELAYU OK!!
Genggam Bara - Very unik lagu ini... relaks je lagu ini...
Tak dilupakan lagu2 slow, lagu2 meleleh...
Ada 4.
Korang tahu dulu kan? Aku mati2 ingat lagu Gadis Bertudung Putih tu ialah lagu hantu, lagu jembalang, lagu pontianak..
Macam Wahai Pontianak bawak la ku pergi bersama mu!!! Oh yeahhh gitu..
Cuma tahun demi tahun aku realise.. Oh kay.. lagu ni cakap pasal gadis bertudung putih as in gadis bertudung putih bukan Pontianak or something. HAHA.
So dah tak rock sangat la kan..
tak kuasa la aku lagu2 pasal suci mensuci ni putih2 ni semua....
Biasalah Melayu, nak putih, nak suci, nak murni... PADAHAL!!!
Terukir Janji pun ok, tapi sebenarnye, dua lagu cinta kat kaset side B album ni yang aku minat jugak la sesekali dengar... Diari Cinta Pertama dan lagu terakhir yang judul lagu memang aku tak suka, lagu aku suka, tapi judul lagu macam judul lagu tak sedap, tapi lagu sebenarnya sedap... iaitu Pasrah Impian Siksa.
So.. kalau korang masih belum beli cd cd rock melayu ni yang dah dicetak dalam cd ni,
aku strongly suggest,
kira aku cakap tak bedek punya la, sila beli ketiga2 album studio May yang 1st sampai 3rd iaitu,
DILEMA, HAKIKAT dan RAHSIA.
Terbaik dari ladang segala kandungan lagu2 dalam album2 ni semua baik lagu slow, lagu cinta, lagu rancak atau lagu heavy nak mampos.
lepas ni tunggu je la Strategi. Kalau ada aku nak satu copy.
sebelum Dilema dan Hakikat aku dah review dan ulasan dan beri pendapat aku kat sini -
http://deaf-angel.blogspot.my/2016/04/may-dilema-hakikat.html
cam biasa ulasan dan pandangan berat sebelah pasal aku minat minat giler. Muahahahaha (ketawa jin...)
dan jugak apa2 je la pasal kumpulan MAY, live reviews, album lain reviews, bootleg dorang aku tape dorang main full show, buku anniversary dorang hardcover dan whatever semua kat sini...
under tag dan label bawah ni..
http://deaf-angel.blogspot.my/search/label/may
OKie DoKie... next CD aku nak berbual ialah of course
Juara Juara Rock 3.
TARIK NAFAS!!!! haha...
What a finish to the Trilogy Juara Juara Rock series.
Sebaik Star Wars Episode 4-6, Sebaik Lord Of The Rings Directors Cut yang double DVD untuk setiap filem dari part 1 sampai part 3. Korang tahu kan yang versi Directors Cut tambah lagi satu jam gitu kat pilem yang dah setiap pilem dah 3 jam. Tengok la puas2 in detail semua scene.
OK, cam biasa 10 lagu, satu band perform dua lagu.
JJR 3 tak sebaik JJR 2, I mean JJR 2 terbaik sepanjang zaman, tapi JJR 3 tetap best jugak..
SCANDALS - Gadis Kota & Penantian Tak Pasti.
Dua2 lagu aku paling suka, so basically JJR3 ni aku nye feberet is of course Scandals la kan.
What a waste ye band tak diteruskan.
JJR2 pun dorang marvellous jugak - Kuasa II. What a song!!
MAY - Gadis Misteri & Sketsa Sebuah Cinta.
Both ni songs nanti keluar lagi kat kaset pertama dorang Dilema.
Sketsa Sebuah Cinta, cam aku pernah cerita dulu, a bit lucah lagu ni HAHAHAHA.
OK OK, ampun ya, kalau Gadis Bertudung Putih aku dah ingat lagu Pontianak Harum Sundal Malam, apa lagi Sketsa Sebuah Cinta ada Dada Dada tu semua kan?
HAHA.
OK,
Metallian, serious aku tak tahu spell siak kadang2 band rock nama melayu ni.
Metallian kalau JJR2 ada lagu Segala Hanya Untuk Mu, antara lagu yang paling banyak kali ditulis oleh budak2 sekolah baik satu Malaysia dan satu Singapore waktu cikgu dalam kelas tengah mengajar, budak2 semua tulis lirik lagu ni dalam kertas hahha....
OK, kat JJR3 ni Metalian dengan dua lagu terbaik dan rancak...
Aku Dengan Cara Ku dan GERIMIS RINDU!!
Gerimis Rindu is a great song ok!!!! Feberet... Chorus dia Kecoh ok.
D'Febians - Bukan Untuk Selamanya & Kenangan Abadi..
D'Febians ni kkan untuk JJR ni kan, apa aku masih ingat dan apa aku nye impression, dorang memang heavy metal dengan cara lagu2 dorang nye time changes.
Ni la yang terbaik lagu Bukan Untuk Selamanya.
Kenangan Abadi pun ok jugak la kan...
OK last is Burnmarks - Snooker & Galeri Kasih..
Snooker aku tak minat masa zaman hurray hurray dulu, so aku memang tak paham budak2 lain asyik par billiard, sikit2 par billiard, baik melayu baik cina.
OK, and Galeri Kasih is a nice song also.
Thats all...
Selain dari beli first THREE cd MAY aku cakap tadi, sila beli Juara Juara Rock 1, 2, dan 3. Sila bermula dengan JJR2.. hehehe.
Aku pernah cerita pasal JJR1, JJR2 di sini
http://deaf-angel.blogspot.my/2016/01/jjr2-jjr-dan-kedai-muzika.html
Sorry Blog Aku ni makin cacamurba la haha..
OK thats about it..
Aku kelam kelibut buat blog ni kalau huru hara SOrryy....
takde cek takde apa...
Till next time, STAY HEAVY.
Friday, April 22, 2016
MAY - Dilema & Hakikat
WHAT A PITY FOR ME!!
So tak yah cakap banyak pasal ni album HAKIKAT. Baik lagu laju nak mampos, lagu heavy nak mampos, ataupun lagu2 meleleh slow rock.
Pasal Hakikat nye album ni, zaman kaset dah memang tersumbat dalam2 kena jam dalam2 kepala hotak ramai orang la kan.
Tapi sama beb, sama hebat... Terbaik dari Ladang. Jugak boleh disajikan kat mana2 5 Star hotel dalam dunia la... cewahh
p.p.s
Prince ni kan, aku paling suka lagu dia Could You Be The Most Beautiful Girl In The World.
Sedap....
dah bis dah dia pun...
Sunday, January 24, 2016
JJR2, JJR dan kedai muzika
1st yang lepas - tunjuk aku baru beli.. dan sikit2 pasal aku kena panggil KRISTIAN.
2nd yang ni - JJR
3rd nanti la besok lusa...
Selepas abis saje kumpulan LOUDNESS (zaman Mike Vescera Soldier Of Fortune dulu) main kat Singapura zaman kegemilangan rok melayu dulu, Arwah Adnan Maswan poprock tanya kat Joe Rockers (penyanyi kumpulan Rockers zaman tersebut) pasal persembahan Loudness,
So Joe Rockers jawab antaranya aku rasa paling legend ialah something like this - kalau kumpulan2 rok Melayu pun diberi alat2 instrument , sound sistem dan equipment2 dan diberi peluang macam band International seperti Loudness gitu, tentu band2 rock Melayu boleh bersaing dan buat persembahan yang sama hebat atau lebih hebat di peringkat international.
Ni semua masa zaman kegemilangan rock melayu la.. sapa yang lalui, memang kena setuju la zaman tu memang thrill.
And aku tak paham orang nak label2 rock melayu 80an dan awal 90an ni sebagai macam2 gelaran rock.
Untuk aku ni semua rock. Full Stop.
Dorang as relevant then, and as relevant now... Dengan keluarnya versi cd2 ni untuk album2 rock zaman tu.., inilah buktinya...
Anyway balik kepada interview Arwah Adnan Maswan dan Joe Rockers pasal Loudness main kat Sentosa, Aku rasa memang betul sangat. Betapa aku minat rock omputeh dan aku sanggup buat apa sahaja untuk menreliasasikan minat mendalam aku kat rock omputeh,(JIMMY BAIN BARU MATI!!!!!.. aku ada sikit hiba tadi bila aku baca news ni...).. tapi, rock melayu tetap di hati dari dulu sampai sekarang.
Aku tak pernah dapat tengok band rock orang melayu beraksi kat mana2 tempat terutama festival2 barat or show2 satu band satu band beraksi yang aku pernah menengok backpack kat negara2 barat...
cuma sekali je, kumpulan IMPIETY, rock ke? mati la aku kena lahar pasal kadang2 orang marah ok kalau tersalah sebut genre2 gini.. haha.
Dorang main kat Hellfest. Tumpang gembira sangat tengok dorang main pasal aku kat barrier, and bila aku toleh belakang, ramai giler peminat nak tengok dorang beraksi kat pentas Altar/Temple.
Tapi serious sebelum last song aku squeeze out dan blah, pasal aku nak tengok kumpulan SATAN nak mula main kat pentas lain.
Rasanya IMPIETY ialah only band "MELAYU" la aku pernah tengok kat mana2 konsert2 dan festival2 rock kat mana2 aku gi backpacking layan rock omputeh kat negara2 barat.
Dan fuck it ok, kita melayu ni yang bertelagah.. rock la, metal la...
omputeh... dorang steady je... semua band pun dorang layan secara lazimnya lah untuk pandangan aku...
Ni macam ok band mainstream rock main, ok, hurray2...
kalau Iron Maiden main, ok bawak satu family tunjuk ni la cinta suci... ajak kawan2 yang tak pernah dengar tengok rock semua gi tengok apa tu rock band main live persembahan terbaik dalam dunia hiburan dan seni suara dan muzik.
tapi tengok band condong lebih keras, ok pergi ngan pakai baju hitam..
Get it?
Tapi rata2 sama orang sebenarnye..
Bak cerita Lemmy, orang depan dia kutuk2 Abba, kira macam Abba kan cam band setengah masak, geng lipat kain gitu kan?
kira mungkin nak tunjuk metal la, heavy la..
sekali tu kena sound ngan Lemmy, "bila kau last tulis lagu berjuta2 peminat muzik boleh nyanyi lagu tu sama2?"..
So melayu, tak payah la nak kutuk2 sesama sendiri, nak kutuk band rock melayu apa2 sekian...
tiru la style omputeh.... sama je orang dan peminat nye.. cuma, tshirt je tukar...tengok apa band kita nak gi beraksi. LOL!!
Pasaran Melayu dah la kecik... kalau tak suka diam, tak payah nak kutuk, nak perkecilkan orang lain.
Anyway balik kepada tadi, Sapa tahu lain kali ada banyak rock band melayu main kat festival2 gini kan?
OK layan satu gambar..
Nampak tak kaset Juara Juara Rock 2 tu?
ok... segala toknenek kaset semua aku dah buang... abis tu? mana siak aku nak simpan dalam gerobok.
Gerobok semua dah full...
tapi ada beberapa kaset aku simpan pasal ada istimewa pada aku, contoh Seach Di Pintu Sepi, Wings Best Of - korang tahu yang cetak kat atas kertas magik logo kecik2 tu, cute giler, lagi..? Aerosmith Permanent Vacation, pasal logo Aerosmith tu emboss kat casing kaset. Paham? dan of course JJR2 nye kaset ni.. lagi apa kaset aku simpan? haha...
Zaman dulu nye kaset Warnada, siap nombor telepon ok kat kaset.. haha...
Anyway kaset (dan sekarang CD) Juara Juara Rock 2, terbitan Warnada
Sangat istimewa... terbaik dari segala segi...
- Terbaik dari lagu rock laju - Kuasa II Scandals.
- Terbaik dari lagu rock bersifat kerohanian - Bayangan Hidup May
- Terbaik dari lagu rock meleleh yang zaman korang kat sekolah dulu korang semua waktu cikgu ajar tapi korang tak pay attention tapi tulis lirik lagu kat kertas so boleh nyanyi ramai2 - Segala Untuk Mu Metallian.
- Terbaik dari lagu ada sedutan sikit - Derita Bangsa May. LOL!!!
Aku dengar dulu Sentinel sebelum dengar kaset ni, so memang macam perasaan tu sama macam first time dengar lagu Debunga Wangi gitu.. hahaa.
Actually semua lagu pun boleh diterimalah halwa telinga aku walau ada terlampau meleleh tu.. haha..
Tapi D'Febians nye lagu laju Roda Penghidupan pun nice...
Tu jam kan? TV3 ada progrem Muzik-Muzik.
Tu jam, Scandals, ngan May.. bawak dua lagu seperti diatas...
tak menang la, tapi dah masuk tv..
Tu jam Scandals... Wahhhh Opie and Joe Wings... Wahhhhh Dahsyat.
Kuasa II. Tersangat hebat lagu ni pada aku..
Just imagine if Scandals has remained with both of them together...
Patut buat reunion eh.. wahhh imejin.. imejin.
So bila cd2 ni keluar, aku sangat rasa gembira pasal macam teringat kembali lah...
Memory ni.. yang ada dalam otak kita ni, memang istimewa sangat, boleh recall balik macam semua ni berlaku semalam....
OK next...
Aku dengar dulu Juara Juara Rock 2 sebelum aku dengar JJR.
Sebab tu cam aku cakap kat post lepas...
Battle Of The Band bukan pengaruh aku pasal tu bukan zaman aku, hahaha. ada dengar2 tapi bukan pengaruh tapi JJR2 , Yes...
Anyway Juara Juara Rock... Kalau dengar kan, macam ada dengar Creeping Death.. dan IKRARKU PADA ROZANA. haha.
OK, D'Febians was awesome la kan untuk aku for JJR.
Dan of course Burnmark nye lagu rancak Makan Hati Ulam Jantung.. haha.
Anyway.. Mana Juara Juara Rock 3?
Ala.. yang ada artwork lengan orang muscle2 gitu....?
Di dada ku... dan di dada mu.... lagu May kan? Skesta Cinta ke hapa ntah hahaha...
Kalau dulu2 budak2 sekolah dengar lagu ni macam part ni macam... eh Obscene siak..
Apa ni dada dada? hahaha...
Scandals ok JJR3 untuk aku adalah terbaik...
"kau hanya Gadis.. harus berwaspada, andai ternoda... PUNAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!"
rock mampos semampos nye...
dan of course lagu apa tu? Penantian tak pasti or something..
See? Aku boleh ingat ok kaset2 Juara Juara rock ni semua... pengaruh abis la kan?
Ooo ada lagu Snooker... Burnmark kan?
Hahahahaha... Kenangan la eh...
OK last but not least...
Portdy aku beli cd2 ni tiga bijik ni JJR2, JJR, dan BOTB kat JB.
Anyway, kau tanya pasal kedai kaset melayu Singapore kan?
hah... ni latest pasal Muzika Rekods.. Front page lagik ok.. Keluar kat surtatkhabar melayu Singapura entah last week kot? atau dua minggu lepas..
pasal Muzika Rekods nak survive kena jual tshirt or something...
To be concluded next few days...
Kenangan silam ni semua...
p.s
aku try to follow dunia hiburan yang aku minat..
So nari... memang sedih giler.. JIMMY BAIN mati. Dia ni la Rainbow Rising (selain Holy Diver, Last In Line, Sacred Heart, Dream Evil, Magica, Killing The Dragon pun dia kan?) jadi Rainbow Rising sekarang dah tiga mati (Cozy Powell, Ronnie James Dio, Jimmy Bain), tinggal dua je. Toni Carey aku pernah baca dia sakit2...
Ritchie Blackmore.... aku ada dating dengan dia dengan Rainbow... ooohh suspens ok.... aku tak plan lagi apa2 , tapi tiket show aku dah ada haha.
tapi... berita sedih, ada lak berita gembira.
Pet Shop Boys nak keluar album baru...
then aku gi website dia, ada lagu promo sikit je tak sampai seminit.. Inner Sanctum ke hapa ntah..
Terbaikk...
Hurray!!!!!!!!!!!!!
dah hafal lirik
"Inner Sanctum you're a STAR!
Girls and boys know who you are"
giler ah...excited.
Saturday, May 26, 2012
boxset kumpulan May 25th Anniversary Discography Limited Edition


OK ni last kopek la aku blog pasal kumpulan MAY sampai suatu masa lain, anyway dok lagi brapa minggu Maiden nak start Maiden England Tour dan seluruh pelosok dunia punya mata ( if you're an Iron Fuckin Maiden fan that is ) akan bertumpu kat USA untuk baca laporan, dengar bootlegs setiap atau sebahagian dan menganalisa tour Maiden untuk tahun ni. Tiga post berturut2 dah pasal MAY. Tapi kira ok la, dari konsert dorang ke bootleg dorang dan last dorang nye boxset ni.
Ni dia MAY 25th ANNIVERSARY DISCOGRAPHY LIMITED EDITION.
Kira meraikan jubli perak dorang, ngan satu buku hardcover kulit tebal 100% warna warni setebal ( tadi aku cuba kira mukasurat, aku give up so ni tunjuk betapa tebal dan puas hati buku ni ), lebih 110 muka surat.
Ia datang ngan dvd interview 45 minit gitu ngan ahli2 May, cerita2 dorang, dan 2 video klip, dan jugak lagi sekeping CD yaitu CD 25th Anniversary dorang, bersamaan album ke limabelas doranggg...
Dan jugak...dapat cermin mata / kacamata 3D gitu, dan jugak paperbag MAY untuk taruk semua barang2 ni.

Aku tak bedek, aku tak tahu untuk orang lain, tapi untuk aku sendiri, aku susah nak dapatkan benda ni. Aku tahu aku beli dua bila dah jumpa, pasal aku tunjuk kat kawan aku kat tempat kerja dan aku tahu dia belek2 dia pun suka dan untuk harga dia memang berbaloi la.

OK ni buku dia... korang layan gambo je la kan, aku tak boleh nak petik banyak la foto dari buku ni, sikit2 je, korang nak gi la carik buku ni sendiri. Aku rasa banyak duit MAY / Sinar Studio dan sapa2 je la keluarkan untuk buat edisi ni dan semoga dapat sambutan sewajarnya, untuk aku ni boxset memang WORLD.
Tapi real la cerita-ceriti dan segala khazanah dalam buku hardcover ni....menarik la, pasal segala luar dalam kumpulan dan ahli2 MAY, banyak disclosure dari start dorang bergiat sampai terbit buku ni.













Foto2 dalam buku ni memang world. Aku kagum tengok koleksi foto, dan aku dah cakap 100+++ muka surat kan, so layan. I think this is a treasure for not only Malay rock fans, but for everyone.

k, dvd tadi aku dah cakap sikit kan pasal interview whatever....menarik la, dan informatif.
Ni cd lak, lagu semua best2 tapi Nafas, Hipokrit terutama Hipokrit ni la memang best sangat, dan aku suka ending Pahlawan Mimpi/Tragedi, very melodic guitar.
Of course ada lagu2 slow la kan, aku paling suka Menanti, dan lagu Nostagia tu kira cam campur2 lagu2 slow lama gitu, dan memang best la dengar dan terus terkenang zaman dulu...kira tiap2 lagu dalam lagu tu, aku cuba ingat kat mana aku pertama kali aku dengar lagu tersebut, kat mana aku beli atau pinjam ( hohoho ) kaset-kaset album2 MAY tersebut zaman dulu masa masih sekolah, dan kawan2 aku yang aku tak jumpa lagi bila meninggalkan zaman budak2 atau sekolah dulu, lagu apa yang sapa kawan2 aku, aku siap masih ingat nama lagik, minat.
Starting lagu Nostalgia ialah lagu Dalam Kembara...
So thats about it.....


The autographs is a very nice gesture to complete this fabulous release.


Thats about it, now... I got to get back to the real world.. till the next time UP THE IRONS!!.
Tuesday, May 22, 2012
bootleg May 19/05/2012 & review Iron Maiden FC magazine 92
pt 1, untuk peminat2 kumpulan May,
REVIEW aku yang ntah apa2 ntah, ada kat blog post sebelum ni..
saje je aku godey2 kejap dan dapat cammgini..
ada silap jugak tu aku baru perasan, malas nak betulkan.
front

back
Aku suka la dua2 depan dan belakang covers..... memang, aku syok sendiri masuk bakul angkat sendiri biarkan ku sendiri...
Bootleg is here.
http://www.youtube.com/user/tempehasuka666/videos
pt 2, the iron maiden fan club magazine 92 has arrived.
40 pages. I think this issue is less thicker, and I do really wish for more reading material but its alrite still.
The cover, I think I posted the photo of it about few blogs past.
Anyone reading rock news on the internet would read about the death of Kerry King Slayer guitar tech Armand Crump and how the rock world has so many tributes to him from huge and famous names of many bands,
I am not aware he is a huge Maiden fan, even a fan club member, and the Maiden crew has great things to say about him..
You have the person who does the live video recording, directing and editing that we see during each Maiden live show at the huge jumbo screens. Very informative.
The documentary that comes with the En Vivo dvd really shows the jobs of the crew really well.
You have this Bruce Air Flight 666 Simulator reviews and experiences. How I wish I can go for this. The write ups is so interesting for a person like me who have no idea of being in a plane cockpit, especially as its Bruce Dickinson who is the pilot instructor. Must be like in a movie or a documentary like that.
Also the Primal Rock Rebellion got a SIX pages interviews and nice photos...
Also the flashback thingy to some old fan club magazines, and really love the short review of Powerslave when it first came out in 1985, from the fan club magazine itself.
The new tshirts are nice, but...not nice when it comes to taking out the wallet. So... SKIP!, as in SKIP PY DOO BE DOO.
Back cover Sooty with Nicko, or is it Nicko with Sooty.
thats about it... Have a happy month of MAY with MAY and MAYDEN.
some photos from this issue 92. and the centerpage of Adrian Smith is very pretty.
Sunday, May 20, 2012
MAY 25th Anniversary - Live in Singapore 19th May 2012
Pada aku, nak tengok kumpulan MAY main konsert penuh yang selama 2 jam, show dorang sendiri, lagi susah dari nak tengok Iron Maiden. Jadi bila aku tahu MAY nak main full length concert kat Panggung Kallang, aku terus ambik cuti satu hari pasal aku rota kena kerja malam lak.

Poster yang pengsi abis, pasal material macam plastik vinyl gitu, bukan kertas so tahan la, dan tak bimbang kemek ke, koyak ke, ronyok ke. Siap MAY autographed lagik.
OK, tiket Stall - 88 ketul, tiket Circle - 55 ketul. ( yep macam tengok wayang zaman tok kadok dulu panggung semua besar2 sebijik2 gitu, tak macam skarang wayang semua multiplex ). About 200RM ++ & 130RM ++ respectively. Tapi its MAY dan macam aku cakap, susah nak dapat tengok MAY main full length concert so go I must.
Sebelum show start, kat the huge video screens ( total 3 ) ada this informative and funny interview ngan empat2 anggota MAY semasa persiapan untuk konsert Singapura ni, ada soalan2 serious dan jugak soalan happy2 gitu. Antara nye kalo takde May apa dorang buat? sapa paling handsome? Petua jaga rambut? I think they are very humble people when answering in their jovial ways.
So this is the setlist...fuck, aku dah lama tak dengar lagu2 MAY, serious berbual nak pergi ni show ni pun aku tak dengar kasi freshen-up atau ingat2kan balik ke hapa ke, jadi kadang2 tu macam ingat2 lupa title dia. Tapi tu yang thrill tu kalo dah lama tak dengar, then terus dengar live.
Persembahan cuma Mus, Man, Abu, Yus. Dorang empat aje. Takde keyboards player. Cuma 5 lagu slow kat tengah tu dorang pakai extra accoustic guitarist Putra dari band Stardust.
1. Intro & Abu on guitar
2. Hakikat Perjuangan
3. Penghuni Kota
4. Strategi
5. Jiwa Karat
6. Dari Kacamata ( 'near 10 mins long' version )
7. Siapa Kau?
8. Nafas
9. Mai Pen Rai
10. Graffiti
11. Ku Dalam Dilema ( acoustic )
12. Sketsa Sebuah Cinta ( acoustic )
13. Sinar ( acoustic. )
14. Gadis Bertudung Putih
15. Jemu
16. Wira Cyborg
17. Pelayaran ( amazing version )
18. Sendiri
19. Cinta Mu Mekar Di Hati

So this is my observations.
- May nye persembahan, terutama first half, Heavy nak mampos. Aku suka.
- Intro muzik dorang seram siak.
- Dari Kacamata - serettttttt.....
- Mus - gerekkk, gerekk, gerek. Also he talk about May's history and stories. And his 'balik ke pangkal jalan' story.
- Mus cerita zaman 80an , masa May perform kat Johor, Melaka, peminat hardcore fans dorang dari Singapore datang all the way support and I think he refer to the female fans, dia cerita pasal Peminat2 wanita dorang yang dulu vogue. Dan skarang dah more Muslimah, tapi tetap rock.
-Mus cakap dorang ada 15 album, 150 lagu, kalo nak main semua lagu boleh habis besok atau pengsan terus atas stage. Mus cakap dorang jemput Yantzen dan Oney tapi dorang ada lain commitment, and Mus cakap kalo dorang tak ambik tempat Mus, tak tahu apa jadi adakah May bertahan sampai skarang, THIS IS A BIT SIMILAR TO IRON MAIDEN'S PREDICAMENT. Betapa Blaze Bailey orang cakap apa pun performance dia, tapi kalo dia tak jadi penyanyi Maiden masa Bruce keluar Maiden selama 6 tahun, dapat ke kita Iron Maiden yang ada skarang??
So Mus respek dan suruh peminat kasi round of applause untuk Yantzen dan Oney, dan May bawak satu lagu dari zaman kedua2 penyanyi tersebut. And I was hoping for Bergegar Segunung Rindu tapi dorang main Jemu. Sigh. haha.
- Mus happening, suruh peminat2 yang duduk kat Circle ( tingkat 5 ) dan turun pergi Stall ( tingkat 3 ) supaya penuhkan ruang floor. Aku rasa security mesti kelam kabut kejap. Huru hara haha. Tapi memang best la, pandai2 je Mus, lawak pun ada part ni kecohrable. hehe. I think this is the best moment of the whole night.
- Cinta Mu Mekar Di Hati, majoriti parts audience yang nyanyi, Mus tenyeh microfon je kat audience.
- Tapi aku cam heran la last part lepas lagu last ni.. Apsal aku rasa MAY masih nak main lagi walau dah tembak tu hurray hurray nye ribbon confettis?. So no Racun Bermadu, no Black Area, no Derita Bangsa, no Bayangan Hidup, no Bergegar Segunung Rindu.
Boleh? Bayangan Hidup - May best song ever?. Tapi aku suka sangat lagu ni, betul2 punye bermakna la,....first time aku tengok May ( bukan setakat dengar kat kaset JJR ) ialah kat TV3 Muzik Muzik bawak lagu ni....terus makin minat...giler.
Tapi apa pun kudos to the organiser pasal buat show May yang fans dorang dapat tengok dorang main full show, dan suasana happy and calm ambience, ok la, memang tak full house, tapi boleh nampak la May ada dorang punye peminat loyal dari berbagai umur, walaupun banyak shows bagus kebelakangan ni terutama ngan peminat2 muzik semua kena pilih betul2 show2 mana dorang nak pergi pasal budget atau time and date constraint.











