Showing posts with label ella. Show all posts
Showing posts with label ella. Show all posts

Monday, March 28, 2016

Ella301110 & TheUnwantedPelangi cds

Blog ni rasa sendu je kalau takde posting2 borak2 syok sendiri dan tampal2 gambar..
So mari kita gigih berblog, sambil senyum dan ketawa sorang2 cam orang giler bila menaip. haha.

TODAY I SPEAK IMPURE MALAY. (LOL!!)


So, nari cakap pasal dua cd melayu aku baru beli. cewahhh...
abaikan High On Fire kat tepi tu... ni semua aku rip at same time..
aku dengar ni semua masa jalan kaki, naik bas, macam2 bas, atau naik mrt atau lrt je..
(with support support of Audio Technica headphones LOL!!)





First ELLA 30110. Kira cam Beverly Hills 90210 gitu ye kot?
Or Van Halen 5150 atau OU812.
Cakap pasal Van Halen - Memang padan dan mampos korang dua2 Van Halen brothers!!
Tu la, dah bagus2 Sammy Hagar (atau Gary Cherone sekalipun)..

nak jugak korang panggil balik David Lee Roth..
siap buang Michael Anthony lagik..
MAMPOS!! Sekarang harap korang jilat balik dan panggil balik Sammy Hagar dan Michael Anthony.
Michael Anthony suara sedap tukang jadi backing vocals untuk Van Halen..

Aku suka lagu2 dan album2 Van Halen original dengan David Lee Roth dan aku suka tengok foto2 dan baca cerita2 rock n roll dorang zaman tersebut, tapi aku start dengar Van Halen zaman Sammy Hagar so.... mestilah aku paling suka zaman Sammy Hagar hahaha.
Gary Cherone... sayang seribu kali sayang tak menjadi tapi Without You lagu gerek nak mampos. Tapi live hidup sey, ada kat youtube kan satu full show Van Halen dengan Gary Cherone.


Apa pun, balik kepada intipadu perbloggan hari ni...
walaupun zaman dulu berulang dengar seluruh album ni bentuk kaset, tapi ni la kali pertama aku dengar ELLA 30110 dalam format CD Compact Disc.

Fed-Up!!!!! Macaam Siot!!!!! Dah memang rasa WTF!!!!!Apaasal lagu pertama dalam versi cd ialah Sembilu??
kalau kaset , Sembilu bukan first song apa... lagu rancak kan..Kitalah Bintang kot?
Ni la aku tak paham apasal kalau cetakan kaset dan kemudian cetakan cd, tapi susunan lagu dirombak dan mesti nak letakkan lagu meleleh sebagai permulaan.
I remember Sembilu 2nd atau 3rd song.

Untuk aku never play around with how fans remember it. Aku suka ok kaset Ella 30110 ni dulu.
Memang dalam Walkman la..
Aku suka lagu lagu Kitalah Bintang, Sembilu aku suka part "dan pada siapa..harus ku adukan..." hohoho,
aku paling suka Layar Impian
dan aku paling paling paling suka is BOLERO.
Aku suka gitar kat lagu Bolero ni. Man Kidal kot...

Last but not least Mat Kental... hah.. ni nak kena carik kaset Jaybon aku masih belum carik lagik kat gerobok mana aku masih simpan..
kalau ada ada la modal nak buat cerita... haha.
Mat Kental Buah.. haha.


Gerek la album Ella 30110 ni... more rocking then Ella USA kot? hah...

Moving on....

UNWANTED PELANGI.

Susah aku nak cakap, atau dengar lagu Unwanted, atau apa je la related Unwanted.
Pasal aku ada dengar cerita2 lama pasal kumpulan dan apa pun yang bersabit dengan nya. amazing...

So lets just say, aku wish (wish kalau cakap melayu apa makna wish? berdoa? berharap?) untuk segala yang terbaik la apa2 je la Unwanted, the origins and foundation of this band ni and all their families.
All the best sentiasa.

OK..

Unwanted Pelangi...

Amazing ye zaman early 80s dulu... muzik2 zaman tersebut.. segala bentuk muzik... tak kira la rock atau pop atau apa pun..

Album ni, very the melayu la zaman tersebut, sama macam Sweet Charity tetiba ada lagu2 seperti Bulat-Bulat gitu...
Lagu yang kadang2 teringat kan aku kat DJ Dave? Othman Hamzah?...

Tapi some of the songs are rocking... Pelangi, Budi, Sampai Bila, Surat Teman Ku.

Penyesalan is like great song too...

Tapi everytime aku dengar ni album, its like part keyboards solo Toni Carey LIGHT IN THE BLACK dari album Rainbow Rising yang buat aku senyum...

Very the Rainbow influence ni band kot, siap Pelangi lagik... HAHA...


Gitaris dia?

well legend says.... some of the biggest Malaysian rock guitarists, yang masih muda pada zaman Unwanted ni, datang nak belajar how to do this, how to do that...

Youtube takde tu jam haha...

OK...

Next round...
High On Fire nye CD berkembar Spitting Fire Live 1 & 2.




Friday, February 26, 2016

Ella 1. (Muaahahhahaaha!!! - ketawa jin)

Errr... Hari Jemaat boleh ketawa jin ke?
haha.

OK OK.
Jantung aku masih berdegup kencang... Sejak lebih kurang 24 jam sebelum ni sampai sekarang.
PASAL / KERANA / DISEBABKAN -
Ada masa free je masuk tenet, ada masa free je masuk tenet..
baca segala ulasan peminat yang hadir, segala tok nenek foto2 peminat ambik, segala tok nenek video2 klip peminat2 ambil, segala pendapat, pandangan peminat2 satu dunia tentang show pertama Iron Maiden untuk tour Book Of Soul Merentas Satu Dunia yang bermula 24 jam lepas di FLORIDA USA.
Macam2 terjadi, biasalah first show tentu ada hiccup, tapi dari segi pilihan lagu.. Macam aku cakap semalam, aku tengah makan nasik kat pinggan, so aku tengah baca laporan siaran langsung (WAKTU TU AKU BELUM DAPAT TUNE IN SIARAN LANGSUNG LIVE TELECAST Peminat2 yang berada dalam indoor arena guna handphone dan guna Applikasi PERISCOPE).
Dapat tengok pun korang bayangkan takde berita awal ke pakat ke hapa ke, tapi berpuluh ribu tune in tengok LIVE TELECAST dari peminat2 satu dunia. 
MEMANG BETUL THE WONDER OF MODERN TECHNOLOGY. 
Aku rasa Iron Maiden pun tak tahu show pertama dorang, peminat2 pakai aplikasi Periscope satu dunia menonton sama.
Abis tu mamat yang satu tu pun dapat posisi terbaik untuk BROADCAST siaran langsung tu...)

Jadi sambil aku makan nasik, aku baca la laporan terus menerus ada peminat lapor kan? sekali tu...
Powerslave... MAK KAU, terus nak terbalik pinggan nasik aku terkejut HAHAHAAA..
Dah la Adrian Smith pakai gitar accoustic untuk Children of The Damned, Janick pakai Les Paul, dan macam2 terjadi dan kit Nicko memang terbaik la...

OK OK, aku nak kurangkan goncangan kencang hati terhadap Iron Maiden dengan berbual pasal satu artis,
sama rock dengan Iron Maiden jugak...
tak kurang rock dia, tak lebih rock dia...
Dua2 aku suka...
Ella..



Ella.. zaman dulu rajin jugak beli kaset, tapi last aku beli produk Ella ialah Rama-Rama nye CD, tu jam dah upgrade la ke zaman CD, dah tak beli kaset dah..
kaset semua dah buang sekarang, CD Rama-Rama tu pun entah kat mana, aku perasan CD Rama2 ni ada ulang cetak kot? lain je seleksi lagu sekarang...

So aku kalau kerja shift malam je la kan boleh dengar ye tak, kalau agak2 tak banyak masalah, ok sambil buat kerja pasang cd sebagai background music,
so main la CD CD dalam koleksi jumlah ada 3 CD.
TAPI SATU LAGU AKU AKAN SKIP nak dengar malam2 buta, 
sorang2 kat tempat kerja Jin Bertendang iaitu ,

 satu lagu puaka aku takut nak dengar haha - LAGU ULEK MAYANG.

Mampos kang menjelma apa2 kang depan aku malam2 buta, aku nak mintak tolong sapa siot? HAHAHAHAHA.

Kompilasi ni, hit and miss la kira kan? Ada lagu aku suka, ada lagu aku tak minat...
Ada lagu gerek pun takde dalam...

Pilihan masing2 la kan... Ella 30110 kot? Lagu Mat Kental..

Satu hari nanti aku nak kena sambungan topik "lain tempat nama lain2", contoh macam Malaysia panggil roti canai, Singapore panggil roti prata, Malaysia panggil Telur Tampal, Singapore panggil Telur Plaster, Selatan panggil Epok-Epok, KL onwards panggil karipap..

Aku nak buat perbandingan MAT KENTAL.
Tapi tu aku nak kena carik balik kaset JAYBON pasal ada lagu Mat Kental pun, dan Ella ni la...

Korang bayangkan la, kadang2 aku ada baca "IRON MAIDEN KUMPULAN KENTAL"

WHAT THE FUCK? MEMANG THAT IS MALAY, BUT THAT IS NOT RIGHT!!!

HAHAA..

Jangan lahar aku eh, pasal macam aku cakap blog aku ni guna DISRESPECTFUL MALAY.

Tapi try panggil Kumpulan Rockers, Rusty Blade, Lovehunters...

"Woiii korang mat kental la"

lagi nak effect lagi best " woi mat kental buah!! " hahaha

Its like undesirable gitu haha...

OK la......

Ella...

lagu Tiada Tangis Lagi - Korang bayangkan aku dah masuk NATIONAL SERVICE masa baru masuk zaman training pun, dalam classroom, boleh tulis lirik lagu ni kat kertas pasal kawan aku satu nak..
Korang bayangkan penangan lagu Tiada Tangis Lagi ni...

Ohhh... Rindu.. kaset USA, aku nye feberet song, all time feberet lagu Rindu la...

Jauh Di Mata... very the asli very the tradisional gitu kan...


SO ok la, enjoy la dengar.....

K bye.

oppss ok kasi aku kasi opinion ulasan gitu...

Anyway, Ella 1 ni ada tiga CD, total about 47 lagu.. Dua lagu baru involving Ajai which AKU TAK MINAT DAN AKU SKIP.
The rest from most of her career walau DUA INSAN BERCINTA is her remake not the original Battle Of The Band version kan?
Like aku tanya tu hari and sapa tolong jawab tu, about 3 or 4 versions exist yang Ella involved.

Sapa minat Ella, no problem la nak hadam semua lagu dalam kompilasi ni pasal memang lagu2 best semua nye. Tepuk Dada Tanya Selera. Tapi untuk aku, certainly more than a few aku skip.





Ni ok pasal ada dari perbagai zaman, cuma of course dia punye kualiti bunyi tak sama la kan...
Tu la masalah nye...dah ok ok terus masuk Sepi Sekuntum Mawar Bullshit
terus cam mendap sikit..

haha. OK la.. layan je..

K ni kali terus BYE..

Back to Maiden. haha.