Showing posts with label when taking an express bus. Show all posts
Showing posts with label when taking an express bus. Show all posts

Monday, October 3, 2016

Islamic New Year Greetings, TBS hari jemaat lepas and GHOST - MELIORA REDUX (Sweden Only Release, I think).

.
.
.
Salam Untuk Semua and Salutations To Everyone.

.
.
.

This time I will reverse things a bit, a little intro in my broken English, and then a long rambling in my market Malay language.

Firstly - a Happy New Year to all Muslims W.O.R.L.D.W.I.D.E.
UNHOLY DEVIL ME. I have to google to check what calendar year it is for the New Muslim Islamic Year.
It is Year 1438 Hijrah.

I wish to become a better human being (which by default means I wish to become a better Muslim, -please dont laugh, I am serious, serious like in the words of Bucky Katt like a cat taking a bath-).
May the True Values prevails in this world.
And those who flew the flag of unfair hatred, those who mislead the idiots in the name of religion and yes...the idiots include some highly educated fellows and those who harvest unfair violence die.
So together... - Death to the False Ones!! 
.
.
.
OK.. I think my horns are growing again. LOL!!

Look what I got from Sweden.... The land of Roxette.

Ghost Meliora Redux... It has Zenith!! And of course the new Popestar EP.




I will review and show this amazing Redux Packaging soon.

Yes!!!! yes!!! I know this is a very contradiction blog post of heaven and hell.

Well......   LOL!!

Hai Semua...  Aku pernah cakap dulu kan? Setahun sekali gitu, aku akan bual pasal bersangkutan agama. OK harap aku tak disambar petir. Seriously...

OK

ni foto TBS hari Jumaat malam, pukul 10 malam ok...




Aku nak masuk Singapore, kerja kul 7 pagi hari Sabtu.. Nasib baik tiket aku dah beli awal...
Penuh manjang...

kalau tak kena gi Larkin je la, lepas tu kul 3 pagi mendangok kat Larkin, tunggu bas kul 4 dari Larkin gi Pasir Gudang pasal bas tu lalu immigresen,
Nak tunggu bas2 awam masuk Singapore, yang mula dari Larkin selalu nak kat kul 5, aku konfem tak sempat, tapi kalau korang dari immigresen, bas awam masuk Singapore kul 4 gitu dah nak start dah kot bas kuning nye company.
tapi stress ok berpuluh ribu orang nanti kat immigresen kalau dah lepas kul 4 pagi.

Awal Muharram Maal Hijrah Singapore tak public holiday, Malaysia Long Weekend..
So memang ramai jugak la TBS pasal people semua nak take opportunity balik kampong or gi jalan2 gitu..

SO macam biasa, korang yang seperti aku... jenis CLUTCHING AT STRAWS.
Jenis yang bodoh tuli buta agama.
Doa makan pun tak tahu...

Dengar benda2 berkenaan agama rasa kulit panas gitu kena siat2...
Hah... tentu ada...

So bila kita jenis clutching at straws... Kalau Awal Muharam apa kita buat...?

KITA AKAN TERINGAT RTM 1.


Syukur la, orang macam aku yang baik kat Malaysia atau Singapore, harapkan tv cenel percuma. Takde Cable TV la, takde Astro, Takde Mio TV, Takde CableVision...
(Nak tengok Arsenal main, kena pakai tenet carik tayangan percuma atau gi kedai tengok...)

RTM 1 kat Singapore pun super clear pakai antenna bumbung flet.

So nak Magrib waktu Wilayah Persekutuan, so bukak RTM1... aku pastikan aku mendangok depan tv. Wassap reminder to love ones aku pasal RTM nak start doa. hahaha.

So mendangok depan tv, Mulut Terngangah.. Dengar ustaz2 cakap pasal Agama... Ngiong Ngiong Ngiong.. ok kulit tak panas.. haha.

Lepas tu ber iya iya tadah tangan doa sama2 Imam Masjid TV (korang tahu kan? lagi satu nama untuk Masjid Negara kat KL ialah Masjid TV pasal masjid ni selalu masuk TV hahaha), so baca doa akhir tahun, dan awal tahun. Wahhh Syahdu ok. 


Korang jangan lahar ok...

its a true fact cuba tanya sapa2 tongong dan tonggang terbalik pasal agama...  confirm akan bersungguh2 kalau peluang macam gini... pasal memang kita bodoh so kita hargai ada orang lead kita. 

Itu la, kalau orang buta tuli agama....

Tak boleh nak memilih, tak boleh nak ikut apa2 geng...

Kita ikut sapa2 majoriti dan la harap orang yang berkongsi dan lead sesuatu aktiviti tu bertauliah dan berkelayakan betul tak?

So tu la, setiap tahun, aku Sayang kat RTM1 satu just becaus of Magrib sambut Maal Hijrah.

Pasal... yes... aku dapat rasa kemanisan agama Islam.. Dengan cara aku sendiri ye..
Tentu mereka yang jenis "clutching at straws" dalam hal agama,  paham apa aku cakap.

Kalau takde RTM aku kena baca sendiri ye tak? or else gi mesjid haha.

tunggang terbalik ok baca sendiri... hahaha. Siot kan aku? OMG gitu.


OK... Selamat Tahun Baru korang baik dimana pun korang.. World Wide Live gitu..., (cehhh..hint hint).
semoga jadi manusia yang lebih baik. Walaupun setiap tahun hanya sebesar kuman je kebaikan kita dari tahun lepas.
Well... You Never Know Allah recognise our valour ye tak? cehhhhhh..... Aku berbual macam betul je - yo yo oh gitu...
(valour-great courage in face of danger siot)..haha.


Siaran Rock N Roll akan kembali next post.













Tuesday, June 7, 2016

haPpY Ramadhan & Terminal Bersepadu Selatan nye foto2 terbaru dan cerita2 terbaru..

Firstly, to all Muslims worldwide wherever you are.
HAPPY FASTING AND HAPPY RAMADHAN.

And its with sadness, the beginning of Ramadhan has the beloved human being Muhammad Ali passing on to the afterlife. Not that many human being can carry the tremendous positive aura and happiness and gladness that he brings to everyone worldwide for the past few decades and more.
May Allah protects him always. Amin.





Ni foto2 Terminal Bersepadu Selatan (TBS) pada hari Sabtu lepas 4 June kul 1 tengahari.
(Sapa familiar tahu la yang bawah signage besar cam kat airport tu, ialah kaunter2 tambahan..)

Foto2 Penumpang2 bas ekpress nak naik bas gi seluruh Semenanjung Malaysia dan Singapore, tengah beratur nak beli (atau lebih tepat CARIK TIKET). Ni dah tengahari hari Sabtu ok.
Aku rasa cam gini kan, ada dapat tiket untuk hari Ahad je la kot.

Kan Malaysia kan long weekend?
Malaysia Agung Birthday plus 1st Ramadhan.
Bayangkan SABTU TENGAHARI, Crowd masih macam gini padahal sepatutnya Hari Friday malam mesti dah clear kan?

Korang tahu? lepas dah hari Jumaat, dah masuk hari Sabtu 1 Pagi, 1 AM, kaunter semua masih bukak ok nak clearkan backlog penumpang nak Carik Tiket.
Seluruh TBS tak yah cakap la, penuh sesak orang tidur, orang baring, orang duduk, ALL OVER THE PLACE. Aku jalan kena hati2 tertendang orang cammana tu?

So ingat Sabtu dah clear. Hah kau. Sabtu Tengahari dah cam gini.

Abis tu Friday evening kan hujan lebat semua, LRT delay..
Horror ok cerita2 aku dengar pasal keadaan penumpang2 ada sangkut paut dengan naik atau turun bas atau carik tiket di TBS pada hari Jumaat malam.

Bayangkan tiket balik Pahang semua dah bis sampai kul 8malam siap ada orang dah Q gi beratur teksi warna merah kat belakang stesen LRT Bandar Tasik Selatan yang dekat ngan TBS ni, siap dah mintak tolong hantar gi TEMERLOH.

Ksiao ok... Teksi merah mana berani, keluar kawasan kena fine 900RM.
So nak naik korang gi naik teksi biru.
tapi mahal la kan.


So question is.. Ni baru long weekend nak sambut 1st Ramadhan.
HARI RAYA NANTI MACAMMANA?????
Especially now ALL Semenanjung Malaysia (ALL?, All) sekarang naik bas ekpress kat TBS, dan campur bas masuk Singapore lagik.

TRAUMA OK TRAUMA!!!!!!!



p.s

Anyway..

Segala kaunter jual tiket bas ekpress yang sebelum ni tak gunakan sistem tiket berkomputer online bersepadu TBS, semua dah tutup. Aku rasa kena diarah tutup la kan.
Jadi dah takde REBEL REBEL lagi ok. Semua kena jual tiket ikut sistem komputer TBS kat kaunter2 yang di jaga staff beruniform TBS.
Aku sebagai penyokong syarikat2 bas ekpress yang jual tiket secara REBEL di TBS...
sangat berduka cita.


p.s
Aku dah terkena lagi satu syarikat bas ekpress baru yang tersangat BABI.
Betul2 nye kerja sindiket.
Jual tiket pakai sistem TBS, tapi perangai babi..

TBS tak tahu, pasal dorang dekat TBS Malaikat.
Dah keluar TBS.... macam BABI.

Masih tak berubah ada syarikat2 penipu dan menyusahkan penumpang cam gini.
Aku speku mungkin sama je orang2 tu dari dulu, dorang tukar2 nama bas je....

Sorry ehh, puasa tak puasa, Babi tetap babi. In fact babi pun tak pernah menyusahkan penumpang yang dah bayar tiket bas dan buat perjanjian seperti dah tertera dalam tiket yang dicetak itu.

Friday, March 18, 2016

(stray cats moments) / kucing kena buang kat pasar

I like to spend time with stray cats. Playing with them and buying human food like fried chicken, but then feeding them that.

But sometimes stray cats are difficult to handle.
- From human side, sometimes stray cats have serious skin problems so have to be careful in stroking and playing with them..,
and unfortunately,
- From the cat side itself, they are maybe too nervous, and sometimes stray cats just dont trust human beings.'
I am not surprised if they have nightmares of what humans had done to them and their kind before.

Time to tease this ruffian.. Very Teen Street Gangster Attitude this one LOL!!

Reminds me of Bucky Katt...

One of the greatest cats ever to live in the fantasy world LOL!!!









Kucing2 dan anak2 kucing kena buang kat pasar...

Benda ni akan terus terjadi dan terjadi..

Terutama dimana ada pembangunan dari rumah kampong ke rumah pangsa atau yang sewaktu dengan nye, maka banyak la kucing kena buang kat pasar.....

Anyway... baru jugak ni...

Ni tu jam aku tengah tunggu bas ekpress kat terminal Larkin.

Aku speku ni kucing2 ni semua baru kena buang,
pasal aku tak pernah nampak...

Menggerutu la atas kepala dorang, dah bersisik2, tapi takde luka terbuka la, takde basah2...

So main2 la dengan dorang, sambil tunggu bas ekpress aku...
kasi makan, MACAM SIOT, cerewet siot makan, tak padan kucing kena buang kat pasar... HAHA.

Tapi yang besar2 dah dewasa sikit semua ok je makan, yang kittens kittens anak kucing ni semua je cerewet...

Tapi tu hari aku gi pasar larkin carik dorang sebelum aku naik bas ekpress, dorang dah takde...

Sedih... haha

Harap ada sapa pungut dorang kot? Atau bawak dorang gi tempat lain...

Kena taruk krim tu kat bijik2 yang kittens ni atas kepala tu...

pasal tak sampai kan dorang nak jilat sendiri, kucing punye lidah tu semua ubat semula jadi, tu la cuma atas kepala je dorang tak sampai ngan tengkok...

Tu ah kita kena garuk2 atas kepala dorang, pasal dorang tak sampai, nak dorang syok stim semacam kalau kena garuk atau gosok atas kepala. haha.


K tu je...  

Korang tengok la... dekni, siot abis keropok ikan aku semua dia bongkar....
ok la, dah seal kan keropok ikan tu...
Keropok ikan tamban, sedap ok... haha..

korang beli yang grade lebih baik sikit la, grade ada dua selalu nye kedai2 jual...

ok balik kepada kucing,,

dekni paling suka kena gosok belakang dia, sampai meniarap abis.. dan paling bersih..so feberet la haha.






Tuesday, October 6, 2015

NASIK AMBENG kat terminal larkin tingkat 3 X 2 gerais, dan LAKSA kat gerai geylang serai belakang maybank

Apa khabar semua?

Nari aku nak cerita dan tunjuk gambar kat korang PASAL MAKAN.

-
pasal nasik ambeng
dan pasal laksa.




So aku kan, resmi aku, kalau aku nak naik bas ekpress aku akan makan kenyang2, pasal dalam bas ekpress bila aku dah kenyang tambah ngantuk, aku akan membuta the whole journey selalunye.

So either way - aku kalau balik Malaysia, atau balik Singapore, mesti makan kenyang2 sebelum naik bas. Then selalunye aku dapat la tidur 3 Jam gitu hingga sampai destinasi aku.
Sometimes tidur mati ok...tapi dah season kot aku ni regular naik bas ekpress, so boleh tersedar bila dah nak sampai...

Tapi kalau aku balik Malaysia dan nak2 memang lepas aku kerja shift malam, selalunya aku dah la ngantok kan? dan aku pun dah kat Terminal Bas Larkin lepas beli tiket bas ekpress nak naik bas selalunye aku tak terus beli bas yang nak bergerak, aku akan beli ada TIME GAP sikit, jadi aku boleh sempat gi makan, and then run some errands la beli tu beli ni berbelanja sikit
,
so aku memang tukar2 menu la breakfast. Antara yang kadang2 aku tukar menu tu ialah makan Nasi Ambeng kat pusat penjaja bas Larkin yang tingkat tiga tu..

Ni contoh dari dua gerai pusat penjaja yang jualan nasik ambeng, roughly harga nye sekali.

Gerai pertama...


Banyak kan? Hebat ok kalau dah kebulur, dah penat kerja, perut kosong....ngantuk lagik.
Dah macam mentehkedarah gitu kan makan gini pagi2 buta? tapi selalunye aku makan gini pasal aku baru lepas kerja malam pe, kira last kopek nye shift untuk cycle tersebut soo...... kebulur la jawab nye.
From this photo, korang tahu la kan aku ni jenis LAPAR NASIK. Taruk la lauk makanan betapa sedap dari mana2 restoran ke, mana2 chef ke, makanan hebat mee ke, pizza ke, aku tetap carik nasik puteh ngan tak kesah la betapa simple pun lawannye,


Anyway sambung pasal nasik ambeng yang foto ni...
Ada trick dia ok....kena play safe.
So aku rasa PLAY SAFE, suruh gerai nye staff ambikkan aku. Paham? Aku tak scoop sendiri.
They know better kan? pasal Kalau scoop sendiri aku takut harga melambung2 hehehee.
So cam foto atas ni aku cakap aku nak "NASIK AMBENG DAGING".

Aku pernah makan kat satu gerai nasik campur, makcik tu charge aku lebih kot? dia cakap "tadi saya tengok awak ambik lauk lebih". Ye eleh.. kira kalau aku terscoop apa lauk dua sudu ke hapa ke dia charge lebih? SEKALI JE AKU MAKAN KAT KEDAI MAKCIK NAK CEPAT KAYA TU!! haha.
Eh Eh, ni kedai lain ok, bukan kedai atas.

So dari foto atas tu, akan dapat, nasik, ikan kering, rendang daging, sambal goreng/soo hoon gitu, dan mee goreng yang very spicy gitu untuk lawankan ngan nasik putih.
Harga about 5RM.

So macam foto atas aku mintak tambah bagedel and tempeh.
So its about 6.50-7RM.

Korang jangan quote aku ok?? Ye la orang meniaga mana ada harga constant sangat kan? So maybe bila korang makan lebih murah atau lebih mahal.

Tapi aku serious cakap meal atas ni...kekenyangan.


OK Gerai kedua. Ni kat belakang...

Yang ni confirm tak boleh ambik sendiri, pasal lauk2 dorang kat belakang.

OK so aku mintak NASIK AMBENG AYAM kot? Dari foto ni cam Ayam je haha.

Aku selalu ambik foto makanan kalau line clear la, pasal kalau ramai orang, atau ada orang perasan, nanti aku kena chop Jakun lak.



So yang ini, dapat nasik, rendang ayam, mee goreng, ikan kering dan yang kanan tu sambal goreng ngan soo hoon gitu.
About 4RM kot?

So aku mintak tambah Sambal goreng lagi satu style yang kat kanan tu...
So I think all in all maybe 5RM? or 6RM?
I think 5RM.

OK korang lagi sekali aku cakap jangan quote aku lak, ingat2 lupa la harga.

So ok la, dua2 sedap, dan memang perut kenyang and cam korang nampak, extra effort kan ngan daun pisang semua...
Nice...

Actually ada gerai2 lain jual nasik ambeng, actually yang kat gerai2 tingkat satu pun ada Nasik Ambeng. Aku takde foto contoh je...
Gerai yang dah siap2 bungkus tu, kat ngan area teksi pak wan cha masuk Singapore tu.

Actually gerai tu la yang aku cakap, kalau korang beli lemang kat mana2 gerai pun, tapi aku akan beli rendang daging kat gerai tu. Kira timbang pakai elektroniks ok rendang daging dia. Takde agak2.


Ok So switch to something to Singapore lak...

Laksa kat one of the gerai kat salah satu tempat2 makan di Geylang Serai. Ni kat pusat penjaja yang kat belakang Maybank tu. Korang tahu kan mana satu aku cakap?
Pagi dah start stall jual Laksa ni...




$3.

OK la laksa dia, sedap la kuah dia dan sambal dia all that...

Dah tu je...

lama rasanye aku tak mengaktifkan label "sebelum makan petik gambo" kat blog aku ni (for other food pusat penjaja or whats not, here it is - http://www.deaf-angel.blogspot.sg/search/label/sebelum%20makan%20petik%20gambo  ...

Monday, May 11, 2015

LEMANG SETIAP HARI, Ketupat Palas & Lontong Daun - semua makan ngan Rendang - title tersangat world.

LEMANG/KETUPAT PALAS/ LONTONG DAUN -
Semua makan ngan 
Rendang nasik ambeng.

Bulan puasa nak dekat, so aku rasa semua pasal makanan aku nak cerita baik aku cerita sekarang...

Botok-botok dah aku borak tu hari, so lain2 pelan2 menyusul...

Gelak la korang tu hari ada komen makanan Botok-Botok macam FEAR FACTOR.

So.. kita orang kat rumah memang suka makan Lemang, so nasib baik jugak la kat pasar Terminal Larkin Johor Bahru berapa gerai baik dalam bahagian pasar basah atau gerai2 jual kueh-mueh ada jual Lemang ni. Jadi tak yah nak tunggu raya atau susah2 nak carik....

Jadi quite often aku nak balik KL je, sebelum naik bas ekpress aku beli la.. Aku suka beli kat gerai ni satu ni kalau aku nak beli Lemang..
Sila cuci mata layan foto2 apa yang dijual di gerai tersebut... Korang tahu la kan gerai mana aku cakap ni kalau korang tengok gambar2 ni....



Dalam bahasa Inggeris, LEMANG deskripsi nye ialah -
  1. Lemang is a traditional Indonesian, Malaysian, Singaporean food and made of glutinous rice, coconut milk and salt, and cooked in a hollowed bamboo stick lined with banana leaves in order to prevent the rice from sticking to the bamboo.


Berbalik pada gambar tu, nampak?? Ada lontong daun tu...

OK tengok lagi gambar....




lama tak makan ketupat daun kelapa eh.. bukan ketupat palas macam kat atas tu tau.... ketupat daun kelapa...
Anyway ketupat palas dalam foto ni satu RM80sen.

Dalam tupperwares tu macam2 la... ada the kuehs, ada all the acars, pickles, sambals.. and whats not.




Okie Dokie...

kalau makan Lemang or Ketupat Palas or Lontong Daun (kalau takde lauk Lodeh)  lawannye mungkin macam2 la kan? tapi satu feberet ialah RENDANG.

Ok yang ni pun aku memang kira bernasib baik....

Pasal kat pasar Terminal Larkin baik kat gerai2 pasar basah atau gerai jualan makanan terutama gerai2 NASIK AMBENG...

ok ok, kalau kat Johor ke, Singapore ke, top hits jugak la kan Nasi Ambeng ni.. Paham2 la Jawa konker.


OK so rata2 pilihan rendang yang paling disukai ialah yang gerai nasik ambeng siap bungkus2, korang tahu gerai mana kan?
Ni yang kat first floor kat belakang kat tempat teksi Pak Wan Cha. You get what I mean??
Hah...



OK, gerai ni, daging rendang ni dorang jual pakai timbang ok...
ada komputer nye timbang... so takde agak2...

Gerai2 lain tak boleh challenge la, pasal mungkin rendang gerai ni memang khas untuk bungkus nasik ambeng ye tak?


Gambar contoh... tu serunding kelapa.




Sorry la mintak maaf banyak2...

dah makan2 dah kenyang baru nak ambik gambar...




Ni pulak Lontong Daun and ketupat palas yang beli kat Pasar Larkin kalau lawankan ngan Rendang gerai tu dan sambal tumis, also beli ready made kat Pasar Larkin.

Aku dah beli, aku kena naik bas ekpress,

sampai KL kena naik LRT ,

kena jalan kaki lagi...


petang all at home so kita makan....

So masih sedap.......

Gambar hiasan contoh lagi...

Dah makan baru ambik gambar...



Ni baru real...

Lontong Daun..

Zaman sekarang semua macam nasik impit... lontong semua buat dalam plastik...

Macam makan chemical gitu la kan?

Zaman dulu mana pakai plastik ye tak? semua ori......

bau wangi, cantik, sedap,

Even kalau kat Johor/Singapore sekarang gerai2 jual lontong pun rasanye gerai2 pakai nasik impit style gitu...dah tak pakai lontong daun...



I hope korang tak confuse, lontong tu aku panggil untuk lauk Lodeh yang lemak sayur tu makan ngan Lontong daun ni or nasik impit or what you called it...






Bersambung....




Friday, April 3, 2015

6.30pagi kat TBS, aku dah muntahkedarah nasik briyani panas baru sampai kat kedai, sambil tunggu bas ekpress aku

~ ~ Aloha ~ ~ ~ ....

Ermm.. Aku nak cerita pasal makan2 kat England tu hari, KIV dulu la..


Tapi...ni aku nak cerita pasal aku makan nasik beryani/briyani (whatever la kan spelling dia) kat TBS (Terminal Bersepadu Selatan kat stesen Bandar Tasik Selatan untuk non-public-transport people) kul 6.30 pagi. Yep pagi2 buta.



So aku memang nak tunggu naik bas ekpress pergi ke Selatan. Aku rasa lapar ni, dah tu aku tahu aku nak naik bas je aku mesti nak tidur all the way, nak masuk kerja petang ni.. So kalau dah makan agak tentu rasa ngantuk... so boleh membuta.

So aku gi KK Mart, kan semua sedia maklum TBS ni kira 24 jam, walaupun mungkin lepas kul 1 pagi mungkin dah takde bas keluar, mungkin kul 3, 4 pagi cuma bas masuk je, tapi TBS ni still alive so macam aku cakap its a SANCTUARY gitu, terutama untuk sapa tak tahu mana nak pergi, (macam Larkin, korang nasib baik kul 1.30 pagi pun masih ada bas gi KL ok, tapi... semua turun kat luar Puduraya) atau mungkin tak boleh bergerak keluar dari situ pasal nak tunggu train LRT semua kul 6 pagi start. (Aku first LRT aku memang dah nak kena naik la kan...kalau tak kelamkabut kat TBS, anyway, TBS semua memang facilities semua cukup for your personal obligations so no hal la kan).
 Komuter start lagi awal kot? or 6am jugak. Aku tak pernah naik Komuter pagi2 buta so aku tak tahu.(TAPI, kalau korang tengok bola kat Stadium Shah Alam, hah, cepat2 la korang gi kejar tu last Komuter, dah macam pelarian Mynmar ok seberang landasan track ngan hiway nak kejar last train) Tapi 5 plus gitu dari Bandar Tasik Selatan dah boleh naik train hi-speed arah KLIA/Sentral dah.
24 jam Kedai2 semua bukak so no worries kat TBS ni lampu semua bercahaya macam kat stadium gitu...

Ni lagi dari tu hari cam aku cerita,bas ekpress ke Pantai Timur semua dah pindah dari Putra semua dah operasi dari TBS, memang makin meriah la sekarang.. sentiasa ada orang, kalau weekends ngan eve of Public Holiday atau lepas Public Holiday, giler ramai orang.

Aku fikir2 hari raya puasa tahun ni, TBS is going to be like malam raya kat Jalan Tar. Kecoh gitu.
Tapi kudos tu the operations and the cleaners ok, tetap aku rasa TBS ni masih maintain kebersihan. Walaupun kadang2 memang merata sudut semua orang carik spot lepak baik punye.

OK, so aku gi KK, wahhh pagi2 buta nasik briyani baru sampai la... So aku pun beli la.
So aku pun makan la.... sambil tunggu bas aku...

Enjoy the pics...




Nasik dia sikit...tapi ayam dia banyak jugak...ok la...kalau dah kebulur 6.30pagi. Of course ada macam2 makan lain kat TBS pagi2 cuma aku makan ni je la tu hari.

Sekian.
COYG.


p.s Aku tengah tunggu pasal harga tiket bas ekpress dilaporkan nak naik...
I mean, on one side, aku bergantung kat bas ekpress, so basically aku pun kena prihatin dan have a sense of compassion kat driver2 bas ekpress, penjual2 tiket bas ekpress, I mean semua orang la yang kerja terbabit ngan ada kena mengena bas ekpress ni...
Dorang pun nak kena naik gaji jugak kan, sama macam kita semua la yang kerja makan gaji..

tapi of course the impact on the passengers also nak kena dipertimbangkan.
So again, its all about BALANCE.
So lets wait and see the outcome.

Sunday, January 18, 2015

Terminal Bersepadu Selatan makin meriah dengan kehadiran bas2 dan penumpang Pantai Timur - cehhhhh tajuk

Ni posting luahan hati..

So judul posting pun ada sikit hormat sikit haha.


cerita panjang, gambar2 semua kat bawah.

Sebenarnya cerita ni dah basi,
tapi aku tak cerita dulu, AKU PERAM DULU, terutama pasal Pantai Timur tu hari dilanda banjir yang sangat teruk yang memang aku takde words nak cakap perasaan aku.

OK, aku ni kan, TBS ni dah kira macam regular la kan... HAHAHA. Syok la kan tempat ni aircond, ok la tapi aku kureng sikit toilets dia very the lecak bila ramai orang pakai..., and its like so "uncool" la toilets dia gitu haha... tapi still more than enough toilet facilities...

Tempat ni facilities semua cukup, makan2 semua KFC, Subway, Kenny Rogers, Mamaksss, kedai2 runcit 24 jam dalam TBS, KK, 7-11, so... setakat kalau sampai malam, then lepas tu korang tak mau naik teksi ke apa ke tunggu LRT pertama ke, tak jadi hal... kalau kata korang nak perlukan solat facilities pun its comfy la cuma kalau ada orang make use of surau untuk main game atau tidur , then waktu peak hr then a bit simpang siuh sikit, kalau korang nak private sikit, hotel pun ada. hehe. MPH pun ada complete la... Guardian semua.

Kalau kata korang carik tiket, contoh eve public holiday semua dah habis, kul 12 malam bas semua pun dah takde,  bertenang, korang boleh relak2 kat tempat ni sambil tunggu bas paling pagi launch...

OK, lagi sekali, TBS sebelah stesen Bandar Tasik Selatan, memang terbaik la kan, semua sistem pengangkutan ada kat sini, LRT, Kommuter, bas awam, KLIA high speed train, bas express....

The designers got it right la kan, sistem Interchange segala tok nenek pengangkutan awam, yang quite efficient untuk rakyat marhaen yang perlukan pengangkutan awam untuk bergerak dan bersambung2 antara pergerakkan dari satu tempat ke satu tempat ke satu tempat...


Dulu Puduraya regular la, tapi Puduraya tinggal kenangan. Bagus jugak la kan dah tak pakai Puduraya untuk bas2 Selatan. Nak masuk kawasan bandar kat situ je traffic jam dah boleh makan 1 jam ok.

OK OK. TBS - Terminal Bersepadu Selatan. Dulu2 cuma untuk pengangkutan bas ekpress ke Selatan je kan.. JB, lain2 parts of Johor, Singapore, Melaka..

tapi then dorang bukak untuk Pantai Timur sekarang.  Dari PUTRA nye la kan....  

Satu tak bagus nye, dulu tempat ni kosong, so aku suka la kan kosong, 
Sekarang dah penuh...kira ramai orang, nak cakap sesak takdelah, tempat ni besar macam airport.

Tapi aku happy la untuk pekedai2 kat situ, terutama kedai2 makan kat tingkat atas, pasal ramai orang tentu ramai customers la kan.

ABIS LA... FUEL SHACK KAT TBS MAKIN PENUH SESAK SEKARANG!! hehehe.

OK, 

tengok foto ni, ni la bas2 dari rantau pantai timur nye routes semua dah set-up dorang nye kaunter kat TBS.

First 4 kaunters dari kiri je la, yang sebelah sana dari Zenwan kuda tu semua dari dulu memang bas2 gi Selatan.

Ni semua pada aku dorang REBEL!!!...   Degil!!! haha. Pada pendapat aku je la... 

Dan aku akan support dan sokong kat mana2 la syarikat2 yang degil yang kat row ini..

Nanti aku cerita...



Syarikat bas Adik Beradik tu... tu paling legend ok...

Aku naik bas gi Kuala Terengganu dulu, bas berenti kat masjid mana ntah along the way...

DRIVER KEJUT OK - Kira Driver Suruh
..
..
...

Sembayang Subuh.

haha...

OK, so aku turun bas la kan driver dah cakap gitu..... turun bas je? Eh??? 

kikikikikiki... Those were the days... eh? Bak kata Judas Priest - Wild Nights, Hot & Crazy Days.

Cehhhhh.....


OK korang tengok gambar atas tu....... Sebenarnya dari syarikat Darul Naim to syarikat Adik Beradik tu counter or kaunter tiket dorang semua sebelum dorang masuk semua ialah bekas kaunter syarikat2 bas yang pergi Selatan , masuk Larkin dan atau sampai masuk Singapura terus.


Tapi pelan2 makin banyak syarikat bas yang sekarang dah suruh Terminal Bersepadu Selatan nye staff jualkan tiket untuk dorang.

Dulu, Transnasional pun tiket jual sendiri kat TBS, pun sekarang dah suruh TBS jualkan kat TBS nye ticket bas counters macam gambar gini...

Ni semua kat depan la kan, so ramai tak perasan kat belakang tu ada the kaunter2 syarikat yang jual tiket mereka sendiri yang terasing dari syarikat2 lain yang TBS jualkan tiket....




Nak beli tiket bas apa, Masing2 la kan?? Macam aku, aku cerewet ok, ADA SYARIKAT BAS YANG AKU TAK MAU SUPPORT!!
Kecuali kalau terpaksa la... bila bas lain dahbis, atau timing waktu tu dorang je ada...


Tapi jugak, bila nak naik bas kat TBS , aku tetap secara peribadi akan sokong syarikat2 REBEL yang masih jual tiket sendiri kat belakang tu.
Walau aku suka naik bas Konsortium, tapi dari TBS ke Larkin atau masuk Singapore terus, aku tetap akan SOKONG bas yang syarikat dorang jual tiket sendiri.

Pasal...ok, beli kat syarikat2 jual sendiri ni kat TBS, kita dapat customer touch, pasal dorang jual tiket bas dorang sendiri.
Pekerja2 TBS dorang jual tiket, dorang takde apa feeling pun kat syarikat bas tiket yang dorang jual tu?

BETUL???

Dah tu, aku nak tanya apa2 soalan, atau katalah bas lambat ke hapa ke, Korang rasa TBS nye staff boleh kasi korang "perincian" dan berita yang tepat??

Kalau korang beli kata la tiket bas Syarikat2 yang jual sendiri tu contoh City Express ke, Sri Maju ke, KKKL ( BAS GAGAP... KKKKK...KKKKK , hahaha), atau Adik Beradik ke,

hah, korang dengar sendiri dari staff kaunter, ooo bas ni ada masalah ada jam kat jalan ni, ada tengah tukar driver, lagi 10 minit sampai...

Pasal tu semua staff dorang sendiri....

Korang paham kan apa aku cakap???

Ni masing2 la kan....

Of course la nanti ada cakap OOO beli kat kaunter TBS banyak bas,  Ye la...tentu banyak bas, berlambak2 bas kau boleh pilih atau suruh TBS staff pilihkan..

tapi ni masing2 la kan...

Anyway,  ni kul 6.45 pagi gitu aku snap foto ni... Korang bayangkan, kalau satu kaunter je bukak, abis tu korang dah lambat dah...nak naik bas kul 7 pagi...
kalau tak sempat cammana???




So jangan lupa pergi belakang tempat jual tiket Rebel tu hahaha......

Aku harap, syarikat2 rebel ni yang masih jual tiket sendiri akan terus begini,

mungkin pasal dorang ada computerised ticketing system sendiri, atau dorang sayang kat pekerja2 dorang, pasal nanti kalau TBS dah start jual tiket dorang, macammana ngan staff dorang kan??

OK dah...nanti sambung..




Monday, November 3, 2014

MAKANAN DALAM BEG PLASTIK (Hawker Delicacies in Plastic Bags)

Aloha semua..  Dari Negara Serbia punya keindahan, ke keindahan Paradise Lost dan ke keindahan makanan yang sedap2 dari gerai2 tepi jalan dan pusat penjaja.....

Aku rasa la kan, orang2 kaya , ataupun orang2 yang berlagak bagus ataupun pemimpin2 negara pun, raja2 sultan pun, dorang pun kadang2 makan makanan tepi jalan ye tak?
Dorang punya makanan pun dibungkus macam kita jugak ye tak? Letak dalam plastik...

cuma sebelum dihidangkan tu, letak la kat pinggan cantik dan mewah ye tak??

Aku rasa je la jangan ada orang marah...

PERNAH SEKALI, ADA ORANG POST GAMBAR KELUARGA SULTAN DIA, AKU CAKAP JUJUR AKU CAKAP something like this la 

- "GAMBAR NI MENUNJUKKAN MACAM SEBUAH KELUARGA MELAYU YANG BAHAGIA DI KAMPUNG".

pasal photo tu hitam putih dan semua berpakaian melayu gitu dan takdelah duduk kat kerusi sofa mewah yang sampai nak tenggelam gitu, its a very humble settting so aku just speak my mind la...

Aku rasa kalau Sultan dia dengar aku cakap gitu pun akan gembira, pasal menunjukkan rasa humility ye tak?
Tapi ada orang tu tak puas hati. Macam... "Tu Sultan aku ok!! Bukan sebarang2 orang!!"..
"I was actually praising your royalty Sir, sincerely and without any sarcastic intention." 


tapi guys tu bukan from any states in Malaysia la... hehe.

So korang jangan ambik hati ok kalau aku tercakap sapa2 makan lauk dan masakan dan kueh mueh gerai2 kedai2 tepi jalan....


HUMILITY IS VIRTUE.



Kita mulakan posting kali ni dengan kuiz. Cehhh.....

1) Soalan pertama , kasi warm up dulu..., korang tengok ni... Mana satu Popiah Goreng, Mana satu Popiah Basah??


Senang je kan???

OK, ni aku beli kat gerai yang makcik tu cuma jual kueh mueh melayu je & mee siam kat Pusat Penjaja Tekka di Singapura tu....  A bit expensive but its very nice.... Aku malas la yang popiah goreng tu nak letak sambal cili or whatever, aku makan gitu je pun dah sedap...
keyword- #Malas dan #leceh #makan sambil berdiri #makan sambil berjalan

2) OK lagi satu photo-shoot, cehwah!! tak agak2 word aku pakai...
Pun dari Tekka jugak, ni gerai lain...

Korang pandai, mana satu Epok Epok Sardin, Mana Satu epok epok kentang, mana satu Sambosa/Samosa style India yang dalam tu penuh ngan kacang2 seperti dhal, kacang hijau and all that kacangss....?



Hah, yang epok epok tu ada tricky sikit kan?? its all in the "DOTS" ye tak?

Selalunya titik merah is Sardin? lupa lak as I am typing this......

Ooo okay, seperti biasa untuk korang yang ada tak panggil ni Epok-Epok, korang panggil karipap.. which is very the mat salleh kan? "Curry Puff" gitu....apa sangat perkataan ni sampai yang ada gelak2 lagi ye? macam word gatal merenyam ke? Epok-Epok?? haha..


3) OK, yang ni foto ketiga, korang tengok kat kelip kat tepi epok-epok (karipap) ni...
maksud aku cara tepung kulit epok2 (karipap) ni kena lipat (clip) gitu...

korang tengok, cara lipatan epok-epok ni dua lain kan? hah.....

korang mesti tahu kan mana satu Sadin? Mana satu kentang??




hah... aku paling suka makan Epok-Epok or karipap homemade...
Aku lagi nampak macam gini pecah2, tak cantik lipatan dia...bengot2, terpeleot...

aku tahu handmade, so handmade sedap...pakai tangan semua..

ok, yang lipatan yang macam ermmm, kerang tu selalu is sardin la..ye tak??

OK ni pun epok2 kat pasar Tekka tapi gerai lain...


OK, asyik pusat penjaja Tekka je, so mari kita tukar...


4) OK, ni tu hari aku semayang jemmaat kat KL, hah.....so lepas smayang ada brader jual ni...
Samosa.. ok kira ni style brader melayu tu la...

SEDAP ok, ada ayam atau daging... I really like it...




5) Kelima....ermm....

OK la korang pun mesti dah boring so aku tukar lain....

Actually kan kalau korang regular naik bas ekpress, korang boleh agak la, kalau lain2 syarikat bas satu hal, dan lain2 driver punnnnnn satu hal jugak...

Semua ada lain2 citarasa kat mana nak break, nak toilet break, dan sebagainya..

So ni yang kat RnR yang kalau dari arah Dari Kuala Lumpur hingga Johor Bahru...
ni yang kat sebelum Tangkak kot?

Aku pun tak ingat la, aku selalu fail sequence rnr ni...

ok so mula2 aku duk mendangok dalam bas, aku tidur la kan confirm punye...

so tersedar dari lamunan, so nampak ni, pagi2 buta dah start jualan..so aku tengok ok, putu bambu kot, so aku pergi la beli satu...
Ohhh Putu Bambu World nye franchise la ye kot?






So ok la kan, aku makan dalam bas ekpress tu...abis kau.....lapar ke atau pasal tak baca bismillah? haha.

Siot korang, aku serious la...

OK OK, semoga korang terhibur tengok foto gambo2 makanan ni..... hingga ke lain siaran...

Support orang2 melayu jualan di gerai2.... Walau aku tahu Old Chang Kee sedap, tapi lets not forget our melayu nye...
Tapi mana2 gerai2 melayu yang tak sabar nak cepat kaya.... jual harga tak munasabah dan tak sedap atau low quality atau dah basi...

well..... (sambil angkat bahu)..



Friday, December 13, 2013

perubahan dalam masjid, dan pembaziran dan penjimatan air (cehhhh.. hari jemaat gitu hahhaha)

apabila geng setan masuk masjid.. boleh ayat intro cam gini...?
ok sebenarnye aku nak cakap benda lain, tapi kasi bunga2 sikit....

aku suka ngan perubahan kat Masjid An-Nur Larkin Sentral ni, dorang dah tukar tempat ambik air sembahyang lelaki ngan tempat ambik air sembahyang perempuan, ngan ini, pompuan punye praying area pun dah lain sikit, conclusionnye -, orang pompuan nak gi semayang, dorang ada pintu sendiri, dan dorang actually tak exposed langsung kat Jemaah lelaki sebaik sahaja dorang masuk dalam ruang masjid. Tak macam dulu.
Bagus la, pasal masjid ni pun kecik, ni lebih kat travellers, tempat persinggahan musafir, orang balik kampong or nak gi tempat lain semua tunggu bas, orang pergi pasar, orang gi kedai2 kat terminal Larkin tu, pemandu2 pekerja2 bas ekpress, dan pekedai2 kat gerai2 dan pasar basah situ.
- The funny thing I just realised is, once you are across the causeway of Selat Tebrau, the first mosque you will come across which is like just a few minutes walk from Immigration is also called An-Nur.
Jadi lain kali kalau korang kat kastam, korang cakap "eh nak semayang jemaat la, so jom gi An-Nur", nanti orang mesti Tanya, Woodlands ke Larkin? Pasal dua2 dah easy access pe... 
Ni scenario je la....untuk orang2 naik public transport senang je la kalau dipadankan ngan scenario ni.
.
.
.
ok layan gambo..takde gambo, tak thrill la..


yang langsir biru (langsir siot melayu aku hahaha), ok curtain biru tu bahagian pompuan skarang, so then pintu kat right tu ialah tempat wuduk lelaki sekarang...(anyway masjid ni kecik sampai takde toilet ok? korang gi la pakai toilet kat luar sana tu, kena turun escalator gi tingkat dua la ).



Now to something serious...


Korang Nampak ni???





So Apasal Some of these people....
Ambik wuduk , cam fully maximise, bukak sepenuhnye paip tu??

Takkan aku nak tegur?? Dah dorang image semua orang baik2, neat, tidy, smart, kira memang orang2 baik la...
Sorry eh, serious berbual aku repeat lagi sekali ok, aku pernah pergi dengar satu ustaz ni kasi kuliah gitu before Friday prayers kat Masjid Jamek KL, where he openly cakap la, Jemaah pakai serban la apa la semua tapi dia pergi tempat wuduk dia Nampak ada bukak air paip besar2 masa wuduk which can comes to makna " Pembaziran". Which tak tally ngan cara imej dorang la.

OK OK , sebelum korang cakap aku ni macam bagus je kan? Yo Yo Oh gitu, kira cakap jenis tak sadar diri gitu...
Terang2 ayat pertama aku dah cakap " GENG SETAN". so memang aku tak bagus pun, tapi aku ada mata dan hati pe, aku boleh nilai sendiri.

Jadi kalau aku ni, jenis geng setan boleh perasan, takkan ni orang2 jenis baik2 ni tak perasan?

So think about it, Water is precious. Kita kena hormat air.
Aku tak bedek, aku cakap betul... Jangan sangka kita ni banyak sungei, banyak sumber air bersih, kita boleh suka hati je..
dah tu orang minum air newater, korang ejek hina. Padahal its suci. Korang hina air suci. What the f#&% kan?

Korang tak yah tengok afrika ke, tak yah tengok mana2 jauh2 je la....
Korang tengok banjir ni sekarang ni kan?
Air merata, tapi orang haus pasal tu semua air lumpur dan tak tahu apa dah dalam air tu, tak tahu la korang nak minum air jenis gitu...

dan kalau korang dah baca Samuel Taylor Coleridge nye English Literature poetry tu "Rime Of The Ancient Mariner", atau dengar lagu Iron Maiden title yang sama...

dimana ada ayat syair sastera orang puteh paling legend

"
Day after day, day after day,
We stuck, nor breath nor motion;
As idle as a painted ship
Upon a painted ocean.

Water, water, every where,
And all the boards did shrink;
Water, water, every where,
Nor any drop to drink.
                                                          "

Then korang tahu ni ayat betul giler...

Water is precious, respect it. Terutama kalau kita lagi satu dua minit nak sembah Tuhan so kita berwuduk, abis tu kita membazir air bersih yang sangat beharga bukak paip besar2, dalam masjid lak tu...

kalau poster2 geng baik cakap ngan baik gitu 'jimat air' tampal kat bilik wuduk orang tak respek,
aku rasa tampal lirik Iron Maiden tu la, oooo tak boleh...tu semua setan...sambil geng baik geleng2 kepala, jeling2 kat tshirt. Padahal good things can be found everywhere.


Aku rasa masjid2 yang belum tukar kepala paip dorang kepada jenis yang "save water" tu, korang tahu apa aku cakap kan?
Ni device untuk save water, dia keluar cam finer spray gitu la...kalau tukar semua bagus..
Actually korang semua kat rumah, kalau lain kali nak tukar kepala paip, go for these. Rasanya compulsory kot sekarang ni?

Siap2 nanti semua tukar pesen masjid dulu2 gitu, pakai air kolah yang besar tu...Hah, baru boleh save water.

dan korang tengok tv Malaysia kalau masuk waktu, kan nanti ada satu yang mak dia panggil " Hoi!! dah magrib la korang!!, stop main bola, semayang!! ", or something like that...
korang tengok ada satu budak ni, bukak air paip cam besar je eh?
Direktor patut suruh budak tu kecikkan paip tu....pasal semua orang tengok kan Azan tu, so dorang boleh belajar..." ooo budak ni bukak paip air kecik je, aku pun nak tiru la ",

something like that la...


Dah banyak petanda tau air bersih makin takde, tapi majority melayu masih tak perasan, atau choose to ignore, atau fikir orang lain will solve the problem for them without they making an effort too.

Wednesday, December 11, 2013

banjir, rojak keling, musuh ketat, happiness

4 quick things...

1) Pasal bas ekspress kan tinggi? jadi boleh nampak walaupun North-South Highway tak banjir, perjalanan dan pergerakkan kenderaan macam biasa, tapi, boleh nampak impak banjir tu.
- sepanjang lebuhraya bahagian Johor, bahagian Melaka ada tempat memang pada pandangan aku dah tahap teruk la.
- ladang kelapa sawit area Johor  dah ada part dah separuh pokok kelapa sawit tu dah tenggelam..
- pasal ada bahagian kawasan Melaka tu dah kira juram bawah la berbanding ngan lebuh raya tinggi, jadi nampak clear la jugak. But of course Kuantan and its surrounding area suffers more worst on a larger scale. Kesusahan, kerugian, kehilangan,kepanickan,  kestresssan, kebimbangan, kerisauan, kehausan, kelaparan, kebingongan, macam2 la kalau kita fikir keadaan dorang cammana sekarang, kalau kita taruk diri kita kat kasut dorang ( if we are in their shoes la gitu maksud aku). Semoga Allah permudahkan dugaan cobaan dorang. Amin.

2) Ni rojak keling.



Ok, mungkin zaman ni ada anggap guna perkataan tu seperti merendahkan martabat. OK Fine, tapi rasanya, at least la, at least in Singapore, berpuluh2 tahun lama nya, makanan ni dipanggil Rojak Keling and I guess there was never any "malicious" intention dari 'countless to infinity' people yang panggil makanan ni Rojak Keling. So ok, whatever you want to called it Rojak India, Rojak Mamak, Pasembur? ok fine with me..
Anyway, I think Keling was never intended to be perkataan mengaibkan semasa digunakan seratus? seratus lima puluh tahun dahulu?

3) Aku nak tengok rencana ni..
Roy Keane & Patrick Viera - Best of Enemies. Giler best nye judul rencana. Siot la dorang dua ekor ni. Terbaik. Arsene Wenger panggil dorang apa? two competitive ANIMALS. haha...





4) Ada masa lapang jadi apa lagi,  so aku masuk youtube nak tengok cammana sekarang TOTO main Live setahun dua ni. Terbaik la, walau tak kira Steve Lukather pakai ke tak pakai Second Guitarist, walau dia panggil sapa main bass, walau dia tukar2 penyanyi, sekarang Joseph William masuk balik, Bobby Kimball dah takde.
Dan drummer dorang, masih pada aku la, antara drummer terbaik dalam dunia hari, Simon Philips.

Terus terang, cam aku dah pernah berbual, aku dah pernah tengok Dream Theater, Mr Big, Toto main full show. Ni kira Big Three la jugak kan? tapi pada aku Toto pukul abis walaupun aku enjoy tengok tiga2.

Ni satu fan video yang memang kualiti terbaik giler aku tak tahu cammana dan apa gadget equipment dia boleh rakam quality Hollywood movie ni, padahal dia kat audience, dan tentu banyak movement dan sound interference. Bila dia masuk zoom, giler hebat.
Lepas minit ke lima gitu, dorang swich masuk jam dan improvise rasanya macam Michael Jackson's Bad je, dan Simon Philips masuk keluar Drum Solo.., dahsyattt...
Steve Lukather ni apa pun, ialah gitaris lagu MJ Beat It, walau producer panggil Eddie Van Halen tukang solo. So rasanya memang ni MJ Bad kot? Hentam je la.

Maybe one of the best band in the world la , nak cakap best tak boleh la, tu Iron Maiden dah sign kontrek seumur hidup haha.





aku suka lagu ni, lagu jiwang2 cinta2 love love gitu, tapi tetap terbaik, ok la TOTO ni banyak lagu meleleh haha. korang tengok starting tu penyanyi latar tu buat love2 sign gitu kot? Gelak sey. Aku tengok ni, siap singalong weii!!!..life simple pleasures.. HAHAA. bassist dia senyummmm saje, nampak gigi memancar2.
kameraman ni fan TOTO tahu sequence kot, lepas minit kelima terus melekat kat drummer Simon Philips. Hensem sey dekni tapi ada misai kot sekarang, dia maintain je eh.


SSEKIANSS UOLSS.

Monday, December 2, 2013

sebelum naik bas ekspress, makan dulu, beli2 makanan dulu....

Tunjuk gambo makanan je...mesti la nak ada cerita sekali kan...walaupun, tadi pagi aku gi kedai, sokkabar Malaysia semua cerita pasal tiga bradik tu. Depressing start to a new week.

Ni post aku nak cerita contoh apa aku akan buat sebelum naik bas ekpress... Contoh je...

ok katalah aku baru abis kerja malam, so kalau aku tu jam aku dah sampai kat Larkin Bas Terminal Johor Bahru aku akan makan dulu pasal aku lapar la kan, baru abis kerja malam..

So contoh Nasik....ni Nasik aku taruk daun pucuk ubi, keledek eh tu? bayam, merah2 tu ikan pari asam pedas, sambal belacan..  Sedap....especially ngah kebulur kan... Lagipun aku suka makan lain2 gerai...
The best is still naik tingkat tiga, ada pusat penjaja tu, macam2 makanan, harga berpatutan...

nanti la lain kali aku buat gerai by gerai review kat pusat penjaja tingkat tiga pasar basah Larkin terminal tu.




Then...aku suka test2 try kueh... Korang tahu? tu hari aku first time, ok...first time aku makan EPOK EPOK SERUNDING IKAN.



Aku serious tak tahu tahan lama tak serunding ikan dia tapi sedap la jugak....
Epok2 ni atau korang panggil Karipap, rahsia dia kat dia punya kulit dia tu, mesti lembut, tipis,..hah, kalau tebal, keras, Muak tau, makan sikit dah muak.


Then...korang tahu tak? Pasar Larkin Terminal ni kan ngan kedai2 gerai2 dia kan macam2 ada...



So aku beli ni....bukan musim raya ok...tapi berlambak la jugak...so of course kita masing2 ada kedai2 atau gerai2 kita feberet kan?
Ni actually aku beli ni lain2 gerai ok....lemang gerai lain, daging rending gerai lain...

Kira BEST OF THE BEST LA!!  Sedap tau korang....boleh teringat2 tau....

So kalau dah kekenyang...dah tu naik bas ekpress yang syarikat yang aku suka nye, takde nak koner sana koner sini buang masa punya...
Ekpsress as in Ekspress betul2 gitu... apa lagi, baca2 sokaabar sikit, terus MEMBUTA!!!!!!!
kena ekon lagi kan? best la....

So dah sampai...



Then makan2 lagi....rasa sorang sikit.. Takkan nak musim raya lagi kan? pengsan.




Korang tahu ada satu gerai Nasik ambeng...kat deret tempat kereta2 sewa PAK WAN CHA tu, brader2 kat sana suka tunggu makcik-makcik dari Singapore abis gi pasar angkat banyak2 tu sana?
hah...
ada gerai tu yang kat tengah tu kan?

Serious...kalau korang beli daging rendang dari dia kan? dia timbang...kata la korang mintak 5RM la kan? betul2 ada timbang elektronik tuk nilai 5RM nye rendang...

kadang2 memang terbaik la rendang dia, other days tetap alrite la, cuma mungkin ni jugak kena tengok kualiti daging tu sendiri ye tak..

Korang kat Johor dan kat Singapore gi pasar sana atau makan2 sana, atau sapa2 naik bas ekpress berhenti kat Larkin Terminal tu...Cuba la...