Friday, October 25, 2013

bas bus best

Apa aje kena-mengena ngan Bas , penting untuk diri aku.. pasal aku harapkan bas.
Bas awam, bas ekspress, perhentian bas, terminal bas, bas intecen (interchange), driver bas, bus captain, tukang jual tiket bas ekpress dan loceng bas. Takde loceng bas cammana nak turun kan? 
Takkan cam kartun Lat zaman dulu, makcik tu nak turun dia pakai payung hentak kat siling bas untuk kasi signal berhenti kat driver.
berita bas eksiden, ke hapa ke satu dunia, semua aku ambik tahu. Siap analysis seat mana paling selamat dalam bas.
Boleh? haha.

This is a photo of an empty public bus with me as the only passenger after work, not exactly two minutes to midnight, but approaching that.


ni aku pakai henpon je tapi cam dekat clear belakang blur gitu kan, pasal bas ngah goyang

Kalau balik dari shif kerja petang, dah malam buta kan baru abis, hah aku suka cam gini, takde orang....
aku ngan bas captain aje....
Kat Singapore, driver bas dipanggil Bus Captain ok. Mungkin pasal tanggungjawab semua pa-ka-liao kat dia, dan jugak biar penumpang semua segan sikit, dan hormat sikit kat pemandu,cammana kita hormat kapten kapal, apa salah sama jugak kita hormat kapten bas, Kalau korang pandang rendah kat kapten bas, korang cuma look up kapten kapal, then....aku rasa korang kena la ubah sikap ye tak... Lagipun Sekarang kan semua jenis, multi-tasking so dia bukan setakat menonong bawak bas je kan. Macam2 benda tok nenek semua satu bus captain tu semua dia kena jaga dan jawab.

Nanti aku cerita pasal satu P*%*^#@! yang korang ajar, dia naik bas ekpress tu hari bawak kopi panas dalam styrofoam ok, tak bertutup pun, tengkorak la kan, of course mesti bus driver tak kasi kan, dia boleh cakap " EH!!!! BUKAN LU SORANG BAWAK BAS LA!!!". Dia jerkah kat driver bus ekspres tu,driver bus cool aje, buat bodoh haha.
Tapi naik tetap naik, tu aku heran,
dan punya la eksyen SAMSENG, kira cam "ok, tak boleh naik,aku taknak naik la,aku naik bas lain la!!" ,
Yang boringnye,satu bas tunggu dia ni,nak naik ke tak nak,bas nak jalan ni...

Tapi dia punye eksyen2 gitu, aku pun nak tengok la dia tak jadi naik ba ekspres yang nak betolak tu kan?
HERO ye tak?!!! naik bawak naik kopi panas dalam styrofoam kat dalam bas express pengangkutan awam sedangkan driver tak benarkan,

sekali tu..... dia  buang sey kopi tu dan dia naik bas....Aku nak gelak, nanti aku lak kena bantai ngan SAMSENG ni kan? So aku gelak dalam hati la...
Selenger bacin kan?, kalau betul champion, turun la beb, naik bas lain, or naik kereta la wooiiii... Lu nak bawak satu baldi kopi panas dalam kereta lu pun, lu punya pasal. Ni kan bas kemudahan awam.


Also katMalaysia sekarang.. Harga tiket bas ekspres dah naik rata-rata la kot semua syarikat gaknya...
Bulan lepas masih ada company dah naik , ada company belum...
Skarang semua dah la gitu...dari pengamatan aku.

So contoh cam...Konsortium kan, Larkin Johor Bahru - Terminal Bersepadu Selatan sekarang dah harga 34.30RM gitu la, cam last week about 31.30RM gitu...
So kalau camTBS ko nak masuk Singapore teruskan, dulu cam... Seri Maju gitu cam 40RM la , skarang dah 43RM gitu la..

Aku tahu ada orang cakap harga tiket bas ekpres  naik, apa naik-taraf (improvement) yang kita pengguna dapat?

Aku rasa aku lagi fikir,
driver bas ekpsress,, tukang jual tiket bas express... aku rasa dorang perlu la naik gaji sikit. Kalau harga tambang bas tak naik, cammana dorang nak naik gaji kan..?
Dorang tu kira level rendah la, bukan boss, bukan manager syarikat pun....
So aku fikirkan dorang...bukan bos2 dorang nye untung..

Fikir? biar betik kan aku fikir pasal benda gini?
Of course, cam aku cakap...Bas penting untuk diri aku.


Cehhhhhhhhhhhhhhhhhh...............yo-yo-oh je kan aku berbual cam bagus..


Normal post merapek langsung takde ilmiah posting broadcast will resume next post, muahaahahaaaa.
errr adakah ni post pasal bas ni ilmiah? ye kot.....ada taruk harga tambang bas tu..haha.



5 comments:

berteromber said...

Tetiba teringatkan Bas no 13...

err...bas ni masih ujud lagi tak kat Spore?...

deaf-angel said...

Yes... yio chu kang mrt pergi marine parade, masih lalu geylang serai and haig road.

Rafi said...

Aku suka naik bas singapore,penumpang semua sopan m beretika..driver bus pun peramah.bila kita naik dia senyum je..

Adi Herman said...

aku = car captain?

metal brain asylum said...

tak sempat nak naik bus kt singapore itu hari. tapi overall pengangkutan awam singapore is better than malaysia.