Friday, November 22, 2013

tulang

Ni nama singkat dia Tulang.
Kalau orang kat Malaysia aku rasa nama dia ni dipanggil Sop Tulang Merah.



.
.




Soalan - Kenapa susah nak carik gerai atau kedai jual Sop Tulang Merah ini di Malaysia yang sebijk cam kat Singapura, walhal kalau Siti Nurhaliza pun turun Singapore pun Sokkabar Melayu Singapura cerita pasal dia pergi makan tulang kan??

Aku pernah ajukan soalan ini ( ajukan? biar betik melayu aku...) kepada satu dari orang kat salah satu gerai kat pusat penjaja Beach Road hawker center.

Dia jawab - Boss dia, pernah bukak kedai kat Johor Bahru, kat ngan OCBC sign board besar sana tu...
Jual Tulang Merah ni sebijik cam kat Singapura.

Dia cerita selalu aje, pegawai-pegawai datang raid kedai tu pasal pewarna digunakan...
So soalan dia, kalau asyik carik pasal pasal pewarna, defeat the purpose kan?
So ada tanda tanya di situ...
So akhirnya....tutup la kedai yang dia ceritakan kat aku....

Well....for whatever reasons, no one knows right?

Tulang ni is something like Indian Muslim style ambik tulang kaki kambing atau tulang lembu yang ada sum-sum kat dalam tu,masak dalam sop pekat warna merah gitu...
taruk kobis hiris2 gitu, bawang, mungkin telur masak lembik2 gitu...

Makan ngan Roti Perancis la paling best... dan actually pada aku la makan tulang ni, beli tulang ni kat kedai atau gerai mana pun merata Singapura pun sedap, tak semestinya Beach Road nye Pusat Penjaja je..

Isi nya kat tulang tu sikit, yang best dia korang kena ketuk.. KETANG!! KETUNG!!KETANG!! KETUNGG!!!...
kasi la semua sum-sum tu keluar...then korang makan.....  Paling best makan kat rumah...haha.

Gerekkkkk sey......



This is bones of lambs or cows which should have the jelly like contents inside that bones, cooked Indian Muslim styled and found in most places of hawker centers and Indian Muslim food stalls and restaurants all over Singapore. Best when eaten with French loaf bread.





13 comments:

Skudal said...

tak pernah makan lagi.. kena try nih

berteromber said...

Kat JB ada beb...kat Taman Perling...Restoren Malaya ker apa nama dia...org cakap sedap...tapi aku lum pernah try la...

Portdy said...

Nak try ni

Rafi said...

sekali tengok macam ayam masak merah..aku pun tak penah rasa lagi

Adi Herman said...

Kalo bro deaf buat entri pasal makanan, memang terliur punya la hahha...sedih...aku dah lama tak makan daging lembu disebabkan masalah gout

Anonymous said...

Wooooo gua selalu sangat dengar pasar tulang merah ni dari member2 yg pegi Temasik.. Adoyai bila la gua nak dapat merasa.. Slurpppppp sedut som som tuuuuu....

Errrrr bro, mee rebus (Malaysia/Spore) kat mana yang lu rasa paling ohsem? Hehehe saje tanya..

metal brain asylum said...

arghhh sedap nye... aku lepas makan kat singapore time pegi konsert metallica itu hari memang teringat-ingat kat hidangan nih sampai sekarang.. tp aku tak makan dgn roti instead makan dgn nasi. 3 pinggan wooo.hahaha

Siti Hajar said...

Siapa pergi spore tapi tak makan sup tulang merah ni, memang tak sah!

Selalu pegi sana, mesti pergi makan atau makcik belikan dan tapaukan kat ktorunk. Sedapnyer~

deaf-angel said...

Makanan je hidup semua orang haha

A.I said...

Oh No!!!
Aku nk gonggong tulang merah ni. nak...nak..nak jugakkkkkkkkkkkkkk. help me plis...helpppp!!

MOHD SHAFID BIN RAHMAT said...

Bazaar ramadhan kat Air Biru Pasir Gudang ada jual masa aku kerja kat sana. Nice beb. Aku siap simpan so bila sahur boleh panaskan.

Unknown said...

saya ada jual..di jalan padi makmur,bandar baru uda..johor..try la..jam 5 ptg sampai 12 mlm sahaja

Unknown said...

lupa nk mention nama gerai.. D'Merah Biru