Monday, December 16, 2013

buku P Ramlee The Bright Star & anton ego

Jalan2 kat library yang dekat ngan rumah  nye, (boleh? anggap gi library ni macam jalan2 window shopping gitu tangkap aircon?) haha.
Nampak buku ni, P Ramlee The Bright Star, aku gatal nak pinjam... aku belek2, ok James Harding ni pakar sastera, teater dan muzik Peranchis. Dia dah kaji classical composers sampai yang modern punye.
Satu aku malas nak pinjam buku library ni, seminggu lebih gitu dah dapat sms "ples return book", boring sey, dah kena saman rabak2, aku pernah simpan berapa buku berbulan kot? $10++ lebih kena saman. Aku pelupa la benda2 gini...
Aku selalu guna system Perpustakaan kat Singapura ni, kalau aku gi kedai buku, then aku Nampak buku best2, aku tak mau beli la,  so aku masuk Library Online, aku tunggu buku tu masuk system Library, aku reserve je la...
Tapi yang latest Get Fuzzy treasury tu aku belum beli la, ni aku kumpul setiap treasury edition, tak pinjam, aku nak gi Kinokuniya beli ni tapi asyik lupa je....
Sapa tak tahu, meh aku cakap " AKU HANTU comic strip GET FUZZY". trust me, you will have the best time reading GET FUZZY, its so looney and crazily idiotic that it becomes intelligent and full of warmth.
Pinjam buku ni pun bukan nak baca betul2 baca pun, kira pinjam buku cam poseur gitu je la,
saje2 je nak belek2, mana part mata aku landing, aku baca2 je sikit..
Eh? cam best la....so aku belek2 tu makin lama makin pelan flip2 muka surat tu. Ada je perenggan yang Tarik perhatian aku.



- Sinopsis cerita2 yang kita tahu, diperjelaskan didalam Bahasa Inggeris, memang unik sekali...
- Mungkin pandangan mata mat salleh ni semua lain dari pandangan mata orang melayu, mungkin orang melayu nak cakap tu nak cakap ni takut lak kena sound ngan mana2 kelompok...so orang puteh takde ni semua barrier, so I guess this book is more open?
- Omputeh ni raised up issues pasal masalah sosial, dan adults going to school, adults upgrading themselves for a better and brighter future.
Sepatutnya Melayu kena nilai ni semua....tapi ni aku rasa sebagian Melayu suka tiru Nujum Pak Belalang, malas2 gitu, then dapat kahwin anak president Amerika gitu.. tapi tak semua nasib baik cam Pak Belalang kan?

ok ni sebahagian isi kandung buku ni...klik kasi besar la cam biasa.


 
ni cakap pasal piring hitam rare gitu...


weird kan explaining pasal teka teki Nujum Pak Belalang tu dalam bahasa inggeris..
terutama part huruf "ta".


yang Madu Tiga tu scene Jamil gi mintak hutang dari Pak Ali... kalau Pak Ali tak bayar sewa Pak Ali kena kelu...( terus awek cun anak Pak Ali masuk terus Jamil peng story, what a laugh!!! )
"Makan Gaji Buta!!"
"Aku Jugakkkk.....!!""
"baik?? baik ada makna tu...."
"sakit?? kejapppp lagi baik".
ni semua dari scene tu kan? legend tau tu scene..

tapi aku suka lagi satu filem yang Pak Maon bedek isteri dia nak gi dengar syarahan kat masjid padahal dia nak gi Malam Pesta Muda Mudi
Siap mintak tasbih dari bini dia...  pasal sebelum syarahan start boleh dia wirid2.
Punya la convincing, padahal...padahal....


bahagian cerita pasal last two films P Ramlee made in Singapore....


Ada pantun pasal Ibrahim Pendek tu kat atas tu kalau korang perasan...

ok gambo...ni P Ramlee tengah pindah rumah dari Singapura pindah gi Kuala Lumpur tahun 1964 gitu...


lagi satu...



ok dah tu je.... ok la buku ni, kalau sapa yang kat Singapore ok la pinjam library tak yah kena gi beli la apa la, book je pakai internet, nanti dorang hantar gi library dekat ngan rumah korang, senang je , tak yah korang gi library tercarik2 hegeh2, cek je online buku apa korang nak, bayar 50sen kot kalau nak mintak dorang transfer buku tu gi library kat rumah korang, aku selalu pakai gini...

tapi aku pernah ada satu buku baru keluar, buku apa ntah, buku2 mahal gitu la hardcover pasal apa ntah , torture ke hapa ntah,, hah kau!! aku masuk online nak rezeb, ada 10 orang kot nak buku2 tu jugak, so Q je la, lepas dua tiga bulan baru dapat, pasal buku tu dua tiga bijik je library ambik.
kalau nak terus, keluar la duit beli kat kedai... tapi tak yah la...tunggu je pun sebulan dua giliran.

harap Malaysia nanti pun ada system gini...tapi satu Malaysia gitu susah kot cammana nak transfer dari satu library gi satu library jauh2.., so ikut negeri punye zone pun alrite.
Library important, takkan semua nak tu nak ni, main beli je...
Cam aku, setiap kali nak travel backpack, aku gi library pinjam buku2 travel tu semua, ambik pergi fotostat semua peta2, info2...lepas tu kasi balik buku2 tu, giler ah aku nak beli buku2 travel banyak2..

Sekians.

p.s
Mak Dara - Huh! Menangis konon, Jantan tak tahu malu, menikah satu sen tidak keluar u'wang, malah harta anak aku kau kikis sampai habis, kemudian kau siksa anak aku hingga mati.
Pergi kau main muzik di sana, buat apa kau menangis di sini!

sob. sob.. sob...

Bro Kubur - Saudara, mengapa saudara menangis di kubur ibu saya?

Kassim Selamat - Apa? Kubur ibu saudara??

( Jeng jeng jeng!!...zoom muka Mak Dara terus panik.)

MD - Ampunkan mak Kassim!! Mak dah tua Kassim!!

KS - You disgusting Animal!! 

MD - Astagfirullahhallazim Kassim!!!!!

Typical sesetengah Melayu punye perangai ni aksi Mak Dara.  Dari dulu sampai sekarang.
Tapi sepatutnya, orang melayu should let go of all these type of behaviour, biarlah diabadikan sahaja dalam filem2 Jalan Ampas.
.

p.p.s
The voice of Anton Ego had just passed away. Foode Critique Extraordinaerie
Dekni ada sikit macam Darth Vader, takde kasi chance punye kat apa2 dia tak berkenan, tapi dalam hati ada taman.
Aku suka tengok cerita ni, pasal banyak makan2..haha. Ngan dia punye suasana Peranchis gitu..


9 comments:

berteromber said...

tak silap aku buku ni ada versi bahasa melayu....

tunggu Big Bad Wolf Book Sale la kot2 ada jual boleh la borong...

Adi Herman said...

Susah betul penulis buku ni nak explain pasal teka teki pak belalang tu dalam english ek...haha

Tahir Jaafar said...

Good info about the library. And the book. Tq..

Rafi said...

P.ramlee memang suka lakonan mak dara..antara pelakon terbaik mak dara tu..off screen pun sampai orang nampak muka dia pun siap maki hamun bagai..berbeza dengan pelakon sekarang yg belakon semata2 nak glemer n duit

Rafi said...

Memang ada versi melayu aku penah nampak kat Amcorp..tapi mahal beno..heheh

lieyalatif said...

lagenda anak seni yg tiada galang gantinyer...

bagus betul rajin pinjam buku....lieya ni rasenye last mase zaman sekolah dulu kot...adoi malu plak rase hah!

matakucing said...

Best eh ada library cam kat sana.. Senang.. Tp tipikal mindsetnye org klu g library ni mat2 nerd je yg lpk sana hihi.. Apapun dialog paling aku suka dlm filem madu 3 "dah tua pon bodoh" scene jamil jerit2 kat latifah cari butang baju melayu

gayour said...

konsert tribute dari Bolshoi Theatre Orchestra paling terbaiekkkk!memang layan habih. karya Tan Sri P Ramlee di puncak dunia.

Penghulu hitam: di mana kampung mu. di mana?
jejaka: di mana ada perempuan cantik, di situ kampung ku!
semerah padi 1956

pada gua ini adalah dialog filem Melayu paling kejam pernah diucapkan oleh samseng tulin Melayu!
lagi terbaik, hukum hudud dijalankan.

dialog lucu dalam filem ni,
aduka: mengapakah bunga selalu menjadi rebutan kumbang?
dara: tentulah, sebab kumbang menghisap madu
aduka: tapi mengapakah bunga itu tak dimakan kambing atau lembu?
dara: eheh! takkanlah kumbang menghisap ubi rebus?
aduka: hahahaha!

antara adap Melayu dalam filem ni.
dara meminta izin untuk lalu di belakang bapanya.
dara; pak...dara tumpang lalu ya pak. ( hampir dah pupus dah adap ni sekarang )

filem terbaik arahan dan lakonan Tan Sri P.Pamlee.
borek ( saleh kamil ) samseng Melayu paling dibenci dan terbaik!
oh, tak ketinggalan... alunan azan yang sangat syahdu oleh aduka.

deaf-angel said...

welcome Tahir.