Monday, January 6, 2014

"termangu sejenak" - Paul Di Anno 25/03/14 hard rock cafe singapore

Kawan aku hantar mesej kat handphone aku, benda ni.. aku cam tak tahu nak cakap apa la, Paul Di Anno ni beb, macam segalanya datang balik gitu haha... Kenangan hidup ni haha.

"lump in the throat moment" kata orang puteh...suara mamat "jantan kaberet perangai ntahapahapa" dekni la banyak aku dengar dari zaman sekolah dulu...
walaupun dah tak handsome cam dulu...haha. Mulut puaka.



Paul Dianno ni kalau korang tak tahu, ialah yang nyanyi dekat album pertama dan album kedua kumpulan Iron Maiden. Jugak lagu2 cam Burning Ambition, Invasion, dan macam2 la...
Akhir 1970an sampai 1981 lepas tu untuk Iron Maiden melangkah jauh pasal cita2 dorang dan memang la zaman tu Steve Harris tu kontrol semua pasal memang dia punye band pun, jadi Paul Di Anno pun kena buang kerja pasal dia bukan penyanyi dan frontman yang sesuai untuk bawak Iron Maiden ke tahap seterusnya. Ngan dia punya perangai pun.
Sama jugak cam apa akhirnya jadi kat mendiang Clive Burr.
Aku gelak ada satu kat youtube ke kat mana tu, Paul Dianno panggil Nicko McBrain "YES MAN!!", lawak giler, memang mulut puaka, tapi tetap lawak giler, dan kalau difikirkan pun.............tak salah tu apa dia cakap, haha. Dia tak sebut nama Nicko, tapi satu dunia tahu dia tengah berbual pasal sapa.
tapi aku agree, Clive Burr ialah drummer terbaik Maiden. Walau Nicko best giler tapi Clive Burr takde orang cam dia.
Anyway Nicko umur dah berapa? aku boleh confirm, kalau Nicko dah tak boleh main cam sekarang, Maiden akan tutup kedai, aku tak rasa Steve Harris dan lain nak tukar drummer.

Banyak cerita pasal Paul Dianno ni.. tak tahu macammana nak mulakan..

- Mulut dia macam puaka terutama bila diatas pentas. Dan pasal orang tahu tu cara dia, lagi ada orang sengaja PROVOKE dia depan2 masa dia tengah perform.
Lagi dia stressed up atas pentas kena provoke, lagi dia cakap banyak yang patut tak dicakap.

- Dia hilang banyak sokongan pasal mulut puaka dia. I mean sokongan yang patut dia ada dalam genggaman sebagai seorang bekas ahli Iron Maiden. Sokongan padu yang patut dia dapat dari peminat2 Maiden satu dunia.

- Masalah dia pergi tipu pihak berkuasa tu sampai dia kena masuk jel. Kenapa dia nak tipu aku pun tak tahu... Tapi rasanya dia perlukan sumber kewangan..

Dan ni balik kepada hal kewangan jugak...

Kalau la ada orang yang betul2 nasihatkan dia, kalau dia ada kawan, yang mungkin paksa dia jangan jual hakmilik dia, jangan ambik duit sekelepuk tu, biar dapat sikit2 tapi tak berhenti dapat, kalau dapat sekelepuk akan habis!
aku rasa sekarang dia senang lenang, tiap2 bulan, tiap2 tahun cuma ambik duit je dari Iron Maiden...

Mungkin dia tak sangka, sapa sangka?? Iron Maiden sekarang sangat popular, takde liputan mass media commercial macam band rock macam Metallica, macam ACDC, macam Ozzy, tapi dorang tetap popular hanya kerana mulut ke mulut, generasi ke generasi. Hanya kerana brand name dorang,
Iron Maiden, household name dah..
Iron Maiden dalam sejarah lebih 30 tahun, tak pernah popular macam sekarang satu dunia, walaupun orang dah tak beli album, walaupun orang cuma curik download haram lagu dorang dari internet, tapi dorang dari segi perniagaan dan keuntungan untuk carik makan, sedang dalam graf tertinggi sepanjang kerjaya dorang.
Dorang punya konsert, bayangkan setiap peminat bawak family, kawan bawak kawan2, kawan2 kerja, untuk tengok the "greatest show on earth, musicians and live performance out of this world".
Lepas tu kawan2 tu, ahli2 keluarga tu, cerita2 kat orang lain "greatest live show and performance on earth", orang lain pun nak pergi...tu la kekuatan dorang.

aku kagum baca, guru besar sekolah2 di Amerika, tak pernah tengok dorang main, diajak kawan2 kerja pergi tengok, puji2 kat internet, bayangkan cikgu besar tu, dia pompuan, pergi sekolah cakap kat anak murid "murid2 apa korang dengar kat radio, kat MTV, semua sampah!!! ", nak tengok persembahan, sila pergi tengok band rock Iron Maiden main.
Budak2 tu balik rumah, cerita2, last2 Maiden datang main lagi, satu rumah pergi...aku rasa cam gitu la haha

Tapi balik pada Paul Dianno ni, walaupun mulut dia macam puaka, perangai dia, dan aku pun heran style dia bawak lagu sekarang dah tak macam dulu...

Tetapi aku tetap suka dia...

Aku rasa, dah berapa lama aku tak dengar first two albums, tak dengar Invasion, tak dengar Burning Ambition, 
tapi aku rasa, terutama dua album tu, liriks dia aku boleh ingat 80%? 90%? Segala masuk keluar lagu tu semua dalam kepala hotak...

Jadi pergi ke? should be la....


Aku rasa kalau dia bawak lagu STRANGE WORLD,  aku mesti nak nangis... SUKA AKU KAT LAGU NI....sedih giler...



Thanks kat kawan aku hantar aku ni info Paul Dianno nak buat persembahan kat Singapura ni haha...

9 comments:

Rafi said...

Paul Di Anno main kat singapore?memang best la dapat tengok..tapi tu lah dari muda sampai ke tua mulut puaka dia tak penah nak berubah..heheh

Ijau D. Koceng said...

agaknya dulu kalau ada melodi, meleTOP, extravaganza, hot.tv, dll... pasti cerita di'anno paling byk

PC kOKak™ said...

bro, dia ni betul2 muslim ke bro?

berteromber said...

Ko memang kena pegi ni beb...ni antara show last kan sebelum dia bersara...

metal brain asylum said...

best aaa bro deaf boleh tgk Paul perform. honestly sy lagi suka Paul dari Bruce sbb Paul masa dgn Iron Maiden ada bawak unsur unsur machorism dlm iron maiden...dan vokal beliau campur dgn muzikaliti Iron Maiden pada saya membuat Maiden ketika itu lebih menghampiri thrash metal.Thank god for that early two albums. \m/

deaf said...

Samada dia ucap 2 kalimah syahadat, takde concrete proof.

Drummer anthrax, dave mustaine, lars ulrich, lagi saapa? Dorang semua ada tangkap idea dari 1st album maiden la.

Rage against the machine guitarist pulak zaman album piece of mind.

Dream theater zaman mike portnoy minat dan hafal seluruh album ketiga dan keempat maiden. Tapi dorang pilih notb untuk main live full album.

Adi Herman said...

Still prefer Di Anno than Blaze...suara agak stoner dan sludge! Best...

metal brain asylum said...

saya ada research dlm wiki pasl paul ni. Ayah dia muslim, emak dia christian jew so dilahirkan muslim la kot. 15 tahun lepas dia jd alim sikit... pastu skang back to old PAul i guess.hahaha

Portdy said...

Saya tak minat langsung zaman Paul diano ni...hinggalah band kami cover lagu phantom of the opera.

Cara pembawakan beliau ada ruh yg berbeza dgn bruce. Walaupun saya prefer Bruce Dick..inson. tapi my truly respect nowadays is for Paul D.