Sunday, October 18, 2015

merapu pasal angan2 mat jenin aku untuk 2016 dan gezek foto2 Isle Of Wight

Ni post syok sendiri, MERAPU PANJANG2 main type je lepas tu dah nak post, rasa REGRET pasal merapu panjang2 haha, dan mungkin ada find it interesting, ada find it sebagai sharing possible beneficial information.

Seminggu lebih tak buat blog..
Seminggu lebih ni aku kejap2 masuk tenet, kejap2 masuk tenet kat mana2 aku berada - kat rumah, kat bas, dalam tren, curik2 tengok tenet kat kerja....haha.

Pasal aku suka baca segala gossip2 dan speku peminat2 muzik rock kat tenet pasal tahun 2016.
- Tahun depan 2016 kat porum2 dan discussion boards Iron Maiden memang kecoh la peminat2 satu dunia speku, gossip, KOMPLAIN, MENGELUH, KOMPLAIN LAGI, MENGELUH LAGI, MENGOMEL,  macam biasa manusia mana pernah puas hati.
- Dan jugak aku suka baca speku2 dan gossip2 peminat2 UK (pasal dorang bincang bahasa Inggeris) pasal festival2 muzik rock untuk 2016 kat beberapa website menarik pasal peminat2 berbincang gossip2...

So aku pun nak kasi aku punye gossip2 dan speku aku kat blog ni jugak...

Jauh dalam lubuk hati aku, aku bertekad nak cuba backpack untuk tengok Maiden tahun depan.
Segala duniawi hiburan peribadi aku semua aku dah stop dan kurangkan sedaya upaya. Aku dah start ikat perut. Cuma tengok Wings 30 tahun je. Tu pun Wings 30 tahun tu hari aku kerja maklum waktu ni rezeki aku ialah sebagai pekerja shift. Tapi rasa aku nak kena ambik leave la kot sabtu minggu haha. Hari Sabtu hari kerja aku so aku dah kena ambik leave sehari, abis tu, aku kerja pagi siot hari Ahad. Mana sempat kan nak naik bas ekrpess haha.

Kira sesuai la aku dengan lagu Wings - Peminat Rock N Roll Band? haha, ala lagu kat Bazooka Penaka haha.

So balik kepada tujuan post, aku dah senarai antara dua..
1) Backpack mungkin sekurang2 nye tiga bandar berlainan seluruh Australia tengok Iron Maiden main, pasal ni paling murah pada aku untuk backpacking - ni aku dah kira budget aku akan gunakan, dan aku akan cuba cuma tidur kat airport untuk malam pertama setiap kali aku sampai kat lain2 bandar HAHAHA. Keyword nye - Travel backpack sorang2 nak tengok Iron Maiden main kenalah pandai ikat perut berkorban apa sahaja. 
Nak naik bas dari satu tempat gi satu tempat lepas tu tidur dalam bas aku dah consider, tapi tak mau la, sana lompat2 bandar pakai flight aku lagi banyak masa ronda2 siang hari tengok tempat orang haha.

Korang jangan lahar aku ok? atau kutuk aku sembunyik2 tidur2 kat airport la ikat perut la backpacking sorang2 gini...
apa nak buat? dah minat nak tengok band kesukaan aku main live, aku kena berkorban macam2 haha.


atau pasal aku dah start plan sekarang, mungkin boleh saving giler babi, dan semoga adalah rezeki lagi bekerja...
2) pergi satu festival muzik rock "tiga hari tiga malam non-stop pentas banyak2" kat Eropah dengan band2 rock aku minat dan semestinye yang mesti ada Maiden headline.'
Aku takde budget dan takde masa nak travel berapa tempat di Eropah tengok hanya Maiden main secara sendiri walau tu yang paling GEREK pasal fans 100% fans dorang dan tempat macam indoor arena atau indoor stadium lagi selesa dan sesuai dari tempat2 berlumpur festival2 rock gini.

So terimalah perbincang ilmiah, gossip dan speku aku baca, dan aku nak kongsi...
aku jugak cerita dan kongsi cita2 Mat Jenin aku, dan kenapa aku rasa macam ada peluang aku sampai ke suatu tempat dan kenapa rasa aku cuma gigit jari je,
dan jugak kenapa 2016 ni akan menjadi tahun untuk MERAIKAN BUAT KALI TERAKHIR berapa band rock yang akan berkubur karier mereka yang menghiburkan kita sepanjang hidup kita.....

Aku try mengikuti gossip2 kat forum Download Festival.

Tahun 2016 ni DOWNLOAD FESTIVAL buat pertama kali di Paris pun ada.

Jadi Peranchis tahun 2016 ada dua Festival Rock besar2an..
Download Paris Festival dan HELLFEST

Aku nak cakap sikit pasal Hellfest, nampaknye Hellfest dah nak jadi macam Wacken, bands belum announce, tiket dah nak abis. Jadi memang lawak la semalam diumumkan Iron Maiden headline salah satu hari Wacken pasal aku rasa dah takde tiket.
Hellfest belum umum apa2 tau, tapi aku baca kat porum2 tiket laris giler.

Aku takkan pergi lagi la Hellfest, tapi sapa tahu? Kalau Depeche Mode headline Hellfest.

Bayangkan!!! Depeche Mode headline Hellfest. Pukul abis suasana.

OK tapi aku baru tahu sesuatu aku tak tahu sebelumnye...
Korang pernah dengar GRASSPOP METAL MEETING kan? 2016 senarai dah keluar memang dahsyat giler band2 ambik bahagian...

Korang tahu tak sebenarnye GRASSPOP ni kat negara BELGIUM kan? Tapi... festival ni lagi dekat dengan kota Paris dari Hellfest walau Hellfest dalam negara Peranchis.

Aku baru tahu...

Tapi tu hari aku ada research jugak la, sapa tahu aku nak backpack sorang2 gi GMM lain kali, aku baca ada peminat gi sana cakap takde bas awam balik bandar berdekatan lepas last band.

HAHA, terus kensel la aku nak research lebih sikit.. pasal konfem aku tak mau camping sorang2 haha.

OK Bloodstock,

Bloodstock memang dari segi tempat dan logistik aku rasa sesuai nak backpack sorang2 bawak diri gitu... - kat rantau Derbyshire UK, dengan semua cakap Inggeris, dengan festival rock yang boleh cakap Saiz dia kecik la, aku rasa Bloodstock berapa ribu? 20,000 gitu kot maximum? Hellfest 45,000 ok setiap hari tahun aku pergi. Kira tak besar sangat la kot ye tak? Soundwave Australia kalau Brisbane gitu dah 40,000 gitu la aku pergi 2011 dulu...
Balik kepada Bloodstock, dengan band2 ambik bahagian semua terbaik la kan..
tapi rasanya dorang belum sampai tahap boleh bayar Iron Maiden, jadi walau aku teringin nak rasa Bloodstock, tapi tak la pasal tarikan mutlak takde, tapi Hellfest pun memula takde duit kan?
Cita2 organiser Hellfest satu je.. aku baca interview, satu hari nanti dapat bayar Iron Maiden main, dan 2013 dorang dah berjaya...
....
Cuma tahun 2016, BLOODSTOCK dapat pikat exclusive yang rasanya antara paling rock la kan? TWISTED SISTER, konsert terakhir di UK.
Cam korang tahu drummer dorang dah takde, so Twisted Sister akan tamat tahun depan.

Lagi satu band akan tamat tahun depan ialah Black Sabbath yang dianggotai Ozzy/Iommi/Geezer Butler.
Serious berbual, aku dapat tengok tiga line up Black Sabbath, dua main di Singapura, dan satu di Hellfest.
- Iommi/Bobby Rodinelli/Neil Murray/Tony Martin
- Iommi/Gezer Butler/Vinie Appice/ Ronnie James Dio
dan
- Iommi/Ozzy/Geezer Butler/ dan drummer Sharon Osbourne ke hapa la..

paling kurang sekali la, lineup ada Ozzy tu...

TAPI AKU ADA SATU CITA2 dalam hidup kalau berkenaan dengan Black Sabbath line up Ozzy ni.

Aku nak tengok Black Sabbath main kat Birmingham. Depan peminat2 Birmingham mereka. TENTU SEMUA TAHU BIRMINGHAM LA TEMPAT LAHIRNYE.....
Led Zeppelin/Black Sabbath/Judas Priest dan apa lagi la muzik2 rock ni semua....

Aku pernah backpack tengok band rock main kat Birmingham, tapi Bon Jovi. HAHAHA... Antara paling sweet memory la, 3 jam lebih ok Bon Jovi main kat stadium bola Aston Villa....

So aku tahu, adalah satu kerja bodoh untuk aku backpack gi Birmingham (tempat lahirnye muzik rock - Black Sabbath/Led Zeppelin sebagainye) untuk tengok Sharon Osbourne's Black Sabbath main,

tapi sekarang desas desus cakap Black Sabbath akan headline salah satu hari kat Donington Download Festival 2016, jadi Donington Park ialah 50KM aje dari bandar Birmingham...
dan kalau korang baca sejarah pertama sekali Monsters of Rock Festival 1980, promoter zaman tu pilih Donington ialah pasal lokasi nye ialah MIDLANDS UK.

Itulah jantung muzik rock dan heavy metal seluruh dunia dan pada aku walau cammana pun muzik rock dah berkembang satu dunia, dengan peminat2 South America dah naikkan tahap muzik rock ke tahap fanatik dengan video2 kita tengok...

tapi tetap...pada aku jantung muzik yang aku minat tetap masih Donington, lagipun dorang ikut peredaran zaman dan kena terima muzik rock dah berubah ikut selera generasi teenagers sekarang.

Jadi, kalau betul gossip2 mengatakan Iron Maiden dan Black Sabbath akan headline Download Festival 2016 dan kalau betul dikatakan, Ritchie Blackmore nye gossip akan main rock dengan band pilihan dia dan latest rumours ialah Ritchie Blackmore akan pakai balik nama RAINBOW dan bukan Ritchie Blackmore & Friends...

aku rasa aku akan cuba carik jalan nak gi Download Festival 2016.

Lepas tu pulak, ada gossip liar cakap ACDC adalah antara band untuk Donington tahun depan, dan sama macam Twisted Sister, gossip mengatakan ni ialah show paling terakhir di UK.
Pasal apa aku tahu, penyanyi ACDC rasa dia dah tak boleh perform dengan baik setiap malam kat tour sekarang dorang apa tu Rock Or Bust ke hapa tu....

Lepas tu lagi mengujakan aku,
promoter Download tak tolak andaian dia akan buat konsep Monsters Of Rock untuk salah satu hari kat festival Download nanti.

Aku tahu Rainbow tak cukup besar untuk headline main-stage, tapi dorang boleh main sebelum headliner main, dan lagi best dorang headline 2nd stage waktu band2 aku tak minat main kat main stage haha.

Jadi tu la, kalau ada Iron Maiden dan Rainbow dan pasal aku memang ada cita2 Mat Jenin nak tengok Black Sabbath main kat Birmingham (dan Donington Park cuma 50KM jarak dengan bandar Birmingham) dan ni semua band2 main depan peminat2 British mereka...

aku rasa la... ni la target aku untuk 2016. Korang jangan lahar aku Yo-Yo-Oh la, apa la, ni la minat aku.... dan aku mula2 speku kali terakhir Twisted Sister main di UK sebelum berpecah ialah Donington 2016, tapi ni dah konfem pihak Bloodstock Festival yang dapat tandatangan Twisted Sister untuk aksi kali terakhir mereka.


Aku masa kecik2 dulu, aku kagum dengan Rainbow.....

Aku kagum dengan kaset bootleg Rainbow jadi headliner kali pertama dalam sejarah Donington Park jadi tempat paling rock dalam dunia kat festival Monsters Of Rock pertama..

dan aku tak tahu apa perasaan aku kalau dapat tengok Ritchie Blackmore's Rainbow beraksi untuk paling kali terakhir dalam sejarah main kat Donington Park.

Cuma aku tahu, 2016 ni kalau aku dapat tengok Iron Maiden main live, kat mana sahaja pun,
dan kalau dorang main The Red & The Black,
aku rasa aku mesti nangis air mata keluar macam air-terjun part instrumental lagu tu... indah sungguh pada aku.

Jadi tu la, 2016 akan jadi tahun istimewa dan jugak tahun sedih dengan band2 aku minat dari kecik semua buat salam terakhir........

dan aku tak tolak andaian mungkin Iron Maiden pun sama.


OK aku nak share kat korang la, satu video yang aku paling suka tengok kalau aku nak layan Black Sabbath yang dianggotai semua asli nye anggota...
Toni Iommi/Geezer Butler/Bill Wards dan aku rasa kesian pulak ni dorang dah sampai penghujung pun masih tak boleh tolak ansur pasal duit bayaran, bayar je la Bill Wards lepas tu standby kalau kata dia tak boleh handle pakai substitute drummer terang2 Vinnie Appice ye tak? dan jugak of course Ozzy Osbourne.

Ni ialah video masa Black Sabbath tahun 2005 main kat Donington Park, ni padang ni besar giler, jadi memang setiap berapa tahun, dorang alih2 pentas utama, macam sekarang Download Festival dah pakai 5 pentas kot serentak dengan fun-fair semua jadi bayangkan berapa besar kawasan ni dengan siap tempat camping semua...

Tapi ok video ni aku suka, kalau korang tak pernah tengok...

Bermula dengan tunjuk audience, lepas tu boleh nampak kedai2 jual makan, lepas tu boleh dengar atas pentas crew Black Sabbath tengah soundcheck/final checks, lepas tu tunjuk ada berapa kenderaan tengah pergi belakang stage dan rasanya anggota Black Sabbath semua dari changing room tengah pergi belakang stage, lepas tu tunjuk GADUH2 Lempar botol, ni paling lawak ok,dan Ozzy buat cheeleading act dari masa belakang pentas, dan dengan sound Ozzy ada masalah masa start....

Aku harap korang enjoy.... ni la aku punye feberet, kadang2 aku nak enjoy, aku akan mainkan video youtube ni tengok sikit2 hahaha...



OK dah tu je....

next...


aku belum cerita lagi nanti aku cerita,

Isle Of Wight hehehe

Kalau sapa minat muzik dengar tempat ni terus... Jimi Hendrix haha...

Aku pun like, Isle Of Wight? Jimi Hendrix nye tempat tu...

Sekali tu dah sampai... hah kau terbaik la...

Siap tengah fikir, ada kerja kosong ke tak eh? hahaha...

cam nak tinggal je kat situ.. seriously..

nanti aku cerita la...

tu hari, I mean dah lama jugak kot? haha..

family aku gi South Of Heaven... haha..

ok takde la South of UK..

nanti la aku tunjuk gambar2,
dan cammana nak save duit masa travel... biasalah... nak hidup... and I am not fuckin embarass to say it.





12 comments:

Rafi said...

Kalo dapat tgk maiden kat china pun best jugak kan..
Gambo yg last tu gayat pulak aku tgk.dah la aku ni mmg gayat kalo kat tmpt tggi..heheh

berteromber said...

Twisted Sister dengan Mike Portnoy on drum tu memang best giler kalau ko dapat tengok...aku dapat tengok gambar ko ambik pun jadilah..

Beruk Kongkang Limited Edition said...

terbaik la bro Deaf...

Beruk Kongkang Limited Edition said...

moga mimpi jd nyata..

D'arsil said...

bro deaf punya ceta dalam blog ni mmg sangat mengujakan dan menginspirasikan... wings 30 tahun tu tak sabar aku...

Portdy said...

Kalau turun jb bgtau bro Deaf...

Panggung khayalan in concert

Portdy said...

Kalau turun jb bgtau bro Deaf...

Panggung khayalan in concert

Portdy said...

Kalau turun jb bgtau bro Deaf...

Panggung khayalan in concert

MOHD SHAFID BIN RAHMAT said...

Kejam punya entry. Dah baca habis ada satu gambo satu video. Huhuhu. Usaha jaya bakti cik dep.

deaf-angel said...

Portdy search i am not going la. Aku kerja petang

Portdy said...

Too bad... x dpt jumpa

deaf said...

Portdy REVIEWWWWW and tape it my fren