SETLIST BAWAH SIKIT KALAU TAK MAU BACA AKU MEMBEBEL INTRO.
Lagi dan lagi.. Nak review Wings main live yang aku pergi tengok.. lagi dan lagi..., kadang2 dah susah.. asyik Wings je gitu kan?
Sejak blog ni start, bila aku review2 live show, kalau band rock nyanyi lagu omputeh paling banyak aku review ialah Iron Maiden pasal aku dah tengok Maiden sepuluh kali kot? first love katakan. LOL!!
Kalau band rock nyanyi lagu melayu? of course definitely Wings. (I think so. LOL!!). Aku rasa aku memang suka tengok Wings beraksi secara live tahap kronik la eh? haha.
OK lincah buat report, aku nari kerja petang la.
Lincah ok, abis show ni je, dah 12.50am (Wings start main kul 9.30pm gitu kot), terus naik teksi balik immigresen, pasal bas awam kat JB balik Larkin ke lalu Wong Ah Fook ke dah abis dah semua bas awam Johor, so dari immigresen Malaysia aku tumpang ada satu bas kilang ni masuk Singapore seberang ~~Selat ~~Terbrau~~Ãirnya~~ Biru~~ (yes.. Wings played Tanjong Puteri tonite!!), then kat Singapore bas awam pun dah bis. Terpaksa Naik teksi. Koyak sey...
So fast review, giler aku masuk kerja nari tak tido kejap.. So aku buat lincah2 posting ni.
Hope you guys like it. Sorry eh aku campur aduk melayu pasar ngan omputeh, aku main type je apa dalam kepala hotak aku... a bit tonggang langgang but hope you get the essence.
Lets get the negatives that I see out of the way. Sila jangan lahar aku, ni pendapat aku yang takde makna pun.
- Pyrotechnics dan bunga api berlambak (banyak belanja aku rasa nak organise ni show untuk Pyros kat beberapa lagu dan Fireworks kat penghabisan - yes.. dah macam National Day)
memang very impressive, memang confirm menarik untuk official DVD, aku rasa confirm show ni malam akan dibuat DVD, video cameras boleh tahan merata, it was as smooth as a live show as possible. No obvious hiccups dan Awie got all lyrics spot on.
tetapi.... di masa yang sama pyros dia paling giler dan tahap dangerous nye Pyro Explosions aku pernah tengok dalam mana2 show aku pergi kat mana2 pun pasal proximity dia dekat sangat ngan audience kat depan dan tempat pyros tu diletak dan diletupkan, sangat menghairankan aku dan sangat menakutkan aku. (Seriously bila first pyros explode masa 2nd song, aku dah cakap dalam hati jangan la apa2 jadi kat sapa-sapa.)
- Peminat2 Wings bawak babies and little kids tapi aku notice dorang tak pakai ear plugs or any ear protection. I think its very harmful pasal boleh ear damage dan ear damage tak boleh reverse. Rosak maknanya rosak dan % tu akan turun dan turun dan turun, ni belum tinnitus lagik. Yang bunyik loceng kat telinga tu pagi petang siang malam, seram ok tinnitus. Wings sound was damn loud tonight, certainly louder than KL where I was standing, and like I say the PYROS was like.. unusually placed and it could well harm the little ones who are in close proximity??. Well... Just my observation.
OK, mari kita mulakan ulasan...
Firstly - yang duduk tiket 600RM. Biar betik... Jauh siot LOL!!! Lagi sikit dah sampai kat kedai Jakel. LOL!!! (ok aku exxagerating), But definitely it must be comfy? and the 600RM got lots of benefits I think.
Tapi memang best arrangement peminat ni kali, depan stage depan semua diri. Tak macam kat KL nye show, depan stage semua duduk...
Ni baru best nye arrangement. Aku suka.. Especially bila part fans tiket 65RM join depan atas permintaan Awie masa show dah 2/3 of the way.~
M.E.R.I.A.H
Secondly - Eddie - waw.. best dressed ok. First wardrobe siap ada topi koboi. Aku suka sound dia timbul ni malam. Man Of The Match aku untuk ni malam - EDDIE.
(Intro Video) - Serupa macam Wings 30 Tahun di KL
(Intro Keyboards & Band On Stage) - Serupa macam Wings 30 Tahun di KL
.
.
.
SETLIST DAN APA MENARIK PERHATIAN AKU SETIAP LAGU
TAMAN RASHIDAH UTAMA - SURPRISE FIRST SONG! intro asli, hujan sound effect. Keyboards player was not joining on this first song, I think he got issues, this is as pure Wings as possible I have seen since.... 2005? Tu la kali terakhir aku tengok Wings tanpa keyboards. Just PURE. Wings tak perlu ada backing keyboards pada aku. Cuma this time Wings ada 4 backing vocals as per last show.
OPERA HIDUP - ooo kayy.. setlist terbalik terus dari selalunye...
HUKUM KARMA - First three songs played non-stop one after another. Fantastic version tonite. Aku rasa lagu ni lebih hebat kalau Wings baru mula persembahan. Masa Wings tengah fresh. Ni macam Trooper. Bruce Dickinson suka Iron Maiden main Trooper awal setlist masa suara dan energy dia tengah fresh.
AWIE SPEECH I - Awie thanks fans and named the locations/places they come from mostly.
SELAWAT (sempena Maulud Nabi) - Awie lead Selawat style Wings Takkan Melayu Hilang Di Dunia show kat Istana Budaya.
AWIE SPEECH II - Awie talks a lot tonight - ada satu part siap cakap suruh undi dia jadi wakil rakyat, tiap2 bulan ada concert etc... very the membebel.
ORANG KITA - Eddie backing vocals ("Orang Kita Ketawa..." Eddie - "HA HA HA") I love it!! Nasib baik tak Ho Ho Ho.. Santa Claus LOL!!! Great rendition of the song by the way - Wings is on Fire tonight!!
GEMALA SAKTIKU - Album keempat JERANGKUNGS is very well represented tonight. More later.
BAZOOKA PENAKA - Pyros extravaganza & EDDIE WAS SUPERB on this song, Eddie was superb the whole show. Laju sey aku rasa Wings main show ni malam.
KAU MASIH BERDEGIL - Lagu rare dari kaset Double Trouble. Aku rasa aku tak pernah tengok Wings bawak lagu ni live.
AKU PUN TAHU - lagi satu lagu aku tak pernah tengok Wings main live, best giler version malam ni. Macam aku cakap JERANGKUNGS nye album was well represented tonight. People around me are mouthing the lyrics. Aku pun automatic boleh ingat2 balik lirik lagu ni. Must be a good song kot kalau boleh ingat balik kan? Zaman dulu, hafal ok lirik lagu2 ni semua haha.
Sebenarnya waktu Wings tengah rakam album ni M NASIR dah umumkan kat stesen radio 91.3FM Singapore pasal Wings dah nak keluarkan album terbaru bertajuk BRADERS (mungkin bersempena lagu Kau Bukan Brader yang ada dalam album terbaru tersebut waktu tu?). Tup-tup bila kaset ni keluar kat kedai, judul album bukan BRADERS tapi JERANGKUNGS DALAM ALMARIS.
This is my favourite song of the night. Lagu ni legend walaupun slow nak mampos. A great tragedy love song LOL!!!
Awie cakap lagu ni pasal lama tak main dah jadi Aku Pun Tak Berapa Tahu or something like that.
WHEN THE SMOKE IS GOING DOWN - Awie solo with acoustic guitar - lyrics dah macam lagu Hong Kong. Sort-Dort OK si Awie.
ENJET-ENJET SEMUT - last line change to "Sapa sakit pergi hospital".
SATELIT PUAKA - serupa Wings 30 Years KL. Awie dual vocals with acoustic guitar. Band joins near end.
AWIE SPEECH III - Awie sums up number of albums and songs Wings had recorded and talk about Wings strength. Awie introduce ex members Mel, Sham, Mus is not present so Azlan Typewriter cover Mus. Jojet is kept for later. Mel is introduced as "Ustaz" Mel.
Hilarious moment pasal Mus pergi Myanmar. Also Awie update Sham's development in Penang.
Medley - serupa macam kat KL, cuma ni kali Azlan Typewriter takeover semua bahagian Mus.
Suara Mel kuat dan lantang ni kali berbanding KL...
- INTAN KU KESEPIAN - Awie/Mel/AzlanTypewriter
- BIRU MATA HITAMKU - Azlan Typewriter
- BELENGGU IRAMA - video screen kiri kanan tunjuk kat Joe waktu Sham solo tapi last minit tunjuk Sham.
- POTRET MONALISA
- MISTERI MIMPI SYAKILA
- DI AMBANG WATI
- SEMALAM YANG HANGAT - as usual mass audience participation and best moment of the medley besides Sham solo on Belenggus.
JOJET DRUM SOLO FIRST & BLACK JOINS IN - Jojet was fast and amazing. Awie introduce mereka berdua sebagai Dua Lagenda.
ROCK N ROLL LU PUNYA SUKA - Awie on guitar & ending solo. Black + Jojet on drums.
JERANGKUNG DALAM ALMARI - Azlan Typewriter joins in. Awie also on guitar. Black + Jojet on drums. End song Jojet exits.
BLUES ULAR SAWA - Azlan Typewriter + Joe Wings on vocals. Awie all guitar solos. Azlan Typewriter was very good yet humble on stage with Wings. Awie ask the 65RM fans to move forward to the Rockzone.
NASIB KITA - Soalan..... Mael XPDC kan antara warm up act untuk ni show, Mael nyanyi lagu KAU BUKAN BRADER. Tapi kenapa MAEL tak join lagu ni eh? Wasted sey....
AWIE SPEECH 4 - Awie cakap everything Johor related.
TANJUNG PUTERI - Serupa versi Wings Takkan Melayu Hilang Di Dunia di Istana Budaya.
GELAP NAN TERANG - Joe sorang2. Anyway, Hillary Ang takde malam ni. Video montage pun takde tunjuk arwah2 macam Ilusi Intonasi kat KL.
JOE SOLO - and segue into..... what else but as usual...its..
KOTA KEMUSNAHAN
AWANG TRASHER - Rokestra style intro. Love the backing vocals on this song. This time its not 4 ladies like in KL but 3 ladies and one dude. Tak senang ok dorang backing vocals lagu2 Wings.
Lima lagu penuh dari kaset JERANGKUNGS DALAM ALMARIS malam ini. WOW.
Dan album Naga Kramats ni malam takde satu lagu pun padahal kat KL ada tiga lagu dari album ni.
INSPIRASI TAMING SARI - Awie perkenalkan lagu ni sebagai lagu dirakam tahun 1511.
INGATKAN DIA - Awie cakap pasal populariti lagu ni masa intro..
SEJATI - ok la.. ending korus Awie dah buat macam kat dalam kaset "(Kenangan itu..) KENANGAN ITU!!!".. ok la aku terhibur jugak la masa boring2 nak tunggu lagu ni abis. LOL!!!
Sapa tu kat audience first korus dah start "Kenangan Itu!!!".. haha, aku harap korang paham apa aku cakap eh. Tak paham takpe...
PERONDA JAKET BIRU - all joins in.. except Mel?? and Jojet?? Sorry this time aku dah tak sabar nak blah haha. Awie cakap ni bukan the end, tapi permulaan era baru Wings. OK Good luck Wings. Eddie nye bass kat lagu ni.. throughout the whole show la kira...waw gitu.
THE SHOW ENDS WITH A NICE PYRO AND FIREWORKS SHOW. Cuma like I say above... Very fantastic but.. gitu.
WINGS ON STAGE about 3hrs 10mins.
Conclusion - Ni show lagi smooth dari KL show. Cuaca elok. Macam aku cakap la kat atas, aku speku ni show akan terbit sebagai DVD rasmi. Dan aku harap unedited.
Dan macam aku cakap Man Of The Match aku malam ni nye show ialah EDDIE.
Favourite moment aku ni malam - AKU PUN TAHU. Simply astounding version. Kat kaset lagu ni lembab la, tapi live.. blockbuster.
Comparison :
- Lagu2 yang dimainkan untuk WINGS 30 TAHUN JB yang takde kat WINGS 30 TAHUN KL ialah KAU MASIH BERDEGIL, AKU PUN TAHU, TANJONG PUTERI, GELAP NAN TERANG, AWANG TRASHER = (LIMA) + ada jugak Selawat bersempena Maulud Nabi.
- Lagu2 yang dimainkan untuk WINGS 30 TAHUN KL yang takde kat WINGS 30 TAHUN JB ialah
BUJANG SENANG, ROMANIA, JUMPA HILANG, PENGABDIAN KU KEKASIH, MENAKLUK KOSMOS, ILUSI INTONASI, AMUK, RANGGI METROPOLIS, and no customary tearjerker SAYAP ILUSI so takde sedih2 ni malam, happy manjang LOL!! kalau tak.. sob sob sob.. haha.... so total songs not played tonight but played in Wings 30 Years KL = (SEMBILAN)
Location Plaza Angsana ni is a fair deal untuk semua la. Adil.
Plaza Angsana memang alrite la kan, makan2 jalan2 kill time tunggu Wings start, anyway surau packed giler, bayangkan Magrib dah tiga kali round jemaah, padahal surau dia besar ok, tapi packed giler.. Plaza Angsana ni is like very the Melayu gitu...
tapi paling important untuk aku... fair place pilih tempat ni, orang naik pengangkutan awam cam aku, naik bas awam, berjalan kaki... boleh sampai..
berbanding Nusajaya.. mak ai, God Forsaken Land ok bila aku dengar Search nak perform kat sana tu hari... hahaha. Ye la, dari konteks aku, aku harap korang paham. Sila jangan lahar...
Anyway paling best tetap Stadium Bola Larkin, last konsert rock kat situ was I think Search 30 Tahun? Stadium Larkin ni jalan kaki je pun dari bas terminal Larkin akan sampai, besar pun besar, stadium bola kan? nak duduk nak diri.. No worries 24 hrs location area ni.
Patut izinkan kot konsert rock kat situ cam dulu?, taruk platform atas rumput, jadi audience ramai2 kat padang diri atas platform, tak sentuh rumput.
Ikut style stadium2 bola kat Eropah organise konsert ke hapa ke....
Lagipun, Stadium Bola Larkin boleh dapat sumber income, sumber kewangan sewakan Stadium Larkin especially ni tengah off-season bola....
Just a thought.
Thats all.
p.s
Macam aku cakap, warm up acts, Mael XPDC pun ada dia perform KAU BUKAN BRADER.
Tapi highlight was definitely Apek dan Yassin dan that awesome girl drummer, bawak lagu HUTAN SIMPAN. Wooo hooo. How I wish Wings had played that song.
Yang lain tu.. aku tak tahu la, aku masuk lambat..
p.p.s
Still No Rantai. I mean lagu bertajuk Rantai. (Sigh.)
14 comments:
Thanks deaf...seronok baca tapi sedih aku tak dapat join....harap2 benda ni semua akan keluar dvd....
hampa tak dapat jumpa Deaf semalam...
Frust juga lu tak report kehadiran kat booth gua kali ni. Hmmm
Very details. Aku pi konsert haram tak ingat setlist.
Deaf record.. so boleh rebiu balik.
Kita kalau record pun tak update blog juga hihi
Panjang report.tq2.tak dpt pegi tgk.kot ada dvd keluar pun ok jugak ni
Sorry aku lambat aku gi Angsana makan dulu. Next time ok
Bila wings nk perform rantai ye... i pon tunggu awie nyanyi live...��
Terbaik review ni bro...
Itu hari tu masa konsert M Nasir Pasir Gudang pun aku ada nampak jugak mak&bapak kurang prihatin bawak babies masuk. Tak patut betul!!!
Ada jerit "ketiak cover brother "
harapnya jadi DVD
hi dep,
lagu dua hari nak sambut tahun baru
Happy new year
tak gi jalan jalan obercea ka?
Dod
Hehehehehehehehehe
suka baca ulasannya, aku ada tgk gambar org putih bawa anak pi konsert siap ada penutup telinga besar tu, kita kasih ni masih lagi belum sedar, dulu amy search pun pena kena lahar, sbb bawa anak dia gi atas stage sebab tak pakai pelindung telinga.. haha.. apapun harap2 wings keluar double dvd satu kl nye show satu jb, baru puas hatiii... apapun search tgh heboh kat fb, dorang sudah sain utk konsert roadtofenomena35tahun, tahun depan...YEAY.
Post a Comment