Sunday, September 19, 2021

this is how i celebrate Metallica Black Deluxe 30 years

Salam Semua
Good Day !!
First as usual in my Bahasa Melayu Pasar and then in my broken English.

Seronok tengok sahabat2 tunjuk mereka nye Metallica Deluxe Black Album 30 Tahun yang versi 3cd tu kat wassap. Aku takde, aku kureng sikit Black Album ni, rasanya aku tak pernah memiliki cd studio nye pun, apa aku masih ingat dalam otak aku bila beli kaset tahun 1991 tu la dia...

Tapi tidak disangkal Metallica secara live aku paling minat zaman Black Album 1991-1994 gitu. Dengan Jason Newstead hebat sungguh, MENERAJUI BAND,  dari apa segi sekalipun, Dengan dia menyumbangkan suaranya sebagai " Backing Vocals " terhebat untuk aku, dan jugak vokals utama.
Aku suka Jason. Hahaha.

WALAUBAGAIMANA PUN 30 Tahun ni... Aku pun nak raikan jugak... So ni caranya aku rai.
Aku masuk Itunes dan aku beli ni enam lagu dari dalam full boxset Black Album yang ada 11 cd tu.



Aku bayar, beli ni enam lagu. Aku rasa ni 6 lagu meliputi apa terbaik dari Deluxe Black Album yang ada 11cd, 4dvd, berapa keping LP, buku2, buku tebal buku tipis dan sebagainya.....

Ooo lupa nak iklan sikit.. Kalau sapa belum tengok Besar Gedabak deluxe boxset .... And Justice For All, ah... meh tengok sini...  - http://deaf-angel.blogspot.com/2020/09/and-justice-for-all-metallica.html

Aku memilikinya, kerana... kerana ni adalah album kegemaran aku dalam sejarah Metallica dan memang hebat sejarah dan rakaman2 live zaman tersebut.

ok balik kepada berbual pasal Black album deluxe ni kenapa aku beli ini 6 lagu aje. dan bukan apa2 bentuk fizikal.

1. Enter Sandman Freddie Mercury nye show Wembley Stadium. Aku memang suka persembahan ini, bunyik Metallica untuk persembahan ini - dan kat intro tu ada suara Brian May, Roger Taylor dan John Deacon perkenalkan band.
2. Nothing Else Matters Freddie Mercury nye tribute jugak - again, aku suka sound kat rakaman ini. So aku bayar la sekali. 

Ni semua aku beli kat itunes, lepas tu aku convert jadi mp3. Jadi aku boleh dengar pakai Walkman aku masa jalan kaki or dalam pengangkutan awam.

3. Nothing Else Matters (James Hetfield RIFF TAPE) - ni kira James Hetfield sorang2 main Nothing Else Matters waktu dalam proses pembikinan lagu ni. EMPAT MINIT BELIAU SYOK SENDIRI. Aku pun rasa syok sangat... So again, aku membeli " lagu " ini.
Dia ada nyanyi sikit, lepas tu dia masuk solo. Dah boleh nampak la lagu ni dah nak siap gitu...

4. My Friend of Misery (Jason Newstead RIFF TAPE) - Tak tipu... ini satu rakaman ni adalah bernilai paling beharga la pada aku dalam beratus lagu kat Deluxe Boxset ni.  Sebab tu aku beli "pembikinan lagu" ni. Aku sanggup bayar. haha.
Jason sorang2 main bass intro dan bahagian lain My Friend of Misery ni. kalau korang dengar live bass solo Jason zaman ni, adalah dalam ni segmen2 ni.
UNTUK AKU, INI ADALAH SATU LAGU BY ITSELF, lagu Instrumental solo Jason...
tapi takpelah. at least live beliau boleh solo jugak lagu ni.
5. Thru the Never (Oakland, California 1991 October ) kenapa aku beli lagu ni? Pasal aku nak lagu ni versi live dimainkan Jason dalam bentuk rasmi. Aku takde... aku nak bentuk " official " release la kira.
6. Of Wolf and Man (May 1993 Manheim Germany) - sama jugak, aku nak versi live rasmi DIMAINKAN JASON pasal aku takde dalam bentuk lagu rasmi rilisan Metallica.

Selain tu...  aku meraikan ngan mendengar kembali rakaman2 rasmi Metallica ada kena mengena ngan zaman Black Album ni..
Ni semua aku beli dari Livemetallica. Rasanya sumber2 ni semua ialah dari soundboard Metallica sendiri dan diproses oleh HQ mereka sebelum dijual kembali bentuk mp3, flac lossless dan jugak cetakan cd.



 Sangat hebat Jason dari bunyik nya dan suara dia, sangat hebat Metallica zaman ini. Dan ni zaman Nothing Else Matters belum dimainkan lagi. Lagu2 Black Album masih fresh. Band sungguh bertenaga.
22 track dalam rakaman ini. Best kesemuanya.... Waktu mereka mula2 nak jadi rockstar betul2 punya. 



1994 Middlestown New York.
Keistimewaan rakaman ni, sangat senyap bunyik penonton padahal mereka main di event outdoors. Dan apa boleh diketahui dari rakaman ni James Hetfield sendiri cakap " you are fuckin crazy ", 
tapi bagusnya takde bunyik penonton, ialah... macam dengar Metallica main live dalam studio.


Korang bayangkan Harvester of Sorrow... SENYAP 16 SAAT masa kat tengah, pasal takde bunyi penonton. AKU SUKA GILER PERSEMBAHAN LAGU NI KAT RAKAMAN LIVE NI.

OK...
Metallica pun ada main Full Black Album ni secara live, dan rakaman2 rasmi nye pun ada dijual Metallica.
Tapi amaran - ni semua zaman Rob. 
Macam takde semangat lak permainan tuk Black Album zaman ni.
Metallica akan main terbalik.....lagu last dulu


Istimewanya live kalau seluruh album dimainkan (tanpa Jason, zaman Rob Ketam dah), ada satu track extra... IAITU BLACK ALBUM INTRO.
patut ni intro diletak kot sebelum intro Enter Sandman untuk versi rilisan 30 tahun ni. haha.

OK dah tu je... Take care bye.


Hi... Just a bit of Talk Cock to celebrate Metallica Black Album 30 Years version releases of different formats.
No... I didnt purchase any physical releases.
I just bought 6 songs off Itunes and convert it to Mp3 for my listening pleasure.

The Nothing else Matters (James Riff Tapes) and My Friend of Misery (JASON RIFF TAPES) are simple incredible recordings.
Its superb Metallica include those two for the hearing of people who listen to Metallica (selectively LOL !!!!!!).

Yes as can be seen above photos and whatever you can make out of it, 
I AM A BIG FAN OF METALLICA LIVE 1991-1994 when they are playing Live.
I am so thrilled and amused by Jason during this period.

Unfortunately, not all Black album songs are played by Metallica when Jason was around.
And when they really do play every song from it live, Jason is no more around.

Well..... Sad But True.

Anyway, if you havent seen the Deluxe version of ...And Justice For All.
take a look here, I got this one, cause I love the album and what ever the history, photos, writtings and live recordings of this period.




6 comments:

Faizal Rahman said...

Assalamualaikum, album Senjutsu - Iron Maiden tak review ke bro? Menarik album tu.

Ijau D. Koceng said...

padahal Trujillo dah lebih lama dalam Metallica berbanding Newsted, tapi masih terasa macam bassist baru kan?

berteromber said...

sebagai pendengar casual untuk Black album...aku dengar guna Spotify ajer la...heheh...

Matakucing said...

Kaset single nothing else matters dulu ada beli.. Ada demo version.. Tak pasti versi yg sama ngan ko ckp tu.. Maybe lain

Adi Herman said...

album ni la yang responsible membawa saya dengar metallica masa dulu huhu saya lambat sikit masok muzik mereka ni dulu

deaf-angel said...

Tuan Faizal. ada rajin2 belek.

Tuan Ijau yes kehilangan Jason terasa

Tuan Matakucing, long time no see

Tuan Adi Herman hahaha