Sunday, May 31, 2009

ini pulak sokkabar melayu smalam

sambung dari previous post, ni lak sokkabar melayu smalam.
kalo minat, uolls baca sendiri la ni semua as per normal..

aku suka part ' jiwa-jiwa sangat untuk saya' huhu.







Saturday, May 30, 2009

besok sweet charity kat Esplanade dah sold out...

Untuk uolls kat Msia yang tak dapat sokkabar Spore, ni sokkabar omputeh s'pore smalam. Life section.

(click to enlarge)

Pengsi abis kan ni gamba? Ramli Sarip paling background. And...cam cover magazine Sensasi tu hari...missing the same person again. Will he be there tomorrow?



Life Section cover main pic Sweet Charity dan ada Jatt ngan tshirt MOR dia huhu.



- Biar betik besok nye show dah sold out. Patut aku tengok sokkabar terus dah takde iklan2 dah ni semua, rupanye siang2 dah sold out.
- Lepas ni Brunei lepas tu KL.
- ada la cerita zaman dulu2 semua and also Jatt ngan Black Dog Bone, MOR dia etc.
- possible new album etc etc.

Korang baca sendiri ler.. click each photo to enlarge kat bawah2 ni untuk read one by one yourselves.
Yang Long Haired Rockers tu klassik. Abis la besok mesti kecohrable and memorable.












ermm..

kalau besok aku jadi pegi dan dapat pegi, my 3rd show pegi Esplanade Concert Hall ni..aku kekok ler gi tempat cam gini. Takkan aku nak pakai selipar, kena kebelakang pusing kang.
Tapi KLCC nye tempat tu was worse, very strict giler. Esplanade ni flexible sikit, tapi...beg dorang cek hollow2. And korang tak payah bimbang pasal handphone disturbance pasal takde line langsung. KLCC nye symphonic tu aku dah lupa, ada line henpon ke tak.

Two shows aku pegi before this kat Esplanade was for Rock Opera & Semangat Zaman.
Unique thing is that, selalu tempat ni pakai untuk those broadway shows thingys, opera, classical music etc, tapi bila masuk je event melayu, mesti tak boleh lari dia punye unsur rock jugak kadang2. Walau harga tiket memang melambung pasal tempat cam gini.



I wish, they play this song tomorrow..

kasih usah merintih
kau buat ku bersedih
manja usah berhiba
kau buat ku berduka


but I doubt it huhu.
Aku nengok last year nye show dorang kat PWTC, besok mesti sound lain, pasal lagi satu orang dah takde lagi, so besok dah takde John Lord solo and Deep Purple Lazy dah.

Thursday, May 28, 2009

hari hijau - 21st century breakdown



past few days aku layan cd ni, Better half aku minat woo Green Day ni so release je dah sambar ler satu. ( nasib baik tak sampai jenis nak kumpul LP version huhuhu )
Aku tukang dengar huhu.
Nak layan Flight 666 kat youtube, tak boleh ah, blum ada hi-quality nye,
but Bombay untuk Aces High was superfreakingawesome, mungkin ni salah satu sebab Maiden dah main tiga kali untuk Indian fans for past two tours, dan belum untuk rumpun Melayu fans.
.

dan tu baru versi low quality youtube tu...dan tu bunyi GONG tu baru versi youtube tu huhu..tapi bila aku tengok tu India fans untuk Aces High, aku was kagum. ooo both dvds is going to be incredible when we get it.




aku prefer dorang punye slower songs kat cd ni..
viva la gloria, last night on earth, 21 guns..

18 songs split into 3 acts, macam ada concept gitu cd ni, tapi aku tak paham apa concept yang nak disampaikan.




the cover artwork is a bit naughty la ye... lepas lak eh..hehe

Wednesday, May 27, 2009

cerita pasal satu game bola julai ni

aku bukan penyokong Liverpool, tapi kawan aku ni hardcore ler kira. So dengar dia cerita.

So Liverpool turun Spore julai ni, manakala Man Utd turun Malaysia kan. Kira adil ler penyokong dua2 team cuma kena standby paspot je la ikut citizenship kita masing2.
So Liverpool nye tiket start jual beberapa hari lepas gitu..

kawan aku, 1st day tiket dijual, kul 11 pagi dah pegi, terkejut giler dia pasal ada Q beratur.
Game bulan 7, amacam hari pertama jual tiket bulan 5 dah sampai Q kan?
dia sampai nak beli EAST STAND nye tiket.

pasal untuk Liverpool game, East Stand stadium Kallang dorang nak buat the Kop. Dan tiap2 tiket holder kat East Stand akan dapat scarf LFC untuk replicate the Kop. Tak salah aku ada 22,000 tiket untuk replicate the East Stand jadi the Kop.

Turn kawan aku, dah SOLD OUT the East Stand. Giler ke hapa? Atau dorang onhold dulu tiket. Last2 kawan aku ambik North Stand.

Aku rasa dorang dah reservekan untuk fan clubs Spore, Msia, Indon gitu kot. Requirement LFC untuk Kallang nye game tak salah aku ialah untuk peminat2 hardcore dorang dapat tiket dulu. Baru belen kasi kat orang ramai dan companies.

Passionate betul ler haha.

Tuesday, May 26, 2009

my old, secondhand, damaged, loyal fren

if you want to know where I've been hiding all these years?
Follow The Tears.


Anyway, ni ler aku nye kamera yang lama aku tak pegang. Panasonic FZ30.




- Aku beli secondhand tahun 2005 ke 2006? masa gitu la.
- Motivated tu jam pasal aku fikir photography is the best form of theraphy untuk pulihkan injury aku.
- nak tangkap d$lr is out of question, aku decide on a prosumer. those in between nye.
- Jadi aku beli FZ30 ni dari this chinese couple yang so nice let go kat aku ngan harga murah siap additional bateri etc.
- Tapi aku punye berangan nak jadi Ross Halfin setengah masak tu jam, aku terus gi kedai , nasik tambah depan lens tu.
Aku taruk baru nye filter ngan polariser. Kira macam real ler, kira aku syok sendiri berlagak cam ada dslr gitu ler pasal depan lens boleh nasik tambah.
- spare batteries, biasa ah, beli cetak rompak nye haha.

- Dah Karat dah atas dia tempat shoe dia tu. Nampak??
- Dah rosak dah on/off dia.. kat Off pun...masih on..Nampak??..
tapi..kalo tak usik nanti dia shut down sendiri pasal ada sleep mode gitu kan? so not that bad.
- So aku keluarkan balik tadi, dah lama tak guna...abis...batteri semua dah kondem. Tinggal satu je batteri masih ok gitu.

- Aku nak kena beli bateri baru, well, batteries baru. Cetak rompak nye dah ler, ori mahal ah.
- beli kamera baru? aku try tanya kawan aku...carikkan aku secondhand dslr hehe. Ada tu ada ler, tapi harga semua melambung ler. Jeles aku kat kawan aku, dia dapat e350 kot? berapa ratus je siap ngan tiga lens. Nak tanya dia nak jual aku thirdhand tak? haha.
- So nampaknye this kamera akan terus teman aku bila aku gi zoo jumpa 'kawan2 lama' haha.

Photography as a hobby is all about having fun and enjoying it.
Lantak ler kalo gambo tak cantik ke hapa ke, janji kita happy.
Tapi kalo along the way, kita boleh jadi the 'Ross Halfin of Natural Geographic, versi setengah masak', why not kan?

ok...ni last kopek, last bus sebelum hantar balik buku ross halfin metallica kat lebrari.
( macam smua gambo dalam blog ni, click to enlarge )





dragonball



foto kat ujan ni lawa






























Apa pun, fotographer Iron Maiden untuk Somewhere Back In Time World Tour akan keluarkan photobook tour ni...John McMurtrie. Lawa2 ah dia snap..

Sunday, May 24, 2009

mood maiden penuh gelisah

hari2 di minggu ni penuh ngan keresahan. Dan akan berterusan ntah berapa hari lagi. Harap2 tak lama.

aku betul2 ngah mood Maiden. Tunggu Flight 666 huhu. MM ( Krenmaut.blogspot ) dah dapat. Maybe The first Malaysian ( aku baca ni aku ketawa sey ) , maybe first Aseanian ( betul ke or Aseanic hehe ) and the first Malay in the world kot to get the dvd special edition version in his hands? haha.

Aku tak pernah rasa excited macam gini pasal aku cam ada sense of intense belonging gitu untuk ni release.
The most special feeling ever untuk the most special release for me personally.
So harap korang paham kalo post kali ni pun Maiden jugak.
Actually post bergambar. Pelan2 masih susun koleksi aku dan ambik gambo setiap item in detail untuk buat reference dan saja tunjuk sapa belum pernah nampak. Multiply is the best place.

ooo sebelum lupa... I miss one tiny item regarding one of the Aces High artworks and design on the previous post.

( CLICK ALL PHOTOS TO ENLARGE )

' I SHOT THE FOCKE '



Nampak tak? Brilliant kan? Apsal Maiden dah takde design2 cam gini sekarang kan? this was back in 1984. The answer, bring back Derek Riggs and give him the full cooperation.



Moving On.. Rock In Rio.
ok ni bukan review RIR, tapi nak tunjuk how the TRIPLE VINYL PICTURE DISK looks like.
Aku dapat ni dari sama mamat omputeh yang letgo Aces High kat atas kat aku. Maiden fan jugak. Tu pasal aku boleh dapat. Kalo nak masuk ebay atau mana2 online selling website, kirim $alam aku takkan dapat ni benda kejadah.



lawa kan?
terbalik kan



Isnt it the sweetest thing?



Aku rasa menjadi impian ramai peminat Maiden nak nengok Maiden live kat South America, Amerika Selatan. Brazil ke Argentina ke, Chile, Peru, Ecuador, Colombia, Venezuela, etc.
Pasal cam satu tulisan peminat Maiden cakap ' The fans are just happy that Maiden are in their country '. Dorang tak take Maiden for granted. Dan memang menakjubkan reaksi berpuluh2 ribu orang. Ni semua Flight 666 ada tunjuk kot.
Tapi aku.... kena kuatkan imaginasi je la. Pasal imaginasi je la yang aku ada haha. (Pathetic self moment sob.)



ah ni atas ni ialah ngan versi cd. RIR tu ada casing lagi satu cam 3d kat kertas sampul dia gitu. Holographic? ntah aku main hentam je word bombastic ni hehe.

oo sebelah tu ialah Brave New World.
( dapat dari encik cina Bishan tu, dan lagi sekali, sapa korang yang ambik Jepun nye Killers LP dari dia ah?? please identify yourself, thank you hehe )

Tadi baru dengar balik.... Lyrically a very romantic album pada aku.
Nomad.. dia punye instrumental part is so Maiden dan Bruce nye emotional chorus kat Thin Line Between Love and Hate.
oppss ni bukan review

ok ni sebagian gambo dia..


The happiest times bila Bruce & Adrian rejoin.. tapi aku tak rasa sapa2 sangka Maiden boleh jadi ni macam fantastic ngan sambutan hebat satu dunia cam skarang ni. Aku tak rasa even the most hardcore of the hardcore boleh ingat Maiden akan jadi macam gini skarang dalam usia mereka dah lanjut dan most important No Radio Airplay dan no mainstream mass media publicity. Salute.




I am the eye in the sky...looking at you..
- alan parson project
huhu..errr tak rock ke?

errr cammana lirik Judas Priest Electric Eye? hehe.
Errr Rising Up, back on the street...huhu the eye of the tiger.
Ada sepasang mata sedang melihat ku...ewah!!





jembatan sudah roboh, sudah roboh...best eh kalo dapat gi negera England.


Big Blue Marble yang ni - teringat kat lagi satu blog aku suka.. Pasar Karat.




so nak nengok in detail page by page, boleh gi tempat aku pelan2 storage koleksi Maiden aku -
http://deafforever.multiply.com/photos/album/21/my_maiden-_Some_LPs_1990_till_2008_belum_habis_upload_pics_




ok ok , seblum aku kena hantar balik buku librari Metallica, meh aku snap lagi sikit pakai henpon pasal aku enjoy, dan aku rasa ramai korang pun enjoy nengok gambo2 dalam buku ni...tapi tak bleh tampal semua ah, dah melampau ah haha. Suka pegi beli ok. Wa promo je.

( macam biasa kat smua photos kat blog ni, click to enlarge )

Sapa tu hari post blog pasal DORIS METALLICA? brader yang pakai website wordpress tu lupa lak wa nama ko. Sorry wa tak scroll down ingat2 gitu je.
So ni Doris la ye?
Hall of Justice Painted Green Money Talking(grrrr..) ewah!! Err tapi Modern Talking tetap di hati Berteromber haha.







hah, ni bawah ni aku cakap tu hari, i mean aku taip tu hari.
Belakang One nye single. Aku paling suka Metallica gambo sequence ni ler ( gambo bawah yang belah kanan belah atas. Top rite hand corner senang cakap.






HO! HO! HO!

nanti ah sambung next week...panjang sangat ah...haha.. aku kalo merapu tak tahu stop. Tapi fun ler aktiviti sihat gini kan? hehe ( ayat sedapkan hati sendiri haha ).



Next post...aku akan tunjuk korang ku nye old fren. aku nye old seconhand damaged but loyal fren...

Thursday, May 21, 2009

derek riggs punya aces high

(Click all photos to enlarge)



Aku minat benda2 gini, aku rasa ada dari korang pun sama jugak.
lagu Aces High, tak payah cerita lagi ler, semua orang pun tahu betapa gempak lagu ni dan sambil nak tunggu Flight666 keluar nanti ngan Aces High ada kat dalam ngan backing vocals 30,000++ orang India kat Mumbai. huhu.

Aces High nye 12 inch picture disc ialah antara item Maiden aku nak dari dulu, tak boleh jumpa kat mana2 kedai ler especially picture disc Maiden, kat ebay pulak tak berbaloi ler bayar mahal2 untuk benda ni, jadi aku tunggu dan tunggu dan akhirnye dapat dari satu Maiden fan. Wa cheapskate tapi nak kumpul jugak huhu. Pathetic siak.


( click this one to enlarge and see the beautiful sweet Aces High Eddie and checkout the bullets marks )

Kapalterbang Spitfire dan gelas tu sepatutnye bulletproof pasal tebal kaca tu 4 inci. Nasik tambah infos untuk blog ni aku ambik dari gambo buku Derek Riggs cerita pasal artwork single Aces High lain2 version. Aku snap ler content buku ni, senang sikit korang baca terus.


Jadi...cover dia tu kena senget kan la ye. Cam Derek Riggs cerita kat sini..



Bila senget patut cover dia dah jadi macam gini ler



ni lak cerita pasal artwork kat dalam single Aces High. Bukan Derek Riggs yang buat. Tapi aku suka dia punye 5 musuh ditembak tu untuk dapatkan Aces tu..



Ini dia punye artwork kat dalam..



Ini pulak ialah dia punye idea untuk picture disc 12 inch Aces High. Vertigo.. Pengsi abis belakang dia.



Ini dia 12 inch picture disc Aces High nye reverse side photo. Lawa dia punye German ME-109s ( aku agak je la pasal dalam lagu ni German nye air-force pakai ni plane ) kena tembak pusing2 tu.



Harap korang enjoyed the read and photos. Up The Irons.


These are the photos and reviews of the different versions of Aces High with Derek Riggs description of his ideas for them.