Showing posts with label search. Show all posts
Showing posts with label search. Show all posts

Monday, January 10, 2022

Search Rockology boxset review/ulasan

 Salam. As usual first in my broken English and then in my Bahasa Melayu Pasar.







PREMIER Malaysian and South East Asia Rock & Roll giants Search consisting of the two remaining long time members of Search - Nordin and Kid has released a boxset of Search called Rocklogy. Consist of two cds of songs (22 songs + a new track featuring 4 minutes of guitar solos) which are taken from 8 different albums which features both of them together, a tshirt and lots of other merchandise and memorabilia. I will show photos of the content below.

The songs selected are not exactly the most popular well known songs but it varies enough fast and slow songs to give a taste of what Search has offered and hopefully will continue to offer.
The selection is actually refreshing and not the same old "loved by general public and thats all the general public knows about the band songs " songs if you get what I mean.

Currently, Search the band is made up of guitarist Nordin and Kid, the return of  bassist Yan which had played and recorded studio albums with Search before and also featured in other well known bands, drummer Pae which had performed live and recorded a studio album with Search before after the passing away of Arwah Yazit Ahmad, and finally a new young singer from Indonesia called Denden, coming in after  previous singer Amy had announced publicly his departure from the band.
( Anyway the latest news is Amy is returning and using the same band name with others who had played live and studio with Search also.)

Good Luck to all, as fans we vote by how we spend our money, our time and our efforts.. 
Its nice to have boxsets and old stories, but please dont rest on your laurels and this Rockology. New recordings and new shows please.
I am fortunate to see bands I love play in many places, but out of all the bands I have seen external or domestic, international or regional, Search with Kid and Din still remains the Most Thrilling "you dont know what you're going get - a regular or a flying high performance" band I have ever seen. Its hard to ignore them when they announce live shows as i dont want to miss out the Unexpected. Looking forward to more from these two gentlemen and their new/old lineup. Hope it remains stable, because the line up sounds exciting.





Hai semua.
Tak payah banyak colok pasal satu dunia pun dah tahu pasal Search Rockology ni so lets terus tunjuk kandungan nye....
Cetakan terhad dan ada nombor bersiri seperti di atas.
Nilai membeli? sebenarnya kalau ikutkan semua lagu pun korang tentu dah ada, dah dalam kepala hotak kecuali ada satu lagu baru yang lebih kepada 4 minit permainan guitar aje.
Tapi...
dari segi menyokong Search dan usaha Kid dan Din, sekali sekala membeli hadiah tuk diri sendiri, mendapatkan merchandise macam baju band, kalender, apa2 je la MEMORABILIA dan apa je la seperti foto2 aku tampal kat blog ni... memang berbaloi.

Jadi pertama sekali, atas tu kat foto 2cd tu memang ada ruang khas tuk kenangan, dan doa bagi Arwah Yazit.  Dari segi pembikinan boxset ni boleh nampak betapa pentingnya Arwah dalam karier dan development Kid dan Din ni. More of that later.

Jadi yang kecik2 dulu eh tunjuk kat atas tu... stiker2 yang pada aku fabulous pasal tunjukkan logo2 berlainan zaman Search. Aku suka sangat.
Bandana merah ada logo band, aku tak faham la rock melayu ngan bandana ni, tapi there it is. haha.
Poskad2, dan poster Kid dan Din.
Patches...  cantik yang logo band tu.

ok lagi atas tu kat foto2 awal tu tunjuk jugak design kedua2 cd nye jugak.

bawah ni sambung lagi...







hah ni pulak Kalender meja tahun 2022, dan tu ialah buku simpan 2cd tu foto2 lirik dan sebagainya seperti dicerita di atas.
Ada trivia Search 40 Tahun, aku tak baca pun lagi...
dan ada buku Discography yang hanya meletakkan 8 album sahaja.. tak semua... Rock N Roll Pie pun muka2 di sampul album pun dah takde...
Dan foto2 dari berlainan zaman mereka berdua.
ok la ni semua sangat seronok la untuk aku tengok2....

kejap.. lagi ada..



 
atas tu ialah seleksi lagu2 yang dipilih Nordin untuk boxset ni... jadi breakdown dia ialah...

Karisma - 4, Fenomena 2003 - 3, Rampage - 2, Double Trouble 2 - 2, Bikin Wilayah - 2, 
Gema di Timur Jauh - 2, Rock N Roll Pie - 2 dan last kopek gitar solo rakam pakai iphone.

Kalau korang dengar Search, apa pun pilihan lagu tak jadi masalah.
Cuma tu la memang boring kan Isabella, Pawana tapi tu la yang rata2 orang datang show nak tengok dan dengar so terima je la.
Tak suka? Muak? naik boring?? mohon gi toilet, lepas tu datang balik dah next song.

In fact, aku rip dua2 cd ni , dan aku pasang ikut susunan 22 lagu ni, memang susunan sesuai pacing dia untuk aku bagi rock konsert.
Search basically boleh main konsert dengan setlist 22 lagu dah tersusun ni. Just nice, fast , slow, rancak, semua ada. It will be an " out of the box " setlist.

OOOO yang kertas tiga tu....
Satu Din tulis mengenai pembikinan boxset ni dan dia kan tukang pilih pun lagu2 semua.
Setlist aku speku dari konsert APOLOGIA tak jadi ( YANG AKU DAH BELI TIKET PUN !!!) untuk show Search + Awie. Power giler ok kalau tengok dari setlist tu..
dan last but not least...
coretan tulisan tangan dari Kid tentang segala jasa dan bimbingan Arwah Yazit kepada beliau. Humble sangat tulisan.

LAST KOPEK ( drum roll.........)   ... BAJU!!!!!!!!!

Kid dan Din dari belakang tengok apa tu... Ferris Wheel... what a photo menggambarkan 1001 cerita.

 


boleh mintak size masa beli, ala... aku beli pun pakai wassap je pun. 

OK tu je...  Aku sangat happy memiliki boxset ni. tu je nak cakap....


KALAU KORANG BELI, TUNGGU2 TAK SAMPAI, TOLONG FOLLOW UP DENGAN PENJUAL YE KALAU TAK DAPAT DALAM JANGKA MASA YANG MUNASABAH. Please follow up jadi tak tertanya2 kat mana boxset korang berada. Maklum anything can happen.
THANK YOU TO FRENS YANG TOLONG AKU PASTIKAN KOTAK NI SAMPAI KAT AKU!!!


bye... sorry la eh, malas gitu buat blog... blog korang semua pun aku tak masuk.

OK next is Roxette 30 Years triple cd. Dan basi pun actually. haha. Bye.

Tuesday, August 25, 2020

Search Awie Apologia Raw Jamming Edition cd dalam ada 4 lagu ulasan/review

(nak cakap ulasan pun bukan sangat, borak kejap apa dalam kepala hotak aku aje) 

Serious berbual, rock melayu ni kadang2 otak aku jam nak buat blog.

Kecuali ada show2 aku pergi rock melayu, boleh la aku review2 sikit, upload bootlegs aku rakam, selain tu aku tak tahu apa nak borak dan untuk dapat berita rock rock Melayu ni, aku harapkan sahabat-sahabat yang kongsi info dan borak2 dalam group Wassap aje...    kalau tak memang aku tak tahu apa jadi la.

Lagi dah covid19 ni, lagi takde konsert nak gi, haha. 

Anyway, baru dapat, biasalah covid19 ni semua pun takpelah lambat asal selamat. Pekerja Pos pun nak kena jaga diri jugak ye tak? So thank you Postal Staff of the World.  Nak tunggu lambat sangat physical cd, Port dah hantar dah advance lagunya bentuk digital. haha.

SEARCH AWIE APOLOGIA RAW JAMMING EDITION.

Aku dah beli tiket sebenarnya show Search Awie ni 28hb Mac lepas. Tapi apa nak buat.  Takde Rezeki ye. Takpe.. Next time Insya Allah.

4 lagu dalam cd ni, 3 lagu jamming, 1 lagu original source. Semua empat lagu korang pun dah tahu cuma ni version tak pernah dengar la ye.  Telinga aku takde masalah untuk menerima tiga lagu versi Jamming tu.

Rock N Roll Pie, Bayangan Baiduri, Pelesit Kota, dan of course last song versi ori Nur Nilam Sari.

Serious berbual tak puas la kan tiga lagu je, mungkin ada part 2? part 3?  tapi apa pun aku suka kombinasi Search dan Awie, so aku support la beli ni. Especially ni covid19 kan. Support mana yang boleh.

Aku speku tentu ada lagu2 lain yang dirakam masa jamming yang seelok tiga lagu ni sesuai tuk direlease untuk peminat2 yang berminat nak dengar jamming version. So tu la aku speku kot ada part 2 nanti.

So layan gambar.



ni dari tadi aku rip cd ni jadi MP3 nak masuk walkman aku, bukak casing, alih cd masuk plastik vcd pirate, snap gambo show off, buat blog gini dah nak tiga round dah dengar ni empat lagu.

OK la aku happy untuk mendapatkan cd ni. Serious bila baca " jamming " aku expect worse actually sound nya.  So a pleasant surpise actually.

K bye.


Monday, December 18, 2017

prime domestic - prima domestika (ulasan) dan foto2 merchandise masa Public Distortion 2017

Prime Domestic, possibly the hottest and best Malaysian rock band at the moment finally release their long-awaited first full studio album. 
So my personal best studio album of 2017 & end of 2016 will be
1st - Prime Domestic - Prima Domestika
2nd - Bon Jovi - This House Is Not For Sale (Japanese version extra tracks)
3rd - Kreator - Gods Of Violence (Japanese version extra track).
This is my review in Bahasa Melayu Malay Language.





Macam aku cakap kat atas, Prima Domestika ialah album studio yang aku pilih terbaik dalam cd2 dan itunes album2 yang dirilis tahun 2017 dan akhir 2016, baik cakap Melayu atau cakap Omputeh.
(Aku belum beli Anthem terbaru so aku tak boleh include cakap Jepun punye la...)

Kelakar nya, Lagu2 dalam Prima Domestika ni aku hadam dahulu versi live sebelum betul2 dengar dalam album studio.
- Masa persembahan PD di G Hotel April lepas, mereka bawakan tiga lagu aku tak pernah dengar Tekno Dewata, Sedingin Pluto, dan Satukan Impian.
- Masa persembahan PD di Public Distortion minggu lepas mereka bawakan tiga lagi lagu aku baru dengar berapa kali round iaitu Malam Berasap , Kurnia dan MMLXXXVII.

Campur dengan Ilusi Intonasi yang rasanya semua familiar sangat dari dulu,
maka TUJUH lagu dah dimainkan live dari album Prima Domestika.
Semua pun GEREK - GEREK BELAKA...  ye la dah terang aku nobat album ni album terbaik 2017 kan yang aku beli atau download.

Tinggal tiga lagi lagu yang belum dimainkan live (atau at least belum aku dengar lagi dimainkan Live iaitu Lu Baca Sendiri, Takkan Aku Begitu, dan Ritma Irama Kita. 
Boleh tak aku cakap Tiga Lagu ni sangat atau mungkin lebih hebat dari lagu2 yang dah dimainkan live.

Ritma Irama Kita - Pada aku la, imaginasi aku cakap - Kalau Eddie Van Halen dengar lagu ni, dia akan terus pergi rumah Sammy Hagar dan Michael Anthony,
dia akan sembah peluk cium ni dua orang, dan pujuk mereka reunion semula Van Halen era 1985-1996.
Dahsyat giler lagu ni. Aku macam "makdatok!!" first time dengar.
Dan aku happy sangat lagu ni dicipta oleh Joe dan Hillary sendiri..



Sikit ulasan dan pendapat aku nasik tambah

- album cover rasmi yang iringi album ni pada aku la, pada aku la memaparkan seseorang sedang berdiri di atas sampah sarap, dah sedang tembak burung gagak.

- album ni secara terang lagi clear letakkan dimana album ni dirakam dan dimaster.
Aku suka baca mastering tu... clear sangat sapa yang master, di studio mana, di bandar mana, dan di negara mana.
Dan herannya, aku ni tidak aktif sosial media, tapi nampaknya Prime Domestic takde pukul canang nak bilang satu dunia album ni master kat mana pun...
Padahal dah hantar gi Sydney, siap letak semua maklumat dalam sampul buku lirik.

Takde la nak pukul canang bilang master kat UGANDA ke, NORTH KOREA ke, tapi...  well... (cakap "well..." sambil angkat bahu). Tapi takde lak informasi sapa master, kat studio mana? bandaraya mana? ye la, peminat beli album nak baca segala toknenek informasi kan. 

" You can fool everyone some of the time, You can fool some people all the time, but you cannot fool everyone all the time " ada ke omputeh nye peribahasa cakap cam gini??

Album ni kalau tengok susunan lagu, Prime Domestic bukan nak gi untuk pasaran lagu meleleh sangat. Faham maksud aku tak?
Sedang album2 band rock lain selalunya la, kalau dari segi trend, by 2nd atau 3rd song dah lagu meleleh cintan cintun...
tapi... album ni, kena tunggu giliran lagu keempat Kurnia untuk masuk sebuah lagu love song.

Sedangkan kalau band2 lain, agaknya kalau ada lagu hebat macam Kurnia ni silap2 letak 1st atau 2nd song dalam album untuk umpan peminat dan pendengar.

Lagi apa eh? album ni memang terbaik semua lagu, boleh dengar la semua instrument seronok, sapa minat Joe dan Hillary tentu tak hampa, tapi rhythm section pun hebat jugak.
Aweera dalam studio album, tak disangkal lagi, hebat dan sedap suara nya.

Tapi jatuh bangun band rock ialah bermain live, di hadapan peminat muzik yang bayar tiket, penat2 dan susah payah travel dekat dan jauh dalam apa keadaan pun nak tengok mereka main.

Dan aku tak tipu, Prime Domestic tak menghampakan live dalam dua show full mereka yang aku tengok Joe, Hillary, Ainol, Ainol, Ainol (aku cakap 3x pasal drummer memang superb live) dan Fauzi dan keyboardist mereka (aku suka dia punye piano solo sebelum Ilusi Impian kat Public Distortion tu hari..).
Cuma Aweera, please brush up your English ok!!
Tentu tak mudah nyanyi dua jam tiga jam kan, tapi ni dah band Champions League , jadi Aweera kena terima segala lahar dan improve improve.

Tapi kalau studio album 10 lagu ni Prima Domestika. Sila Beli kalau belum beli. Lagu2 semua sedap untuk semua lapisan masyarakat dan halwa telinga lain2 citarasa.
Dan packaging pun hebat.
Dan untuk dijual dengan harga yang sangat berpatutan. Aku rasa Prime Domestic deserves more.

Last sekali, mohon Prime Domestic akur dengan permintaan peminat dan letakkan lagu2 ni dalam Itunes.
Aku berani speku, peminat2 takkan beli satu satu lagu, mereka akan donlod seluruh album. Percayalah!!

Anyway untuk lagi satu review syok sendiri album ni tapi penuh hikmah, ilmiah dan informatif sila ke - http://tokancd.blogspot.sg/2017/12/prima-domestika-prime-domestic-2017-aku.html
(dia cakap orang kat cover tu tengah teropong? biar betik ye ke??
teropong anak bulan ke beb??)


Untuk review aku Prime Domestic main live di Public Distortion 2017 sila ke - http://deaf-angel.blogspot.sg/2017/12/prime-domestic-xpdc-live-review-9-dec.html

Untuk review aku Prime Domestic main di G Hotel bulan April lepas sila ke - http://deaf-angel.blogspot.sg/2017/04/prime-domestic-live-review-2nd-april.html

Anyway cakap pasal Public Distortion 2017...

ni ialah antara merchandise dan foto2 stall2 yang jual produk Prime Domestic dan XPDC.



cd Prima Domestika yang dijual hari tu, RM23 je saje untuk sebuah album rock melayu yang sangat terbaik dan sehebat mana2 rilisan band omputeh....


atas ni ialah tshirt2 " event" untuk hari tu..... belakang ada date dan lokasi.


ni XPDC nye dorang gi Europe kot tu hari.... belakang nye design.



MONGGOL DAH PULANG nye design...atas...  aku dah lupa lak belakang tulis apa.. "monggol dah pulang" kot?
SAMURAI nye tak salah aku belakang tulis " militia".


Ni belakang nye design2 tshirt yang aku letak kat atas yang aku cakap " event " tshirts tu..


yang Prime Domestic atas tu belakang dia sangat simple logo kecil...

Popular jugak aku tengok hari show Public Distortion tu peminat2 pakai..

Yang PD logo kaler hitam tu belakang tulis nama2 lagu pun popular jugak....





Ni yang Hearty to Europe tu yang tadi atas belakang tu ada dates di Eropah...

Samurai pun lawa jugak kan....

K tu je la kot.....       Bye.




Sunday, December 10, 2017

Prime Domestic & XPDC "Live" review - 9 Dec 2017 @Public Distortion 2017

*******************************
Updated 13/12/2017

link at bottom





*******************************



Salam and Greetings, two premier Malaysian rock bands Prime Domestic and XPDC share the stage for an awesome double bill 210 minutes of live performance. This is my review in Bahasa Melayu Malay Language.

Sebelum aku lupa dan malas,
baik aku ulasan dan bual kons pasal konsert Public Distortion 2017 yang melibatkan dua kumpulan terulung dan terunggul, iaitu PRIME DOMESTIC dan XPDC.

lokasi - Tempat Jin Bertendang (Oasis Square Ara Damansara)
Tarikh - Sabtu 9hb December 2017
Waktu - Mula nak kat kul 9 malam (total time 3hr 30min lebih)

Sapa tak mau baca aku merapu, ni setlist lagu2 dipersembahkan tadi.

1. Ku Cuba (Prime Domestic + XPDC)

2. Ntahapahapantah (XPDC)
3. Talam Dua Muka (XPDC)
4. Sakinah (XPDC)
5. Kita Peng-Yu (XPDC)
6. Doa (new song- XPDC)
7. Enter Sandman/ Orion (XPDC)
8. Selendang Merdeka (XPDC)
9. Teman (XPDC)
10. Kata Pepatah (new song- XPDC)
11. Semangat Perjuangan Harmoni (XPDC)
12. Semangat Yang Hilang (XPDC)

13. Intro (PD)
14. Hallowed Be Thy Name (PD)
15. Kau Masih Berdegil (PD)
16. Malam Berasap (PD)
17. Fenomena (PD)
18. Nasib Kita (PD)
19. MMLXXXVII (PD)
20. Tekno Dewata (PD)
21. Kurnia (PD) 
22. Meniti Titian Usang (PD)
23. Lena Diulit Intan (PD)
24. Mentari Merah Diufuk Timur (PD)
Medley 25-28
- 25. Biru Mata Hitamku (PD)
- 26. Rozana (PD)
- 27. Ranjang Mawar (PD)
- 28. Isabella (PD + Amy)

29. Langit Dan Bumi (PD + Amy) 
30. Kau Pergi (PD + Amy)

31. Drum Solos (Lola + Ainol, with Arif)

32. Ilusi Intonasi (PD)
33. Ameringo (PD)
34. Sedingin Pluto (PD)
35. Alam Barzakh (PD)
36. Sejati (PD)
37. Smoke On The Water/ Pasti (PD + XPDC + Amy)


Seperti show Prime Domestic yang lepas, lagi sekali malam ni dorang buat persembahan aku kerja shift malam kat Singapore pulak.
So Prime Domestic nye pasal memang kena ambik leave.

So lincah balik KL naik bas ekpress, gedebak gedebuk, ingat nak naik LRT gi tempat Jin Bertendang ni, last tukar, naik GRAB sua.
So memang Jakun la kan sampai tempat persembahan ni, tapi ok la facilities keperluan jasmani dan rohani semua ada, dan actually sampai malam lebih kul 1 pagi pun tak yah risau la kan tempat ni semua masih boleh access toilets dan sebagainya. Balik pun aku naik GRAB.
Aku dah standby dah nak kena duduk tempat jin bertendang ni sampai pagi kalau memang takde transport nak balik tadi...

Kehadiran penonton.... well... estimate aku maximum pun seribu lebih la kot. Mungkin boleh kot jejak 2000 tapi entah eh aku agak2 je.
Merchandise2 yang disajikan menarik2 design2 dia. Ni semua nanti lain kali la kan aku tunjuk...
Foto2 ke , bootleg full ke ni semua lain kali k.

Aku tengok siap ada camera crane. Dalam hati aku fikir rakam dvd kot?

Show bermula dengan seorang demi seorang anggota Prime Domestic dan XPDC iaitu Lola, lepas tu Hillary, then Arif, then keyboardist, kemudian Ainol, then dua-dua bassists Fauzi dan Eddie, kemudian Izo, dan baru Joe dan akhir sekali dua-dua penyanyi Ali dan Aweera. 
Mereka build up intro kepada lagu Clique Fantastique Ku Cuba.

Lagu ni jugak ialah Search pernah cover untuk album Double Trouble 2. Ingat2 lupa.

Kemudian Prime Domestic nye anggota tinggalkan stage dan XPDC buat persembahan seperti setlist atas. Seperti biasa XPDC line up Izo, Arif, Ali dan Lola memang hebat main live. Cuma ni kali pertama aku tengok line up ni dengan Eddie, dan bukan Yan.

Aku nak cakap dua dua lagu baru iaitu DOA dan KATA PEPATAH memang sedap dan terbaik dari ladang. Kata Pepatah terutama sangat catchy 60an gitu.
Walaupun kali pertama aku dengar ni dua lagu, tapi sangat hebat dan vocal Ali sangat clear jadi siap boleh hayati lirik dua dua lagu ni.
XPDC bila keluar album terbaru mereka tahun depan, album ni aku rasa hebat dan aku tak sabar menunggu.

Kejutan ialah lagu Teman ada, Ali siap tanya ada orang Perak sebelum main lagu ni.
Jugak Enter Sandman sampai sebelum "doa nak tido" tu, terus masuk Orion bahagian bass solo.
Semua solos "Kirk Hammett" diterajui Arif. Dan Ali tu, kalau aku tutup mata, ada rasa James Hetfield yang nyanyi.

Tengok Live, dari dulu aku memang teruja dengan line up XPDC ini. Macam band omputeh.


Moving On... XPDC tamat lepas ambik gambar dengan fans, change over dan giliran Prime Domestic.

Dimulakan dengan intro tape siap ada bacaan puisi? kata hikmah? something like that...
Dan Prime Domestic gunakan satu?dua? backing vokalis awek.
Dan Prime Domestic pun memang bassist mereka boleh nyanyi jugak pe.
Dan Fauzi yang mulakan nyanyian seperti biasa dengan verse pertama Hallowed Be Thy Name, lagu Iron Maiden.
Seperti biasa jugak, Aweera- mintak maaf la eh, tapi English pecah, ok la senang cakap English hancur. Fauzi should sing the whole song.
Heran aku kalau gi tengok konsert la mana2 pun, aku cam kadang2 kritikal la kalau ada apa2 aku kureng, tapi untuk Aweera, aku macam semua ok je, so aku tak tahu "is this good? or is this bad? mentality".
Tapi support tetap support 666%, suka sangat suara dia kat album Prima Domestika, he is a very good singer, and he has Champions League nye band members behind him.

Joe - aku tak pernah nampak dia Shape-Throwing macam dia dengan Prime Domestic sekarang.
Macam bebas gitu kan.. nak buat apa pun dia boleh buat atas stage.
Dah macam Steve Clark dia nya posing2 dan shape throwing dengan gitar dia. Aku suka sangat.

Hillary - aku tak pernah nampak dia banyak jalan atas pentas seperti dalam band ni. Kejap2 gi tempat Joe.
Adakah pasal pentas besar, atau lagi sekali macam Joe, dia happy dalam Prime Domestic?

Fauzi - low profile kat belakang tapi boleh dengar permainan dia, boleh nampak keterror'an dia, dan boleh dengar suara dia.

Ainol - ni last ayat nanti aku cakap.

PRIMA DOMESTIKA - Aku berharap sangat Prime Domestic main seluruh album.
In fact aku nak setlist dorang main seluruh album DUA KALI!!!!
Pasal aku suka sangat...ooohhh aku belum review... Album of the year aku baik omputeh atau melayu. Nanti lain kali.
Tapi dorang main 6 lagu baru.. actually 3 lagu baru la Kurnia, Malam Berasap, Tahun Dua Ribu Lapan Puluh Tujuh yang tulis Roman Numerics tu...
Pasal lagi tiga lagu baru dah main kan tu hari bulan April kat G Hotel tu..  actually empat la, illusi intonasi tu dah biasa zaman Wings kan.
Aku harap lain kali Prime Domestic main semua 10 lagu dari album mereka pasal semua lagu gerek.

Fenomena - wahhh tak sangka kan. Ending ada NASIK TAMBAH. aku suka....
banyak improvisations when it comes to lagu2 Search. aku suka.... Even hisapbella.

OK cakap pasal lagu tu, Amy.. ok Amy ada...
Amy dan Hillary... side by side... Langit dan Bumi... dan Kau Pergi.
Apa lagi nak kan?
Last aku tengok Amy dan Hillary side by side zaman GME kan, yang Joe also takeover tempat Nordin untuk Search main live.
Dua kali kot ni line up main live? Stadium Tertutup JB dan Planet Hollywood. I was at both shows. Legendary shows. Ada cd dan dvd kot yang Planet Hollywood nye... entah dah lupa.

Drum solos tu Lola start dulu, Arif solos on guitar, Ainol join in dan All Hell Breaks Loose.

Ending... Pasti... tak boleh game weiii ni lagu...
dah la ulang ulang ulang ending korus....
Ali pun nyanyi k lagu ni hahaha...take turn la kan verse korus semua...
kelakar abis tu, sampai semua musicians toleh belakang kat drummers Lola dan Ainol macam bila nak game ni?
Aku rasa dalam 10 minit kot Pasti nye lagu tadi hahahaha. Aku tengok Izo senyum meleret seluruh lagu diri sebelah Hillary...

Ending pun sama, lama dua dua band atas pentas ambik gambar dan layan penonton.
Masa ending tu lagu dimainkan kat sound system ialah dua lagu Iron Maiden...
Blood Brothers dan Where The Wild Wind Blows.
Sapa pilih Blood Brothers nye lagu eh masa Prime Domestic dan XPDC tengah interact dengan penonton atas pentas?
Aku salute...
what a choice of a song. Perfect ending to a perfect show.

Aku takde komplen apa2 semua alrite ni malam walau aku ada cuak sikit nak gi tempat jin bertendang ni tapi semua ok...

Last sekali...

MAN OF THE MATCH aku untuk show ni...

share la kan...

Ainol dengan Lola.

Dahsyat dua dua. Terhibur dan teruja tengok gelagat dan aksi mereka seluruh konsert.


p.s foto, boots semua lain kali k. bye..



Fan Bootleg



link or dengar kat sini pun ok...
https://www.youtube.com/watch?v=-SaumAOGJ5I



Thursday, November 30, 2017

Search - Katharsis - Itunes



Hari ni aku nak cakap sikit pasal Search baru.
Sebelum type ni aku kena cek ejaan " Katharsis" cammana. Terbelit lidah jugak nak sebut nama album ni.
Machine Head nye album baru pun nanti nama album "Catharsis" jugak. Ejaan je lain. Rilisan Januari 2018.
KEBETULAN je kot.

Aku tak beli lagi cd physical album ni.
Aku cuma donlod Itunes pada pagi rilisan album ni.
Aku teruja ada logo " Mastered For Itunes".
OK, ni logo mengkonfiuskan aku.. betul ke? ada seperate mastering untuk Itunes?
Tapi takkan Itunes nak rembat sebarang letak logo ni kat page Katharsis kan?

Anyway,
So aku guna Itunes nye rip untuk masukkan album ni dalam Walkman aku.
Macam aku cakap...
Masa aku zaman sekolah dulu2, kaset2 album2 Search berada dalam Walkman aku.
Dan zaman ni, album terbaru Search masih berada dalam Walkman aku.
Zaman berubah, berpuluh tahun, teknologi berubah tapi ada benda tetap "the song remains the same", 
Search dan Sony Walkman.



So aku dengar album ni cuma waktu 

BERJALAN KAKI, 
TUNGGU BAS, TUNGGU TRAIN, 
DALAM BAS, DALAM TRAIN, 
DALAM SUASANA HIRUK PIRUK KEHIDUPAN.

Ni aku nye pendapat or ulasan or whatever.

- Bunyi dan sound album ni tak membingitkan aku.
- Album ni lembut sound dia pada telinga aku. Aku suka.
- Aku suka tengok kredit2 cipta lagu ada membabitkan Search.
- Lagu2 nya bermula dramatik, contoh Jubah Pengantin.
- Ni album has a strong finish untuk beberapa lagu terakhir.
- Lagu2 laju dan rancak aku suka. Apologia pun sedap. Lagu2 slow pun sedap jugak.
- Aku suka ni album ada beberapa "time changes" dalam lagu yang kejutkan aku.

- Aku kekok dengar drummer lain, bila aku tengok Search bila dengan zaman Lola dan Pae main live memang dah macam heavy metal pun ada pada aku. Tapi tu live environment.
Tapi ni album studio, so kekok sikit dengar mula2. Pasal Yazit is(was) always the constant dalam studio albums.
- Aku suka rilisan Sidang Kangaroo sebagai first song, pasal pada aku tu la lagu paling aku kureng, so its a very very pleasant surprise bila dengar lagu2 lain semua gerek dari Kangaroo.



Pada aku Search tentu ada seorang Quality Control yang kasi final decision untuk rilis album ni, mungkin salah seorang anggota band atau mungkin producer.
Dan ni album tentu dorang QC lepas datang balik dari Mastering. Pasal aku tengok kredit ada mastering kot ni album. Dan terang2 Itunes dah letak "master for itunes"

(A Matter Of Life And Death, si Steve Harris dengan kepala batu suka tok nenek dia tak kasi tu album hantar mastering, jadi memang takde mastering langsung AMOLAD studio album waktu rilisan 2006 kerana kepala batu Steve Harris nak kena ikut cakap dia je dan dia memang tukang QC Firaun untuk Iron Maiden).

So kalau QC band ni dah approve ni la final product, maka aku hadam je la.

Macam aku cakap Peminat have the vote, dengan keluar duit untuk beli album or donlod album berbayar dan beli tiket, dan luangkan masa, tenaga, belanja dan susah payah gi sana gi sana tengok band main live.
Sebagai peminat, most important dorang nak sesebuah band dorang minat dapat carik makan.
So aku do my part, aku donlod ori. CD Physical... hmmmmnn.. ada empat so kena cek mana satu Nordin punye. haha.
Bila tengok Sess live pun dah tahu kan nak diri mana, diri belah bahagian Nordin (Dave Murray side). Kalau kat IB, kena paksa beli seat duduk, so again, beli seat kena beli pilih bahagian Nordin.
Tapi setiap orang ada feberet band member sendiri la kan. Ni aku cakap aku.

In conclusion.
Ni album is lagi baik sangat dari apa aku jangka.
Aku off long weekend ni so aku memang ada kat KL, tapi aku tak rasa aku dapat tengok Sess main nanti Sabtu ni. Korang pun tahu kan, gi kawasan Stadium Shah Alam kalau naik public transport memang macam pelarian ok...
siap seberang rail komuter, masuk bawah pagar, lari seberang highway... tapi kalau bola nye pasal memang sanggup la kan haha.

Well... some other time...

Next... PRIME DOMESTIC. (berdebar-debar tunggu).











Monday, April 3, 2017

Prime Domestic - live review 2nd April 2017 Kuala Lumpur




Ulasan/Pendapat/Opinion aku pasal

PRIME DOMESTIC
Live 2nd April 2017
House @ G Tower Hotel KL

Sapa tak mau baca pendapat dan ulasan dan apa aku tengok dan dengar dan apa yang aku nak merapek meraban panjang lebar pasal kumpulan sensasi dan supergroup all-star band Prime Domestic, maka ini ialah setlist dia, dan top 3 kejadian apa aku suka tadi, man of the match aku dan conclusion aku. OK Bye-Bye.

Setlist just now -
1. ILLUSI INTONASI (Wings)
2. HALLOWED BE THY NAME (Iron Maiden)
3. KAU MASIH BERDEGIL (Wings)
4. GEMURUH (Double Trouble)
5. LENA DIULIT INTAN (Wings)
6. MENITI TITIAN USANG  (Search)
7. TEKNO DEWATA (new song)
8. SATUKAN IMPIAN (new song)
9. SEDINGIN PLUTO (new song)
MEDLEY songs 10-16
10. BIRU MATA HITAMKU (Wings)
11. CINTA SEPI (Search)
12. TAMAN RASHIDAH UTAMA (Wings)
13. KAU PERGI (Search)
14. ANUGERAH (Wings)
15. SEBATANG TONGKAT UNTUK BERDIRI (Search)
16. RANJANG MAWAR (Wings)
17. DRUM SOLO
18. BASS SOLO
19. LANGIT DAN BUMI (Search)
20. ALAM BARZAKH (Wings)
21. INGATKAN DIA (Wings)
22. FANTASIA BULAN MADU (Search)
23. MENTARI MERAH DI UFUK TIMUR (Search)
24. SEJATI (Wings)
25. PASTI (Search)

Total Timing On Stage - 2 hours.
.
3rd placing apa aku suka tadi - Setiap lagu gerek, persembahan gerek dan dahsyat sangat. Sila tengok Prime Domestic untuk sapa belum tengok dorang main live.
2nd placing apa aku suka tadi - Setiap lagu Search, muka Hillary Ang berseri2 senyum manjang, happy sangat dia, dan bila dia solo2 lagu2 tu yang memang dia yang gitaris original lagu2 tersebut, macam menceritakan kegembiraan dan kenangan terpancar kat muka dia. Meniti Titian Usang dan Sebatang Tongkat Untuk Berdiri tadi... was like worth the price ticket alone.
1st placing apa suka tadi - Walau semua lagu gerek, tapi tiga lagu baru original Prime Domestic ialah paling best of the best. Aku suka band sentiasa main lagu baru. Lagu lama tak dilupakan tapi cam aku suka cakap kat blog aku, aku suka band2 yang aku minat sentiasa main lagu baru, dan stay relevant. Jangan lah asyik ulang ulang zaman kegemilangan zaman dulu. Ni pada aku la, masing2 nye citarasa.
Aku harap Prime Domestic akan banyak2 buat lagu baru dan keluar full album, dan harap semua lagu, ada sumbangan dari band members sendiri. All 3 new songs dalam single terbaru is by Joe Wings. Semua sedap dan macam rentak - fast , mid tempo, slow.

Man Of The Match untuk aku - Drummer. Nama dia Ainoll. Terbaik , Showmanship First Class dan powerhouse octopus.

Conclusion - Aku nak gi backpack tengok Iron Maiden main merata UK bulan 5 ni, dan lepas aku tengok Prime Domestic main tadi, aku cakap kat diri aku, Maiden baik main giler babi nye best of the best untuk 5 shows aku nak tengok dorang untuk tahun 2017,
pasal kalau tidak mungkin aku akan pilih PRIME DOMESTIC main tadi sebagai best live show aku tengok untuk 2017. Terutama kekuatan tiga lagu baru mereka yang mereka mainkan tadi.

Ni ayat atas ni compliment paling best aku boleh beri kat persembahan Prime Domestic tadi. 
Korang sendiri tahu aku kat blog ni Advocate band rock Melayu dan memang berat sebelah aku akan puji dan sokong band rock Melayu tak kesah dari Malaysia atau Singapore dan aku anggap mereka setanding band rock omputeh. Sila lahar aku but ni keyboard  dan wifi untuk tenet ni pun bukan korang punye aku pakai.
Aku harap line up ni tak ubah. What a show - Joe + Hillary Ang + Aweera + Fauzi bassist + drummer Ainoll plus keyboardist.
.
.
.
.
((( ULASAN NASIK TAMBAH UNTUK SAPA BERMINAT)))
.
OK, Siap sedia? Tarik nafas.. go.
Kalau aku buat silap ke hapa ke, maaf aku tak tidur dah lama, Hari Sabtu aku dah kerja malam, abis kerja, aku rush dari Singapore gi JB, kat Larkin carik tiket bas, rush balik KL naik bas ekpres, balik rumah Malaysia relak kejap, terus lepas Magrib naik LRT gi Ampang Park.
Ni aku tak mau tidur pasal aku kejap lagi nak naik bas ekpres pasal hari ni hari Isnin aku kerja petang pulak. So aku plan nak tidur dalam bas ekpres je.

Serious berbual, ni la salah satu cabang kehidupan aku, sebagai seorang peminat rock n roll band. Sapa baca blog ni memang tahu la kegilaan aku sanggup buat apa saje untuk band2 domestik Malaysia dan Singapore dan jugak backpack sorang2 untuk Iron Maiden dan band2 omputeh lain.

a) Post ni takde foto. Mungkin nanti kat tenet banyaklah foto2 kejadian tadi kat show tersebut. Kalau aku nak transfer foto dari henfon ke laptop, mungkin kirim salam pasal ambik masa dan aku tahu kalau aku tak taip blog ni sekarang, maka mungkin takkan buat langsung.

b) Penuh sesak. LEBIH DARI FULL HOUSE. MELIMPAH-LIMPAH RUAH penonton. OVERFLOW. Harap promoters/organisers/ sponsors dan band Prime Domestic sendiri akan dapat keyakinan tentang brand name Prime Domestic dengan kehadiran penonton tadi.

c) Hallowed Be Thy Name - ni kelakar... aku terkejut first verse yang nyanyi bassist Fauzi. Ye la, first song kan instrumental, abis HBTN kan second song, aku dah la tak perasan sapa on stage. So aku ingat Aweera takde so pada aku no problem la kan kalau band member lain boleh cover vocal...
OOOHH False Alarm la, terus Aweera masuk masa lagu speed up, walaupun ada sikit berkecah masa nak masuk tu. HAHAHA. Sorry la, ni lagu Iron Maiden siot..., I mean, terkucil sikit pun boleh detect kan? haha.

d) Aweera - Aku macam... eh? ni Rob Halford Judas Priest masuk melayu ke hapa? sudah pekik2 style Rob Halford sey... Dahsyat la Aweera ni. Sedap suara nya dan 2 jam ok dia kena nyanyi lagu2 yang legend semua nya. Bukan mudah.
Harap dia makin terror dan makin punya trademark dan style sendiri. Harap dia stay dalam band ni.

e) Pada aku, seorang gitaris asli/original yang main sesebuah lagu, dan terutama solo dalam lagu tu, dia hanya perlu dapatkan seorang penyanyi handal yang boleh bawa lagu tersebut.
Ni apa RITCHIE BLACKMORE buat bila dia buat persembahan tahun lepas dan June 2017 akan tour UK, dengan gunakan semula nama Rainbow selepas dia menjumpai kehebatan suara Ronnie Romero.
Macam aku cerita masa aku gi backpack tengok Ritchie Blackmore's Rainbow main di Jerman tahun lepas, (READ HERE - backpacking to see Ritchie Blackmore Rainbow first show in 20 years)
dimana peminat2 satu dunia sanggup travel datang, pasal nak tengok Ritchie Blackmore main balik lagu2 Deep Purple dan Rainbow.
Mintak maaf la sangat, tapi takkan ada orang dalam dunia yang boleh kasi bulu roma kat tengkok kat solo Highway Star, kecuali orang tu ialah Ritchie Blackmore sendiri.
Steve Morse dalam Deep Purple memang dahsyat, tapi takkan sama, bila aku tengok Deep Purple dengan Steve Morse, bila masuk solo2 Ritchie Blackmore..
Aku suka Steve Morse, tapi... betapa apa pun, tu semua solo Ritchie Blackmore kalau lagu2 sebelum tahun 90an dulu..

So harap korang paham la apa aku nak cakap sebagai seorang peminat. Tak payah nak pertikan benda ni semua hanya "Engineer" ke " pakar " ke boleh kasi komen ye?

Aku bayar tiket tengok band buat persembahan. Aku beli cd ori. Aku peminat. Aku luangkan masa, duit, susah payah, dan tanya la sapa2, ingat senang ke ambik cuti atau tak datang kerja pasal nak tengok band kegemaran kita? terutama dengan keadaan ekonomi sekarang? Orang ambik leave untuk famili tapi peminat rock n roll  band sanggup ambil leave bukan saje untuk famili matters tapi untuk band kegemaran? dan ikat perut susah payah, lepas duit tolak untuk famili, duit gi kat band kegemaran, tanyalah sapa2..
So aku berhak bersuara pendapat aku walau aku cuma Syok Sendiri sekalipun.

Never think you are too big, never insult fans intelligence.

Betapa sapa nak perkecilkan atau lupakan sumbangan Joe dan Hillary kat Wings dan Search, tak kesah pasal YANG PENTING SEKALI IALAH PEMINAT TAK LUPA.

Aku suka pilihan lagu2 Wings ialah dari tiga vokalis Awie, Mel, dan Mus.
Dan aku tak tahu, mana lagi pincang bagi peminat, Wings tanpa Joe? Atau Joe tanpa Wings?

Tak pedulik la kan apa mass media atau artis cakap, tapi tipulah peminat tak rasa kehilangan antara dua ni.


f) Ranjang Mawar tersangatlah terserlah versi heavy nak mampos. Thanks to the drummer. HAHA. Dahsyat dan paling best version ever.

g) Alam Barzakh - Joe nye intro solo tersangat best, dan Aweera "nail this song", Aweera pernah nyanyi lagu ni live sebagai opening act untuk Wings 30 Tahun yang show 4 jam kat Stadium Merdeka dulu.

h) Pasti - aku rasa boleh tanya sesiapa la, antara kenangan manis kalau tengok Search main live ialah kalau lagu terakhir ialah lagu "Pasti".
Salah satu kenangan ialah ini ialah lagu "perang botol air mineral". Berpuluh2? Beratus2 botol air mineral kena lambung dan kena campak dari berbagai arah. Paling teruk kalau ada yang lempar botol air mineral yang masih penuh. So baik letak tangan kat atas kepala kalau Search memainkan lagu "Pasti" sebagai last song. Meriah sungguh lagu ni... kenangan.

i) aku suka show ni jugak band ni having fun. Enjoy gitu. Bassist selalu tampil ke depan dan berganding dengan Joe dan Hillary.
Dan drum dan bass solo bila bergabung masa solo tadi memang awesome.

lagi??

j) aku nye pendapat la kan, mana2 konsert rock baik melayu atau omputeh, ada waktu bila penyanyi nak cakap sikit, memang kadang2 penyanyi suka berbual2 berceloteh macam Bruce Dickinson, tapi kadang2 tu memang dia dan seluruh band nak tarik nafas kejap.
giler ke hapa main non stop satu lepas satu lepas satu lagu.
mestilah ada pause kejap barang seminit dua, minum air atau tarik nafas kejap.
Kesian Aweera, baru nak celoteh sikit je, ada fans dah pekik2 suruh sambung next song. HAHAHA.

nanti la aku ingat aku tambah... haha.

Aku nye pilihan 3 apa aku paling suka , man of the match untuk aku, dan conclusion aku dah cerita kat atas tadi..

OK bye. Tadi Aweera cakap Rock Never Die. haha.

mestilah rock maintain, takkan melayu hilang di dunia sama macam rock never die.


p.s

lets tengok any bootlegs keluar tak untuk show ni. aku takde time actually nak upload full audio shows macam aku buat dulu. nanti aku try ok.. kasi cool dulu...
seperti biasa, masuk bakul angkat sendiri, aku dengar balik bootleg aku tape tadi... macam alrite je.








Sunday, March 26, 2017

PYROMANIA Deluxe Edition - Def Leppard and news of Maiden's continuation release of the 180gram heavyweight black vinyls.


OK, after the SERIOUSNESS of 
World Water Day/Hari Air Sedunia.









Lets start the review/opinion and ulasan of Def Leppard's Pyromania Deluxe Edition in Bahasa Melayu and then  in English.
As usual I try to make the contents different,
usually the Bahasa Melayu one will be more gossipy. LOL!!

Photos of the complete packaging and all the HISTORICAL TEXT of the making of Pyromania inside the booklet for those who havent seen it will be pasted all along this blog.



Untuk korang peminat lagu rock melayu dan omputeh,
satu antara dua ni akan berlaku dalam hidup korang.

Sama ada 
a) korang dengar lagu FOOLING dulu, lepas tu dengar BERPALING dari Search.
ATAU 
b) korang dengar lagu BERPALING dari Search dulu, lepas tu baru dengar lagu FOOLING.

tapi salah satu atas ni, selalu terjadi, lumrah hidup korang sebagai seorang peminat rock n roll band.

Kenangan kan ni semua.
Pyromania ni asalnya tahun 1983 dulu, dan versi deluxe ni ialah tahun 2009 keluar.

First sekali aku nak cakap, kalau aku cuma boleh pilih satu album Def Leppard aku akan pilih album Slang, aku pernah blog pasal Slang dua kali, satu kali untuk Slang double CD, dan lagi sekali bila Special Edition Slang keluar.
Aku siap beli single2 dari album Slang pasal aku nak versi live lagu2 dari album Slang.
Slang ni unik, terkeluar ring gitu...
ok, balik ke tajuk perbincangan dan berbual syok sendiri.
Jadi aku akhirnya memiliki cd Pyromania. Aku tengok kat gerobok aku tak pernah nampak la. haha.
Kaset memang....
Zaman sekolah dulu, pakai Walkman ye tak.
SEMUA LAGU GEREK, sepuluh sepuluh lagu Terbaik dari ladang.
Aku paling tak suka lagu Fooling dalam kaset Pyromania ni. Pasal cam gagap gitu. Macam bas ekpress KKKL. Korang tahu tak, kalau kat rumah sebut bas KKKL katalah beli tiket bas express KKKL kan? tak panggil KKKL tau, tapi panggil "Bas Gagap".

Gurau je eh, jangan terasa... hidup zaman ni memang stress, cakap sikit je kecik hati, marah2. haha.

 Aku paling suka lagu Comin'Under Fire dan lagu Stagefright.
Seronok giler dua dua lagu ni.
Tapi apa pun setiap lagu gerek... dan Die Hard The Hunter bila part gitar solos tu kan, gerek giler.

Jadi sapa belum memiliki tapi nak cukupkan korum dan masukkan cd Pyromania dalam koleksi korang, Sila tangkap versi Deluxe Edition kerana bukan saja Pyromania tapi cd yang kedua dalam bungkusan ini ialah sangat hebat, live songs dari persembahan 1983 mereka kat Los Angeles.
Dahsyat, dan best sangat. Evergreen.

Versi live giler babi nye istimewa sangat zaman dorang memang hebat tahun 1983 dulu - 
6 lagu dari album Pyromania, 2 dari album On Through The Night, 6 dari album High N Dry, dan satu lagu cover Travelling Band dengan Brian May dari Queen.
So memang sapa minat Def Leppard, ni peluang memiliki live album rasmi dengan persembahan dan sound terbaik dari zaman tiga album pertama bila mereka memang rock.

dan ingat, ni zaman paling best Def Leppard, 
-RICK ALLEN MASIH ADA DUA TANGAN. Belum eksiden putus tangan lagik.
-STEVE CLARK MASIH HIDUP. Hensem eh dekni.. aku suka dia tapi kaki botol rabak nye kot.
dan 
-PHIL COLLEN MASIH PAKAI BAJU. Geli siak aku tengok dia sekarang. Sebab tu aku tak mau gi tengok Def Leppard main, buat apa aku bayar tiket, abis tu aku geli tengok Phil Collen tak pakai baju.
OK aku tak kesah orang lain ok aku akan bayar tiket -, Lovehunters tak nak pakai baju, aku alrite, HIGH-ON FIRE memang trademark frontman tak pakai baju berpeluh cam mandi gitu, tapi seronok, 
aku berharap dapat tengok High On Fire main lagi sekali, giler babi laju dorang live 3 piece dan gerek nak mampos style heavy metal dorang.
antara band paling terkejut beruk kan aku ni band la.
aku cuma random je tengok apa band ni masa nak tunggu Slayer main satu masa dahulu, sekali tu makkao!! thorbaik.
anyway, balik kepada cerita,
tapi kalau Def Leppard Phil Collen tak pakai baju? Muntah Hijau. haha.

.
.
.
.
.


.
.
.
.
.







PYROMANIA solo breakdown.
Too Late For Love, Die Hard The Hunter, Comin Under Fire, Action Not Words,
- Steve Clark.
Stagefright, Rock Rock Till You Drop, Rock Of Ages, Photograph , Fooling
- Phil Collen.
Billy's Got A Gun - BOTH.
Its a nice read above when Phil Willis got fired during the recordings, and how Phil Collen was brought in.

Pyromania. Deluxe Edition.
Always got the cassette tape, never the CD.
So its time to upgrade to CD and why not the Deluxe Edition.
Deluxe Edition has the Pyromania album remastered
and there is a wonderful 2nd CD of 15 live songs from a 1983 show in LA Forum.

2 songs from Through The Night, 6 songs from High N Dry and 6 from Pyromania. Plus a cover of Travelling Band.

THE 2nd CD is simply worth the reason to purchase this edition. Its so rocking and showing how awesome Def Leppard first 3 albums were.

Anyway, I always love Slang, and I had make a comparison of the original release of Slang Double CD version with the acoustic live 2nd cd, and also the fabulous Slang Deluxe Edition, again a double cd with songs previously unreleased that was as good as anything on the Slang album.

The link is here - Def Leppard Slang Deluxe Edition double cd (2013) - In Comparison with original Slang double cd (1996)

So Pyromania. Complete Perfection from start to finish.

Listening to this and you hope you got that Back To The Future vehicle.
How awesome it must have been then when it first came.

This are some other pages,
oh shit I didnt realise I take a snapshot of the below photo using my handphone,
and the glare is on the head of...
Rick Savage.
I think I miss out the photo of the legs of huge cranes.










Till The Next Time...

I always like English rock bands the most..
and that invasion of my heart and mind continues till today...

I really hope to find time to blog about a particular awesome album by Savage Messiah.
A modern day English rock band. Ermmm.. ok more to thrash actually. LOL!!!



Anyway.. The news is that Iron Maiden is releasing the continuation of the HEAVYWEIGHT 180gram BLACK Vinyl.
The First Eight albums already have the "supposedly" box, but IT DID NOT FIT EVERYTHING!!
as usual Maiden being Maiden, always things got screwed up,
although they won acclaim by everyone for the way they sell tickets for 2017 UK Tour, with almost all tickets directly go to fans with the cheap official prices. (me included, hurray!!)
(LIKE I SAY HOW AM I WILLING TO PAY MONEY TO SEE METALLICA IN FRONT SECTION IN SINGAPORE WHEN ITS EQUAL TO SEE MAIDEN UPFRONT AT ABOUT 5 SHOWS?? EVEN COUNT TO LOGISTICS AND FLIGHT, HOW CAN METALLICA BE SO EXPENSIVE COMPARED TO IRON MAIDEN?)
which now Metallica is having problems with EUROPEAN fans for the 2017 European Tour where lots of tickets are ending up at the wrong hands, and not directly to the fans at cheaper official prices.

So, I am not going to buy all the vinyls.
Money for personal entertainment and personal earthly pleasures have to be carefully manouvered for maximum 666/666 satisfaction.
My strategy right now is to see my favourite band or bands live.
If I live longer, and my favourite band/bands are retired,
and thats when I start buy more of their re-released items.
I will maybe slowly buy one at a time. LOL!!

But right now,
I JUST WANT THE BOX first!! Thats all. LOL!!
I can collect this version vinyl albums slowly next few years, or wait till they retire. LOL!!
So the box, if you want it, it will come with NPFTD and FOTD albums.
OK, its fine with me.







Nasik tambah sikit,
Iron Maiden dah umum nak keluarkan belen 180gram heavyweight black vinyl sambungan yang lepas tu.
Yang lepas puaka tu sebenarnya tak muat kan dalam kotak merah tu?
Aku tak beli semua vinyl pasal cam aku cakap kat atas, beli vinyl 180gram heavyweight Maiden ni lain kali boleh... tak payah kelam kabut.
Aku cuma nak kotak dia je.
So cerita nya belen2 yang belum keluar semua akan keluar bulan 5 sampai bulan 7.
Kotak kali ni besar giler.
Siap akan boleh selitkan vinyl Book Of Soul yang 3 LP tu.

AKU CUMA NAK KOTAK DIA JE!!!

Vinyl ni semua lain kali, kalau ada rezeki, umur panjang aku beli sekeping2 rilisan cetakkan 180gram ni.

TAK PENTING (ayat nak sedapkan hati). lain kali pun boleh beli, aku rather save nak tengok dorang main seberapa boleh, selagi nyawa dikandung badan, selagi dorang boleh main sama2 enam orang ni.
Tapi sapa tak tahu, untuk bulan 5 nanti, dalam kotak tu untuk rilisan bulan May ialah ada dua album, NPFTD dan FOTD. yang lagi belen bulan 6, dan bulan 7.
(remasters 2015 yang sezaman waktu dorang buat untuk Itunes Remasters Khas pendengar Itunes tu kot?) So aku expect sound baik sikit. hahaha. Tapi aku tak harap,
pasal ni
BAND PALING JAHANAM Tak Mau Dengar Cakap Orang, SUKA TOK NENEK DORANG, DEGIL KEPALA BATU!! ni la Iron Maiden.
Aku tak tahu cammana Adrian Smith boleh tahan dengan diktator Korea Utara Steve Harris. hahaha.
Tolonglah.... next album Steve Harris cuma tulis lagu dan main bass je la, lepas tu diharamkan dari studio. Tolonglah kasi Adrian Smith jadi tukang approval album...  haha.

Apa pun ARLDO dan Donington 1992 Takde...
Entah tengok cammana....

So... macam aku cakap.. AKU NAK KOTAK BESAR GILER TU JE...
haha.

Long Live British Rock N Roll
I think they are going to rehearse soon, and I am sure Steve Harris and Bruce Dickinson are confirming the setlist for the 2017 shows.
I hope no change. The pacing was perfect and the selection awesome.
Maybe just maybe... one more song. LOL!!!
One of their Pop Singles would be nice addition.