Salam semua , Hi Everyone.
A short one in my Bahasa Melayu Pasar, and then on to my broken English.
Gara-gara aku punya la susah mencarik lagu " MIDNIGHT MADONNA " dalam versi cd selepas kesilapan aku terhegeh-hegeh nak pre-order album Sacrement of Sin versi 3cd sampai dah sold out, maka aku tak mau buat kesilapan sama...
Diumumkan je berapa bulan lepas Call Of The Wild versi Earbook 3cd aku terus pre-order seawal mungkin. Dan memang dijangkakan selepas beberapa hari, memang sold-out versi ini.
Tidak menghampakan... buku saiz 28cm x 28cm. 100 mukasurat penuh art/seni berkenaan Powerwolf dan imaginasi2 band dan artis. Lirik2, info2, dan ada 3 cd. CD album studio, cd sama lagu tapi bentuk Simfoni dan gunakan koir, dan terakhir, cd2 dimana lagu2 Powerwolf dari album2 lagi awal dimana muzik dimainkan anggota Powerwolf manakala vokal oleh penyanyi2 berlainan yang adanya adalah nama2 hebat muzik rock.
Ulasan aku untuk album ni, album ke studio yang kelapan Powerwolf. Sebuah band yang sangat produktif dapat riliskan 8 album studio dalam jangka masa sekitar 16 tahun begitu. Sejak aku dapat tonton mereka bermain tahun 2014 dahulu, aku rasa kalau aku pilih satu aje band Jarman buat masa ni, aku akan pilih Powerwolf.
- Tiada lagu yang boleh jadi pop hit seperti album lepas "Demons Are A Girl's Best Friend ", yang muncul kembali dalam album versi 3cd ni dengan dendangan penyanyi ARCH ENEMY diringi band Powerwolf yang menjadikan lagu ni lagi hebat kerana "suara" wanita.
- Semua lagu konsisten takde masalah aku untuk mendengar semua lagu sekali harung. Antara lagu yang menjadi tarikan setiap kali dimain cd album studio Call Of The Wild ni beberapa kali ialah Varcolac, Alive or Undead (seperti biasa Powerwolf tidak menghampakan dengan satu balada sedap), Glaubenskraft, Call of the Wild, dan Blood for Blood ada sikit Scotland rasanya haha...
- Walaupun apa dicakap oleh band tentang pembikinan album ni ngan lagu lebih berlainan ke hapa ke, pada telinga aku tetap sama, Powerwolf tetap laju, tetap mendebarkan, tetap rancak, tetap menghiburkan, tetap heavy metal.
- Aku pernah berangan, satu hari nanti Iron Maiden akan berakhir, maka band apa aku nak " ikut " ye? Aku dah jumpa dua dan aku rasa pilihan aku takkan berubah. Ghost dan Powerwolf, Dua2 masih muda... kalau band2 usia 40an tu dianggap muda, berbanding ngan band2 aku minat yang kebanyakkan lebih berumur. Powerwolf ni, hanya penyanyi dia dilahirkan 1970, lain2 lebih ke pertengahan atau penghujung 1970an. Aku harap mereka bertahan.
Foto2 contoh dari packaging ada di bawah.
Lama giler aku tak buat blog... kerajinan datang pasal SENJUTSU nak keluar. Tak disangka ye..
Terimakaseh kerana masih masuk blog ni korang-korang semua... Sangat dihargai. Semoga tidak menghampakan dan buang masa korang. Take Care semua.
Just a little bit of Happiness in the challenges, hardship, endureship and sorrow of Covid19, A new studio album by Powerwolf is released. Brand new songs. Thank you Powerwolf.
Going thru the credits probably reflect the times and challenges of Covid19. - Recorded in Holland. Vocals recorded in Germany. Choir recorded in Holland. Organs in France. Mixed and Mastered in Sweden.
All songs are consistent, there isnt any outstanding song that can be called a Pop Hit this time, but I think this is more balanced effort than the previous Sacrement of Sin album. I think this album is more aligned to the older ones than the previous effort. If you like Powerwolf, this is more of the same bombardment, the usual majestic songs, usually fast, thrilling and songs that will excite and lots of fun and singalong when played live.
Glaubenskraft is completely Alien language to me. Just like Let There Be Night. And just as beautiful.
The earbook is 28cm by 28cm in hardcover. 3cds. 100 pages of lyrics, info, marvellous art, photos , fantasy depictions, The other cd is now an expected Symphonic version of the new album, with choir.
The 3rd cd is the awesome Missa Cantorem.
Using vocals from the singers from - PRIMAL FEAR (yes that Ralf Scheepers guy), ARCH ENEMY (and probably the most suitable song chosen by her), AMON AMARTH, DORO, SOILWORK, TRIVIUM, LORD OF THE LOST, AVATAR, ALESTORM, WINTERSUN.
A solid 3 cd package, each has its own awesomeness.
I dont regret purchasing this earbook 3cd version.