Thursday, July 30, 2015

Kejadian Satu Peristiwa tentang Hal ehwal Makanan HALAL di peringkat International, tapi sebelum post ni aku realise sambil cerita pasal isu makanan halal, aku kutuk sesetengah Melayu cam terlebih lakkk

Hi Semua,

Aku tertengok artikel masa belek2 sokkabar omputeh Singapore iaitu Straits Times, tarikh 27 June 2015. Bulan puasa tu jam artikel ni keluar. 
Terus aku tertarik, baca, keluarkan henfon snap gambo dan nak niat nak share kat blog ini 








Essence artikel dan foto di atas ini ialah isu dan kempen yang ditimbulkan oleh sebahagian mereka di Australia yang ingin ditamatkan proses penyembelihan dan jualan daging halal. Selanjutnye artikel ni bincangkan hal bersangkut paut ngan lebih luas dan in detail.

Menarik artikel ni korang baca dan nilai sendiri kalau korang belum baca atau tak tahu wujud pasal ni.

**** K Dah tu je pun, lepas ni aku merapu merapek meraban *****

.
.
.
.
.
Jadi untuk ambik kesempatan ni untuk share berapa perkara yang libatkan permakanan dan perminuman Halal dalam kehidupan aku sendiri bila bercampur masyarakat.

1)  kerja, rezeki aku buat masa ni.. Ye la,,, kerja zaman sekarang ni sebarang masa boleh berubah-ubah turun naik pasang surut..
Aku kerja sekarang ngan kawan2 kerja yang ada datang dari luar Singapore dan Malaysia.
Jadi ada antara mereka kurang faham tentang dietary kita orang Islam.

OK OK, aku bukan cakap aku geng baik atau apalah, tapi semakin usia bertambah, kena la kan kita cuba baiki hidup sikit2. Especially kalau kat rumah. Kena la pastikan makanan, dan sumber makanan, dan sumber rezeki beli makanan tu kena la elok ye tak.

So kawan2 aku ni, baik hati... masak hot dog nak suruh aku makan, goreng ayam nak suruh aku makan, masak mee nak suruh aku makan..

Selalu nye bawak bekal pasal nak jimat duit belanja semua ni.

aku kena explain dan explain cara lemah lembut, sopan santun tanpa membuat mereka rasa segan atau tersinggung tentang cara permakanan yang sepatutnya kita orang Islam praktikkan.

"" FIRST - MUST BE HALAL SLAUGHTERED. SAFEST BET IS A CERTIFIED LOGO ON THE MEAT/CHICKEN or from a proper market stall that is undeniably sells only Muslim rites slaughtered chicken/cow/goat. SERIOUSLY OFFICIALLY RECOGNIZED LOGO FROM AN AUTHORISED BODY. Not just any three letter arabic word SPELLING OUT ''halal''.

SECOND - THE POTS AND PANS CANNOT BE CONTAMINATED WITH FORBIDDEN FOOD IN ISLAM SUCH AS PORK OR BACON. WASHING WITH SOAP AND DETERGENT CANNOT BE COUNTED. MUST BE CLEANSED ACCORDING TO ISLAMIC RITUAL.

THIRD - SAME GOES FOR THE UTENSILS AND THE PACKAGING TUPPERWARE.

So I suggest no need to bring extra food for me or other Muslims. Because if I turn it down, I will offend you."
""

Nasib baik, semua paham, walau ada nampak blur. Dan kita tetap kawan macam biasa.
KAWAN? YES. WALAU KADANG2 BERBUAL AYAM ITIK.

SUSAH NAK PAHAM OK KALAU AYAM DAN ITIK BERBUAL.

Awalnye Colleagues (Rakan Kerja), semua datang kerja carik makan, carik rezeki, tiap2 hari kerja.. maka jadilah kawan, ye tak?

Ni belum yang ada kalau ada celebrations istimewa ke hapa ke, nak belanja aku minum.
Aku cakap CANNOT... I CANNOT DRINK.
Never mind, we drink Carlsberg. Kira nak impress aku branded punye la...
Kan Ni Na bey!! Carlsberg or what all same la..

Ye la, mungkin dia kat negara dia sebelum merantau jauh lautan ketujuh carik rezeki dia takde atau tak campur masyarakat Islam.



2) PENCAMPURAN JUGAK AJAR AKU, BUKAN JE AKU PERLU PASTIKAN MEREKA YANG BUKAN MUSLIMS PAHAM  PERMAKAKAN KITA ORANG ISLAM,

TETAPI...

Kita jugak kena prihatin tentang mereka....

Untuk aku, kalau aku nak orang beri ruang kepada aku, aku nak orang hormat prinsip aku, hormat pegangan aku...

Begitu la jugak aku harus buat sama kat dorang....


Contoh, ada kawan2 kita yang berbangsa Cina contoh nye, dan mereka ada kepercayaan contoh Buddhist, Taoist, dan sebagainya...
Ada tak boleh makan Beef (daging lembu) kerana kepercayaan sesetengah dari mereka.
Jadi bila aku dah tahu, aku akan prihatin, contoh macam dorang nak makan apa2 kan, aku selalu bilang ni daging apa.

Dan tentu ada jugak yang VEGETARIAN.

So jenis gini, kalau kata korang nak buat makan2 ke hapa ke, pastikan order pizza Veggie Lover mudah.
Tapi jangan korang GELOJOH. ABISKAN Pizza sayur2 tu pulak nanti kesian budak2 Vegetarian. Tapi selalu nye tu pun cek ngan dorang dulu la...

Ni sama la ngan kawan2 aku yang pegangan Hindu bangsa India baik India Malaysia ke, India Singapore ke atau India Mari.
Kalau nak makan ke hapa ke, mesti kena cek... apa boleh apa tak boleh.


SERONOK OK!! Dapat bercampur asam di darat garam di laut ngan bermacam2 orang dari bermacam2 tempat ngan tahap kefasihan berbual ngan kita berlainan dari seorang ke seorang,

macam aku cakap, kadang2 cam itik berbual ngan ayam.. tapi SERONOK campur lain2 orang macam2 gelagat dari lain2 tempat.

Kalau nak cerita hal makanan je la ngan dorang, tak boleh abis...so kita move on..ke...




3) OK OK, last kopek la pasal actually cerita pasal makanan takkan game punye la...

Pasal artikel atas tu tentang peristiwa di Australia. So aku carik satu cerita hal bersangkut paut masa permakanan halal aku kat Australia la. Kat satu kedai Kebab kat Sydney.

Aku ceritakan hal aku kat Australia masa aku backpack tengok Iron Maiden main tu jam aku kat Sydney pasal aku nak tengok Maiden main Intimate Show kat Sydney Entertainment Center. (Becak ok becak indoor arena ni ok, bukan becak air, becak beer, ni show Maiden yang paling aku menyampah.. Peminat2 Iron Maiden kat Sydney kaya siot!! Beli beer, minum sikit, lambung!!! beli beer minum sikit lambung!!! Kira raining beer ok!!! Butto la!! Aku kalau kena hujan beer cammana aku nak kena travel terus gi tempat lain nak tengok Maiden main.. Baju tshirt kalau kena mandi beer mampos bau semacam... nak basuh tak kering. So avoid all these la...)

Korang tengok la blog aku 2011 dulu, aku sempat ok ronda2 Sydney, naik boat dia yang kat harbour tu best giler.. kagum aku kagummmmmmmm....tengok bridge tu. 

Jadi aku dah KEBULUR ni, taktik aku nak jimat duit backpacking makan roti dan minum orange Juice tak menjadi.
Aku nak nasik, takde nasik dapat kebab pun jadi...

So aku merayau2 Sydney aku jumpa kedai Kebab ni , ada la ayat2 suci, memang orang Islam dari Turkey ke Lebanon aku dah lupa..

So penjual tu borak2 ngan aku la, pasal aku nampaksah Rusa Masuk Kampung..

Dia tanya la apa aku suka makan? So aku cakap la... kita kat sini untung macam2 makanan ada...

Makanan Melayu, makanan India, makanan Cina, Makanan Jepun, Makanan Korea... Makanan Barat.

KORANG TAHU???

DIA TERUS """HARAM!!!!""", """HARAM!!!!!""...KOREA HARAM!! JAPAN HARAM!!!! NOT MUSLIM!!

SAKIT KEPALA AKU DENGAR ORANG NI CAKAP GINI.

Nasib baik la dia bukan Melayu... Kalau dia Melayu aku tak terkejut,pasal aku dah masak perangai sesetengah sebahagian Melayu berbual champion.



Dan again aku cakap aku pernah cerita ada satu blog tu cakap "Australia Tanah Kafir"" aku terjumpa blog ni pasal aku nak baca pasal Muslims in Australia sebelum aku backpack across Australia tengok Iron Maiden main.

Nak termuntah aku, typical some Malays favourite Words - KAFIR dan DAYUS.

Pasal macam pertandingan, berlumba2 sebahagian orang nak tunjuk dorang lagi mulia, jadi kena selalu2 la selitkan perkataan Kafir dan Dayus apabila cakap dan berinternet pasal orang lain atau tempat lain.

Melayu pulak senang kena CON, so sesuai la.



Setahu aku la, dunia ni dan semua tanah dia milik Allah. Cuma ada negara majoritinye non-Muslims, ada negara Majoriti Muslims.

Semoga negara2 yang Muslims nye sedikit, non-majority tetap unggul dan bersatu ummah, berusaha bersungguh2 ngan BACKS TO THE WALLS pun sekalipun, untuk meningkatkan syiar Islam. irregardless what others say.

Kalau kau panggil Australia tanah Kafir, maka tu la akan selamanya terpahat kat mentaliti bodoh kau.
Tapi tentu kau lebih tahu sebelum kau kafirkan sesuatu tempat itu, 
Benda pertama kau akan nampak keluar je immigresen Melbourne Airport ialah ARROW ke bilik sembahyang, siap ngan tempat wuduk, sejadah, kiblat, waktu solat seluruh Australia.

KAU TAK NAMPAK SIGNBOARD ""WELCOME TO TANAH KAFIR"" TAPI KAU NAMPAK PRAYER ROOM SIAP TEMPAT WUDUK SEJADAH ARAH KIBLAT WAKTU SOLAT SELURUH NEGARA.

Pilih la mana satu kau nak wahai Melayu. EGO OR EHSAN.

Aku kurang dari segala segi, tapi pengalaman ajar aku, memang betul ISLAM tu rahmat seluruh alam, dan Islam tu mana2 ada..

Kalau kita sibuk KAFIR MENGKAFIR, kafir mengkafirlah kita dapat.
Tapi kalau kita nak carik Islam, nak carik agama, nak cari redha Tuhan, maka insyallah kita akan jumpa Islam dalam keadaan apa sekalipun..

(bila aku kat Donington Park, Download Festival, ngan lebih 90ribu berkumpul tiga hari tiga malam dalam keadaan huru hara hujan berlumpur, dan khabarnye hari Sabtu hari Maiden headlining malam tu dah nak cecah 100,000 peminat rock omputeh dan seluruh dunia tengah happening giler babi nye happening, aku jalan2 la tengok2 gerai2 makanan, aku nampak satu gerai ada notis "all meats sold are slaughtered according to Islamic rituals" or something like that...
Aku kagum giler, aku terkedu... NI DONINGTON OK!!!!! Macam aku cakap, ni la untuk aku kalau orang tanya apa tu Syurga Duniawi aku cakap ni la tempat nye.... tapi kadang2 memang betul, tempat tak disangka2, orang2 tak disangka2 yang tahu pasal Islam...  Seriously kita orang Islam orang Melayu, aku tak terkejut ada campur daging Mutton ngan Daging Beef pasal nak cepat kaya.
Dan ni aku tak tipu pasal ada kes dah naik mahkamah memang ada.

And the same goes for Melayu yang pandang rendah kat kaum Muslimin di mana2 negara yang Muslims nye sikit. Dekat atau jauh.

"Ada masjid ke?", "Ada madrasah ke?", "ada sembahyang hari raya ke?"..

Seriously aku dumbfounded ok.


Anyway, Pasal untuk penjual KEBAB di Sydney yang aku makan kat kedai dia ni,... untuk permahaman dia, dia samakan sesebuah Kaum, sesebuah culture, sesebuah ethnic group atau nationality ngan AGAMA.
Dan mungkin dia kurang pencampuran, atau kurang buka minda. Tapi entah eh...

Jadi aku cuba terangkan...makanan tu apa pun, janji kita ikut persiapan dan ramuan nye ikut Sunnah dan ajaran Islam, tak jadi hal.  Dan aku try cakap kat dia berapa ramai la Jepun, Korea yang agama Islam pun dan sana pun umat Islam pun boleh beribadah semana mampunya mana2 pun mana2 orang Islam dalam dunia ni.

Entah dia paham ke tak??


OK la...

tu je la kot... Nanti panjang sangat lak...dah panjang punn..


Coming soon -

 aku nak borak pasal Nasi Ambeng, pasal Pisang Salai,  dan....




pasal Powerwolf baru AWWOOO!!!!!...








dan sambung2 pasal Savatage Boxset

Sekian...

8 comments:

Rafi said...

Tanah kafir tu la yang lagi 'islam' dari negara islam sendiri.aku jadi melayu pun aku malu..

berteromber said...

bab australia tu...kawan aku ada terlibat dalam bisnes jadi pemerhati untuk proses penyembelihan untuk dapat sijil halal sebelum daging tu di eksport ke Malaysia...kalau benda ni jadi...lingkup la bisnes dia...

PC kOKak™ said...

ye la aku pun sick la dgn typical muslim yg suka kafirkan sesuatu yg tak sepatutnya dikafirkan. cakap non muslim sudah la. ramai yg tak nampak kafir kat dahi tu. yg kafir tu yg sembah dajal.

Ijau D. Koceng said...

"pasal aku dah masak perangai sesetengah sebahagian Melayu berbual champion"

ini ayat power

a common man said...

Selama ni saya jadi silent reader je di sini. Cuma kali ni baru nak tinggal komen.

Sekadar berkongsi pendapat. Stereotyping sesetengah golongan tidaklah menjadikan the other herd mentality to be right though.

Yup, this goes both ways. Name-calling (errr, "group-calling") and way of too generalising people, how ironic though. Seems that both school of thoughts are being entangled in such cognitive bias, no exclusion. Nope, I'm not implying anybody's such a saint either, of which deep down also made me feel a bit sadder.

.

Btw, speaking on the newspaper article, I'd rather read in between the lines here. Interestingly it's also delving upon Organic/GMO food certification. Just an opinion of mine, I can't see in any comprehensible way that they gonna hurt their halal food export, being such a lucrative cash cow for them (no pun intended). But then with the "added cost" line being put there, plus the organic and GM thrown into the mix, it indeed sparks some curiosity. All while being subtle at the same time.

Either something "funny" is happening, or I may be just plain wrong (of which I'm actually yearning for).

deaf-angel said...

Hi a common man.

wahh rasa terharu lak ada silent reader. HAHA

Welcome

D'arsil said...

aku baru balik dari kampung, bab makanan kat semenanjung yg aku nampak beza lah kan. kat semenanjung agak jarang nampak org kita makan kat kedai cina. tapi di sandakan aku tertanya2, eh kenapa kedai kat sini org islam melayu boleh satu bumbung beniaga, kedai cina tapi meniaga makanan dalam tu org islam siap ada tulis lagi DITANGGUNG HALAL. yang cina pula tu jual air, ok je. ada juga kedai cina total yg rata2 tukang masaknya semua org islam, tak ragu2 makan kat kedai tu, sbb ramai org islam makan. kat semenanjung memang payah. kuat betul bab halam haramnya.

deaf-angel said...

aku paham apa kau cakap uvian.

lain padang lain belalang