Tuesday, August 4, 2015

SPECIAL Olympics World Games 2015 - Aku mendangok depan tv menengok . Kagum sangat.

Hi Semua...

Sorry la ye, entah aku rasa terpanggil untuk cakap lagi sesuatu pasal perkara yang aku sangat prihatin.
So KIV la cerita2 makanan dan rock.

Aku harap korang luang sikit masa untuk sesuatu benda yang bermanfaat dan kita korek balik sifat CONSCIENTIOUS yang ada dalam setiap kita.

Pasal aku kan kerja shift, jadi aku sebenarnye dapat sedikit2 mengikuti kat TV saluran percuma Singapore tentang acara2 sukan Special Olympics WORLD Games yang diadakan di Los Angeles dari minggu lepas sampai hari Ahad.

Special Olympics ni ialah untuk mereka dari budak2 hingga dewasa yang ada INTELLECTUAL DISABILITIES.

Aku dalam sebulan, jumlah masa aku tengok tv mungkin tak sampai 2 jam kot sebulan , jengah2 kepala gitu je kot hari aku off/rest days, cuma yang tv3 999 nye show tu yang dia raid rumah2 mat drugs kat Penang aku tengok part tu, interesting...
kalau hari kerja memang takde la,
tapi untuk Special Olympics ni aku minat...Maka aku pun mendangok depan tv, tengok...

Kita takde cable tv, baik Astro ke, Mio ke, Starhub ke semua memang takde..

So aku happy giler kalau Cenel TV Per(cuma) ada tunjuk live2 gini program2 istimewa yang tarik perhatian aku..


Aku pun tak tahu cable tv ada tunjuk tak progrem2 begini.. Kot takde iklan kot? Nyanyi2 lawak2 ok la ramai orang suka.





Maaf ye kalau tersilap, tapi rata2  Special Olympics ni untuk sesiapa yang ada Keistimewaan Minda dan Pemikiran. Jadi antara yang ambil bahagian dan bersaing ialah mereka mungkin ada Down Syndrome, Autism dan sebagainya.

Ini TAK SAMA ngan Paralympics yang lebih kepada mereka yang Istimewa dari segi FIZIKAL.



Kalau korang follow Olimpik Istimewa ni memang 177 or is it 120 Negara satu dunia ambil bahagian.
Masa pembukaan kat stadium LA yang besar tu, siap cakap kontijen Syria mula2 tak dapat permit nak masuk Amerika ok, haha. Tapi ok je, satu dunia ok ambik bahagian. Nanti aku letak video perasmian masa bawak obor tu. Siap awek Iran, budak lelaki Mongolia, semua bawak obor.
Tak silap aku Iran kasi obor kat Israel ke aku salah tengok? hehe..

Kalau negara2 miskin, ada sponsorship la.
Abis tu, participants ada kaki ayam sey, bukan pasal dorang suka lari kaki ayam, pasal seumur hidup tak pernah pakai kasut.
So ada satu participant tu dapat kasut New Balance. Warna Hijau.

Lawa pulak aku tengok kasut New Balance warna hijau satu budak afrika tu dapat..hehe. Stylo giler.

Abis tu kan, peserta2 ni siap dapat buat gigi, repair gigi, dapat buat cermin mata. Pasal dorang dari negara2 yang macam orang dari India tu satu cakap, di mana orang2 Istimewa takde peluang, tak dipandang pun.


Ini ialah videoclip Avril Lavigne untuk lagu FLY. Yang jadi tema Special Olympics SUKAN DUNIA untuk tahun 2015.
Jadi korang tengok video ni korang paham la apa aku tengah berbual...



Aku rasa ni antara lagu terbaik Avril.

Dan dia pun sekarang dah kena penyakit LYME DISEASE.

Korang tahu tak? Tak salah aku Ni penyakit mula dari kena gigit ngan kutu. Kutu yang kecik2 tu.
Jadi penyakit ni kan buat orang kena gigit tu urat saraf dan otot dia jadi lemah, dan nanti cepat penat, senang sakit2,
Susah nak detect penyakit ni. Boleh jadi masalah sepanjang hidup Lyme Disease dan boleh jadi tersangat bahaya.

AVRIL BOLEH KENA OK!!!  Tu la nak jadi cerita.

Jadi lepas dia kena penyakit ni, masa pembukaan Special Olympics ni minggu lepas dia pertama buat persembahan dan nyanyi LIVE.
PERTAMA KALI DIA NYANYI LIVE LEPAS KENA PENYAKIT LYME DISEASE NI.
Memang saspens ok,



aku rasa macam gini kot nanti saspens dia bila kali pertama nanti Iron Maiden beraksi untuk tour 2016 bila Bruce Dickinson buat persembahan kerana baru baik dari rawatan Barah kat belakang lidah dan leher dia.
Aku gerenti malam pertama tour Iron Maiden ni kat mana pun, konfem sold out awal2 ngan peminat satu dunia datang nak tengok Bruce lepas sakit cancer.


Suka aku tengok participants tu semua bawak obor.. dari satu dunia... dan macam2 peserta lain2 sukan.

Cuak siot aku tengok yang ada bawak obor... haha.

Dekat ye api tu kat muka dorang...





Budak2 Melayu participate memang handal.

Aku tengok ESPN nye program, dorang tengah fokus dan cerita kat pelari dari Amerika, dorang tunjuk la Sprint Event acara tu,
orang Amerika dorang dapat pingat Gangsa je, ada satu budak Melayu dari Singapore, wahhhh laju giler siot... dapat pingat Perak.. Happy aku tengok budak melayu kalahkan omputeh2 ni semua kat tempat dorang. OK OK serious. Memang no losers la kan, semua winners tapi kalau top 3 lagi happy la kan.

Aku rasa la ramai manusia yang anggap mereka sempurna, kalau kena lumba lari ke, main ping-pong ke, main badminton ke, main apa2 sukan la ngan orang2 Special Olympics ni kan
aku rasa manusia2 yang anggap diri mereka sempurna confirm kena thrashing rabak2 nye.

OK ni sebahagian aksi dari Games kali ini...



ni bawah ni gymnastik lak,


Istimewa sangat la bukan sahaja perserta, tapi yang jadi officials, volunteers sukarelawan tu dan penyokong.

Anyway ni sukan best ok.. Semua pun menang kalah....berapa kalah teruk pun, bila bagi hadiah semua diri atas podium. Podium semua lebar2... Tiga keatas semua kategori sukan dapat medal, lain2 kalah dapat ribbon apa ntah. 
Happy giler peserta...jangan cakap yang budak2 dan remaja ok, yang dewasa dah tua pun happy giler,
Boleh dapat last ke kalah ke, tapi sampai garisan penamat celebrate macam nak rak.
Tu baru sporting spirit.
Macam Arsenal la kan. hehe (eh aku belum cerita yang Barclays Cup tu hari eh? wahhh.. depan mata ok depan mata ok.... ohhh heroes2 aku haha).

Aku rasa la, lagi mulia ok aku tengok sukan cam gini dari so called mereka yang bersukan tapi menang at all cost dan terus hilang semangat kesukanan.



Anyway masa pembukaan sukan ni, TV Percuma Singapura tunjuk live telecast,
ada Stevie Wonder ok. So Stevie Wonder sebelum buat persembahan, lagi nak cakap2 la, kasi semangat la...
abis dia kan nyanyi dia ngan keyboards dia je tau, lain pakai backing music.
Abis tu dia dah bual2, dia miss cue..
Relaks je dia cakap kat mikrofon suruh startkan balik backing muzik dia haha...
Giler punye Legend si Stevie Wonder ni...
Tapi dia bawak lagu baru la, aku tak tahu...
Aku dah mintak2 harap dia main la "isnt she lovely?"haha...
Siot je kan...

Aku tunggu2 kot VAN HALEN keluar bawak lagu Dreams.
Aku rasa la lagu paling inspirasi la kan... Dreams ni.
Ohh Lupa.....  no more Sammy Hagar (and Michael Anthony).

Itu la, tu je nak cakap...

Sokkabar takde banyak cerita Special Olympics ni tapi ada la cerita team bola budak2 pompuan buat satu team masuk Special Olympics ni pun ada..
Ramai budak melayu kan ni team? Kalah kot..  takpe try again.

At least dorang dah represent negara. Dah jadi international footballer lawan teams satu dunia. Tapi susah nak carik la kat youtube.

Ada satu cerita tu masa aku tengok progrem2 Special Olympics ni ada satu intellectually disabled tak salah dari Afrika negara mana aku tak dengar la..
So budak ni kuat lari..
tapi orang semua heran...Kenapa dia lari mesti dapat nombor 2.
Tak pernah nombor 1.
Asyik manjang lumba lari je dapat nombor 2. nombor 2. nombor duaaa..... tak abis2 dapat seken je la gitu.

Kan Afrika agaknye miskin2 gitu kan takde modern sangat. Orang susah.

So dorang2 cek ngan budak tu baru dapat tau, kot budak tu intellectually ada problem so tak bilang orang.... rupanya mata dia pun ada masalah, jadi dia tak nampak, jadi dia cuma ikut orang je. Tu je la manjang nombor 2. Kalau dia overtake yang 1st tu, abis la dia tak tahu arah dan tak nampak...

Aku? lari? huh.. pengsan.


ok ok, next blog post kita rock ok..

bye


p.s







KASI GEZEK SIKIT DULU..... Powerwolf nye album studio terbaru limited edition dua cd tapi bungkusan packaging album size LP. Besar giler tebal giler macam buku... ok bye...











6 comments:

D'arsil said...

istimewa mereka ni..bab no 2 tu mmg lejen...

A.I said...

mana gambar raye ko?

k.bai

berteromber said...

ceh!...ni apa kena mengena special olympics ni dengan arsenal...hahaha...
btw...seronok minggu depan BPL dah start....takder la boring malam minggu terpaksa layan drama ...

Rafi said...

Selama ni yg aku tau paralympics jer..ada lagi yg lagi best rupanya sukan olimpik ni.aku pun taktau pasal kat umah pun bkn ada pasang estrok.

MOHD SHAFID BIN RAHMAT said...

"Macam Arsenal" hahahaha

gayour said...

gua hanya dapat layan powerwolf live at wacken 2008