Monday, July 27, 2015

Nak share apa ada dalam otak aku - (Semua pasal hiburan je pun!!)

Sebenar-benarnya, aku berangan nak buat dua blog post sekaligus ni ada peluang free sikit, satu berkaitan sangkut paut isu makanan Halal yang aku heran wujud manusia yang sanggup nak mendenykan apa yang kita boleh dan tak boleh makan dan satu lagi nak sambung pasal Savatage nye boxset nak sambung pasal cd Streets pulak, 
tapi aku rasa aku nak merapek meraban sikit...So terimalah....
Berita2 baru, dan berita2 dah basi, tapi menarik untuk aku borak kat sini.. yang dua atas tu KIV ok.
.
.
aku nak posting ni, aku scroll balik aku tengok panjang lak... haha. Luahan perasan sekali sekala takpe.
.
.
.

1. Tak dinafikan Soundwave Festival 2011 expose berpuluh2 ribu remaja2, golongan trendy dan golongan muda Australia dan rantau Asia/Oceania yang travel gi Soundwave ni kat Iron Maiden yang dalam segala macam band2 ambil bahagian tetap terulung menjadi Headliners.
Dan Iron Maiden dapat maximum exposure main Soundwave seluruh Australia, dan dalam masa sama buat dua "INTIMATE" shows kat Sydney & Melbourne untuk hardcores mereka.
Aku dapat backpack tengok dorang main dua2 intimate shows dan headline Soundwave kat Brisbane.
Waktu yang sama mereka singgah main kat Singapura, Jakarta, Bali dan Korea walau Jepun tak kesampaian kerana berapa minit sebelum kapalterbang mereka Ed Force One mendarat di Tokyo, gempa bumi (yang kemudian terjadi Tsunami yang korban banyak jiwa dan juga dalam masa yang sama masalah nuclear reactor bocor tu) berlaku.

Jadi aku boleh cakap la, banyak mata tumpu kat Promoter Soundwave nye cakap. Dan dengan Soundwave ni sekarang dah jadi festival DUA HARI - dua bandar sabtu ahad swap bands selang sehari..ikut style Rock Am Ring/Rock Im Ring walau yang itu tiga hari nye swap. (walaupun dorang dah skip bandar paling dekat dan MURAH dengan kita iaitu Perth dan aku harap Perth akan included balik pasal memang ni satu2 nye tempat murah untuk tengok band omputeh main kat tempat omputeh, dan kalau korang pandai bawak diri, pandai gunakan sepenuhnya kemudahan airport, lagi la murah...hehehe, walau mesti bersopan santun di immigresen sana dan jangan menggelabah pasal ni la satu2nye negara yang kasi aku terkejut beruk tanya " WHERE ARE YOU GOING TO STAY/SLEEP Tonite??""  Jangan jawab "Ooo... I sleep at your comfortable airport," cari nahas tu,!!),  tergamam jugak ok pasal aku tak sangka ditanya gitu.
Tapi COnfirm bukan France, Paris CDG kau pakai tshirt Iron Maiden, pegawai immigresen chop pasport dari jauh dah buat sign Ronnie James Dio. Balas balik sign Dio, cakap Up The Irons, chop pasport dah lepas..
maka hati aku berdetik cakap, Iron Maiden datang balik rantau Asia/Pacific ni bergantung kat Soundwave Festival. Memang boleh lain cara, tapi dengan Soundwave dorang dapat maksimum expose kat pasaran remaja dan anak muda Australia.
Untuk peminat2 hardcore yang cuma nak tengok Maiden je atau tiket Soundwave dah habis atau nak tengok banyak kali, tentu dorang boleh gi intimate shows.

So Sabtu/Ahad Melbourne - Brisbane
Pertengahan minggu Intimate Shows kat Sydney/Melbourne
Minggu lagi satu Sabtu/Ahad - Sydney - Adelaide

Lepas tu boleh singgah sini, dan main semua negara kat Asia Tenggara... Hurray.
Scream For Me Laos!! Scream For Me Laos!! Judas Be My Guide!!!
Wahhh berangan siot.. lagu yang takkan dimainkan live nampaknye sampai bila2... Bodoh betul Maiden. Pemalas nak mampos!

Ni twitter mutakhir promoter Soundwave.




Aku nak cuba tengok dorang main berapa shows la untuk next tour, jadi kalau gini la firasat nye, Iron Maiden akan main kat rantau ni awal 2017 musim Tahun Baru Cina macam 2011 tu hari.

Ni jugak aku rasa tertakluk kepada samada Maiden akan gunakan kapalterbang sendiri atau tidak. Dengan berita Bruce nak bukak syarikat penerbangan sendiri, aku rasa tentu akan jadi mudah.

Anyway korang tahu cerita pasal barah Bruce Dickinson tu?
Saiz ketulan barah yang dikeluarkan dari belakang tekak dia dan leher dia tu satu SAIZ BOLA GOLF, lagi satu SAIZ KECIK SIKIT.
Dan dia tak tahu pun.
Ni la rahsia Allah, dalam badan kita sendiri pun kita tahu apa ada. Bruce tu fit giler, aku ni pemalas nak mampos dan langsung tak fit, apa ada dalam badan aku?
Ya Allah.

2. Aku semenjak duamenjak ni asyik masuk youtube ulang dengar lagu terbaru kumpulan GHOST (kat Amerika nama dorang GHOST B.C)

BULAN OGOS NANTI KELUAR.

Aku rasalah, album terbaru GHOST MELIORA akan jadi antara album rock terbaik tahun ni.
Aku nak beli ori la, hehe. Ni lagu pertama dorang dah share ngan peminat.
Macam Silence Of The Lamb eh artwork dia...




CAN YOU HEAR THE RUMBLE?? CAN YOU HEAR THE RUMBLE???

BEST GILER!!!!!  Korang masuk youtube, ada 2 lagu album baru dorang dah start main live, alrite tapi lets wait tunggu official album studio keluar baru fair and square comment.

Lepas aku dah ulang2 lagu ni, aku main "If You Have Ghost" nye EP pulak... sedap.





Aku ni GHOST ni aku tahu la dorang gerek, lagu2 gerek...

tapi bila aku tengok dorang jadi WARM-UP opening band untuk Maiden kat Serbia,

terkejut beruk....   apa2 pujian tu memang betul. Dorang memang gerek bukan studio je live pun sama. Padahal dorang main masih siang buta ok.

Ni video first song dorang Year Zero ngan intro dorang masuk stage cammana, aku saje2 rakam sambil tunggu Iron Maiden, sambil nak kenangan sikit la tengok Ghost, sekali tu.... hah! KAU!! biar betik.... DAHSYAT!!

BOLEH RASA PEMINAT MAIDEN YANG DAH HADIR SEMUA MACAM TERTARIK DAN TERPEGUN GITU TENGOK DORANG BERAKSI LIVE.. Aku la tu... HAHA

Ghost live sangat Hidup. Of course opening untuk Maiden depan ramai orang, tentu dorang nak allout pamerkan kehebatan mereka.

Aku suka video aku ambik ni, kenangan manis aku rasa aku dapat capture anggota2 Ghost apa yang aku nak walau satu lagu..






Bastard nye Ghost ni kan, pasal Dave Grohl pun jadi producer dorang pun kan untuk EP If You Have Ghost, ada shows dimana ada peminat2 speku Dave Grohl yang jadi drummer untuk beberapa show yang dorang bersaing gitu.... Siot je kan? HAHAHA... Ye la mana2 shows yang  Ghost main berdekatan ngan area Foo Fighters main.

Aku pun masa tengok dorang tu kan? Masa dorang tengah setup aku speku, gitar tech dorang yang jugak jadi ahli Ghost hahaa...tak la....

aku suka gimik band ni.. dan jugak dorang tak SEKURANG-AJAR POWERWOLF. Hahaha.



3. Dah 70 Tahun ye Ritchie Blackmore. Aku rasa terus tenggelam la berita album terbaru Blackmore's Night si Man In Black ngan isteri dia Candice bila Ritchie Blackmore cakap tahun depan dia nak buat EMPAT SHOW. Empat show sahaja nak main lagu Deep Purple ngan Rainbow.

HATI AKU MERONTA OK!!, HATI AKU MENANGIS tapi aku tahu impossible la kan untuk cuba carik tiket dan backpacking kat empat tempat ni ye tak?
Hati aku cakap empat show tu ialah - Satu di London mungkin Hammersmith, satu di Jerman, satu di US, dan satu di Jepun mungkin Budokan. Ceehhhhhh....


. Tunggu youtube dan bootlegs je la hahaha....

Since Ronnie James Dio dan Cozy Powell dah takde, dan dia tak ngam ngan Ian Gillan..

Aku harap la...aku harap ok, RB panggil 4 penyanyi cukup. - Graham Bonnet / Joe Lynn Turner / Doogie White / David Coverdale.

Wahhhh lain2 bahagian musicians tu - Jimmy Bain, Toni Carey, Bobbi Rodinelli, Ian Paice (dekni dia tak gaduh kan??), Jimmy Bain.. tak kesah sangat sapa pun...
Aku nak Toni Carey,
tapi si Don Airey tu sekarang dia dah Deep Purple kan? Dia dah kira band musuh la ye tak..
Tapi aku nak Ian Paice main ngan Man In Black for last time.
Roger Glover lagi Rainbow, DP dua2 pun dia, siap jadi producer lagi..

wah exciting ok, RB dah cakap dia dah ada idea sapa dia nak untuk ni EMPAT SHOW.

Ni kira paling last kopek la...

4. Korang perasan tak Toni Iommi cakap dia nak REMIX FORBIDDEN??

Kalau sapa tak tahu... Zaman Forbidden ni la Black Sabbath first time main kat sini tapi dorang main kat Singapura je, Harbour Pavilion lama kat WTC.
Malaysia dorang tak main tu jam. Aku pergi la, wahhh gempak ok, aku kat barrier Toni Iommi depan mata Children of The Grave... Satu2 nye paling rock la dalam hidup aku hahaha.
Lepas tu telinga berdering dua hari aku ingat thats it....

OK Hati aku berdetik... hati aku yang macam sial ni berdetik.. Toni Iommi dah boring ngan SHARON OSBOURNE''S Black Sabbath, jadi dia nak remix Forbidden jadi dia boleh panggil Tony Martin untuk main live lagi sekali. Drummer dia boleh rotate - Bill Wards lagu lama, lain2 suruh Bobby Rodenelli atau Vinnie Appice.

Antara aku paling rasa kecewa dalam hidup sebagai peminat ialah, waktu Forbidden nye tour ni, Toni Iommi dah pakai Bobby Rodenelli (dekni pun Rainbow) dan bukan Cozy Powell.
So aku tak pernah dan tak akan tengok Cozy Powell main.
Bassist si Geezer Butler or sapa tu Neil Murray tu boleh main... kalau ada reunion Black Sabbath ngan Tony Martin

DALAM BANYAK2 BLACK SABBATH (yang aku lebih explore dengar dan dapat tengok), walaupun paling hebat ialah lineup ada Ronnie James Dio ngan nama baru dorang Heaven & Hell,
tapi zaman ngan Tony Martin ialah tak kurang hebatnye kerana zaman Tony Martin semua lagu dorang main tanpa ada bias, dari mana2 zaman pun tak jadi hal...
tu yang paling menarik dan istimewa la.

Serious berbual kenangan manis semanis nye bagi aku ialah ni dua je la Black Sabbath ngan Ronnie Dio dan Tony Martin, Ozzy nye zaman ok la lagu2 banyak gerek tetapi... zaman ni untuk aku kureng sikit... masa tengok Sharon Osbourne's Black Sabbath main, aku dah mencangkong duduk kat tanah gersang dah... apa kebenda siak drummer sudah drum solo, panjang lak tu, drummer tu bukan Black Sabbath pun...
Lain la Bill Wards...or at least Vinnie Appice.

So aku really can't wait ni Forbidden remix ni. Dan aku actually nak Ozzy main solo balik dan aku nak tunggu deluxe edition Ultimate Sin dan Bark At The Moon pulak lepas dua pertama tu.

Tu hari aku penat, so aku tengok pemandangan luar tingkap, then aku boleh teringat lagu SO TIRED. haha... Bark At The Moon, legend eh.. Waiting For Darkness. sedappp.

5. DVD dan live album terbaru Aerosmith kat Donington. Aku nak tangkap satu rasanya... dorang punye GEZEK kat youtube terbaik video editing dan kamera2 angles dia. Warna Warni. Cantik!!!


Pasal dorang headline Donington untuk 2014,
2013 aku ada kat Donington untuk tengok Maiden main, Ni pro-shot yang keluar kat televisyen BBC masa liputan festival Download,



dan bila aku tengok GEZEK AEROSMITH LIVE DONINGTON nye dvd tu, aku rasa feel dia sama.. Cewahhh...

Bila Bruce tukar liriks " A LITTLE ANXIOUS IN DONINGTON PARK" kat lagu ni memang menggambarkan perasaan aku....memang aku tengah trauma,

aku takut kena pijak atau kena rempuh aku tak boleh lari...menggerunkan. Aku tak nafikan aku seperti RUSA MASUK KAMPUNG masa kat Donington dikeliling omputeh tu semua. Tempat paling keramat la ni tempat dari segi duniawi... Selain Ashburton Grove (Emirates Stadium).
Tapi bila tengok video ni memang cantik, kenangan manis la untuk aku.

Aku boleh buat satu blog hanya untuk nak cakap pasal kat minute 3.00 video atas ni Bruce lari kat atas ramp sempit tu... LARI ATAS RAMP SEMPIT YANG TINGGI TU, sambil nyanyi "Have You Ever Been Alone at Night"
lepas tu pause tetiba, tangan semua lentok sana sini sambung nyanyi...  betul2 nye giler babi dan berani dekni dan cammana fitness dan tahap fizikal dia, dan cara dia timbangkan badan, ni show recorded ngan banyak giler kamera, seluruh show ada helicopter terbang atas kepala rakam dari atas, depan mungkin nak kat 100,000 peminat, ngan kejap2 hujan renyai2 turun kasi basah licin semua, dan dia boleh buat gitu....walau aku rasa setiap show pun dia akan buat gitu..

Aku rasa ni la satu contoh terbaik la kenapa kenapa dan kenapa dan mengapa la kan...




dan seminggu lepas show yang Aerosmith rakam kat Donington untuk DVD nak keluar ni, aku tengok Aerosmith main kat Hellfest.. paling dahsyat ok, I Dont Want To Miss A Thing ok kat Hellfest...lepas tu aku gi tengok Gorgoroth ngan Carcass kat pentas2 lain haha.

Tak gerek tu???  Aerosmith jadi warm up untuk aku tengok Gorgoroth ngan Carcass bila beralih pentas.

Sesuatu yang sangat Surreal.


OK la stop...








6 comments:

Mohd Hanif said...

Ghost memang best - aku jadi curious dgn image diorang, and masa tu james hetfield pun punya minat, so aku cuba dgr, dan terus jadi fan. EP if you have ghost dgn 2nd album (infestisummam) dah mula ke arah commercial sikit compared first album, tapi have better singles (year zero especially). utk album first cuba dgr lagu Ritual, Elizabeth.

CUMA nya aku reluctant sikit nak hebah kt org aku minat band ni sbb lirik dan imej dia, takut ada yg terasa/tersinggung/cop aku sesat. nak sing along kuat2 pun pikir byk kali "ok ke nyanyi 'hail satan' ni haha" (wpun aku suspek ni cuma gimik je bg diorang). tah,tshirt diorang pun aku tak berani nak pakai. dilema jugak minat band2 'setan' ni huhu

Rafi said...

Ramai cakap pasal Ghost ni band member semua yg sebenarnya pemuzik tekenal.ada yg kata phil anselmo (pantera) devin townsend,band member slipknot mcm2 lagi la yg aku dengar.
Pasal maiden tu susah nak jangka.kalo dpt main kt kl dah kira memang bulan jatuh ke riba laa..

deaf-angel said...

Hi Hanif Selamat Hari Raya.

Ghost nye gimik memang berjaya la. Dorang is about having a good time. Liriks takkan nak ikut style Roxette atau Abba.

Rafi, ko tahu, aku datang awal, aku sudah perhatikan crew Ghost setup untuk Ghost kat pentas Maiden ok. Aku sudah sampai perhatikan body shape dan ketinggian. Pasal aku punye Speku ialah anggota Ghost ialah crew dorang sendiri HAHAHA.
Tapi memang rumours dan gossip semua lawak2. Paling kecoh Dave Grohl pun kena sumpit.

MOHD SHAFID BIN RAHMAT said...

Ghost nice. Portdy ada bagi showcase dia kat aku. Takut jugak tengok appearance macam gitu

berteromber said...

seronok baca rumours tentang Ghost ni...macam2...tapi terer juga dorang simpan rahsia ek...aku baca belakang stage pun dorang tak campur ngan orang lain...punyalah nak jaga rahsia....

gayour said...

nameless ghoul - metallica mencintai mereka, down memuja mereka!
gua suka album black sabbath TYR. lagu semua power!