LOTS OF PHOTOS on this posting till the end of the post.
While backpacking alone for the Iron Maiden Book Of Soul UK Tour, travelling by long distance buses and trains,
I take the opportunity to walk around and explore the cities and places I went to.
So on one of the Friday, I was already in Liverpool and take the opportunity to attend Friday Prayers at the Central Liverpool Mosque called Al-Rahma Mosque.
I took a slow walk of about 30 minutes to absorb the surrounding and Liverpool environment walking to the mosque from the bustling city centre of Liverpool.
So here are some photos of the place...
Full of different colour skin and languages of peoples from all over the world, understandable as this is England, the UK. Coming from my part of the world, its easy to identify Muslims from Singapore, Malaysia and Indonesia.
The sermon of course was in English. The Khatib was not using any script, he got the positive messages across very well, it was near to Ramadhan then.
So here are the photos of the mosque building from outside, the inside, the ablution location, , the main prayer hall and all that.
To get a close up view of the pulpit, I waited till majority of the Friday Prayer Congregation had dispersed.
I hope to go again...
And now an Iron Maiden photo before the Malay Language text and then lots more photos till the end. There may be repetition from previous photos in previous blogs postings but I hope not.
The photos are from different shows. (I think) LOL!!
Hi semua...
ok apa aku nak cakap eh...
ok....
So masa tengok Iron Maiden main tu hari kat bebebeberapa tempat kat Britain... England, Wales, Scotland..
SO memang aku ronda la sorang2 lorong2 ke hapa ke, semua aku rembat je, insyallah takde apa2 la. haha. Macam aku cakap, pakai tshirt Iron Maiden adalah paspot kebaikan di negara2 barat.
Kalau kat sini, kau pakai tshirt Iron Maiden, memang kena chop kat dahi, macam kau dah fit a certain character profiling, macam mereka-mereka tahu je la kan sapa dia nak tahan mintak tengok IC.
So,
Masa Jumaat aku dah sampai Liverpool dari Aberdeen, aku masih ingat aku naik keretapi Tujuh jam tukar keretapi 3 kali kot, tapi ok la, sana sistem semua tersusun, tak yah bimbang, ikut jadual je, turun kat bandar mana pekan mana, gi platform berapa tunggu je ikut waktu nanti konfem keretapi kau nak akan sampai....
Permandangan pun cantik..
OK post ni aku tunjuk, aku nak gi semayang jemaat, solat jumaat kat Liverpool.
(OK, ni bukan nak menunjuk ok?? Atau nak bilang aku ni konon baik ke hapa k, aku bukan nye betul pun kan..), aku cuma nak kongsi je la informasi untuk sapa belum berpeluang lagi kan...
So aku jalan kaki, memang cantik pemandangan, bangunan2 klassik, memang best la kan... Liverpool memang terbaik dan special. Aku dapat rasa berapa tempat la kan..
Aku ada jugak la merasa berlainan tempat di UK sikit2 tu ada la, dan aku dah sampai dari atas tu Aberdeen tu dan paling bawah Portsmouth dan Isle Of Wight.
Dan memang Liverpool sangat unik,
tempat nya, dan orang nya... budak2 sekolah pakai dressing dan rambut macam James Dean.
OK so aku jalan jalan jalan tu gi masjid, aku hirup pemandangan dan udara, so aku pun sampai kawasan Masjid.
Nama Masjid ni Al-Rahma. Macam aku cakap kat atas aku hegeh hegeh ada la 30 minit, jalan stop jalan stop kan tengok tu ni.
So kat masjid ni, masuk je aku dah nampak orang orang Melayu.
Memang kelakar pun ada..
Kat Singapore, kat Malaysia tak sapa orang Melayu la kan, buat apa nak sapa Melayu, merata ye tak?
Tapi kat sana, nampak je Melayu pakai kain pelikat, nampak je muka Melayu hidung penyek.. Ye la Melayu hidung penyek apa...
Aku siap tegur " MELAYU EH?? " haha.. Serious, ada satu orang tua ni, aku tak tahu apa nak panggil dia, datok? Pakcik? Tuan? Encik? So aku pilih panggil Abang, kasi angkat sikit la kan hahaha...
Dahsyat dia dah duduk Liverpool dari tahun 1960 or 61. Siak ah dia kat sana masa zaman Beatles.
Terharu dia peluk aku dia tanya aku " MELAYU???"
Gitulah... Takkan Melayu Hilang Di Dunia, Sama Macam dengan ROCK NEVER DIE!!!
So dia cerita asal usul dia kat aku, Penang, KL, apa je la dia lahir kat mana semua, dan pasal bang azan lambat lagi so ada la dia share story dia,,
so then aku jumpa Melayu la... Dari Malaysia dari Singapore.. haha...
Biasalah semua dulu orang Navy kan, lepas tu merantau.. semua landing Liverpool tak balik la.
Balik Singapore, balik Malaysia pun jumpa sedara mara keluarga je.
Tapi kan... dorang tanya aku kat Liverpool buat apa?
takkan aku cakap aku backpack tengok Iron Maiden main kan?
so...
Aku cakap aku tengok persembahan budaya.. .. aku memang pakai tshirt Iron Maiden, tapi pasal masuk masjid aku zip up tutup dengan jaket aku.
So seronok seronok sangat dan aku tahu dorang seronok berbual melayu dengan aku
Aku seperti biasa seorang bastard.. aku suka tanya " INGAT DAN TAHU CAKAP MELAYU LAGI KE?? " haha.
So ni la kat atas ni beberapa foto suasana solat Jumaat dan selepas solat. Ye la ramai orang takkan aku nak snap foto. tapi ada foto foto tempat ambil wuduk istinjak , sama jugak England ke, UK ke, apa ke sama jugak ngan konsep kita.. takde beza la...
Satu dunia orang Islam sama je, tak kira kulit dan bahasa.. kita semua sama... Itulah kekuatan Orang Islam, pasal kita semua sama je dari corok mana pun kau kat mana2..
Aku tak pernah percaya apa mass media cakap, bila aku tengok Rainbow main kat Jerman kat Loreley masa Ramadhan 2016 dan ada orang Jerman tu cakap cerita kat aku masa borak2 dia makan dinner lambat pasal kawan dia berpuasa dan nak tunggu 9.30 malam buka,
bila dalam keadaan huru hara banjir lumpur hujan turun, 80,000 peminat tengok Iron Maiden main kat Donington 2016 , orang sebelah aku peluk2 aku cakap "Then I love you twice as much because Islam means Peace" masa Iron Maiden tengah main bila aku provoke dia masa kita pekik2 kat telinga satu sama lain pasal tengah gamat kecoh suasana Maiden tengah main, dalam keadaan tonggang terbalik dia tanya aku dari mana dan aku nasik tambah info yang aku orang Islam.. saja nak test market.. (NI SEMUA AKU PERNAH CERITA DONINGTON FESTIVAL 2016 NYE POSTINGS)
aku tak pedulik apa mass media cakap, siapa yang racun kan hubungan orang Islam dan bukan Islam, dan memang ramai dua dua pihak suka racun meracun masyarakat untuk benci membenci , tapi.. pasal untuk aku yang penting peminat2 heavy metal dan heavy rock dan band2 rock dan heavy metal semua takde masalah dan takde tanggapan negatif kat agama Islam aku alright je pasal this is my kind of crowd la kan. Lain2 tu gi relak one corner sua.
Dan memang people on the street Insyallah tahu apa terjadi.. dorang pun macam kita jugak, tahu mass media dan hasutan internet sebar kebencian ni semua putar belit je.
SO sambung balik...
Khatib tak pakai skrip... berbual style Will Smith...
Tu jam nak masuk Ramadhan kan Iron Maiden nye UK Tour, so khatib ni sound la pasal Ramadhan, kalau sakit ke, travel ke, apa ke.. ada keistimewaan Allah dah beri...
macam2 la dia cakap..
Heran nya aku boleh paham... pasal dia gunakan bahasa mudah dan cara penyampain yang sangat mudah dihadam dan macam Will Smith siak dia nye bahasa haha.
Aku nak tergelak pun ada.
" TAKE IT EASY MAN, YOU ALL TAKE IT EASSZZYY...
RAMADHAN IS A MONTH OF RAHMAH (RAHMAT).
NOT A TORTURE.!!
IF YOU SEE PEOPLE TRAVELLING AND THEY ARE EATING..
DON'T YOU ROLL YOUR EYES AT THEM!!!!"
(Sambil dia sendiri pusing kan mata buat jelingan gitu)...
Dia cakap pasal solat jamak la apa la, .. anugerah Allah kenapa kita manusia elak padahal tu anugerah untuk sekian sekian peristiwa kita sedang lakukan.
semua nye sama, standard operating procedure SOP la kan umat Islam satu dunia.
So tu la... ni semua pengalaman dan pengajaran ye tak.... terutama untuk orang cam aku. (MUAHAAHAHA!!! - KETAWA JIN)
nanti aku cerita2 lagi... entah bila game nya...
OK layan foto foto kat bawah ni... ni semua merata tempat la, aku pun dah tak fikir mana show mana show..
Dave Murray, Janick Gers dan Adrian Smith... the 3 amigos..
Bruce Dickinson and Adrian Smith have a new hilarious action during the last two chorus of Wasted Years with Bruce monkeying around with Adrian's mic.
When Adrian is suppose to do backing vocals for this song....
Climb Like A Monkey... Bruce with his monkey mask presenting Dave Murray with a banana for Dave solo during this song...
Janick Gers with the amazing ending solo of Blood Brothers, when the whole world eyes will be on him...
Steve Harris face... haha.
TO be continued.... once completed I will retitle all these Maiden UK 2017 to proper labels..
5 comments:
Aku rasa pakcik tu lama tak borak ckp melayu kot.tu yg jumpa ko dia terus peluk..hehe..
Melayu pegi mana2 pun jumpa melayu kt tmpt org otomatik kita budi bahasa tu jadikan?
Btw,nice IM photos.siak la bruce wat lawak pulak..haha
Adohai...lama tunggu...dah lepas raya haji baru dapat sambungan ceritanya yer....huhu...
Ok la...Maiden ni pun persembahan budaya apa...hahaha...
pengalaman aku pakai t-shirt iron maiden sambil membelek2 baju baby, orang tengok semacam je
bruce kacau mic adrian, ada kat youtube... memang ketara adrian tahan gelak
seriuos, murray looks grumpy hahaha
blood brothers, solo gers paling nyaman menusuk kalbu walaupun simple
entri yang di tunggu2 memang suka baca..
Thanks for writiing
Post a Comment