Sunday, November 11, 2018

xpdc - doa (album review) .................. , continuation preview backpack to Legacy Of The Beast first four shows, and new arrival today dot dot dot And justice for all deluxe.

(A short one in broken English than to Melayu Pasar)..

Malaysia's premier rock band XPDC (the one featuring current line up of Izo/Ali/Lola/Eddie with Arif on 2nd guitar) can be relied on to perform good live shows and here is a brand new album from them called Doa (Prayers).

Izo has always been a mainstay songwriter for whatever incarnation of XPDC and Ali has been around as the singer since about late 1990s.
So its business as usual with Izo writing all the songs for this new XPDC album. So thats what you get - XPDC style and sound irregardless of the singer or lineup.
And its a very good album.
Lyrically its more spiritual, but musically, its the usual XPDC. More than enough Heaviness, lots of great guitars and drums to please fans.

Now I switch to Bahasa Melayu.



Front and Back Cover.




(kulit depan dan belakang menyenaraikan nama2 lagu dan kredit setiap lagu dan label dan company penyokong band ni. LIFE Rekod nye logo tetap ada...).

Dari cerita pasal band Ironbird pada post lepas, kita ke lagi satu band hebat Malaysia...

Aku mula teruja album terbaru XPDC (lineup Izo/Ali/Lola dengan Arif, dan sapa pun bassist) bila tengok mereka kat Public Distortion tahun lepas kot? .
Tak dinafikan...  mereka "nearly steal the show" dari Prime Domestic.
Sound live XPDC ni sangat terbaik pada telinga aku.
(aku ada bootleg seluruh persembahan dua dua band dalam youtube channel aku)

Dan aku suka sangat dua lagu yang mereka mainkan malam tu iaitu Doa dan Kata Pepatah.
Pertama kali aku dengar lagu2 baru mereka waktu tu.

Tapi bila album Doa ni nak keluar, aku serious memang rasa takut dan cuak.
Pasal aku takut "arah baru" XPDC ni condong ke arah " spiritual" KEROHANIAN ini akan MENCAIRKAN MUZIK XPDC.
Ohhh aku mudah lupa dn aku memang lupa lak waktu tu, selain JS Kevin, Izo pun apa kurangnya sumbang lagu kan. Dan kurang konfiden aku kepada "arah" baru XPDC ni rupanya memalukan aku,
sepatutnya aku pegang prinsip " IN IZO WE TRUST".

Jadi... macam aku cakap kat atas.. "business as usual"..
Sama jugak macam band OUTRAGE dari Jepun,
XPDC ni pun kadang2 lagi Metallica dari Metallica sendiri.

Jadi album ni, dari segi muzik memang terserlah heavy metal mereka, selain dari lagu2 slow.
Muzik masih keras, masih berat secara majoriti untuk album ni.
Gitar2 nye sedap, dan drums nye hebat (Lola kan), dan Ali.... suara kalau ikut XPDC dari zaman album Samurai dan V6 dulu, tak janggal la dengar, bukan sesuatu yang baru.

Cuma aku ni impress Ali nyanyi live. dan aku sangat impressed diction sebutan dia. Dia nye Enter Sandman dah James Hetfield.

Jadi macam aku cakap, ni album majoriti lagu hebat, keras, dan laju dan juga 4 lagu slow tapi tetap Gerek , syahdu, dan buat jiwa kacau....
Lagu2 laju nya yang jumlah 6 tu tetap sedap dan tetap melodik dan penuh dengan " dramatic time changes " seperti mana2 album hebat tradisional Heavy Metal.
Satu last song is instrumental...

so... ulasan aku.

1.Akhlak lagu pertama sangat surprise kan aku.
2.Adu Domba ingatkan aku kat Talam Dua Muka.. dan punyai break kat tengah yang tetiba slow sangat syahdu.
3.Cinta Abadi memang buat aku termenung.
4.Sentosa hebat
5.Rahmah , mohon saluran tv dan radio guna lagu ni " READY MADE" untuk jadi official song nak kumpul dana untuk mereka yang memerlukan.

6.Silaturahim - lirik memang terbaik, dan lagu ni antara paling bermain dalam kepala aku.
7.Doa - Seriously.... antara lagu ni dan lagu Art Fazil " Lipas Kudung " - ni dua lagu aku akan pilih sebagai lagu Melayu terbaik aku dengar tahun ni.
8.Kata Pepatah - ok, nak hafal lirik nya.. best
9.Ranum - ni kira HIDDEN TREASURE album ni... macam Portdy cakap takde video, tapi seems ni lagu Secret Weapon album ni.
10.Akhir Zaman - Mungkin lagu paling brutal untuk album ni.

Yes, BRUTAL pasal kalau korang minat album Brutal , memang takde beza dari muzik nya.

Last song.. kawan kerja aku kasi komen, XPDC masih dengan judul lagu2 trademark mereka yang entah hapa hapa gitu.... 11. XBERHURUFXBERSUARA ke hapa entah sakit mata aku tengok judul dia.

Last song ni instrumental.....   Memang Izo (dan mungkin Arif ada dalam lagu ni juga) memang all out MENG VINNIE MOORE KAN lagu ni.

Jadi, Sapa was-was atau masih dolak dalik nak beli ke tak? mohon beli original album ni.
SEBELAS LAGU BARU. tak payah banyak colok tentang " value for money" atau "berbaloi ke tak".

Sapa suka dengar lagu rock ke, lagu heavy ke, nak carik album rock melayu hebat tahun ni, mohon sokong album ni...

Probably la nak senang... aku cakap macam ni la..

Best Malay Album Singapore - Art Fazil - Rentak
Best Malay Album Malaysia - XPDC - Doa
Best Malay Song Singapore - Art Fazil - Lipas Kudung
Best Malay Song Malaysia XPDC - Doa

untuk halwa telinga aku la...


OK dah tu je....   so lepas ni kita tunggu sajian album terbaru dari XPDC line up Mael, Amy, Zuar dan gitaris nye..
Aku belum tengok line up ni empat orang lagi, yes.. pathetic kan aku? so nanti mohon ada peluang.

Tentu kita semua ada suka ada tak suka, tapi bila album baru keluar... suka tak suka wayang sarkis kat media massa, kita support dengan beli, kalau ada time dan ada fulus lebih sikit, kita pergi tengok support band2 ni main live dengan beli tiket.
Pasal sapa lagi nak support rock band kalau bukan kita....

Pasal kalau korang tak minat, korang takkan baca pun tulisan ni sampai sini..... So korang la bak kata Ronnie James Dio - THE LAST IN LINE !!!!!!!!!!!!!!!!

lagi sikit foto packaging XPDC Doa...







dan memang aku dengar album XPDC Doa ni pakai Walkman, aku pakai headphones masa jalan kaki, dalam bas, dalam train bukak kuat kuat pasal nak dengar semua... lain2 instrument, lirik setiap perkataan....
Happy, dan jugak ada rasa keinsafan, dan kesedaran..

kalau ni " direction dan arah " XPDC , " misi " XPDC untuk peminat dan pendengar, maka dan semoga mereka berjaya dari berbagai aspek.   Respek kepada mereka.



OK, divert...  gezek aku backpack ke Estonia, Sweden dan Finland untuk tengok Iron Maiden Legacy Of The Beast empat show pertama... pada bulan Ramadhan lepas...

So aku dah kat Helsinki ( pasal Maiden main Helsinki dua malam, malam pertama tiket sold out dalam berapa jam je so tambah lagi satu malam)...

So aku jalan jalan la kan, so aku gi carik kedai KVLT.
Ni memang kedai lejen untuk irama muzik black metal la kan...
So aku gembira dapat jumpa kedai ni kat lorong kat bandar Helsinki..

Ni gezek sikit nanti lain kali aku cerita la dengan foto2 semua...


kedai nye signboard tepi - KVLT (cross terbalik) BLACK METAL.
simple dan straight to the point gitu kan.






ok ni pulak foto aku snap dari negara Estonia, bandar Tallin.

Opening show Legacy Of The Beast, jadi takde sapa pernah nampak lagi tu jam stage set Iron Maiden..
Jadi bila lepas berapa lagu , stage berubah jadi begini... memang terperanjat giler dan teruja semua orang... memang Terkejut Beruk la...







OK dah tu je kot... sorry la lama aku tak buat blog... tapi ni aku terus setiap hari aku buat blog ... balas balik dan rasa memang keperluan..

haha.. keperluan siot.. ye la takut nanti takde time kan...


NEXT REVIEW....






Deluxe Edition - Metallica - DOT DOT DOT and justice for all

Aku pre-order . Hari ni sampai. Hari ni Ahad, tapi sampai. Aku order dari Amazon UK.
Laju eh..
aku pakai alamat Singapura untuk ni, tak pakai alamat Malaysia.

OK nanti aku cerita pasal boxset ni, besar giler kotak delivery tu, dah bukak dia ada dalam acuan kadbod untuk simpan elok elok, dah tu kotak deluxe ni pun dah bapak besar.
bandingkan size air heaven and earth tu...

OK, support muzik tempatan. Bye..




Saturday, November 10, 2018

Ironbird/Exciter/Witchseeker - 25 August 2018 EBX Live Space Singapore review & first preview of my Maiden 2018 backpacking thru Estonia/Finland and Sweden photos to see Iron Maiden at night and exploring the cities and backlanes in the daytime.

This is a long belated post to celebrate Ironbird, a heavy metal band from Malaysia playing live in Singapore more than two months ago.
Its seldom I take leave from work, buy a ticket and go to a show to see a support act and not the main event. But its worth it for Ironbird.

Anyway, this post is so late that Exciter guitarist has gone on to quit Exciter.

Now lets swtich to Malay Language.(bahasa Melayu)


Malaysia's Ironbird.


25 Ogos 2018 EBX Live Space Singapura kat kawasan Tai Seng MRT stesen.
Exciter/Ironbird/Witchseeker dan lagi satu band aku tak tengok pasal aku keluar tu jam.

Macam aku cakap kat atas, post ni lambat sangat aku buat, sampai gitaris band Exciter (yang ketiga tiga nya adalah anggota asli zaman awal mereka dimana Exciter dari Canada ni merupakan antara band terawal yang mempengaruhi irama Thrash dan Speed Metal awal tahun 1980an) dah keluar dari band Exciter berapa minggu lepas.

Jadi ni foto kumpulan Exiter waktu soundcheck pada petang hari.




Jadi dapat tengok mereka beraksi dua kali round. Petang dengan malam.


Seterusnya Ini adalah band dari Singapura, Witchseeker. Band bermain heavy metal dengan lagu2 mereka sendiri yang sedap dan hebat.
Guitarist Witchseeker sangat hebat, dan bassist/player nya pun hebat dan sangat berbudi bahasa pasal lepas dorang main aku gi beli cd dorang so dapatlah salam. hahahaha.




Last but not least ini adalah Ironbird. Sebuah band heavy metal dari Malaysia.

Setlist mereka malam tu ialah dari EP mereka sendiri.
kalau aku tak silap setlist mereka begini

1. Black Leather Soldiers
2. Malaysian Iron Steel
3. Into The Evil
4. IronBird
5. Heavy Metal Evil

(aku bootleg show dorang tapi sound tak best sangat bootleg aku so aku simpan sendiri je la tak update youtube channel aku)


Sebenarnya aku datang kat persembahan petang tersebut untuk tengok IronBird.
Walaupun band Exciter, sebuah band international yang terkenal menjadi sajian utama, tarikan dan headliners,
tapi aku sanggup ambil cuti , hanya pasal nak tengok IronBird beraksi live depan mata.

Dan memang berbaloi.

Lagu2 yang kualiti, persembahan yang menarik, dan hebat dan kalau korang minat guitars heavy metal dual berkembar solo menyolo sahut menyahut, sambung2 gilir2 dan penuh melodic, inilah band nya. Pastikan anda mengingati nama band ni dan nantikan kemunculan mereka di mana2 persembahan berdekatan anda.

Mohon gi carik EP mereka yang ori (bentuk cd dan kaset). Terbaik dari Ladang. Highly recommended.

Ni ialah foto foto mereka di atas pentas...







dan ni pulak ialah tiket show malam tu dan patch Ironbird.

Nampak macam laris je jualan cd dan kaset mereka pada petang tersebut. Tahniah.




OK gezek sikit,

bulan enam lepas... actually masa bulan puasa bulan Ramadhan aku backpack sorang2 ke Estonia, Finland dan Sweden untuk tengok empat show pertama Legacy of The Beast dari band Iron Maiden...

Memang dugaan giler... sana puasa start kul 2 pagi gitu dan buka kul 10 dan kul 11 malam gitu..

pasal musim Summer, dan ni semua negara Nordic, negara Scandinavia mereka dah kat atas kalau kita tengok peta dah makin rapat dengan North Pole.

Tapi enjoy.. nanti aku cerita la pengalaman aku.... dan serious berbual... rakyat Sweden dan Iron Maiden, adalah macam kekasih paling giler bercinta......  Memang betul apa yang selalu kita baca kat internet atau majalah... mana2 negara pun ramai hardcore Iron Maiden tapi memang istimewa sangat menonton Iron Maiden di Stockholm.
Stadium bola Tele2 Arena, celah gigi je la sold out. hahaha.

Gezek foto sikit...

bandar Sweden.. dan foto foto dari malam pertama Helsinki dan malam kedua Helsinki kot?

aku dah lupa mana dan mana foto masing2.. nantilah lain kali aku buat full report backpacking aku kali ini....


Stockholm daytime


Helsinki first night?? I forgot



Surely this one is Helsinki Second night... (because I was late getting tickets for this specific show and all standing tickets sold out within an hour probably for this 2nd show ).


Next... XPDC DOA review...