Sunday, November 11, 2018

xpdc - doa (album review) .................. , continuation preview backpack to Legacy Of The Beast first four shows, and new arrival today dot dot dot And justice for all deluxe.

(A short one in broken English than to Melayu Pasar)..

Malaysia's premier rock band XPDC (the one featuring current line up of Izo/Ali/Lola/Eddie with Arif on 2nd guitar) can be relied on to perform good live shows and here is a brand new album from them called Doa (Prayers).

Izo has always been a mainstay songwriter for whatever incarnation of XPDC and Ali has been around as the singer since about late 1990s.
So its business as usual with Izo writing all the songs for this new XPDC album. So thats what you get - XPDC style and sound irregardless of the singer or lineup.
And its a very good album.
Lyrically its more spiritual, but musically, its the usual XPDC. More than enough Heaviness, lots of great guitars and drums to please fans.

Now I switch to Bahasa Melayu.



Front and Back Cover.




(kulit depan dan belakang menyenaraikan nama2 lagu dan kredit setiap lagu dan label dan company penyokong band ni. LIFE Rekod nye logo tetap ada...).

Dari cerita pasal band Ironbird pada post lepas, kita ke lagi satu band hebat Malaysia...

Aku mula teruja album terbaru XPDC (lineup Izo/Ali/Lola dengan Arif, dan sapa pun bassist) bila tengok mereka kat Public Distortion tahun lepas kot? .
Tak dinafikan...  mereka "nearly steal the show" dari Prime Domestic.
Sound live XPDC ni sangat terbaik pada telinga aku.
(aku ada bootleg seluruh persembahan dua dua band dalam youtube channel aku)

Dan aku suka sangat dua lagu yang mereka mainkan malam tu iaitu Doa dan Kata Pepatah.
Pertama kali aku dengar lagu2 baru mereka waktu tu.

Tapi bila album Doa ni nak keluar, aku serious memang rasa takut dan cuak.
Pasal aku takut "arah baru" XPDC ni condong ke arah " spiritual" KEROHANIAN ini akan MENCAIRKAN MUZIK XPDC.
Ohhh aku mudah lupa dn aku memang lupa lak waktu tu, selain JS Kevin, Izo pun apa kurangnya sumbang lagu kan. Dan kurang konfiden aku kepada "arah" baru XPDC ni rupanya memalukan aku,
sepatutnya aku pegang prinsip " IN IZO WE TRUST".

Jadi... macam aku cakap kat atas.. "business as usual"..
Sama jugak macam band OUTRAGE dari Jepun,
XPDC ni pun kadang2 lagi Metallica dari Metallica sendiri.

Jadi album ni, dari segi muzik memang terserlah heavy metal mereka, selain dari lagu2 slow.
Muzik masih keras, masih berat secara majoriti untuk album ni.
Gitar2 nye sedap, dan drums nye hebat (Lola kan), dan Ali.... suara kalau ikut XPDC dari zaman album Samurai dan V6 dulu, tak janggal la dengar, bukan sesuatu yang baru.

Cuma aku ni impress Ali nyanyi live. dan aku sangat impressed diction sebutan dia. Dia nye Enter Sandman dah James Hetfield.

Jadi macam aku cakap, ni album majoriti lagu hebat, keras, dan laju dan juga 4 lagu slow tapi tetap Gerek , syahdu, dan buat jiwa kacau....
Lagu2 laju nya yang jumlah 6 tu tetap sedap dan tetap melodik dan penuh dengan " dramatic time changes " seperti mana2 album hebat tradisional Heavy Metal.
Satu last song is instrumental...

so... ulasan aku.

1.Akhlak lagu pertama sangat surprise kan aku.
2.Adu Domba ingatkan aku kat Talam Dua Muka.. dan punyai break kat tengah yang tetiba slow sangat syahdu.
3.Cinta Abadi memang buat aku termenung.
4.Sentosa hebat
5.Rahmah , mohon saluran tv dan radio guna lagu ni " READY MADE" untuk jadi official song nak kumpul dana untuk mereka yang memerlukan.

6.Silaturahim - lirik memang terbaik, dan lagu ni antara paling bermain dalam kepala aku.
7.Doa - Seriously.... antara lagu ni dan lagu Art Fazil " Lipas Kudung " - ni dua lagu aku akan pilih sebagai lagu Melayu terbaik aku dengar tahun ni.
8.Kata Pepatah - ok, nak hafal lirik nya.. best
9.Ranum - ni kira HIDDEN TREASURE album ni... macam Portdy cakap takde video, tapi seems ni lagu Secret Weapon album ni.
10.Akhir Zaman - Mungkin lagu paling brutal untuk album ni.

Yes, BRUTAL pasal kalau korang minat album Brutal , memang takde beza dari muzik nya.

Last song.. kawan kerja aku kasi komen, XPDC masih dengan judul lagu2 trademark mereka yang entah hapa hapa gitu.... 11. XBERHURUFXBERSUARA ke hapa entah sakit mata aku tengok judul dia.

Last song ni instrumental.....   Memang Izo (dan mungkin Arif ada dalam lagu ni juga) memang all out MENG VINNIE MOORE KAN lagu ni.

Jadi, Sapa was-was atau masih dolak dalik nak beli ke tak? mohon beli original album ni.
SEBELAS LAGU BARU. tak payah banyak colok tentang " value for money" atau "berbaloi ke tak".

Sapa suka dengar lagu rock ke, lagu heavy ke, nak carik album rock melayu hebat tahun ni, mohon sokong album ni...

Probably la nak senang... aku cakap macam ni la..

Best Malay Album Singapore - Art Fazil - Rentak
Best Malay Album Malaysia - XPDC - Doa
Best Malay Song Singapore - Art Fazil - Lipas Kudung
Best Malay Song Malaysia XPDC - Doa

untuk halwa telinga aku la...


OK dah tu je....   so lepas ni kita tunggu sajian album terbaru dari XPDC line up Mael, Amy, Zuar dan gitaris nye..
Aku belum tengok line up ni empat orang lagi, yes.. pathetic kan aku? so nanti mohon ada peluang.

Tentu kita semua ada suka ada tak suka, tapi bila album baru keluar... suka tak suka wayang sarkis kat media massa, kita support dengan beli, kalau ada time dan ada fulus lebih sikit, kita pergi tengok support band2 ni main live dengan beli tiket.
Pasal sapa lagi nak support rock band kalau bukan kita....

Pasal kalau korang tak minat, korang takkan baca pun tulisan ni sampai sini..... So korang la bak kata Ronnie James Dio - THE LAST IN LINE !!!!!!!!!!!!!!!!

lagi sikit foto packaging XPDC Doa...







dan memang aku dengar album XPDC Doa ni pakai Walkman, aku pakai headphones masa jalan kaki, dalam bas, dalam train bukak kuat kuat pasal nak dengar semua... lain2 instrument, lirik setiap perkataan....
Happy, dan jugak ada rasa keinsafan, dan kesedaran..

kalau ni " direction dan arah " XPDC , " misi " XPDC untuk peminat dan pendengar, maka dan semoga mereka berjaya dari berbagai aspek.   Respek kepada mereka.



OK, divert...  gezek aku backpack ke Estonia, Sweden dan Finland untuk tengok Iron Maiden Legacy Of The Beast empat show pertama... pada bulan Ramadhan lepas...

So aku dah kat Helsinki ( pasal Maiden main Helsinki dua malam, malam pertama tiket sold out dalam berapa jam je so tambah lagi satu malam)...

So aku jalan jalan la kan, so aku gi carik kedai KVLT.
Ni memang kedai lejen untuk irama muzik black metal la kan...
So aku gembira dapat jumpa kedai ni kat lorong kat bandar Helsinki..

Ni gezek sikit nanti lain kali aku cerita la dengan foto2 semua...


kedai nye signboard tepi - KVLT (cross terbalik) BLACK METAL.
simple dan straight to the point gitu kan.






ok ni pulak foto aku snap dari negara Estonia, bandar Tallin.

Opening show Legacy Of The Beast, jadi takde sapa pernah nampak lagi tu jam stage set Iron Maiden..
Jadi bila lepas berapa lagu , stage berubah jadi begini... memang terperanjat giler dan teruja semua orang... memang Terkejut Beruk la...







OK dah tu je kot... sorry la lama aku tak buat blog... tapi ni aku terus setiap hari aku buat blog ... balas balik dan rasa memang keperluan..

haha.. keperluan siot.. ye la takut nanti takde time kan...


NEXT REVIEW....






Deluxe Edition - Metallica - DOT DOT DOT and justice for all

Aku pre-order . Hari ni sampai. Hari ni Ahad, tapi sampai. Aku order dari Amazon UK.
Laju eh..
aku pakai alamat Singapura untuk ni, tak pakai alamat Malaysia.

OK nanti aku cerita pasal boxset ni, besar giler kotak delivery tu, dah bukak dia ada dalam acuan kadbod untuk simpan elok elok, dah tu kotak deluxe ni pun dah bapak besar.
bandingkan size air heaven and earth tu...

OK, support muzik tempatan. Bye..




10 comments:

faizal abd fathi said...

Steady... lp AJFA boleh la kirim kat aku..hehehe

Portdy said...

Part lagu DOA , aku ada meremang bab "Dengan Husnul Khotimah" tu.

kira lagu ni menjadik la.


...and yes lagu RANUM ada feel DARK XPDC

D'arsil said...

Aku team mael tapi beli juga lah album ni haha

speedrider said...

XPDC Doa aku dah beli tapi belum ada kesempatan nak dengar.

Boxset AJFA aku tak beli sebab takda duit. Hahaha

Mohd Rizal Azuar Bin Sulaiman said...

I lap u Dep

berteromber said...

3 sekali beli...baru betul sapot...

MOHD SHAFID BIN RAHMAT said...

Kenapa XPDC beli 3 Metallica beli satu je?

dilabangiWORLD said...

Bila cakap pasal XPDC mesti aku akan ingat kat MAel :-)
apa habaq dep
moga sehat selalu okay

Kaboi Tanduk said...

Baru sempat dengar lagu terbaru XPDC, terbaik jugak.. masa awal sebelum release macam banyak orang kritik

Matakucing said...

Doa album rock terbaik 2018