Thursday, November 30, 2006

Unsangkarable

meh nengok carta Billboard Singles Sales Amerika terbaru..
Madonna? ok, Beyonce? ehem..ok, Jay Z? biasa la, Justin Timberlake? ooo tu pop star tu, Janet Jackson? pop star pun, Pussycat Dolls? teen idols ni, Nelly? wooo rap star ni.., Enya? ok jugak, iron maiden? ah??? IRON MAIDEN!!!???
Siot mana punye fans kat Amerika ni dah kasi full support beli singles banyak2 ni? .masuk pop charts number 7. Giler sey.


Iron Maiden, whose first ever commercial single has been released the USA, have entered the Billboard Hot Singles Sales Chart at No 7 this week with 'Different World'.

Happy siak aku baca ni... HURRAH!!

Wednesday, November 29, 2006

Sound clips Wings 26/11/06 live at Planet Hollywood

Ni semua rakaman peribadi aku untuk aku enjoy sorang. Sapa tak tahu dengar live recording bising2 bunyik bingit, tak yah download....buang masa korang je.
Sapa tahu dengar live recording bingit bising, ni rakaman korang jangan pakai earphone ah, guna speakers instead. Speakers computer ok la.

http://www.megaupload.com/?d=UDGY90KT - semalam yang hangat
http://www.megaupload.com/?d=319ZBFWN - kota kemusnahan
http://www.megaupload.com/?d=WLT6IR7F - suara kita

Enjoy.

Nota - Please buy original official albums at all times ok. Support local artistes.

berita - Lives


KUMPULAN Lives yang dianggotai (dari kiri) Kid, Yan, Lola dan Din masih gigih memperjuangkan muzik rock ‘n roll.


Hiburan

Lives tiada niat saingi Search
Oleh ABD. AZIZ ITAR



DIN dan Kid merupakan dua gitaris yang boleh dikatakan mempunyai semangat yang kental dalam meneruskan karier mereka dalam dunia muzik rock tempatan.

Buktinya, meskipun telah disingkirkan daripada kumpulan rock Search beberapa bulan yang lalu, namun gitaris adik beradik itu tidak pernah putus harapan.

Sebaliknya, Kid dan Din bangkit lantas menubuhkan sebuah kumpulan rock baru yang dikenali sebagai Lives.

Menurut Din, dia dan adiknya mengasaskan Lives bukan kerana mahu bersaing dengan Search, sebaliknya ia dilakukan atas permintaan daripada peminat.

“Buat masa ini, penubuhkan Lives lebih tertumpu bagi memenuhi undangan mengadakan persembahan.

“Ramai peminat yang mahu melihat kami membawakan lagu-lagu lama Search yang jarang dipersembahkan pada persembahan pentas.

“Tidak timbul niat untuk bersaing dengan Search. Ini kerana Lives dan Search tidak sama,” katanya sewaktu ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Jelas Din atau nama sebenarnya Noordin Mohd. Taib, Lives muncul dengan penyanyi sementara mereka iaitu Ronnie (penyanyi kumpulan Sunday).

Menurutnya, gaya serta suara Ronnie serta Amy (vokalis Search) tidak sama dan ini membolehkan Lives membawakan semula lagu-lagu Search dengan cara mereka yang tersendiri.

“Setiap penyanyi atau kumpulan mempunyai cara masing-masing dalam menyampaikan sesebuah lagu itu. Begitu juga dengan Lives.

“Antara lagu Search yang jarang dipersembahkan berjudul Bikin Wilayah, Karisma, Gema Timur Jauh dan Mentari Merah Di Ufuk Timur.

“Sejak sekian lama, ramai peminat yang jarang melihat lagu-lagu itu dipersembahkan di atas pentas,” ujarnya.

Sementara itu, Kid atau nama sebenarnya Hamzah Mohd. Taib pula berkata, dia dan Din berhak membawakan semula lagu-lagu lama Search biarpun mereka tidak lagi bersama kumpulan rock legenda tersebut.

Kata Kid, sebagai bekas anggota Search, dia dan Din telah mencurahkan idea serta keringat bagi merakamkan lagu-lagu tersebut.

“Kebanyakkan lagu-lagu lama Search kami cipta bersama-sama. Ibarat kata orang, kita sudah lama ‘tanam pokok’ tetapi takkanlah hendak beri ‘buahnya’ kepada orang lain sahaja,” katanya.

Selain Din dan Kid, Lives yang menampilkan konsep muzik rock ‘n roll turut dianggotai oleh Yan (bassis) dan Lola (dram).

Sebagai permulaan, Lives banyak memenuhi undangan mengadakan persembahan pentas sebelum mencari vokalis tetap mereka.

Pada 9 Disember ini misalnya, Lives akan mengadakan konsert bersama Babylon, Rampage, The Pilgrims, The Times, Suffercation, Raizhobium dan Orion di Backroom, Chow Kit, Kuala Lumpur pukul 3 petang.

Tuesday, November 28, 2006

Majalah Q pilih 20 lagu top dalam 20 tahun lepas

Korang pernah nampak kan Majalah Q ni kat kedai? Ni majalah hiburan pop Britain.
Ni dia senarai pilihan Top 20 Majalah Q untuk 20 tahun ni.
Ada rock jugak Nirvana "SLTS", GNR "sweet child o Mine ", U2 " one ", errr U2 rock jugak kan, sedara mara jugak la kan. Nirvana pun rock jugak la eh. Outkast pun ada beb, " hey ya " hehehe, aku suka lak nengok video clip dia. Lagi satu, Madonna Like A Prayer, lagu ni power giler.

Senarai penuh Last 20 years Top 20 Majalah Q.


1. "Smells Like Teen Spirit" Nirvana, 1991
2. "Hey Ya!" OutKast, 2003
3. "Sweet Child O' Mine" Guns N' Roses, 1987
4. "Unfinished Symphony" Massive Attack, 1991
5. "One" U2, 1991
6. "Live Forever" Oasis, 1994
7. "Bitter Sweet Symphony" The Verve, 1997
8. "Common People" Pulp, 1995
9. "There She Goes" The LA's, 1990
10. "7 Nation Army" The White Stripes, 2003
11. "Song 2" Blur, 1997
12. "Crazy" Gnarls Barkley, 2006
13. "Angels" Robbie Williams, 1997
14. " … Baby One More Time" Britney Spears, 1999
15. "Personal Jesus" Depeche Mode, 1990
16. "Like A Prayer" Madonna, 1989
17. "Firestarter" The Prodigy, 1997
18. "Brimful of Asha" Cornershop, 1997
19. "Stan" Eminem, 2000
20. "I Bet You Look Good On The Dancefloor" Arctic Monkeys, 2006

review album AMUK - 2 JUTA




AMUK
2 JUTA
EMI 2006

songlist
1. 2 Juta
2. Kembara Raja Rimba
3. Satu Bumi Tuhan ( feat R.O.B )
4. Sentuhilah Aku
5. Pergi Tak Kembali
6. Kaum Kerabat
7. Separuh Nafas
8. Lagu Jiwa Lagu Cinta ( feat R.O.B )
9. 2 Juta - tanpa syair
10. Lagu Jiwa Lagu Cinta ( gitarock )




Aku tahu Amuk dah keluar album baru menerusi majalah ROTTW bulan 11 ( cover Maiden ).
Aku gi Komtar JB, first shop tingkat dua salesgirl tau CD apa aku ngah describe. Walaupun takde ( dia cakap dabis ) tapi kalo pekedai tahu, is a good sign. Ada album, ko describe la cam mana pun, pekedai tak tau, mungkin poor marketing la tu.
Seken shop aku pegi tingkat satu, aku cakap kat salesgirl, dia pun tahu, terus tunjuk aku, siap rekemen VCD karaoke.
Aku nengok harga CD ni 24RM. Alrite la sambar la.
Aku tak follow lagu melayu kalo setakat radio putar2 ni semua aku dah bertahun tak dengar, tapi kalo some artiste yang aku dah percaya, dorang keluar album je, aku beli ori.
Kasi support beb orang melayu. Harga pun berpatutan kan? strategi baru jual murah, tapi orang akan beli ori pasal kira mampu la.

Errrmmm dengar pes time...errrmmm lain macam jek....
Terus aku perasan kat inlet, Jenny Chin? errrr..... hehehehhe. Dia terbitkan satu lagu.
Then aku terperasan Norman Yusry Edry? errrr....... hehehee. KRU ni aku suka lagu " Apa Saja " dorang hehehe. Dorang cipta satu lagu yang Jenny Chin tu terbit la.
Of course, Loloq ada contribute liriks beberapa lagu, M Nasir ada pun.
Something different eh ni album...mungkin ada orang suka, mungkin ada orang makan masa nak suka. Mungkin ada lak, kena forced feed pun masih tak suka jugak hehehe.
Tapi ni album takde lagu IN YOUR FACE pada aku. Lagu yang tak bleh dinafikan, betapa heavy dan bising pun, kena akui lagu tu best giler.
Tu ah Amuk nye trademark pada aku selama ini, IN YOUR FACE.
Tapi yang album ni...errrr.....masuk telinga kiri aku keluar telinga kanan gitu..teringat judul lagu yang aku suka "tak relevan".
Nanti la aku dengar lagi ek dan kalo tukar selera, aku post sini lagik hehehe. Or CD ni akan termasuk golongan " kalo hilang ke apa ke, takpelah, tak dengar pung " hehehe.

Anyway Bandi, rambut baru lawa la....

Best song so far - Kaum Kerabat. Very the goyang goyang song, ikut style Dikir Timur, Akar & Bumi. I like. Pikir2 balik, style lagu ni , style Bandi nyanyi lagu, is what makes me like Amuk in the first place hehee. Unique and one of a kind.

review gig: Wings Live at Planet Hollywood KL 26/11/06



Wings
26 Nov 06
Planet Hollywood KL

Supposed Start Time - 10.30pm. ( janji melayu jugak kot )
End Time - about 2am pasal break lama.
Wings main about 2 jam 30 minit in total. 22 lagu full.

Report aku. ( sambil ngah playback show ni hehehe )

Sampai puduraya 5.30pm, tapak gi PH, beli tiket, siap beli baju Wings. Lawa lak polo tshirt dia hehe.Konpem dah dapat tiket, tapak balik Puduraya beli tiket balik besok pagi 6am, then tapak balik Bukit Bintang lagi sekali Penat tapi Wings nye pasal. Better be a good show.

9.45pm gi PH lagi, ramai nye orang Q tiket kat luar, nasib baik aku dah ada tiket masuk senang sikit. Masuk, ramainye kaum..berasak dah. So aku depan jugak la, layer number 5 dari depan gitu la hehehe. Dekat jugak woo.DJ warm up semua lagu rock omputeh lama2 la 70s, 80s, early 90s.Packed cam sadin dalam tin. Sadin dalam tin pun tak packed cam gini.

10.50pm baru start gitu aku rasa.Aku dah buat silap, aku nak try bootleg tapi micropon aku gi taruk kat waist level, abis terus hancur, sedih lak aku test lepas tu. ( nasib baik by 4th song aku dah alih mic atas sikit hehehe , so dapat la bootleg kenangan walau sound pecah rumah jugak ).

Setlist dan ceta malam tu.

1. Julang Timur Tengah - ( betul kan? aku lagu zaman Mus nyanyi aku tak tau judul sangat ).
2. Mencari Asal Usul - ( betul kan judul? ) Aik?? lagu zaman Mus lagik pe?? What happening sey hehehe.
3. Potret Monalisa
4. Bernafas Dalam Lumpur
5. Romania - happy sey, audience ramai tahu lagu2 obscure gini word by word.

Wings minum2, intro next song sebagai "Isabella" hehe.
6. Peronda Jaket Biru
7. Opera Hidup

Awie promote album baru live album / vcd live Wings baru bla bla bla nak laris sejuta unit terpaksa tak pakai baju bla bla bla.intro next song sebagai " Kesuma Dewi Ku "
8. Di Ambang Wati
9. Rantai - style sey lagu ni Wings main start stop start stop.
------------BREAK ( DJ sambung lagu rock omputeh lama2 )-----------------

10. Dari Tuhan - OMG!
11. Inspirasi Taming Sari
12. Awang Thrasher - peberet

intro next song sebagai Terhangat Di Pasaran K.R.U
intro lagik next song dari Adam lak, Awie siap nyanyi " Ha Ha Tak Tahu "
intro next song sebagai lagu dari anggota lain..
13. Semalam Yang Hangat - unsangkarable. Personally ni lagu sedih berpositive thinking abis. Apa lagi Karaoke la satu PH. Dahsyat siap pasang lighter. Joe pun singalong je lagu ni.

Ni part kelakar rabak banyak happening - Awie cakap Man Kidal around. Applause.
Awie intro next song sebagai lagu Wings tak pernah perform live, siap cakap pasal dia "putus cinta" ngan Wings dulu. Time dorang gaduh2 tu gaknye.
Buat kelakar pasal Sembilu Kasih, Gerak Khas.
Then ada part usik audience" baru tak baru lebam jugak " , terus Wings nye musicians impromtu masuk lagu " Selamat Pengantin Baru "Awie dah paiseh pasal audience dah nyanyi lagu pengantin untuk dia. Pecah perut moment.
14. Suara Kita - peberet wooo, sigh.
15. Ranggi Metropolis

Awie then ceta pasal so called peminat " kami minat kumpulan Wings " tapi pegi tegur Eddie sebagai Joe. Dia suruh greet betul2 lain kali bla bla.Awie introduce different members , Black kena panggil comel lote, hitam manis. Awie introduce diri sebagai Ahmad Azhar hehehe.
16. Lipas Kudung - banyak lagu peberet aku wooo ni malam.
17. R n R Lu Punya Suka

then Awie intro next song lagu dari 1987 dan dah tak main dari dulu, Awie ceta2 pasal seluar ketat zaman tu , dia cakap giler ba.bi nye ketat tu, ba.bi pun tak ketat cam tu. siot je Awie.
18. Kota Kemusnahan - pleasant surprise sey.

intro next song sebagai "Iris "
19. Taman Rashidah Utama - Awie first half of the song tinggalkan micropon dia pegi belakang, audience dah nyanyi kuat giler hehehe.
20. Jerangkung Dalam Almari
21. Bujang Senang - sempit sempit gitu ada yang depan aku sempat headbanging, lepak siak.

Awie thank you thank you dektu dekni , dia cek time, dia cakap dah kelewatan, aku rasa kalo tak dorang sambung lagi la.Jururawat2 kat spital pun dia thank you.
22. Sejati - korang tau kan lagu ni bila part korus " kenangan itu.. " kan ada backing kat blakang " kenangan itu!!!" , wakakaka Audience cam ramai tunggu je tu part.

Lepas tu dorang main some instrumental kejap. Dah. Abis gitu. No Hukum Karma, no Alam Barzakh. Tapi takpe, yang rare sekali2 lagi best. lagipun nanti nak keluar live album mesti ada lagu2 ni la aku agak.


Post mortem - nak nengok benda gini, aku kena sacrify sikit naik bas jauh ulang alik duk siap mendangok kat Puduraya 2plus sampai 6am lagik tapi worth it every moment and cent.
Aku respek sey audience ramai tahu lirik dan singalong cam karaoke session, tiap2 lagu lak tu.22 lagu full ( 19 zaman Awie, 2 Mus, 1 Mel ) , 2 jam setengah kat tempat nengok rapat2 gitu for 40rm. Worth it la.

Man of the Match - Black. Tak penat ke dektu? Aku takut dia collapse je sey, seram betul masa main kesat mulut la apa la, tapi start sampai abis, maintain sotong.

nanti senang aku letak some portions of the recordings kalo aku berjaya transfer la. Aku rakam buat kenangan aku je, dah aku tak tahu adjust. Bergegar la lantai si Black main. Please eh, tolong beli album asli , album original, ni semua sekadar unofficial buat kenang kenangan je.
k, sikit a small sample 96kbps part selamat pengantin baru - http://www.megaupload.com/?d=EBZF7NRR

First Kopek

Test..test...test....

Di tengah kepekatan malam
Berdiri aku di halaman rindu
Dihembus kenangan lalu
Menjelmalah seraut wajah
Sekuntum bunga yang pernah ku puja
Tapi layu akhirnya

Ingin ku tembus tembok silam
Dan membaiki kesilapan kita
Yang tiada kita rasa
Dahulu maaf tak bererti
Darah muda menguasai diri
Begitu mudah membenci

Ku di halaman rindu
Hanya berteman Bunga yang layu
Ku di halaman rindu
Tiada harum Tiada madu
Oh kesalku membeku di kalbu

Oh kasihku hanyalah untukmu
Oh sayangku penawar rinduku

Muahahahahahaha ( ketawa jin )