Tuesday, November 28, 2006

review gig: Wings Live at Planet Hollywood KL 26/11/06



Wings
26 Nov 06
Planet Hollywood KL

Supposed Start Time - 10.30pm. ( janji melayu jugak kot )
End Time - about 2am pasal break lama.
Wings main about 2 jam 30 minit in total. 22 lagu full.

Report aku. ( sambil ngah playback show ni hehehe )

Sampai puduraya 5.30pm, tapak gi PH, beli tiket, siap beli baju Wings. Lawa lak polo tshirt dia hehe.Konpem dah dapat tiket, tapak balik Puduraya beli tiket balik besok pagi 6am, then tapak balik Bukit Bintang lagi sekali Penat tapi Wings nye pasal. Better be a good show.

9.45pm gi PH lagi, ramai nye orang Q tiket kat luar, nasib baik aku dah ada tiket masuk senang sikit. Masuk, ramainye kaum..berasak dah. So aku depan jugak la, layer number 5 dari depan gitu la hehehe. Dekat jugak woo.DJ warm up semua lagu rock omputeh lama2 la 70s, 80s, early 90s.Packed cam sadin dalam tin. Sadin dalam tin pun tak packed cam gini.

10.50pm baru start gitu aku rasa.Aku dah buat silap, aku nak try bootleg tapi micropon aku gi taruk kat waist level, abis terus hancur, sedih lak aku test lepas tu. ( nasib baik by 4th song aku dah alih mic atas sikit hehehe , so dapat la bootleg kenangan walau sound pecah rumah jugak ).

Setlist dan ceta malam tu.

1. Julang Timur Tengah - ( betul kan? aku lagu zaman Mus nyanyi aku tak tau judul sangat ).
2. Mencari Asal Usul - ( betul kan judul? ) Aik?? lagu zaman Mus lagik pe?? What happening sey hehehe.
3. Potret Monalisa
4. Bernafas Dalam Lumpur
5. Romania - happy sey, audience ramai tahu lagu2 obscure gini word by word.

Wings minum2, intro next song sebagai "Isabella" hehe.
6. Peronda Jaket Biru
7. Opera Hidup

Awie promote album baru live album / vcd live Wings baru bla bla bla nak laris sejuta unit terpaksa tak pakai baju bla bla bla.intro next song sebagai " Kesuma Dewi Ku "
8. Di Ambang Wati
9. Rantai - style sey lagu ni Wings main start stop start stop.
------------BREAK ( DJ sambung lagu rock omputeh lama2 )-----------------

10. Dari Tuhan - OMG!
11. Inspirasi Taming Sari
12. Awang Thrasher - peberet

intro next song sebagai Terhangat Di Pasaran K.R.U
intro lagik next song dari Adam lak, Awie siap nyanyi " Ha Ha Tak Tahu "
intro next song sebagai lagu dari anggota lain..
13. Semalam Yang Hangat - unsangkarable. Personally ni lagu sedih berpositive thinking abis. Apa lagi Karaoke la satu PH. Dahsyat siap pasang lighter. Joe pun singalong je lagu ni.

Ni part kelakar rabak banyak happening - Awie cakap Man Kidal around. Applause.
Awie intro next song sebagai lagu Wings tak pernah perform live, siap cakap pasal dia "putus cinta" ngan Wings dulu. Time dorang gaduh2 tu gaknye.
Buat kelakar pasal Sembilu Kasih, Gerak Khas.
Then ada part usik audience" baru tak baru lebam jugak " , terus Wings nye musicians impromtu masuk lagu " Selamat Pengantin Baru "Awie dah paiseh pasal audience dah nyanyi lagu pengantin untuk dia. Pecah perut moment.
14. Suara Kita - peberet wooo, sigh.
15. Ranggi Metropolis

Awie then ceta pasal so called peminat " kami minat kumpulan Wings " tapi pegi tegur Eddie sebagai Joe. Dia suruh greet betul2 lain kali bla bla.Awie introduce different members , Black kena panggil comel lote, hitam manis. Awie introduce diri sebagai Ahmad Azhar hehehe.
16. Lipas Kudung - banyak lagu peberet aku wooo ni malam.
17. R n R Lu Punya Suka

then Awie intro next song lagu dari 1987 dan dah tak main dari dulu, Awie ceta2 pasal seluar ketat zaman tu , dia cakap giler ba.bi nye ketat tu, ba.bi pun tak ketat cam tu. siot je Awie.
18. Kota Kemusnahan - pleasant surprise sey.

intro next song sebagai "Iris "
19. Taman Rashidah Utama - Awie first half of the song tinggalkan micropon dia pegi belakang, audience dah nyanyi kuat giler hehehe.
20. Jerangkung Dalam Almari
21. Bujang Senang - sempit sempit gitu ada yang depan aku sempat headbanging, lepak siak.

Awie thank you thank you dektu dekni , dia cek time, dia cakap dah kelewatan, aku rasa kalo tak dorang sambung lagi la.Jururawat2 kat spital pun dia thank you.
22. Sejati - korang tau kan lagu ni bila part korus " kenangan itu.. " kan ada backing kat blakang " kenangan itu!!!" , wakakaka Audience cam ramai tunggu je tu part.

Lepas tu dorang main some instrumental kejap. Dah. Abis gitu. No Hukum Karma, no Alam Barzakh. Tapi takpe, yang rare sekali2 lagi best. lagipun nanti nak keluar live album mesti ada lagu2 ni la aku agak.


Post mortem - nak nengok benda gini, aku kena sacrify sikit naik bas jauh ulang alik duk siap mendangok kat Puduraya 2plus sampai 6am lagik tapi worth it every moment and cent.
Aku respek sey audience ramai tahu lirik dan singalong cam karaoke session, tiap2 lagu lak tu.22 lagu full ( 19 zaman Awie, 2 Mus, 1 Mel ) , 2 jam setengah kat tempat nengok rapat2 gitu for 40rm. Worth it la.

Man of the Match - Black. Tak penat ke dektu? Aku takut dia collapse je sey, seram betul masa main kesat mulut la apa la, tapi start sampai abis, maintain sotong.

nanti senang aku letak some portions of the recordings kalo aku berjaya transfer la. Aku rakam buat kenangan aku je, dah aku tak tahu adjust. Bergegar la lantai si Black main. Please eh, tolong beli album asli , album original, ni semua sekadar unofficial buat kenang kenangan je.
k, sikit a small sample 96kbps part selamat pengantin baru - http://www.megaupload.com/?d=EBZF7NRR

6 comments:

zan said...

Lu datang gak ye malam tu? Lu dok depan stage tu ke?
Yang ader 2-3 orang mamat yang asik headbanging tu? Amacam Wings? Haha..Pada wa memang mantap. Walaupun kaki dah lenguh2 pasal tungu dorang lama sangat tapi raser cam berbaloi la. Sound pun best giler..Suma instruments pun dengar clear..
Hm...Ok la tu bro..Sacrifice naik bas..yang penting berbaloi beb..hahaha

N a d i a said...

betui, black la paling mantap that nite!..eh..tak..sume2 lah mantap, except awie la. lirik pun lupe. hehe...tak kesah lah. janji rock! paling best sbb diorang bwk lagi 'kota kemusnahan'! tapi frust sket sbb tak dengar sgt suara awie masa lagu 'semalam yg hangat'. dah la gua tak penah dengar dia bwk lagu tu.
hmm, bile la ada company nak sponsor wings buat konsert ye?;-)

p/s: lain kali, kontek je kitorang kalo lu nak turun kl tengok konsert. worait? takyah la nak teruk2 menapak sana sinun..hehehe..

deaf-angel said...

Zan's
tak la, wa kat belah tepi Eddie side, kat blakang layer ke 4 , 5 gitu hehe.
Masa abis show, nak naik tangga dari basement tu kan? cam kepala lutut nak give way la hahaha. Diri lama sangat tak gerak2.
Yep, enjoyed the show. Berbaloi betul. Ermm skarang nak plan nengok Search lak hehehe.

deaf-angel said...

nadia
bukan saja mesti ada company sponsor, tapi mesti sebarkan berita sana sini ngan maklumat penuh. Tapi aku harap betul Wings datang JB. Senang sikit, seberang tambak je hehehe.
Thanks for the concern and volunteer nak tumpangkan aku hehe.
Nanti lain kali memang kat korang la aku nak kena harapkan dapat info2 pasal benda2 gini.

Anonymous said...

Mlm tu memang enjoy. especially sound dan setlist yang dorang performed. Excited sikit aku bila dorang main "Suara Kita" (seronok tengok Black menyotongkan tangannya), "Semalam yang hangat" (Tak pernah dengar awie nyanyi lagu tu), "Potret Monalisa" (Aku nak jam lagu ni), Kota Kemusnahan (memang klasik).

Terharu pulak dapat tahu ko berjalan dari PH ke Pudu. Kalau tau memang aku tolong hantarkan . Anyhow.... yang penting lepas nikalau turun KL inform le dulu ok?!!!

deaf-angel said...

carvedijan
thanks again pasal volunteer nak tolong lain kali hehee.
Yap its an excellent show.
Anyway, aku suka nengok multiply ko, tapi nak kena ada akaun baru bleh reply2 kat sana ek, jadi kira skarang aku ni seorang pen'skodeng' je la hehehe