no one can live life in loneliness, only stars in the sky far away... [WELCOME everyone from everywhere, with intention or by accident - THIS BLOG IS BEST VIEWED IN WEB VERSION FORMAT as its how I envision it to be with the text and photos but still any layout format will work just fine.]
Wednesday, November 29, 2006
berita - Lives
KUMPULAN Lives yang dianggotai (dari kiri) Kid, Yan, Lola dan Din masih gigih memperjuangkan muzik rock ‘n roll.
Hiburan
Lives tiada niat saingi Search
Oleh ABD. AZIZ ITAR
DIN dan Kid merupakan dua gitaris yang boleh dikatakan mempunyai semangat yang kental dalam meneruskan karier mereka dalam dunia muzik rock tempatan.
Buktinya, meskipun telah disingkirkan daripada kumpulan rock Search beberapa bulan yang lalu, namun gitaris adik beradik itu tidak pernah putus harapan.
Sebaliknya, Kid dan Din bangkit lantas menubuhkan sebuah kumpulan rock baru yang dikenali sebagai Lives.
Menurut Din, dia dan adiknya mengasaskan Lives bukan kerana mahu bersaing dengan Search, sebaliknya ia dilakukan atas permintaan daripada peminat.
“Buat masa ini, penubuhkan Lives lebih tertumpu bagi memenuhi undangan mengadakan persembahan.
“Ramai peminat yang mahu melihat kami membawakan lagu-lagu lama Search yang jarang dipersembahkan pada persembahan pentas.
“Tidak timbul niat untuk bersaing dengan Search. Ini kerana Lives dan Search tidak sama,” katanya sewaktu ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Jelas Din atau nama sebenarnya Noordin Mohd. Taib, Lives muncul dengan penyanyi sementara mereka iaitu Ronnie (penyanyi kumpulan Sunday).
Menurutnya, gaya serta suara Ronnie serta Amy (vokalis Search) tidak sama dan ini membolehkan Lives membawakan semula lagu-lagu Search dengan cara mereka yang tersendiri.
“Setiap penyanyi atau kumpulan mempunyai cara masing-masing dalam menyampaikan sesebuah lagu itu. Begitu juga dengan Lives.
“Antara lagu Search yang jarang dipersembahkan berjudul Bikin Wilayah, Karisma, Gema Timur Jauh dan Mentari Merah Di Ufuk Timur.
“Sejak sekian lama, ramai peminat yang jarang melihat lagu-lagu itu dipersembahkan di atas pentas,” ujarnya.
Sementara itu, Kid atau nama sebenarnya Hamzah Mohd. Taib pula berkata, dia dan Din berhak membawakan semula lagu-lagu lama Search biarpun mereka tidak lagi bersama kumpulan rock legenda tersebut.
Kata Kid, sebagai bekas anggota Search, dia dan Din telah mencurahkan idea serta keringat bagi merakamkan lagu-lagu tersebut.
“Kebanyakkan lagu-lagu lama Search kami cipta bersama-sama. Ibarat kata orang, kita sudah lama ‘tanam pokok’ tetapi takkanlah hendak beri ‘buahnya’ kepada orang lain sahaja,” katanya.
Selain Din dan Kid, Lives yang menampilkan konsep muzik rock ‘n roll turut dianggotai oleh Yan (bassis) dan Lola (dram).
Sebagai permulaan, Lives banyak memenuhi undangan mengadakan persembahan pentas sebelum mencari vokalis tetap mereka.
Pada 9 Disember ini misalnya, Lives akan mengadakan konsert bersama Babylon, Rampage, The Pilgrims, The Times, Suffercation, Raizhobium dan Orion di Backroom, Chow Kit, Kuala Lumpur pukul 3 petang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment