Wednesday, April 25, 2007

Lat's Kampung Boy / Budak Kampung - original vs present comparison

Lama sey wa tak update -
Anyway, ni posting memang dah lama aku berangan nak buat dan akhirnye aku nye dream come true -
Perbezaan atau comparison between Lat's original Kampung Boy ( Budak Kampung ) ( 1st print February 1977 ) & the later versions of the Kampung Boy. Bedek sini kalo sapa2 tak kenal Lat, atau fikir Lat tu takde benda. Dia legend siot.

Korang mesti tahu Kampung Boy ni is one of the best cartoon books ever produced by Lat dan maybe in the world. Check out Matt Groening nye comment tu, dan kalo pencipta The Simpsons bleh cakap cam gitu, memang world la buku katun ni.

Atas ni ialah perbandingan muka depan antara cetakan 1979 ( aku bongkar jumpa dalam almari hehehe ) dan jugak 1st print untuk pasaran Amerika , September 2006 ( aku pinjam dari lebrari ).
So plus minus - dari Feb 1977 to Sept 2006, dah nak 30 tahun.
Bila aku cek2 merata tempat, macam aku nengok takde orang ada buat perbandingan terutama gunakan artwork2 sebelah menyebelah untuk kasi lagi jelas beza dulu dan skarang ( sorry Melayu aku berterabur harap korang paham apa aku bebual ).

Kita mulakan ngan tulisan dia, lain sikit, aku lagi suka dulu nye pasal cam nampak sah tulisan tangan yang senget2 dan comot, baru nye ada nampak lurus sikit.


Seterus nye, ada scene semayang Magrib, parents Lat ngah semayang Magrib berjemaah, Lat ngan adik dia ngah tunggu,
Beza dia korang nengok lukisan dulu Lat ngan adik dia relak tapi yang ni adik dia cam bukak tudung saji nak bedal dulu, dan lebih ketara, korang cek out Lat nye bapak, nengok dia cam tak pakai baju eh? ( klik the photo to enlarge it ), mungkin Lat tertinggal nak outline lengan pakaian bapak dia, also, mak dia sebagai makmum kat belah kiri.
So kat lukisan baru tu, bapak lat siap berbaju kurung, dan mak dia makmum kat belah kanan.



the next two scenes ni cam kontroversi kot? brutal abis, mungkin tak sesuai, atau tak politically correct kot.
Ntah eh, setakat mak bapak bantai anak tu ok je la kot tapi mungkin ni brutal sangat. Kena tempeling sampai tergolek jatuh tangga, mau koma siot kena bantai gitu macam.


Lagi satu masa Lat balik dari tin mining tu pun ada beza jugak sikit, tak tampal sini ah...
Thats about it la, hopefully korang enjoy tentang benda comparison ni pasal aku rasa " not a lot of people knows about it ".


p.s anyway korang tahu band Savatage tak? Ntah apsal aku suka betul album Gutter Ballet tu jam release tahun 1988, aku ada kaset, lepas tu siap upgrade CD, pasal aku suka giler tu album, lagipun ada lagu keramat When The Crowds Are Gone,
so ada lagu Summer Rain kan? lagu tak logik pasal terselit satu love song kat album brutal giler wakakaka.
Anyway, last year Jon Oliva ( penyanyi Savatage ) ngan band dia Jon Oliva's Pain perform lagu ni, dahsyat siot, best la eh Savatage, aku suka siak, tapi sayang eh gitaris dorang Criss Oliva mati eksiden kereta, ntah bini dia apa jadi, survive kot tak tahu dah recover fully ke tak. So Jon ni adik dia...gemuk siot skarang, tapi whatever, suara best bleh pekik2 lagik wakaka. ni dia youtube dia perform Summer Rain last year
http://www.youtube.com/watch?v=gKcQ3qo44p4

4 comments:

khys said...

bagus la buat compare cam ni. baru nampak apa yg Lat sudah ubah. sbb aku pun cuma baca versi lama je.

lelaki sembahyang tak pakai baju di rumah tu mmg agak normal utk org2 kampung zaman dulu. tapi, pembetulan makmum sebelah kiri tu mmg patut dibuat. oleh kerana Lat terpaksa lukis semula scene sembahyang tu, jadi aku agak dia ambik kesempatan utk tambah sikit aksi buka tudung saji tu.

Anonymous said...

ni buku zaman remaja aku.. pinjam kawan nya..

Brown~

Fai said...

wow!! i am looking for LAT contact number!! Do your book show any Contact number there?

My friend company like to buy some picture from them to print on they product!!! can u pls Help me on this!!?? thank you very much!!! > <

Fai said...

Opps !!! :P sorry!! i forget to put my email to u.
paleongkam@yahoo.com