Sunday, May 6, 2007

Aquaria KLCC ( part 1 )

Tu hari, dah lama jugak, aku gi Aquaria KLCC.Nari baru sempat tampal gambo. Dia cam aquarium besar, cam Underwater World gitu. Melayu panggil apa eh? kolam ikan gergasi kot. Best, harga tiket pada aku berbaloi. Korang perasan tak? rasa2 tempat lain dalam dunia kalo ada underwater world, selalu dekat ngan sumber air laut jugak kot?, ni kat KLCC, susah nak maintenance ye. Jaws aka ikan jerung ada la berapa ekor.

Kalo korang nengok gambar atas ni kan, actually shark tu kan, lagi 30% lagi besar cuma pasal gelas kaca dia tebal kot, tu pasal nampak kecik sikit. Tapi besar giler dah tu ek.
Aku dengar ceta ni tempat dia order garam, then campur air jarang, so kasi combination cam air laut gitu. dengar cam gitu la ceta dia.
So sapa yang tak pernah pegi lagi, atau rasa nak pegi tapi turn off by the ticket price, aku rasa korang pegi la. Worth it. So meh layan gambo.(click to make bigger)


pamplet

cd pack korang dapat

entrance

ikan2 pari kat entrance

ikan pari kat entrace jugak

touch display gitu, sini korang bleh pegang2 ikan

starfish

penyu ada dorang nye exhibit sendiri, banyak jugak la pasal penyu

kura2 displays, cam2 kura, lawa2 lak tu.

kura2 close up, aku nengok ni Aquaria eh, well maintained sey.

katak, macam2 katak, ni besar siak.

ni katak alien gitu, basah2 gitu, cam lembek gitu.

ular pun ada, macam2 jugak. ni yang lidi2 gitu kaler hijau.

iguana kan ni, aku rembat je.

macam2 kumbang pun ada. kat sini, kumbang bukan seekor huhuhuhuhu.

ni antara deretan pameran, walau nama tempat Aquaria tapi its much more than that.

spider aka labah-labah pun banyak. brutal2 lak tu.

spider lain lak

ni pun cam solo2 exhibit gitu

apa nama eh, kiut2 gitu, cam koala tapi bukan la, aku snap gambo tak bleh clear lak, jadi la gini.

ni kawasan lain, tempat ni besar tau.

apa kura2 ni ngah pikir eh, kesepian gitu..

ni tempat abuse ah, penderaan kat binatang, kat sini ikan, kura2 smua happy2 swimming eh, then pengunjung, tak smua, sebahagian la, saje je tekan2 ikan2 tu ngan kura2 tu semua...
aku rasa ek, bila Aquaria ni dah close for the day kan, ikan2 & kura2 kat bahagian ni semua blue black lebam2 asyik kena tekan2 jek

salah satu mangsa yang asyik kena tekan2 hehee. Stress agaknye ek.

aku split le topik ni, part 1 la kira yang ni, part 2 aku buat lepas ni tampal gambar2 jaws lak.

1 comment:

dils said...

emm dapat cd lagi...