Tuesday, December 30, 2014

sanitary pad (tuala wanita)

kadang2.. ada benda orang cakap kat korang, yang korang sampai mati korang takkan lupa. Dan ini sesuatu aku takkan lupa, especially time musibah, time dugaan, time bencana alam, or... bencana yang kita cakap "bencana alam" tapi sebenarnya deforestation, salah manusia sendiri, dan kita punya keupayaan rescue menyelamat kita masih ingat kita nak rescue selamatkan sesuatu tempat tu yang kita masih ingat jumlah populasi nya tak berubah masih jumlah 10, 20 tahun dahulu nye penduduk, tapi kita lupa jumlah population setiap tahun setiap 10 tahun dah explode berlipat2 kali ganda, so of course la kita nye rescue capabilities pun kita kena lipat2 ganda siap lagi banyak ye tak??

OK aku cakap ni in general ok, aku tak cakap ni untuk mana2 situasi.. dan mana2 tempat.

OK GO!!!




Anyway, Masa Aceh dan lain kawasan kena Tsunami 10 tahun lepas, by then, Chinook helicopters and all that semua dah diizin masuk tempat Aceh and all that stuffs,

So of course la ada macam2 la macam2 cara kita boleh sumbang tenaga ke barang ke duit ke, dan jugak volunteers yang arrange mintak bantuan berbagai cara,

So ok, cash is needed if you can afford it. So out of curiosity, aku realise antara barang yang nak dibeli dan dihantar ialah............

 Sanitary Pad.

I mean those for kegunaan kaum perempuan.

Ni buat aku fikir, Chinooks ke, amerika hantar aircraft carrier ke, I mean ok la air minuman, makanan, ubat ubatan berbagai jenis, bandages dan medical items, khemah, selimut tapi aku terfikir sanitary pads ada ke?

OK la, korang boleh lahar aku cakap " makan minum ubat yang penting, ko ni orang pompuan tak bising yang ko yang sibuk apasal, kalau penting mesti dah masuk sokkabar?",

excuse me, tapi a bit of comfort in the face of dugaan jugak penting ye tak? I am sure the ladies will appreciate it.

Contoh macam nari kat sokkabar Malaysia Harian Metro aku baca pasal this person cakap pasal baby milk powder dan diapers is needed. Dah tu je dilaporkan.
Tapi pada aku well, Sanitary Pad ni benda super sensitiviti tinggi untuk orang pompuan.. Tapi dalam dunia kita hidup, benda pad ni aku rasa macam paip air, macam switch lampu kat tembok. Satu keperluan.

So sometimes, kita, I mean korang yang mungkin jenis macam aku jugak tonggang terbalik,  kena think outside the box, (FIKIR KELUAR DARI DALAM KOTAK) and its amazing what we can learn once and apply and apply and apply it all thru our lives, especially in the face of hardship and predicament and share it with others.

Terutama sekarang dah berapa? 8 states ye tak yang dah terjejas. So definitely these sanitary pads and baby diapers are really needed.

I mean korang bayangkan masa helicopters tu semua terbang kan hantar bantuan or survey damages dan survey carik people yang need help and rescue? pasang speakers semua lagu AC/DC "Thunderstruck".. kasi motivation gitu...

OK OK sebelum aku kena lahar ngan Moral Policia baik aku stop.. Aku nye harap janganlah ada nyawa terkorban dah. Tv, Esbok, apa je la rosak ke hanyut ke hapa ke boleh pelan2 carik duit beli baru..ganti baru...tapi nyawa.


Thats all... I hope you get the message I am trying to get across.

And this is a fuckin serious BLOG post. I mean it. OK mungkin bukan pasal pasang laguAC/DC tu...tak sesuai rasanya.




p.s

Anyway, baru sampai... kad xmas dan magazine issue 99 maiden...
nanti aku tampal untuk sapa nak tengok.

Next change...


apasal ada ninja tu? apsal?
adakah speku 2015 maiden nak bayar balik Jepun nye tsunami 2011? apasal aku rasa gitu la...
kenapa mesti ninja!!
Ninja Jepun..dan Eddie tengah curik tape dari studio...maknanya adakah betul khabar angin Maiden tu hari kat Paris bukan sahaja jumpa tulis lagu, tapi sebenarnya masuk studio dan rakam semua lagu dah settle.
Dan semua sedia maklum, Maiden masuk studio ikut selera atok nenek dorang je, dorang konfiden abis tulis lagu cukup2, terus rakam, takde fikir2 takde analyse2.... takde tunggu lagi berapa bulan nak carik lagu lain hahaa...Woo hoo happy times...

Friday, December 26, 2014

Banjir & Led Zeppelin HOUSES OF THE HOLY (2014 remastered version with companion disc packaging)

Berapa hari ni aku cuba ikut perkembangan banjir teruk kat kawasan pantai timur. Harapan semoga cepat2 la banjir ni reda dan keadaan pulih cepat2. Tapi macam merebak lak. 
Nak sedapkan hati, aku cakap kat diri aku sendiri, hati aku cakap mangsa banjir ni semua akan 'bounce back in no time' and life will goes on. I mean, tak semua orang rasanya mampu menghadapi situasi cam gini.
Rasanya ni jumlah yang affected tentu lagi banyak banyak sangat, tapi angka rasmi dah pun sangat ramai dah..
FLOOD DATA BY STATE (in Malaysia)  Number of evacuees* from:
KELANTAN: 32,079  TERENGGANU: 30,147
PAHANG: 35,736  PERAK: 5,530
JOHOR: 201  KEDAH: 157
TOTAL: 103,850  (*as of Dec 26, 2014, 11am)
*******************************************************
*******************************************
***************************






OK, sambungan cerita perlahan2 Jimmy Page remastered balik segala tok nenek Led Zeppelin studio albums dan jadikan setiap album ada "companion disc" yang tersangat best dan gerek ngan versi2 lagu yang tak pernah didengar,  dan semua ngan packaging yang lawa2.

Seperti biasa aku pilih versi ni yang double cd ni, aku bukak semua ni, ambik gambar semua ni, tengok2, tampal sini, dan lepas tu dah aku dah tak pegang lagi. Aku rip semua jadi mp3, dengar dalam bas, dalam tren, jalan kaki, dan simpan dalam hard disk drives.

Houses Of The Holy ni album tahun dari 1973. Keadaan dan pandangan waktu tu mungkin berlainan. Seni dorang lain la ye waktu tersebut. Zaman sekarang kau buat album cover cam gini, mampos kena lahar, silap2 kena ban. OK la mungkin kena lahar je, kalau letak mata satu baru kena ban kot. Mike Swaziski Monster Inc tu ok lak tak kena lahar?? 

Anyway, apa aku tahu model untuk kulit album ni ialah dua adik beradik lelaki pompuan tu, budak2 kecik la dorang zaman tu. Dan tempat ni batu2 memang wujud.
Kat Ireland kot? lupa lak aku pernah baca.





Album ni... semua lagu gerek, tapi lagu "Rain Song", aku ada masalah sikit. Nak kena tengok mood, mood ada aku dengar, kalau takde mood yang sesuai, aku skip.
Album ni jugak ada satu lagu yang sangat menghantui aku. Aku tak tahu apasal setiap kali aku dengar lagu "No Quarter", aku rasa sebak sangat. Macam ada benda kat kerongkong aku gitu. Mungkin ni antara lagu paling feberet aku. John Paul Jones!!!!, dulu2 kan masa aku budak2, belajar dengar Led Zep, tengok foto2 Led Zep, aku paling suka John Paul Jones, dia memang geng baik kat lagi tiga ada sikit setan gitu, then lepas tu makin tahu, then makin menghargai apa sumbangan dan kepakaran kehandalan dia. Sedap sangat bunyik organ (synthesizer  piano) yang JPJ main untuk lagu "No Quarter" ni.
Album ni jugak, kalau korang dengar macam2 style la yang Led Zep bawak. Of Course paling terkenal ialah lagu D'yer Maker la ye tak? lagu style raggae gitu. Lagu style Funk joget2 gitu "Dancing Days".. Tapi of course la lagu2 rock yang best giler macam Over The Hills And Far Away, The Song Remains The Same dan lain2.


Dia tak angkat gitar, dia angkat budak tadi tu kot?



Companion Disc dia, takde la lagu2 yang tak penah dengar, tapi tetap terbaik ngan versi2 lagu sedia ada yang menarik yang tak pernah di-release sebelum ini.

Guitar reference nye mix untuk Song Remain the Same memang thrill giler. Dan sudah tentunya, No Quarter JPJ overdubs nye version yang takde nyanyian. Cuba imejin kan Jimmy Page joget2 lompat2 masa time lagu Song Remains The Same.... Siot la kalau dapat tengok Led Zep main live zaman awal 70an tu cammana agaknye... Happy2 tentu nye suasana persembahan dorang.

OK layan gambo... Anyway packaging cantik sangat. Takde nama band, takde nama album, takde senarai2 lagu pun kat luar packaging ni. Tapi ada cam kertas pembalut tu taruk nama band dan album aje. Nanti sambung, aku actually skip nombor empat nye...





Continuation of the Led Zeppelin Jimmy Page 2014 remastering and re-release with awesome Companion Discs in very fancy packaging of all kinds. This is my take on the unboxing/unpackaging/unwrapping of the 2cd version of The Houses Of The Holy which contains the most emotional, DEPRESSING Lump In The Throat Led Zep song ever for me "No Quarter".
The packaging is simply magnificent for this one. The companion disc, though it dont have any unheard songs or jams, is still exciting and thrilling due to the different mixes and overdubs versions.






To be continued...

and continued...







and continued........









Monday, December 22, 2014

Paris is burning... (my Maiden Europe 2014 backpacking to Serbia, France, & Hellfest 2014 PART 21)


Aku borak dulu, then lepas tu more to photos k...




(gambar atas ni yang dorang buskers main classical music ni masa aku sampai first sekali sebelum aku lekas2 patah balik airport naik flight gi Belgrade, pasal yang ni kat kawasan Louvre, aku rush pergi Louvre kejap dapat dalam 5 jam gitu).Dorang cam gini la...dorang ada time menghayati ni semua....dan dorang menghargai...

Tak tahu nak kasi judul ni kali apa, so taruk ni je la.... PARIS IS BURNING. Aku first time aku tahu ni term ialah lagu Dokken la kan.. tapi ni term banyak orang pakai selain Dokken.
Sikit2 je la Paris aku nak cerita ni,... Aku tidur je all the way kat Paris. Aku dah penat explore Belgrade, dan lepas ni aku nak gi Hellfest. So aku pastikan aku tidur banyak2 kat Paris.

Pasal aku gunakan airport Paris CDG sebagai based untuk aku ke Belgrade, jadi waktu pertama kali aku sampai pagi naik MAS, dan flight aku ke Belgrade ialah malam, aku tak hegeh2,
aku terus ngan lincah clear Immigration , aku terus keluar airport naik keretapi gi bandar Paris dan pergi museum Louvre, then petang aku rush balik Airport naik keretapi.
Dalam bandar Paris bergerak aku dah standby kupon single trip semua sebelum bertolak, tapi cuma dari airport ke bandar Paris, aku beli je la tiket pakai vending mesin, senang je, cocok pakai credit kad je macam aku pernah cerita tu hari, takde password takde apa, tak yah tekan apa2, aku dah cek masa balik tengok statement, ok je, so untuk aku, kalau korang travel ke hapa ke, beli tiket naik keretapi beli sendiri kat vending machine setakat cocok kredit kad, insyallah selamat. Walau takde diminta pin number ke hapa ke...

Aku dah cerita kan? hari tu, ada seperti mogok oleh pekerja2 rail keretapi Paris. Memang satu pengalaman la. Menakutkan jugak, pasal aku kalau tergendala dan aku miss flights, abis semua planning...

OK kali kedua sampai Paris pasal aku dari Belgrade, dan besok paginya aku nak pergi bandar Nantes untuk tengok Hellfest tiga hari tiga malam kat kampung Clisson,

So sampai je aku dari underground Paris dari airport CDG, apa aku carik? MAKANAN!!!....

Menu... hah kau...tak paham.....so kita carik yang ada kentang, and kita main tikam2 order je....apa pun dapat, layan je la....


Dah kebulur, apa pun sedap.




Tapi aku pergi berapa benda yang aku rasa harus. Selain mungkin antara muzium terhebat dalam dunia Louvre yang aku dah cerita aku pergi tu hari selama 4-5 jam aku pusing cepat2...
Ni aku buat berapa benda... Aku pergi tengok Notre Dame Cathedral pasal aku nak ambik gambo gargoyles dia.
Aku tak naik atas, mungkin lain kali? haha. Pasal ramai orang la, aku nak tengok cammana Hunchback Of Notre Dame tengok bawah tu.







Pasal aku gi sorang, backpacking ke kota Nantes Peranchis untuk tujuan utama tengok Maiden headline Hellfest 2014 dan segala tok nenek bands lain yang gerek nak mampos main Hellfest 2014,
dan dari plan awal ni aku terus plan untuk backpacking Serbia (pasal Maiden main sana sebelum main Hellfest), dan aku masukkan tengok Extreme semua dan lain2....

So actually, aku bila kat Paris aku nye fikiran ke lain, aku tak yah sangat fikir pasal errmmm "makanan", "window shopping", "attractions",  aku teringat Interview With Vampire nye wayang yang kat adegan2 bawah jambatan Paris tu...aku teringat Ratatouille nye tikus tu main kejar2 tu kat sungei2 tu...
But I dont have much time, tapi masa aku kat kawasan Republique, ni kira dah nak penghujung Paris la pasal Paris tu sebenarnya besar giler...
so aku hari terakhir aku backpacking kali ni, aku travel pergi Republique dari kota Nantes lepas habis Hellfest,
pasal macam aku dah cerita aku nak gi La Bataclan, tengok Extreme main kat sana.
Nanti kat bawah2 tu nanti aku tunjuk suasana Republique sikit...


Ni nanti malam kan?
Tom Cruise ngan Brad Pitt ngan sapa tu gelfren Spiderman?
Semua tergantung kaki kat atas...Interview With Vampire gitu hahaha...
Tapi malam giler aku nak jalan tepi sungei ni sorang2...mampos la kena mug...or worse.


Aku takde time pulak nak gi tengok kedai2 lama dorang, gerai2 tepi jalan gitu....
ada time kot?
aku je malas....haha.

So ni yang famous tepi sungei tu ok, gi nengok2 kejap, tak beli apa pun...



Lepas tu apa lagi, aku naik bot je la, pusing sungei2 keliling Paris ni. Aku tidur2 pun...Ngantuk giler. Aku naik bot tu pun pasal ada tempat kosong kat tepi, kalau duduk bukan kat tepi, aku tak nak...






Lepas tu aku gi lodging aku, aku tido...  Malam gitu aku lapar, so aku keluar kejap carik makan...So banyak kedai dah tutup, so aku beli ni je la makan...



Lepas tu berangan MURDERS IN THE RUE MORGUE... haha...




hah, ni masih foto kat Paris ni, kat mana tu tempat popular tu, aku lupa lak nama dia sekarang...La Havre kot? haha...lupa la....

hah nanti ada satu tempat tarikan baru.. La Canopee.. Besar giler, dah siap nanti konfirm cantik...






OK, ni pulak Republique...kawasan yang dah jauh la dari bandar Paris yang kita selalu imaginasikan..
tapi kalau korang nak tengok band rock yang korang suka main kat suasana panggung La Bataclan,
korang kena la gi sini....Alrite la....



Macam aku cerita, sorang2 naik sistem bawah tanah dorang, seram jugak ok... mintak maaf la ye tapi aku rasa tak comfy gitu, terutama bila aku salah arah, aku naik tren pergi arah bertentangan dan aku rupanya makin jauh dari kota Paris, dan boleh rasa....jenis penumpang dalam train tu makin berubah...makin mencurigakan...  tapi ni semua lebih pada mindset, aku tak tahu apasal, bila aku pakai selipar jepun, ngan aku meleser aku sangat rasa comfy dan selesa, mungkin kalau aku pakai kasut ke boots ke, mungkin aku macam kejong, tapi bila aku jalan meleser (walau backpack berat nak mampos), aku nye konfiden level tinggi,
so aku rasa paling penting, keselesaaan diri kita sendiri.

Aku mintak maaf la ye, tapi mungkin korang paham apa aku cakap.. kat sana bukan kita nye tempat...so lebih baik hati2...apa pun nyawa penting, keselamatan penting, pasport penting, tiket Iron Maiden dan tiket Hellfest penting, duit tentulah, kalau kena mug pun, harap2 dorang tak jumpa semua duit la, sorry la, haha, macam aku cakap, kita pergi satu tempat tu, kita ada pilihan di hati kita sendiri, Melancong? Atau Merantau Mengembara?? korang pilih sendiri....... aku harap korang paham apa aku berbual... tapi of course, kalau once korang pergi ngan love ones, of course tu lain cerita la... tapi tu pun, korang masih boleh buat style Mengembara.
Pergi pandai2 sendiri dan explore sendiri, ....PALING SANGAT BEST.

So ni semua kawasan Republique la..... Aku duk sini satu malam, giler korang lepas tengok Extreme main kul berapa aku nak balik bandar Paris.. takut siot... dah malam2 buta...

aku dengar cerita kawan kerja aku cerita dulu dia pergi ikut member dia jalan kat Paris la, abis tu kena samun malam2 kat Paris, aku nervous siot, dan dia pulak jenis geng baik, budak2 baik.... bukan jenis berani mati hentam kromo sebarang....

Sana, kira kalau sapa datang kat kau, mintak tolong, setakat dia mintak tunjuk arah pun, korang hesitate nak berenti dengar apa dia cakap atau tak?
pasal lepas tu nanti "polis" datang... dah dah dah dah dah dah dah dah...
semua tu sindiket....sindiket mampos tak mau, hidup susahkan orang nye sindiket la senang cakap.







OK, lagi apa aku tertinggal nak cerita, pasal aku nak habiskan ni 2014 ni nak abis dah...

So ni pemandangan satu gerai makanan Halal di Nantes, macam aku cerita aku ada satu hari tu Carcass abis main kul 2pagi kat Hellfest, aku sampai Nantes kul 4 lebih gitu pagi..
dan kedai ni masih bukak,





OK...

Aku tu hari aku cerita pasal Clisson semua bertumpu pasal Hellfest nye festival kan??

Tapi pada hari kedua, kalau korang baca "How to travel to Hellfest" tu, korang tahu kan, aku pilih tidur kat Nantes tiap2 malam,

So hari kedua, aku decide jalan kaki dari stesen keretapi Clisson ke tapak Hellfest...
aku tanya Mat Peranchis ni la...
Dia tunjuk aku, dan dia bawak aku ke tempat peninggalan kubu perang Clisson gitu.... Lama2 nye la peninggalan...
So aku dapat rasa la suasana Clisson ni.......
Mungkin untuk hanya pergi ke kampung Clisson ni tanpa Hellfest mungkin tak akan la kan?

Tapi ni la aku dapat menengok tempat ni yang antara rahsia di kampung Clisson ni.... yang aku takkan tahu kalau aku tak jejak kaki kat Hellfest.
Sama macam aku takkan tahu betapa indahnya Nantes, yang pada aku lagi best giler dan lagi Peranchis dari Paris.
Paris tu dah jadi macam pelancongan nye hub gitu, macam2 kulit kat sana,
So kat Nantes, aku rasa aku lagi rasa suasana Peranchis.
Satu orang suruh aku pergi Bordeux lain kali (sorry aku tak tahu spell), tapi aku rasa tak yah la, tu tempat wine, haha.








Ni pemandangan kampung Clisson dari atas bukit ni...



Cantik tau, korang tengok langit dia...bersimpang siuh kapalterbang semua.....nampak kan garis2 asap dorang...


OK la...

Pasal title ada Burning...

So last kopek....


Hellfest is Burning...



Wednesday, December 17, 2014

X Factor (1995) - Maiden

Korang tahu tak?
Dua hari lepas ni aku rasa bingit sangat..
aku scan thru je tapi aku tak actually baca suratkhabar, aku tak mau baca, aku tak mau baca sangat berita kat tenet. Aku sebak tengok berita satu dua hari ni...
Aku scan headlines suratkhabar dan internet..."ooohh noo, lagi berturut2 kat Australia dan kat Pakistan".. orang buat kezaliman,.. orang buat taik, tapi agama Islam kena terbabit lagik. Tak berenti2 tau...Tiap2 hari ada je.. Satu dunia la.. Kalau tak tempat sekian2 tempat sekian2 kalau tak dekat jauh, kalau tak hal ni hal tu.... Sebab tu orang tak hormat ngan kita. Pasal salah kita sendiri. Cukuplah ngan kecoh2 mata satu ke, kita kena usaha bukan borak je. Always Ingat... Nabi cakap "IQRAQ". DIa suruh baca... So nak baca, kena la gi sekolah... Dan sila jangan malas dan ingat Nujum Pak Belalang tu boleh jadi kat korang, kecuali kalau korang tersepak harta karun atau korang anak Raja. Kalau orang biasa, korang kena la usaha carik rezeki halal dan tolong jangan rosakkan bumi Allah. Ni bumi Allah punye. Segala rezeki pun Allah punye. Semuanya.
Cehhh korang jangan cakap aku macam bagus je kan?
Good can be found anywhere, everywhere... Walaupun dalam manusia paling jahat pun mungkin kita tak nampak, tapi mungkin ada kebaikan. Pasal dia tetap manusia. Kita semua sama. Macam Bon Jovi nyanyi "if you cut me down I bleed like you".. Good guys dont alway wear white ok!! haha.

Kalau korang tak minat Iron Maiden pun, korang tengok foto2 kat bawah aku tampal ni...Steve Harris ngan Dave Murray tutup aurat kat kawasan Masjidil Aqsa...



So dah depress buat apa? tambah depress lagik la.. (lawak bodoh). Dengar X Factor sambil bongkar balik apa2 pasal X Factor ni aku ada...
So.. dari album Led Zeppelin III yang roda dia boleh berpusing kat sampul dia tu KORANG DAH PAHAM BETUL?? OK PERGI KEDAI PERGI MAIN SENDIRI LP atau CD dia haha...

kita berpindah ke....

I DIG OUT the THE IRON MAIDEN X FACTORS collection I HAVE...These are some of them.... I also don't remember having some of these actually LOL!!

After photo taking session of my collection to have as a "modal" as something for me to talk-cock on this blog, I realise I got this autographed X Factor artwork collecting dust, so again re took the photo with this. LOL!!...




Zaman Iron Maiden X Factor. Dah takde Bruce Dickinson waktu tu, so tentu la sangat terasa dari segi perubahan ni.
Steve Harris pulak ngan masalah rumahtangga dia waktu tu. Apa aku tahu Dave Murray yang suruh "teruskan" waktu Steve Harris dah macam2 masalah kat kepala hotak dia dan dah nak fikir untuk berhentikan Maiden sahaja.
Bila buat album pun, Martin Birch dah bersara 100%. Penyani baru yang dipilih Blaze accident motor. So memang macam2 hal yang banyak tak menjadi untuk dorang waktu tu.

X Factor. X tu bukan sahaja album "kesepuluh" tapi kehadiran suatu yang kita tak tahu dan ada rahsia keistimewaan nya.

Album ni sangat gelap. Ni sebenarnya idea Steve Harris cuba nak buat kat Fear Of The Dark nye album tapi tak menjadi, dan idea tu lebih menjadi kat album X Factor ni dan memang sesuai la ngan apa jadi kat kehidupan dan karier mereka waktu tu.

Kat album X Factor ni banyak lagu "luahkan perasaan hiba, luahan terpendam, merayu mintak tolong, dan kebimbangan dan kegelisahan jiwa" gitu...
Korang bezakan semua lagu dalam album X Factor ni ngan tiga lagu Bsides yang dorang tulis tapi sebagai Bsides untuk single Man On The Edge.




THE JAPANESE VERSION OF X FACTOR IS A DOUBLE DISC WITH ALL THE BSIDES OF THE FIRST SINGLE AND AN ADDITIONAL BOOKLET OF SETLIST PLAYED IN DIFFERENT TOURS IN JAPAN AND LYRICS SHEET AND WHATEVER EXTRA STUFFS IN JAPANESE BESIDES THE NORMAL ONE.


Aku type ni, aku tengah dengar tiga lagu Bsides tu "Justice Of The Peace", "I Live My Way", "Judgement Day", yang memang lagi tempo lagi rancak dan kurang sikit dia punye persamaaan tema ngan lagu2 dalam X Factor.

Justice Of The Peace tak macam lagu Melayu hidup zaman dulu tu?
Semua rumah pintu bukak, semua orang jalan semua orang kenal satu sama lain...?


Album ni sendiri lagu pertama yang thorbaik, pembukaan berani mati lagu pertama terus 11 minit. Siap ada Gregorian nye chants lagik, ada slow dan solos instrumental antara paling sedap dan paling giler babi la Sign Of The Cross.
Lirik dia cantik sangat la "why is God still protecting me even though I dont deserve it".
Lord Of The Flies, sangat sesuai ngan Blaze. Dia je boleh nyanyi part "it brings out the animal...".
Man On The Edge, serious berbual hit single la lagu ni. Pendek dan catchy dan video clip kat padang pasir yang sangat pengsi.
Fortunes Of War. Aku suka sangat lagu ni. Aku suka sangat aku suka bukak besar2 intro dia.
Sedap sangat walaupun puaka nye Blaze nyanyi live kat satu bootlegs tu aku rasa yang Glasgow nye show boleh liriks berterabur, bastardnya audience semua nyanyi betul haha.
Album ni Steve Harris memang master.
Selain Fortunes Of War, dia punye intro Blood On The Worlds Hand. Live pun nanti dorang keluarkan acoustic bass untuk dia main intro lagu ni. WALTZ lagu ni. Lagu ni aku bayangkan orang2 kaya joget kat ballroom buat Waltz tu... hah...
Judgement Of Heaven lagi satu lagu terbaik. Sedap dan lirik dia bermakna sangat. Tapi Maiden tak bawak lagu ni live. Tap Blaze secara solo bawak. Ni pun lagu aku paling feberet.
BILA BLAZE JERIT "YEAARGHHH!!". menusuk kalbu aku...Giler la lagu ni aku paling suka... Betul2 lagu ni sangat bermakna dalam kehidupan aku. Semoga Allah mengampunkan aku. Serious berbual ni lagu boleh kasi aku menangis kalau kena sesuai keadaan nye haha..
Aftermath ialah lagu perang. Edge Of Darkness tu ialah buku cerita perang Appocalyse Now nye filem wayang tu. Filem perang Vietnam yang aku tak paham!! hahaha Banyak sangat berbual dalam-dalam nye cerita. Sorry tak tahu eja Apokolips omputeh. Yang cerita helicopter perang banyak2 Ride Of The Valkries tu.
Lagu2 slow, lagu2 yang tunjukkan Maiden dah makin berusia, makin matang.
2AM, lagu yang ramai dari kita la boleh paham isi kandungan lagu ni.. tentu pernah melalui apa yang nak disampaikan kat lagu ini...... Lagu terus terang nye berbual la kira hahaha.
Look For The Truth,  intro dia mengcengkam jiwa aku, Aku macam nak nangis tau dengar intro ni kadang2, macam sedih sangat gitu... I mean korang sesuaikan situasi lagu ni ngan apa masalah korang waktu tu haha, suka tiba2 slow then laju huhu, tapi bukan ke lagu Maiden banyak gitu haha, dan......last kopek lagu Unbeliever, aku suka Nicko kat lagu ni haha.



BOXSET FOR THE FIRST SINGLE MAN ON THE EDGE WITH POSTCARDS AND THAT IS THE LORD OF THE FLIES CD SINGLE. I REMEMBER SOMEONE IN ARGENTINA SENT ME THIS AS A GIFT. 
Como Estais Amigo even though I already forgot your name and also dont know have your contact anymore.
Sorry my limited vocabulary is just that. LOL!!

Aku rasa korang tentu kenal album ni, mungkin ada tak kurang suka, mungkin ada suka... tak kesah la kan, tapi fikir balik.... sapa sangka segala pergolakan zaman tu, dan akhirnya Maiden macam gini sekarang....

Aku boleh agak la dorang enam ni sekarang ni semua banyak bersabar. OK la, Steve Harris ni degil sampai bila2 haha. So aku rasa Adrian Smith terutamanya aku rasa banyak sangat bersabar.
Pasal aku rasa, kalau ada pergolakkan lagi dalam band ni, Tentu rasa rugi sangat dorang berenam ni. Jadi mungkin dorang cuba sepakat bermuafakat gitu...

Aku harap segala khabar angin Maiden dalam diam sebenarnya dah habis rakaman album terbaru mereka kat Paris tu semua betul...
Memang betul tu hari satu dunia sapa minat sukan tennis semua tahu Adrian ngan Nicko pergi tengok perlawanan tennis yang ada tunjuk mereka kat tempat penonton..
tapi speku mungkin dorang berkumpul nak tulis lagu je...
tapi rasanya dalam diam mungkin dorang dah rakam semua...

Paham2 la style Maiden. Ikut tok nenek dorang nye nak buat segala benda dan tak buat segala benda yang peminat2 harapkan.



The First single Man On The Edge 12inch picture disc that also carries the huge poster that you see I layed all these items...
Also... The X FACTOR TRANSPARENT DOUBLE VINYL.
its a beauty...




Akhir sekali apa ni gossip2 Maiden nak bayar balik Jepun pasal dah lama tak main Jepun terutama pasal Tsunami tu hari dorang kensel pada hari kejadian waktu kapalterbang dorang nak landing kat Jepun tu...

kalau dah pergi Jepun....maknanya.....boleh singgah sini........................ HURAAAYYYY!!!!


Cehhhh berangan berangan....

Takpe takpe tolong la buat awal 2016 tolonglah.......   haha. Aku belum ready la 2015 haha.

Dan ni kali tour album baru....cukup2 la History2 ni semua.....




In conclusion, this is the two photos I really like of Maiden on their X Factour Tour Programme.
Posing on the streets and lanes of Jerusalem,
And a photo of dome at the area of Masjidil Aqsa in Baitulmuqaddis. Behind is the Dome Of The Rock, which is NOT Masjidil Aqsa.

STEVE HARRIS IS COVERED UP. 
" MENUTUP AURAT". 

DAVE MURRAY CHANGE TO LONG PANTS. 
"MENUTUP AURAT".






IRON FUCKIN' MAIDEN IS NOT PERFECT. LAZY BASTARDS who dont want to try out their own songs live... WITH A HISTORY OF LACK OF AND NOT FOCUSSING ON QUALITY CONTROL LOL!!!

THEY WILL NEVER GET MASS MEDIA APPEAL AND COVERAGE THAT OTHER ROCK AND METAL BANDS GET.


But that is one great thing about it....


So we fans can have more of them to our selves...

And its so exclusive isnt it...

You either "GET" Iron Maiden.. or you don't get it.


Simple.

Up the Irons. Best Band In the World... EVER!!!