Friday, February 27, 2015

Uli Jon Roth' SCORPIONS REVISITED - Double CD (Korean Pressing)

This is my review and opinion on Uli Jon Roth Scorpions Revisited 2cd. I will intro in Malay language then I’ll talk cock a bit in English.




Satu dua minggu ni untuk yang korang kat Singapore memang best la kalau korang jenis kerja waktu pejabat. Tadi Uli Jon Roth ok (aku ni kat mana sempat buat blog kat situ la aku buat, ni start malam tadi pakai tablet sekarang baru nak tampal gambo dan post, aku still masih cuba KAWAL WAKTU  semula kerana perubahan sikit dalam aku pergi carik rezeki, so kalau semenjak dua menjak blog aku banyak typo atau ayat yang tak betul atau berulang harap maaf, langsung takde QC dah... tapi masuk internet buat blog, is something relaxing and enjoyable buat aku... pasal ni peluang aku SYOK SENDIRI), 
nanti awal March pulak Nathan East. Nathan East korang kalau tak familiar dia bassist yang famous amos dan main untuk band2 musician2  top guns gitu. Kalau korang tengok dvd TOTO 35th Anniversary Live In Poland, yang bassist asyik tersenyum kulit hitam tu dia la. Oooo Kayyyyy kalau TOTO panggil dia jadi bassist dorang untuk main live tour tersebut...  Well....... 

TOTO Please come to Singapore & Malaysia this year...I will skip work just for you!!. But sorry I will not skip work for Uli Jon Roth LOL!! Walaupun aku nak tengok sendiri dia punye SKY..... tu

Aku betul2 nak gi tau ni dua event, tapi DAMN!!! (Aku dah angan2 nak Nathan East sign Blue Ray Toto Live In Poland aku dan aku nak Tanya dia “Please share how it feels playing with TOTO everynight?” Cehhh!....) Aku kerja shift malam ah dua2 hari dorang dua ni beraksi. Dah bulan Januari aku dah miss Steve Lukather... Toto nye guitarist pun datang sini main tu jam.

Kerja lagi important la siot... Giler babi ah aku kalau asyik enjoy je cam takde tanggungjawab.. Ceehhh WAAH!!! Berbual tak agak haha.





OK, walaupun kita tak dapat menengok Uli Jon Roth depan mata, tapi... kita boleh dengar cd terbaru dia. Double CD ok, SCORPIONS REVISITED. Kalau nak beli original beli cetakan Jepun atau Korea. Ada satu lagu extra, benda2 gini kita kena carik paling “value for money”... I’ve Got To Be Free, dari Taken By Force la kot... haha. 

Cerita Scorpions Revisited ni dari booklet yang macam Novel panjang, UJR nye kawan2 suruh dia main balik lagu2 zaman Scorpions dia yang dia join jadi ahli 40 TAHUN dahulu. Jumlah semua dia main dan nyanyi sikit2 untuk Scorpions lima la kan kalau dah campur Tokyo Tapes. Oooo... dia kutuk jugak Tokyo Tapes la siot. Dia cakap Mixing tak bagus. Dia heran cammana Tokyo Tapes boleh jualan tinggi dia bilang kat master tapes rakaman Tokyo Tapes tu boleh buat mixing balik yang hebat... Tu pasal dia nak pastikan album dia buat ni dan mixing untuk Scorpions Revisited lagi terbaik dari mixing Tokyo Tapes. 

Cerita panjang lebih ok proses mixing ni, dia mintak tolong kawan dia buat pasal Uli Jon Roth nak kena tour pasal dorang dah kena booking awal2 buat Tour Eropah waktu nak mixing tu. Dia cakap la sekarang dia nye band pakai tiga guitarist jadi dia dapat sound lebih baik pasal Scorpions kalau live main Cuma dua gitaris je, jadi susah nak dapatkan bunyi lagu yang dia nak. Dorang ambik dua hari buat rakaman ni...

OK, so mula2 dia rakam2 live satu dua tahun lepas lagu2 Scorpions ni tapi dia tak rasa best sangat, jadi dia dapatkan balik pentas yang Scorpions zaman dulu berlatih dan tulis lagu waktu zaman 70an dulu. Sekarang pentas tu ialah sebahagian sekolah, dan guru besar sekolah tu ialah bekas keyboardist Scorpions waktu mula2 Scorpions berpecah kemudian bercantum kembali ngan Dawn Road lepas Michael Schenker pergi masuk UFO. (Anyway, aku dah kemaruk UFO yang zaman sekarang nye, lepas aku tengok dorang main Donington 2013, GATAL SANGAT AKU DAH NAK BELI ALBUM TERBARU DORANG PADAHAL KENA BERATUR ADA ALBUM LAIN LAGI DARI DULU AKU TUNGGU GILIRAN BUDGET MENYAMBAR ALBUM2 ITU.)

So UJR siap dapat penyanyi yang dia rasa boleh nyanyikan lagu2 lama ni semua... ye la Klaus Meine sapa boleh lawan kan. Then dia cerita la semua rakaman live, tapi Cuma tanpa penonton je, dan ada lagu dia sekali main terus dah ok, ada lagu lak main berapa kali then UJR pilih versi mana...... Terus terang aku cakap... ni album terbaik. BELI YANG KOREA LA... murah2 dan ada lagu extra. Jepun nye pressing mahal la.....





Macam korang boleh tengok kat timing lagu2 ni, ada lagu yang waktu dia dah berubah contoh cam Dark Lady, ni lagu pendek terus hah kau dah jadi 8 minit lebih,  pasal Uli Jon Roth nye band ada improvisation dan jam. Apa pun, setiap lagu nye melodi dan apa yang kita semua suka pasal lagu2 Scorpions zaman UJR tu semua tak diusik tetap sama... tetap seronok!!! Tetap syok sendiri...!!

Aku dah berapa kezaman tak dengar lagu2 Scorpions zaman ni, tapi senyum sendiri la. Tadi gi kerja, kan aku nak gi kerja tempat baru sekarang 2 jam ok, naik train, naik bas, jalan kaki.. tapi dalam perjalanan pasang mp3 rip lagu2 ni rasa sangat best... KENANGAN MANIS LA NI SEMUA KAN... Korang ingat tak waktu korang budak budak kat kampong...darjah satu darjah dua...dengar In Trance pertama kali..... 

OK la, of course banyak lagu yang aku suka jugak takde macam Speedy’s Coming takde... Fly People Fly takde...Top Of The Bill takde, Backstage Queen Takde, Hes A Woman Shes A Man pun takde... Born To Touch Your Feeling pun takde...bayangkan berapa banyak sangat lagu sedap2...  tapi tak kesah la.. apa yang ada ni dah happening.. Sekarang lain kali tunggu Scorpions Revisited part II lak, aku rasa DVD live pulak...




.
.
.
.
.
.
.
CHANNEL 5 now...
.
.
.
.
.
.
.


The Japanese and Korean versions of Scorpions Revisited contain an extra song. So its a better deal I guess. Definitely this is a very good buy for me. Unforgettable Songs that everyone of us loves so much is revisited beautifully and wonderfully, and Uli Jon Roth got a great singer to do Klaus Meine justice LOL!!!
The breakdown based on albums, without being too PEDANTIC,

Fly To The Rainbow Album – TWO songs
In Trance Album – SIX songs
Virgin Killer Album – SEVEN songs
Taken By Force Album – THREE songs
Tokyo Tapes Album – ONE song
Instrumental Improvisation – ONE song

So there you have it 20 songs. The improvisation is the Rainbow Dream Prelude which is a very nice acoustic instrumental by UJR before transforming into Fly To The Rainbow.



The booklet that comes with the double cd has a wonderful essay by Uli Jon Roth detailing the start of the idea to celebrate his 40 years joining Scorpions by doing this album, the in-depth details of “making of this album”, the story of how the recording stage that Scorpions used to rehearsed and write songs were used again, the usage of singers, usage of Three guitars and keyboards compared to how Scorpions sound live when he was in Scorpions, the mixing process, and lots of things..., they took 3 days, some songs were done in one take, the rest played a few times and he select the best, how this album is played live but without an audience.. and many more things...

Few of the songs itself, as can be seen,such as Dark Lady and Sails Of Charon has a clearly extended timings due to improvisations but the songs remain how we remember them.
This is a wonderful double CD. I really love it...


Tuesday, February 24, 2015

OXFORD, England - (tempat yang cantik dan menarik) - Discovering it by day and night (Part 2)

WARNING – As usual lots of Photos. Also I will talk cock mostly in Malay language with a bit of English in between. 

Aku akan abiskan semua pasal OXFORD kat posting kali ni ok... Ni posting sangat panjang. Harap korang enjoy dan macam aku jugak, korang pun semoga dapat benda2 yang bermanfaat dan ilmu.

OK, kalau kita mulakan part 1 (http://deaf-angel.blogspot.sg/2015/02/oxford-england-tempat-yang-cantik-dan.html)  ngan peninggalan tapak dimana Ketua Paderi agama Kristian Protestant Archbishop of Canterbury dibakar hidup2 di Oxford oleh Queen Mary (Bloody Mary) yang agama Roman Katholik 500 tahun dahulu,

maka ni kali kita mula ngan bekas Presiden Amerika, Bill Clinton.
Korang tahu cerita tak masa Presiden Bill Clinton sekolah kat Oxford dia experimen ngan Marijuana / ganja. Dia tak nafikan cuma dia cakap dia “smoke but not inhale”. Korang intepret sendiri la apa dia maksudkan. Ni tempat dia buat benda tu - kat satu pub kat lorong ni. The Famous Turf Tavern di lorong St Helens Passage. Tagline dia kat sini An Education In Intoxication”.


Dia bawah jambatan ni...lorong tu...




Di pub ni jugak... bekas Perdana Menteri Australia Bob Hawke pernah pegang rekod dunia menonggang beer arak untuk kategori berapa liter ntah dalam waktu tercepat. Aku rasa rekod ni dah pecah kot?

OK macam aku cakap kat part 1, jambatan kecik kat atas ni ada cerita, cerita nye, kawasan  Universiti Cambridge ada sungai2 mengalir, jadi dorang kena la buat jambatan2 untuk seberang sungai2 tu kan? Tetapi Universiti Oxford takde sungai,pasal dorang dua kan musuh ketat tak mau kalah gitu, so nak ada satu jambatan jugak, maka jadilah jambatan ni.. Kecoh ok, boleh si guide yang bawak kita ludah kat lantai bila sebut nama Cambridge. Dia memang ex pelajar Oxford guide kita tu. So memang all the details dia tahu la selok belok pelik2 apa2 gossip ke hapa ke.

Banyak jugak la Oxford guide yang kita ikut tu cerita pasal Perdana Menteri2, pemimpin2 semua,

OK, satu foto yang sedap mata memandang.. aku nampak ni - “Oxford Centre For Islamic Studies”.




OK, makanan, bila kita orang nak gi Lunch, memang la beberapa gerai dan kedai Halal kita orang jumpa. Tapi takde kedai melayu la. Tapi ada satu kedai arab ke hapa ntah, ada nasik minyak gitu.. Sedap giler. Dah la kebulur dan sejuk giler. Tapi biasalah korang tahu la kan kedai2 kat England semua sempit, so semua diri tunggu giliran dan duduk berderet makan atas bangku tinggi kat meja semua mengadap tembok. HAHA. Sorry tak ambik gambo makanan kat Oxford kot, terlupa dan kebulur.
Tapi kat gerai2 gini betul2 kat tempat bas ekpress kita orang naik punya perhentian pun ada makanan Muslim / Halal, kat sini tandas semua cukup...




Dan waktu kita explore2 tu, korang tengok notis sini kat salah satu librari/perpustakaan/khutubkhanah di sana
(cehhh melayu aku tiba2 menakjubkan!!! haha...aku dah bilang, aku gi Oxford ni tu hari aku ada rasa pandai sikit maklum tempat orang pandai2, jadi tentulah oxygen2 orang2 pandai ni sedut, aku pun tersedut sama gitu tak? haha......, tapi kejap je la, malam naik bas ekpress keluar je dari Oxford, terus dah dumb and dumber balik dah haha,

“Please Walk Quietly Here, People Are Studying” lol!!!. Ha ah eh, ni kan tempat orang tengah sekolah tinggi.



Schola Naturalis Philosophiae..  cehhhh terbelit lidah nak sebut..
Radeliffe tu penting tu, guide tu ada cakap tapi aku tak ingat la.




Librari ni memang beratus2 ratus2 ratus2 tahun dahulu kumpul setiap buku dalam dunia penulisan Inggeris. Aku cuba nak pahamkan dan masuk dalam kepala hotak aku, tempat ni dah beratus2 ratus2 tahun lamanya.


Anyway ni bangunan library yang bahagian ni, masa dibina ada EMPAT peringkat, ikut lain2 tema. Kan macam ratus2 tahun dahulu ada Renaissance la, Gothic la, apa la..
Tapi aku dah lupa lak....Makin tinggi empat bahagian ni makin complicated...seni dan pengaruh dia la.

Suka la aku pasal aku suka baca. So ni tempat dah beratus2 tahun nye librari gitu.
Mungkin satu hari nanti dapat pergi Egypt, so nak gi tengok Universiti tertua dunia kat sana pulak ye tak? Al Azhar gitu kan? Tentu macam2 menarik ye...

OK, korang jangan cakap aku Yo-Yo-Oh ke hapa ke macam perasan bagus gitu nak pergi kembara tengok2 universiti sana sini, tapi aku selalu fikir ILMU untuk semua siapa2 pun kita dalam dunia ni. SERIOUSLY.. Iqra'. Itu important concept ok kalau kita renungkan, Rasul kita tak tahu membaca kan? Tapi Malaikat cakap Bacalah dengan nama Tuhan mu. So... semua kita just try to follow the concept la sapa pun kita dalam dunia ni.
Apa nak malu, aku pernah kerja daily rated security guard je, tapi aku pergi library aku pinjam buku apa ntah omputeh nye tebal2, malam sambil jadi JAGA, aku baca buku tu. Aku jaga kat town satu bangunan ni la, so pekerja2 professional kat situ lalu semua tengok aku baca buku omputeh tebal2, memang aku security guard kerja 12 jam, terus gaji masuk untuk hari tu, dan dorang semua pekerja kolar putih, 
tapi aku tak membiarkan status aku di mata masyarakat sebagai tukang bukak gate kereta2 mewah continental untuk menjadi halangan untuk aku kejar ilmu. OK, bukan ilmu sekolah yang dapatkan aku sijil untuk carik kerja best, tapi ilmu tetap ilmu, rezeki lain, rezeki tangan Allah berapa gaji kita dapat. Tapi ilmu, takde sapa boleh curik ilmu, sebaik kita dah dapat tangkap ilmu itu.



OK Library tadi kan, sebenarnya ada terowong rahsia bawah tanah. Dikhabarkan, pasal Oxford ni dah beratus2 ratus2 ratus2 tahun lamanya... ada sistem terowong yang sangat canggih dibuat oleh pelajar2 dari zaman dahulu lagi bersambung2 satu bangunan ke satu bangunan.
Memang canggih budak2 sekolah kat sini la, sejak beratus2 tahun dahulu...
Ia berhubung kat bangunan ni yang sangat cantik. Macam nak tengok angkasa gitu nye bangunan...

One of the vast secret tunnels of Oxford is from this circular building which looks like an observatory that leads to the Bodleian Library.

OK rehatkan otak kejap, korang tengok padang2 sukan dorang...dah la cantik2 padang2 dia...besar2 lak tu.... Ni yang dekat ngan foto2 aku tampal Pt 1 yang banyak pokok2 tu dan ada pokok tumbuh sambil melekat melekap kat tembok bangunan2 sekolah2 Oxford ni...



OK pasal kita orang sampai dalam sebelum tengahari gitu, so kita memang nak join ni Free 2 hours
Tour.
Untuk macam kita yang tak tahu apa2 pasal Oxford, tempat ni istimewa ialah, kalau korang jalan sorang2 explore sendiri aku rasa susah pasal pertama sini semua banyak sekolah institusi tinggi yang semuanya University Oxford, jadi macam mana nak explore dan jugak tak tahu significants dia, jadi kena ikut guide so siang hari tu kita ikut ni la..



Tapi memang terbaik ok, Free, (PER. Korang tahu PER apa? Bukan sahaja Mertesacker ok. Tapi Percuma la) tapi yang guide kita ialah budak sekolah sana yang dah abis belajar. So memang dia tahu la kan, ni tempat dia. Abis 2 jam tu, kalau korang suka, atau nak sokong dia korang kasi dia la duit, tips gitu. Nak kasi kasi, tak nak kasi dah. Aku wakilkan love ones aku so aku kasi dia 20 pounds. Aku rasa dia deserve it la. Dia berikan aku dan love ones aku ILMU yang mungkin kita takkan tahu kalau dia tak kongsi sama.
(Anyway, ada yang lain pun buat tour tapi berbayar, tapi memang yang FREE ni ialah terbaik.. dan memang terbaik la aku tak bedek)

Apa pun, tour guide kita hari tu sebagai seorang bekas pelajar dari Oxford University, mamat ni bukan orang sebarangan ye tak? Mesti dia disegani apabila perlu untuk dia menunjukkan kebijaksanaan dan kepintaraan dia dan kepakarannya.


OK, ni dia bawak gi satu Pub ni nye luar dipanggil BEAR. Korang tahu, beratus tahun dahulu pub ni ada kandang untuk perlawanan antara beruang2 ganas dan anjing2 ganas. BRUTAL kan? Bears lawan dogs. Dan Bear ni tempat ni kecoh pasal nanti tuan punya dia akan gunting sapa2 pakai tie, tali leher dan dia gantikan ngan minuman beer segelas. Dan tie2 tu semua ditampal kat tembok. Sorry aku tak ambik gambar koleksi tie2 sini.

OK, ni pulak, korang tahu penulis CS Lewis? Yang tulis Narnia? Buku cerita budak2 dan jadi wayang tu semua...
OK diceritakan, waktu dia dan Tolkien, ok la ni kalau aku salah dengar aku mintak maaf, waktu ni CS Lewis dan Tolkien (penulis buku Lord OF The Rings) nak pergi minum kat pub ni... (pintu dia yang bawah ni, CL Lewis toleh kanan dan nampak lampu ni...



Maka tercetus idea untuk Chronicles of Narnia. Apa yang ada kat lampu ni, hanya pembaca2 Narnia je mungkin paham. Harap aku dengar betul la, kalau salah, Ampun.. haha. Tapi betul la...  buat apa aku nak temberang kat korang.

Tu la aku terkejut beruk bila kat Oxford ni, banyak2 dan macam2 benda ada kena-mengena ngan tempat ni. Alice In Wonderland paling aku kagum...ditulis pun oleh orang kat sekolah Oxford ni seratus lebih tahun yang lalu... dan terus Queen Victoria terbabit dan terus pasal buku Algebra dia buat Queen Victoria mengamuk....
.. Kumpulan Iron Maiden pun terbabit ok, sikit2.. SABAR ni nanti nak abis aku cerita...


tarik nafas...sambung...


OK yang ni pulak aku tak tahu apa nye institusi la pintu pagar ni kat belakang dia, tapi ni memang champion la, dorang kat dalam tukang Berfikir ke hapa ntah...
 tapi paling susah giler nak masuk... Tiap2 tahun orang2 paling pandai dalam dunia nak masuk kolej ni kehapa la...kena ambik periksa.... kalau dapat masuk, satu orang, dua orang je setiap tahun.
Tapi ada tahun, langsung takde orang dapat masuk. Aku masih ingat guide tu cakap, ada satu peperiksaan nak masuk institusi ni, topik dia ialah “WATER”.
Jadi korang tulislah apa pun korang nak pasal air (Ayer) air kita minum tu...., tulis la dari segi sudut apa pun korang terfikir pasal topik air (water). Nanti dari situ, tukang cek kertas tu akan tahu kepala hotak korang cam mana. Giler babi betul...




OK, pasal best sangat, dah petang pun kita tak balik London, stay je la lagi... so kita sambung join GHOST TOUR pulak, Tapi untuk aku, Ghost Tour sebagai Nasik Tambah kepada apa yang budak Oxford cerita siang tadi...
Pasal bukan sahaja dia banyak cerita dan bawak tempat2 berantu la kononnya, dan memang dah senja dan malam memang rasa AURA SERAM tu, tapi dia pun cakap jugak pasal banyak info2 yang terbaik la untuk kita semua. So memang berbaloi la..



Korang tengok...nanti streets takde orang tiba2 ada orang ni dari jauh datang macam gini..
Aku mati2 ingat dia prop untuk Ghost Tour ni haha.... Rupanya ntah dia nak balik mana ntah....
Silap2 sini dia pendidik atau orang bijak pandai Oxford kot. Sapa tahu kan?

macam aku cakap kat Part 1, kan sini kan orang kampung beratus tahun dahulu benci pelajar2 Oxford ni mungkin kan dulu yang boleh masuk OXFORD ni golongan bangsawan je, keluarga2 kerabat diraja, so orang2 kampung ni satu hari pasal ada sedikit selisih faham terus ramai2 serang dan bunuh ramai2 pelajar2 ni ngan alat2 pertanian mereka, tu la cerita perut2 budak pelajar2 tu semua terburai semua... Dahsyat la kan...63 pelajar mati... beratus2 tahun lepas nye cerita la.... Kat kawasan jalanraya street ni la...



Terang2 la pakai alat pertanian dan ladang semua tajam dan besi keras tu semua...

So then Raja England King ke sapa ntah, tak puas hati kan, pasal macam aku cakap zaman tu pelajar2 Oxford ramai semua anak2 pembesar, anak2 bangsawan dan orang2 kaya, so King ambik tindak balas. Ntah beratus tahun sampai baru2 ni jugak la, dah berhenti amalan, wakil Oxford nye penduduk kena baring mintak maaf setiap tahun depan sapa ntah...

Jadi, diceritakan banyak hantu la kan tempat ni, dah la paderi2 pun kena bakar hidup2.. hah, so ni kita ikut dekni...
OK la, tak ramai orang join, so enjoy la kan... Walaupun memang kadang2 tu rasa seram... Pasal street scenes dia bila dah masuk malam kat lorong2 ni senyap... tiba2 ada satu orang lalu, ala...kalau korang tengok cerita macam Exorcist gitu...street scenes dia haha.




Lorong ni pun berantu, ada satu awek ni zaman dulu la, tunggu boyfren dia dari Peranchis, seorang tentera, then boyfren dia mati masa perang, so awek dia tunggu dan tunggu, sampai sekarang..tu pintu rumah awek tu la...   Jadi kadang2 nanti nampak hantu awek tu merayau2 kat lorong ni tunggu mata-air dia...



OK ni salah satu dewan peperiksaan Oxford.




Bayangkan ukiran dia kat luar cam gini zaman2 dulu, yang tak pakai topi tu tengah ambik periksa, yang pakai topi tiga tu tengah uji dia la..  .

Ni masa Ghost Tour la, Guide kita banyak cerita2 termasuk pasal tempat ni. Menarik la kan



OK korang tengok dekat2 besi2 tu ada cam ular ke naga kan? OK, tu semua ialah pasal nanti kasut korang lumpur ke kotor ke so korang hentak2 tendang2 kat situ dulu buang kotoran. Stylo la kan.



OK ni pulak salah satu ukiran dekat salah satu bangunan.. Aku dah lupa, ni intepretasi Hari Kiamat untuk yang buat ukiran ni. Dah lupa la... setiap satu karakter tu wakilkan sapa.. Kalau dah lupa, nak cerita pun tak best la.


OK takpe..., ni pulak dewan besar dan kawasan untuk pelajar2 Oxford mulakan persekolahan kat sini, dan jugak bila Graduation..

Rasanya kalau korang atau love ones korang sekolah kat sini, sini la tempat hari pertama berkumpul dan bila korang abis sekolah dapat sijil pun kat sini la kot...




Semua ucapan dalam bahasa LATIN ok kat dewan ni. Giler ah... Terbaik kan tempat gini? 




Korang pernah tengok cerita filem Braveheart, hah filem ni ada cakap Latin kat berapa tempat contoh masa hero si Mel Gibson berbual ngan awek Scotland dia, tu dia cakap Latin la kot? haha. 
-Iron Maiden pernah pakai anything Latin tak? Hummrrrrmmm something to ponder. Otak aku tengah jam sekarang tak boleh fikir...
-Arsenal punye crest lama sebelum dorang terbalikkan cannon tu "Victoria Concordia Crescit" kan? hah... Tu ialah LATIN jugak. Victory Through Harmony.
Cehhhh....
Kat kawasan dewan ni jugak, korang peminat Harry Potter, atau mungkin Lord Of The Rings atau mungkin Narnia Chronicles boleh nampak la unsur2 reka bentuk bangunan2 ni pintu2 mereka, ukiran mereka...,






Dan macam Harry Potter nye filem nabshot memang tiru Oxford untuk menggambarkan filem mereka.. So memang guide tu cakap Bila musim Summer, peminat2 Harry Potter semua pergi Oxford explore dan explore dan explore tempat Oxford ni..




Dan macam aku cakap, dining hall dean Hogwarts ke Hardwicks didalam Harry Potter nye filem patut nak difilemkan kat dalam bangunan2 yang ini tapi pihak Universiti Oxford tak benarkan untuk pengfileman, jadi dorang kena buat sebijik sebesarnya dewan2 ni kat studio dorang.






Ni atas ni.. Gereja dah beratus2 tahun tau, hah, Gereja ni pun berhantu jugak dorang nampak satu pompuan zaman dulu mundar mandir pasal suami dia skandal dengan satu pompuan Royalty la, dorang pun memang orang2 bangsawan gitu...so wife dia bunuh diri ke hapa ntah...
Masa siang hari nye tour kita tak masuk, tapi masa malam nye tour Ghost Tour kita short cut masuk, kat dalam ada persembahan Mozart sey.. Dahsyat. Aku tahu pasal ada notis cakap "Mozart" kat pintu gitu.






OK, korang tahu William Shakespeare penulis sastera yang dikagumi tu kan, ok kat Pub ni (warna putih tu) la buat pertama kali dalam sejarah beratus2 tahun dahulu... ..
Pementasan cerita HAMLET dipersembahkan luar dari pentas dewan Shakespeare.



Dan korang sini yang minat IRON MAIDEN, kalau korang dengar/tengok dvd/ tengok live kalau dorang intro live version lagu Dance Of Death pakai intro tape iaitu

There are more things in heaven and earth, (Horatio), 
Than are dreamt of in your philosophy. 

Hamlet (1.5.167-8), Hamlet to Horatio


Yes, itu adalah William Shakespeare's HAMLET nye quote.
Bayangkan beratus tahun dahulu pementasan dah guna quote tu, dan Iron Maiden masih pakai quote sama untuk pementasan mereka jugak.
- Kita boleh dapat ilmu dari mana2 sahaja.


(dulu aku sekolah menengah, Ada subject Literature so kita pakai Shakespeare jugak tapi buku "Julius Ceasar", so ada part Soothsayer warning Caesar kan "Beware the Ides Of March", so teacher berenti kejap tanya kelas la "what is Ides Of March".
Yang budak2 Melayu of course tahu jawapan la..."Iron Maiden...!!!".)

Jadi aku harap korang boleh pahamkan betapa aku happy pergi sini pasal aku betul2 dapat tengok semua main sejarah beratus ratus ratus tahun je semua.
Aku rasa aku rekemen la kalau korang nak explore England, korang gi Oxford.

Mungkin musim Summer mesti ramai orang pasal peminat2 Harry Potter mesti ramai datang punya nak explore tempat ni nak lihat segala reka bentuk bangunan2 ni semua..
Tapi tak kesahlah aku mula2 ingat Oxford ada apa sey? Universiti, Oxford United dan macam Berteromber cakap tu kotak tin dalam ada compass dan alat buat kira geometry set tu semua kan, aku dah lupa kotak besi tu tau baru teringat balik...
Macam aku cerita Mula2 aku dalam bas, bila dah nak masuk Oxford aku dalam bas terjengok2, aku tercarik2, mana satu satu sekolah ni yang orang asyik cakap University Oxford ni?? Rupanya satu bandar ni ada berpuluh2 kolej dan bangunan2 beratus2 tahun dan ni semua ialah University Oxford.

OK, ni dah malam buta ok, balik London dalam Bus. Cam aku cakap post lepas korang jangan bimbang, bas ni banyak service ni si Oxford Tube ni.


OK nanti sambung, aku cerita pasal macam2 lagi la, East London, Hackney, Upton Park, Portsmouth, dan jugak kesenangan dan kemudahan gunakan bas awam dorang untuk kita naik bas gi tengah2 kota London untuk jalan2 dan tengok Thriller..
Dan of course segala makan2 kat kedai masak2 sendiri etc etc etc..

ok last kopek, aku ambik foto banyak ok, tapi aku pilih sikit je la buat blog ni...
so ni lagi belen sikit2 aku dah edit so enjoy last few pics...








Pasal Winter kan

So pokok2 dia semua memang mengerikan gitu haha....








Dan no... 
aku tak nampak stadium bola Oxford United.