Monday, February 9, 2015

OXFORD, England - (tempat yang cantik dan menarik sangat) - Discovering it by day and night (Part 1)

(Warning Lots of Photos posting). I will talk cock mostly in Malay language with some talk cock in English in between....
Korang semua jangan jadi "selenger bacin" macam aku, aku dengar Oxford dari better half aku, aku cam Oxford? Ada apa kat Oxford? Aku tahu Oxford pasal dua benda je, Universiti terkenal tu ngan Oxford United nye team bola. haha.
Tapi pasal dah terpengaruh sikit2 pasal daerah Cotswold tu tengok drama2 zaman Queen Victoria dulu2 yang dibikin oleh BBC, ok ni yang ketiga la ye...

Hah, kau, memang aku tersilap...  OK kita mula ngan keganasan yang tak disangka2 la untuk aku..
Kat tempat cross tu ialah sekitar 500 tahun dahulu, paderi agama Kristian Protestant Archibishop of Cantenbury - paderi Protestant nombor satu di England dibakar hidup2 oleh QUEEN MARY. Tu jam ada perselisihan pendapat yang memang dramatik antara kepercayaan Prostestant dan Roman Catholic dan pasal tu jam Royalti yang berkuasa boleh buat apa dorang nak... So.........
Hah... Oxford dulu pun pernah jadi ibu-kota England... 
Dari cerita yang disampaikan, memang penuh suspens upaca pembakaran hidup2 pembesar2 paderi Protestant di tempat zaman dahulu tu...


The Cross or X marks the spot where the Archibishop of Cantenbury and his two assistants were burnt alive by Queen Mary. I better not delve on the two different religious aspects too much..

OK, mari kita kembali ke suasana aman damai... sopan santun dahulu....
Ni Winter...suhu dalam 3 darjah? 4 darjah? gitu la....
Aku rasa je la... memang sejuk giler...

Tapi pasal aku yang terover rasa seronok bila aku mendapati Oxford ni best, maka aku tak rasa sejuk sangat.



Tengok gitu macam, eh, budak2 tu empat orang tu budak2 pandai sekolah kat sini la ye? entah eh..haha.




Aku paling suka ni dua foto ni atas bawah, pokok2 tu tumbuh dan melekat gitu kat tembok bangunan ni.... Mungkin tak tahu dah berapa lama fenomena yang sangat cantik ni terjadi la ye....... (Fenomena siot..LOL!!)

The trees clasping against the walls...






OK Cammana kita sampai ke Oxford ni? OK, cam biasa, pandai2 sendiri...  nak paling mudah, paling cepat dan kalau boleh paling murah...

Maka kita naik bas ekpress dari London iaitu dari kawasan VICTORIA bus station.. naik dalam 90 minit gitu, terus sampai Oxford nye center gitu la....
Bayar kalau sorang pergi balik dalam....17 pound gitu. Satu orang pergi balik la.
Korang boleh bayar kat driver bas.
Driver bas tak mau ambik note 50pounds, so korang sediakan notes kecik sikit....

So memang seronok la buat benda sendiri pandai2 sendiri dan salah silap sendiri.. INGAT!! Kita cuba sedaya upaya jadi Pengembara bukan Pelancong. Kalau kau travels ngan niat mengembara, memang terbaik...



OXFORD TUBE IS THE NAME OF THE EXPRESS BUS THAT BRINGS YOU TO AND FRO LONDON TO OXFORD. IT RUNS EVERY 15 minutes or so... Very convenient as it finishes at Victoria Station in London.


So, dalam bas dah nak masuk kawasan Oxford, aku tercarik2...mana la University Oxford ni?? 
BODOH NYE AKU!!! Rupanya sebesar2 tempat ni semua merangkumi berbagai2 bangunan pelajaran yang ada dalam 30 lebih colleges, dan semua ni la yang rupanya Universiti Oxford.

OK, memang aku bodoh, tapi ingat tak aku cakap? Masa aku masuk muzium Louvre kat Paris, aku rasa aku jadi pandai kejap??
Hah, kat Oxford ni pun aku rasa aku jadi pandai kejap... maklum la, dikelilingi orang2 pandai...

HAHAHAHA!!

Hoi!! Aku serious ok, aku ketawa pasal aku tengah ketawa kat diri aku sendiri yang selenger bacin ni tercarik2 mana Universiti Oxford..

Lagipun ni kali trip ngan love ones aku, so aku kena ikut mode keharmonian dan kesopanan santunan la, pasal this is not an Iron Fuckin Maiden backpacking situation.


Ni dua foto masa dalam bas nak sampai pertengahan bandar Oxford gitu...Yang sungei tu very the Cotswold kan???


Photos from the Oxford Tube on the way to the city center, and me being an idiot was searching for a school building marked "Oxford University". LOL!!!!





OK ni kalau tak silap aku dulu kawasan rumah orang yang jumpa Haley's Comet. Kalau salah sorry la hahaha..

Jadi si Mr Haley tu duduk sini la dulu ye..

One of these is the home of the person who discovered Haley's Comet.

bridge atas tu pun ada story, pasal universiti Oxford ngan musuh ketat dunia akhirat dorang, universiti Cambridge gitu. Nanti lain kali ceta.
OK, ni foto malam pasal tu jam kita join HANTU nye tour, pergi explore tempat dikatakan berhantu.

Haah la kan,

tempat Oxford ni macam2 pembunuhan pelajar2 berpuluh2 orang kena bunuh oleh penduduk Oxford, dan paderi2 pun dah kena bakar hidup2...

mesti la banyak cerita hantu... OK nanti sambung pasal hantu,
banyak la...
cerita pasal Harry Potter nye film crew nak masuk tempat Oxford ni tak dapat, jadi dorang kena bina Oxford nye senibina sebijik kat studio,
pasal segala bentuk dewan dan pintu dalam filem2 HARRY POTTER gunakan bangunan2 lama Oxford sebagai panduan,
cerita pasal macam mana C S LEWIS - penulis chronicles Narnia tu dapat ilham mulakan buku cerita Narnia, tu jam dia dengan Tolkien yang tulis LORD OF THE RINGS nak masuk pub, nak minum..

cerita pasal mana tempat yang Bill Clinton dengan cerita Marijuana dia...

cerita macam2 la...

ok sebelum aku akhir ni, lagi sikit...

ALICE IN WONDERLAND.. tulisan LEWIS CAROLL..

hah, ni dimana pensyarah yang gunakan nick Lewis Caroll tu tinggal dan mengajar. Dia pakar Algebra or something...

Cerita nya... QUEEN VICTORIA suka sangat buka Alice In Wonderland, dia baca 5 kali.

So dia order Lewis Caroll hantar dia buku kedua tulisan dia.

Korang tahu? Lewis Caroll hantar buku Algebra yang dia tulis...

QUEEN VICTORIA MENGAMUK!!!

hahaha...

This is the place where Alice In Wonderland writer, using the writers name of Lewis Caroll, gives his lessons on mathematics to Oxford students many years ago.

Sorry we never go in. LOL!



OK ok nanti sambung hingga tu...

cuci mata lagi sikit... pemandangan streets kat Oxford..

sorry aku a bit busy sekarang.... ada chance buat OT berderet seminggu dua ni.. so buat la ada chance ni... Tapi tempat kerja aku tak berani la masuk internet, mau kang kena tangkap, mampos la aku...
strict giler.








TO BE CONTINUED....








8 comments:

D'arsil said...

pertama sekali aku memang menanti posting dari blog ni. haha
cantik tempat2 ni. tak nampak sampah pun kat jalanan tu. kalau aku berduit nanti aku nak melancong kat sini HAHAHA.

Rafi said...

Fuh..banyak benda yg aku belajar dari yg taktau jadi tau harini..tq bang deap..aku pun ingat oxford universiti tu sebijik je mcm U kt sini.rupanya bukan eh..heheh..cerita pasal paderi kena bakar,the man who discovered halleys comet,pasal queen mengamuk, memang best la..hehe..walaupun tak belajar tinggi sampai oxford,at least dpt jugak la tau sikit2 pasal oxford ni..tq.

PC kOKak™ said...

terima kasih bro infonya! gambarnya pun cantekkk!

faizal abd fathi said...

steady!!!!...dapat tengok kat sini dah rasa macam melawat

berteromber said...

aku suka idea "Pengembara bukan Pelancong"...kita geng...

aku kalau Oxford ni selain team bola dan uni dia...aku mesti ingat budak-budak dulu beli set geometri yang kotak besi tu kan ada tulis Oxford...heheh...

btw...memang lawo2 la gambo yang ko ambik ni...

Dr. Bentara said...

teringin nak jejak kaki di universiti legend ni

lieyalatif said...

besar la maknyenye kawasan u oxford tu kan.... terus terang deaf aku dulu tak tau sgt pasal oxford sampai laa sufiah kecoh2 dpt belajar kat sini....baru le amik tau oxford tu semua....

bersih jek kawasan dieorg...betul laa, kalo ade duit lebih gi le melancong negara org.... beza tul culture dieorg....

speedrider said...

Nice photo Deaf.

Ala Sam nak pi kat Oxford tu nak cari kedai rekod je!