Wednesday, March 4, 2015

Bandar Portsmouth, kawasan East London Upton Park, dan... Ashburton Grove

Sudah abis borak pasal Oxford yang aku harap korang enjoy, so ni kali aku borak tiga benda lain ok...

Memula Portsmouth, Portsmouth ni tepi laut, dia kira jiran2 dia Southampton, Brighton gitu la, seangkatan gitu..
So layan gambar satu.. Air Pasang, dan Air Surut..... HMS WARRIOR la ni, sapa Tanya tu hari, Saudara Faizal kot? Hah.. HMS Warrior ni... Ni ambik dari stesen keretapi..


Above was taken on train arrival
Below was taken on the way back by train to London in the evening...



KECOH JUGAK PASANG SURUT DIA SAMPAI BEGITU....

Aku nampak ni bawah bila keluar dari keretapi.. ISLE of WIGHT la rupanya dah dekat dah, Cuma nak naik ferry je gi sana. Isle Of Wight ni... tempat festival2 gitu... Famous la tempat ni. OK now I know cammana nak gi dah. Dari dulu tertanya2 apa ke benda ni Isle Of Wight ni.. Pulau dekat ngan Portsmouth rupanya.






kita gi sana dua tujuan... Tengok keadaan sana cammanana, dan jugak yang keduanya - rupanya kat sana ada tempat beli2 barang gitu... OK la so nak gi Portsmouth kita orang naik keretapi dari stesen Waterloo, di London.




Ni kira pergi pagi lepas tu balik malam la, So perjalanan sejam lebih satu arah.. biasalah enjoy la naik keretapi gini kan, tiket gi balik.. satu orang dalam 40 pounds la kot. Dah lupa la...

Again kat sana, kalau korang beli tiket pandai2 sendiri kat mesin automatic tu, korang pakai credit card cocok je, takde mintak pin nombor ke hapa ke, cocok je, nanti kejap dah... Selamat la billing dia, Insyallah. Tapi jangan hilang la, hilang kalau orang curik buat beli tiket ni semua.. Pengsan la.



OK so memang korang keluar je dari stesen keretapi korang Nampak bus terminal ni, SEJUK GILER......then korang Nampak shopping mall besar giler.



Alrite la kalau korang nak beli apa2... macam semua tempat jugak la, bukan semua murah, bukan semua mahal.. ada yang offer murah giler, tapi of course kena tengok saiz la kan..
Macam kita pergi mana2 sama, korang tengok contoh sesuatu barang tu harga murah giler, tapi takde size la. Tapi ni bukan tempat macam luxury goods gitu, ni tempat2 biasa je...cuma mungkin korang nasib baik, korang dapat harga lagiii murah...

Aku layankan love ones aku aje.. tapi aku beli ni untuk aku sendiri... apa lagi aku nak beli kan buat diri sendiri?  Selipar Jepun takde.



... BEST BUY OF THE DAY.. Aku beli kat HMV Portsmouth. Haha...



Nampak kan? Semua kapal...ni memang tempat perlabuhan, sama macam Southampton tu, tapi ni lebih kepada tempat tentera laut, suatu masa dahulu....

Tu la ada kapal perang lama beratus tahun dahulu tu kat atas tu aku tampal foto air pasang air surut tu.

Pameran Ukiran2 pun banyak berunsur kapal...



OK Fratton Park nama Stadium Portsmouth kan? OK, kita lalu stesen keretapi Fratton tapi aku tak Nampak stadium tu...

,
,
OK tukar tempat lak....

,

Masa duduk kat East London, tinggal kat tempat apartment selesa dan murah pakai airbnb, satu pengalaman menarik ialah waktu kita nak singgah Upton Park kejap... ni masa kat London la kan, so harus diingat ni musim Sejuk, musim Winter jadi kul 4.30petang dah Maghrib ok,

so bila kita sampai stesen Underground Upton Park (jangan keliru ngan stesen West Ham), memang terkejut pasal bila tengok jalanraya dia, aku ingat aku kat INDIA. Aku tak tipu... rata2.. boleh Nampak lebih orang Asia kulit gelap, mungkin orang2 dari benua Afrika, dan kurang sikit orang mat salleh. Sila tengok2 foto ni semua....







Pasal korang ingat kita bukan nak tumpu kat tengah bandar raya yang ramai pelancong tu semua tempat orang luar semua mahal giler... So explore London lain, memang best la...nanti la pelan2 aku cerita pasal Hackney nye area... 

Tentu la kita pergi Central London, tengok persembahan theater kat West End, gi la apa2 menarik tu semua , tapi dalam masa yang sama... pada aku la, explore luar dari Central London terbaik...  

Memang aura dia lain, tapi rasanya Selamat la takde hal, dan seronok, cuma ni semua tempat orang2 tempatan gitu, so hati2 la sikit, dan hormat tempat area orang, tak mau berlagak star-karat.









Menarik ok, jalan kat sini pasal aku tak rasa aku ni orang ASING. Pasal ramai orang Asia berkulit gelap gitu. Kedai2 jangan cakap la, banyak berunsur pakaian2 India gitu.. Dan kedai makanan halal semua banyak.. OK, aku ada bilang sana London semua setiap KFC aku Nampak semua ada sijil halal, tak tahu la pasal kita bukan duduk kat tengah2 bandar London tempat ramai tourist pasal kita duduk kat kawasan penduduk tempatan pasal kita jimat gunakan Airbnb, jadi kita duduk rumah la gitu..
Tapi memang semua KFC aku Nampak semua halal...
Anyway, gerai, kedai jualan daging semua ada la yang halal. Dan murah.... apa tu? 9 ketul drumstick hanya 2 pound sahaja and all that. So korang beli, korang bawak balik korang masak, goreng korang makan la...

PASAR QUEENS MARKET, macam pasar kita jugak...







Aku kasi gezek sikit la eh...
contoh, 
keutamaan ok untuk love ones aku, ok nak prepare apa pun, prepare la kan, untuk keselesaaan mereka, tapi contoh macam aku, walaupun musim sejuk giler, winter, suhu 3 darjah, 4 darjah, aku Cuma bawak jaket jeans aku, dan jugak aku cuma pinjam jaket winter orang. Cukupkan syarat. Pinjam orang punye. Aku takde la pergi kedai beli2 ni semua.....

Pasal aku tunggu aku jumpa kedai murah kat sana aku beli la.. aku beli apa orang local sana pakai sebagai basahan kat kedai2 biasa kat tempat2 kawasan perumahan sana. Bukan tempat2 orang2 luar orang2 asing beli...ah tu mahal la kan..
So aku dapat beli winter jacket yang aku anggap terbaik hanya 13 pound sahaja. So aku happy la aku dah save duit... dan duit tu aku boleh rolling dan rolling duit tu la untuk travels ni...
Kira cam gitu la...  nanti la sambung..

Ni aku cakap ni korang jangan marah la ok.. Ni aku post ni semua untuk Korang yang mentality macam aku. Kalau korang jenis step atas angin.. Mintak maaf la, tak sesuai tulisan warna kuning ni untuk korang...  



OK sambung balik, so kita singgah makan kedai Halal ni, kebab nye style lagi la kedai ni.. Korang tengok wall dia... Semua West Ham United ok..... Hebat... Peminat la ye tak? terang2 kawasan tu semua mesti orang West Ham United ok...








Terus jalan lagi jumpa.... Upton Park,




tak sempat ronda Stadium, tapi nak kat sejam la kat dia punye tempat jual2 segala tok nenek barangan West Ham United. Apa pengsi West Ham ni kan, tshirt2 dia semua tak Nampak macam tshirt ada kena mengena bola tapi macam tshirt rock, pasal dorang nye nickname kan Irons, dan Up The Irons tu kan sebenarnya asalnya cogankata West Ham pasal Steve Harris kan peminat dan jugak schoolboy team bola West Ham budak2 dulu, so bila kita peminat Iron Maiden sebut Up The Irons tu untuk West Ham jugak gitu la.

Macam aku cakap, sana korang kena hati2 la kan, contoh nak gi Upton Park nanti kat stesen keretapi underground/overground tu ada stesen nama Upton Park dan jugak ada West Ham, so jangan salah turun...




OK, ASHBURTON GROVE.
KORANG TAHU TAK NI TEMPAT APA???
Ni la nama sebenar stadium Arsenal tu ok... sebelum Emirates sign kontrek pakai nama dorang...

AS ABOVE



SO BELOW



Ada a few cogankata bahasa Melayu ok, fans Malaysia punya banners la jadi permanent signs kat stadium Emirates ni....


TH14 nye statue

aku dah gi Emirates dua kali tapi aku belum sempat gi tapak lama Highbury.. apa yang tinggal la kawasan tu...
Game tak pernah lagi... kecuali kalau kat Bukit Jalil ahaha...
Takpe, bulan 7 ni dorang main kat Singapore. Rumput baik repair ye Stadium Baru, mampos Alexis cedera main atas pasir hahaa.
Dah la minggu depan One Direction nak main sana, tiket dah 30,000 jual wooo... Ada dua main stage, ada ramp lagi. Giler ah One Direction.




Nanti sambung....

NEON KOTA... ni kawasan Picadilly Circus la, West End semua...

Korang tahu lagu Pet Shop Boys? West End Girls??

Hah.. kan liriks dia kan "East End Boys meet West End Girls"..

Pasal East End tu kira macam slums la, orang2 biasa, West End ni kira cam orang2 atas angin gitu....





actually semua kat sini je kalau korang betul2 strategi tactics.... 

Aku pernah cerita kan? dulu 2013 yang aku backpack sorang2 tengok Maiden main Eropah, aku jalan kaki sorang2 je, pakai selipar jepun ngan bawak satu kamera kecik, aku pusing jalan kaki segala landmark2 popular central London ni semua dalam 4 jam gitu. Aku ada cerita la kat topik backpack aku untuk 2013 nye.... Ni kali aku pakai kasut sport la, selipar jepun tak boleh, sejuk giler..BEKU!!

Jalan je...mesti jumpa.. big ben, eye of london, river thames, parliment house, buckingham palace, trafalgar square, picadilly, west end dan segala tok nenek theaters pementasan kat celah2 lorong, Hyde Park, semua pusing2 sini je....dan lebih dari tu...

. dan PERCUMA... satu sen pun tak keluar. Its possible ok... korang santai je jalan2 lambat sikit la sampai tapi tetap sampai..., MOBILITY by walking aku rasa sesuai la for all ages.

 Again, aku cakap ni ialah dari sudut pandangan mata aku untuk sesetengah pembaca...

Bukan untuk semua pembaca ada sesetengah komen kat sini aku beri, aku harap korang terima positif ye. Ada komen aku beri sebagai perangsang dan sebagai build up confidence untuk orang cam aku....

tapi macam aku cakap...... walaupun kota London memang mahal, tapi its possible to really really enjoy it dan EXPLORE dan TRAVEL tanpa fikir pasal belanja sangat.







NANTI SAMBUNG

..

11 comments:

NEKROBANGER said...

tengok gambar pun jadi la...

Portdy said...

lawanya bajuuuuuu

MOHD SHAFID BIN RAHMAT said...

Tengok stesen keretapi dah macam dalam BSKL. HMV kat Singapura ada lagi tak?

Rafi said...

Kalo blog ni post cite pasal makan angin aku suka baca malam2..baru ada feel gitu..heheh..and again,tq bang deap pasal share story n gamba2 tu suma

WanBeruas said...

...Suka dengan gambar yang cantek dan cuaca negeri dorang yang begini...

D'arsil said...

cerita blog ni mmg terbaik.

berteromber said...

best...lagi...lagi...

kalau tau pergi boleh kirim...heheh

PC kOKak™ said...

best nyer travel merata kat uk ni..gambar cantik bro..thanks

faizal abd fathi said...

serius cantik gambar dan review ..err...tak singgah Liverpool? hehehe

cLinaku said...

rasa macam nak dok sana je. hikkk

speedrider said...

Rasa macam nak order ja baju Next Trip