*** Happy Ramadhan *** and Continuation From the previous post - of the Savatage boxset content photos. Just in case anyone is interested to see the page by page details of this release..... but allow me to ramble in my unpure, rude version of Malay Language first.
*********
*******
****
**
Selamat Berpuasa semua,
aku sambung lagi la apa aku mulakan dalam post sebelum ini.
OK anyway post lepas, kadang2 ni dah buat blog dah type dah post, Rasa Malu Sendiri. Paiseh gitu. abis tu rasa macam "patut ke aku luahkan tu semua?". So harap korang kalau baca ke hapa ke kat blog ni, jangan ambik hati.. Mulut aku memang PUAKA & bastard, terutama kat sesuatu yang aku rasa aku ada pendirian tegas dan prinsip aku sendiri.
(as you can see, the arrangement of the cds in the boxset is not in sequence)
OK, kita sambung pasal kumpulan rock dari Amerika ni, Ni kali aku tunjuk foto2 packaging bagi album Hall Of The Mountain King (tahun 1987) dan Gutter Ballet (1989). Gutter Ballet ni ialah kaset pertama aku dengar Savatage. Aku masih ingat bila aku dengar kaset ni aku bandingkan ngan lagi satu band rock dari Amerika iaitu Manowar. Pasal tu jam lagi satu kaset aku saing dengar Gutter Ballet ialah Kings Of Metal. (serious ok, benda2 aku minat, walau dah lama, aku masih boleh recalled banyak). Pasal tu la, dah M..I..N..A..T.
Sekarang... Manowar zaman ni dah kelaut, kalau rindu nak apa2 BAU-BAU BACANG Manowar baru, sila carik berita pasal aktiviti2 Ross The Boss dan suka nye aku, DEATH DEALER (dimana Ross The Boss ada pasangan gitaris bukan one-man-show) NAK KELUAR ALBUM KEDUA SOON!!! WOO HOOO!!!!!!
Tapi Savatage, dah tahap LEGEND. Aku rasa takkan tercemar la legenda Savatage sampai bila2...
Joey De Maio entah hapa dia dah buat kat Manowar aku pun tak tahu.
(one of the most beautiful album covers ever in my opinion.. that ghost ballet dancer with other ghosts looking on)
OK sedikit pasal Gutter Ballet (terbit 1989) dulu, - Terbaik la segalanye pada halwa telinga dan minda aku..
paling penting semua Lagu2 dan instrumental2 pendek yang terbaik,
Criss Oliva punye guitar dalam setiap lagu yang mengkagumkan, suara Jon Oliva yang dramatik dalam setiap lagu, dari lagu2 heavy metal, rancak, lagu perlahan, lagu2 yang ada bahagian gunakan Piano, album ni yang mungkin permulaan Savatage tukar haluan pelan2 main Progressive yang makin ketara lain kali, John O'neill ke sapa cakap? "Savatage is first progressive metal band" . ke hapa ntah dorang punye matlamat gitu..dengan lirik2 yang indah la untuk aku sebagai seorang pelajar yang sangat curious nak tahu pasal tulisan bahasa English dan belajar gunakan bahasa English - seperti "kill the unicorn, just to have its horn, soon its just a fantasy", dari lirik pasal kehidupan, kesunyian, ke kemasyarakatan (Libya masih musuh ketat Amerika waktu tu...), jugak instrumental2 pendek yang bagi ruang untuk Criss Oliva nye gitars, melodi2 lagu yang terbaik, kat album ni jugak aku belajar apa tu Thorazine dan impak dia..
Dari start sampai abis...semua lagu hebat..kalau zaman kaset dulu side A dengar dah dahsyat, side B ialah lagi terperanjat beruk... She's In Love, Hounds, Unholy, Mentally Yours, Thorazine Shuffle dan lagu slow rock yang memang betul2 punya rock abis la, Summers Rain terselit antara lagu2 tadi... dan jugak ni edisi packaging digipak untuk boxset ni pun siap ada bonus tracks la apa la.
Terus terang cakap la... Dalam hidup aku, ada berapa album yang aku kagumi SANGAT...
Satu tentu la Loudness Disillusion (English Version), Queensryche Operation Mindcrime, Judas Priest Defenders of the Faith...dan jugak Gutter Ballet ni.
Kalau Melayu punya, semestinya cd pertama kumpulan nasyid SAUJANA. Terbakar ok! Panassss!! Rasa kulit macam terkoyak2!! Tapi sangat best seluruh album Saujana pertama.. yang setiap lagu gerek dan diakhiri ngan lagu "Sepohon kayu daun nye rimbun...lebat bunganya serta buahnya..walaupun hidup seribu tahun.....", Giler lagu ni kedahsyattannye....memang...panas giler lagu dan album ni.., aku tak bedek!!, .tapi aku serious cakap Saujana nye album pertama antara album melayu pada aku antara paling Terbaik dalam sejarah aku mengikuti perkembangan muzik melayu.
Bukan sahaja kategori berunsur dakwah tapi overall. Ada segmen ada zikir yang betul sampai ke lubuk hati ku.... dan semoga tak dilupakan... HAHA. Siot korang jangan gelak kan aku ok.
Pergi carik cd Saujana yang pertama. Carik first pressing. Cehhhhh...
Tapi warning... korang mungkin ada yang tak boleh duduk diam nanti.... dah macam cacing kena panggang pelan2 atas api. OK enough Saujana. Ni posting Savatage.
(Macam Rainbow, BELINDA CARLISLE, Iron Maiden tu semua sua terang lagi bersuluh la, setiap album pun aku cakap best in the world kan.)
Dari pertengahan lagu When The Crowds Are Gone, bila Criss Oliva start solo sampai abis, bila suara Jon Oliva mendayu2 merintih hiba tu...
Aku rasa adalah babak2 lagu paling hebat la dalam aku dengar lagu rock.
Lagu When The Crowds Are Gone, kadang2 kalau dengar bila semua dah senyap, tengah moody, dalam gelap gelita... memang semacam. Ngan lirik dia pun semacam...
Sangat sayu lagu When The Crowds Are Gone ini.. ., ending dia nye lyrics tu akan direpeated kan kat lagu Believe album selepas ni.
Savatage ni lagi tangkap kalau baca dan cuba pahami liriks2 mereka...
Memang betul dikatakan Paul O'Neill kerjasama ngan Savatage sebagai Producer terus ubah kerjaya dan hasil produk Savatage ke suatu tahap yang sangat gemilang.
Serious berbual... Sila dengar Gutter Ballet. Tengok cover album je dah tahu, ni adalah antara album rock yang dimana " semua planets align together " gitu untuk hasilkan sesuatu yang sangat istimewa pada pendapat aku la. TAK LAPOK DEK HUJAN ALBUM NI WALAUPUN tahun 1989 nye album. SERIOUS BERBUAL, sila dengar album2 Savatage kesemuanya... zaman Criss Oliva, zaman Criss Oliva dah mati, zaman Jon Oliva penyanyi utama lepas tu jadi keyboardist, zaman Zachary Stevens jadi penyanyi..
OK OK, ni satu video yang aku amat suka..ni dari 1998 gitu. Criss Oliva dah lama takde dah, dah Savatage modern gitu.....ni tu jam Al Pitrelli (Megadeth pun dia la dekni lepas tu,), Chris Caffery dah rejoin balik Savatage (dan dia ada menyesal2 gitu kan, dia tak stay ngan Savatage lepas Gutter Ballet nye album pasal walau peminat tahu dia part of Savatage tapi dia sendiri miss zaman Criss Oliva mati masa dalam Savatage dan rindu kat Criss gitu la), vokalis Jon Oliva dan Zachary Stevens..., Jon Oliva dah start relak kat tepi main keyboards dan support2 vokal untuk Zachary aje.
Sebenarnye kalau korang minat Manowar, dan ada satu video live Manowar kat Brazil apa entah nama video tu, kat konsert ni jugak la, Savatage main awal la, Manowar waktu malam Headliners.
Zaman dulu, Youtube ni semua belum ada, kalau nak carik video tape rock, setakat Iron Maiden tu Holiday Plaza JB ada lah, tapi nak carik bootlegs dan nak carik bootlegs SAVATAGE??
Komputer semua pasang program Direct Connect DC++. Aku paksa diri belajar program ni supaya dan pasal nak SEDUT BOOTLEGS PEMINAT KUMPUL DARI SATU DUNIA.
Best zaman dulu.. zaman sekarang best pasal mudah. Semua youtube je.
Unholy. (bukan Kiss nye Unholy ok, wahhh satu hari nanti nak borak pasal Kiss Revenge la, tu album dorang main heavy nak mampos, Eric Carr pun baru mati tu jam kan.. Sakit Cancer.
Pada aku dalam banyak2 anggota KISS - Eric Carr paling handsome dan paling aku suka...haha. Forever ok Forever!!!. sampai sekarang kadang2 aku masuk Youtube, tengok video clip Forever..Wahhh Eric Carr...Wahhhh haha)
Sebab tu sekarang, aku jadi habit, mesti aku nak bootleg apa2 band aku suka, pasal aku hargai dan tahu nilai betapa tingginye setiap band yang aku minat buat persembahan. Kecuali Iron Maiden, aku pergi konsert Iron Maiden aku takkan bootleg. Pasal aku akan basically having a sense of high sangat.
OK Next... Album studio sebelum Gutter Ballet.
HALL OF THE MOUNTAIN KING dari 1987.
Popular la album ni kalau untuk Savatage.
Kalau baca majalah2 Rock, ada disebut tentang kebagusan album ni.
Ni album memang gerek..
Setiap lagu gerek... Terutama dah lagu dahsyat2 tiba2 masuk lagu Strange Ways.
Apa pun, kat bonus tracks Savatage ni ada versi Castles Burning versi secara Acoustic.
Ni lagu Majistret Italy seorang tu kena bunuh ngan Mafia kan? ke aku dah keliru..
tapi gerek lagu ni..
Apa pun album Hall Of The Mountain King ni untuk peminat rock Amerika aku rasa ni album legend, pasal memang ni album naik dan dapat liputan MTV.
Rasanya zaman2 mid to late 80s, pasaran dan pendengar muzik Amerika hargai lagu2 rock gini..
Ni album pun klassik gitu kan.. 24hrs, Legion, title track.... ni yang popular2, tapi of course macam album2 Savatage lain, lagu2 yang album tracks lain tu la yang sedap2 belaka dan sangat menghiburkan, walaupun berbau tragis dan emotional.
Memang kesilapan berulang atau disengajakan pasal berulang dalam Ultimate Boxset ni....- versi akaustik Somewhere In Time/Alone You Breath.
Ni versi Jon Oliva dengan piano dia aje. Takde Zachary Stevens takde sapa lain. Jon Oliva sorang apa aku tahu untuk rakaman ni.
Alone You Breath tu lagu Jon Oliva tulis untuk Criss Oliva punye kematian. Liriks dia sedih.
(lineup classic Savatage - Steve Doc Walchoz, Jon Oliva, Johnny Lee Middleton, Criss Oliva, Chris Caffery).
Touching ok lagu ni... Impak kehilangan Criss Oliva sangat besar, bukan sahaja kat isteri dia dan keluarga dia tapi rasanya kat semua peminat Savatage, walaupun kalau baru dengar dan minat Savatage hari ni pun.
Savatage dah jadi hantu gitu.
Aku rasa reunion dorang headline Wacken 2015 confirm keluar dvd pengsi punye.
Tapi Zachary Stevens pun takde kot.
Tapi Al Pitrelli dan lain2 semua ada la kan..
******************************************************
*******************************************
**********************************
*************************
****************
*********
****
*
OK ENOUGH RAMBLING.. THIS IS EVERY PAGE ESPECIALLY THE JON OLIVA NOTES FROM THIS TWO ALBUMS...
Enjoy.... I hope you guys can read it and most of the lyrics too... (Berteromber aku rasa kau tentu minat nak baca...)
And also.... I realised the photos I posted last time is too poor, so I had repasted again the text from the first 3 albums too....
Just click it and enlarge or save it and enlarge. I hope it works this time... (sorry if it gets a bit mixed-up but these are from the 5 first albums)
Ahhhh.... The notes from Gutter Ballet song by song meanings is the best...
Its all yess... "MAGICAL""
TO BE CONTINUED...... (but I dont know when LOL!!)
.... And the lights
Turn them off my friend
.. And the ghosts
Well just let them in
Cause in the dark...
Its easier... to see.......
6 comments:
aku kenal savatage drp lagu hall of the mountain king tu thru braingell radio
TERBAIK ahh ceritanya.. gelak juga aku bab lagu sepohon kayu tu. hahaaha.. aku ada lagu ni dalam kaset kompilasi nasyid.
Thank you deaf...ni 2 album dengan Edge of Thorns dan Streets: A Rock Opera memang giler punya best. Aku rekomen la pada siapa2 yang tak pernah tu cuba la dengar...
Savatage Rules!!!! RIP Criss Oliva
Wow.
Satu yg buat aku tertarik ialah setiap album lyric included!
Biasanya kalau kuar boxset release mcm ni diorang omitted lyric... ganti ngan liner note whatsoever
Kepuasan pegang inlay ialah bila go trough the lyric and arts while listen to the track
Thanks kerana perkenalkan band ini kepada aku bro...perghh nice jugak ni
Assalamualaikum…
Selamat hari raya aidilfitri dari lieyalatif sekeluarga….moga syawal dirai dengan penuh meriah dan dlm keberkatan Allah taala….
Terlebih bias tutur bicara,
Disimpan jangan ampun dipinta,
Syawal dinanti akan kunjung tiba,
Ikhlas dari hamba yang cantik jelita.
Hati-hati dlm perjalanan moga raya tahun ini dirai gembira….
Post a Comment