Wednesday, December 21, 2016

Sweet Charity album PELARIAN dan apa je aku nak bual (1980 dikeluarkan balik 2016 dengan package dan sound yang aku suka)

Today we continue to celebrate the re-release of Sweet Charity's albums on CD which has much effort spent on the packaging and audio quality. Thank you to all involved. 
National Treasure all these.

Sweet Charity is a (was, still is, and forever will be) legendary, revered, respected and a household name in both SINGAPORE, and MALAYSIA and anywhere in the world where Malay Rock is listened.



Kan? backcover dia pun dihasilkan semula macam serupa album piring hitam zaman dulu.. aku suka sangat re-release ni.







Salam semua, pertama sekali, aku nak buat pembetulan, nampaknya foto2 album pertama Sweet Charity tu bukan diambil di Pantai Sembawang, tapi di Pantai Labrador Park. Terimakaseh untuk yang diberitahu.
(pembetulan ni diberitahu dekat "reply" untuk post Sweet Charity aku sebelum ini).

OK, next tahun 1980 keluarlah Pelarian.
Aku rasa ni la permulaan Sweet Charity mula cocok jarum rock yang hebat dan sedap dalam bentuk album secara menyeluruh.

Lagi sekali aku salute sangat mereka mereka yang terbitkan semula album2 ni dalam bentuk cd dengan packaging dan sound yang kau suka sangat,
dan aku akan cuba meraikan kembali album2 ni, dengan nota kaki aku sendiri tentang sesuatu peristiwa yang aku boleh kaitkan dengan lagu2, dan album2, yang aku lalui sendiri.


Bulat-Bulat , ada dalam album ni. AND THAT IS ALL la apa kita cakap? "folk song"? haha

Selain tu, semua lagu lain lebih condong kepada rock Melayu.
Kamelia, Musibah, Zakiah, Pelarian, Terharu, dan sebagainya.

AJ nyanyi Biarkan Bermimpi..
AJ - Funky Chicken yang dia joget masa ada satu show kat Singapore will be legendary always.
Aku really tak tengok dvd show malam tu, walau aku ada buku dan koleksi release malam tu,
Apa aku ingat sangat, malam tu Sweet Charity bawak lagu BLACK NIGHT, dan aku tak bedek, once dorang start je lagu tu, semua audience tahu dan terus masuk sing-along dari mula.

Aku pernah cerita kan? jangan sekali2 nak tunjuk pandai kat abang2 lobang, atau MINAH MINAH KAREN geng kakak geng makcik yang besar tahun 70an.
Dorang bentangkan apa tu kehebatan album Stormbringer (contoh)... mampos!! korang dengar macam tertelan cicak.
Aku pernah kena. Hah, ambik ubat.
Aku tahu la. Dan all these people tetap rock ok, walau dah move on kehidupan haha.

Ni konfem kot takde dalam DVD malam tu kan?
Aku ada rakam bootleg tau show malam tu, full show, entah mana aku simpan rekoding tu...
Wasted kan... kalau tak aku upload dalam youtube channel aku.
Aku ni malas sikit la haha.
Cita2 aku ialah setiap konsert rock melayu, aku pergi dan aku bootleg,
dan aku upload dalam youtube, untuk mereka yang tahu dengar bootleg dan tak dapat pergi enjoy the show, dan sebagai kenangan masa depan rock melayu.
Untuk mereka yang minat rock band secara menyeluruh la, bukan untuk yang minat satu dan dua lagu je.


Semua best... macam aku cakap album ni
Still rock favourites, dan dalam album Double Trouble 2 dulu Wings dengan Mus cover Terharu kan? Dahsyat kan tu jam album tu, aku nye cd dah hilang la DT2 nye album. Print atas kertas magik logo kecik2.. haha..

Aku nye faberet lagu dalam album ni ialah "DEKATLAH PADAKU".
Everytime aku dengar lagu ni, ada cam omputeh panggil apa tu? "lump in the throat".
Sayu lagu ni.
Aku suka sangat.. dan kalau dah tak dengar bertahun, macam waktu ni la, aku pasang Pelarian hanya pasal nak buat blog ni,
aku dengar balik lagu ni, masih lagu kegemaran aku paling2 aku suka sangat.

Album cover ni sangat cantik, dan jugak kulit belakang pun cantik.
Aku ada piring hitam rekod dia ni, entah mana aku beli lama dah, kat Sungei Road kot? haha.

OK OK...

Kalau sapa nak beli cd ni, belilah, tak rugi... ni la rock Melayu zaman akhir 70an, awal 80an...

Harga pun tak mahal, beli la semua koleksi ni, ada tujuh semua... beli sekeping2 macam aku....
haha.

Tak kira la korang suka rock melayu yang lembut sikit, lagu2 cinta, atau pun yang jenis heavy.
MUSIBAH by itself dah cukup untuk mereka yang suka lagu rock melayu heavy.. dan of course intrumental section Zakiah.

Dan PELARIAN - Ni lagu VIETNAM WAR kan? Tu jam Boat People kan landing2 kat Singapore dan Malaysia zaman tu.

Untuk mereka yang tak dengar lagu rock melayu.

THIS IS MELAYU!

TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA,

SAMA MACAM DENGAN ROCK NEVER DIE!!!

This is it.

OK OK,

aku cerita sikit,

Masa pergi tengok Sweet Charity tahun 2008 kat Kuala Lumpur, tu jam pertama kali aku blind date dengan Zan. HAHAHA.
Korang tahu, aku macam agak, ni malam mesti ada sesi "mintak sain", so aku macam ala... apa sey nak bawak, so aku bawak je la cover Pelarian yang release series WEA zaman tersebut kan.

So aku suruh semua sign la,

So setahun lepas tu Sweet Charity main kat Singapore pulak,
Aku bawak sama kertas.. beratur la "mintak sain".
Aku tunjuk dorang tahun lepas nye, dan suruh dorang sign sebelah.

DALAM SETAHUN gitu, dah kurang dua tandatangan. Begitulah.

Kalau show Kuala Lumpur tu jam - Ramli Sarip, Rosli Mohalim, Ahmad Jaafar, Wan Ahmad, drummer Rahman, Allahyarham Masrom dan jugak BASSIST BLACK DOG BONE Hamid yang dorang pakai ambik ganti tempat Allahyarham Syed Jaafar.

Bila setahun lepas tu main kat Singapore, cuma tinggal Ramli Sarip, Rosli Mohalim, AJ, drummer Rahman yang hebat giler ok, hebat giler ketukan dia, dan bassist BDB Hamid.
Allahyarham Masrom dah meninggal dunia, dan posisi dia malam tu tak salah aku Sweet Charity pakai keyboardist FLYBAITS  untuk ambik posisi Masrom. sapa nama keyboardist Flybaits aku serious tak ingat dan malas nak google.
Kan? malam tu dorang pakai keyboardist Flybaits? haha... ke dia yang conduct strings section malam tu?
ENTAH AKU DAH LUPA hahaha Kalau salah sila betulkan,
Korang tengok posting pertama last few weeks aku dah silap satu dah, konfiden je aku cakap Sembawang Beach dan kat belakang tu JOHOR. hahaha


Malam untuk Singapore show pun Wan Ahmad tak main. I dont know why.

Sebab tu kurang dua signature banding show Malaysia dan Singapore.

Tengok ni...

eh kejap? maknanya Hamid tak sign la, haha.. semua orang Sweet Charity la...

haha, aku ni pelupa la... tapi gini la cerita nya...

kurang 2 sign dari Sweet Charity nye band, dalam setahun.





Semoga semua anggota2 Sweet Charity baik hidup dan mati, sentiasa dilindungi Allah dan diampunkan segala dosa, dan tergolong dalam mereka yang beirman dan selamat dunia akhirat. Amin.

They have brought much happiness to me, literally all my life. haha


To be continued...


9 comments:

berteromber said...

Aduhai...terliur tengok lp tu...
Harapnya ada la nanti reissue piring hitamnya pulak...tapi kalau harganya keras macam XPDC Darjah Satu...parah!!!...haha..

Btw...ni semua kenangan zaman sekolah rendah...pasang lagu2nya memang flashback la zaman tu...walaupun banyak juga kenangannya yang dah blur...maklumlah dah 30++ tahun...

Portdy said...

Dekatlah Padaku versi Konsert Sejuta Wajah terbaik!

Rafi said...

Nice story.syok baca cerita rock dulu2 ni.tapi SC mmg dekat dgn pakcik makcik abg2 lobang minah karen n bdk kecik.masa aku kecik mmg dah dgr SC ni.terbaik

D'arsil said...

perghhh terbaik klu boleh aku tepuk tangan utk entri ni tau.. aku suka baca.. aku ada rancang juga beli seketul2 album sweet charity ni, harap aku dapat kumpul lah 7 keping cd tu nanti...

speedrider said...

Deaf, harini baru aku tau hang kumpul LP jugak. Atau aku baru terperasan?

yusrina said...

sweet charity - always as a sweet memory, forever, ever and ever, huhuh

ironmat said...

Baik ah deaf ... review kau, menghimbau aku pada zaman kumpul2 duit, dah cukup beli kaset Sweet Charity kat Queensway, pasang kat walkman, pastu naik bas SBS 122 lepak kat Labrador Park ...

deaf-angel said...

Tahun berapa ye? Aku start tahu Queensway awal 90an.
Contoh kedai Botak, kedai uncle kat tingkat dua depan tangga, kedai Muzika, lepas tu aku masih ingat bawah kan Atm posb? Nanti ada orang tengok dari atas, lepas tu approach cun cun budak yang tekan atm tadi mintak duit.
Legend kedai kedai kaset Queensway,

ironmat said...

Late 70's Deaf, almaklong aku tinggal dekat jer ngan Queensway, memang cari kaset kat 3 kedai tu - apek Botak, Muzika ngan 1 kedai cina ... kau mintak duit budak2 kat atm ? kena bayar toll ke ? ha ha ...