Sunday, December 10, 2017

Prime Domestic & XPDC "Live" review - 9 Dec 2017 @Public Distortion 2017

*******************************
Updated 13/12/2017

link at bottom





*******************************



Salam and Greetings, two premier Malaysian rock bands Prime Domestic and XPDC share the stage for an awesome double bill 210 minutes of live performance. This is my review in Bahasa Melayu Malay Language.

Sebelum aku lupa dan malas,
baik aku ulasan dan bual kons pasal konsert Public Distortion 2017 yang melibatkan dua kumpulan terulung dan terunggul, iaitu PRIME DOMESTIC dan XPDC.

lokasi - Tempat Jin Bertendang (Oasis Square Ara Damansara)
Tarikh - Sabtu 9hb December 2017
Waktu - Mula nak kat kul 9 malam (total time 3hr 30min lebih)

Sapa tak mau baca aku merapu, ni setlist lagu2 dipersembahkan tadi.

1. Ku Cuba (Prime Domestic + XPDC)

2. Ntahapahapantah (XPDC)
3. Talam Dua Muka (XPDC)
4. Sakinah (XPDC)
5. Kita Peng-Yu (XPDC)
6. Doa (new song- XPDC)
7. Enter Sandman/ Orion (XPDC)
8. Selendang Merdeka (XPDC)
9. Teman (XPDC)
10. Kata Pepatah (new song- XPDC)
11. Semangat Perjuangan Harmoni (XPDC)
12. Semangat Yang Hilang (XPDC)

13. Intro (PD)
14. Hallowed Be Thy Name (PD)
15. Kau Masih Berdegil (PD)
16. Malam Berasap (PD)
17. Fenomena (PD)
18. Nasib Kita (PD)
19. MMLXXXVII (PD)
20. Tekno Dewata (PD)
21. Kurnia (PD) 
22. Meniti Titian Usang (PD)
23. Lena Diulit Intan (PD)
24. Mentari Merah Diufuk Timur (PD)
Medley 25-28
- 25. Biru Mata Hitamku (PD)
- 26. Rozana (PD)
- 27. Ranjang Mawar (PD)
- 28. Isabella (PD + Amy)

29. Langit Dan Bumi (PD + Amy) 
30. Kau Pergi (PD + Amy)

31. Drum Solos (Lola + Ainol, with Arif)

32. Ilusi Intonasi (PD)
33. Ameringo (PD)
34. Sedingin Pluto (PD)
35. Alam Barzakh (PD)
36. Sejati (PD)
37. Smoke On The Water/ Pasti (PD + XPDC + Amy)


Seperti show Prime Domestic yang lepas, lagi sekali malam ni dorang buat persembahan aku kerja shift malam kat Singapore pulak.
So Prime Domestic nye pasal memang kena ambik leave.

So lincah balik KL naik bas ekpress, gedebak gedebuk, ingat nak naik LRT gi tempat Jin Bertendang ni, last tukar, naik GRAB sua.
So memang Jakun la kan sampai tempat persembahan ni, tapi ok la facilities keperluan jasmani dan rohani semua ada, dan actually sampai malam lebih kul 1 pagi pun tak yah risau la kan tempat ni semua masih boleh access toilets dan sebagainya. Balik pun aku naik GRAB.
Aku dah standby dah nak kena duduk tempat jin bertendang ni sampai pagi kalau memang takde transport nak balik tadi...

Kehadiran penonton.... well... estimate aku maximum pun seribu lebih la kot. Mungkin boleh kot jejak 2000 tapi entah eh aku agak2 je.
Merchandise2 yang disajikan menarik2 design2 dia. Ni semua nanti lain kali la kan aku tunjuk...
Foto2 ke , bootleg full ke ni semua lain kali k.

Aku tengok siap ada camera crane. Dalam hati aku fikir rakam dvd kot?

Show bermula dengan seorang demi seorang anggota Prime Domestic dan XPDC iaitu Lola, lepas tu Hillary, then Arif, then keyboardist, kemudian Ainol, then dua-dua bassists Fauzi dan Eddie, kemudian Izo, dan baru Joe dan akhir sekali dua-dua penyanyi Ali dan Aweera. 
Mereka build up intro kepada lagu Clique Fantastique Ku Cuba.

Lagu ni jugak ialah Search pernah cover untuk album Double Trouble 2. Ingat2 lupa.

Kemudian Prime Domestic nye anggota tinggalkan stage dan XPDC buat persembahan seperti setlist atas. Seperti biasa XPDC line up Izo, Arif, Ali dan Lola memang hebat main live. Cuma ni kali pertama aku tengok line up ni dengan Eddie, dan bukan Yan.

Aku nak cakap dua dua lagu baru iaitu DOA dan KATA PEPATAH memang sedap dan terbaik dari ladang. Kata Pepatah terutama sangat catchy 60an gitu.
Walaupun kali pertama aku dengar ni dua lagu, tapi sangat hebat dan vocal Ali sangat clear jadi siap boleh hayati lirik dua dua lagu ni.
XPDC bila keluar album terbaru mereka tahun depan, album ni aku rasa hebat dan aku tak sabar menunggu.

Kejutan ialah lagu Teman ada, Ali siap tanya ada orang Perak sebelum main lagu ni.
Jugak Enter Sandman sampai sebelum "doa nak tido" tu, terus masuk Orion bahagian bass solo.
Semua solos "Kirk Hammett" diterajui Arif. Dan Ali tu, kalau aku tutup mata, ada rasa James Hetfield yang nyanyi.

Tengok Live, dari dulu aku memang teruja dengan line up XPDC ini. Macam band omputeh.


Moving On... XPDC tamat lepas ambik gambar dengan fans, change over dan giliran Prime Domestic.

Dimulakan dengan intro tape siap ada bacaan puisi? kata hikmah? something like that...
Dan Prime Domestic gunakan satu?dua? backing vokalis awek.
Dan Prime Domestic pun memang bassist mereka boleh nyanyi jugak pe.
Dan Fauzi yang mulakan nyanyian seperti biasa dengan verse pertama Hallowed Be Thy Name, lagu Iron Maiden.
Seperti biasa jugak, Aweera- mintak maaf la eh, tapi English pecah, ok la senang cakap English hancur. Fauzi should sing the whole song.
Heran aku kalau gi tengok konsert la mana2 pun, aku cam kadang2 kritikal la kalau ada apa2 aku kureng, tapi untuk Aweera, aku macam semua ok je, so aku tak tahu "is this good? or is this bad? mentality".
Tapi support tetap support 666%, suka sangat suara dia kat album Prima Domestika, he is a very good singer, and he has Champions League nye band members behind him.

Joe - aku tak pernah nampak dia Shape-Throwing macam dia dengan Prime Domestic sekarang.
Macam bebas gitu kan.. nak buat apa pun dia boleh buat atas stage.
Dah macam Steve Clark dia nya posing2 dan shape throwing dengan gitar dia. Aku suka sangat.

Hillary - aku tak pernah nampak dia banyak jalan atas pentas seperti dalam band ni. Kejap2 gi tempat Joe.
Adakah pasal pentas besar, atau lagi sekali macam Joe, dia happy dalam Prime Domestic?

Fauzi - low profile kat belakang tapi boleh dengar permainan dia, boleh nampak keterror'an dia, dan boleh dengar suara dia.

Ainol - ni last ayat nanti aku cakap.

PRIMA DOMESTIKA - Aku berharap sangat Prime Domestic main seluruh album.
In fact aku nak setlist dorang main seluruh album DUA KALI!!!!
Pasal aku suka sangat...ooohhh aku belum review... Album of the year aku baik omputeh atau melayu. Nanti lain kali.
Tapi dorang main 6 lagu baru.. actually 3 lagu baru la Kurnia, Malam Berasap, Tahun Dua Ribu Lapan Puluh Tujuh yang tulis Roman Numerics tu...
Pasal lagi tiga lagu baru dah main kan tu hari bulan April kat G Hotel tu..  actually empat la, illusi intonasi tu dah biasa zaman Wings kan.
Aku harap lain kali Prime Domestic main semua 10 lagu dari album mereka pasal semua lagu gerek.

Fenomena - wahhh tak sangka kan. Ending ada NASIK TAMBAH. aku suka....
banyak improvisations when it comes to lagu2 Search. aku suka.... Even hisapbella.

OK cakap pasal lagu tu, Amy.. ok Amy ada...
Amy dan Hillary... side by side... Langit dan Bumi... dan Kau Pergi.
Apa lagi nak kan?
Last aku tengok Amy dan Hillary side by side zaman GME kan, yang Joe also takeover tempat Nordin untuk Search main live.
Dua kali kot ni line up main live? Stadium Tertutup JB dan Planet Hollywood. I was at both shows. Legendary shows. Ada cd dan dvd kot yang Planet Hollywood nye... entah dah lupa.

Drum solos tu Lola start dulu, Arif solos on guitar, Ainol join in dan All Hell Breaks Loose.

Ending... Pasti... tak boleh game weiii ni lagu...
dah la ulang ulang ulang ending korus....
Ali pun nyanyi k lagu ni hahaha...take turn la kan verse korus semua...
kelakar abis tu, sampai semua musicians toleh belakang kat drummers Lola dan Ainol macam bila nak game ni?
Aku rasa dalam 10 minit kot Pasti nye lagu tadi hahahaha. Aku tengok Izo senyum meleret seluruh lagu diri sebelah Hillary...

Ending pun sama, lama dua dua band atas pentas ambik gambar dan layan penonton.
Masa ending tu lagu dimainkan kat sound system ialah dua lagu Iron Maiden...
Blood Brothers dan Where The Wild Wind Blows.
Sapa pilih Blood Brothers nye lagu eh masa Prime Domestic dan XPDC tengah interact dengan penonton atas pentas?
Aku salute...
what a choice of a song. Perfect ending to a perfect show.

Aku takde komplen apa2 semua alrite ni malam walau aku ada cuak sikit nak gi tempat jin bertendang ni tapi semua ok...

Last sekali...

MAN OF THE MATCH aku untuk show ni...

share la kan...

Ainol dengan Lola.

Dahsyat dua dua. Terhibur dan teruja tengok gelagat dan aksi mereka seluruh konsert.


p.s foto, boots semua lain kali k. bye..



Fan Bootleg



link or dengar kat sini pun ok...
https://www.youtube.com/watch?v=-SaumAOGJ5I



12 comments:

speedrider said...

Tq deaf sharing. Rasa rugi tak pegi tapi nak buat macam mana, hujung2 tahun ni cuti dah reserve untuk emergency use saja. Ainol kalau tengok profile history memang power band band yang dia main.

Portdy said...

Good review. Good concert.

Rafi said...

Intro lagu ku cuba mmg best.tak silap aku banyak band ada cover lagu ni.btw terbaik punya report.ella sukerrr..heheh

D'arsil said...

Kerja tak dpt pergi.. album baru pd tu pun belum beli lagi.. dasyat nama tempat ni jin bertandang hahababa

zan said...

Jumpa Def, sampai separuh kentang goreng dia aku makan. Hahaha.
Thanks Def untuk review ‘Champions League’ ini. Lu memang brader!

berteromber said...

Tq deaf review...kalau tak ko yg tulis setlist ni semua takder orang lain yang nak buat...thumbs up!

speedrider said...

Setlist ni aku memang fail nak ingat kalau pi konsert. Hahahhahah

Tahir Jaafar said...

Terbaekkkk!

dilabangiWORLD said...

salam dep, intai umah hang kejap. dah lama tak singgah. Dah nak masuk tahun baru.
Moga hang sehat selalu

Ijau D. Koceng said...

patut rilis dvd...

Skudal said...

steady

Syahid Ishak said...

yeay ada bootleg!