Monday, December 4, 2017

Iron Maiden Live Chapters The Book Of Souls 2cd

Salam and Greetings.
First in English and
then a long gossip and slanders in Bahasa Melayu Malay Language.

For added- value, both has different contents.

I am not going to re-read what I type, so it may have lots of incoherent sentences that dont make sense in both language.




my review and opinion,

Based on the strength of the 2016 and 2017 setlist, with six (seven for both years)
 new songs from maybe the best Iron Maiden album ever plus some great classic cuts,
the live album for the Book Of Soul Tour could be the best Iron Maiden live album ever.

Unfortunately, though the running order represents the 2017 setlist of the Book Of Soul Tour, and the recordings taken from mostly 2016 except for the two songs that are included for the 2017 setlist,

I wish there are two things included which would seal this album as their best ever live album..

1) They should have included Tears Of The Clown and Hallowed Be Thy Name from the 2016 section of the tour.
-Tears of the Clown is deemed to slow down the momentum of the set, especially it coming early in the setlist but still its a great song and a superb live song in its own right.
-Hallowed Be Thy Name, maybe justified to be left out of the official live recording due to the ongoing court case with another member of Beckett who suddenly claimed ownership for six lines of the song after Maiden had settled copyright claims with another member of Beckett years ago and all these after 35 years HBTN is in existence.

2) There is enough space on the two cds to include all the Bruce chatters..
Surely he speaks a lot about Mayan Civilisation before Book Of Soul.
I was at Donington and he speaks a lot.
He has this long story about moms and dads which is actually the pun for Children Of The Damned.
He has lots to talk about before Blood Brothers.
I was at the Donington 2016 show and he speaks about the La Bataclan terror attack.
I was also at the Cardiff 2017 show which is the first after the Manchester terror attack and Bruce has lots to say too.
So I can confidently says that Book Of Soul and Blood Brothers that appears on this album are unfortunately cut on Bruce inspirational speeches before the songs.

So other than that, what a great album,
-Children Of The Damned has this awesome audience singalong..
-The Great Unknown transformed into a great song live with the improvisations after the solos.
-The Red And The Black, simply amazing, simply breathtaking instrumental section....
- Nicko drums sound is very nice to hear. Tony Newton and Steve Harris does the production.


Just worth it to purchase this collection..

Iron Maiden has make it a point to often release live albums on many different tours but this one is hands down a really awesome live album from probably their most successful world tour that takes 2 years, and the best band performance, and Bruce surviving cancer of the throat and with 2 million in audience, count me at least 7 times in that 2 million audience.haha








My own Iron Maiden backpacking alone for 2016 and 2017 Book Of Souls World Tour. LOL!!





Some nice arts of the event tshirts...
The Bike one is the 2017 UK Tour Event Tshirt.. with a superb backprint which has cute cow.
The Eddie straddling Paris and Donington is the Download Festival Tshirt... another awesome one which combines both Downloads and England and France are friends.

SPEAKING OF DOWNLOAD...

The rumour on the internet is Melbourne is getting its own franchise of Download Festival, and its in March 2019.
Standby Iron Maiden to headline it. LOL!!



Below are two photos of Download Festival..

all the craziness while Maiden is headlining overcomes the floodings and heavy rains of the 3 days of day and night festival.






Hi Semua, Ulasan panjang giler k, aku ada mood...

OK, pertama sekali aku nak luahkan rasa tak puas hati... ada dua.

1) Tears Of A Clown dimainkan setiap malam untuk tour 2016, ok aku paham Maiden drop lagu ni untuk bahagian 2017 pasal lagu ni matikan momentum main live Maiden.
Tentu Steve Harris dah tengok dari atas pentas reaksi peminat...
Tapi lagu ni tetap patut masuk dalam album live ni pasal lagu ni gerek, sangat sedap, dan Bruce sebelum mula lagu ni akan cerita pasal pelawak pelakon terkenal yang bunuh diri Robin Williams yang mana lagu ni dicipta pasal tragedi diri dia yang takde orang tahu sampai dia bunuh diri.

OK, aku paham Hallowed Be Thy Name yang dimainkan setiap show untuk bahagian tour ni 2016 tak dimasukkan,
lagu ni ikut gossip konfem akan dimainkan untuk tour album ni bahagian 2017 tapi pasal kes mahkamah yang dimana tiba tiba ada satu anggota kumpulan Beckett tampil selepas 35 tahun dah claim enam ayat dari lagu ni adalah tulisan dia dari lagu Beckett.
Dan memang claim dia tu dia nak duit yang sangat lumayan ganti rugi.
Jadi pasal nak elak masalah, dan kes ni masih kat mahkamah, maka Iron Maiden drop lagu ni.
Masalahnye dan herannya, Iron Maiden dah settle hakcipta lagu ni ngan lagi satu orang anggota Beckett berapa tahun lepas, dan heran tiba tiba ada lagi satu orang tampil dan claim benda sama selepas sekian lama.

Harap kes ni selesai cepat2 dan HBTN akan dimainkan live kembali pada masa depan.

2) CD ni ada dua kan, aku selalu heran kenapa celoteh2 Bruce semua kena potong... terus masuk lagu...
Aku boleh konfem Blood Brothers dan Book Of Soul kat album ni Bruce celoteh panjang, pasal aku ada kat Donington 2016 seperti foto2 atas tu foto huru hara dari atas pentas, dan jugak foto lumpur giler tu semua..  dan memang dahsyat keadaan.
So dalam cd ni aku dengar, semua dah kena edit...

Sejarah kan tu pasal Mayan Civilisation, dan jugak 2016 Donington Bruce aku tak silap celoteh pasal La Bataclan nye serangan.
Tapi tu je la aku nak komplen selain tu takde benda.

Pada aku Book Of Souls mungkin album terbaik Iron Maiden dalam sejarah.

Pada aku ni Live Chapters mungkin album live terbaik, seperti biasa Iron Maiden kalau support album tour akan main banyak lagu baru, dan pilihan lagu2 lama ni kali memang dahsyat.

Song by song nye pendapat

If Eternity Should Fail - Ni lagu ialah Bruce cipta, dan dia cipta bukan untuk Maiden tapi untuk masa depan dia nak buat album solo lagi.
Seperti biasa Steve Harris ialah FIRAUN.
Bila dia dengar lagu ni dia suka terus dia ambik lagu ni untuk Iron Maiden pakai. Sebijik macam lagu Bring Your Daughter To The Slaughter, tu pun Steve Harris congkong dari Bruce nye solo untuk Iron Maiden pakai pasal dia suka lagu tu. (antara lagu paling bongok dalam sejarah Iron Maiden pada aku).
Ada gossip cakap, Bruce cipta dua lagu baru yang Steve suka giler.
Tapi ada lagi satu lagu Bruce tulis dengan ROY Z, jadi biasalah Iron Maiden mana pakai penulis lagu luar, jadi lagi satu lagu tak pakai la.
Nak dengar kena tunggu album solo Bruce lain kali.

Live lagu ni memang terbaik... sangat dramatik dan intro dia Bruce nyanyi atas intro tape.
lagu unik, pasal takde solo gitar seperti lagu2 Iron Maiden lain. Kecuali mungkin Journeyman. haha.

Speed Of Light - versi dari Afrika Selatan, tak kira la versi apa pun ni lagu memang sesuai live kan. Cuma versi video Live Chapters ni, korang kena paham setiap show Iron Maiden pakai dalam empat kamera untuk rakam dan siaran langsung masuk kat screen besar untuk penonton2 kat belakang nak tengok close up,
jadi live chapters ni dorang pakai video feed dari merata tempat... tu yang Dave Murray tukar2 gitar ketara sangat lagu ni. tapi audio dia tetap ori.


Wratchild - ni seumpama lagu rezeb lagu reserve iron Maiden, kalau apa2 jadi, dorang dah ada lagu Standby. Aku tahu lagu ni rancak dan popular semua orang tahu dan Steve Harris nak momentum pada permulaan show kekal, tak mau mati kejong, tapi PEMALAS nak mampos!! cubalah prektis lagu2 rancak lain kan? Tapi live, aku tengok 2017 UK Tour, setiap show lagu ni memang singalong happy happy abis la kan....  dan sorakan kuat giler. haha.

Jadi untuk 2016 dan 2017 dia , dua lagu kena buang pasal satu ikut cakap Iron Maiden perlahankan momentum dan dorang tak suka, dan lagi satu lagu kes mahkamah, ganti dengan Great Unknown lagi sebuah lagu baru dan Wratchild ni.

Children OF The Damned, kalau live 2016 dan 2017 Bruce akan panjang lebar bual kons pasal mak ngan bapak, pasal dia sebenarnya ada kata hikmah kat akhir borak sengsorang tu.. dia nak abiskan dengan kata "children of the damned " untuk sapa lahir tahun2 awal 1982 dan selepas tu...
Memang dahsyat lagu ni part audience,
dan rakaman kat cd dapat tangkap suasana dahsyat singalong lagu ni.

Dan ni yang buat aku angan2 mat jenin nak tengok Iron Maiden main kat Canada. Fans dorang kat sana dahsyat giler.

Death Or Glory - lagu pasal lagenda Perang Dunia Pertama The Red Baron. Ada orang ingat lagu ni lagu komedi, maklum live Bruce pakai topeng monyet siap offer pisang masa Dave Murray nye solo, tapi ni lagu penuh sejarah dan serious,
dan lirik "climb like a monkey" tu ialah dari catatan Red Baron sendiri tulis pasal diri dia.


Red And The Black - ni satu lagu dah cukup untuk beli cd ni. Lagu kedua terpanjang kot sejarah Iron Maiden? dan instrumental section lagu ni boleh menangis.
Live bila masuk bahagian instrumental lagu ni macam semua orang macam teruja... haha....

Setiap show aku pergi, bila lagu ni je kan, memang heaven.

The Trooper - tak payah cakap la kan.. Aku rasa susah Iron Maiden nak drop lagu ni setiap tour, pasal ramai orang nak tengok lagu ni dimainkan.
Aku pun suka lagu ni, pasal live memang seronok, dan solos dia setiap show Dave Murray ada je dia solo lain2 sikit memang exciting sangat.

Tapi kenangan paling best untuk aku sendiri tour 2016 dan 2017 yang show2 aku pergi ialah kat Donington - sebelum lagu start Bruce pekik "Happy Birthday Your Majesty!!!!" sambil kibarkan Union Jack depan 80-90,000 fans giler2 dari UK sendiri.

Powerslave - lagu ni takutkan aku pasal pengakhiran Iron Maiden.
Dan setiap kali lagu ni masuk balik dalam Setlist, aku macam rasa Nicko McBrain masih takde hal main lagu ni , maka Iron Maiden akan bertahan lagi bertahun2..

Aku speku, Steve Harris akan bubarkan Iron Maiden bila Nicko McBrain tak mau main drum lagi. Dia takkan pakai drummer lain untuk Iron Maiden dah.
Steve Harris aku rasa setia dengan Nicko aku speku walau dilaporkan Nicko dah cakap dengan members Iron Maiden lain untuk teruskan dengan carik drummer baru.
Nicko ialah paling tua kertu dalam band ni.
Ni la lineup terakhir Iron Maiden aku speku. Apa2 jadi, Steve Harris akan bubarkan ni band.

Dan korang perasan tour ni Bruce tak pakai topeng bulu ayam drama tu, tapi dia pakai Wrestling Mexico nye topeng kan?
OK, ada cakap ni cara Bruce buat lawak sinis, Power "slave" gitu kan...

Great Unknown, live lagu ni berubah siak, dorang seret lepas solo... audience participation tepuk non stop...
first time aku perasan aku dah suka giler, dan setiap show aku tunggu part lepas solo... best


The Book OF Soul - macam aku cakap kalau live Bruce celoteh panjang pasal politicians yang giler dalam dunia ni, pasal kehancuran dunia oleh pemimpin2 dan pasal sejarah Mayan Civilisation.

Dia cakap betul dalam sejarah - takde kuasa besar yang kekal. Semua akan hancur.

Ni rakaman kat Donington, memang hebat bila lagu ni masuk bahagian laju kat separuh jalan dan Eddie keluar tapi hebat giler part laju lagu ni. Macam2 ada dan terjadi.

Fear Of The Dark - tak payah nak cakap apa2 sangat. ni lagu lagi satu masalah, cammana Iron Maiden nak drop pun aku tak tahu.
Suka giler para hadirin semua....  bila part lagu ni aku akan jakun tengok keadaan keliling, boleh nampak betapa semua orang macam aku... suka Iron Maiden.

Tu pasal aku suka tengok iron Maiden merata tempat. bukan tengok band je, 
tapi tengok orang keliling, 
lelaki pompuan, 
tua muda... 
kurus , gemuk, 
budak2 kecil , remaja, dewasa dan tua tua bangka, 
yang sihat dan yang orang kurang upaya 
dan cacat anggota badan... 
berlainan kulit, bangsa , agama, 
sudah tentu dari berbagai lapisan masyarakat
dan takde perbezaan.

tapi aku tak kenal dorang semua, aku sorang je, tapi aku rasa macam ni la orang2 paling best dalam dunia yang keliling aku dan takde orang yang bezakan apa2 dari segi taraf kehidupan atau status masyarakat atau kuat atau lemah atau cacat.
Pasal semua satu kepala.
Semua happy tengok iron Maiden.

Iron Maiden - giler dahsyat peminat Argentina ikut nyanyi melodi lagu ni.

The Number Of The Beast - lagi satu lagu generic yang mati hidup balik tak boleh kena drop. Memang sekarang aku cakap aku bosan ngan asyik lagu ni, tapi bila dengar balik, atau tengok dorang main, best giler semangat.

Blood Brothers - aku rasa Iron Maiden mati hidup balik tak sangka evolusi lagu ni berkembang dahsyat. Lagu ni mulanya lagu Steve Harris tulis bila bapak dia meninggal dunia, lepas tu bila main live, tour demi tour lagu ni dah jadi macam anthem dan satu arena ke, satu festival ke, satu stadium ke semua orang suka giler siap buat gaya tangan "wave wave" gitu hahaha... kelakar sedih ok.

Dan lagu ni tetap best pasal Janick nye solo.

Wasted Years, - ni tour ialah paling Iron Maiden ada bangun dari malas sikit dan rombak setlist, lagu ni diletakkan last
Terperanjat terkejut beruk...
Setiap show, Bruce akan buat lawak dengan microphone Adrian Smith..


OK dah tu je kot nak berbual kons....

Legacy Of The Beast 2018-2019 walaupun akan jadi tour "lagu2 lama", tapi aku rasa Maiden dah fresh dengan rombakan setlist dan pilihan lagu 2016-2017,

tentunya For The Greater Good Of God akan dimainkan, sebuah lagu sangat sesuai dengan keadaan dunia hari ni
dan, nampaknya lepas berpuluh tahun, lepas gaduh Bruce dan Steve pasal kelajuan lagu ni Flight Of Icarus akan dimainkan semula...

jadi kita tengok sapa menang, sapa yang turunkan ego, sapa yang lagi kepala batu dajal...

Bruce nak lagu tu ikut speed dalam album studio Piece Of Mind,

Steve Harris tak suka speed lagu ni dalam studio, dia nak lagu ni dimainkan laju. (sila rujuk Live After Death)

Nicko konfem akan sokong Steve. Dia pun geng suka lajukan lagu ni dengan drum dia.

Adrian, Dave dan Janick konfem tak kesah apa speed pun lagu ni dimainkan.

Jadi kita tengok cammana, aku speku Bruce akan menang dan lagu ni akan dimainkan slow ikut rentak album studio.
Pasal dia tukang nyanyi pe.

Sial nye Iron Maiden. lagu Flight Of Icarus pun nak bergaduh sampai berpuluh tahun tak dimainkan pasal takde kata sepakat pasal kelajuan lagu.

sekian ulasan merapu tahan cipanzi.










5 comments:

Ijau D. Koceng said...

maiden ni buatlah apa2 saja rilisan - studio, compilations, live... for sure akan ada orang beli

D'arsil said...

Terbaik deaf..

Rafi said...

Aku punya vinyl da ada cd minggu ni baru dpt.live album maiden paling aku suka flight666

Anonymous said...

http://www.vulture.com/2017/12/bruce-dickinson-on-his-wild-days-with-iron-maiden.html

berteromber said...

aku beli versi cd jewel case biasa jer la...bajet takder dah hujung tahun ni...