Monday, August 18, 2014

ziarah MASJID BAJRAKLI MOSQUE Belgrade SERBIA (my Maiden Europe 2014 backpacking to Serbia, France, & Hellfest 2014 PART 11)

This posting is about my visit to the only mosque left in Belgrade Serbia – Bajrakli Mosque. Its a photo-heavy posting. 

(CLICK ALL PHOTOS TO ENLARGE AS USUAL ON THIS BLOG).

Dari Hellfest Clisson ke Monalisa di Louvre Paris, dan kini kita ke satu2 Masjid berumur 400++ tahun yang masih wujud di kota Belgrade, Serbia. Padahal, masa empayar Islam Uthmaniyyah mentadbir ibu kota Serbia ni, Belgrade ada nak dekat 300 masjid.  




Intro sikit -
Sapa sini tak tahu apa jadi waktu perpecahan Yugoslavia dulu?  menjadi negara2 berlainan yang dari segi sapa minat bola memang memeriahkan lagi suasana kita tengok bolasepak, ye tak?

Rasanya tu hari masih jumpa lagi satu kubur ramai2 mayat ditanam lepas kena siksa kena bunuh ramai2 ok. Tapi dah diperelokkan dan disolatkan semua.

http://www.worldbulletin.net/balkans/141039/bosnian-bodies-found-in-mass-grave-laid-to-rest-updated

So, Kalau tak ingat, atau tak tahu, ada waktu, kalau senang, pergilah belajar carik ilmu, sama macam kita perlu belajar carik ilmu apa kenapa dari memula dulu masalah Palestin dan Israel dulu yang sampai sekarang ni..








Apa aku tahu, setiap negara bekas Yugoslavia tu, kalau korang pegang passport logo Malaysia kecuali Serbia je korang kena apply Visa. Lain negara2 bekas Yugoslavia semua takde hal kalau korang nak backpacking gi sana travel mentravel.

Aku gerenti korang la, aku rasa backpacking Sarajevo is ultimate la pada aku.

Tapi untuk aku sendiri, aku masuk Serbia aku ok je tak yah Visa, pasal aku nye passport logo Singapore.

Tapi actually korang pun tahu kan kenapa aku boleh masuk Serbia in the first place. Lepas aku dah decide nak tengok Iron Maiden headline Hellfest 2014 tiga hari tiga malam nye festival kat Clisson France ngan lineup band-band lain pun yang "tersangat dream come true untuk aku",
aku fikir, ala....takkan tengok Maiden main sekali je kan backpack kali ni, so aku antara dua pilihan nak tengok Maiden kat Bulgaria atau Serbia, pasal ni dua dates rapat ngan Hellfest, so aku pilih Serbia la OK la,

Anyway aku dah cerita tak? Masa Maiden main, bendera Serbia peminat2 kibarkan macam punye la dorang nye patriotik gitu, aku carik tau peminat2 bawak bendera2 lain dari bekas Yugoslavia, pasal confirm merata Yugoslavia turun tengok Maiden main malam tu,

tapi, aku cuma nampak peminat bawak bendera Macedonia je.. Dalam hati aku berani betul!! hahaha.
Aku tak tahu apa jadi kalau peminat2 Maiden dari Croatia dan Bosnia semua kibarkan bendera dorang. haha.

 ni semua lain kali cerita la, ni nak cerita pasal masjid ni.






tingkap2 tu semua tinggi2 pasal ni ialah design zaman uthmaniyyah dulu,

dorang suka tingkap tinggi2...

dah tu tingkat dua kayu gitu, lagipun pagar kayu tu tak tinggi ok, tak macam pagar kita....so kena hati2...
aku pun seram jugak kau tengok dari atas...

curam je gitu, nak jatuh bawah gitu....haha. Pada aku la. Sebenarnye ok kot, aku yang exxagerate.






Masjid Bajrakli ni... ok kita mulakan...

SEJARAH DAN INFO MENARIK!!!

- Dibina sekitar tahun 1575. Jadi 2014 tolak 1575 jadi masjid ni dah... 439 tahun dah.
- Masjid ni dibina waktu Turkey Islam nye Ottoman Empire, kita melayu panggil zaman empayar khalifah Islam Uthmaniyyah / Othmaniyyah (aku rasa kot sorry kalau salah) menjadi kerajaan kota Belgrade.
- Kota Belgrade ni, kalau korang belajar, antara kota paling tua dalam eropah. Ada satu sumber dekat Serbia aku cek was like kota ni dah 7000 tahun lamanya...

- Waktu zaman kerajaan Islam Uthmaniyyah dahulu, ada lebih kurang 273 masjid di kota Belgrade.
- NANTI aku harap aku tak lupa, peninggalan Islam , peninggalan kerajaan Islam, masih boleh nampak kat kota Belgrade.
- NANTI aku harap aku tak lupa, aku nak cerita pasal Muzium Perang Serbia Aku cakap la, aku tak pernah masuk Muzium yang sehebat, betul2 hebat macam Muzium Perang kaum Serb ni.....

- Masjid Bajrakli ni...pernah satu masa, diubah menjadi Gereja waktu Empayar Austria kuasai kota Belgrade ni tahun 1717 sampai 1739, tapi lepas tu tentera Uthmaniyyah dapat tawan balik kota ni.
- NANTI aku harap aku tak lupa, cerita pasal Kubu Perang Kalemegdan jugak....







- Nama Bajrakli ni dari perkataan Turkey, “bendera” atau “dengan bendera” gitu...
Apa aku cuba paham....kalau salah AMPUN KAN AKU OK!!!!...
Zaman tu, Masjid ni ada bendera kat menara masjid ni..... bila masjid2 lain kat kota Belgrade nampak bendera tu naik kat menara masjid ni...... maka.... dorang pun akan tahu jugak dah masuk waktu bang, waktu azan....waktu solat..

(ni kalau aku salah fakta sorry la, tapi that should be the purpose rasanya nya).




Ye la, zaman dulu mana ada radio, tv, internet bagaikan... So kena signal mungkin dorang guna signal bendera la kan?
Tu je la kot intro? haha...

Observation, macam mana nak sampai masjid ni dan aku dah mula merapu macam biasa kat blog ni..

Suasana nye sangat harmoni, bersih kawasan masjid ni, in fact, seluruh kawasan tempat masjid ni, rumah2 deret2 jalanraya kat situ semua bersih....
Aku takde masalah lalu lalang kat tempat ni, walau aku carik masjid ni nak dekat satu dua jam, pasal aku sesat pasal sangat "maze" dan aku keliru habis-habisan. Lagipun, best giler kalau explore, mengembara ni semua kita jangan tanya orang, kita just carik sendiri....best wooo kalau akhirnya jumpa.. Ni kira challenge la kat diri sendiri, kalau asyik semua nak senang je...aku rasa dah tak fun la.

Nanti aku senang aku cerita, aku jalan kaki, mengembara la kira ye, explore sekali corok Belgrade ni... apa aku makan!! hah...MAKAN!! Best backpacking bila part makan la... makan ikan salmon diri kat hujan renyai2 kat tepi jalan, lecak, orang Serbia semua lalu lalang tengok aku cam orang Pelarian gitu.....

(Belgrade tu kejap2 renyai2, kan masa tu aku pun nervous jugak pergi, pasal Serbia, Bosnia semua baru lepas kena banjir paling teruk dalam sejarah, lepas tu aku baca, Segala toknenek nye periuk api - Landmines - semua timbul balik, kena hanyut ngan banjir, tapi tak la, aku gi bandar utama dorang je, tapi ye la nervous la, ni baru bila je kan perang Yugoslavia berpecah tu.....)
Belgrade, Serbia, ialah negara yang taraf kehidupan mereka rendah la jugak banding kita. So harga boleh kita anggap murah berbanding tempat kita sendiri.
Hebat kota Belgrade ni....

OK nak pergi tempat ni, paling mudah la ye, dari bandar Belgrade, korang carik MACEDONIA EMBASSY dulu, dari situ korang jalan arah lorong masuk ke dalam kawasan rumah2...korang tembus je....kat area situ la nanti...



depan masjid ada kedai jual daging halal ye...




Aku rasa, tak mau la aku komen banyak2 hal2 konflik kat sana zaman Yugoslavia dulu tu semua, nanti aku tampal je la foto2 dari muzium perang dorang...


bicara hati..
- ermmm...timing aku sampai tu was like Zohor, korang tahu la Eropah nye waktu sembayang semua untuk kita kat sini memang sangat berlainan la kan, so dapat join semayang Asar jemaah. Tempat wuduk aku ambik kat bangunan tambahan tu...
- Bangunan tambahan tu ialah sumbangan Presiden Azerbaijan. Mungkin boleh jadi madrasah and all that.









Apa satu jemaah kat masjid tu cerita kat aku (AYAM berbual ngan ITIK ok!!!)

- Dorang jemaah kat sana gilir-gilir ok sesama dorang, take turn semua pun kena jadi IMAM solat, dan jadi bilal time bang. (time bang?? korang paham kan?? "dah masuk time bang belum?" hah...gitu..)

Korang, sapa yang baca ni kat Singapore, kalau yang huru-hara macam aku, jenis geng tonggang terbalik, kalau korang pun kena serve full-time National Service dulu kat Singapore aku rasa korang pun cam aku...

nak semayang sama2 ngan budak2 geng baik, dorang pun "hah, nak sembahyang sama2 ke??? gilir2!!" siot!!
kena take turn jadi imam, kena take turn jadi tukang qamat, hah...tak tahu kalau, baik korang tahu..
 tunggang terbalik aku qamat tu semua, siap kejap2 toleh kat budak2 lain "betul ke?? "

Aku tak malu nak cakap ni, sebab takde apa nak dimalukan haha.
malu bertanya sesat jalan.

HAHAA.. Korang paham la apa aku nak cakap, sebahagian dari korang pun sama jugak la kan?? haha..... tapi takpe biar manusia chop kita takpe...kita relak one corner sua, all will work out fine, insyallah.

tapi lagi sekali aku cakap, ni la antara pengajaran hidup bagi aku....

and remember when you are clutching at straws.... you are at your lowest, and being at the lowest has a lot of benefits that the "high and mighty" overlooked in their "assumed" supremacy and position.



(actually aku ada ambik videos la, nanti la aku upload kat youtube tanpa invasion sapa2 nye privacy sangat kan)

- lepas semayang pun dorang cam kita, ada doa amin ramai2 gitu...
- waktu aku kat sana, ada la orang dari negara2 Afrika datang, ziarah...mungkin dorang datang explore or something jugak, tapi aku spent some time la kat kawasan masjid ni..

- it would be nice la nak return masjid ni in the future, better half aku suruh aku bawak duit Serbia semua aku bawak balik, aku tak tukar balik. Nanti aku tunjuk bentuk duit Serbia. negara Serbia gunakan matawang DINAR.





- kalau aku dapat backpack gi sana lagi sekali, anyway, Serbia nye Iron Maiden fans gerek!
Korang tahu la dorang punye environment hidup macammana kan??? Bila kat konsert rock cara dorang memang happening la kan.

Tapi ada cam puaka sikit!!! Dah Mabuk2 datang pelok aku pasal aku kan lain dari dorang warna kulit semua rupa wajah!! cakap merapu2, tapi ok la aku tahu apa dorang berbual . hahaha. siot betul, ok la aku peluk balik haha tapi......... jangan beer kena aku sudah ok!! haha.....
baju kotor aku no sweat je asingkan plastik lain sumbat je semua dalam backpack aku...

tapi baju dah kena raining beer? hah!! tak stress aku???.. Nak basuh ke hapa ke kalau sempat???

Bau busuk tu yang problem tu...
Cehhhhhhhhhh macam la aku ni wangi!!??

HAHAHAHAHAA.. (Gelak besar)
- opppss out of topic...

- ok, kalau aku dapat datang masjid ni lagi sekali, aku nak explore pasal apa2 tu cam....mana tempat2 original wuduk masjid ni 400 tahun dahulu, all that time of thing...
get what I am saying.. carik history masjid ni kat celah2 masjid ni..






Sama macam tempat lain la dalam dunia.... Masjid ni takde beza...

tapi kalau korang perasan kalau apa2 aku dapat rasa naluri aku cakap sesuatu tu menarik pasal satu2 masjid tu yang sempat aku snap foto especially..


aku nanti cerita la kat sini pasal masjid tu.. kat label sebelah ni aku ada "masjid yang ada ceritanya sendiri" kalau minat, kat bawah posting ni pun ada link dia.





Penutup..
Apa aku nak cakap sikit ialah,

kita ni kan, sebagai orang Islam, ada kita tinggal di negara majoriti Islam, ada kita tinggal di negara minoriti Islam, dan kalau minoriti tu pun kena tengok... kalau minoriti tapi masih banyak dan kemudahan untuk mencari agama tu semua ada dan tersedia dan mudah, syukur la kan.

tapi ada tempat...kalau minoriti, tapi sikit sangat... cabaran dorang tu....memang la pada aku sangat tinggi,
cabaran dorang tu jauh beza la dengan kita.

dan memang teruja, dengar satu mamat Serbia ni cerita kat aku pasal agama, dia mimpi Nabi Ibrahim semua... well...tu dia cakap la.. tapi why not kan? Sangat suci la hati dia pada aku. Cehhhh ayat.

dan...........

....... jadi pengajaran untuk diri aku, kasi aku fikir dan fikir dan terkenang nasib, then fikir lagi...

Its a really a reflection of life, and it makes you wonder...


you get the idea what I am saying, I guess.


OK LAYAN GAMBAR PHOTO PHOTO masjid Bakrajli Mosque gospodar gevremova street belgrade serbia!











AKU SUKA FOTO BAWAH NI....





Semoga korang enjoy dan dapat manfaat dari posting ni

OK, updated 17/11/2014. Youtube footages kat sini aku dah upload -

https://www.youtube.com/user/tempehasuka666/videos

tapi footage orang nak start semayang jemaah ngan doa lepas semayang aku tak upload la...



7 comments:

Rafi said...

Bila tengok gamba2 masjid tu semua terasa sedih..bayangkan dulu empayar uthmaniah yg conquer, dgn lebih 300 masjid semua..Sekarang tinggal satu je..tapi seni binaan dia memang cantik la..tq bang deaf.suka aku tgk gamba2 masjid tu

Skudal said...

menarik....

D'arsil said...

lupa seketika dunia baca posting ni.. dapat ku bayankan setiap apa yang di kongsikan.. pergh!! respek ahh..

berteromber said...

Best beb...untung la ko dapat pergi tempat2 macam ni...kekadang rasa sedih bila baca kisah umat Islam kat negara2 macam ni...

Aku ada terbaca kisah orang yang pergi sana terutamanya kat negara2 bekas Yugoslavia...cerita perihal umat Islam terutamanya generasi muda yang dah tak mengamalkan hidup cara islam...nak sembahyang pun tak tahu...masjid dah jadi gereja...tapi tak boleh nak salahkan dorang...sana mana ada sekolah agama untuk dorang belajar....tambah2 mubaligh kristian memang laju jer pergi tempat2 macam ni...memang sedih la....

bila pikir2 camni...terasa berapa beruntungnya kita yang duduk kat negara mojoritinya Islam ni...tu pun ramai yang masih tak sedar....



lieyalatif said...

ya Allah seronok bace citer ko dear.... dulu belajar sejarah jek pasal kerajaan uthmaniah nieh....tapi ni dpt tgk sendiri binaan masjid dieorg....nampak agak usang kan tapi nilai sejarah tu tgi...mujur dieorg mmg kekal kan mcm tu.....so dpt lee generasi baru tgk...unik plak tgk tingkap tinggi2 mcm tu....

Portdy said...

Citer pasal konsert tu kan...

Aku respek bro Deap yg sanggup merentas konsert2 yang pack dengan different culture apa semua.. ni semua high risk punya activity...

Beza ngan aku... nk g konsert nk yg play safe jek.. duduk hall tak penat ..aircond... terasa tua betul

And im younger than him!( deap)

cLina said...

boleh aku kata..seronok menjadi engkau.